SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Atau Pengajaran Matematik Tanpa
                                   Menggunakan Komputer


1.0    Pengenalan


Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa
penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik
seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermula dari
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar
kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik,liquid
crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.


       Bajet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat Datuk
Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5 billion untuk tempoh antara 2002 hingga
2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga pengajar untuk
memastikan kelancaran perlaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
di sekolah-sekolah.


       Untuk memastikan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
dapat dilaksanakan secara berkesan, guru-guru akan dibekalkan dengan komputer notebook,
LCD projector untuk sekolah dan peralatan berkaitan. Bagi tujuan ini, sebanyak 978.7 juta
ringgit telah dibelanjakan pada tahun 2003 (Mahathir, 2002). Peruntukan kewangan yang tinggi
ini adalah untuk menjadikan pendidikan di Malaysia adalah berteknologi tinggi.


       Becta (2003) telah meringkaskan bahawa ICT dapat menggalakkan kerjasama dan
komunikasi yang baik di antara pelajar serta berkongsi pengetahuan di antara satu sama lain.
Selain itu, ICT juga dapat memberikan maklum balas yang cepat dan tepat kepada pelajar dan
hal ini dapat mempengaruhi motivasi yang positif kepada pelajar. Di samping itu, ICT juga
membolehkan mereka memfokuskan pada strategi dan tafsiran jawapan daripada menghabiskan
masa pada computational calculations yang membosankan.
Dalam kajian ini, isu yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan penggunaan ICT
dalam mengajar Matematik. Pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan kepada
guru dan pelajar sama ada menggunakan komputer atau tanpa menggunakan komputer.


2.0    Definisi Istilah


2.1    Information Communication Technology (ICT)


       Information Communication Technology (ICT) adalah teknologi yang berkaitan dengan
pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan
teknologi komputer dan telekomunikasi (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005).


       Di samping itu, ICT juga adalah teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan
maklumat, khususnya penggunaan komputer, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk
menukar, menyimpan, melindungi, proses, menghantar dan mengambil maklumat dari mana-
mana sahaja dan pada bila-bila masa.


       Mengikut definisi kami sendiri, ICT bermaksud perkakasan, perisian dan sistem
telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. ICT juga
adalah satu teknologi yang bergantung kepada komputer dan perkakasan elektronik lain untuk
memudahkan urusan seharian manusia. Selain itu, ICT juga berkait dengan internet di mana
internet memudahkan manusia berhubung antara satu sama lain. Contoh ICT dalam kehidupan
seharian adalah seperti perbankan, pendidikan, kerajaan dan perniagaan.


2.2    Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)


       Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah penggunaan
komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta
membolehkan maklum balas. Criswell (1989) dalam Abdul Wahab Ismail Gani et. al. (2006).
Pada pendapat kami, PBBK adalah satu situasi pembelajaran di mana komputer
digunakan sebagai medium untuk penyampaian maklumat di antara tenaga pengajar dan
individu. PPBK menggunakan komputer sebagai alat untuk menyampaikan maklumat sama ada
dalam pengajaran, melatih, membimbing dan menilai prestasi pelajar dengan menggunakan
komputer untuk menjadikan pelajar lebih berminat serta menambah keberkesanan pengajaran.
Selain itu PPBK juga boleh didefinisikan sebagai satu strategi atau bentuk pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan seluruh atau sebahagian dari
isi kandungan mata pelajaran. Ia merupakan satu pengajaran terancang seperti menggunakan
bahan perisian kursus.


2.3    Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik


       Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di definisikan sebagai
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik. (Pusat Perkembangan
Kurikulum KPM, 2001)


(Sehingga Sekolah Bestari)


       Perkembangan Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Di Malaysia telah
bermula pada tahun 1986 sehinggalah sekolah bestari ditubuhkan iaitu pada tahun 1999. Jadual
di bawah menunjukkan perkembangan penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan di
Malaysia secara umum.


TAHUN         TINDAKAN
1986          Program Pengenalan kepada komputer
1989-1992     Program Literasi Komputer yang bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan
               kemahiran dan pengetahuan asas mengenai komputer dan pengguna.
1993          Program Literasi Komputer diperluas dengan memasukkan unsur PBK
1994          KPM memperluaskan bidang penggunaan komputer melalui Jaringan Pendidikan
               seluruh Negara berinteraksi melalui aktiviti terancang yang berorientasikan
kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan
               pendidikan
1997          Pengajian Komputer dilaksanakan sebagai mata pelajaran elektif untuk pelajar
               tingkatan 4 & 5.
1999          Pelaksanaan Sekolah Bestari
  Jadual 1 : Perkembangan Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Di Malaysia


4.0    ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik


Pada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar
dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada tahun
hadapannya, iaitu tahun 2003 (Utusan Malaysia, 10 Ogos 2002). Pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam
tempoh masa yang sangat singkat. Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagi membantu dan memudahkan guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.


5.0    Pengajaran Matematik Tanpa Menggunakan Komputer (Secara Tradisional)


Menurut Havice (1999) pengajaran matematik tanpa menggunakan komputer adalah pengajaran
secara tradisional yang melibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja.
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran secara tradisional merupakan kaedah ‘kapur dan cakap’
atau kaedah menggunakan transperansi (OHP), manakala media yang digunakan adalah buku
bercetak. Neo & Rafi (2007). Di samping itu, Azura Ishak et. al (2009) menyatakan bahawa
pengajaran   berasaskan     tradisional   merupakan    kaedah   penyampaian   guru   Matematik
menggunakan peralatan yang lazim terdapat di semua sekolah seperti papan hitam atau putih,
kapur tulis atau pen marker dan buku teks Matematik.




6.0    Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer
Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah
mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik. Aktiviti penyelesaian masalah adalah
bahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik
tidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.
Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada
sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini
memerlukan fahaman yang lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.
Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer Lim (1989) dalam A/P Ramakrishnan
(2005). Pada pandangan pelajar-pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu yang amat
sukar, membosankan dan penuh dengan pola nombor dan hafalan. Pandangan ini dapat dikikis
dengan penggunaan komputer.


       Penggunaan perisian seperti Microsoft-Excel, The Geometer's Sketchpad dan Logo
menarik minat pelajar-pelajar Matematik. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar
meneroka dan menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik dengan
mudah dan berkesan. Rajah di bawah menunjukkan contoh pengajaran matematik dengan
menggunakan perisian The Geometer's Sketchpad bagi tajuk graf, penjelmaan dan sudut.


