SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Takdir Cintaku




       “Aku terima nikahnya, Haifa Dania binti Hassan dengan mas kahwinnya RM300 tunai.”

Laju saja ungkapan itu diucapkan lelaki tersebut. Setelah mendapat pengesahan daripada saksi-

saksi di pihakku, aku kini telah sah menjadi isteri kepada Fitri Asyraf bin Zakaria, seorang

doktor pelatih di bawah seliaan ayahku. Dia merupakan anak kepada salah seorang sahabat baik

ayahku yang bekerja di hospital yang sama.


       Walaupun aku tak berapa kenal sangat suamiku ini, tapi aku yakin dengan pilihan orang

tuaku untuk menjodohkan aku dengannya. Dia pula, boleh terima je cadangan keluarga kami

walaupun kami saling tak mengenali antara satu sama lain. Apa yang menyebabkannya bersetuju

pun aku tak tahu.


       Aku teringat novel-novel yang aku selalu baca. Banyak cerita yang mengisahkan

pasangan kena kahwin paksalah, kena kahwin gantilah. Tapi aku lain. Aku kahwin dengan rela

hati. Selalu jugak aku dengar orang kata bercinta lepas kahwin lagi nikmat. Yelah, dah halal

segalanya kan. Nak buat apa pun buatlah. Hi…hi….pulak dah! Takkan aku nak menggatal

dengan anak teruna orang kot. Tapi, diakan laki aku jugak. Entah-entah dia pun fikir macam aku

jugak. Hu..hu… tengok jelah apa kesudahannya nanti.


       Lepas Maghrib, setelah majlis berakhir, aku duduk dibirai katil sambil mngipas-ngipas

diriku dengan tangan. Terasa letih dan lesu melayan tetamu sehari suntuk. Bilik yang ber’air-

cond’ pun aku masih terasa bahang. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dari luar. Aku tersentak.

Menanti dengan penuh debar wajah yang bakal muncul disebalik pintu.
“Ifa, ayah nak balik dah ni,” Terjegul muka ayahku di balik pintu. Aku menghela nafas

lega. Eh, kenapa macam tu pula. Mesti aku ingat suamiku yang masuk tadi. Aku bangkit dari

katil lalu menghampiri ayahku. Aku menyalami tangannya. Tak semena-mena air mataku jatuh.

Mungkin terfikirkan yang aku takkan dapat berjumpa dengan ayah lagi.


       Ayah hanya mengusap kepalaku. Aku pandang wajah tua ayah. Terasa tanganku

digenggam erat oleh ayah.


       “Ifa, ayah tak nak kamu rasa terpaksa dengan perkahwinan ini, ya nak. Ayah hanya

mahukan yang terbaik buat kamu. Ayah tahu kamu anak yang baik. Tak pernah nak melawan.

Ayah doakan kamu bahagia,” ucap ayahku dengan nada sayu. Aku jadi sebak. Aku hanya

mengangguk mendengar kata-katanya. Kemudian, ayah berlalu dari situ. Semasa mahu menuruni

tangga, ayahku terserempak dengan Fitri Asyraf, suamiku kini. Kulihat ayah menepuk perlahan

bahu Fitri sambil mengucapkan sesuatu.


       “Harap Fitri dapat jaga anak ayah tu dengan baik.” Perlahan kata-kata ayah namun aku

masih mampu mendengarnya. Kulihat Fitri mengangguk perlahan. Kemudian dia menoleh ke

arahku sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit dipipinya. Aku hanya tersenyum nipis

memandangnya.


                   *         *            *             *              *


List of things….


   1. Pegang tangan depan khalayak ramai… ( Auw..sweetnya )ke gatal?-_-‘

   2. Main kat theme park ^_^

   3. Tengok movie night =D
4. Pergi picnic sama-sama


       Aku bermain-main dengan pen ditanganku. Memikirkan perkara apa lagi yang perlu

ditulis. Setelah penat meniarap, aku menukar ke posisi melentang pulak. Otakku masih lagi ligat

memikirkan perkara seterusnya. Namun kebuntuan yang aku temui. Bila aku baca balik apa yang

aku tulis, rasa macam nak tergelak pun ada. Tak pernah dibuat dek orang tulis benda-benda

macam ni.


       Aku memandang siling. Kipas yang berpusing itu aku ekori dengan anak mata. Biasanya

orang akan buat perkara-perkara yang macam aku tulis tu kalau diorang suka sama suka. Tapi

aku ni? Nak kata suka pun tak tahu lagi. Proses pengenalan pun belum mula lagi. Aku baru je

jadi isteri dia pagi tadi. Memanglah kan. Takpe. Kita mulakan pada esok hari. He…he….tiba-

tiba rasa bersemangat pulak aku.


       Macam mana aku tak semangat. Ni baru first time aku buat benda-benda macam ni. Aku

tak pernah mempunyai hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki pun. Tup tup dah

kahwin. Aku ambil bantal peluk disebelah dan tutup mukaku dengannya. Aku menjerit sekuat

hati melepaskan segala kekusutan dalam kepalaku saat ini. Perasaanku bercampur baur antara

suka dan malu. Kenapa aku perlu melalui semua ni!!!!


       Tiba-tiba pintu dikuak. Secara automatik aku terduduk di atas katil. Mesti Fitri yang

masuk. Sudah selesai agaknya dia membantu apa yang patut dibawah tadi. Tekaku. Sebaik sahaja

Fitri masuk, mataku berlaga dengan anak matanya. Aku menelan air liur. Kulihat Fitri hanya

tersenyum memandang ke arahku. Aku cuma tersengih memandang wajah kacaknya yang

berlesung pipit itu. Terasa panas pipiku saat itu. Aku menundukkan pandangan.
“Awak dah solat Isyak?” tanyanya sambil menyinsing lengan baju. Aku memandangnya

sebelum kepala aku angguk.


       “Laa….kenapa tak tunggu saya. Boleh kita jemaah sama,” ucapnya.


       “Err….” Ah sudah. Aku tak tahu nak jawab apa.


       Fitri tersenyum melihatku yang sudah gelabah semacam. “Takpe, lain kali kita jemaah

sama ye,” balasnya lalu masuk ke dalam bilik air.


       Aku mengurut-urut dadaku. Menahan debar yang terasa. Gila betul jantung aku ni. Baru

sekejap berdua-duaan dengan dia dah laju semacam je berdetak. Aduh, parah aku kalau hari-hari

macam ni. Adakah ini bermakna aku dah suka pada dia? Wah, love at the first sight ke?

Takkanlah kot.


                 *            *             *             *              *


       Suasana di cafeteria hospital sedikit lengang memandangkan jam baru menunjukkan

pukul 11 pagi. Terus aku memandu ke sini setelah mendapat mesej daripada Fitri. Katanya mahu

lunch sama-sama. Aku pun setuju saja memandangkan aku tiada kuliah pada waktu tengah hari.

Lagipun jarak hospital dengan fakulti aku pun taklah jauh mana.


       Aku tekun menghadap buku rujukan pharmacy di hadapanku. Pen ditangan aku gigit.

Penat aku memikirkan jawapan kepada soalan assignment aku ni. Jus epal aku hirup bagi

meredakan kekusutan. Sejak masuk semester baru merangkap semester terakhir ni, otak aku

macam tak berfungsi dengan baik je.


       Perkara yang aku tulis dalam diariku beberapa minggu yang lepas pun masih belum

terlaksana lagi. Agaknya sebab nilah otakku tak berapa nak berfungsi sangat. Asyik fikirkan cik
abang sorang tu je. Kedua tangan ku silangkan ke badan. Memikirkan tindakan yang harus ku

ambil. Takkan aku pulak yang nak mulakan dulu. Malulah. Aku ni perempuan. Segan kot.


       Kata-katanya pada beberapa malam yang lepas terngiang-ngiang ditelingaku.


       “Err….Saya…tahu Dania tak ready lagi. Kita pun tak berapa kenal sangat antara satu

sama lain. Kita hanya ikut kemahuan parents kita. Jadi, apa kata kita ambil masa berkenalan

dulu. Jadi kawan dulu. Tentu lebih selesa.” Aku angguk macam burung belatuk mendengar kata-

katanya. Bersetuju dengan apa yang diutarakan. Fitri tersenyum melihat reaksi aku. Aduh,

handsomenya kalau dia senyum. Suka betul aku dengan lesung pipit dia tu.


       “So…friends?” Fitri menghulurkan tangannya. Dengan semangat aku menyambut

tangannya.


       “Yup, friends.” Aku menghadiahkan senyuman manis. Saat itu, aku terasa genggaman

tangannya makin erat.


       “HD? Kau ke tu?” tegur satu suara mematikan lamunanku. HD? Setahu aku hanya orang

tertentu je yang panggil aku macam tu. Aku pantas menoleh.


       “Akmal!!” aku teriak kecil apabila melihat coursemate ku turut berada di hospital ni.

Gembira aku bila berjumpanya di sini. Bolehlah aku tanya soalan assignment yang aku tak

paham tadi. Segera aku mempelawanya duduk.


       “Apa kau buat kat sini?” aku bertanya.


