SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
PENGENALAN
Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Budaya dan Pembelajaran
(EDU3106), yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai isu dan
cabaran pendidikan yang bakal dihadapi dalam tempoh sedekad akan datang iaitu
dengan mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di
Malaysia. Selain itu, di dalam tugasan individu ini juga terkandung penulisan refleksi
mengenai saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks
kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia yang harus dibaiki kelemahannya serta
membuat penambahbaikan berdasarkan isu dan cabaran yang bakal dihadapi.
Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat
dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang
lebih luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi
oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Malah, kepelbagaian sosiobudaya sukar
untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok
masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti
terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain
yang menjadi kaum minoriti. Maka, secara tidak langsung setiap etnik mempunyai
sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat pula menyatakan budaya dapat ditakrifkan
sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi
iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem
masyarakat majmuk ini sudah tentu akan memberi kesan secara langsung kepada
perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana ketika
mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya.
Oleh yang demikian, gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolahlah yang
memainkan peranan penting untuk menjayakan sistem pendidikan di Malaysia ini.
ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN YANG BAKAL DIHADAPI
“DALAM TEMPOH SEDEKAD AKAN DATANG DENGAN MENGAMBIL KIRA
KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KONTEKS BILIK DARJAH DI MALAYSIA”
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya
dengan kepelbagaian budaya serta amalan masing-masing mengikut kaum, sudah
tentu kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini akan memberi
salah satu kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara
umumnya iaitu terutamanya dalam konteks bilik darjah yang melibatkan suasana ketika
mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khasnya.
Justeru, kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah inilah yang akan
memberi impak tersendiri terhadap penimbulan isu dan cabaran yang bakal dan perlu
dihadapi oleh saya sendiri dalam tempoh sedekad akan datang. Jadi, sudah tentu
kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan bilik darjah meliputi
implikasi terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Kegagalan guru, murid
serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosialbudaya inilah yang akan
menyebabkan sistem pendidikan menjadi tidak seimbang dan iklim pembelajaran yang
berkesan kepada semua murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang juga tidak
dapat diwujudkan.
Oleh yang demikian, mengikut norma, golongan pendidik iaitu guru merupakan
agen terpenting yang mampu membina serta membentuk kefahaman dan penghayatan
dalam diri sendiri, bangsa dan agama. Guru bertanggungjawab dalam memberikan
pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang
lain. Jadi salah satu cabaran mengenai tanggungjawab inilah yang harus dipikul dan
dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru terutamanya saya sendiri bagi
melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan menghormati budaya
orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada proses mencapai
perpaduan.
Sesungguhnya cabaran yang lain ialah dari segi kerenah murid yang datang
dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang disampaikan sesuai
dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan
budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud
dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan
yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi
budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya.
Seterusnya, di dalam ruang lingkup bilik darjah juga, sudah tentu saya juga perlu
membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang
sesi pengajaran kerana Malaysia menggunakan kurikulum yang sama bagi semua
pelajar. Sebagai seorang guru, perkara ini perlu diketahui kerana setiap pelajar
mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-
beza.
Jadi, jangkaan haruslah bersuaian dengan kelas sosial tanpa sebarang unsur
‘bias’ atau pelabelan murid. Malah sudah tentu dalam tempoh sedekad akan datang
perkara ini turut akan menjadi isu kerana kemungkinan besar taraf sosio ekonomilah
yang menjadi jurang sistem pendidikan dan sudah tentu perkara ini menjadi cabaran
besar kepada saya sebagai guru kelak dalam menyampaikan kurikulum ini kepada
anak didik saya.
Selain itu, semua guru yang mengajar di dalam kelas haruslah menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan
bangsa murid serta tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Jadi bagi
menangani isu yang mungkin timbul ini, sudah tentu saya sebagai guru akan cuba
mengelompokkan murid dari kaum dan jantina berlainan ditempatkan dalam satu
kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Jadi, sebagai
guru juga sudah tentu persepsi buruk terhadap sekelompok pelajar yang berlainan
jantina juga haruslah dikikis. Contohnya, berkaitan tentang persepsi pelajar lelaki malas
dan nakal.
Guru juga digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid.
Sesungguhnya murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka
dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak pilih kasih. Jika tidak ia akan
menimbulkan isu yang kurang menyenangkan. Hukuman juga pada masa akan datang
mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana kemungkinan besar guru sendiri yang akan
dipersalahkan. Jadi cabaran yang perlu saya hadapi ialah dari segi tanggungjawab
dalam membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang
mereka dan berusaha menangani masalah-masalah yang timbul.
Manakala, isu lain yang harus ditangani pula ialah dari segi kebijaksanaan
dalam mengendalikan murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok,
berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Jadi sebagi guru, saya juga perlu
menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Namun begitu, langkah-langkah
pencegahan perlu dilakukan untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti
pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan
api perkauman dikalangan murid.
Malah, sebagai guru juga saya tidak harus menyentuh atau mempertikaikan
kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid kerana isu ini sangat sensetif. Setiap
kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama
murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Jadi yang menjadi cabaran
kepada saya pada masa akan datang sudah tentulah perlu mencari jalan dan
merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan
agama yang dianuti murid.
Selain itu, isu aspek bahasa juga harus diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Sebagai contoh, murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek
bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik
darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek ini haruslah
dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata
kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Di samping itu, mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam
sesuatu aktiviti pengajaran juga adalah salah satu cabaran yang dapat mengubahsuai
pengajaran mengikut kesesuaian dengan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran
berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai
penambahbaikan. Jadi saya dapati, guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah
bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi fokus ialah
mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif
kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Demi memastikan objektif tercapai, perancangan yang rapi meletakkan
keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan,
kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan
berkomunikasi. Jadi sebagai seorang guru kemahiran mengurus dan mentadbir
haruslah dikuasai. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti kemahiran
ICT serta kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki
wawasan yang jelas.
Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya ini turut memberi kesan terhadap murid.
Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama
dan persekitaran. Oleh itu, isu yang mungkin timbul ialah dari segi kewujudan murid
pelbagai kaum dan sosiobudaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap
murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, sebagai seorang guru sudah
tentu ianya memberikan cabaran dari segi pengurusan murid. Jadi murid perlu
dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan
agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan
proses pembelajaran.
Penggunaan bahasa standard juga perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam
kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun
dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran
berjalan lancar. Jika tidak isu yang akan timbul ialah dari segi penggunaan laras bahasa
yang tidak betul dan bercampur aduk dalam kalangan murid. Jadi penggunaan laras
yang betul perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan
salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut
membantu murid mencapai kematangan sosial.
Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam
kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara
lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara
berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan
lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan
penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama dan hal ini akan menjadi
isu dan cabaran jika ianya tidak dikawal sejak kawal lagi, tambahan pula murid-murid
dalam tempoh sedekad ini adalah generasi yang penuh dengan cabaran kehidupan.
Banyak perkara yang akan menjadi impak secara langsung terhadap pelajar
terutamanya dalam kemelut sosial ini.
Selain itu, agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif.
Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses
sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya
proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Jadi kelas yang mempunyai
pelbagai kaum dan sosiobudaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain.
Untuk itu, cabarab yang dihadapi ialah dari segi perlunya aktiviti yang di rangka
berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat
kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak
langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.
Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan
masalah disiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku
sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Jadi isu ini
perlulah ditangani dan sudah tentu memberi cabaran kepada saya untuk terus peka
terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan
murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.
Isu seterusanya ialah berkaiatan dengan sekolah. Sistem pendidikan negara
mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian
sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti
sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Oleh itu, cabaran bagi sekolah ialah perlunya aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang
dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosiobudaya ini.
Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam
masyarakat. Kemungkinan besar dalam tempoh sedekad ini, perkara ini akan
diserahkan seratus peratus kepada pihak sekolah kerana ibu bapa tiada masa lagi
untuk anak-anak kerana urusan kerja yang banyak. Oleh itu, isu-isu yang timbul ini
sudah tentu perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar
sosiobudaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut
aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan
murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang
oleh pihak sekolah.
Elemen isu yang seterusnya ialah berkaitan kurikulum yang merujuk kepada
perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi
penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada
norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi
di sekolah. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di
kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai
kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-
kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah
sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya
dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru
mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan
sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam
persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna
terhadap amalan hidup murid
Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai
konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal
seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap
kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal
pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan
memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke
arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya
masyarakat setempat.
Kesimpulannya, segala perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan
teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan
yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan,
semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan
manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan
corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Memandangkan
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan
kepelbagaian budaya serta amalan masing-masing mengikut kaum, sudah tentu
kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini akan memberi salah
satu kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara
umumnya.
REFLEKSI
“SARANAN TENTANG BUDAYA SESEBUAH SEKOLAH YANG MENEPATI KONTEKS
KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA”
Sepanjang menjalankan Kerja Kursus bagi Budaya dan Pembelajaran ini, syukur
Alhamdulillah banyak input-input dan perkara baru yang saya perolehi. Secara tidak
langsung, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih
mendalam lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut banyak
memberikan impak yang besar bagi saya untuk memahami dengan lebih lanjut lagi
berkenaan dengan tajuk yang berfokus kepada isu dan cabaran pendidikan yang bakal
dihadapi kelak dalam tempoh sedekad akan datang yang melibatkan kepelbagaian
sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia.
Malah, sudah tentu isu dan cabaran ini jelas menunjukkan bahawa gurulah
merupakan agen utama yang bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan awal
kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang lain. Jadi inilah salah
satu cabaran yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru
terutamanya saya sendiri bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu
menghargai dan menghormati budaya orang lain dan secara tidak langsung menjadi
pemangkin kepada proses mencapai perpaduan.
Berdasarkan keseluruhan tugasan individu ini, saya berpendapat bahawa segala
isu dalam bilik darjah mengenai pendidikan dari segi kepelbagaian sosiobudaya ini
dapat diatasi dan ditangani melalui budaya yang diterapkan di sesebuah sekolah itu
sendiri. Salah satu cara untuk menangani isu ini ialah dari segi budaya sekolah
dalam sistem penyampaian pendidikan itu sendiri. Jadi dalam hal ini gurulah yang harus
berusaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai
kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis isu sikap prejudis dalam
menangani kepelbagaian sosiobudaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti
dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang
interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.
Jadi cara yang pertama sekali guru seharusnya meransang intuisi murid melalui
set induksi. Ini bererti meransang sifat ingin tahu murid dalam langkah set induksi pada
setiap permulaan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, memulakan pelajaran
dengan sesuatu yang luar biasa atau dengan rentak dan irama. Memulakan pelajaran
dengan satu set arahan atau melalui satu pengumuman, memberikan soalan
mencabar, menggunakan kiasan, atau aliran mengejutkan. Apabila murid sudah
bersedia dan mendapat gambaran tentang p&p yang bakal dijalankan, maka guru
mampu mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua murid untuk melakukan
aktiviti seterusnya dalam proses p&p.
Selain itu, dalam penyampaian isi pelajaran, nilai-nilai murni hendaklah
diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam
proses pengajaran. Guru perlu menanamkan asas sosialisasi yang positif agar
wujudnya semangat setiakawan, penerimaan, menghormati orang lain, mematuhi
arahan dan peraturan, serta menggunakan bahasa yang baik dalam pertuturan mereka.
Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran afektif, usaha untuk membentuk
perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak dalam kalangan murid yang
tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara berkesan oleh seseorang
guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi sosial sekali gus
menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang kaum.
Pengukuhan menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam
buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan, ialah suatu kemahiran yang digunakan oleh
guru bagi mengubah tingkah laku murid dengan sempurna. Murid yang dapat
menunjukkan kebolehan dan pencapaian seperti yang dijangkakan perlu diberi pujian
atau bentuk-bentuk penghargaan lain. Ini dapat mendorong mereka untuk terus belajar
dan menyukai pelajaran tersebut. Tujuannya ialah untuk menarik dan mengekalkan
perhatian murid dalam satu-satu masa pengajaran. Guru hendaklah sentiasa
mengukuhkan tindak balas positif yang ditunjukkan murid agar perbuatan itu akan
terlazim dan menjadi satu kebiasaan. Peneguhan yang dilakukan hendaklah sama rata
antara murid terutama jika murid terdiri daripada berbilang kaum.
Terdapat empat bentuk peneguhan yang boleh dibuat iaitu dengan galakan
secara lisan, galakan secara gerak-geri dan gerak isyarat, galakan dengan cara
menggunakan jawapan murid, dan galakan dengan cara ganjaran. Guru
bertanggungjawab menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan
antara kaum atau pembentukan kumpulan berdasarkan etnik semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Penghapusan perilaku negatif seperti ini perlu dilakukan agar
tindakan murid ini tidak sampai sehingga meniupkan api perkauman mereka. Oleh itu,
kemahiran pengukuhan, penghapusan, dan pelaziman dalam p&p sangat penting untuk
memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah rendah.
Motivasi juga boleh dijalankan oleh pihak sekolah atau guru itu sendiri bertujuan
merangsangkan minat murid kearah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru. Oleh
