Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

9,272 views

Published on

TT01303 (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN)

1 Comment
26 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
9,272
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
15
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
26
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah

  1. 1. 1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat menggalakan amalan pengurusan yangberkualiti di organisasi dibawahnya pada dekad ke 21 ini. Antara penekanan yang diberikanialah kepimpinan guru dan pembentukan kerja berpasukan. Melalui kepimpinan, intipatiproses kepimpinana ialah bagaiman tiap-tiap individu saling bekerjasama dalam sesuatukumpulan supaya kumpulan itu mempunyai identitinya sendiri, berasa puas dengan prestasipasukan dan yang penting pasukan itu dapat mencapai matlamatnya. Kepimpinanseseorang guru boleh dibahagikan kepada dua iaitu kepimpinan autokratif dan kepimpinandemokratif (Chin Pek Lian, 2004). Jenis kepimpinan ini menentukan kelancaran dalampembentukan pasukan kerja di sekolah amnya.Melalui pembentukan pasukan kerja pula, Menurut Saari Sungib (1991), dalam Chin PekLian (2004), apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsisebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yangdinamakan sebagai pasukan kerja. Kerja berpasukan ini sangat penting dilaksanakandiperingkat sekolah. Melalui kerja berpasukan semua sektor akan dapat meningkatkanproduktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapatbersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Malahan, kerja berpasukan jugamerupakan salah satu demensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualitipendidikan (Shek Kwai Fun, 2007).Terdapat pelbagai definisi yang boleh ditakrifkan kepada pembentukan pasukan kerja.Antaranya definisi yang digunakan ialah menurut Francis dan Young (1979), pasukan terdiridaripada sekumpulan orang, sekurang-kurangnya dua orang ahli yang komited untukmencapai matlamat yang sama dan bekerja bersama untuk menghasilkan kerja yangberkualiti. Individu yang berkongsi matlamat dan melakukan kerja yang memerlukankemahiran yang saling melengkapi diantara satu sama lain ialah dikenali sebagai sebuahpasukan (Adair, 1984). Mengikut Dyer (1995), setiap ahli dalam pasukan adalah salingbergantung diantara satu sama lain untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 1
  2. 2. Menurut Benton (1998), Keefektifan sesuatu pasukan kerja dipengaruhi oleh saiznya.Menurut beliau lagi, dua orang didalam satu pasukan belum cukup mengambarkan efektif,namun saiz yang paling baik lebih dari dua orang hingga tujuh orang. Mengikut Ingram(1996), kerja berpasukan didefinisikan sebagai dua atau lebih orang yang bekerja bersamadengan matlamat yang sama, dimana individu saling berinterksai untuk membentukperhubungan yang stabil dan mengakui dirinya adalah sebahagian daripada ahli pasukan. Iajuga merujuk kepada gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yangdilakukan untuk menghasilkan prestasi kerja yang melebihi input sekiranya dilakukan secarabersendirian (Ab. Aziz, 2000).Oleh itu, kita perlu menerima hakikat bahawa pembentukan pasukan kerja yang hebatbukanlah semudah kata-kata. Pelbagai kekangan pasti wujud yang akan menyekatkelancaran kerja berpasukan ini. Dengan itu, sebelum sebuah luka menjadi nanah, setiapmasalah yang wujud perlu dikenalpasti dan diatasi bersama-sama dengan secepat mungkinagar dapat melahirkan pasukan kerja yang mantap yang seterusnya memberi impak kepadakualiti dan produktiviti kerja yang dihasilkan.Contoh pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah Jabatan Penitia, Kelab guru-guru, Harikeluarga guru. Ini dikatakan sebagai pasukan kerja kerana