SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
1
SEDINGIN SALJU Oleh: Yati Nur Fatihah Tikson (DPLI- BM)
PROLOG..
Sudah 5 tahun berlalu. Aku sudah pun melupakannya. Aku sangka aku kuat untuk menghadapi
segala kemungkinan. Tapi rupanya, aku tidak setabah itu. Rupanya aku tidak sekuat ….. Cuma
hanya ranting kayu yang bila- bila masa sahaja akan patah.
Fuh..
Keluhan kedengaran lagi.
“Kau kenapa Athirah?
Athirah menoleh. Dan hanya melemparkan senyuman.
“ kalau kau ada masalah, cuba ceritakan dengan aku. Jangan pendamkan sorang- sorang. Nanti
boleh jadi gila tahu,”
“aku takda apa- apa la.. Cuma fikirkan pasal keja,”
“ iyala tu……
Tanpa bertanya lagi, Yasmin menukar channel televisyen lagi. Baginya, jika Athirah tidak ingin
bercerita, dia takkan ceritakan. Yasmin akan tunggu sehingga Athirah ceritakan padanya sendiri.
Kerna dia tahu, tak guna dipaksa jika Athirah tidak sudi.
Pertemuan Athirah dengan seorang lelaki yang pernah dikenalinya dulu, membuatkan keluhan
demi keluhan kedengaran oleh rakan serumahnya. Dan itu, membuatkan dia bingung, marah,
kesal, dan bermacam- macam lagi perasaan yang timbul sejak sekian lama perasaan itu
terpadam.
Athirah cepat- cepat bangun, dan berjalan menuju ke dapur. Dia tak mahu memikirkannya lagi.
Terasa senak dadanya.
“ Aku nak buat air milo, kau mau tak?”
“Yes, please…
2
Yasmin senang order minuman itu. Dia pun terasa tekaknya kering.
‘Nasib baik kawanku rajin, tak payah aku bangun buat minuman lagi’. Yasmin bermonolog
sendiri sambil tersenyum.
* * *
“Athirah, Athirah, Pegawai PPD tu datang. Dia mau jumpa ko la..
“Kenapa?
“Ntah. Dia tunggu di Pejabat Pentadbiran.
Athirah bergegas lari dari bilik guru. Dia terus menuju ke Pejabat Pentadbiran. Apa lagi
kesalahan dia hari ini. Seringkali dia bertikam lidah dengan Pengetua Sekolah kerana tidak
sependapat. Baik dari urusan kelas, sehinggalah program yang dijalankan di sekolah. Ada sahaja
yang tidak kena di hatinya.
‘Tapi, takkan la sampai Pegawai PPD datang pula. Takkan aku kena pecat kot? Aduh..’
“Kak Intan, saya dah datang ni.
“Dia tunggu di bilik sana tu. Pegi la..
“Ada apa ya Kak Intan?
“Mana Kak Intan tau..Pegawai baru tau. Nanti keluar cercite. Nak tahu juga.
Athirah mengganguk. Dia melangkah ke bilik tetamu. Hatinya berdebar- debar. Dia mengetuk
pintu. Kedengaran suara menyuruhnya masuk. Dia melangkah masuk.
Athirah terkejut melihat susuk tubuh yang berada di hadapannya. Dia seolah- olah pitam.
Berpinar- pinar pandangannya. Terkejut melihat apa yang dilihatnya. Tak percaya.
“ Dhia Athirah Zahrin…Lama tak jumpa..
“ Apa yang awak buat di sini?
“ Saya mahu jumpa awak la… Saya yang panggil awak datang ke sini.
3
“ Tapi, dorang kata Pegawai PPD yang mahu jumpa saya..
“ Saya la Pegawai itu..
Athirah terkejut. Diam seketika.
“Ada apa Encik Ahmad Farid panggil saya ke sini?
Nadanya berubah. Kedengaran lebih tegas. Tetapi masih bergetar.
“Tiada. Saya cuma ingin datang melihat awak..”
* * *
Mengingati kisah semalam membuatkan dia tidak faham. Apa perlunya lelaki itu datang ke sini?
Mengapa perlu dia memaksa aku untuk mengimbau kembali kenangan yang telah lama ku buang
jauh- jauh. Mengapa perlu dia datang di saat aku telah melupakannya. Kenangan itu terlalu pahit
bagiku.
Aku berhenti sejenak, lalu bersandar di bawah pohon. Terasa kenangan yang dirasakan
membawa tangisan di kalbu.
Kenangan yang telah lama di buang, kembali mengimbas di benak.
* * *
“Athirah, saya nak cakap sikit kat awak. Jumpa lepas kelas nanti.
Aku terpinga- pinga. Napa ngan Faris ni. Pelik. Tidak sempat ku menjawabnya.
“ Jom la Athirah.. kita ke kantin. Aku lapar”. Rungut Yasmin.
Athirah cuma mengikuti Yasmin dari belakang. Dia pun merasakan perutnya berkeroncong. Bila
kakinya cuba melangkah selangkah ke hadapan, terasa tangannya di tarik. Athirah tersentak.
Yasmin ternganga.
“Woi, mana ko bawa Athirah tu!!!
“Aku pinjam jap!!
4
Sampai di belakang Blok Kuliah, Athirah menghentak tangannya. Lalu dilepaskan. Dia
menggosok- gosok tangannya. Masih terasa sakit.
“Napa dengan awak ni. Kata jumpa lepas kelas. Ni tarik- tarik ni. Kenapa?
“Ada sesuatu perkara yang harus saya katakan. Saya tak boleh tunggu lepas kelas.
“Apa dia?
“Duduklah dulu..
“Tak mahu. Yasmin tunggu saya di kantin tu. Cepatlah cakap.
Faris diam. Athirah menunggu jawapan. Lama.
“Hei, kalau awak tak cakap, saya balik.” Athirah berlalu.
“Hei, tunggu dulu…
Faris mengenggam tangannya. Pelik.
“Athirah, saya cakap sekali jak. Jadi, dengar baik- baik..
Faris menghela nafas panjang.
“Athirah, saya sukakan awak…
* * *
“Janganlah ketawakan aku
“Lawak la Thira.. tu la, aku sudah cakap ngan ko, dia suka ko, ko tak caya..
Yasmin ketawa lagi. Berdekah- dekah. Athirah mencebik.
“Sorry la kawan, tapi ko fikir la baik- baik. Lagipun, dia kan kawan ko dari kecil. Mungkin dia
baru tahu that you are his soulmate..
Athirah terdiam. Berfikir. Sebenarnya, Ahmad Faris tidak pernah merasakan dirinya dalam
kekurangan. Setiap kemahuannya dituruti. Dari kecil lagi. Berlainan pula dengan aku. Terkadang
5
‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Namun, tidak sedikitpun ku merungut pasal
itu. Ayahku seorang pemandu kepada Dato’ Khalid; ayah Ahmad Faris. Namun, yang peliknya
aku dan dia menjadi akrab sejak kecil lagi. Ke mana saja kami pasti perdua. Sewaktu sekolah
menengah, dia menjadi salah satu jejaka paling popular dan ramai perempuan ingin menjadi
pasangan. Bila ditanya jarang perempuan menidakkannya. Tapi sekarang, dia beri masa aku 3
hari untuk berfikir. Aduh.. jauh disudut hati ini, aku tidak mahu kehilangannya.. Terlalu banyak
kisah antara kami yang sukar untuk orang lain mengerti.
* * *
3 hari berlalu tanpa disedari. Faris langsung tidak menghubungi ku langsung. Itu adalah salah
satu syarat sebelum aku memberikan jawapan kepadanya. Hari ini, adalah hari terakhir untuk aku
memberikan jawapan tentang soal hati. Dan aku bertekad, akan memberikan dia ruang bertakhta
di hati ini. Aku akan memberikan dia jawapan seperti yang dia harapkan dariku.
Di sepanjang jalan di Blok Kuliah, Athirah tersenyum sendirian. Perkara pertama dia melangkah