Rajah 1 : Graphical visualisation tools untuk tajuk Graf
Rajah 2 : Graphical visualisation tools untuk tajuk Sudut


7.0     Pendirian: Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Berkesan, Namun
Bergantung Kepada Kemampuan Pelajar dan Prasarana ICT


Bagi pembentangan isu bertajuk penggunaan ICT dalam mengajar matematik, pendirian yang
dipilih adalah pengajaran marematik menggunakan komputer adalah berkesan, namun
bergantung kepada kemampuan pelajar dan prasarana ICT. Berdasarkan pendirian yang dipilih,
beberapa hujan yang relevan telah dikemukakan.
8.0    Hujah


8.1    Hujah 1: Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran matematik


Hujah yang pertama adalah mengenai keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran
matematik. Hujah ini disokong dengan beberapa hasil kajian berkaitan penggunaan komputer
dalam subjek matematik yang pernah dijalankan.


       Hasil kajian yang pertama adalah Shaharuddin Md Salleh (2008), yang telah mengkaji
keberkesanan PBK bagi Tajuk Trigonometri yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar
tingkatan empat di empat buah sekolah di Johor Bahru. Beliau mendapati pembelajaran
matematik dengan menggunakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) meninggalkan
kesan yang positif yang mana ianya telah memupuk minat, keseronokkan dan menarik perhatian
pelajar terhadap pembelajaran matematik. Ia banyak membantu mempertingkatkan pemahaman
dan seterusnya pencapaian peperiksaan pelajar.


       Dalam kajian beliau, seramai 120 orang pelajar tingkatan empat daripada empat buah
sekolah menengah berkenaan telah dipilih sebagai sampel kajian dengan 59 orang pelajar
diambil sebagai kumpulan rawatan manakala 61 orang lagi dijadikan sebagai kumpulan kawalan.
Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soalan ujian pencapaian matematik
bagi Tajuk Trigonometri yang terdiri daripada 4 soalan struktur dan soalselidik.


       Dapatan kajian beliau menunjukkan min pencapaian dalam ujian pra bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing tidak berbeza secara signifikan (t=-1.694,
p>.05). Manakala min pencapaian dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan min
pencapaian kumpulan rawatan pula berbeza secara signifikan (t= -5.442, p<.05). Dapatan ini
menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara min pencapaian ujian pasca
bagi Tajuk Trigonometri dikalangan pelajar-pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan. Oleh itu, ini jelas menunjukkan bahawa Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
berupaya meningkatkan pencapaian pelajar.
Hasil kajian yang kedua adalah Nor Hayati (2003) yang mengkaji keberkesanan perisisan
“The Geometer’s Sketchpad” (GSP) bagi Tajuk Penjelmaan, Matematik Tingkatan 2 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jitra (SMKJ), Kedah Darul Aman. Beliau mendapati penggunaan
perisian GSP telah meningkatkan pencapaian serta minat para pelajar dalam matematik, oleh itu
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan menggunakan perisian GSP
adalah berkesan.


       GSP merupakan satu perisian khusus yang dapat digunakan untuk membina rajah-rajah
geometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain.
Perisian GSP yang berkapasiti 1.33 MB telah dihasilkan oleh Nicholas Jackiw pada Mac 1993
bagi memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk geometri, seperti segitiga, bulatan,
garisan-garisan lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam tiga dimensi.


       Tajuk Penjelmaan sesuai dipelajari menggunakan perisian GSP, kerana dengan perisian
ini, pelbagai perubahan daripada suatu titik atau suatu bentuk yang asal kepada titik atau bentuk
yang baru mudah dilakukan dan dapat dilihat terus melalui skrin komputer. Cara ini telah dapat
menimbulkan minat para pelajar untuk mencuba sendiri pelbagai bentuk serta warna yang
digemari. Perisian tersebut dapat membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
translasi, pantulan, putaran dan pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan dan
pengukuran dengan lebih cepat dan tepat. Secara tidak langsung, ia membantu para pelajar
memperoleh sendiri konsep-konsep sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat dan
berkesan.


       Selain itu, dengan berbantukan perisian GSP, pengguna boleh melukis sebuah segitiga
dengan hanya memberi arahan secara “mengklik” pada menu bar yang bersesuaian.
Pengubahsuaian ke atas bentuk segitiga yang dibina boleh dilakukan dengan menyeret salah satu
bucu segitiga tersebut tanpa perlu melukis rajah segitiga yang baru. Perisian GSP juga secara
automatik boleh membuat pengiraan kepada sudut, panjang sisi, mencari nisbah dan boleh
dikemas kini pada bila-bila masa dengan hanya mengubah angka-angka atau pun rajah-rajah
yang telah dilukis. Oleh itu melalui perisian GSP, para pelajar akan dapat belajar secara kendiri
dan ini akan membantu mereka untuk mengingati sesuatu konsep dalam mata pelajaran
matematik dengan lebih berkesan. Pelajar juga dapat meneroka pelbagai rajah baru tanpa
memadam atau melukis semula rajah berkenaan.


       Selain daripada dua kajian yang dinyatakan, beberapa kajian lain yang terdahulu juga
menyatakan sokongan terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran matematik kerana
keberkesanannya. Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Funkhouser (1993)
Henderson and Landersman (1992), Chazan (1988), McCoy (1991), Al Ghamdi (1987) di dalam
Norella Kadir (2004) menyatakan pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik
mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Selain itu perisian komputer yang digunakan
dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik
dengan mudah dan berkesan dan seterusnya pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir
menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer
mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.


       Gagne & Briggs dalam Rosenberg (2000) pula menyatakan komputer memiliki
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.
Antara keistimewaan tersebut adalah hubungan interaktif, pengulangan, maklum balas &
peneguhan. Hubungan interaktif yang dimaksudkan oleh pengkaji adalah kemampuan komputer
memberikan respon yang serta merta semasa pengguna menggunakan perisian, aplikasi dan
program-program tertentu. Contohnya dalam sesebuah permainan komputer (games), pengguna
akan dapat melihat dan mengetahui sebarang perubahan terhadap objek yang dimainkan. Selain
itu pemain akan mendapat maklum balas berbentuk ganjaran yang diperolehi dengan serta merta
apabila berjaya mencapai mata atau peringkat tertentu.


       Berdasarkan kajian-kajian terdahulu jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer
dalam pembelajaran dapat memberikan kesan berbeza yang lebih baik yang tidak dapat dicapai
melalui pembelajaran tradisional. Kesan yang lebih baik menerusi penggunaan komputer ini juga
dapat dilihat dalam pembelajaran subjek-subjek lain selain daripada matematik.
8.2      Hujah 2: Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
matematik bergantung kepada kemampuan pelajar.


Hujah yang kedua adalah mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) matematik bergantung kepada kemampuan pelajar. Hujah ini disokong dengan dapatan
kajian berkaitan perbandingan pengajaran yang menggunakan komputer dengan pengajaran
tanpa menggunakan komputer.


         Hasil kajian Azura Ishak et. al (2009) menyatakan penggunaan multimedia dalam P&P
matematik tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenap lapisan pelajar
terutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah. Pelajar berisiko dalam
kajian beliau adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan dua yang mempunyai masalah
akademik yang rendah yang ditempatkan di dalam kelas aliran yang paling lemah seperti kelas D
dan E.