melengkapi ciri-ciri kerja pasukaniaitu ahlinya terdiri daripada guru-guru, bilangannya lebih dari dua orang, mempunyaispesifik kerja dan memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Walaubagaimanapun,pembentukan pasukan kerja di sekolah turut membawa keburukan di sebalik kebaikandalam pembentukan pasukan kerja di sekolah. Selain itu, terdapat beberapa faktor yangmempengaruhi pembentukan pasukan kerja di sekolah.2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAHPada hari ini, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh seorang guru amat besar.Seorang guru yang professional akan sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawabmereka dalam melaksanakan tugas bukan sahaja sebagai tenaga pengajar tetapi jugasebagai pendidik dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang dapat menguasaipelbagai aspek. Sudah pasti tanggungjawab yang dipikul ini amat berat dan perlu digalas 2
  3. 3. bersama-sama bukannya dipikul sendirian. Oleh itu, pembentukan pasukan kerja sepertiJabatan panitia, kelab guru, hari keluarga guru didorong oleh beberapa faktor untukpencapaian matlamat.2.1 Matlamat Yang SamaMenurut Daft (1999), matlamat adalah sasaran utama yang perlu dicapai dalam kerjaberpasukan. Manakala Lussier dan Achua (2001), menyatakan bahawa kerja berpasukansebagai satu pemahaman dan komitmen diantara ahli pasukan ke arah pencapaianmatlamat pasukan dan mengurangkan perselisihan faha m yang wujud dalam ahli pasukankerja. Tambahan lagi, pasukan adalah Individu yang berkongsi matlamat dan melakukankerja yang memerlukan kemahiran antara satu sama lain (Adair, 1984). Dalam pasukansetiap ahli adalah saling bergantung diantara satu sama lain untuk mencapai objektif yangsama yang telah di tetapkan (Dyer, 1995). Manakala menurut Borreli, Cable, Higgs, Stottdan Walker (1995), menyatakan bahawa pasukan yang efektif adalah pasukan yangmempunyai matlamat bersama yang jelas.Faktor utama yang pembentukan pasukan kerja di sekolah dalam Jabatan Ketua Panitia disemua sekolah contohnya seperti di Sekolah Menegah Putrajaya Presint ialah matlamatyang sama. Seperti yang kita ketahui, setiap guru yang mengganggotai unit Bahasakhususnya perlu faham dan jelas dengan matlamat yang hendak dicapai serta perluberusaha untuk mencapai matlamat ini. Antara matlamat yang perlu dicapai oleh semuaguru ialah: i) Menyelaras kegiatan pengajaran dan pembelajaran panitia masing-masing. ii) Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran di dalam panitia. iii) Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran panitian dan kerjasama dengan panitia lain. iv) Membangunkan kemahiran Penyelidikan dan Pembangunan di dalam panitiannya.Oleh itu, bagi merialisasikan semua matlamat ini, pasukan kerja antara guru dalam jabatanpanitia amat diperlukan. Kesemua guru-guru bahasa dan guru bidang yang terlibat harussama-sama mengalas tugas ini. Contohnya dalam panitia Matematik, Cikgu Hamidah 3
  4. 4. berkebolehan dalam Trigonomerti sementara cikgu Kartini berkebolehan dalam tajukPersamaan Kuadratik. Oleh itu, bagi memantapkan pasukan kerja Panitia Matematik, kelastambahan dijalankan berdasarkan kemahiran guru masing-masing kepada pelajar-pelajar.Pengendalian kelas tambahan ini turut dibantu oleh guru-guru lain dalam unit lain agarpelajar tidak hilang tumpuan. Berdasarkan langkah yang telah di ambil, guru-guru dalam unitini dapat mengenalpasti apakah masalah utama pelajar dalam subjek matematik. Oleh yangdemikian, usaha guru-guru unit ini adalah untuk mencapai matlamat yang satu iaitumemastikan pelajar dapat menguasai mata pelajaran Matematik.2.2 Perkongsian Ilmu dan KemahiranFaktor perkongsian ilmu dan kemahiran turut menjadi salah satu sebab perlunyapembentukan pasukan kerja di sekolah. Para sarjana mengakui