RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR KESUSASTERAAN MELAYU.
Nama guru pelatih Norazalina Binti Haji Tahir ( 07B0204)
Tarikh 27 hb ...
7. Nota edaran
Pengetahuan Sedia Ada Pelajar sudah membaca Hikayat Hang Tuah bab 24.
Pendekatan Koperatif.
Pennggabungjali...
Penyerapan Ilmu -Teknik membentang.
Aktiviti -Berbincang dalam kumpulan.
-Membentang dapatan.
-Kuiz.
Bahan Rujukan - Kassi...
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU .
Langkah Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan dan Alat Bantu
Mengajar
Guru
( Pe...
a)Apakah pendapat kamu mengenai
tayangan video tadi?
 Guru mengaitkan tayangan
video tersebut dengan isi
pelajaran pada h...
( hal.514-518)
-Nama-nama watak
dalam bab 24.
pengertian peristiwa,
peristiwa-peristiwa, dan
peristiwa-peristiwa penting.
...
Langkah 2:
( 20 minit )
- Aktiviti
berkumpulan
pembentangan.
-Peristiwa-peristiwa
penting dalam
Hikayat Hang Tuah
(hal 519...
 Guru membandingkan jawapan
pelajar dengan menayangkan
slaid mengenai peristiwa-
peristiwa penting yang terdapat
dari hal...
Aktiviti
pengukuhan:
Langkah 3
( 16 minit )
-Aktiviti kuiz  Guru mengarahkan wakil
setiap kumpulan untuk
memilih nombor s...
Langkah 4:
( 5 minit )
-Rumusan peristiwa-
peristiwa penting
dalam bab 24.
-Latihan kerja rumah.
 Guru membuat rumusan.
t...
Penilaian Kendiri
Catatan Guru
Tanda Tangan Ketua Jabatan
(….......................................)
Tanda Tangan Pengetua...
LAMPIRAN 1. NOTA
 Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah bab 24:
1-Mahkota Raja Melaka terjatuh ke laut di S...
9-Oleh sebab Hang Tuah sedang sakit, Bendahara Paduka Raja mengambil tugas Hang Tuah untuk menjaga Melaka daripada diseran...
 Watak-watak yang terlibat:
Raja Melaka, Hang Tuah, Buaya Putih, Tun Teja, Raden Emas Ayu, Seluruh isi istana, Dong Manil...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Persediaan mengajar sastera hang tuah

1,106 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,106
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
19
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Persediaan mengajar sastera hang tuah

  1. 1. RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR KESUSASTERAAN MELAYU. Nama guru pelatih Norazalina Binti Haji Tahir ( 07B0204) Tarikh 27 hb September 2010. Hari Isnin. Kelas Tingkatan 6 bawah. Bilangan Pelajar 14 Orang. Masa 60 Minit ( 8.00-9.00 Pagi ). Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu. Tajuk Pelajaran Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah Bab 24 ( Hang Tuah Jatuh Sakit ). Alat Bantu Mengajar/ Belajar 1. Projektor 8.Sampul surat 2. Komputer riba 9.Penanda markah bewarna hijau. 3.Tayangan video 10.Penanda markah bewarna merah 4.Tayangan slaid 11.Papan tulis putih 5.Marker pen 12.Alat pembesar suara. 6.Manila kad 13.Latihan kerja rumah
  2. 2. 7. Nota edaran Pengetahuan Sedia Ada Pelajar sudah membaca Hikayat Hang Tuah bab 24. Pendekatan Koperatif. Pennggabungjalin Kemahiran lisan, kemahiran mendengar, kemahiran menulis, kemahiran berfikir. Teknik Penerangan, soal jawab, perbincangan, kuiz. Kaedah Mengajar Kaedah berfokus. Fokus utama: Peristiwa-peristiwa penting. Fokus sampingan: Nama-nama watak. Objektif am Mengenali peristiwa-peristiwa penting. Objektif khas Melalui sesi pengajaran ini, pelajar diharapkan mampu: 1) Menyatakan peristiwa-peristiwa penting menggunakan ayat sendiri. 2) Menyatakan nama-nama watak yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah bab 24. Penyerapan Nilai -Bekerjasama. -Menghargai pendapat rakan. -Persaingan sihat ( kuiz ).
  3. 3. Penyerapan Ilmu -Teknik membentang. Aktiviti -Berbincang dalam kumpulan. -Membentang dapatan. -Kuiz. Bahan Rujukan - Kassim Ahmad, penyelenggara ( 1991 ). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. -Mohd.Noor Yunus ( 1997 ). Hikayat Hang Tuah Karya Agung. Kuala Lumpur: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd. -Rozaiman Makmun ( 2008 ).Buku 1 Bimbingan Memahami Hikayat Hang Tuah.Tungku Link Universiti Brunei Darussalam.
