Loading…

Flash Player 9 (or above) is needed to view presentations.
We have detected that you do not have it on your computer. To install it, go here.

Like this document? Why not share!

Pl4204 spn21 contoh persediaan mengajar amal

on

  • 479 views

 

Statistics

Views

Total Views
479
Views on SlideShare
479
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
1
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pl4204 spn21 contoh persediaan mengajar amal Pl4204 spn21 contoh persediaan mengajar amal Document Transcript

  • PERSEDIAAN MENGAJAR Nama Guru : Amal Amalina Binti Majid Tahun : 6 Bawah Hari dan Tarikh : Rabu, 13 Oktober 2010 Masa : 60 minit (8.00 – 9.00 pagi) Bilangan Pelajar : 15 orang Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu Subtajuk : Hikayat Hang Tuah Aspek/Isi Pelajaran : Unsur Mitos dalam Hikayat Hang Tuah, Bab 1. ABB/ABM : Kertas Lutsinar Kad Manila Komputer Riba Nota Edaran Pen Penanda Projektor Overhed Projektor LCD Pengetahuan Sedia : Pelajar sudah mempelajari Ada mengenai konsep unsur mitos. Hasil Pembelajaran : Melalui sesi pengajaran ini, pelajar diharapkan mampu mengenal pasti unsur-unsur mitos, di samping dapat membuat sinopsis yang terdapat dalam Bab 1 dengan menggunakan ayat sendiri. Penyerapan Nilai : Kepimpinan. Bekerjasama. Menghargai pendapat rakan. Penyerapan Ilmu : Teknik Meringkaskan. Teknik Membentang. Teknik Main Peranan. Teknik Perbincangan. 1
  • Gabung Jalin : Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis. Kemahiran Berfikir. Kemahiran Menganalisis. Buku Rujukan : Rozaiman Makmun (2008). Bimbingan Memahami Hikayat Hang Tuah: Buku 1.Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam. Pendekatan : Konstruktivisme Kaedah : Eklektik Teknik : Perbincangan Main Peranan Pembentangan Soal Jawab Analisis Teks Aktiviti : Berbincang dalam kumpulan Menganalisis teks Membentang dapatan 2
  • PROSEDUR PENGAJARAN LANGKAH ISI PELAJARAN TEKNIK DAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN PENYAMPAIAN MASA ABM/ABB Induksi Set TEKA-TEKI ABM: (5 minit) • Komputer Riba Pengajaran dimulakan dengan aktiviti teka-teki. • Projektor LCD Aktiviti teka-teki ini bertujuan untuk memberi • Kertas Edaran gambaran kepada para pelajar tentang isi pelajaran yang hendak mereka pelajari. Langkah-langkah Teknik: aktiviti ini seperti berikut: • Soal Jawab 1. Setiap pelajar dikehendaki untuk menjawab teka-teki yang dipaparkan oleh guru melalui projektor LCD. 2. Guru mengedarkan kertas kosong kepada setiap pelajar untuk mencatat jawapan mereka secara individu. 3. Kemudian, guru memberikan masa kepada pelajar untuk berfikir dan mencatat jawapan masing-masing di dalam kertas kosong yang diedarkan tersebut. 4. Setelah pelajar selesai mencatat jawapan mereka, guru mengarahkan setiap pelajar untuk bertukar kertas jawapan masing- masing di antara satu dengan yang lain. 5. Guru berinteraksi dan bersoal jawab dengan pelajar mengenai jawapan yang diberikan. Guru mengaitkan teka-teki tersebut dengan isi pelajaran yang akan diajarkan hari ini, serta mengimbas kembali pelajaran lalu (unsur mitos) secara ringkas. Langkah 1 AKTIVITI 1 (berkumpulan) ABM: (16 minit) • Kad Manila Aktiviti menghasilkan rajah salah-silah • Pen Penanda keturunan Raja Bentan dan kemudian pembentangan mengenai sinopsis Bab 1 dengan Teknik: berpandukan kepada rajah yang telah dihasilkan • Perbincangan tersebut. • Pembentangan • Analisis Teks Sebelum aktiviti dimulakan, guru membahagikan 3