ke dalam kelas, matanya mencari seseorang yang telah mencuri hatinya sejak sekian lama.
Meliar matanya mencari. Namun, bayangnya pun tiada.
“Athirah, Faris kat Blok sebelah.
Athirah tersenyum kepada rakannya itu. Sesungguhnya, Yasmin tahu niatnya. Berjam- jam
lamanya mereka berdiskusi tentang soal ini.
Sambil berjalan menyusuri laluan belakang, Athirah menyusun kata- kata agar tidak terpesong
daripada niat asalnya. Takut tersalah bicara. Athirah tersenyum apabila melihat melihat kelibat
Faris dari jauh.
“Ala, relax la kawan, aku yakin Thira akan jatuh cinta ngan aku juga tu.
“Bukan apa Faris, ni dah last day sudah ni.
“Ala, aku yakin ngan dia la. Tapi jangan risau, aku takkan jatuh cinta dengan orang gaji. Dia tu
hanya layak jadi perempuan simpanan aku sebenarnya.
Terdengar helaian tawa mereka. Menakutkan. Menjijikkan.
6
“O..jadi ini maksudnya….”
Faris terkejut mendengar suara itu dan serta- merta dia menoleh… sukar untuk dia menyebut
nama yang ada di depannya kini. Tergamam.
“Ahmad Faris Khalid, selama- lamanya saya takkan maafkan awak…”
Flush!! Bunyi kaca jatuh menghempas lantai. Faris terkejut dari lamunan. Bila dilihat, teman
serumahnya telah memecahkan gelas.
“Sorry geng, tak sengaja.
Shafiq tersenyum kambing. Faris terus masuk ke bilik. Lamunannya tadi membuatkan dia hilang
mood untuk menonton tv semula. Perjumpaan secara sengaja petang tadi membuatkan wajah
Athirah terbayang- bayang di mata. Jauh di sudut hatinya, dia ingin memohon kemaafan yang
tulus dari hatinya.
Kerana egoku, aku bertindak sedemikian rupa. Bodohnya aku dulu.. Terdengar keluhan lagi.
Aku harus mengatur strategi! Faris bertekad.
* * *
“Athirah, Faris kemalangan!! Dia sekarang di hospital.
Terkejut mendengar khabar itu, Athirah terus memecut laju, walaupun dia tahu sesi persekolahan
belum lagi berakhir.
“Yasmin, Athirah pegi mana tu?
Yasmin hanya menjungkit bahu. Sebentar tadi, dia sempat melihat drama antara mereka. Bagi
Athirah kesalahan yang dilakukan oleh Faris terlalu besar. Semenjak perkara yang berlaku 5
tahun lepas, ayahnya diberhentikan dari kerja, kerana ketidakpuashatian Faris terhadap Athirah.
Sikap acuh tak acuh Athirah membuatkan Faris sakit hati. Bila berjumpa, Faris ingin memohon
maaf, tapi apa yang terkeluar dari bibirnya, berlainan dari niatnya dan membuatkan
pertelingkahan antara mereka terus menjadi dingin. Atas sebab itulah, Faris menyuruh Dato’
Khalid memberhentikan kerja ayah Athirah. Keluarganya terpaksa keluar daripada rumah yang
7
selama ini di duduki bertahun- tahun. Akibat daripada kejadian itu, ayahnya terpaksa kerja keras
dan menyebabkan ayahnya jatuh sakit lalu meninggal. Tinggallah ibunya yang uzur dan 3 adik-
beradik lain. Tanggungjawab ayah telah beralih kepada Athirah. Dan dalam tempoh untuk hidup
itu, Athirah telah mencuba pelbagai cara agar ibunya dan adik- beradik yang lain tidak merasa
kekurangan. Kemarahan kepada Faris atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya, dijadikan
sebagai motivasi untuk meneruskan hidup. Kesusahan yang dialaminya dijadikan dinding untuk
dia berjaya.
Tetapi, Faris telah mengaku bersalah. Tetapi Athirah tetap berkeras dan menyebabkan mereka
bertengkar besar sehinggakan aku melihat Athirah mengangkat tangan ke pipi Faris. Di saat itu,
semua di sekeliling tergamam seketika. Athirah lari masuk ke sekolah. Faris pula meluncur laju
dalam sekelip mata. Tadi, sempat juga ku menegur perbuatan Athirah yang tidak tahu
menghargai. Ego Athirah perlu dipecahkan. Berbulan- bulan Faris cuba untuk memujuk dan
memohon maaf, namun hati Athirah sekeras batu. Dia meletakkan Faris punca atas apa yang
berlaku. Harap- haraplah semuanya selamat…
Athirah memandu tidak keruan sehinggakan tanda lampu isyarat berhenti, dilanggar. Emosinya
turut terganggu.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan??? Selama ni apa yang dia lakukan untuk aku, aku tidak
mengendahkannya. Tidak putus- putus memohon maaf padaku. Aku tahu dia rasa bersalah
padaku atas apa yang berlaku. Aku tahu niat dia ikhlas. Namun, Ya Allah sesungguhnya Kau
tahu betapa aku marah padanya. Ego menyelubungi diriku. Ya Allah, selamatkanlah dia. Aku
berjanji, aku akan maafkan dia. Aku janji!!
Athirah berlari masuk ke hospital mencari tanda- tanda kiranya Faris di situ.
“Athirah!!
“Dato’ Khalid…..
“Lama tak jumpa… Apa khabar?? Ayah kamu macam mana?
“Saya baik- baik saja. Ayah….. nanti la kita ceta Dato’. Emmm… Dato’, Faris…….
“O… nak tengok Faris rupanya.. Dia ada di bilik 201. Pegi la jenguk. Dia…..
8
Belum sempat Dato’ Khalid menghabiskan ayatnya, Athirah berlari menuju arah yang di tunjuk
tadi. Di buka pintu, dilihat Faris tidur nyenyak. Dia berjalan perlahan- lahan..
“Faris……..
Tiada sahutan. Athirah duduk mengenggam tangan Faris.
“Saya maafkan awak atas apa yang awak lakukan terhadap saya…
Tanpa di sedari airmata Athirah mengalir. Dia tidak tahu kenapa begitu hatinya tersentuh. Faris
dulunya aktif, kini terbaring kaku.
“Saya tak sepatutnya menampar awak tadi. Saya tak sepatutnya berkeras. Saya tahu saya salah.
Saya bertindak diluar kawalan. Maafkan saya….
Athirah tertunduk di atas katil. Airmata tidak berhenti mengalir. Dari luar terdengar sendu-
sedan.
“Sakit tau awak tampar saya tadi..
Athirah tersentak. Serta- merta dia mengangkat kepalanya. Dan melihat Faris tersenyum ke
arahnya.
“Awak dah maafkan saya??
Athirah mengangguk. Dia tidak mahu lagi kehilangan Faris. Cukup setakat sinilah kesakitan itu
dan membenarkan dirinya bahagia, kerana dia tahu dalam menempuh kehidupan hari ini dan
hari- hari yang mendatang, ada sahaja onak dan duri yang akan ditempuhi. Sesungguhnya, hidup
ini tidak indah andainya, kemanisan sahaja yang mewarnainya, sebab, mungkin ada yang jadi
lupa diri, lupa daratan, meninggi diri dan berbangga dengan apa yang ada, tapi, kemanisan yang
berselang- seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur, dan belajar erti menghargai…
Faris membalas genggaman Athirah.
“Athirah, benarkanlah hatimu itu dingin, sedingin salju…”
Mendengar ayat itu keluar dari bibir Faris, Athirah menangis semahu- mahunya….
9