yang demikian, guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemen-elemen
motivasi. Bagi memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang p&p,
beberapa komponen penting motivasi yang perlu dititikberatkan iaitu daya penampilan
guru, pergerakan guru dan intonasi suara, alihan arah deria serta melibatkan murid.
Kesemua komponen ini perlu ada dalam diri guru kerana murid sentiasa memerhatikan
tindakan semasa p&p. Komponen seperti alihan arah deria dan melibatkan murid juga
perlu dikuasai guru agar murid tidak hilang fokus dan lebih aktif semasa p&p
berlangsung sekali gus termotivasi. Jadi secara tidak langsung isu berkaitan
penggunaan bahasa juga dapat diatasi disamping tingkahlaku murid-murid.
Pemilihan sumber seperti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) juga
berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid,
murid dengan guru, dan murid dengan murid. BBM mampu memudahkan murid
membentuk konsep dengan betul dan menerima pejaran dengan cepat. Dalam konteks
kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan sesuatu BBM yang dipilih sesuai
dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh
berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan BBM yang digunakan sesuai untuk
semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis kepada mana-mana murid. Hal
ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas.Hal demikian kerana mungkin dapat
mendatangkan implikasi negatif kepada individu murid.
Begitu juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru
digalakkan menggunakan contoh yang kokrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh
yang boleh mendatangkan isu perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan
penggunaannya agar murid tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain.
Manakala melalui penilaian, guru dapat menentukan sama ada berjaya atau tidak
muridnya menyerap maklumat yang disampaiakan. Memandangkan pengajaran
kurikulum tersirat tidak dapat dijui melalui ujian kertas dan pensil, maka pemerhatian
dapat dianggap teknik yang bertepatan bagi mengukur keupayaan, kemahiran serta
perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid.
Seseorang guru perlu mencatat kemajuan dan kelemahan setiap individu murid
untuk membuat pengubahsuaian bagi p&p seterusnya. Sekiranya seseorang guru
mendapati p&p yang dijalankan tidak mencapai objektif yang sepatutunya, pentaksiran
perlu dilakukan serta tindakan susulan perlu diambil. Penerapan nilai-nilai murni dalam
diri setiap murid perlu dinilai dan direkodkan agar guru dapat melihat perkembangan
afektif muridnya dan boleh melakukan sesuatu untuk menggalakkan perubahan ke arah
kebaikkan sekali gus dapat membentuk kendiri murid yang positif.
Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan
tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah
salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan
perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum,
jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan
samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan
dan perpaduan di kalangan murid.
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara
satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila
murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal
persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan
bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan
integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia
akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.
Tuntasnya, usaha berterusan yang dijalan oleh pihak sekolah di atas akan
berjaya sekiranya semua pihak sama ada guru itu sendiri bekerjasama dalam
menangani isu dan cabaran yang bakal dihadapi. Sejajar dengan matlamat Negara
yang ingin tampil sebagai sebuah Negara maju menjelang 2020, maka perkembangan
dan kemajuan sistem pendidikan hendaklah seimbang dan tidak ada seorang warga
Negara pun yang tercicir atau ketinggalan terutama dalam arus pembangunan Negara.
Ini adalah penting kerana setiap masyarakat merupakan golongan yang sangat
bekerpentingan dalam kewujudan Negara Malaysia, maka keperluan dan kehendak
mereka dalam pendidikan haruslah tidak boleh diabaikan atau di pandang ringan
sahaja. Ini adalah menjadi satu tugas yang perlu digalas oleh warga pendidik dengan
jayanya dalam memahami perbezaan corak budaya, etnik atau bangsa seseorang
murid itu di dalam bilik darjah. Ini adalah penting dalam memastikan kesinambungan
pengajaran yang berkesan dapat dikekalkan dengan baik dan saksama demi
melahirkan seorang individu yang seimbang, selaras dengan matlamat dasar
Pendidikan Kebangsaan.
RUMUSAN
Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran
banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kepada setiap pelajar dan sudah tentu menarik kesungguhan serta
usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai.
Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar
mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira
kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat
meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan
menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan
hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Jadi jelaslah bahawa dalam
konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari
ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih
besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz
badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula
mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau
mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya
kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat. Kepelbagaian
sosiobudaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan jelaslah bahawa dalam
menguruskan sebuah kelas yang mempunyai pelbagai etnik murid adalah amat
mencabar kewibawaan seorang guru.Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan
sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut
mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar
terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini
pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang
yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti,
bahasa, status ekonomi keluarga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal,
tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat
pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
tugasan Edu 3106 individu