bahawa tiada satu disiplinpun yang dapat memberikan jawapan kepada masalah-masalah dalam hubungan manusia.Menurut Garner dan Orelave (1994), hanya melalui gabungan dan koordinasi pengetahuanserta kemahiran dalam semua disiplin, manusia dapat memenuhi keperluan tersebut. BagiKashim (2001), semua ahli dalam pasukan perlu mempelajari kemahiran-kemahiran yangtertentu daripada ahli pasukan lain agar dapat digunakan untuk mempertingkat danmembangunkan organisasi mereka.Selain itu, bekerja secara pasukan memberi peluang kepada setiap ahli pasukan untukmendapatkan pelajaran, pengetahuan, kemahiran, kaedah dan cara-cara menyelesaikanmasalah yang baru di tempat kerja, sebagai hasil percambahan fikiran dengan ahli-ahlipasukan yang lain. Manakala menurut Ress (1991) dalam Yusof dan Bibi (2007)menyatakan bahawa salah satu ciri yang utama yang wujud dalam kerja berpasukan ialahahli-ahlinya saling membantu dan menyumbangkan kepakaran dan kemahiran merekasecara aktif.Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat, pelbagai ilmu baru tersebar dengan cepat danmeluas. Setiap guru mempunyai ilmu dan kemahiran yang berbeza. Ada guru yang pakardalam bidang bahasa seperti Guru pakar Bahasa Melayu, Guru pakar Sejarah dan Gurupakar Matematik, Guru pakar Sains dan sebagainya. Selain itu juga, kemahiran guruberbeza dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Seperti guru yang berpengalaman dalammerancang hari keluarga guru dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada terutamanya 4
  5. 5. kepada guru baru. Maka dengan itu, guru baru juga dapat membantu kerja-kerja danseterusnya melancarkan perjalanan hari keluarga guru tersebut.2.3 Meningkatkan Kualiti dan ProduktivitiFaktor meningkatkan kualiti dan produktiviti juga mempengaruhi pembentukan pasukankerja di sekolah. Peningkatan kualiti di dalam sebuah organisasi amat dititik beratkan, begitujuga di sekolah amnya. Kini dunia sedang dipengaruhi oleh kualiti, yang bermaksud, jikasesebuah organisasi tidak melaksanakan pengurusan kualiti dalam perkhidmatannya maka,ia dianggap ketinggalan (Barker, 1990).Azilah (1995) telah membuat satu analisis tentang peningkatan produktiviti tentangpeningkatan produktiviti dari tahun 1987 hingga 1994 disebuah syarikat elektronik, beliaumendapati kerja berpasukan telah berjaya membantu para pekerja dalam meningkatkanprestasi dan kerjaya. Kejayaan dapat dilihat dari sudut produktiviti pekerja yang semakinmeningkat sejak kerja berpasukan dilaksanakan.Kerja berpasukan juga dapat menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitiadalam menjayakan peningkatan kualiti kerja. Pembentukan pasukan kerja di sekolahterutamanya di Kalangan Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan menentukan keberkesananjabatan berkenaan dan seterusnya menyumbangkan ke arah peningkatan kualiti kerja dankualiti pendidikan di kalangan guru sekolah serta memberikan kepuasan kerja kepadamereka (Shek Kwai Fun, 2007).2.4 Perkongsian TanggungjawabSelain faktor perkongsian ilmu dan kemahiran, meningkatkan kualiti dan produktiviti,perkongsian tanggungjawab juga merupakan sebab mempengaruhi pembentukan pasukankerja di sekolah. Tanggungjawab akan semakin ringan ditanggung sekiranya perkongsiandilakukan secara kerja berpasukan. Menurut Schneider (1993) salah satu strategi kerjapasukan yang efektif ialah “responsibilities” atau tanggungjawab. Oleh itu, setiap ahli dalampasukan kerja di sekolah mesti mempunyai fikiran seperti yang dikatakan oleh Blasé danKirby (1992) iaitu 5