         Beliau dan rakan-rakannya telah menjalankan kajian di dua buah sekolah di Serdang,
Selangor. Kajian dijalankan selama 10 minggu ke atas pelajar tingkatan dua yang merangkumi
tiga topik dalam sukatan pelajaran matematik tingkatan dua iaitu bab satu hingga tiga. (Chapter
1: Directed Numbers; Chapter 2: Squares, Square Roots, Cubes and Cube Roots dan Chapter 3:
Algebraic Expressions II).


         Subjek kajian yang terlibat dalam kumpulan multimedia adalah seramai 25 orang pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah Selangor dan 29 orang bagi kumpulan tradisional di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang Selangor. Bagi kumpulan multimedia, guru
mengajar menggunakan sokongan multimedia iaitu perisian “Mathematics Form Two” yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan alat sokongan teknologi
komputer yang lain seperti komputer riba, projektor paparan cecair kristal (LCD) dan skrin
papan putih bagi kumpulan multimedia. Manakala agi kumpulan tradisional, guru mengajar
menggunakan kaedah manual, iaitu buku teks “Mathematics Form Two” dengan alat sokongan
papan putih dan pen marker. Kedua-dua kumpulan pengajaran Matematik ini adalah berdasarkan
kepada sukatan pelajaran Matematik tingkatan dua yang telah ditetapkan oleh KPM dan
perancangan pengajaran yang sama bagi mengelakkan unsur-unsur ‘bias’ berlaku semasa
eksperimen dijalankan.


       Hasil kajian dinilai menerusi pencapaian matematik pelajar bersadarkan ujian yang
dijalankan selepas eksperimen dijalankan. Dapatan kajian beliau menunjukkan min ujian
pencapaian matematik bagi pelajar di bawah kumpulan multimedia adalah 23.067, manakala
bagi pelajar di bawah kumpulan tradisional pula adalah 22.471. Min pencapaian ujian tidak
menunjukkan perbezaan yang ketara bagi kedua-dua kumpulan. Dapatan ini menunjukkan
bahawa penggunaan multimedia tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenap
lapisan pelajar terutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah seperti yang
digembar gemburkan dalam kebanyakan kajian sebelum ini.


       Dapatan kajian Azura Ishak et. al (2009) selari dengan Al-Mikhlafi (2006) yang
menyatakan kesan penggunaan multimedia terhadap pembelajaran tidak semestinya berkesan. Ini
kerana keberkesanannya juga bergantung kepada perisian multimedia itu sendiri, kumpulan
pelajar yang menggunakannya, kaedah pengajaran dan tempoh penggunaannya.


       Kajian yang seumpamanya juga pernah dilakukan oleh Ahmad Hanizar Abdul Halim
(2007) yang menjalankan kajian kesan pembelajaran menggunakan perisian SSMS sekolah
bestari berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dalam mata pelajaran fizik
tingkatan empat. Sampel kajian terdiri daripada 62 orang pelajar aliran Sains Tingkatan 4 di
sebuah sekolah bestari di Malaysia. Kajian beliau juga melibatkan perbandingan P&P diantara
dua kumpulan iaitu kumpulan yang belajar menggunakan perisian SSMS berbantukan komputer
(PBK) dengan kumpulan yang belajar secara bersemuka dalam topik-topik Fizik yang sama.


       Dua dapatan penting diperolehi dari penyelidikan ini adalah kecanggihan ICT dalam
pendidikan bukan satu-satunya jaminan untuk meningkatkan kualiti sesuatu P&P. Guru masih
mempunyai peranan yang penting dalam sesuatu P&P untuk membimbing dan mengawal kadar
dan suasana pembelajaran.
8.3     Hujah 3: Penggunaan komputer dalam p&p matematik bergantung kepada
prasarana ICT di sekolah


Hujah yang ketiga adalah mengenai penggunaan komputer dalam P&P matematik yang mana
kebolehlaksanaannya bergantung kepada prasarana ICT di sekolah. Hujah ini disokong oleh
beberapa permasalahan yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji yang menjalankan kajian
berkaitan penggunaan dan prasarana ICT disekolah.


       Antara permasalahana yang dikenalpasti menjadi punca mengapa pengajaran matematik
menggunakan ICT sukar dilaksanakan secara konsisten adalah masalah makmal komputer yang
terhad. Masalah ini menjadi kekangan utama ke atas kesukaran melaksanakan P&P matematik
menggunakan ICT. Ini kerana, didapati tidak semua sekolah menyediakan makmal khas yntuk
matematik seperti makmal sains. Oleh itu, P&P matematik lebih banyak dilakukan di dalam
kelas. Jika perlu keluar kelas dan melaksanakan P&P di bilik-nilik khas yang lain seperti bilik
media atau bilik tayangan, guru terpaksa membawa banyak peralatan seperti ”laptop”, ”LCD”,
buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas. Ting Kung Shiung et. al (2005) menyatakan
jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani
P&P dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam P&P akan gagal.


9.0    Kekangan Lain


Di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan ICT,
terdapat pelbagai kekangan lain selain kekangan dari sudut kemampuan pelajar itu sendiri dan
prasarana yang ada di sekolah. Hal ini selari dengan apa yang dikatakan oleh Gagne (1971) di
dalam Pendidik (2004) yang menyatakan bahawa tidak ada satu media yang sempurna dan boleh
memenuhi semua keperluan pelajar. Dengan itu, kekangan-kekangan lain di dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan ICT adalah seperti berikut :


9.1    Masalah Perisian Kursus
Hasil temuduga yang telah dijalankan ke atas seorang guru Matematik SMK Seri Ampang
mendapati antara masalah utama penggunaan perisian kursus yang dibekalkan oleh pihak
kerajaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah dari segi bahasa inggeris
yang digunakan di dalam perisian kursus tersebut di mana slanga yang digunakan adalah slanga
luar negara. Perkara ini di sokong oleh Norhayati Mat Ali (2003) di dalam kajiannya yang
mendapati bahawa timbulnya permasalahan bahasa inggeris yang digunakan di dalam perisian
kursus tersebut. Ianya menyukarkan pemahaman pelajar yang menggunakan perisian kursus itu
lebih-lebih lagi kepada mereka yang lemah dalam penguasaan bahasa inggeris.


       Selain itu juga, guru berkenaan menyatakan bahawa pelajar sukar memahami apa yang
diajar di dalam perisian kursus dan memerlukan bantuan guru untuk memahami pelajaran
tersebut. Hal ini dipersetujui oleh dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Azizah Jaafar (2002)
yang mana mendapati perisian kursus tidak dapat menarik minat para guru untuk
menggunakannya. Ini kerana guru berpendapat bahawa perisian kursus masih belum mampu
menandingi pengajaran dan pembelajaran konvensional.