       “Aku cari information pasal assignment kita tulah. Kau dah siap ke?”
“Belum lagi. Dah alang-alang kau datang ni, boleh tak tolong aku jawab soalan ni?” Aku

menunjukkan padanya kertas soalanku. Kemudian dia memetik jari. Confirm dia tahu

jawapannya. Tekaku dalam hati.


        Aku hanya memandang Akmal membelek-belek buku rujukan pharmacy ku bagi mencari

jawapannya.


        “Untuk soalan nombor 5 tu jawapannya kat bab nilah. Yang kau cari kat bab lain

memanglah tak dapat,” balas Akmal sambil menunjukkan muka surat untuk soalan yang aku

tanya tadi. Aku membaca isi kandungan muka surat tu. Kemudian aku tersengih memandang

Akmal. Malu dengan kesilapanku yang salah tengok bab. Memanglah tak dapat jawapan dari

tadi.


        Akmal hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat aku tersengih.


        “Eh, kalau macam tu, jom semak jawapan kita. Aku pun tak berapa sure sangat dengan

jawapan aku ni.” Aku mencadangkan. Memang begitu sikapku. Aku akan bertanya kawan-

kawanku yang lain dan berbincang jawapan yang kami dapat.


        Aku lihat Akmal mengangguk. Dia pun mengeluarkan buku notanya daripada beg

sandang lalu duduk di sebelahku. Lebih senang agaknya kalau nak berbincang. Aku pun

tandakan soalan yang jawapanku tak sama dengan jawapan Akmal. Sekali lagi Akmal

mengambil buku rujukan dan tandakan sesuatu untuk aku buat sebagai rujukan.


        Aku memandang wajah sawo matang milik Akmal sambil tersenyum nipis. Aku sangat

menghargai bantuannya tadi. Thanks Akmal. Ucapku dalam hati.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?” soal Akmal apabila aku hanya memandangnya

tanpa bicara. Segera aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Buku notaku yang berselerak

atas meja cepat-cepat aku masukkan ke dalam beg.


        Kudengar Akmal tergelak kecil. “Kalau kau nak ucapkan terima kasih cakap jelah. Tak

payah nak pandang aku macam tu. Apa lagi, belanjalah aku lunch,” ucapnya.


        Belum sempat aku membalas, tiba-tiba aku ternampak kelibat Fitri yang sedang menuju

ke arahku. Aku melambaikan tanganku sambil tersenyum.


        “Jom Dania. Kita lunch kat luar.” Ucap Fitri sebaik sahaja dia tiba di meja kami. Aku

mula kebingungan. Aik? Kata nak lunch kat sini je? Monologku. Tiba-tiba aku terdengar Akmal

berdehem kecil.


        “Eh, lupa pula nak kenalkan. Fitri, ni coursemate saya, Akmal namanya. Akmal, ni

pulak……” kata-kataku terhenti di situ. Aku tak tahu macam mana nak perkenalkan Fitri kepada

Akmal. Sememangnya tidak ramai rakan-rakanku di kampus yang mengetahui tentang

perkahwinanku. Segan pulak aku nanti maklumlah, masih belajar lagi dah kahwin pula.


        “Saya Fitri Asyraf, husband coursemate awak ni,” sambung Fitri pula sambil

menghulurkan tangannya kepada Akmal. Serta-merta aku menoleh ke arahnya. Fitri hanya buat

muka selamba. Tapi memang betul pun dia suami aku. Sudahku agak reaksi Akmal macam

mana. Tapi, tak apalah. Bila ada masa nanti aku cerita kat dia. Desisku dalam hati.


        Kemudian, Fitri menarik tanganku dan terus berlalu dari situ. Nasib baik aku sempat

mencapai begku. Aku hanya melambai pada Akmal yang masih terpinga-pinga ditinggalkan di

situ.
Dalam perjalanan menuju ke kereta, Fitri masih lagi menggenggam kemas tanganku.

Tidak pulak aku lepaskan tangannya. Kulihat ramai pesakit dan pelawat yang berada di situ

memandang ke arah kami sambil tersenyum-senyum. Aku hanya tersengih malu. Walaupun tak

berapa nak romantik, tapi perkara nombor satu dah jadi. Yess! Dalam hati aku menjerit riang.

Mungkin ini permulaan yang baik.


                *             *             *              *              *


        Cuti pertengahan semesta baru je bermula. Hujung minggu ni aku duduk saja di rumah

memandangkan aku pun tak tahu nak buat apa. Fitri pula sibuk di bilik study dia. Nak siapkan

tesis katanya. Doktor pelatih kan. Mestilah banyak kerja. Taknaklah aku ganggu dia. Aku lihat

jam dinding. Baru pukul 10 pagi.


        “Argh…bosannya,” keluhku. Aku mencapai remote control di atas sofa tempat aku

duduk. TV aku pasang sekiranya ada rancangan yang menarik hari ni. Tapi hampa. Tiada satu

pun yang menarik perhatianku. Aku tak boleh tahan lagi dah. Bosan giler ni. Aku terus meluru

ke bilik study Fitri.


        Apabila tiba di depan bilik tu, aku mendapat satu idea. Kalau terkejutkan dia best jugak

ni. He…he... Perlahan-lahan tombol pintu aku pulas. Aku dapat lihat dia sedang tekun menulis

sesuatu di atas meja.


        “Awak!!!!” jeritku sambil memukul perlahan bahunya.


        “Opocot mak kau terkejut.” Tergelak aku mendengar Fitri melatah. Aku nampak terburu-

buru dia menyembunyikan sesuatu ke dalam laci meja semasa aku sergah dia tadi. Aku buat tak

nampak je.
“Awak ni kan. Suka sangat buat orang terkejut. Suka sangat ketawakan orang. Bila pulak

awak masuk ni? Saya tak dengar pun.” Fitri berkata setelah melihat aku sudah berhenti ketawa.


       “Bosanlah Fit duduk rumah. Takde nak pergi memana ke cuti ni? Semua kawan-kawan

saya ada pelan diorang sendiri,” aduku tanpa menjwab soalannya tadi. Aku menghayunkan

badanku ke kanan dan kiri. Meminta simpatinya supaya aku dibawa berjalan. Dia hanya tergelak

melihat gelagatku.


       “Comellah awak buat macam tu. Ada gaya comel lagi tak?” usiknya. Seraya itu, aku

menghadiahkan cubitan di tangannya. Dia mengaduh kesakitan.


       “Apa ni Dania. Sakit tau. Tak naklah ajak awak berjalan. Biar saya pergi sorang je.”

Pulak dah. Merajuk ke dia ni. Tapi tadi aku dengar dia kata nak pergi jalan-jalan kan?


       “Ala……Fitri…..janganlah merajuk. Sakit ke saya cubit tadi?” pujukku. Lengannya yang

kucubit tadi aku gosok perlahan. Nak keluar berjalan punya pasal aku pun memulakan proses

memujuk.    Kulihat Fitri hanya mengangguk sambil membuat muka comel. Aku tersenyum

memandang gelagatnya.


       “So, kita nak pergi mana hari ni?” Dengan bersemangat aku bertanya. Aku lihat Fitri

hanya tersenyum mendengar soalanku tadi.


               *              *              *              *              *


       “Wah! Love you Fitri. I love Genting Highlands,” teriakku sebaik sahaja kami tiba di

taman tema itu.


       “Apa dia? Boleh cakap lagi sekali tak?” Aku memukul lengannya bila dia berkata begitu.

Mengada-ngada. Memanglah aku cakap love Fitri. Dia kawan aku kan? He….he…
“Cepatlah. Kita nak main apa dulu ni?” Aku menarik-narik lengannya bak anak kecil

yang meminta gula-gula. Beria-ia aku mengajaknya. Berkira-kira permainan apa aku nak naik

dulu.


        “Yalah, Dania sayang. Kita mainlah yang kat luar dulu. Ada roller coaster. Go kart pun

ada. Awakkan suka main benda-benda macam tu.” Fitri menghadiakan satu cubitan pada

hidungku. Aku terkedu saat itu. Auww…panas muka aku ni. Namun aku cuba sembunyikannya

dan menurutinya pergi ke bahagian luar. Kami bermain semua permainan yang ada dengan

sepuas-puasnya. Seronok betul aku pergi Genting ni. Dah lama aku tak release tension macam ni.


                 *             *            *              *             *


        Aku terus merebahkan badan ke atas katil sebaik sahaja kami masuk ke bilik hotel. Fitri

turut baring disebelahku. Baru aku terasa keletihan yang amat sangat. Tadi main tak ingat dunia.

Yalah, dah lama aku tak menjejakkan kaki ke sini. So, hari ni aku main sepuas-puasnya. Hilang

sikit tension aku dek terlalu asyik menghadap buku. Aku rasa happy sangat bila Fitri bawa aku

datang sini. Aku memejamkan mata cuba menghilangkan rasa penat.


        “Awak suka datang sini?” sayup-sayup saja aku dengar suara Fitri bertanya. Mungkin dia

juga sama penat seperti aku.


        “Emm….” Itu saja yang mampu aku jawab. “Thanks. Fit. Sebab bawak saya ke sini.”

