Dokumen ini membahas perkara-perkara penting Fardu Ain yang harus dikuasai siswa agama Islam. Tujuannya adalah memastikan siswa memahami dan dapat mengamalkan Fardu Ain dengan benar, seperti mengucapkan syahadah, mendirikan salat, berpuasa, dan akhlak mulia. Guru agama Islam akan menilai penguasaan siswa terhadap materi ini secara berkelanjutan hingga kelas enam.
2. PENGEN
ALAN
beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.
PAFA hendak dipastikan supaya setiap pelajar benar-benar
mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya
dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang
ditetapkan oleh syarak.
3. TUJU
AN
1) Mengenalpasti pelajar yang lemah dalam kefahaman dan
amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing
sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat
mengamalkan dengan betul dan sempurna.
2) Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam
Perkara Asas Fardu Ain.
4. 3) Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan
yang positif untuk menghayati amalan kehidupan seharihari.
4) Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan
murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan.
5. MATLAMAT
PAFAkalimah
1. Mengucap dua
syahadah dengan betul serta
mengetahui & memahami ertinya.
2. Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun
Iman.
3. Mengetahui,memahami dan boleh mengamalkan bersuci
daripada beristinjak,membersihkan tubuh badan,pakaian dan
tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan
tayamum.
6. 4. Mendirikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya
seperti azan, iqamat, menjawab azan dan iqamat serta doanya.
5. Mengetahui dan menghayati ibadat puasa, memahami
hikmahnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
6. Mengetahui dan menghayati akhlak mulia yang berasaskan
‘Ihsan’ dan bertolak daripada ‘Birrul Walidain’.
7. Memahami dan menyakini sistem kekeluargaan Islam dalam
pembentukan ummah yang kuat dan teguh.
7. PERAT
URAN
1) Wajib bagi semua pelajar beragama islam
2) Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1
hingga Tahun 6 (UPSR)
3) Penilaian PAFA hendaklah dikendalikan sepenuhnya
oleh sekolah
8. 4) Penilaian dijalankan sendirian oleh guru Pendidikan
Islam mengikut masa dan tempat yang sesuai sebagai
proses penilaian biasa yang bersifat formatif dalam
pengajaran dan pembelajaran.
5) Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kodkod yang telah ditetapkan. Penilaian boleh dilakukan
semula untuk pengukuhan.
9. 6) Soalan dan jawapan penilaian tidaklah rahsia sebagaimana yang
dicadangkan dalam buku panduan. Apabila ujian dijalankan
secara formal, murid hendaklah diberitahu awal.
7) Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid akan diberi masa,
peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang,
serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini
diteruskan sehingga mereka sendiri faham dan dapat
mengamalkan sesuatu kemahiran dengan jayanya, betul dan
sempurna.
10. 8) Pencapaian murid dikemaskini dari semasa ke semasa dalam
borang pencapaian individu / berkelompok
9) Pemantauan proses perlaksanaan penilaian PAFA di peringkat
sekolah akan dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa
ke semasa.
10)Tandakan (/) dibuat apabila murid menguasai suatu tajuk,
manakala dalam hal ibadah, dapat mengamalkan sesuatu
kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang
paling minimum yang dikira sah dari segi syarak.
11. 11) Murid diperakukan lulus keseluruhan PAFA apabila
mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua
kod atau tajuk yang telah ditetapkan.
12) Borang pencapaian individu hendaklah disertakan
bersama-sama rekod perpindahan murid sekolah lain.