       Ini berikutan model pembelajaran yang dikemukakan oleh Alessi dan Trollip (2001) yang
menyatakan bahawa bimbingan adalah antara elemen penting di dalam pengajaran berkesan.
Bimbingan guru melalui penerangan dan penulisan di papan putih lebih bermakna untuk pelajar
memahami apa yang dipelajari. Ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap apa yang
dipelajari berbanding hanya melihat apa yang diterangkan di dalam perisian kursus. Dengan
adanya pengajaran secara konvensional di dalam pengajaran matematik, ianya dapat membantu
pelajar memahami pelajaran dengan lebih efektif di mana pelajar boleh bertanya secara terus
kepada guru berkenaan apa yang mereka tidak fahami.


9.2    Masalah Guru


Nor Azan Mat Ali (2005) di dalam Bushro Ali (2007) menyatakan bahawa saiz kelas yang besar,
bebanan kerja yang tinggi dan had masa menyukarkan guru memberi tumpuan khusus kepada
pelajar yang lemah dalam mata pelajaran matematik sekaligus menjadi penghalang kepada guru
untuk menyediakan pengajaran yang pelbagai yang bersesuaian dengan kecerdasan mereka. Ini
kerana selain mengajar, guru juga perlu melakukan hal-hal pentadbiran dan pengurusan yang
mana mengganggu masa guru untuk membuat penyediaan rancangan dan bahan pengajaran yang
berkesan.


       Perkara ini disokong oleh Norhana Aini Mohamed Amin et al (2008) yang menyatakan
bahawa permasalahan yang dikenal pasti di kalangan guru adalah guru tidak mempunyai cukup
masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan
masa mengajar yang penuh disamping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Di mana
perkara ini dipersetujui Norida Suhadi (2001) di dalam Norhana Aini Mohamed Amin et al
(2008) yang mendapati hanya 10% daripada 100 orang guru-guru menghasilkan bahan
pengajaran berbentuk multimedia. Ini bermaksud 90% guru hanya menggunakan bahan sedia ada
seperti buku teks untuk pengajaran mereka.


       Dengan banyaknya tanggungjawab atau tugas guru ini, maka tahap pengetahuan dan
kemahiran guru-guru terhadap penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran berada
pada tahap yang sederhana. Ini disokong oleh kajian Nazamud-din Alias (2004) yang mendapati
tahap keperluan latihan adalah besar. Maka guru-guru ini perlu menjalani program latihan yang
tersusun dan komprehensif bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan ICT
dalam pengajaran mereka.


9.3    Masalah Dalam Pengendalian Perkakasan ICT


Kajian yang dilaksanakan oleh Norhana Aini Mohamed Amin et al. (2008) mendapati 66.7%
guru matematik mengambil masa yang lama untuk memasang peralatan ICT berbanding guru
sains hanya 44.4%. Ini kerana peralatan ICT yang diperlukan untuk pengajaran telah
dilengkapkan di makmal-makmal sains manakala untuk matematik, guru perlu membawa dan
memasang sendiri peralatan ICT di dalam kelas seperti laptop, lcd, dan extension wire. Perkara
ini mendatangkan masalah kepada guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran dalam teknikal
untuk pemasangan alatan tersebut secara tidak langsung ianya akan mengambil masa yang lama
untuk memasangnya.
Dapatan kajian Norhana Aini Mohamed Amin et al. (2008) juga mendapati bahawa
hanya 40% sahaja daripada guru matematik yang boleh mengatasi masalah teknikal yang
berlaku. Ini bermaksud 60% guru matematik tidak boleh mengatasi masalah teknikal yang
berlaku. Hal ini berikutan ketiadaan kakitangan terlatih untuk membantu mereka dalam
penggunaan media komputer dalam pengajaran. Berbanding guru sains yang mempunyai
makmal sendiri serta pembantu makmal yang dapat membantu mereka dalam menyediakan
peralatan ICT sebelum pengajaran bermula.


          Selain itu, kajian Thomas O.J. (2006) menyatakan bahawa permasalahan guru adalah
dengan tidak boleh fokus kepada matematik. Kesannya, dengan menggunakan ICT ini para guru
hanya lebih memberi fokus terhadap peralatan-peralatan ICT tersebut. Ianya menjadikan guru
kaku di hadapan kelas untuk mengajar. Penggunaan komputer tidak mengubah kemahiran
mengajar seseorang guru. Perkara ini disokong oleh pelajar dari SMK Melaka, SMK Terengganu
dan SMK Perak yang telah ditemuduga di mana menyatakan bahawa pembelajaran menjadi
bosan kerana guru tidak berfungsi di hadapan.


10.0      Cadangan


Daripada kekangan-kekangan tersebut, di sini dinyatakan beberapa cadangan yang boleh diambil
kira oleh pihak tertentu untuk mengatasi permasalahan-permasalahan yang ada. Di antaranya
adalah:
   1)        Kerajaan perlu menyediakan bilik darjah yang boleh akses kepada internet secara
             terus untuk melaksanakan proses pengajaran menggunakan ICT dengan lebih efektif.
   2)        Kerajaan haruslah mengkaji dan menilai semula keberkesanan penggunaan perisian
             kursus yang dibekalkan untuk P&P.
   3)        Guru perlulah bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi
             menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan
             kaedah konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.
   4)        Guru haruslah mengambil inisiatif lain selain mengharapkan kepada kursus yang
             diberi kerana kemahiran komuter guru bergantung kepada minat dan kekerapan
             seseorang guru itu menggunakan komputer.
11.0   Kesimpulan


Walaupun dengan penggunaan teknologi dapat menjadikan pelajar lebih seronok, namun
terdapat pelbagai kekangan yang harus diambil kira sebelum dapat menjalankan perlaksanaannya
secara menyeluruh. Ini berdasarkan kepada sumber yang digunakan, kemampuan pelajar dan
juga kelengkapan prasarana yang diperlukan untuk menjalankan pembelajaran berasaskan
teknologi tersebut.


       Selain itu, kesediaan guru juga penting di dalam penggunaan ICT untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran ini. Ini kerana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
berasaskan teknologi maklumat adalah merujuk kepada kebolehan guru dalam mengintegrasikan
aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar untuk
belajar dari bahan yang disediakan.


       Hal ini kerana menurut Hillis, P. (2002), penggunaan ICT dalam P&P harus menekankan
kepada aspek pedagogi dan bukannya teknologi. Jika guru mengajar tanpa kesediaan yang
mencukupi, apa yang ditakuti akan berlaku adalah guru lebih menekankan kepada teknologi
berbanding aspek pedagogi sekaligus murid juga akan lebih mementingkan teknologi berbanding
isi pelajaran mereka seperti mana Thomas M.O.J. (2006) yang menyatakan :


       “Reliance on technology rather than understanding content and sometimes some students
rely too heavily on technology without really understanding basic concept and unable too
calculate by hand ”


       Dengan itu, penggunaan ICT di dalam matematik terdapat pelbagai cabarannya dan ianya
hanya dikatakan sesuai untuk diajar pada topik-topik tertentu sahaja. Ini kerana penerangan guru
masih diperlukan untuk memastikan pelajar memahami konsep asas subjek tersebut.