Dengan tenaga yang masih ada aku mengucapkannya. Mataku masih lagi terpejam. Tiba-tiba aku

terasa ada tangan yang melingkari pinggangku. Perlahan-lahan aku menoleh ke sisi.


        Kulihat wajah Fitri sudah begitu hampir dengan mukaku sehinggakan aku terasa

hembusan nafasnya. Aku hanya mampu tersenyum melihat wajahnya. Kesian dia. Sehari suntuk
ikut aku main-main kat Genting ni. Tangannya yang berada dipinggangku ku tepuk perlahan.

Semoga dengan itu, dapat menghilangkan keletihannya. Akhirnya, aku dan Fitri sama-sama

tertidur.


        Tiba-tiba aku terjaga. Jam tangan kulihat. Aargh…baru pukul 2 pagi. Sebaik sahaja aku

tersedar, aku melihat posisiku berada dalam pelukan Fitri. Aku tersenyum seketika. Ah, bestnya

tidur kena peluk. Patutlah lena semacam tadi. Aku mengekek ketawa dalam hati.


        Namun, cepat-cepat aku tersedar. Aku mendongak untuk pastikan yang Fitri masih tidur.

Malu sekiranya dia tahu yang aku peluk dia ketika tidur. Eh, bukan dia ke yang peluk aku? Tak

kisahlah.


        “Nasib baik dia tidur lagi,” gumamku. Perlahan-lahan aku cuba menjarakkan diri

dengannya. Tak semena-mena tangan Fitri hinggap di pinggangku. Pelukannya diperkemas. Dah

buat aku macam bantal peluk nampaknya Fitri ni. Aku berusaha untuk meloloskan diri perlahan-

lahan. Dia ni macam sengaja je. Nak ambil kesempatanlah tu. Rungutku dalam hati. Namun

kulihat matanya masih lagi terpejam.


        Lama-kelamaan, aku mengalah. Bila difikirkan balik, perkara kedua dalam list aku dah

jadi. Fitri bawak aku pergi taman tema. Seronoknya! Cayalah Fitri. Macam tau-tau je plan aku.

Dan akhirnya aku terus dibuai mimpi dalam pelukan suamiku sendiri.


        Keesokan harinya, dalam perjalanan pulang ke rumah, aku lihat Fitri tak habis-habis

tersenyum. Sejak keluar daripada genting tadi lagi senyuman tidak lekang daripada bibirnya.
“Fitri, yang awak tersengih sorang-sorang macam kerang busuk ni kenapa? Takut saya

tengok awak tau,” luahku seolah-olah tak berpuas hati. Perasaan ingin tahuku makin meninggi.

Ada perkara gembira berlaku ke sebelum balik tadi? Aku berteka-teki sendiri.


          “Aik? Saya nak senyum pun tak boleh ke? Ke awak tergoda tengok saya senyum? Yalah,

kan saya ni ada lesung pipit kalau tersenyum.” Ucap Fitri dengan bangganya. Aku yang

mendengar pula hanya mencebik ke arahnya. Perasan betullah mamat ni. Omelku dalam

hati.Tergelak kecil Fitri melihat reaksiku itu.


          “Alah awak ni…..saya nak puji diri sendiri pun tak boleh ke? Bukannya ada orang yang

sudi puji saya ni pun. Apatah lagi orang yang duduk sebelah saya ni,” ujar Fitri seolah-olah

merajuk. Kata-katanya memang sengaja ditujukan kepadaku. Aku tersengih memandangnya.


          “Yelah encik abangku yang handsome lagi sweet….” ujarku dengan gaya yang memerli.

Aku menyilangkan tanganku lalu memandang ke hadapan. Malas mahu melayan sikap Fitri yang

terlebih perasan tu. Aku hanya terdengar tawa halus daripada Fitri usai aku mengucapkan kata-

kataku tadi.


          Aku hanya membisu sepanjang perjalanan. Fitri pula, asyik kedengaran saja dia

menyanyi kecil mengikut lirik lagu yang terpasang di radio. Di saat itu, aku melihat Fitri

melencong dari laluan biasa yang kami lalui untuk pulang ke rumah. Aku menoleh ke arahnya

hairan.


          “Kita nak pergi mana ni? Kata nak balik terus tadi?” soalku padanya.
Kulihat Fitri hanya tersenyum. “Ada satu lagi tempat yang saya nak bawak awak pergi.

Saya pasti mesti awak suka tempat tu.” Aku mengerutkan dahi. Mula memikirkan kata-kata Fitri

itu. Ke mana pulak dia nak bawak aku ni?


                *             *              *              *              *


       Aku memandang pantai Port Dickson yang tenang itu sambil tersenyum. Aku

mendepangkan tanganku dan membiarkan angin pantai menyapa lembut tubuhku. Haa,,,,nyaman

sungguh rasanya. Bila difikirkan balik, banyak yang Fitri buat selama ini termasuk dalam list

yang aku buat dulu. Seolah-olah memang Fitri tahu mengenainya untuk buatkan aku gembira.


        Aku menoleh ke arah Fitri yang sedang duduk di atas tikar yang dibawanya tadi sambil

memandang ke arahku. Pelik juga aku memikirkan bilalah si Fitri ni menyediakan semua

peralatan untuk datang ke PD ni. Tikar mengkuang, air minuman dan juga satu bekas sandwich

yang dibuatnya sendiri. Dari situ aku mula sedar yang memang Fitri mempunyai rancangan

untuk berpicnic di PD selepas kami ke Genting Highlands tempoh hari.


       Perlahan-lahan aku mengorak langkah ke arah Fitri. Skirt labuh yang kupakai, ku angkat

sedikit bagi memudahkan langkahku di pantai yang berpasir ni. Setibanya aku di situ, Fitri

menghulurkan sandwich kepadaku. Aku hanya tersenyum nipis lalu menyambut sandwich

tersebut dan melabuhkan punggungku di sebelahnya sambil mengunyah sandwich tadi.


       “Bila awak plan semua ni? Saya tak tahu pun?” soalku ingin tahu. Memang sudah lama

aku mengidamkan pergi ke tempat-tempat macam ni. Rasa tenang je bila tengok air laut tu.


       “ Dah lama dah. Sebelum kita pergi genting lagi. Saya fikir, dah alang-alang pergi bercuti

kat genting tu, kita pergi picnic lah sekali. Senang, satu hala saja,” balasnya panjang lebar. Aku
hanya mengangguk mengiakan perancangannya. Kemudian, dia menghulurkan jus oren pula

kepadaku.


       “Terima kasih,” ujarku lalu menyambut cawan yang dihulurkan kepadaku. Saat aku

meneguk jus itu, aku terperasan kilauan flash kamera yang datang dari arah Fitri. Pantas aku

menoleh ke arahnya. Dia pula sibuk menilik telefon bimbit Samsung Advanced miliknya.


       “Awak curi tangkap gambar saya ya?” tanyaku curiga. Mana tahu aku tengah buat muka

pelik ke. Buat malu je nanti. Segera aku merapatinya untuk melihat apa yang dilihatnya di

telefon bimbitnya. Belum sempat aku melihat, Fitri sudah menjauhkan telefon bimbitnya. Aku

mencebik geram. Aku menjeling ke arahnya yang sedang tertawa.


       “Bak sini handset awak tu. Saya nak tengok. Suka hati je curi-curi ambil gambar orang.”

Aku sudah mula hilang sabar bila Fitri sengaja mengacah-acah telefon bimbitnya. Sedaya-upaya

aku cuba merampas telefon bimbit tersebut namun tidak berhasil.


       “Bila masa pulak saya ambil gambar awak? Perasan jugak awak ni kan?” balasnya sinis

sambil mula mengangkat punggung untuk berlalu dari situ. Dengan    pantas   aku   menangkap

pinggang Fitri agar dia tidak dapat melarikan diri. Tapi, malangnya Fitri tidak dapat

mengimbangi badannya lalu terjatuh ke atas pasir. Aku pun turut sama terjatuh menghempap

tubuhnya. Aku terpaku seketika. Berkelip-kelip mataku untuk memastikan apa yang berlaku.


       Aku mengangkat kepalaku perlahan-lahan untuk melihat reaksi Fitri. Terangkat keningku

apabila kulihat dia hanya tersengih. Tiba-tiba aku merasakan tangannya merangkul pinggangku

dan memelukku.Tersentak aku dibuatnya. Cepat-cepat aku cuba melepaskan pelukan Fitri itu.

Malu kot orang tengok. Namun pegangan Fitri di pinggangku masih kemas. Gila agaknya Fitri

ni. Rungutku dalam hati.
“Boleh tak kita dalam keadaan macam ni kejap? Saya rasa tenang je kalau awak ada,”

bisik Fitri ke telingaku. Aku hanya melepaskan keluhan kecil. Di saat aku merasakan pelukannya

semakain terlerai, terus aku bangun dan turut menarik tangannya supaya duduk bersebelahan

denganku. Dia hanya menurut. Aku berdiri dan perlahan-lahan aku melutut dan memeluk

lehernya dari belakang.