  6. 6. …..”If People give me responsibility, I feel compelled to carry it out well. I don’t want to let the others down”Tambahan lagi, kerja secara pasukan juga akan melahirkan perasaan yang baik di kalanganguru, mereka merasakan organisasi sebagai hak bersama. Hal ini kerana, kejayaan dankegagalan sesebuah organisasi adalah menjadi tanggungjawab bersama. Di atas kesedarandan perasaan perkongsian tanggungjawab, pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh bagimenambahbaikkan kualiti kerja mereka (Kashim, 2001). Menurut Miller (1992) setiap ahlipasukan kerja di sekolah akan lebih cenderung untuk bertanggungjawab terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan.2.5 Menggurangkan TekananFaktor lain yang mempengaruhi pembentukan kerja di sekolah ialah untuk menggurangkantekanan. Dalam refomasi pendidikan ini, hasrat kerajaan adalah untuk menghasilkan gurubertaraf dunia, maka ramai guru mula merasa stress. Stress timbul ekoran daripadakehendak-kehendak atau tuntutan oleh pelajar, ibu-bapa, pihak pentadbir sekolah yangmana guru tidak dapat penuhi. Bagi mengatasi masalah ini, pembentukan kerja di sekolahperlu dilakukan agar beban tugasan guru dapat dikurangkan.Contohnya, ahli-ahli panitia Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di sekolah Kuala LangatSelangor telah dipertugaskan terhadap jurusan masing-masing. Oleh kerana secara rutindalam panitia KHB ini hanya ditugaskan kepada subjek Perdagangan dan Keusahawanan,maka selalunya ahli panitia akan menghadapi ketegangan. Mengikut kajian Cooper danHensmen dalam Razali Mat Zin (1999) di dapati bahawa pekerja yang mempunyai kadartekanan yang rendah akan mengalami tahap kepuasan kerja yang tinggi. Jadi kerjaberpasukan amat mustahak dalam panitia KHB (Chin Pek Lian, 2004).3.0 KEPENTINGAN PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAHKeperluan kepada pembentukan kerja di sekolah amat dituntut. Hal ini kerana pembentukankepada pasukan kerja terutamanya kepada guru-guru dan pentadbiran memberikankelebihan. Antaranya seperti mencapai matlamat organisasi dan ahli, mewujudkanhubungan mesra, dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan membawa kepada 6
  7. 7. perancangan yang lebih baik. Secara tidak langsung prestasi ahli dan organisasi di sekolahdapat dipertingkatkan.3.1 Mencapai Matlamat Organisasi dan AhliMenurut Davis dan Newston (1985) kerja berpasukan adalah satu proses untukmendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli didalam sesebuah organisasiuntuk mencapai objektif dan matlamat yang dirangkakan. Tanpa matlamat yang jelas,pasukan sukar untuk melaksanakan segala perancangan atau terpesong daripada hala tuju.Model Adair (1987) membuktikan bahawa individu yang bekerja bersendirian dalamorganisasi akan kehilangan arah dan tidak dapat mencapai matlamat. Ini juga telahdibuktikan oleh pengkaji-pengkaji lepas seperti Li (1996), Yeatts dan barnes (1996), Gibbons(1998) seta Ingram dan Desombre (1999).3.2 Mengekalkan Hubungan MesraAntara hikmah pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah dapat mengekalkan hubunganmesra diantara guru dalam pasukan kerja. Hubungan mesra diantara ahli dalam pasukankerja akan memudahkan perkongsian data dan permindahan maklumat berlaku. Hal inikerana, hubungan mesra memupuk semangat kerjasama dan saling kebergantungan antarasatu sama lain (Chin Pek Lian, 2004).Menurut Shek Kwai Fun (2007) kajian menunjukkan Ketua Panitia secara umumnya lebihmementingkan aspek hubungan yang mesra sebagai ganjaran psikologi yang mampumelahirkan kepuasan kerja. Contohnya golongan guru muda yang menjadi Ketua Panitiamelalui hubungan harmoni dan mesra akan memudahkan mereka mendapat bantuanteknikal yang amat diperlukan dari guru-guru senior. Tambahan lagi, menurut kajian PutaiJin (1993) hubungan mesra antara ahli pasukan kerja dalam jabatan mempengaruhipeningkatan produktiviti dan kepuasan kerja. Hal ini di buktikan dalam kajian yang dilakukandi Sekolah Menengah Daerah Pontian dalam pasukan kerja dalam Panitia Jabatan Bahasadan Jabatan Sains Sosial yang mendapati hubungan mesra melahirkan kepuasan bekerjapada setiap ahli pasukan (Shek Kwai Fun, 2007). 7