More Related Content

What's hot

Ict for teaching and learning
Ict for teaching and learningIct for teaching and learning
Ict for teaching and learningNgan Jiaing
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajarandaniadarweesy
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematikshare with me
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiAminah Rahmat
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPRain_Ain
 
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dlldr2200s
 
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTPerlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTMeutia Anis
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikanazharisuboh
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifAeizlin Omar
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanMunirah Sobri
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Noor Syazwanni
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 

What's hot (19)

Transformasi ict dalam pengajaran
Transformasi ict dalam pengajaran Transformasi ict dalam pengajaran
Transformasi ict dalam pengajaran
 
tmk dalam pdp
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Ict for teaching and learning
Ict for teaching and learningIct for teaching and learning
Ict for teaching and learning
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologi
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
 
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
 
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTPerlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 

Similar to Report trends 6

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)Letchumi Perumal
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Rosdi Ramli
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan webcekgu Azam
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploadedizwan_ismail
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Rahmah Soid
 
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikan
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikanPeranan ict-dalam-dunia-pendidikan
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikanBernardus Sentot
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Ety Sue
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Ety Sue
 

Similar to Report trends 6 (20)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
 
Pk deden sem2
Pk deden sem2Pk deden sem2
Pk deden sem2
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
tugasan1
tugasan1tugasan1
tugasan1
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
 
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikan
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikanPeranan ict-dalam-dunia-pendidikan
Peranan ict-dalam-dunia-pendidikan
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
 
ICT
ICTICT
ICT
 

Recently uploaded

Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasarrenihartanti
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 

Recently uploaded (20)

Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 

Report trends 6

  • 1. Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Atau Pengajaran Matematik Tanpa Menggunakan Komputer 1.0 Pengenalan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik,liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Bajet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5 billion untuk tempoh antara 2002 hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran perlaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Untuk memastikan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat dilaksanakan secara berkesan, guru-guru akan dibekalkan dengan komputer notebook, LCD projector untuk sekolah dan peralatan berkaitan. Bagi tujuan ini, sebanyak 978.7 juta ringgit telah dibelanjakan pada tahun 2003 (Mahathir, 2002). Peruntukan kewangan yang tinggi ini adalah untuk menjadikan pendidikan di Malaysia adalah berteknologi tinggi. Becta (2003) telah meringkaskan bahawa ICT dapat menggalakkan kerjasama dan komunikasi yang baik di antara pelajar serta berkongsi pengetahuan di antara satu sama lain. Selain itu, ICT juga dapat memberikan maklum balas yang cepat dan tepat kepada pelajar dan hal ini dapat mempengaruhi motivasi yang positif kepada pelajar. Di samping itu, ICT juga membolehkan mereka memfokuskan pada strategi dan tafsiran jawapan daripada menghabiskan masa pada computational calculations yang membosankan.
  • 2. Dalam kajian ini, isu yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam mengajar Matematik. Pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan kepada guru dan pelajar sama ada menggunakan komputer atau tanpa menggunakan komputer. 2.0 Definisi Istilah 2.1 Information Communication Technology (ICT) Information Communication Technology (ICT) adalah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005). Di samping itu, ICT juga adalah teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan maklumat, khususnya penggunaan komputer, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk menukar, menyimpan, melindungi, proses, menghantar dan mengambil maklumat dari mana- mana sahaja dan pada bila-bila masa. Mengikut definisi kami sendiri, ICT bermaksud perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. ICT juga adalah satu teknologi yang bergantung kepada komputer dan perkakasan elektronik lain untuk memudahkan urusan seharian manusia. Selain itu, ICT juga berkait dengan internet di mana internet memudahkan manusia berhubung antara satu sama lain. Contoh ICT dalam kehidupan seharian adalah seperti perbankan, pendidikan, kerajaan dan perniagaan. 2.2 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Criswell (1989) dalam Abdul Wahab Ismail Gani et. al. (2006).
  • 3. Pada pendapat kami, PBBK adalah satu situasi pembelajaran di mana komputer digunakan sebagai medium untuk penyampaian maklumat di antara tenaga pengajar dan individu. PPBK menggunakan komputer sebagai alat untuk menyampaikan maklumat sama ada dalam pengajaran, melatih, membimbing dan menilai prestasi pelajar dengan menggunakan komputer untuk menjadikan pelajar lebih berminat serta menambah keberkesanan pengajaran. Selain itu PPBK juga boleh didefinisikan sebagai satu strategi atau bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan seluruh atau sebahagian dari isi kandungan mata pelajaran. Ia merupakan satu pengajaran terancang seperti menggunakan bahan perisian kursus. 2.3 Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di definisikan sebagai menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik. (Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, 2001) (Sehingga Sekolah Bestari) Perkembangan Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Di Malaysia telah bermula pada tahun 1986 sehinggalah sekolah bestari ditubuhkan iaitu pada tahun 1999. Jadual di bawah menunjukkan perkembangan penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan di Malaysia secara umum. TAHUN TINDAKAN 1986 Program Pengenalan kepada komputer 1989-1992 Program Literasi Komputer yang bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai komputer dan pengguna. 1993 Program Literasi Komputer diperluas dengan memasukkan unsur PBK 1994 KPM memperluaskan bidang penggunaan komputer melalui Jaringan Pendidikan seluruh Negara berinteraksi melalui aktiviti terancang yang berorientasikan
  • 4. kemahiran mencari, menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan 1997 Pengajian Komputer dilaksanakan sebagai mata pelajaran elektif untuk pelajar tingkatan 4 & 5. 1999 Pelaksanaan Sekolah Bestari Jadual 1 : Perkembangan Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Di Malaysia 4.0 ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Pada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada tahun hadapannya, iaitu tahun 2003 (Utusan Malaysia, 10 Ogos 2002). Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam tempoh masa yang sangat singkat. Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagi membantu dan memudahkan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. 5.0 Pengajaran Matematik Tanpa Menggunakan Komputer (Secara Tradisional) Menurut Havice (1999) pengajaran matematik tanpa menggunakan komputer adalah pengajaran secara tradisional yang melibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran secara tradisional merupakan kaedah ‘kapur dan cakap’ atau kaedah menggunakan transperansi (OHP), manakala media yang digunakan adalah buku bercetak. Neo & Rafi (2007). Di samping itu, Azura Ishak et. al (2009) menyatakan bahawa pengajaran berasaskan tradisional merupakan kaedah penyampaian guru Matematik menggunakan peralatan yang lazim terdapat di semua sekolah seperti papan hitam atau putih, kapur tulis atau pen marker dan buku teks Matematik. 6.0 Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer
  • 5. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer Lim (1989) dalam A/P Ramakrishnan (2005). Pada pandangan pelajar-pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu yang amat sukar, membosankan dan penuh dengan pola nombor dan hafalan. Pandangan ini dapat dikikis dengan penggunaan komputer. Penggunaan perisian seperti Microsoft-Excel, The Geometer's Sketchpad dan Logo menarik minat pelajar-pelajar Matematik. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik dengan mudah dan berkesan. Rajah di bawah menunjukkan contoh pengajaran matematik dengan menggunakan perisian The Geometer's Sketchpad bagi tajuk graf, penjelmaan dan sudut. Rajah 1 : Graphical visualisation tools untuk tajuk Graf Rajah 2 : Graphical visualisation tools untuk tajuk Sudut 7.0 Pendirian: Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer Berkesan, Namun Bergantung Kepada Kemampuan Pelajar dan Prasarana ICT Bagi pembentangan isu bertajuk penggunaan ICT dalam mengajar matematik, pendirian yang dipilih adalah pengajaran marematik menggunakan komputer adalah berkesan, namun bergantung kepada kemampuan pelajar dan prasarana ICT. Berdasarkan pendirian yang dipilih, beberapa hujan yang relevan telah dikemukakan.
  • 6. 8.0 Hujah 8.1 Hujah 1: Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran matematik Hujah yang pertama adalah mengenai keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran matematik. Hujah ini disokong dengan beberapa hasil kajian berkaitan penggunaan komputer dalam subjek matematik yang pernah dijalankan. Hasil kajian yang pertama adalah Shaharuddin Md Salleh (2008), yang telah mengkaji keberkesanan PBK bagi Tajuk Trigonometri yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah di Johor Bahru. Beliau mendapati pembelajaran matematik dengan menggunakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) meninggalkan kesan yang positif yang mana ianya telah memupuk minat, keseronokkan dan menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran matematik. Ia banyak membantu mempertingkatkan pemahaman dan seterusnya pencapaian peperiksaan pelajar. Dalam kajian beliau, seramai 120 orang pelajar tingkatan empat daripada empat buah sekolah menengah berkenaan telah dipilih sebagai sampel kajian dengan 59 orang pelajar diambil sebagai kumpulan rawatan manakala 61 orang lagi dijadikan sebagai kumpulan kawalan. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soalan ujian pencapaian matematik bagi Tajuk Trigonometri yang terdiri daripada 4 soalan struktur dan soalselidik. Dapatan kajian beliau menunjukkan min pencapaian dalam ujian pra bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing tidak berbeza secara signifikan (t=-1.694, p>.05). Manakala min pencapaian dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan min pencapaian kumpulan rawatan pula berbeza secara signifikan (t= -5.442, p<.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara min pencapaian ujian pasca bagi Tajuk Trigonometri dikalangan pelajar-pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Oleh itu, ini jelas menunjukkan bahawa Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) berupaya meningkatkan pencapaian pelajar.