More Related Content

What's hot

Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAmy Syahida
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesionSairah Husin
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneAlice Lee
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaKhairunmisa Jamil Khir
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANFazHani Faz
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 

What's hot (20)

Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdfDASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
DASAR PENDIDIKAN KHAS.pdf
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 

Viewers also liked

EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioNorfiza Bulka
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaTengku Anis
 
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budayaBab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budayaHazel Bug
 
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaranKerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaranSherly Jewinly
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaKriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaArif AirfAce
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaBab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayasarenyah07
 
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budayaKriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budayaPermata_An-Nur
 
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaPembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaRoryJack
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompokPedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompokFazidah Abd Ghani
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106FSAA Aziz
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21SISC+ PPD Seremban
 

Viewers also liked (20)

EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosio
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budayaBab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
 
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaranKerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
 
Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaKriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaBab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
 
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budayaKriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
 
Soalan temubual
Soalan temubualSoalan temubual
Soalan temubual
 
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaPembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompokPedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
 

Similar to tugasan Edu 3106 individu

Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upRadziah Mokhtar
 
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Karen Kayny
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentNorzamzila Baba
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaPensil Dan Pemadam
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
Latar belakang perlunya bk di sekolah
Latar belakang perlunya bk di sekolahLatar belakang perlunya bk di sekolah
Latar belakang perlunya bk di sekolahmustazie
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
Jurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah LiteraturJurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah LiteraturImam Nashokha
 
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdfModul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdfBadut Adi
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALAfifah Asra
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...Halimaton Sad'iah
 

Similar to tugasan Edu 3106 individu (20)

Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
 
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
 
Assignment edu 2
Assignment edu 2Assignment edu 2
Assignment edu 2
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
 
Cegah budaya kekerasan.
Cegah budaya kekerasan.Cegah budaya kekerasan.
Cegah budaya kekerasan.
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Points
PointsPoints
Points
 
Latar belakang perlunya bk di sekolah
Latar belakang perlunya bk di sekolahLatar belakang perlunya bk di sekolah
Latar belakang perlunya bk di sekolah
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
Jurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah LiteraturJurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah Literatur
 
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdfModul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
 
penghantar pendidikan
penghantar pendidikanpenghantar pendidikan
penghantar pendidikan
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
 
Dwi fanda
Dwi fandaDwi fanda
Dwi fanda
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
 

More from fitri norlida

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanfitri norlida
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2fitri norlida
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanfitri norlida
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasifitri norlida
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvfitri norlida
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEfitri norlida
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerjafitri norlida
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata namafitri norlida
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanfitri norlida
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan fitri norlida
 
Belajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pjBelajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pjfitri norlida
 

More from fitri norlida (20)

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
 
Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAE
 
assigment psv
assigment psv assigment psv
assigment psv
 
Pemasaran sukan
Pemasaran sukan Pemasaran sukan
Pemasaran sukan
 
6 kata sendi nama
6 kata sendi nama6 kata sendi nama
6 kata sendi nama
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja
 
Sintaksis
Sintaksis Sintaksis
Sintaksis
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 
tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata nama
 
morfologi
morfologimorfologi
morfologi
 
Folio seni
Folio seniFolio seni
Folio seni
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikan
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 
Belajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pjBelajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pj
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