  4. 4. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU . Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan dan Alat Bantu Mengajar Guru ( Pengajaran ) Pelajar ( Pembelajaran ) Pendahuluan: ( 2 minit ) -Memberi salam dan membaca doa sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.  Guru memberi salam dan memulakan bacaan doa sebelum mengajar bersama- sama pelajar.  Pelajar menjawab salam dan membaca doa sebelum belajar beramai-ramai Induksi set: ( 5 minit ) -Tayangan video mengenai peperangan.  Guru mengarahkan pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap tayangan video.  Guru bertanya pendapat pelajar mengenai video yang ditayangkan.  Para pelajar memberi perhatian terhadap video yang ditayangkan.  Pelajar-pelajar menjawab pertanyaan guru dengan mengemukakan pendapat mereka CATATAN: -Teknik soal jawab. -Kemahiran lisan. ABM: -Komputer riba -Projektor
  5. 5. a)Apakah pendapat kamu mengenai tayangan video tadi?  Guru mengaitkan tayangan video tersebut dengan isi pelajaran pada hari ini iaitu mengenai peristiwa-peristiwa penting. mengenai video tersebut.  Pelajar memberi maklumbalas dengan berinteraksi dengan guru. -Alat pembesar suara -Tayangan video Langkah Perkembangan: Langkah 1: ( 10 minit ) -Maksud peristiwa, peristiwa-peristiwa, peristiwa-peristiwa penting. -Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah pada awal bab 24.  Guru bertanya kepada pelajar: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan a)Peristiwa. b)Peristiwa-peristiwa. c)Peristiwa-peristiwa penting.  Guru menayangkan slaid serta memberi penerangan tentang  Para pelajar menjawab pertanyaan guru dengan mengemukakan idea-idea mereka mengenai maksud peristiwa, peristiwa- peristiwa dan peristiwa-peristiwa penting.  Pelajar menumpukan perhatian pada tayangan slaid dan CATATAN: -Teknik soal jawab. -Kemahiran berfikir dan lisan. ABM: -Komputer riba. -Projektor. -Tayangan slaid.
  6. 6. ( hal.514-518) -Nama-nama watak dalam bab 24. pengertian peristiwa, peristiwa-peristiwa, dan peristiwa-peristiwa penting.  Guru bertanya kepada pelajar mengenai peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah bab 24.  Guru memilih beberapa orang pelajar untuk mengenali peristiwa-peristiwa penting.  Guru memberikan penerangan tentang beberapa peristiwa penting yang terdapat di awal bab 24. berinteraksi dengan guru.  Pelajar memberikan maklum balas dengan menjawab pertanyaan guru mereka.  Beberapa orang pelajar dipilih untuk mengenalpasti peristiwa- peristiwa penting yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah bab 24.  Pelajar memberikan perhatian dan maklumbalas terhadap penerangan guru.
  7. 7. Langkah 2: ( 20 minit ) - Aktiviti berkumpulan pembentangan. -Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah (hal 519-528).  Guru mengarahkan para pelajar untuk membentuk 2 kumpulan.  Guru mengarahkan pelajar mengadakan perbincangan.  Guru akan memantau perbincangan pelajar dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain.  Guru mengarahkan pelajar untuk melakukan pembentangan selepas pelajar mengadakan perbincangan.  Para pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 2. -a)Setiap kumpulan mengandungi 7 orang pelajar. -b)Setiap pelajar dalam setiap kumpulan akan mengadakan perbincangan tentang: b i)Kumpulan 1 akan mengenal pasti dan menyatakan peristiwa peristiwa penting yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah dari halaman 519 hingga halaman 524. b ii)Kumpulan 2 akan mengenalpasti CATATAN: -Teknik perbincangan. -Kemahiran berfikir -Kemahiran menulis. -Kemahiran lisan .ABM: -Kad Manila -Pen marker.
  8. 8.  Guru membandingkan jawapan pelajar dengan menayangkan slaid mengenai peristiwa- peristiwa penting yang terdapat dari halaman 519 hingga halaman 528 dalam Hikayat Hang Tuah.  Guru mengarahkan beberapa orang pelajar untuk membaca beberapa peristiwa penting yang ditunjukkan melalui tayangan slaid.  Guru mengedarkan nota peristiwa-peristiwa penting dan nama-nama watak bab 24. dan menyatakan peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah dari halaman 524 hingga halaman 528.  Para pelajar akan membentangkan hasil dapatan mereka.  Pelajar membaca peristiwa- peristiwa penting yang dipaparkan melalui tayangan slaid.