  • LANGKAH ISI PELAJARAN TEKNIK DAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN PENYAMPAIAN MASA ABM/ABB para pelajar kepada tiga kumpulan. Kemudian, guru menerangkan arahan aktiviti yang harus dilakukan oleh setiap kumpulan. Langkah- langkah aktiviti ini adalah seperti berikut: • Setiap kumpulan diberikan masa 2 minit untuk menghasilkan rajah mengenai salah- silah asal keturunan Raja Bentan pada kad manila. • Setelah itu, guru meminta wakil setiap kumpulan untuk membentangkan sinopsis dengan berpandukan rajah yang dihasilkan selama 2-3 minit. • Rakan sebaya akan memberi penilaian dan menambah isi-isi yang perlu ditambah. Langkah 2 AKTIVITI 2 (berkumpulan) ABM: (16 minit) • Kad Manila Aktiviti mengenal pasti unsur mitos yang terdapat • Pen Penanda dalam Hikayat Hang Tuah Bab 1) dengan menyatakn fungsinya. Teknik: • Perbincangan Para pelajar masih lagi di dalam kumpulan masing- • Pembentangan masing (tiga kumpulan). • Analisis Teks Langkah-langkah aktiviti ini adlaah seperti berikut: • Dalam masa 2 minit setiap kum,pulan dikehehendaki mengenal pasti unsur mitos yang terdapat dalam Bab 1 dengan menyatakan fungsinya sekali. • Kemudain, wakil setiap kumpulan menulis dapatan mereka pada kertas lut sinar yang telah disediakan oleh guru. • Setelah itu, guru meminta wakil setiap kumpulan untuk membentangkjan dapatan mereka selama 2-3 minit. • Rakan sebaya akan memberi penilaian dan menambah isi-isi yang perlu ditambah. Langkah 3 AKTIVITI 3 (berkumpulan) Teknik: (18 minit) • Main Peranan Aktiviti lakonan. 4
  • LANGKAH ISI PELAJARAN TEKNIK DAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN PENYAMPAIAN MASA ABM/ABB papra pelajar masih lagi di dalam kumpulan masing-masing (tiga kumpulan). Langkah-langkah aktiviti ini adalah seperti berikut: • Pelajar diberikan masa selama 3 minit untuk berbincang tentang babak yang ingin mereka lakonkan dengan memasukan unsur mitos di dalamnya. • Setiap kumpulan dikehehndaki melakukan lakonan dengan menggunakan skrip sendiri secara spontan. • Masa diberikan selama 4-5 minit untuk setiap kumpulan membuat aksi lakonan di hadapan kelas. • Rakan sebaya akan memberi penilaian dan menambah isi-isi yang perlu ditambah. Penutup ABM: (5 minit) Rumusan. • Kertas Edaran Guru memberikan penilaian ringkas terhadap Teknik: tugasan aktiviti yangh telah diberikan. • Soal Jawab Kemudian, guru merumuskan kembali isi pelajaran iaitu unsur mitos yang terdapat dalam Bab 1. Guru membnerikan soalan kerja rumah berupa soalan berbentuk pendapat sebagai peneguhan kepada pembelajaran hari ini. Penilaian Kendiri _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ Penilaian Penyelia _________________________________________________________________________________ 5
  • _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ Tandatangan Ketua Jabatan Tandatangan Penyelia (...............................................) (.........................................) Lampiran 1: Sinopsis Filem Anak Mami Kembali Saiful kembali dari UK dengan gaya rambut dan pakaian ala Barat. Emaknya marah dan meminta Saiful menggunting rambut sebelum kembali ke rumah. Tiba di rumah, emaknya meminta Saiful memata-matai adiknya yang dikhabarkan sedang berhubungan dengan seorang jejaka yang tidak dikenali. Saiful meminta bantuan kawan karibnya, Fariz untuk memantau pergerakan Wahida. Emaknya pula diam-diam mencari jodoh untuk Saiful. Di kelas aerobik, emaknya berkenalan dengan emak Fasha yang akhirnya bersepakat untuk menjodohkan anak masing-masing. Hubungan Wahida dan Fariz akhirnya diketahui Saiful. Namun, Fariz berjaya meyakinkan Saiful bahawa hubungannya dengan Wahida benar-benar serius. Akhirnya, Saiful merestui hubungan mereka dan berjanji untuk membantu mereka. Dengan muslihat, Saiful menyediakan beberapa keping gambar Fariz dalam pelbagai gaya, dari yang bergaya comot sehinggalah berpenampilan segak dan memakai jubah konvokesyen. Seperti yang dirancang, tentulah emak Saiful memilih gambar Fariz yang segak itu. Giliran Saiful akhirnya tiba. Sewaktu makan malam, emaknya memaklumkan bahawa jodoh Saiful sudah ditemuinya. Saiful diminta untuk menyediakan gambar sendiri untuk diserahkan kepada keluarga perempuan pilihan emaknya. Saiful meminta bantuan Fariz. Fariz menggambar Saiful dalam gaya pondan. Tiba saatnya, emak Saiful membawa berjumpa bakal emak mertuanya di kelas aeorobik. 6