More Related Content

What's hot

Naskah drama benalu dalam ikatan sejati sahabat
Naskah drama benalu dalam ikatan sejati sahabatNaskah drama benalu dalam ikatan sejati sahabat
Naskah drama benalu dalam ikatan sejati sahabatSiti Jum'atun
 
The Unforgetable
The UnforgetableThe Unforgetable
The UnforgetableLasma Frida
 
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra IndonesiaSASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra IndonesiaGhina Siti Ramadhanty
 
Cerita cinta suami isteri
Cerita cinta suami  isteriCerita cinta suami  isteri
Cerita cinta suami isteriHafiz Pk
 
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYEKetika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYEHesti Romadhoni
 
Hilangnya 1 rusuk
Hilangnya 1 rusukHilangnya 1 rusuk
Hilangnya 1 rusukriaelitha
 
Sepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta kuSepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta kuDerizal Chandra
 
The story of ours
The story of oursThe story of ours
The story of oursNH Media
 
Cerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hotCerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hotdesiDesiAmalia
 
Kado buat elisa
Kado buat elisaKado buat elisa
Kado buat elisabubud75
 
Cerita seks ngentot teteh hot
Cerita seks ngentot teteh hotCerita seks ngentot teteh hot
Cerita seks ngentot teteh hotdesiDesiAmalia
 

What's hot (19)