  9. 9. Aktiviti pengukuhan: Langkah 3 ( 16 minit ) -Aktiviti kuiz  Guru mengarahkan wakil setiap kumpulan untuk memilih nombor soalan melalui sampul surat yang disediakan.  Guru mengendalikan kuiz dengan mengajukan beberapa soalan kepada peserta-peserta dalam setiap kumpulan secara bergilir-gilir.  Kedua-dua kumpulan akan memilih nombor soalan daripada sampul surat yang disediakan.Rujuk lampiran 2.  Para pelajar menjawab soalan kuiz dari nombor satu hingga nombor 10 dan juga soalan bonus.  Kumpulan yang mengutip markah yang paling banyak akan memenangi kuiz tersebut. CATATAN: -Kemahiran mendengar, lisan dan berfikir. ABM: -Komputer riba -Projektor. -Tayangan slaid -Sampul surat. -Penanda markah bewarna hijau. -Penanda markah bewarna merah
  10. 10. Langkah 4: ( 5 minit ) -Rumusan peristiwa- peristiwa penting dalam bab 24. -Latihan kerja rumah.  Guru membuat rumusan. tentang peristiwa-peristiwa penting dalam bab 24.  Guru memberikan latihan kerja rumah kepada pelajar. ( Rujuk lampiran 3 )  Pelajar memberikan perhatian dan maklumbalas terhadap rumusan guru. CATATAN: -Kemahiran mendengar, lisan dan berfikir. ABM: -Latihan kerja rumah Penutup: ( 2 minit ) -Selesai pengajaran dan pembelajaran  Guru menutup pengajaran dengan membaca doa ( Surah Al’As ) beramai-ramai.  Pelajar membaca doa ( Surah Al- ‘As ) setelah selesai pengajaran dan pembelajaran. Jumlah …....... 60 minit. ……….
  11. 11. Penilaian Kendiri Catatan Guru Tanda Tangan Ketua Jabatan (….......................................) Tanda Tangan Pengetua (….......................................)
  12. 12. LAMPIRAN 1. NOTA  Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah bab 24: 1-Mahkota Raja Melaka terjatuh ke laut di Selat Singapura ketika tunduk melihat ikan emas yang berenang-renang di bawah kapal kenaikan. 2-Hang Tuah sanggup menyelam ke dalam laut semata-mata untuk mengambil mahkota Raja Melaka namun terlepas kembali apabila seekor buaya putih meragut keris Taming Sari. 3-Raja Melaka sedih kehilangan Mahkota begitu juga Hang Tuah jatuh sakit kerana kehilangan keris Taming Sari. 4-Raja Melaka tidak mahu Hang Tuah bersedih lalu menghadiahkan keris warisan Bukit Siguntang Mahabiru. 5-Dong Manila dan Dong Cuala, nakhoda Feringgi yang dikalahkan oleh Hang Tuah di Cina membalas dendam dan dengan bantuan Raja Portugal, mereka menyerang Melaka dengan 500 buah kapal perang. 6-Orang Sakai terlihat kehadiran kapal Feringgi dan mengkabarkannya kepada Penghulu Sakai. 7-Penghulu Sakai dan pengikutnya mengintip dan berjaya menangkap beberapa orang tawanan untuk mendapatkan maklumat. 8.Penghulu Sakai segera belayar ke Melaka menyampaikan khabar Feringgi dalam pelayaran menyerang Melaka. HIKAYAT HANG TUAH BAB 24- HANG TUAH JATUH SAKIT.
  13. 13. 9-Oleh sebab Hang Tuah sedang sakit, Bendahara Paduka Raja mengambil tugas Hang Tuah untuk menjaga Melaka daripada diserang oleh orang- orang Feringgi. 10-Raja Melaka menitahkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa mengintip armada Feringgi. 11-Maharaja Setia dan Maharaja Dewa berjaya menawan dua kapal Feringgi yang paling hadapan. 12-Hang Tuah sihat sedikit lalu mencadangkan agar Melaka menghadapi Feringgi di laut. 13-Hang Tuah membawa Maharaja Setia dan Maharaja Dewa serta tentera meninjau barisan hadapan armada Feringgi dan berjaya menewaskan 4 kapal Feringgi manakala 6 kapal berundur mendapatkan bantuan. 14-Armada Feringgi mara menyerang balas namun Dong Suala dan Kapitan Gabernador terkena bedilan. 15-Hang Tuah terjatuh dalam air akibat terkena bedilan namun tidak cedera. 16-Armada Feringgi berundur setelah Kapitan Gabernador meninggal dunia manakala Dong Suala sakit tenat. 17-Raja Melaka melawat Hang Tuah setelah mendapat berita bahawa Hang Tuah terkena bedilan. 18-Hang Tuah tidak sihat dan sering demam-demam, selama tiga hari tiga malam Hang Tuah tidak makan, tidur dan bercakap. 19-Pada hari ke empat Hang Tuah beransur sihat dan pergi mengahadap Raja Melaka.
  14. 14.  Watak-watak yang terlibat: Raja Melaka, Hang Tuah, Buaya Putih, Tun Teja, Raden Emas Ayu, Seluruh isi istana, Dong Manila, Dong Suala, Armada Feringgi, Kapitan Gabernador, Raja Portugal, Orang Sakai, Pengulu Sakai, Maharaja Setia, Maharaja Dewa dan beberapa watak sampingan yang lain.

×