Dokumen ini membincangkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah teknik dan vokasional. Terdapat beberapa kekangan seperti sikap negatif guru, kekurangan kemahiran ICT, dan kekurangan prasarana. Penulis menyarankan perubahan sikap guru, penyediaan latihan ICT, serta peningkatan infrastruktur dan sumber kewangan.
1. Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Di kalangan Guru
Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional :
Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan /
Cabaran Penggunaan ICT oleh Ting Kung
Shuing dan Woo Yoke Ling, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Tajuk Jurnal
NAMA : ZAKARIA BIN MOHAMED
NO.MATRIK : M20141000703
PENSYARAH : PROF.MADYA DATO’ DR. ABD.LATIF BIN HJ. GHAPOR
2. ICT adalah alat bantu mengajar yang penting dalam SM
Teknik dan Vokasional. Tetapi terdapat pelbagai
kekangan dan cabaran seperti kekangan guru untuk
menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan
kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan
sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan
yang tidak mencukupi. Penulis mengesyorkan supaya
penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan
kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap ICT,
penganjuran kursus pendek untuk guru, penyediaan
infrastruktur komunikasi dan multimedia serta infrastruktur
yang lengkap serta penyediaan kemudahan komputer
di luar bandar dan perangkaan sumber kewangan yang
mencukupi.
ABSTRAK
3. Penulis mengaitkan perubahan global yang pesat dalam ICT memberi kesan kepada
Negara-negara membangun seperti Malaysia (Abd. Rahim, 2005). Revolusi maklumat
yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baru kepada profesion
keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk
mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi
perubahan abad ke – 21 (Ward & Peppard, 2003). Penulis juga memetik kata-kata B.G
Yaxley (1991) pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa
perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna.
1. PENGENALAN
4. Dalam membincangkan isu jurnal ini penulis kerap merujuk kepada pernyataan dari orang lain
contohnya ialah:
i. Hjetland (1995) iaitu Technology can make our lives easier. Every task are simplified.
ii. Ellington, dan Race (1993) iaitu penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai
beberapa kekuatan dan kelemahan yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik
pengajaran yang lebih menekankan peranan individu.
iii. Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud
mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer.
iv. Dologite (1987) menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah iaitu tahap
pengetahuan dan kebolehan seseorang menggunakan komputer.
v. Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas
iaitu kesedaran dan pengalaman dan pengendalian komputer.
vi. Besag dan Levine (1984) berpendapat bahawa tahap asas literasi komputer adalah
kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan definisi yang luas
serta boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian.
2. TINJAUAN LITERATUR
5. 3. DAPATAN KAJIAN
Penulis membahagikan perbincangan isu ini dari segi:
Kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan Teknik dan Vokasional
iaitu :
a) Kekangan dari segi menghabiskan silibus
Penulis mencadangkan penggunaan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT
mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program
pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah dan perisian perlu dirancang
sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif.
b) Sikap Negatif Guru
Penulis menyarankan supaya guru-guru harus meninggalkan amalan lama dalam
p&p. Persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam anggota adalah
penting ke arah sesuatu perubahan sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994).
6. c) Kekurangan Kemahiran Penggunaan IT
Penulis menyarankan supaya guru-guru diberi kursus jangka pendek untuk
mendapat ilmu dan pengetahuan baru berkaitan ICT.
d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Bantu sokongan
Penulis menyarankan supaya pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur
komunikasi dan multimedia dan mempertingkatkan infrastruktur seperti
rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk
persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.
7. e) Jurang ICT dan Digital
Untuk mengatasi masalah ini penulis menyarankan supaya penggunaan komputer
perlu diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan luar bandar.
f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Dalam hal ini penulis menyarankan sekolah perlu menangani masalah kewangan
dari masa ke semasa mengikut keupayaan masing-masing supaya pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran berasakan ICT di sekolah berjaya dan dapat
meningkatkan kemahiran guru-guru dan juga pelajar-pelajar sekolah seiring
dengan kemajuan ICT dunia.
8. Kesimpulan
Penulis telah menyimpulkan bahawa penggunaan ICT dalam pendidikan adalah selaras
dengan dasar Pembangunan Negara oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia harus lah
menyediakan segala kemudahan dan peralatan ICT yang sentiasa berubah mengikut
peredaran masa secara global.
Persediaan dari segi latihan dan kemahiran guru untuk mengaplikasikan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran perlu dimantapkan sepanjang masa. Sikap guru-
guru perlulah diubah untuk menerima perubahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berasakan dunia abad ke 21 (21st Century Skill in Education).
Kejayaan penggunaan ICT di dalam pendidikan bergantung kepada keupayaan kerajaan
menyediakan segala prasarana dan peralatan ICT di seluruh pelusuk bandar dan juga
kawasan luar bandar supaya kemudahan internet dapat di akses dengan mudah.
Kerajaan perlu menyediakan peruntukan kewangan yang banyak untuk menjayakan
penggunaan ICT di dalam pendidikan supaya hasrat ini tidak seperti melepaskan batuk di
tangga sahaja.