Cerpen 1 pop
Cerpen 1 popCerpen 1 pop
Cerpen 1 pop
 
Naskah drama benalu dalam ikatan sejati sahabat
Naskah drama benalu dalam ikatan sejati sahabatNaskah drama benalu dalam ikatan sejati sahabat
Naskah drama benalu dalam ikatan sejati sahabat
 
The Unforgetable
The UnforgetableThe Unforgetable
The Unforgetable
 
Cerpen perpisahan terakhir
Cerpen perpisahan terakhirCerpen perpisahan terakhir
Cerpen perpisahan terakhir
 
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra IndonesiaSASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
 
Cerita cinta suami isteri
Cerita cinta suami  isteriCerita cinta suami  isteri
Cerita cinta suami isteri
 
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYEKetika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYE
 
Post 1
Post 1Post 1
Post 1
 
Hilangnya 1 rusuk
Hilangnya 1 rusukHilangnya 1 rusuk
Hilangnya 1 rusuk
 
Sedih banget
Sedih bangetSedih banget
Sedih banget
 
Sepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta kuSepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta ku
 
Karma
KarmaKarma
Karma
 
The story of ours
The story of oursThe story of ours
The story of ours
 
Cerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hotCerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hot
 
Cerpenku
CerpenkuCerpenku
Cerpenku
 
Cinta sejati
Cinta sejati Cinta sejati
Cinta sejati
 
Kado buat elisa
Kado buat elisaKado buat elisa
Kado buat elisa
 
Cerita seks ngentot teteh hot
Cerita seks ngentot teteh hotCerita seks ngentot teteh hot
Cerita seks ngentot teteh hot
 
Cerpen kasih salina
Cerpen  kasih salinaCerpen  kasih salina
Cerpen kasih salina
 

Viewers also liked

Locum Tenens Infographic
Locum Tenens Infographic Locum Tenens Infographic
Locum Tenens Infographic LindeHC
 
Crisis intervention smca 01072016
Crisis intervention smca 01072016Crisis intervention smca 01072016
Crisis intervention smca 01072016Rachael Marshall
 
Crisis intervention smca 01072016
Crisis intervention smca 01072016Crisis intervention smca 01072016
Crisis intervention smca 01072016Rachael Marshall
 
Presentacion p resent progressiveee
Presentacion p resent progressiveeePresentacion p resent progressiveee
Presentacion p resent progressiveeeClemencia Rivas
 
ذهب مشروعي
ذهب مشروعيذهب مشروعي
ذهب مشروعيgoldd
 
BSB Edge Offer 15% Discount on ANNUAL BOOK OF ASTM STANDARDS - 2015
BSB Edge Offer 15% Discount on ANNUAL BOOK OF ASTM STANDARDS - 2015BSB Edge Offer 15% Discount on ANNUAL BOOK OF ASTM STANDARDS - 2015
BSB Edge Offer 15% Discount on ANNUAL BOOK OF ASTM STANDARDS - 2015BSB Edge Private Limited
 
Proyecto en la planificacion del desarrollo nando
Proyecto en la planificacion del desarrollo nandoProyecto en la planificacion del desarrollo nando
Proyecto en la planificacion del desarrollo nandoNando Muñoz
 
CC컨퍼런스 공유본색 2 이진순
CC컨퍼런스 공유본색 2 이진순CC컨퍼런스 공유본색 2 이진순
CC컨퍼런스 공유본색 2 이진순Creative Commons Korea
 
El texto - cohesión
El texto - cohesiónEl texto - cohesión
El texto - cohesiónangely25
 
2012 ICONE20 Power Conference Optimizing Nuclear Power Plants Capacity Paper ...
2012 ICONE20 Power Conference Optimizing Nuclear Power Plants Capacity Paper ...2012 ICONE20 Power Conference Optimizing Nuclear Power Plants Capacity Paper ...
2012 ICONE20 Power Conference Optimizing Nuclear Power Plants Capacity Paper ...Komandur Sunder Raj, P.E.
 
2013 ASME Power Conference Analysis of Turbine Cycle Performance, Operation a...
2013 ASME Power Conference Analysis of Turbine Cycle Performance, Operation a...2013 ASME Power Conference Analysis of Turbine Cycle Performance, Operation a...
2013 ASME Power Conference Analysis of Turbine Cycle Performance, Operation a...Komandur Sunder Raj, P.E.
 
Post impressionism of architecture 112345
Post impressionism of architecture 112345Post impressionism of architecture 112345
Post impressionism of architecture 112345Mahendra Thor
 
2004 ASME Power Conference Multi-Pressure Surface Condenser Performance Eval...
2004 ASME Power Conference Multi-Pressure Surface Condenser  Performance Eval...2004 ASME Power Conference Multi-Pressure Surface Condenser  Performance Eval...
2004 ASME Power Conference Multi-Pressure Surface Condenser Performance Eval...Komandur Sunder Raj, P.E.
 
2007 ASME Power Conference Troubleshooting Condenser Vacuum Issues At North O...
2007 ASME Power Conference Troubleshooting Condenser Vacuum Issues At North O...2007 ASME Power Conference Troubleshooting Condenser Vacuum Issues At North O...
2007 ASME Power Conference Troubleshooting Condenser Vacuum Issues At North O...Komandur Sunder Raj, P.E.
 

