Sang Jaya Nantaka dijemput ke Melaka untuk menjadi Raja Muda. Istana Raja Muda dibina berdekatan dengan kampung Bendahara Paduka Raja. Hang Tuah memperingatkan bahawa siapa yang menduduki istana itu akan dimurkai oleh Raja Melaka dalam masa 40 hari. Raja Muda difitnah ingin merebut kuasa sebelum 40 hari berlalu.