        “Kalau macam ni baru boleh. Taklah malu kalau orang tengok. He….he…,” ucapku

sambil tersenyum malu. Satu gelak halus kudengar daripada bibirnya.


        “Awak ni. Biasanya orang lelakilah yang buat macam tu. Meh sini, awak duduk depan

saya.” Tanganku dibawanya supaya aku duduk dihadapannya. Seraya itu, aku dapat merasakan

tangannya memeluk pinggangku dan pipinya berlaga dengan pipiku. Dapat kurasakan pipiku

sudah mula terasa panas dek terlalu malu diperlakukan sebegitu.


        “Awak ni….dengan saya pun nak malu ke? Saya ni kan dah jadi suami awak.” Kata-kata

Fitri itu menusuk terus ke dalam kalbu. Macam tahu-tahu je aku tengah blush ni.


        “Err….tapikan kita dah janji….”ucapanku terhenti apabila jari telunjuknya melekap di

bibirku. Baru saja aku mahu mengingatkannya tentang perjanjian kami di awal perkahwinan

dulu.


        “Saya cintakan awak Dania,” bisiknya lembut menyapa gegendang telingaku. Kemudian

satu kucupan hinggap di pipiku. Terbeliak mataku dengan tingkahnya. Tidak menyangka Fitri

mencintai aku seperti mana diriku.
Erk? Aku pun cintakan dia juga ke? Nampaknya aku kena mengaku juga yang memang

aku pun sudah mula mencintai dirinya. Sejak hari aku diijabkabulkan lagi aku sudah redha

menerima dia sebagai suamiku.


       Lama kami berkeadaan begitu sambil memandang matahari tenggelam. Sekali-sekala

kami bergelak ketawa sambil bertukar-tukar cerita. Daripada situlah bermulanya kisah

kehidupanku sebagai seorang makmum kepada imamku, Fitri Asyraf. Ayah, terima kasih.

Bisikku dalam hati.


                *            *             *              *              *


       Aku bergerak ulang-alik di hadapan sofa. Hatiku gelisah menanti kehadiran Fitri Asyraf,

suami yang kini aku cintai. Fitri memberitahuku yang dia akan tiba di rumah lebih kurang jam

8.30 malam. Mataku melirik pada jam dinding yang menunjukkan 9.05 malam. Kerisauan mula

melanda sanubariku.


       Aku dan dia masing-masing sudah berjanji mahu menyambut hari ulangtahun

perkahwinan kami yang pertama di rumah. Fitri kata, buat kat rumah lagi best. Private sikit

katanya. Bersusah-payah aku menyiapkan candle light dinner kami dengan barang-barang yang

dia beli. Lampu pula sudah ku setkan ke keadaan suram. Romantik gitu.


       Tiba-tiba kedengaran loceng rumahku berbunyi. Serta-merta aku berlari-lari kecil ke arah

pintu. Mesti abang dah balik. Bisikku. Gaun malam separas lutut yang tersarung ditubuhku, aku

kemaskan bagi nampak cantik di mata Fitri. Perlahan-lahan aku membuka pintu. Terhulur

sejambak bunga ros merah dihadapanku. Aku pandang Firi sambil tersenyum.


       “Happy anniversary, sayang,” ucapnya riang lalu memaut tubuhku ke dakapannya.
“You’re so gorgeos tonight,” bisiknya di telingaku. Aku hanya tersenyum malu. Suka

apabila dipuji sebegitu. Kemudian, tangannya ku bawa kebibir dan satu ciuman dihadiahkan Fitri

di kedua-dua belah pipiku. Jambangan bunga tadi aku pegang dan aku menarik tangan Fitri

menuju ke meja makan yang telah aku sediakan.


        “Wow. Sayang ke yang buat semua ni?” Fitri bertanya lalu duduk berhadapan denganku.

Aku mengangguk mengiakan soalannya. Kemudian, kami pun menikmati makan malam yang

istimewa itu dengan senang hati. Sekali-kala aku tergelak mendengar celoteh Fitri yang lucu. Dia

memang pandai berlawak dan membuat aku tertawa. Sesungguhnya, aku memang benar-benar

jatuh sayang padanya.


        Sesudah makan, kami sama-sama duduk di sofa untuk menonton movie Twilight

Bereaking Dawn part 2 yang sememangnya filem kegemaran aku. Tangan Fitri melingkari

bahuku manakala aku pula duduk sambil menyilangkan tangan ke badan sambil menonton filem

tersebut. Jalan ceritanya yang penuh dengan emosi dan aksi membuatku aku diam terpaku pada

skrin tv.


        “Sayang….Tak nak tidur lagi ke? Abang dah mengantuk ni,” ujar Fitri apabila babak aksi

antara keluarga vampire Edward Cullen dan watak antagonis sedang terpapar di skrin tv. Apabila

tiada reaksi daripadaku, dia meletakkan kepalanya di atas ribaku. Aku hanya membiarkannya

saja. Tengah khusyuk tengok cerita ni kot.


        “Abang pergilah tidur dulu. Mestilah abang penat tadi baru balik kerja kan,” ujarku tanpa

memandang ke arahnya. Mataku masih lagi pada skrin tv. Tiba-tiba, satu kucupan hinggap

dibibirku. Aku menjeling ke arah Fitri yang sudah pun duduk semula disebelahku sambil

tersengih.
“Eiiii…abang ni suka tau. Orang tengah tengok cerita best ni,” rengekku sambil

memukulnya perlahan.


         “Tulah, yang sayang ignore abang tu kenapa? Macam tu jelah abang boleh tarik perhatian

sayang. Suka sangat tengok si Edward tu.,” balasnya pula seolah-olah merajuk. Cemburu pula

dia dengan Edward tu. Aku hanya tersenyum nipis melihat tingkahnya yang merajuk seperti anak

kecil.


         “Yalah, cik abangku sayang….dah tak handsome kalau merajuk macam ni. Nak ayang

pujuk macam mana ni?” ujarku lembut sambil memegang kedua-dua belah pipinya. Aku sudah

mula melihat senyuman terukir dibibirnya.


         Terjerit kecil aku dibuatnya apabila terasa tubuhku dicempung oleh Fitri. Berkali-kali aku

memukul dadanya supaya dia menurunkan aku.


         “Abang, turunkanlah ayang. Kalau ye pun, tutuplah tv dulu. Membazir elektrik je,”

selorohku. Kulihat Fitri hanya tersenyum lalu menurunkan aku dan berlalu untuk menutup tv.

Aish, baru nak layan cerita. Omelku dalam hati. Sekembalinya dia ke arahku, aku melemparkan

senyuman manis kepadanya. Fitri memaut lembut bahuku dan kami bergerak seiring menuju ke

kamar.


         Untuk kesekian kalinya aku jatuh cinta pada lelaki pertama yang muncul dalam hidupku.

Tiada yang kedua atau ketiga tetapi hanya yang pertama dan terakhir bagiku. Kini, aku dapat

merasakan kebahagian yang mula menampakkan sinarnya dalam aku melayari bahtera

rumahtangga bersama suami kesayanganku, Fitri Asyraf. Ayah, terima kasih dengan pilihan ayah

ni. Ya Allah, aku mohon kepadaMu, Kau kekalkan kebahagiaan yang kami kecapi ini buat

selama-lamanya.

More Related Content

What's hot

Benih Papa Mertua
Benih Papa MertuaBenih Papa Mertua
Benih Papa Mertuabeesingle41
 
Cerita bro
Cerita broCerita bro
Cerita broAry Ain
 
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang BinalCerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binalchristineong2212
 
Cerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hotCerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hotdesiDesiAmalia
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Cerita Dewasa Sensasi Mesum Bersama Sahabat Istriku
Cerita Dewasa Sensasi Mesum Bersama Sahabat IstrikuCerita Dewasa Sensasi Mesum Bersama Sahabat Istriku
Cerita Dewasa Sensasi Mesum Bersama Sahabat Istrikuchristineong2212
 
Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Shika Nara
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di RanjangCerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjangchristineong2212
 
Cerpen Pertama - Kasih yang Ku damba kan
Cerpen Pertama - Kasih yang Ku damba kan Cerpen Pertama - Kasih yang Ku damba kan
Cerpen Pertama - Kasih yang Ku damba kan Nazdiana Juma'ad
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Cerita ceweksma dalamduniagemerlap
Cerita ceweksma dalamduniagemerlapCerita ceweksma dalamduniagemerlap
Cerita ceweksma dalamduniagemerlaptaufikku
 
Hujan di bulan desember
Hujan di bulan desemberHujan di bulan desember
Hujan di bulan desemberZahrotin Niza
 

What's hot (20)

Benih Papa Mertua
Benih Papa MertuaBenih Papa Mertua
Benih Papa Mertua
 
Cerita bro
Cerita broCerita bro
Cerita bro
 
Cerita
CeritaCerita
Cerita
 
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang BinalCerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
 
Cerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hotCerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hot
 
Df
DfDf
Df
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Cerita yang gak tahu arahnya kemana
Cerita yang gak tahu arahnya kemanaCerita yang gak tahu arahnya kemana
Cerita yang gak tahu arahnya kemana
 