  • 7. Hasil kajian yang kedua adalah Nor Hayati (2003) yang mengkaji keberkesanan perisisan “The Geometer’s Sketchpad” (GSP) bagi Tajuk Penjelmaan, Matematik Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMKJ), Kedah Darul Aman. Beliau mendapati penggunaan perisian GSP telah meningkatkan pencapaian serta minat para pelajar dalam matematik, oleh itu pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan menggunakan perisian GSP adalah berkesan. GSP merupakan satu perisian khusus yang dapat digunakan untuk membina rajah-rajah geometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain. Perisian GSP yang berkapasiti 1.33 MB telah dihasilkan oleh Nicholas Jackiw pada Mac 1993 bagi memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk geometri, seperti segitiga, bulatan, garisan-garisan lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam tiga dimensi. Tajuk Penjelmaan sesuai dipelajari menggunakan perisian GSP, kerana dengan perisian ini, pelbagai perubahan daripada suatu titik atau suatu bentuk yang asal kepada titik atau bentuk yang baru mudah dilakukan dan dapat dilihat terus melalui skrin komputer. Cara ini telah dapat menimbulkan minat para pelajar untuk mencuba sendiri pelbagai bentuk serta warna yang digemari. Perisian tersebut dapat membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran translasi, pantulan, putaran dan pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan dan pengukuran dengan lebih cepat dan tepat. Secara tidak langsung, ia membantu para pelajar memperoleh sendiri konsep-konsep sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Selain itu, dengan berbantukan perisian GSP, pengguna boleh melukis sebuah segitiga dengan hanya memberi arahan secara “mengklik” pada menu bar yang bersesuaian. Pengubahsuaian ke atas bentuk segitiga yang dibina boleh dilakukan dengan menyeret salah satu bucu segitiga tersebut tanpa perlu melukis rajah segitiga yang baru. Perisian GSP juga secara automatik boleh membuat pengiraan kepada sudut, panjang sisi, mencari nisbah dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa dengan hanya mengubah angka-angka atau pun rajah-rajah yang telah dilukis. Oleh itu melalui perisian GSP, para pelajar akan dapat belajar secara kendiri
  • 8. dan ini akan membantu mereka untuk mengingati sesuatu konsep dalam mata pelajaran matematik dengan lebih berkesan. Pelajar juga dapat meneroka pelbagai rajah baru tanpa memadam atau melukis semula rajah berkenaan. Selain daripada dua kajian yang dinyatakan, beberapa kajian lain yang terdahulu juga menyatakan sokongan terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran matematik kerana keberkesanannya. Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Funkhouser (1993) Henderson and Landersman (1992), Chazan (1988), McCoy (1991), Al Ghamdi (1987) di dalam Norella Kadir (2004) menyatakan pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Selain itu perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan dan seterusnya pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. Gagne & Briggs dalam Rosenberg (2000) pula menyatakan komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah hubungan interaktif, pengulangan, maklum balas & peneguhan. Hubungan interaktif yang dimaksudkan oleh pengkaji adalah kemampuan komputer memberikan respon yang serta merta semasa pengguna menggunakan perisian, aplikasi dan program-program tertentu. Contohnya dalam sesebuah permainan komputer (games), pengguna akan dapat melihat dan mengetahui sebarang perubahan terhadap objek yang dimainkan. Selain itu pemain akan mendapat maklum balas berbentuk ganjaran yang diperolehi dengan serta merta apabila berjaya mencapai mata atau peringkat tertentu. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pembelajaran dapat memberikan kesan berbeza yang lebih baik yang tidak dapat dicapai melalui pembelajaran tradisional. Kesan yang lebih baik menerusi penggunaan komputer ini juga dapat dilihat dalam pembelajaran subjek-subjek lain selain daripada matematik.
  • 9. 8.2 Hujah 2: Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik bergantung kepada kemampuan pelajar. Hujah yang kedua adalah mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik bergantung kepada kemampuan pelajar. Hujah ini disokong dengan dapatan kajian berkaitan perbandingan pengajaran yang menggunakan komputer dengan pengajaran tanpa menggunakan komputer. Hasil kajian Azura Ishak et. al (2009) menyatakan penggunaan multimedia dalam P&P matematik tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenap lapisan pelajar terutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah. Pelajar berisiko dalam kajian beliau adalah terdiri daripada para pelajar tingkatan dua yang mempunyai masalah akademik yang rendah yang ditempatkan di dalam kelas aliran yang paling lemah seperti kelas D dan E. Beliau dan rakan-rakannya telah menjalankan kajian di dua buah sekolah di Serdang, Selangor. Kajian dijalankan selama 10 minggu ke atas pelajar tingkatan dua yang merangkumi tiga topik dalam sukatan pelajaran matematik tingkatan dua iaitu bab satu hingga tiga. (Chapter 1: Directed Numbers; Chapter 2: Squares, Square Roots, Cubes and Cube Roots dan Chapter 3: Algebraic Expressions II). Subjek kajian yang terlibat dalam kumpulan multimedia adalah seramai 25 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah Selangor dan 29 orang bagi kumpulan tradisional di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang Selangor. Bagi kumpulan multimedia, guru mengajar menggunakan sokongan multimedia iaitu perisian “Mathematics Form Two” yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan alat sokongan teknologi komputer yang lain seperti komputer riba, projektor paparan cecair kristal (LCD) dan skrin papan putih bagi kumpulan multimedia. Manakala agi kumpulan tradisional, guru mengajar menggunakan kaedah manual, iaitu buku teks “Mathematics Form Two” dengan alat sokongan papan putih dan pen marker. Kedua-dua kumpulan pengajaran Matematik ini adalah berdasarkan
  • 10. kepada sukatan pelajaran Matematik tingkatan dua yang telah ditetapkan oleh KPM dan perancangan pengajaran yang sama bagi mengelakkan unsur-unsur ‘bias’ berlaku semasa eksperimen dijalankan. Hasil kajian dinilai menerusi pencapaian matematik pelajar bersadarkan ujian yang dijalankan selepas eksperimen dijalankan. Dapatan kajian beliau menunjukkan min ujian pencapaian matematik bagi pelajar di bawah kumpulan multimedia adalah 23.067, manakala bagi pelajar di bawah kumpulan tradisional pula adalah 22.471. Min pencapaian ujian tidak menunjukkan perbezaan yang ketara bagi kedua-dua kumpulan. Dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan multimedia tidak semestinya berkesan secara menyeluruh bagi segenap lapisan pelajar terutamanya pelajar berisiko yang terdiri daripada kelas aliran lemah seperti yang digembar gemburkan dalam kebanyakan kajian sebelum ini. Dapatan kajian Azura Ishak et. al (2009) selari dengan Al-Mikhlafi (2006) yang menyatakan kesan penggunaan multimedia terhadap pembelajaran tidak semestinya berkesan. Ini kerana keberkesanannya juga bergantung kepada perisian multimedia itu sendiri, kumpulan pelajar yang menggunakannya, kaedah pengajaran dan tempoh penggunaannya. Kajian yang seumpamanya juga pernah dilakukan oleh Ahmad Hanizar Abdul Halim (2007) yang menjalankan kajian kesan pembelajaran menggunakan perisian SSMS sekolah bestari berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dalam mata pelajaran fizik tingkatan empat. Sampel kajian terdiri daripada 62 orang pelajar aliran Sains Tingkatan 4 di sebuah sekolah bestari di Malaysia. Kajian beliau juga melibatkan perbandingan P&P diantara dua kumpulan iaitu kumpulan yang belajar menggunakan perisian SSMS berbantukan komputer (PBK) dengan kumpulan yang belajar secara bersemuka dalam topik-topik Fizik yang sama. Dua dapatan penting diperolehi dari penyelidikan ini adalah kecanggihan ICT dalam pendidikan bukan satu-satunya jaminan untuk meningkatkan kualiti sesuatu P&P. Guru masih mempunyai peranan yang penting dalam sesuatu P&P untuk membimbing dan mengawal kadar dan suasana pembelajaran.