tugasan Edu 3106 individu

  • 1. PENGENALAN Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Budaya dan Pembelajaran (EDU3106), yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai isu dan cabaran pendidikan yang bakal dihadapi dalam tempoh sedekad akan datang iaitu dengan mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia. Selain itu, di dalam tugasan individu ini juga terkandung penulisan refleksi mengenai saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia yang harus dibaiki kelemahannya serta membuat penambahbaikan berdasarkan isu dan cabaran yang bakal dihadapi. Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Malah, kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Maka, secara tidak langsung setiap etnik mempunyai sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Menurut Kamus Dewan edisi keempat pula menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini sudah tentu akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya. Oleh yang demikian, gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolahlah yang memainkan peranan penting untuk menjayakan sistem pendidikan di Malaysia ini.
  • 2. ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN YANG BAKAL DIHADAPI “DALAM TEMPOH SEDEKAD AKAN DATANG DENGAN MENGAMBIL KIRA KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KONTEKS BILIK DARJAH DI MALAYSIA” Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan kepelbagaian budaya serta amalan masing-masing mengikut kaum, sudah tentu kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini akan memberi salah satu kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya iaitu terutamanya dalam konteks bilik darjah yang melibatkan suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khasnya. Justeru, kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah inilah yang akan memberi impak tersendiri terhadap penimbulan isu dan cabaran yang bakal dan perlu dihadapi oleh saya sendiri dalam tempoh sedekad akan datang. Jadi, sudah tentu kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan bilik darjah meliputi implikasi terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosialbudaya inilah yang akan menyebabkan sistem pendidikan menjadi tidak seimbang dan iklim pembelajaran yang berkesan kepada semua murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang juga tidak dapat diwujudkan. Oleh yang demikian, mengikut norma, golongan pendidik iaitu guru merupakan agen terpenting yang mampu membina serta membentuk kefahaman dan penghayatan dalam diri sendiri, bangsa dan agama. Guru bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang lain. Jadi salah satu cabaran mengenai tanggungjawab inilah yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru terutamanya saya sendiri bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan menghormati budaya orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada proses mencapai perpaduan.
  • 3. Sesungguhnya cabaran yang lain ialah dari segi kerenah murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya. Seterusnya, di dalam ruang lingkup bilik darjah juga, sudah tentu saya juga perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang sesi pengajaran kerana Malaysia menggunakan kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Sebagai seorang guru, perkara ini perlu diketahui kerana setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza- beza. Jadi, jangkaan haruslah bersuaian dengan kelas sosial tanpa sebarang unsur ‘bias’ atau pelabelan murid. Malah sudah tentu dalam tempoh sedekad akan datang perkara ini turut akan menjadi isu kerana kemungkinan besar taraf sosio ekonomilah yang menjadi jurang sistem pendidikan dan sudah tentu perkara ini menjadi cabaran besar kepada saya sebagai guru kelak dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik saya. Selain itu, semua guru yang mengajar di dalam kelas haruslah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid serta tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Jadi bagi menangani isu yang mungkin timbul ini, sudah tentu saya sebagai guru akan cuba mengelompokkan murid dari kaum dan jantina berlainan ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Jadi, sebagai guru juga sudah tentu persepsi buruk terhadap sekelompok pelajar yang berlainan jantina juga haruslah dikikis. Contohnya, berkaitan tentang persepsi pelajar lelaki malas dan nakal.
  • 4. Guru juga digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Sesungguhnya murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak pilih kasih. Jika tidak ia akan menimbulkan isu yang kurang menyenangkan. Hukuman juga pada masa akan datang mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana kemungkinan besar guru sendiri yang akan dipersalahkan. Jadi cabaran yang perlu saya hadapi ialah dari segi tanggungjawab dalam membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang mereka dan berusaha menangani masalah-masalah yang timbul. Manakala, isu lain yang harus ditangani pula ialah dari segi kebijaksanaan dalam mengendalikan murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Jadi sebagi guru, saya juga perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Namun begitu, langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid. Malah, sebagai guru juga saya tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid kerana isu ini sangat sensetif. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Jadi yang menjadi cabaran kepada saya pada masa akan datang sudah tentulah perlu mencari jalan dan merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid. Selain itu, isu aspek bahasa juga harus diberi pertimbangan yang sewajarnya. Sebagai contoh, murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek ini haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