  8. 8. Di Samping itu juga, dalam kajian Chin Pek Lian (2004) mendapati kerja berpasukan amatmustahak dalam panitia Kemahiran Hidup Bersepadu. Ketua panitia Kemahiram HidupBersepadu haruslah mempengaruhi ahli panitia lain bekerja bagi mencapai matlamatorganisasi dan mengekalkan hubungan mesra antara ahli-ahli dalam pasukan ini. Hubungankejeleketan haruslah diwujudkan agar ahli-ahli dapat bersatu dan saling bergantunganantara satu sama lain dan keinginan kekal sebagai ahli pasukan. Menurut hasil kajianZubaidah Aman dalam Chin Pek Lian (2004) didapati 41.5% guru di enam buah sekolah dinegeri Selangor mengakui bahawa mereka tidak mendapat kepuasa kerja dalam profesionini. Sebanyak 23.9% lagi menyatakan mereka bercadang meletakkan jawatan dan 52.8%mahu bersara awal. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kepuasan kerja wujud daripadahubungan mesra antara ahli dalam pasukan kerja.3.3 Menyelesaikan Pelbagai MasalahSalah satu kepentingan pembentukan pasukan kerja di sekolah ialah dapat menyelesaikanpelbagai masalah. Menurut Hisyam (1998) kaedah kerja berpasukan boleh membantuorganisasi menyelesaikan pelbagai masalah. Begitu juga menurut Maimunah Aminuddin(1992) pembentukan pasukan adalah kumpulan kerja yang bekerjasama di tempat yangsama dan selalu berjumpa untuk mengawal prestasi, mengenalpasti masalah danmenyelesaikan masalah-masalah yang wujud. Manakala mengikut Tambuan Ghani (1986)penubuhan pasukan kerja mesti ahli-ahlinya bekerjasama untuk menyelesaikan masalahdalam organisasi tempat bekerja.Kerja berpasukan memang dapat membantu organisasi sekolah menyelesaikan pelbagaimasalah termasuklah pengagihan tugasan kerja guru, produktiviti, kepuasan pihak pentadbirserta meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah (Chin Pek Lian, 2007). Di dalammenghadapi sesuatu masalah, setiap ahli mesti bekerjasama, menyumbangkan idea sertatenaga untuk meleraikannya. Oleh itu, dalam mana-mana pasukan kerja di sekolah,pastinya masalah akan timbul, maka dengan itu jalan terbaik yang perlu dilakukan ialahsetiap pasukan perlu duduk semeja untuk berbincang dan mencari cara untukmenyelesaikan masalah tersebut agar matlamat pasukan kerja dapat dicapai.3.4 Perancangan yang lebih baikPerancangan yang akan dilakarkan dan dirancangkan akan menjadi lebih baik apabilaterdapat pemikir yang menyumbang idea dalam rancangan tersebut. Oleh itu, kepentinganpasukan kerja disekolah ialah dapat membuat perancangan yang lebih baik. Dapatan kajian 8
  9. 9. Pushpalata (2003) dalam Chin Pek Lian (2004) memberikan persetujuan positif seratusperatus yang menyatakan bahawa pasukan kerja panitia di sekolah yang bekerja secaraberpasukan akan membuat perancangan yang lebih baik berbanding dengan perancanganindividu.Sebuah perancangan yang baik adalah perancangan yang dapat menghasilkan kepadapencapaian matlamat kumpulan kerja. Oleh itu perancangan perlu dirancang denganbersama dalam kumpulan serta teliti. Menurut Jack Dunham (1995) dalam bukunya yangbertajuk Developing Effective School Management kurikulum kebangsaan peringkat sekolahdapat dilaksanakan kerana terdapat pembentukan pasukan kerja dalam merancang strategiperancangan bersama.4.0 KEKANGAN PEMBENTUKAN PASUKAN KERJA DI SEKOLAHSeperti yang kita sedia maklum, setiap perkara yang dirancang pasti terdapat halanganuntuk memastikan rancangan itu mencapai matlamatnya. Dalam membentuk sebuahpasukan kerja yang efektif di sekolah terdapat kekangan yang lahir yang menyebabkanmatlamat pasukan kerja di dapat dicapai antaranya ialah terdapat kekeliruan matlamat,perbezaan prinsip, kurang komited dan sebagainya.4.1 Kekeliruan MatlamatSalah satu kekangan yang