Viewers also liked (20)

PM_CV_FEB_15_LO
PM_CV_FEB_15_LOPM_CV_FEB_15_LO
PM_CV_FEB_15_LO
 
Locum Tenens Infographic
Locum Tenens Infographic Locum Tenens Infographic
Locum Tenens Infographic
 
Lenses
LensesLenses
Lenses
 
Crisis intervention smca 01072016
Crisis intervention smca 01072016Crisis intervention smca 01072016
Crisis intervention smca 01072016
 
Crisis intervention smca 01072016
Crisis intervention smca 01072016Crisis intervention smca 01072016
Crisis intervention smca 01072016
 
Presentacion p resent progressiveee
Presentacion p resent progressiveeePresentacion p resent progressiveee
Presentacion p resent progressiveee
 
ذهب مشروعي
ذهب مشروعيذهب مشروعي
ذهب مشروعي
 
Semejanzas y diferencias
Semejanzas y diferenciasSemejanzas y diferencias
Semejanzas y diferencias
 
CV_GARCIA,J.K. _phil_
CV_GARCIA,J.K. _phil_CV_GARCIA,J.K. _phil_
CV_GARCIA,J.K. _phil_
 
BSB Edge Offer 15% Discount on ANNUAL BOOK OF ASTM STANDARDS - 2015
BSB Edge Offer 15% Discount on ANNUAL BOOK OF ASTM STANDARDS - 2015BSB Edge Offer 15% Discount on ANNUAL BOOK OF ASTM STANDARDS - 2015
BSB Edge Offer 15% Discount on ANNUAL BOOK OF ASTM STANDARDS - 2015
 
Proyecto en la planificacion del desarrollo nando
Proyecto en la planificacion del desarrollo nandoProyecto en la planificacion del desarrollo nando
Proyecto en la planificacion del desarrollo nando
 
CC컨퍼런스 공유본색 2 이진순
CC컨퍼런스 공유본색 2 이진순CC컨퍼런스 공유본색 2 이진순
CC컨퍼런스 공유본색 2 이진순
 
El texto - cohesión
El texto - cohesiónEl texto - cohesión
El texto - cohesión
 
2012 ICONE20 Power Conference Optimizing Nuclear Power Plants Capacity Paper ...
2012 ICONE20 Power Conference Optimizing Nuclear Power Plants Capacity Paper ...2012 ICONE20 Power Conference Optimizing Nuclear Power Plants Capacity Paper ...
2012 ICONE20 Power Conference Optimizing Nuclear Power Plants Capacity Paper ...
 
2013 ASME Power Conference Analysis of Turbine Cycle Performance, Operation a...
2013 ASME Power Conference Analysis of Turbine Cycle Performance, Operation a...2013 ASME Power Conference Analysis of Turbine Cycle Performance, Operation a...
2013 ASME Power Conference Analysis of Turbine Cycle Performance, Operation a...
 
Post impressionism of architecture 112345
Post impressionism of architecture 112345Post impressionism of architecture 112345
Post impressionism of architecture 112345
 
2004 ASME Power Conference Multi-Pressure Surface Condenser Performance Eval...
2004 ASME Power Conference Multi-Pressure Surface Condenser  Performance Eval...2004 ASME Power Conference Multi-Pressure Surface Condenser  Performance Eval...
2004 ASME Power Conference Multi-Pressure Surface Condenser Performance Eval...
 
2007 ASME Power Conference Troubleshooting Condenser Vacuum Issues At North O...
2007 ASME Power Conference Troubleshooting Condenser Vacuum Issues At North O...2007 ASME Power Conference Troubleshooting Condenser Vacuum Issues At North O...
2007 ASME Power Conference Troubleshooting Condenser Vacuum Issues At North O...
 
kinesiologia
 kinesiologia kinesiologia
kinesiologia
 
Flyer sample
Flyer sampleFlyer sample
Flyer sample
 

Similar to Cerpen

Cerpen bahasa indonesia fathul
Cerpen bahasa indonesia fathulCerpen bahasa indonesia fathul
Cerpen bahasa indonesia fathulkhalifatulhidayah
 
Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Shika Nara
 
Skenario jilbab in love eps 37 full draft 1 (1)
Skenario jilbab in love eps 37 full draft 1 (1)Skenario jilbab in love eps 37 full draft 1 (1)
Skenario jilbab in love eps 37 full draft 1 (1)syifahadju13
 
Gw sayang lo
Gw sayang loGw sayang lo
Gw sayang lodesmin
 
Novel seindah-mawarberduri
Novel seindah-mawarberduriNovel seindah-mawarberduri
Novel seindah-mawarberdurishinju90
 
Seindah Mawar Berduri
Seindah Mawar BerduriSeindah Mawar Berduri
Seindah Mawar BerduriViolet Virgo
 
cerpen Dibalik sketsa foto ibu
cerpen Dibalik sketsa foto ibucerpen Dibalik sketsa foto ibu
cerpen Dibalik sketsa foto ibuRaya Dewinta
 
Dibalik sketsa foto ibu
Dibalik sketsa foto ibuDibalik sketsa foto ibu
Dibalik sketsa foto ibuRaya Dewinta
 
Cinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuCinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuRio Soeqer
 
Cinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirCinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirRio Soeqer
 
Sahabat dari dunia lain
Sahabat dari dunia lainSahabat dari dunia lain
Sahabat dari dunia lainindaheja
 
bm komsas drama tingkatan 5
bm  komsas drama tingkatan 5 bm  komsas drama tingkatan 5
bm komsas drama tingkatan 5 timothy yonglk
 

Similar to Cerpen (20)

Ccccc
CccccCcccc
Ccccc
 
Cerpen jangan pergi
Cerpen jangan pergiCerpen jangan pergi
Cerpen jangan pergi
 
Di balik tawa
Di balik tawaDi balik tawa
Di balik tawa
 
Cerpen bahasa indonesia fathul
Cerpen bahasa indonesia fathulCerpen bahasa indonesia fathul
Cerpen bahasa indonesia fathul
 
Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..
 