Dgt
DgtDgt
Dgt
 
Cerita Dewasa Sensasi Mesum Bersama Sahabat Istriku
Cerita Dewasa Sensasi Mesum Bersama Sahabat IstrikuCerita Dewasa Sensasi Mesum Bersama Sahabat Istriku
Cerita Dewasa Sensasi Mesum Bersama Sahabat Istriku
 
Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Aku tersesat
Aku tersesatAku tersesat
Aku tersesat
 
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di RanjangCerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
 
Cerpen Pertama - Kasih yang Ku damba kan
Cerpen Pertama - Kasih yang Ku damba kan Cerpen Pertama - Kasih yang Ku damba kan
Cerpen Pertama - Kasih yang Ku damba kan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Cerita ceweksma dalamduniagemerlap
Cerita ceweksma dalamduniagemerlapCerita ceweksma dalamduniagemerlap
Cerita ceweksma dalamduniagemerlap
 
Hujan di bulan desember
Hujan di bulan desemberHujan di bulan desember
Hujan di bulan desember
 

Similar to Cerpen:Takdir Cintaku

Similar to Cerpen:Takdir Cintaku (20)

Ccccc
CccccCcccc
Ccccc
 
Terjalnya jalan hidupku
Terjalnya  jalan hidupkuTerjalnya  jalan hidupku
Terjalnya jalan hidupku
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Di balik tawa
Di balik tawaDi balik tawa
Di balik tawa
 
Sahabat dari dunia lain
Sahabat dari dunia lainSahabat dari dunia lain
Sahabat dari dunia lain
 
Cinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuCinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktu
 
Cerpen d hikayat
Cerpen d hikayatCerpen d hikayat
Cerpen d hikayat
 
Ceritaku
CeritakuCeritaku
Ceritaku
 
Cinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuCinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satu
 
Cinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirCinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhir
 
Cerita nyata yg mengharukan
Cerita nyata yg mengharukanCerita nyata yg mengharukan
Cerita nyata yg mengharukan
 
Toga i'm coming
Toga i'm comingToga i'm coming
Toga i'm coming
 
Sepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta kuSepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta ku
 
Cerita pendek (cerpen)
Cerita pendek (cerpen)Cerita pendek (cerpen)
Cerita pendek (cerpen)
 
Kehidupanku di sekolah
Kehidupanku di sekolahKehidupanku di sekolah
Kehidupanku di sekolah
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Aku terpaksa-menikahinya
Aku terpaksa-menikahinyaAku terpaksa-menikahinya
Aku terpaksa-menikahinya
 
Adekecil
AdekecilAdekecil
Adekecil
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Cerpen bahasa indonesia fathul
Cerpen bahasa indonesia fathulCerpen bahasa indonesia fathul
Cerpen bahasa indonesia fathul
 