  • 5. Di samping itu, mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam sesuatu aktiviti pengajaran juga adalah salah satu cabaran yang dapat mengubahsuai pengajaran mengikut kesesuaian dengan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Jadi saya dapati, guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Demi memastikan objektif tercapai, perancangan yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Jadi sebagai seorang guru kemahiran mengurus dan mentadbir haruslah dikuasai. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti kemahiran ICT serta kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas. Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya ini turut memberi kesan terhadap murid. Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran. Oleh itu, isu yang mungkin timbul ialah dari segi kewujudan murid pelbagai kaum dan sosiobudaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, sebagai seorang guru sudah tentu ianya memberikan cabaran dari segi pengurusan murid. Jadi murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.
  • 6. Penggunaan bahasa standard juga perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Jika tidak isu yang akan timbul ialah dari segi penggunaan laras bahasa yang tidak betul dan bercampur aduk dalam kalangan murid. Jadi penggunaan laras yang betul perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial. Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama dan hal ini akan menjadi isu dan cabaran jika ianya tidak dikawal sejak kawal lagi, tambahan pula murid-murid dalam tempoh sedekad ini adalah generasi yang penuh dengan cabaran kehidupan. Banyak perkara yang akan menjadi impak secara langsung terhadap pelajar terutamanya dalam kemelut sosial ini. Selain itu, agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Jadi kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosiobudaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Untuk itu, cabarab yang dihadapi ialah dari segi perlunya aktiviti yang di rangka berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.
  • 7. Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah disiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Jadi isu ini perlulah ditangani dan sudah tentu memberi cabaran kepada saya untuk terus peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya. Isu seterusanya ialah berkaiatan dengan sekolah. Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu, cabaran bagi sekolah ialah perlunya aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosiobudaya ini. Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Kemungkinan besar dalam tempoh sedekad ini, perkara ini akan diserahkan seratus peratus kepada pihak sekolah kerana ibu bapa tiada masa lagi untuk anak-anak kerana urusan kerja yang banyak. Oleh itu, isu-isu yang timbul ini sudah tentu perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosiobudaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Elemen isu yang seterusnya ialah berkaitan kurikulum yang merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko- kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.
  • 8. Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat. Kesimpulannya, segala perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan kepelbagaian budaya serta amalan masing-masing mengikut kaum, sudah tentu kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini akan memberi salah satu kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya.
  • 9. REFLEKSI “SARANAN TENTANG BUDAYA SESEBUAH SEKOLAH YANG MENEPATI KONTEKS KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA” Sepanjang menjalankan Kerja Kursus bagi Budaya dan Pembelajaran ini, syukur Alhamdulillah banyak input-input dan perkara baru yang saya perolehi. Secara tidak langsung, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut banyak memberikan impak yang besar bagi saya untuk memahami dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan tajuk yang berfokus kepada isu dan cabaran pendidikan yang bakal dihadapi kelak dalam tempoh sedekad akan datang yang melibatkan kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia. Malah, sudah tentu isu dan cabaran ini jelas menunjukkan bahawa gurulah merupakan agen utama yang bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang lain. Jadi inilah salah satu cabaran yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru terutamanya saya sendiri bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan menghormati budaya orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada proses mencapai perpaduan. Berdasarkan keseluruhan tugasan individu ini, saya berpendapat bahawa segala isu dalam bilik darjah mengenai pendidikan dari segi kepelbagaian sosiobudaya ini dapat diatasi dan ditangani melalui budaya yang diterapkan di sesebuah sekolah itu sendiri. Salah satu cara untuk menangani isu ini ialah dari segi budaya sekolah dalam sistem penyampaian pendidikan itu sendiri. Jadi dalam hal ini gurulah yang harus berusaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis isu sikap prejudis dalam menangani kepelbagaian sosiobudaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.
  • 10. Jadi cara yang pertama sekali guru seharusnya meransang intuisi murid melalui set induksi. Ini bererti meransang sifat ingin tahu murid dalam langkah set induksi pada setiap permulaan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, memulakan pelajaran dengan sesuatu yang luar biasa atau dengan rentak dan irama. Memulakan pelajaran dengan satu set arahan atau melalui satu pengumuman, memberikan soalan mencabar, menggunakan kiasan, atau aliran mengejutkan. Apabila murid sudah bersedia dan mendapat gambaran tentang p&p yang bakal dijalankan, maka guru mampu mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua murid untuk melakukan aktiviti seterusnya dalam proses p&p. Selain itu, dalam penyampaian isi pelajaran, nilai-nilai murni hendaklah diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam proses pengajaran. Guru perlu menanamkan asas sosialisasi yang positif agar wujudnya semangat setiakawan, penerimaan, menghormati orang lain, mematuhi arahan dan peraturan, serta menggunakan bahasa yang baik dalam pertuturan mereka. Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran afektif, usaha untuk membentuk perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak dalam kalangan murid yang tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara berkesan oleh seseorang guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi sosial sekali gus menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang kaum. Pengukuhan menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan, ialah suatu kemahiran yang digunakan oleh guru bagi mengubah tingkah laku murid dengan sempurna. Murid yang dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian seperti yang dijangkakan perlu diberi pujian atau bentuk-bentuk penghargaan lain. Ini dapat mendorong mereka untuk terus belajar dan menyukai pelajaran tersebut. Tujuannya ialah untuk menarik dan mengekalkan perhatian murid dalam satu-satu masa pengajaran. Guru hendaklah sentiasa mengukuhkan tindak balas positif yang ditunjukkan murid agar perbuatan itu akan terlazim dan menjadi satu kebiasaan. Peneguhan yang dilakukan hendaklah sama rata antara murid terutama jika murid terdiri daripada berbilang kaum.
  • 11. Terdapat empat bentuk peneguhan yang boleh dibuat iaitu dengan galakan secara lisan, galakan secara gerak-geri dan gerak isyarat, galakan dengan cara menggunakan jawapan murid, dan galakan dengan cara ganjaran. Guru bertanggungjawab menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum atau pembentukan kumpulan berdasarkan etnik semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penghapusan perilaku negatif seperti ini perlu dilakukan agar tindakan murid ini tidak sampai sehingga meniupkan api perkauman mereka. Oleh itu, kemahiran pengukuhan, penghapusan, dan pelaziman dalam p&p sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah rendah. Motivasi juga boleh dijalankan oleh pihak sekolah atau guru itu sendiri bertujuan merangsangkan minat murid kearah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru. Oleh yang demikian, guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemen-elemen motivasi. Bagi memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang p&p, beberapa komponen penting motivasi yang perlu dititikberatkan iaitu daya penampilan guru, pergerakan guru dan intonasi suara, alihan arah deria serta melibatkan murid. Kesemua komponen ini perlu ada dalam diri guru kerana murid sentiasa memerhatikan tindakan semasa p&p. Komponen seperti alihan arah deria dan melibatkan murid juga perlu dikuasai guru agar murid tidak hilang fokus dan lebih aktif semasa p&p berlangsung sekali gus termotivasi. Jadi secara tidak langsung isu berkaitan penggunaan bahasa juga dapat diatasi disamping tingkahlaku murid-murid. Pemilihan sumber seperti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) juga berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid. BBM mampu memudahkan murid membentuk konsep dengan betul dan menerima pejaran dengan cepat. Dalam konteks kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan sesuatu BBM yang dipilih sesuai dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan BBM yang digunakan sesuai untuk semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis kepada mana-mana murid. Hal ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas.Hal demikian kerana mungkin dapat mendatangkan implikasi negatif kepada individu murid.
  • 12. Begitu juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru digalakkan menggunakan contoh yang kokrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh yang boleh mendatangkan isu perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan penggunaannya agar murid tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain. Manakala melalui penilaian, guru dapat menentukan sama ada berjaya atau tidak muridnya menyerap maklumat yang disampaiakan. Memandangkan pengajaran kurikulum tersirat tidak dapat dijui melalui ujian kertas dan pensil, maka pemerhatian dapat dianggap teknik yang bertepatan bagi mengukur keupayaan, kemahiran serta perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Seseorang guru perlu mencatat kemajuan dan kelemahan setiap individu murid untuk membuat pengubahsuaian bagi p&p seterusnya. Sekiranya seseorang guru mendapati p&p yang dijalankan tidak mencapai objektif yang sepatutunya, pentaksiran perlu dilakukan serta tindakan susulan perlu diambil. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid perlu dinilai dan direkodkan agar guru dapat melihat perkembangan afektif muridnya dan boleh melakukan sesuatu untuk menggalakkan perubahan ke arah kebaikkan sekali gus dapat membentuk kendiri murid yang positif. Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.
  • 13. Tuntasnya, usaha berterusan yang dijalan oleh pihak sekolah di atas akan berjaya sekiranya semua pihak sama ada guru itu sendiri bekerjasama dalam menangani isu dan cabaran yang bakal dihadapi. Sejajar dengan matlamat Negara yang ingin tampil sebagai sebuah Negara maju menjelang 2020, maka perkembangan dan kemajuan sistem pendidikan hendaklah seimbang dan tidak ada seorang warga Negara pun yang tercicir atau ketinggalan terutama dalam arus pembangunan Negara. Ini adalah penting kerana setiap masyarakat merupakan golongan yang sangat bekerpentingan dalam kewujudan Negara Malaysia, maka keperluan dan kehendak mereka dalam pendidikan haruslah tidak boleh diabaikan atau di pandang ringan sahaja. Ini adalah menjadi satu tugas yang perlu digalas oleh warga pendidik dengan jayanya dalam memahami perbezaan corak budaya, etnik atau bangsa seseorang murid itu di dalam bilik darjah. Ini adalah penting dalam memastikan kesinambungan pengajaran yang berkesan dapat dikekalkan dengan baik dan saksama demi melahirkan seorang individu yang seimbang, selaras dengan matlamat dasar Pendidikan Kebangsaan.
  • 14. RUMUSAN Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan sudah tentu menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Jadi jelaslah bahawa dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat. Kepelbagaian sosiobudaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan jelaslah bahawa dalam menguruskan sebuah kelas yang mempunyai pelbagai etnik murid adalah amat mencabar kewibawaan seorang guru.Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi keluarga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.