Skenario jilbab in love eps 37 full draft 1 (1)
Skenario jilbab in love eps 37 full draft 1 (1)Skenario jilbab in love eps 37 full draft 1 (1)
Skenario jilbab in love eps 37 full draft 1 (1)
 
Gw sayang lo
Gw sayang loGw sayang lo
Gw sayang lo
 
Novel seindah-mawarberduri
Novel seindah-mawarberduriNovel seindah-mawarberduri
Novel seindah-mawarberduri
 
Cerita pendek (cerpen)
Cerita pendek (cerpen)Cerita pendek (cerpen)
Cerita pendek (cerpen)
 
Cc 1
Cc 1Cc 1
Cc 1
 
Seindah Mawar Berduri
Seindah Mawar BerduriSeindah Mawar Berduri
Seindah Mawar Berduri
 
cerpen Dibalik sketsa foto ibu
cerpen Dibalik sketsa foto ibucerpen Dibalik sketsa foto ibu
cerpen Dibalik sketsa foto ibu
 
Dibalik sketsa foto ibu
Dibalik sketsa foto ibuDibalik sketsa foto ibu
Dibalik sketsa foto ibu
 
Cinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuCinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satu
 
Cinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirCinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhir
 
Tentang aku
Tentang akuTentang aku
Tentang aku
 
Sahabat dari dunia lain
Sahabat dari dunia lainSahabat dari dunia lain
Sahabat dari dunia lain
 
Cerpen Sixth sense
Cerpen Sixth senseCerpen Sixth sense
Cerpen Sixth sense
 
bm komsas drama tingkatan 5
bm  komsas drama tingkatan 5 bm  komsas drama tingkatan 5
bm komsas drama tingkatan 5
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 

Recently uploaded

soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 

Recently uploaded (20)

soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 

Cerpen

  • 1. 1 SEDINGIN SALJU Oleh: Yati Nur Fatihah Tikson (DPLI- BM) PROLOG.. Sudah 5 tahun berlalu. Aku sudah pun melupakannya. Aku sangka aku kuat untuk menghadapi segala kemungkinan. Tapi rupanya, aku tidak setabah itu. Rupanya aku tidak sekuat ….. Cuma hanya ranting kayu yang bila- bila masa sahaja akan patah. Fuh.. Keluhan kedengaran lagi. “Kau kenapa Athirah? Athirah menoleh. Dan hanya melemparkan senyuman. “ kalau kau ada masalah, cuba ceritakan dengan aku. Jangan pendamkan sorang- sorang. Nanti boleh jadi gila tahu,” “aku takda apa- apa la.. Cuma fikirkan pasal keja,” “ iyala tu…… Tanpa bertanya lagi, Yasmin menukar channel televisyen lagi. Baginya, jika Athirah tidak ingin bercerita, dia takkan ceritakan. Yasmin akan tunggu sehingga Athirah ceritakan padanya sendiri. Kerna dia tahu, tak guna dipaksa jika Athirah tidak sudi. Pertemuan Athirah dengan seorang lelaki yang pernah dikenalinya dulu, membuatkan keluhan demi keluhan kedengaran oleh rakan serumahnya. Dan itu, membuatkan dia bingung, marah, kesal, dan bermacam- macam lagi perasaan yang timbul sejak sekian lama perasaan itu terpadam. Athirah cepat- cepat bangun, dan berjalan menuju ke dapur. Dia tak mahu memikirkannya lagi. Terasa senak dadanya. “ Aku nak buat air milo, kau mau tak?” “Yes, please…
  • 2. 2 Yasmin senang order minuman itu. Dia pun terasa tekaknya kering. ‘Nasib baik kawanku rajin, tak payah aku bangun buat minuman lagi’. Yasmin bermonolog sendiri sambil tersenyum. * * * “Athirah, Athirah, Pegawai PPD tu datang. Dia mau jumpa ko la.. “Kenapa? “Ntah. Dia tunggu di Pejabat Pentadbiran. Athirah bergegas lari dari bilik guru. Dia terus menuju ke Pejabat Pentadbiran. Apa lagi kesalahan dia hari ini. Seringkali dia bertikam lidah dengan Pengetua Sekolah kerana tidak sependapat. Baik dari urusan kelas, sehinggalah program yang dijalankan di sekolah. Ada sahaja yang tidak kena di hatinya. ‘Tapi, takkan la sampai Pegawai PPD datang pula. Takkan aku kena pecat kot? Aduh..’ “Kak Intan, saya dah datang ni. “Dia tunggu di bilik sana tu. Pegi la.. “Ada apa ya Kak Intan? “Mana Kak Intan tau..Pegawai baru tau. Nanti keluar cercite. Nak tahu juga. Athirah mengganguk. Dia melangkah ke bilik tetamu. Hatinya berdebar- debar. Dia mengetuk pintu. Kedengaran suara menyuruhnya masuk. Dia melangkah masuk. Athirah terkejut melihat susuk tubuh yang berada di hadapannya. Dia seolah- olah pitam. Berpinar- pinar pandangannya. Terkejut melihat apa yang dilihatnya. Tak percaya. “ Dhia Athirah Zahrin…Lama tak jumpa.. “ Apa yang awak buat di sini? “ Saya mahu jumpa awak la… Saya yang panggil awak datang ke sini.
  • 3. 3 “ Tapi, dorang kata Pegawai PPD yang mahu jumpa saya.. “ Saya la Pegawai itu.. Athirah terkejut. Diam seketika. “Ada apa Encik Ahmad Farid panggil saya ke sini? Nadanya berubah. Kedengaran lebih tegas. Tetapi masih bergetar. “Tiada. Saya cuma ingin datang melihat awak..” * * * Mengingati kisah semalam membuatkan dia tidak faham. Apa perlunya lelaki itu datang ke sini? Mengapa perlu dia memaksa aku untuk mengimbau kembali kenangan yang telah lama ku buang jauh- jauh. Mengapa perlu dia datang di saat aku telah melupakannya. Kenangan itu terlalu pahit bagiku. Aku berhenti sejenak, lalu bersandar di bawah pohon. Terasa kenangan yang dirasakan membawa tangisan di kalbu. Kenangan yang telah lama di buang, kembali mengimbas di benak. * * * “Athirah, saya nak cakap sikit kat awak. Jumpa lepas kelas nanti. Aku terpinga- pinga. Napa ngan Faris ni. Pelik. Tidak sempat ku menjawabnya. “ Jom la Athirah.. kita ke kantin. Aku lapar”. Rungut Yasmin. Athirah cuma mengikuti Yasmin dari belakang. Dia pun merasakan perutnya berkeroncong. Bila kakinya cuba melangkah selangkah ke hadapan, terasa tangannya di tarik. Athirah tersentak. Yasmin ternganga. “Woi, mana ko bawa Athirah tu!!! “Aku pinjam jap!!
  • 4. 4 Sampai di belakang Blok Kuliah, Athirah menghentak tangannya. Lalu dilepaskan. Dia menggosok- gosok tangannya. Masih terasa sakit. “Napa dengan awak ni. Kata jumpa lepas kelas. Ni tarik- tarik ni. Kenapa? “Ada sesuatu perkara yang harus saya katakan. Saya tak boleh tunggu lepas kelas. “Apa dia? “Duduklah dulu.. “Tak mahu. Yasmin tunggu saya di kantin tu. Cepatlah cakap. Faris diam. Athirah menunggu jawapan. Lama. “Hei, kalau awak tak cakap, saya balik.” Athirah berlalu. “Hei, tunggu dulu… Faris mengenggam tangannya. Pelik. “Athirah, saya cakap sekali jak. Jadi, dengar baik- baik.. Faris menghela nafas panjang. “Athirah, saya sukakan awak… * * * “Janganlah ketawakan aku “Lawak la Thira.. tu la, aku sudah cakap ngan ko, dia suka ko, ko tak caya.. Yasmin ketawa lagi. Berdekah- dekah. Athirah mencebik. “Sorry la kawan, tapi ko fikir la baik- baik. Lagipun, dia kan kawan ko dari kecil. Mungkin dia baru tahu that you are his soulmate.. Athirah terdiam. Berfikir. Sebenarnya, Ahmad Faris tidak pernah merasakan dirinya dalam kekurangan. Setiap kemahuannya dituruti. Dari kecil lagi. Berlainan pula dengan aku. Terkadang
  • 5. 5 ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Namun, tidak sedikitpun ku merungut pasal itu. Ayahku seorang pemandu kepada Dato’ Khalid; ayah Ahmad Faris. Namun, yang peliknya aku dan dia menjadi akrab sejak kecil lagi. Ke mana saja kami pasti perdua. Sewaktu sekolah menengah, dia menjadi salah satu jejaka paling popular dan ramai perempuan ingin menjadi pasangan. Bila ditanya jarang perempuan menidakkannya. Tapi sekarang, dia beri masa aku 3 hari untuk berfikir. Aduh.. jauh disudut hati ini, aku tidak mahu kehilangannya.. Terlalu banyak kisah antara kami yang sukar untuk orang lain mengerti. * * * 3 hari berlalu tanpa disedari. Faris langsung tidak menghubungi ku langsung. Itu adalah salah satu syarat sebelum aku memberikan jawapan kepadanya. Hari ini, adalah hari terakhir untuk aku memberikan jawapan tentang soal hati. Dan aku bertekad, akan memberikan dia ruang bertakhta di hati ini. Aku akan memberikan dia jawapan seperti yang dia harapkan dariku. Di sepanjang jalan di Blok Kuliah, Athirah tersenyum sendirian. Perkara pertama dia melangkah ke dalam kelas, matanya mencari seseorang yang telah mencuri hatinya sejak sekian lama. Meliar matanya mencari. Namun, bayangnya pun tiada. “Athirah, Faris kat Blok sebelah. Athirah tersenyum kepada rakannya itu. Sesungguhnya, Yasmin tahu niatnya. Berjam- jam lamanya mereka berdiskusi tentang soal ini. Sambil berjalan menyusuri laluan belakang, Athirah menyusun kata- kata agar tidak terpesong daripada niat asalnya. Takut tersalah bicara. Athirah tersenyum apabila melihat melihat kelibat Faris dari jauh. “Ala, relax la kawan, aku yakin Thira akan jatuh cinta ngan aku juga tu. “Bukan apa Faris, ni dah last day sudah ni. “Ala, aku yakin ngan dia la. Tapi jangan risau, aku takkan jatuh cinta dengan orang gaji. Dia tu hanya layak jadi perempuan simpanan aku sebenarnya. Terdengar helaian tawa mereka. Menakutkan. Menjijikkan.