Cerpen:Takdir Cintaku

  • 1. Takdir Cintaku “Aku terima nikahnya, Haifa Dania binti Hassan dengan mas kahwinnya RM300 tunai.” Laju saja ungkapan itu diucapkan lelaki tersebut. Setelah mendapat pengesahan daripada saksi- saksi di pihakku, aku kini telah sah menjadi isteri kepada Fitri Asyraf bin Zakaria, seorang doktor pelatih di bawah seliaan ayahku. Dia merupakan anak kepada salah seorang sahabat baik ayahku yang bekerja di hospital yang sama. Walaupun aku tak berapa kenal sangat suamiku ini, tapi aku yakin dengan pilihan orang tuaku untuk menjodohkan aku dengannya. Dia pula, boleh terima je cadangan keluarga kami walaupun kami saling tak mengenali antara satu sama lain. Apa yang menyebabkannya bersetuju pun aku tak tahu. Aku teringat novel-novel yang aku selalu baca. Banyak cerita yang mengisahkan pasangan kena kahwin paksalah, kena kahwin gantilah. Tapi aku lain. Aku kahwin dengan rela hati. Selalu jugak aku dengar orang kata bercinta lepas kahwin lagi nikmat. Yelah, dah halal segalanya kan. Nak buat apa pun buatlah. Hi…hi….pulak dah! Takkan aku nak menggatal dengan anak teruna orang kot. Tapi, diakan laki aku jugak. Entah-entah dia pun fikir macam aku jugak. Hu..hu… tengok jelah apa kesudahannya nanti. Lepas Maghrib, setelah majlis berakhir, aku duduk dibirai katil sambil mngipas-ngipas diriku dengan tangan. Terasa letih dan lesu melayan tetamu sehari suntuk. Bilik yang ber’air- cond’ pun aku masih terasa bahang. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dari luar. Aku tersentak. Menanti dengan penuh debar wajah yang bakal muncul disebalik pintu.
  • 2. “Ifa, ayah nak balik dah ni,” Terjegul muka ayahku di balik pintu. Aku menghela nafas lega. Eh, kenapa macam tu pula. Mesti aku ingat suamiku yang masuk tadi. Aku bangkit dari katil lalu menghampiri ayahku. Aku menyalami tangannya. Tak semena-mena air mataku jatuh. Mungkin terfikirkan yang aku takkan dapat berjumpa dengan ayah lagi. Ayah hanya mengusap kepalaku. Aku pandang wajah tua ayah. Terasa tanganku digenggam erat oleh ayah. “Ifa, ayah tak nak kamu rasa terpaksa dengan perkahwinan ini, ya nak. Ayah hanya mahukan yang terbaik buat kamu. Ayah tahu kamu anak yang baik. Tak pernah nak melawan. Ayah doakan kamu bahagia,” ucap ayahku dengan nada sayu. Aku jadi sebak. Aku hanya mengangguk mendengar kata-katanya. Kemudian, ayah berlalu dari situ. Semasa mahu menuruni tangga, ayahku terserempak dengan Fitri Asyraf, suamiku kini. Kulihat ayah menepuk perlahan bahu Fitri sambil mengucapkan sesuatu. “Harap Fitri dapat jaga anak ayah tu dengan baik.” Perlahan kata-kata ayah namun aku masih mampu mendengarnya. Kulihat Fitri mengangguk perlahan. Kemudian dia menoleh ke arahku sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit dipipinya. Aku hanya tersenyum nipis memandangnya. * * * * * List of things…. 1. Pegang tangan depan khalayak ramai… ( Auw..sweetnya )ke gatal?-_-‘ 2. Main kat theme park ^_^ 3. Tengok movie night =D
  • 3. 4. Pergi picnic sama-sama Aku bermain-main dengan pen ditanganku. Memikirkan perkara apa lagi yang perlu ditulis. Setelah penat meniarap, aku menukar ke posisi melentang pulak. Otakku masih lagi ligat memikirkan perkara seterusnya. Namun kebuntuan yang aku temui. Bila aku baca balik apa yang aku tulis, rasa macam nak tergelak pun ada. Tak pernah dibuat dek orang tulis benda-benda macam ni. Aku memandang siling. Kipas yang berpusing itu aku ekori dengan anak mata. Biasanya orang akan buat perkara-perkara yang macam aku tulis tu kalau diorang suka sama suka. Tapi aku ni? Nak kata suka pun tak tahu lagi. Proses pengenalan pun belum mula lagi. Aku baru je jadi isteri dia pagi tadi. Memanglah kan. Takpe. Kita mulakan pada esok hari. He…he….tiba- tiba rasa bersemangat pulak aku. Macam mana aku tak semangat. Ni baru first time aku buat benda-benda macam ni. Aku tak pernah mempunyai hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki pun. Tup tup dah kahwin. Aku ambil bantal peluk disebelah dan tutup mukaku dengannya. Aku menjerit sekuat hati melepaskan segala kekusutan dalam kepalaku saat ini. Perasaanku bercampur baur antara suka dan malu. Kenapa aku perlu melalui semua ni!!!! Tiba-tiba pintu dikuak. Secara automatik aku terduduk di atas katil. Mesti Fitri yang masuk. Sudah selesai agaknya dia membantu apa yang patut dibawah tadi. Tekaku. Sebaik sahaja Fitri masuk, mataku berlaga dengan anak matanya. Aku menelan air liur. Kulihat Fitri hanya tersenyum memandang ke arahku. Aku cuma tersengih memandang wajah kacaknya yang berlesung pipit itu. Terasa panas pipiku saat itu. Aku menundukkan pandangan.
  • 4. “Awak dah solat Isyak?” tanyanya sambil menyinsing lengan baju. Aku memandangnya sebelum kepala aku angguk. “Laa….kenapa tak tunggu saya. Boleh kita jemaah sama,” ucapnya. “Err….” Ah sudah. Aku tak tahu nak jawab apa. Fitri tersenyum melihatku yang sudah gelabah semacam. “Takpe, lain kali kita jemaah sama ye,” balasnya lalu masuk ke dalam bilik air. Aku mengurut-urut dadaku. Menahan debar yang terasa. Gila betul jantung aku ni. Baru sekejap berdua-duaan dengan dia dah laju semacam je berdetak. Aduh, parah aku kalau hari-hari macam ni. Adakah ini bermakna aku dah suka pada dia? Wah, love at the first sight ke? Takkanlah kot. * * * * * Suasana di cafeteria hospital sedikit lengang memandangkan jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Terus aku memandu ke sini setelah mendapat mesej daripada Fitri. Katanya mahu lunch sama-sama. Aku pun setuju saja memandangkan aku tiada kuliah pada waktu tengah hari. Lagipun jarak hospital dengan fakulti aku pun taklah jauh mana. Aku tekun menghadap buku rujukan pharmacy di hadapanku. Pen ditangan aku gigit. Penat aku memikirkan jawapan kepada soalan assignment aku ni. Jus epal aku hirup bagi meredakan kekusutan. Sejak masuk semester baru merangkap semester terakhir ni, otak aku macam tak berfungsi dengan baik je. Perkara yang aku tulis dalam diariku beberapa minggu yang lepas pun masih belum terlaksana lagi. Agaknya sebab nilah otakku tak berapa nak berfungsi sangat. Asyik fikirkan cik
  • 5. abang sorang tu je. Kedua tangan ku silangkan ke badan. Memikirkan tindakan yang harus ku ambil. Takkan aku pulak yang nak mulakan dulu. Malulah. Aku ni perempuan. Segan kot. Kata-katanya pada beberapa malam yang lepas terngiang-ngiang ditelingaku. “Err….Saya…tahu Dania tak ready lagi. Kita pun tak berapa kenal sangat antara satu sama lain. Kita hanya ikut kemahuan parents kita. Jadi, apa kata kita ambil masa berkenalan dulu. Jadi kawan dulu. Tentu lebih selesa.” Aku angguk macam burung belatuk mendengar kata- katanya. Bersetuju dengan apa yang diutarakan. Fitri tersenyum melihat reaksi aku. Aduh, handsomenya kalau dia senyum. Suka betul aku dengan lesung pipit dia tu. “So…friends?” Fitri menghulurkan tangannya. Dengan semangat aku menyambut tangannya. “Yup, friends.” Aku menghadiahkan senyuman manis. Saat itu, aku terasa genggaman tangannya makin erat. “HD? Kau ke tu?” tegur satu suara mematikan lamunanku. HD? Setahu aku hanya orang tertentu je yang panggil aku macam tu. Aku pantas menoleh. “Akmal!!” aku teriak kecil apabila melihat coursemate ku turut berada di hospital ni. Gembira aku bila berjumpanya di sini. Bolehlah aku tanya soalan assignment yang aku tak paham tadi. Segera aku mempelawanya duduk. “Apa kau buat kat sini?” aku bertanya. “Aku cari information pasal assignment kita tulah. Kau dah siap ke?”
  • 6. “Belum lagi. Dah alang-alang kau datang ni, boleh tak tolong aku jawab soalan ni?” Aku menunjukkan padanya kertas soalanku. Kemudian dia memetik jari. Confirm dia tahu jawapannya. Tekaku dalam hati. Aku hanya memandang Akmal membelek-belek buku rujukan pharmacy ku bagi mencari jawapannya. “Untuk soalan nombor 5 tu jawapannya kat bab nilah. Yang kau cari kat bab lain memanglah tak dapat,” balas Akmal sambil menunjukkan muka surat untuk soalan yang aku tanya tadi. Aku membaca isi kandungan muka surat tu. Kemudian aku tersengih memandang Akmal. Malu dengan kesilapanku yang salah tengok bab. Memanglah tak dapat jawapan dari tadi. Akmal hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat aku tersengih. “Eh, kalau macam tu, jom semak jawapan kita. Aku pun tak berapa sure sangat dengan jawapan aku ni.” Aku mencadangkan. Memang begitu sikapku. Aku akan bertanya kawan- kawanku yang lain dan berbincang jawapan yang kami dapat. Aku lihat Akmal mengangguk. Dia pun mengeluarkan buku notanya daripada beg sandang lalu duduk di sebelahku. Lebih senang agaknya kalau nak berbincang. Aku pun tandakan soalan yang jawapanku tak sama dengan jawapan Akmal. Sekali lagi Akmal mengambil buku rujukan dan tandakan sesuatu untuk aku buat sebagai rujukan. Aku memandang wajah sawo matang milik Akmal sambil tersenyum nipis. Aku sangat menghargai bantuannya tadi. Thanks Akmal. Ucapku dalam hati.