dihadapi dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah ialahapabila terdapat kekeliruan matlamat. Ketidakjelasan dari segi misi, visi serta objektif dalampasukan kerja disekolah adalah penyebab utama semangat berpasukan tidak dapatdilaksanakan dan diterapkan dalam setiap ahli pasukan. Dalam hal ini, tidak semua anggotamemahami hala tuju organisasi masing-masing. Ekoran daripada itu terdapat ahli pasukanyang tidak memahami matlamat ini tidak akan memberikan kerjasama apabila sesuatuprogram hendak dilaksanakan menyebabkan program yang dijalankan tidak begitumemuaskan.Menurut Kashim (2001) model pasukan kerja efektif oleh Anantaraman dalam (Stoot danWalker, 1995) dan Mc Donald dan Keys (1996) yang menyatakan bahawa kerja berpasukan 9
  10. 10. akan gagal tanpa matlamat yang jelas, tanpa kepimpinan yang efektif dan komunikasi yangberkesan. Oleh itu kejayaan di dalam kerja berpasukan di sekolah ditentukan oleh ahli-ahlinya dan merupakan kejayaan bersama yang sama-sama berusaha untuk mencapaimatlamat pasukan. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kejayaan kerja berpasukan terletakkepada objektif penubuhannya. Sekirannya objektif penubuhannya kabur dan sukar difahamioleh ahli-ahli pasukan maka, sudah tentu program dan matlamat yang dirancang tidak akanberjaya.4.2 Perbezaan PrinsipPerbezaan prinsip merupakan halangan kepada pembentukan pasukan kerja di sekolah.Seperti yang kita ketahui setiap individu mempunyai prinsip dan pandangan yang berbeza(Handy, 1993). Pastinya masing-masing cuba menegakkan prinsip mereka. Perbezaanprinsip membawa banyak keburukan kepada pasukan kerja dan ini seterusnya membawakepada kegagalan pasukan kerja (Adair, 1988). Hal ini kerana wujud perbezaan prinsip akanmembawa kepada kewujudan konflik. Menurut Tuckman (1965) konfli akan timbul apabilabeberapa anggapan dicabar. Di peringkat ini nilai adn kebolehlaksanaan tugas dipersoalkan,prinsip kaedah diperbahaskan dan konflik antara individu akan timbul. Oleh itu, sebarangkonflik dan pertentangan pendapat dapat diselesaikan secara rundingan.Sebagai contoh, semua ahli unit Matematik telah bersetuju mengadakan program caramenggunakan kalkulator saintifik bagi meningkatkan bagi meningkatkan pengetahuan ampelajar. Namun ada beberapa guru yang menetang program tersebut kerana ia akanmenjadikan pelajar masalah untuk mengira secara manual. Sehubungan itu, walaupunprogram ini tetap dilaksanakan, guru ini tidak akan memberikan kerjasama. Oleh itu,perbezaan prinsip adalah halangan dalam pembentukan pasukan kerja di sekolah.4.3 Kurang KomitedAhli tidak memberi komitmen yang sepenuhnya kepada pasukan kerja merupakan salahsatu daripada kekangan proses pembentukan pasukan yang mantap. Mereka tidak dapatmember komitmen sepenuhnya kerana mempunyai kepentingan peribadi di luar waktu kerjaseperti mengajar tuisyen dan aktiviti jualan langsung. Penglibatan ahli ini adalah sangatminimum malah seringkali tidak menghadiri mesyuarat ahli pasukan apabila mesyuarat 10
  11. 11. tersebut diadakan di luar waktu kerja. Tugas yang diberikan kepadanya juga seringkali tidaksiap pada masa. Sebaliknya menurut Bell (1992) komitmen diantara ahli-ahli pasukan amatbaik menyebabkan masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan pengetahuan, kemahirandan pengalaman yang lebih luas.Sebagai contoh, seorang guru Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakansentiasa mengelak apabila kelas tambahan ingin diadakan. Pelbagai alasan telah diberikanapabila tugasan ini diberikan pada luar waktu pejabat. Hal ini kerana, guru ini telahmempunyai komited lain iaitu mengajar tuisyen di pusat tuisyen sandakan. Ini dapatmembuktikan bahawa guru tersebut lebih fokus kepada pencapaian impian peribadinyaberbanding matlamat pasukan kerja. Ini telah