  • 6. 6 “O..jadi ini maksudnya….” Faris terkejut mendengar suara itu dan serta- merta dia menoleh… sukar untuk dia menyebut nama yang ada di depannya kini. Tergamam. “Ahmad Faris Khalid, selama- lamanya saya takkan maafkan awak…” Flush!! Bunyi kaca jatuh menghempas lantai. Faris terkejut dari lamunan. Bila dilihat, teman serumahnya telah memecahkan gelas. “Sorry geng, tak sengaja. Shafiq tersenyum kambing. Faris terus masuk ke bilik. Lamunannya tadi membuatkan dia hilang mood untuk menonton tv semula. Perjumpaan secara sengaja petang tadi membuatkan wajah Athirah terbayang- bayang di mata. Jauh di sudut hatinya, dia ingin memohon kemaafan yang tulus dari hatinya. Kerana egoku, aku bertindak sedemikian rupa. Bodohnya aku dulu.. Terdengar keluhan lagi. Aku harus mengatur strategi! Faris bertekad. * * * “Athirah, Faris kemalangan!! Dia sekarang di hospital. Terkejut mendengar khabar itu, Athirah terus memecut laju, walaupun dia tahu sesi persekolahan belum lagi berakhir. “Yasmin, Athirah pegi mana tu? Yasmin hanya menjungkit bahu. Sebentar tadi, dia sempat melihat drama antara mereka. Bagi Athirah kesalahan yang dilakukan oleh Faris terlalu besar. Semenjak perkara yang berlaku 5 tahun lepas, ayahnya diberhentikan dari kerja, kerana ketidakpuashatian Faris terhadap Athirah. Sikap acuh tak acuh Athirah membuatkan Faris sakit hati. Bila berjumpa, Faris ingin memohon maaf, tapi apa yang terkeluar dari bibirnya, berlainan dari niatnya dan membuatkan pertelingkahan antara mereka terus menjadi dingin. Atas sebab itulah, Faris menyuruh Dato’ Khalid memberhentikan kerja ayah Athirah. Keluarganya terpaksa keluar daripada rumah yang
  • 7. 7 selama ini di duduki bertahun- tahun. Akibat daripada kejadian itu, ayahnya terpaksa kerja keras dan menyebabkan ayahnya jatuh sakit lalu meninggal. Tinggallah ibunya yang uzur dan 3 adik- beradik lain. Tanggungjawab ayah telah beralih kepada Athirah. Dan dalam tempoh untuk hidup itu, Athirah telah mencuba pelbagai cara agar ibunya dan adik- beradik yang lain tidak merasa kekurangan. Kemarahan kepada Faris atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya, dijadikan sebagai motivasi untuk meneruskan hidup. Kesusahan yang dialaminya dijadikan dinding untuk dia berjaya. Tetapi, Faris telah mengaku bersalah. Tetapi Athirah tetap berkeras dan menyebabkan mereka bertengkar besar sehinggakan aku melihat Athirah mengangkat tangan ke pipi Faris. Di saat itu, semua di sekeliling tergamam seketika. Athirah lari masuk ke sekolah. Faris pula meluncur laju dalam sekelip mata. Tadi, sempat juga ku menegur perbuatan Athirah yang tidak tahu menghargai. Ego Athirah perlu dipecahkan. Berbulan- bulan Faris cuba untuk memujuk dan memohon maaf, namun hati Athirah sekeras batu. Dia meletakkan Faris punca atas apa yang berlaku. Harap- haraplah semuanya selamat… Athirah memandu tidak keruan sehinggakan tanda lampu isyarat berhenti, dilanggar. Emosinya turut terganggu. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan??? Selama ni apa yang dia lakukan untuk aku, aku tidak mengendahkannya. Tidak putus- putus memohon maaf padaku. Aku tahu dia rasa bersalah padaku atas apa yang berlaku. Aku tahu niat dia ikhlas. Namun, Ya Allah sesungguhnya Kau tahu betapa aku marah padanya. Ego menyelubungi diriku. Ya Allah, selamatkanlah dia. Aku berjanji, aku akan maafkan dia. Aku janji!! Athirah berlari masuk ke hospital mencari tanda- tanda kiranya Faris di situ. “Athirah!! “Dato’ Khalid….. “Lama tak jumpa… Apa khabar?? Ayah kamu macam mana? “Saya baik- baik saja. Ayah….. nanti la kita ceta Dato’. Emmm… Dato’, Faris……. “O… nak tengok Faris rupanya.. Dia ada di bilik 201. Pegi la jenguk. Dia…..
  • 8. 8 Belum sempat Dato’ Khalid menghabiskan ayatnya, Athirah berlari menuju arah yang di tunjuk tadi. Di buka pintu, dilihat Faris tidur nyenyak. Dia berjalan perlahan- lahan.. “Faris…….. Tiada sahutan. Athirah duduk mengenggam tangan Faris. “Saya maafkan awak atas apa yang awak lakukan terhadap saya… Tanpa di sedari airmata Athirah mengalir. Dia tidak tahu kenapa begitu hatinya tersentuh. Faris dulunya aktif, kini terbaring kaku. “Saya tak sepatutnya menampar awak tadi. Saya tak sepatutnya berkeras. Saya tahu saya salah. Saya bertindak diluar kawalan. Maafkan saya…. Athirah tertunduk di atas katil. Airmata tidak berhenti mengalir. Dari luar terdengar sendu- sedan. “Sakit tau awak tampar saya tadi.. Athirah tersentak. Serta- merta dia mengangkat kepalanya. Dan melihat Faris tersenyum ke arahnya. “Awak dah maafkan saya?? Athirah mengangguk. Dia tidak mahu lagi kehilangan Faris. Cukup setakat sinilah kesakitan itu dan membenarkan dirinya bahagia, kerana dia tahu dalam menempuh kehidupan hari ini dan hari- hari yang mendatang, ada sahaja onak dan duri yang akan ditempuhi. Sesungguhnya, hidup ini tidak indah andainya, kemanisan sahaja yang mewarnainya, sebab, mungkin ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri dan berbangga dengan apa yang ada, tapi, kemanisan yang berselang- seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur, dan belajar erti menghargai… Faris membalas genggaman Athirah. “Athirah, benarkanlah hatimu itu dingin, sedingin salju…” Mendengar ayat itu keluar dari bibir Faris, Athirah menangis semahu- mahunya….
  • 9. 9