  • 7. “Kenapa kau pandang aku macam tu?” soal Akmal apabila aku hanya memandangnya tanpa bicara. Segera aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Buku notaku yang berselerak atas meja cepat-cepat aku masukkan ke dalam beg. Kudengar Akmal tergelak kecil. “Kalau kau nak ucapkan terima kasih cakap jelah. Tak payah nak pandang aku macam tu. Apa lagi, belanjalah aku lunch,” ucapnya. Belum sempat aku membalas, tiba-tiba aku ternampak kelibat Fitri yang sedang menuju ke arahku. Aku melambaikan tanganku sambil tersenyum. “Jom Dania. Kita lunch kat luar.” Ucap Fitri sebaik sahaja dia tiba di meja kami. Aku mula kebingungan. Aik? Kata nak lunch kat sini je? Monologku. Tiba-tiba aku terdengar Akmal berdehem kecil. “Eh, lupa pula nak kenalkan. Fitri, ni coursemate saya, Akmal namanya. Akmal, ni pulak……” kata-kataku terhenti di situ. Aku tak tahu macam mana nak perkenalkan Fitri kepada Akmal. Sememangnya tidak ramai rakan-rakanku di kampus yang mengetahui tentang perkahwinanku. Segan pulak aku nanti maklumlah, masih belajar lagi dah kahwin pula. “Saya Fitri Asyraf, husband coursemate awak ni,” sambung Fitri pula sambil menghulurkan tangannya kepada Akmal. Serta-merta aku menoleh ke arahnya. Fitri hanya buat muka selamba. Tapi memang betul pun dia suami aku. Sudahku agak reaksi Akmal macam mana. Tapi, tak apalah. Bila ada masa nanti aku cerita kat dia. Desisku dalam hati. Kemudian, Fitri menarik tanganku dan terus berlalu dari situ. Nasib baik aku sempat mencapai begku. Aku hanya melambai pada Akmal yang masih terpinga-pinga ditinggalkan di situ.
  • 8. Dalam perjalanan menuju ke kereta, Fitri masih lagi menggenggam kemas tanganku. Tidak pulak aku lepaskan tangannya. Kulihat ramai pesakit dan pelawat yang berada di situ memandang ke arah kami sambil tersenyum-senyum. Aku hanya tersengih malu. Walaupun tak berapa nak romantik, tapi perkara nombor satu dah jadi. Yess! Dalam hati aku menjerit riang. Mungkin ini permulaan yang baik. * * * * * Cuti pertengahan semesta baru je bermula. Hujung minggu ni aku duduk saja di rumah memandangkan aku pun tak tahu nak buat apa. Fitri pula sibuk di bilik study dia. Nak siapkan tesis katanya. Doktor pelatih kan. Mestilah banyak kerja. Taknaklah aku ganggu dia. Aku lihat jam dinding. Baru pukul 10 pagi. “Argh…bosannya,” keluhku. Aku mencapai remote control di atas sofa tempat aku duduk. TV aku pasang sekiranya ada rancangan yang menarik hari ni. Tapi hampa. Tiada satu pun yang menarik perhatianku. Aku tak boleh tahan lagi dah. Bosan giler ni. Aku terus meluru ke bilik study Fitri. Apabila tiba di depan bilik tu, aku mendapat satu idea. Kalau terkejutkan dia best jugak ni. He…he... Perlahan-lahan tombol pintu aku pulas. Aku dapat lihat dia sedang tekun menulis sesuatu di atas meja. “Awak!!!!” jeritku sambil memukul perlahan bahunya. “Opocot mak kau terkejut.” Tergelak aku mendengar Fitri melatah. Aku nampak terburu- buru dia menyembunyikan sesuatu ke dalam laci meja semasa aku sergah dia tadi. Aku buat tak nampak je.
  • 9. “Awak ni kan. Suka sangat buat orang terkejut. Suka sangat ketawakan orang. Bila pulak awak masuk ni? Saya tak dengar pun.” Fitri berkata setelah melihat aku sudah berhenti ketawa. “Bosanlah Fit duduk rumah. Takde nak pergi memana ke cuti ni? Semua kawan-kawan saya ada pelan diorang sendiri,” aduku tanpa menjwab soalannya tadi. Aku menghayunkan badanku ke kanan dan kiri. Meminta simpatinya supaya aku dibawa berjalan. Dia hanya tergelak melihat gelagatku. “Comellah awak buat macam tu. Ada gaya comel lagi tak?” usiknya. Seraya itu, aku menghadiahkan cubitan di tangannya. Dia mengaduh kesakitan. “Apa ni Dania. Sakit tau. Tak naklah ajak awak berjalan. Biar saya pergi sorang je.” Pulak dah. Merajuk ke dia ni. Tapi tadi aku dengar dia kata nak pergi jalan-jalan kan? “Ala……Fitri…..janganlah merajuk. Sakit ke saya cubit tadi?” pujukku. Lengannya yang kucubit tadi aku gosok perlahan. Nak keluar berjalan punya pasal aku pun memulakan proses memujuk. Kulihat Fitri hanya mengangguk sambil membuat muka comel. Aku tersenyum memandang gelagatnya. “So, kita nak pergi mana hari ni?” Dengan bersemangat aku bertanya. Aku lihat Fitri hanya tersenyum mendengar soalanku tadi. * * * * * “Wah! Love you Fitri. I love Genting Highlands,” teriakku sebaik sahaja kami tiba di taman tema itu. “Apa dia? Boleh cakap lagi sekali tak?” Aku memukul lengannya bila dia berkata begitu. Mengada-ngada. Memanglah aku cakap love Fitri. Dia kawan aku kan? He….he…
  • 10. “Cepatlah. Kita nak main apa dulu ni?” Aku menarik-narik lengannya bak anak kecil yang meminta gula-gula. Beria-ia aku mengajaknya. Berkira-kira permainan apa aku nak naik dulu. “Yalah, Dania sayang. Kita mainlah yang kat luar dulu. Ada roller coaster. Go kart pun ada. Awakkan suka main benda-benda macam tu.” Fitri menghadiakan satu cubitan pada hidungku. Aku terkedu saat itu. Auww…panas muka aku ni. Namun aku cuba sembunyikannya dan menurutinya pergi ke bahagian luar. Kami bermain semua permainan yang ada dengan sepuas-puasnya. Seronok betul aku pergi Genting ni. Dah lama aku tak release tension macam ni. * * * * * Aku terus merebahkan badan ke atas katil sebaik sahaja kami masuk ke bilik hotel. Fitri turut baring disebelahku. Baru aku terasa keletihan yang amat sangat. Tadi main tak ingat dunia. Yalah, dah lama aku tak menjejakkan kaki ke sini. So, hari ni aku main sepuas-puasnya. Hilang sikit tension aku dek terlalu asyik menghadap buku. Aku rasa happy sangat bila Fitri bawa aku datang sini. Aku memejamkan mata cuba menghilangkan rasa penat. “Awak suka datang sini?” sayup-sayup saja aku dengar suara Fitri bertanya. Mungkin dia juga sama penat seperti aku. “Emm….” Itu saja yang mampu aku jawab. “Thanks. Fit. Sebab bawak saya ke sini.” Dengan tenaga yang masih ada aku mengucapkannya. Mataku masih lagi terpejam. Tiba-tiba aku terasa ada tangan yang melingkari pinggangku. Perlahan-lahan aku menoleh ke sisi. Kulihat wajah Fitri sudah begitu hampir dengan mukaku sehinggakan aku terasa hembusan nafasnya. Aku hanya mampu tersenyum melihat wajahnya. Kesian dia. Sehari suntuk
  • 11. ikut aku main-main kat Genting ni. Tangannya yang berada dipinggangku ku tepuk perlahan. Semoga dengan itu, dapat menghilangkan keletihannya. Akhirnya, aku dan Fitri sama-sama tertidur. Tiba-tiba aku terjaga. Jam tangan kulihat. Aargh…baru pukul 2 pagi. Sebaik sahaja aku tersedar, aku melihat posisiku berada dalam pelukan Fitri. Aku tersenyum seketika. Ah, bestnya tidur kena peluk. Patutlah lena semacam tadi. Aku mengekek ketawa dalam hati. Namun, cepat-cepat aku tersedar. Aku mendongak untuk pastikan yang Fitri masih tidur. Malu sekiranya dia tahu yang aku peluk dia ketika tidur. Eh, bukan dia ke yang peluk aku? Tak kisahlah. “Nasib baik dia tidur lagi,” gumamku. Perlahan-lahan aku cuba menjarakkan diri dengannya. Tak semena-mena tangan Fitri hinggap di pinggangku. Pelukannya diperkemas. Dah buat aku macam bantal peluk nampaknya Fitri ni. Aku berusaha untuk meloloskan diri perlahan- lahan. Dia ni macam sengaja je. Nak ambil kesempatanlah tu. Rungutku dalam hati. Namun kulihat matanya masih lagi terpejam. Lama-kelamaan, aku mengalah. Bila difikirkan balik, perkara kedua dalam list aku dah jadi. Fitri bawak aku pergi taman tema. Seronoknya! Cayalah Fitri. Macam tau-tau je plan aku. Dan akhirnya aku terus dibuai mimpi dalam pelukan suamiku sendiri. Keesokan harinya, dalam perjalanan pulang ke rumah, aku lihat Fitri tak habis-habis tersenyum. Sejak keluar daripada genting tadi lagi senyuman tidak lekang daripada bibirnya.
  • 12. “Fitri, yang awak tersengih sorang-sorang macam kerang busuk ni kenapa? Takut saya tengok awak tau,” luahku seolah-olah tak berpuas hati. Perasaan ingin tahuku makin meninggi. Ada perkara gembira berlaku ke sebelum balik tadi? Aku berteka-teki sendiri. “Aik? Saya nak senyum pun tak boleh ke? Ke awak tergoda tengok saya senyum? Yalah, kan saya ni ada lesung pipit kalau tersenyum.” Ucap Fitri dengan bangganya. Aku yang mendengar pula hanya mencebik ke arahnya. Perasan betullah mamat ni. Omelku dalam hati.Tergelak kecil Fitri melihat reaksiku itu. “Alah awak ni…..saya nak puji diri sendiri pun tak boleh ke? Bukannya ada orang yang sudi puji saya ni pun. Apatah lagi orang yang duduk sebelah saya ni,” ujar Fitri seolah-olah merajuk. Kata-katanya memang sengaja ditujukan kepadaku. Aku tersengih memandangnya. “Yelah encik abangku yang handsome lagi sweet….” ujarku dengan gaya yang memerli. Aku menyilangkan tanganku lalu memandang ke hadapan. Malas mahu melayan sikap Fitri yang terlebih perasan tu. Aku hanya terdengar tawa halus daripada Fitri usai aku mengucapkan kata- kataku tadi. Aku hanya membisu sepanjang perjalanan. Fitri pula, asyik kedengaran saja dia menyanyi kecil mengikut lirik lagu yang terpasang di radio. Di saat itu, aku melihat Fitri melencong dari laluan biasa yang kami lalui untuk pulang ke rumah. Aku menoleh ke arahnya hairan. “Kita nak pergi mana ni? Kata nak balik terus tadi?” soalku padanya.