  • Sewaktu emak Saiful bersalin pakaian, Saiful menjumpai bakal emak mertuanya dalam gaya pondan. Calon emak mertuanya lalu geli-gemelan. Dia mengambil gambar saiful dan terus berlalu. Tiba masanya, Fasha dipanggil oleh emaknya untuk melihat gambar calon suaminya. Dengan berat hati Fasha melihat juga gambar itu. Sebaik menyedari bahawa gambar lelaki pondan itu adalah Saiful, Fasha menjerit suka hati dan bersetuju dengan pilihan emaknya. Emak Fasha tidak menyangka dengan keputusan Fasha dan cuba membantah manakala ayahnya kebingungan. Di telefon, emak Fasha cuba membatalkan rancangan mereka dengan alasan tidak berkenan dengan sifat lembut Saiful. Emak Saiful meradang lalu mengheret Saiful ke rumah Fasha. Tiba di sana, Saiful terkejut apabila menyedari calon isteri pilihan emaknya sebenarnya Fasha, kekasih hatinya. Saiful lalu menenangkan keadaan yang huru-hara dengan mengakui rancangannya untuk menghalang rancangan emaknya dan emak Fasha. Kedua-dua pihak kini sedar akan apa yang berlaku. Mereka akhirnya bersetuju untuk mengahwinkan Fasha dan Saiful. Cerita ini diakhiri dengan kelahiran anak kembar empat yang bernama Sabarina, Sabarinu, Sabarini, dan Sabarinda. Lampiran 2: Teknik Meringkasan Cerita / Menulis Sinopsis 7
  • Terdapat beberapa panduan atau teknik yang perlu dilaksanakan untuk meringkaskan cerita atau menulis sinopsis, iaitu: a) Membaca cerpen secara sepintas. Bacaan sepintas bertujuan untuk memahami jalan cerita atau kisah yang ingin disampaikan. b) Membaca cerpen dengan cermat. Bacaan pada tahap ini bertujuan untuk mengenal pasti isi penting atau peristiwa penting. c) Menandakan isi atau peristiwa penting. Untuk menandakan peristiwa penting, pelajar bolehlah menggunakan cara tersendiri. Pelajar boleh menandakan dengan menggunakan nombor, garisan, bulatan, simbol, atau menggunakan warna. d) Menyenaraikan isi atau peristiwa penting. Peristiwa penting perlu disenaraikan di dalam kertas atau buku ringkasan. Senaraikan hanya peristiwa penting yang saling berkaitan. e) Menulis ringkasan / sinopsis Kemudian, pelajar bolehlah menulis ringkasan berdasarkan peristiwa-peristiwa yang terpilih tadi. Pada tahap ini, pelajar perlu menggunakan bahasa tersendiri. f) Menyemak ringkasan. Akhir sekali, semaklah ringkasan dari segi kelancaran penceritaan, penggunaan dan pemilihan kata. g) Tulis sinopsis di kertas lutsinar untuk dibentangkan. Lampiran 3: Pembahagian Tugasan dan Kumpulan Kumpulan 1: Cerpen Tanah Kumpulan 2: Cerpen Pantaran Kumpulan 3: Anak-anak Tasim Jali Kumpulan 4: Buat Saja Kumpulan 5: Salam Pastikan setiap kumpulan mengandungi 5 ahli. Ahli-ahli kumpulan sudah ditentukan oleh guru. Tayangkan nama pelajar dalam setiap kumpulan melalui 8
  • projektor LCD beserta formasi / kedudukan kumpulan. Dengan cara ini, masa dapat dijimatkan sewaktu membentuk kumpulan. Langkah-langkah Tugasan 1. Bentuk kumpulan seperti yang diarahkan/ditayangkan melalui projektor LCD. 2. Fahami teknik meringkaskan cerita / menulis sinopsis. 3. Lantik seorang ketua yang juga berperanan sebagai pembaca (pastikan yang terlantik mampu membaca dengan baik dengan intonasi bacaan yang menarik). 4. Lantik seorang pencatat Kertas Lutsinar dan seorang pembentang. 5. Baca cerpen dengan suara sederhana, cukup lantang untuk setiap ahli kumpulan mendengar. 6. Ahli yang lain mendengar (mengimlak) dan menggaris serta mencatat peristiwa-peristiwa penting. 7. Selepas selesai membaca, adakan perbincangan secara terbuka mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berjaya dicatat. 8. Hasilkan sinopsis secara koperatif. 9. Pencatat menuliskan sinopsis di kertas lutsinar dengan kemas. 10. Bersedia untuk sesi pembentangan, penilaian dan refleksi kendiri. 9