  • 11. 8.3 Hujah 3: Penggunaan komputer dalam p&p matematik bergantung kepada prasarana ICT di sekolah Hujah yang ketiga adalah mengenai penggunaan komputer dalam P&P matematik yang mana kebolehlaksanaannya bergantung kepada prasarana ICT di sekolah. Hujah ini disokong oleh beberapa permasalahan yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji yang menjalankan kajian berkaitan penggunaan dan prasarana ICT disekolah. Antara permasalahana yang dikenalpasti menjadi punca mengapa pengajaran matematik menggunakan ICT sukar dilaksanakan secara konsisten adalah masalah makmal komputer yang terhad. Masalah ini menjadi kekangan utama ke atas kesukaran melaksanakan P&P matematik menggunakan ICT. Ini kerana, didapati tidak semua sekolah menyediakan makmal khas yntuk matematik seperti makmal sains. Oleh itu, P&P matematik lebih banyak dilakukan di dalam kelas. Jika perlu keluar kelas dan melaksanakan P&P di bilik-nilik khas yang lain seperti bilik media atau bilik tayangan, guru terpaksa membawa banyak peralatan seperti ”laptop”, ”LCD”, buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas. Ting Kung Shiung et. al (2005) menyatakan jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani P&P dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam P&P akan gagal. 9.0 Kekangan Lain Di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan ICT, terdapat pelbagai kekangan lain selain kekangan dari sudut kemampuan pelajar itu sendiri dan prasarana yang ada di sekolah. Hal ini selari dengan apa yang dikatakan oleh Gagne (1971) di dalam Pendidik (2004) yang menyatakan bahawa tidak ada satu media yang sempurna dan boleh memenuhi semua keperluan pelajar. Dengan itu, kekangan-kekangan lain di dalam melaksanakan pengajaran menggunakan ICT adalah seperti berikut : 9.1 Masalah Perisian Kursus
  • 12. Hasil temuduga yang telah dijalankan ke atas seorang guru Matematik SMK Seri Ampang mendapati antara masalah utama penggunaan perisian kursus yang dibekalkan oleh pihak kerajaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah dari segi bahasa inggeris yang digunakan di dalam perisian kursus tersebut di mana slanga yang digunakan adalah slanga luar negara. Perkara ini di sokong oleh Norhayati Mat Ali (2003) di dalam kajiannya yang mendapati bahawa timbulnya permasalahan bahasa inggeris yang digunakan di dalam perisian kursus tersebut. Ianya menyukarkan pemahaman pelajar yang menggunakan perisian kursus itu lebih-lebih lagi kepada mereka yang lemah dalam penguasaan bahasa inggeris. Selain itu juga, guru berkenaan menyatakan bahawa pelajar sukar memahami apa yang diajar di dalam perisian kursus dan memerlukan bantuan guru untuk memahami pelajaran tersebut. Hal ini dipersetujui oleh dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Azizah Jaafar (2002) yang mana mendapati perisian kursus tidak dapat menarik minat para guru untuk menggunakannya. Ini kerana guru berpendapat bahawa perisian kursus masih belum mampu menandingi pengajaran dan pembelajaran konvensional. Ini berikutan model pembelajaran yang dikemukakan oleh Alessi dan Trollip (2001) yang menyatakan bahawa bimbingan adalah antara elemen penting di dalam pengajaran berkesan. Bimbingan guru melalui penerangan dan penulisan di papan putih lebih bermakna untuk pelajar memahami apa yang dipelajari. Ianya akan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap apa yang dipelajari berbanding hanya melihat apa yang diterangkan di dalam perisian kursus. Dengan adanya pengajaran secara konvensional di dalam pengajaran matematik, ianya dapat membantu pelajar memahami pelajaran dengan lebih efektif di mana pelajar boleh bertanya secara terus kepada guru berkenaan apa yang mereka tidak fahami. 9.2 Masalah Guru Nor Azan Mat Ali (2005) di dalam Bushro Ali (2007) menyatakan bahawa saiz kelas yang besar, bebanan kerja yang tinggi dan had masa menyukarkan guru memberi tumpuan khusus kepada pelajar yang lemah dalam mata pelajaran matematik sekaligus menjadi penghalang kepada guru untuk menyediakan pengajaran yang pelbagai yang bersesuaian dengan kecerdasan mereka. Ini
  • 13. kerana selain mengajar, guru juga perlu melakukan hal-hal pentadbiran dan pengurusan yang mana mengganggu masa guru untuk membuat penyediaan rancangan dan bahan pengajaran yang berkesan. Perkara ini disokong oleh Norhana Aini Mohamed Amin et al (2008) yang menyatakan bahawa permasalahan yang dikenal pasti di kalangan guru adalah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh disamping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Di mana perkara ini dipersetujui Norida Suhadi (2001) di dalam Norhana Aini Mohamed Amin et al (2008) yang mendapati hanya 10% daripada 100 orang guru-guru menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia. Ini bermaksud 90% guru hanya menggunakan bahan sedia ada seperti buku teks untuk pengajaran mereka. Dengan banyaknya tanggungjawab atau tugas guru ini, maka tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru terhadap penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Ini disokong oleh kajian Nazamud-din Alias (2004) yang mendapati tahap keperluan latihan adalah besar. Maka guru-guru ini perlu menjalani program latihan yang tersusun dan komprehensif bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan ICT dalam pengajaran mereka. 9.3 Masalah Dalam Pengendalian Perkakasan ICT Kajian yang dilaksanakan oleh Norhana Aini Mohamed Amin et al. (2008) mendapati 66.7% guru matematik mengambil masa yang lama untuk memasang peralatan ICT berbanding guru sains hanya 44.4%. Ini kerana peralatan ICT yang diperlukan untuk pengajaran telah dilengkapkan di makmal-makmal sains manakala untuk matematik, guru perlu membawa dan memasang sendiri peralatan ICT di dalam kelas seperti laptop, lcd, dan extension wire. Perkara ini mendatangkan masalah kepada guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran dalam teknikal untuk pemasangan alatan tersebut secara tidak langsung ianya akan mengambil masa yang lama untuk memasangnya.
  • 14. Dapatan kajian Norhana Aini Mohamed Amin et al. (2008) juga mendapati bahawa hanya 40% sahaja daripada guru matematik yang boleh mengatasi masalah teknikal yang berlaku. Ini bermaksud 60% guru matematik tidak boleh mengatasi masalah teknikal yang berlaku. Hal ini berikutan ketiadaan kakitangan terlatih untuk membantu mereka dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran. Berbanding guru sains yang mempunyai makmal sendiri serta pembantu makmal yang dapat membantu mereka dalam menyediakan peralatan ICT sebelum pengajaran bermula. Selain itu, kajian Thomas O.J. (2006) menyatakan bahawa permasalahan guru adalah dengan tidak boleh fokus kepada matematik. Kesannya, dengan menggunakan ICT ini para guru hanya lebih memberi fokus terhadap peralatan-peralatan ICT tersebut. Ianya menjadikan guru kaku di hadapan kelas untuk mengajar. Penggunaan komputer tidak mengubah kemahiran mengajar seseorang guru. Perkara ini disokong oleh pelajar dari SMK Melaka, SMK Terengganu dan SMK Perak yang telah ditemuduga di mana menyatakan bahawa pembelajaran menjadi bosan kerana guru tidak berfungsi di hadapan. 10.0 Cadangan Daripada kekangan-kekangan tersebut, di sini dinyatakan beberapa cadangan yang boleh diambil kira oleh pihak tertentu untuk mengatasi permasalahan-permasalahan yang ada. Di antaranya adalah: 1) Kerajaan perlu menyediakan bilik darjah yang boleh akses kepada internet secara terus untuk melaksanakan proses pengajaran menggunakan ICT dengan lebih efektif. 2) Kerajaan haruslah mengkaji dan menilai semula keberkesanan penggunaan perisian kursus yang dibekalkan untuk P&P. 3) Guru perlulah bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. 4) Guru haruslah mengambil inisiatif lain selain mengharapkan kepada kursus yang diberi kerana kemahiran komuter guru bergantung kepada minat dan kekerapan seseorang guru itu menggunakan komputer.
  • 15. 11.0 Kesimpulan Walaupun dengan penggunaan teknologi dapat menjadikan pelajar lebih seronok, namun terdapat pelbagai kekangan yang harus diambil kira sebelum dapat menjalankan perlaksanaannya secara menyeluruh. Ini berdasarkan kepada sumber yang digunakan, kemampuan pelajar dan juga kelengkapan prasarana yang diperlukan untuk menjalankan pembelajaran berasaskan teknologi tersebut. Selain itu, kesediaan guru juga penting di dalam penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ini. Ini kerana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat adalah merujuk kepada kebolehan guru dalam mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar untuk belajar dari bahan yang disediakan. Hal ini kerana menurut Hillis, P. (2002), penggunaan ICT dalam P&P harus menekankan kepada aspek pedagogi dan bukannya teknologi. Jika guru mengajar tanpa kesediaan yang mencukupi, apa yang ditakuti akan berlaku adalah guru lebih menekankan kepada teknologi berbanding aspek pedagogi sekaligus murid juga akan lebih mementingkan teknologi berbanding isi pelajaran mereka seperti mana Thomas M.O.J. (2006) yang menyatakan : “Reliance on technology rather than understanding content and sometimes some students rely too heavily on technology without really understanding basic concept and unable too calculate by hand ” Dengan itu, penggunaan ICT di dalam matematik terdapat pelbagai cabarannya dan ianya hanya dikatakan sesuai untuk diajar pada topik-topik tertentu sahaja. Ini kerana penerangan guru masih diperlukan untuk memastikan pelajar memahami konsep asas subjek tersebut.