  • 13. Kulihat Fitri hanya tersenyum. “Ada satu lagi tempat yang saya nak bawak awak pergi. Saya pasti mesti awak suka tempat tu.” Aku mengerutkan dahi. Mula memikirkan kata-kata Fitri itu. Ke mana pulak dia nak bawak aku ni? * * * * * Aku memandang pantai Port Dickson yang tenang itu sambil tersenyum. Aku mendepangkan tanganku dan membiarkan angin pantai menyapa lembut tubuhku. Haa,,,,nyaman sungguh rasanya. Bila difikirkan balik, banyak yang Fitri buat selama ini termasuk dalam list yang aku buat dulu. Seolah-olah memang Fitri tahu mengenainya untuk buatkan aku gembira. Aku menoleh ke arah Fitri yang sedang duduk di atas tikar yang dibawanya tadi sambil memandang ke arahku. Pelik juga aku memikirkan bilalah si Fitri ni menyediakan semua peralatan untuk datang ke PD ni. Tikar mengkuang, air minuman dan juga satu bekas sandwich yang dibuatnya sendiri. Dari situ aku mula sedar yang memang Fitri mempunyai rancangan untuk berpicnic di PD selepas kami ke Genting Highlands tempoh hari. Perlahan-lahan aku mengorak langkah ke arah Fitri. Skirt labuh yang kupakai, ku angkat sedikit bagi memudahkan langkahku di pantai yang berpasir ni. Setibanya aku di situ, Fitri menghulurkan sandwich kepadaku. Aku hanya tersenyum nipis lalu menyambut sandwich tersebut dan melabuhkan punggungku di sebelahnya sambil mengunyah sandwich tadi. “Bila awak plan semua ni? Saya tak tahu pun?” soalku ingin tahu. Memang sudah lama aku mengidamkan pergi ke tempat-tempat macam ni. Rasa tenang je bila tengok air laut tu. “ Dah lama dah. Sebelum kita pergi genting lagi. Saya fikir, dah alang-alang pergi bercuti kat genting tu, kita pergi picnic lah sekali. Senang, satu hala saja,” balasnya panjang lebar. Aku
  • 14. hanya mengangguk mengiakan perancangannya. Kemudian, dia menghulurkan jus oren pula kepadaku. “Terima kasih,” ujarku lalu menyambut cawan yang dihulurkan kepadaku. Saat aku meneguk jus itu, aku terperasan kilauan flash kamera yang datang dari arah Fitri. Pantas aku menoleh ke arahnya. Dia pula sibuk menilik telefon bimbit Samsung Advanced miliknya. “Awak curi tangkap gambar saya ya?” tanyaku curiga. Mana tahu aku tengah buat muka pelik ke. Buat malu je nanti. Segera aku merapatinya untuk melihat apa yang dilihatnya di telefon bimbitnya. Belum sempat aku melihat, Fitri sudah menjauhkan telefon bimbitnya. Aku mencebik geram. Aku menjeling ke arahnya yang sedang tertawa. “Bak sini handset awak tu. Saya nak tengok. Suka hati je curi-curi ambil gambar orang.” Aku sudah mula hilang sabar bila Fitri sengaja mengacah-acah telefon bimbitnya. Sedaya-upaya aku cuba merampas telefon bimbit tersebut namun tidak berhasil. “Bila masa pulak saya ambil gambar awak? Perasan jugak awak ni kan?” balasnya sinis sambil mula mengangkat punggung untuk berlalu dari situ. Dengan pantas aku menangkap pinggang Fitri agar dia tidak dapat melarikan diri. Tapi, malangnya Fitri tidak dapat mengimbangi badannya lalu terjatuh ke atas pasir. Aku pun turut sama terjatuh menghempap tubuhnya. Aku terpaku seketika. Berkelip-kelip mataku untuk memastikan apa yang berlaku. Aku mengangkat kepalaku perlahan-lahan untuk melihat reaksi Fitri. Terangkat keningku apabila kulihat dia hanya tersengih. Tiba-tiba aku merasakan tangannya merangkul pinggangku dan memelukku.Tersentak aku dibuatnya. Cepat-cepat aku cuba melepaskan pelukan Fitri itu. Malu kot orang tengok. Namun pegangan Fitri di pinggangku masih kemas. Gila agaknya Fitri ni. Rungutku dalam hati.
  • 15. “Boleh tak kita dalam keadaan macam ni kejap? Saya rasa tenang je kalau awak ada,” bisik Fitri ke telingaku. Aku hanya melepaskan keluhan kecil. Di saat aku merasakan pelukannya semakain terlerai, terus aku bangun dan turut menarik tangannya supaya duduk bersebelahan denganku. Dia hanya menurut. Aku berdiri dan perlahan-lahan aku melutut dan memeluk lehernya dari belakang. “Kalau macam ni baru boleh. Taklah malu kalau orang tengok. He….he…,” ucapku sambil tersenyum malu. Satu gelak halus kudengar daripada bibirnya. “Awak ni. Biasanya orang lelakilah yang buat macam tu. Meh sini, awak duduk depan saya.” Tanganku dibawanya supaya aku duduk dihadapannya. Seraya itu, aku dapat merasakan tangannya memeluk pinggangku dan pipinya berlaga dengan pipiku. Dapat kurasakan pipiku sudah mula terasa panas dek terlalu malu diperlakukan sebegitu. “Awak ni….dengan saya pun nak malu ke? Saya ni kan dah jadi suami awak.” Kata-kata Fitri itu menusuk terus ke dalam kalbu. Macam tahu-tahu je aku tengah blush ni. “Err….tapikan kita dah janji….”ucapanku terhenti apabila jari telunjuknya melekap di bibirku. Baru saja aku mahu mengingatkannya tentang perjanjian kami di awal perkahwinan dulu. “Saya cintakan awak Dania,” bisiknya lembut menyapa gegendang telingaku. Kemudian satu kucupan hinggap di pipiku. Terbeliak mataku dengan tingkahnya. Tidak menyangka Fitri mencintai aku seperti mana diriku.
  • 16. Erk? Aku pun cintakan dia juga ke? Nampaknya aku kena mengaku juga yang memang aku pun sudah mula mencintai dirinya. Sejak hari aku diijabkabulkan lagi aku sudah redha menerima dia sebagai suamiku. Lama kami berkeadaan begitu sambil memandang matahari tenggelam. Sekali-sekala kami bergelak ketawa sambil bertukar-tukar cerita. Daripada situlah bermulanya kisah kehidupanku sebagai seorang makmum kepada imamku, Fitri Asyraf. Ayah, terima kasih. Bisikku dalam hati. * * * * * Aku bergerak ulang-alik di hadapan sofa. Hatiku gelisah menanti kehadiran Fitri Asyraf, suami yang kini aku cintai. Fitri memberitahuku yang dia akan tiba di rumah lebih kurang jam 8.30 malam. Mataku melirik pada jam dinding yang menunjukkan 9.05 malam. Kerisauan mula melanda sanubariku. Aku dan dia masing-masing sudah berjanji mahu menyambut hari ulangtahun perkahwinan kami yang pertama di rumah. Fitri kata, buat kat rumah lagi best. Private sikit katanya. Bersusah-payah aku menyiapkan candle light dinner kami dengan barang-barang yang dia beli. Lampu pula sudah ku setkan ke keadaan suram. Romantik gitu. Tiba-tiba kedengaran loceng rumahku berbunyi. Serta-merta aku berlari-lari kecil ke arah pintu. Mesti abang dah balik. Bisikku. Gaun malam separas lutut yang tersarung ditubuhku, aku kemaskan bagi nampak cantik di mata Fitri. Perlahan-lahan aku membuka pintu. Terhulur sejambak bunga ros merah dihadapanku. Aku pandang Firi sambil tersenyum. “Happy anniversary, sayang,” ucapnya riang lalu memaut tubuhku ke dakapannya.
  • 17. “You’re so gorgeos tonight,” bisiknya di telingaku. Aku hanya tersenyum malu. Suka apabila dipuji sebegitu. Kemudian, tangannya ku bawa kebibir dan satu ciuman dihadiahkan Fitri di kedua-dua belah pipiku. Jambangan bunga tadi aku pegang dan aku menarik tangan Fitri menuju ke meja makan yang telah aku sediakan. “Wow. Sayang ke yang buat semua ni?” Fitri bertanya lalu duduk berhadapan denganku. Aku mengangguk mengiakan soalannya. Kemudian, kami pun menikmati makan malam yang istimewa itu dengan senang hati. Sekali-kala aku tergelak mendengar celoteh Fitri yang lucu. Dia memang pandai berlawak dan membuat aku tertawa. Sesungguhnya, aku memang benar-benar jatuh sayang padanya. Sesudah makan, kami sama-sama duduk di sofa untuk menonton movie Twilight Bereaking Dawn part 2 yang sememangnya filem kegemaran aku. Tangan Fitri melingkari bahuku manakala aku pula duduk sambil menyilangkan tangan ke badan sambil menonton filem tersebut. Jalan ceritanya yang penuh dengan emosi dan aksi membuatku aku diam terpaku pada skrin tv. “Sayang….Tak nak tidur lagi ke? Abang dah mengantuk ni,” ujar Fitri apabila babak aksi antara keluarga vampire Edward Cullen dan watak antagonis sedang terpapar di skrin tv. Apabila tiada reaksi daripadaku, dia meletakkan kepalanya di atas ribaku. Aku hanya membiarkannya saja. Tengah khusyuk tengok cerita ni kot. “Abang pergilah tidur dulu. Mestilah abang penat tadi baru balik kerja kan,” ujarku tanpa memandang ke arahnya. Mataku masih lagi pada skrin tv. Tiba-tiba, satu kucupan hinggap dibibirku. Aku menjeling ke arah Fitri yang sudah pun duduk semula disebelahku sambil tersengih.
  • 18. “Eiiii…abang ni suka tau. Orang tengah tengok cerita best ni,” rengekku sambil memukulnya perlahan. “Tulah, yang sayang ignore abang tu kenapa? Macam tu jelah abang boleh tarik perhatian sayang. Suka sangat tengok si Edward tu.,” balasnya pula seolah-olah merajuk. Cemburu pula dia dengan Edward tu. Aku hanya tersenyum nipis melihat tingkahnya yang merajuk seperti anak kecil. “Yalah, cik abangku sayang….dah tak handsome kalau merajuk macam ni. Nak ayang pujuk macam mana ni?” ujarku lembut sambil memegang kedua-dua belah pipinya. Aku sudah mula melihat senyuman terukir dibibirnya. Terjerit kecil aku dibuatnya apabila terasa tubuhku dicempung oleh Fitri. Berkali-kali aku memukul dadanya supaya dia menurunkan aku. “Abang, turunkanlah ayang. Kalau ye pun, tutuplah tv dulu. Membazir elektrik je,” selorohku. Kulihat Fitri hanya tersenyum lalu menurunkan aku dan berlalu untuk menutup tv. Aish, baru nak layan cerita. Omelku dalam hati. Sekembalinya dia ke arahku, aku melemparkan senyuman manis kepadanya. Fitri memaut lembut bahuku dan kami bergerak seiring menuju ke kamar. Untuk kesekian kalinya aku jatuh cinta pada lelaki pertama yang muncul dalam hidupku. Tiada yang kedua atau ketiga tetapi hanya yang pertama dan terakhir bagiku. Kini, aku dapat merasakan kebahagian yang mula menampakkan sinarnya dalam aku melayari bahtera rumahtangga bersama suami kesayanganku, Fitri Asyraf. Ayah, terima kasih dengan pilihan ayah ni. Ya Allah, aku mohon kepadaMu, Kau kekalkan kebahagiaan yang kami kecapi ini buat selama-lamanya.