menimbulkan perasaan ketidakpuas hatiandalam kalangan guru-guru lain dalam pasukan kerja yang sama. Keadaan ini telahmenjejaskan pembentukan pasukan kerja dalam unit Matematik di Sekolah MenengahKebangsaan Sandakan.5.0 KESIMPULANSebagai generasi era globalisasi, kita perlu menerima hakikat yang kita tidak bolehmelakukan sesuatu pekerjaan secara sendirian kerana sebagai manusia kita mempunyaihad masing-masing dalam memikul tanggungjawab. Justeru itu, kita memerlukan kerjaberpasukan agar dapat mencapai matlamat, meningkatkat produktiviti, penyelesaianpelbagai masalah, mengekalkan hubungan mesra dan sebagainya. Namun begitu, sebagaianggota pasukan kita perlu menerima hakikat bahawa dalam proses pembinaan pasukanyang mantap ini terutama di sekolah, akan wujud halangan-halangannya. Halangan-halangan ini perlu ditangani secara bijaksana agar ia tidak memberi kesan negatif terhadapkualiti perkhidmatan dan produktiviti. Oleh itu pemimpin pasukan perlu memainkan perananmereka bagi menyedarkan anggota pasukan tentang matlamat sebenar pembentukanpasukan dan matlamat organisasi yang perlu digapai mereka.Menurut Etzioni (1964) pengurus haruslah boleh bekerja secara terbuka dan ikhlas, dalamprofesion perguruan, guru haruslah bekerja dalam pasukan yang efektif kerana kejayaansesebuah sekolah bergantung kepada pasukan. Oleh itu, pemimpin haruslah mengambilberat terhadap pembentukan pasukan kerja di sekolah. Ini dapat dibuktikan dalampernyataan luahan seorang ahli yang pernah bekerja dalam sebuah pasukan iaitu: I know what I have to do and the team’s goals are clear. 11
  12. 12. Everyone takes some responsibility for leadership. There is active participation by everyone. I feel appreciated and supported by others. Team members listen when I speak. Different opinions are respected. We enjoy working together. (Blanchard, Carew and Parisi-Carew 1992:20)Pernyataan luahan diatas adalah kesimpulan yang boleh dibuat hasil daripada pembentukanpasukan kerja disekolah amnya. Oleh itu, pembentukan pasukan kerja disekolah jugamenunjukkan peranan kepimpinan guru dalam pembentukan pasukan kerja terseut. Olehitu, pembentukan pasukan kerja memberi kepentingan dan kebaikan tetapi juga terdapatkekangan atau halangan dalam pembentukan pasukan kerja yang efektif. 12
  13. 13. BIBIOGRAFIAbd. Aziz Yusof. 2000. Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Malaysia: Prentice Hall.Adair, John. 1987. Effective Team Building. London: Gower Publishing Co. Ltd.Atas Talian http://www.smkpp14.net/web_documents/fail-meja-panitia. Di akses pada 05 Mei 2012 pada 2.13 petangBarker, L.H. (1990). Tatal Quality Management For School. Lancester: Technomic Publishing Company.Bell, L. (1992). Managing Teams In Secondary Schools. London: Routledge.Benton A, Douglas. 1998. Applied Human Relations : An Organizational and Skill Development Approach. 6th ed. London : Prentice Hall.Blanchard, K., Carew D. and Parisi-Carew, E. (1992). The One Minute Manager Builds High Performing Teams, London: Harper Collins.Blase, J. & Kirby, P. (1992). Bringing out the best in teachers: What effective principals do. Newbury Park: Corwin Press. 13
  14. 14. Chin Pek Lian. 2004. Kerja Berpasukan: Faktor Mempengaruhi dan Pengaruhnya Kepada Kepuasan, Kejeleketan dan Prestasi Ahli Dalam Panitian Kemahiran Hidup Bersepadu Di Daerah Kuala Langat. Selangor. Universiti Teknologi MalaysiaDavid J. Holleran. 1997. Team Building in an Elementary School: A Descriptive Case Study. Virginia: Blacksburg.Dyer, W. G. 1987. Teambuilding: Issue and Alternatives. Addision Wesley Publishing Co. Inc.Garner G, Howatd dan Orelave P, Fred. 1995. Teamwork in Human sevices : Models and Application Across the Life Span. Boston : Butterworth-Heinemann.Handy, C. (1993). Understanding Organisation. 4th Ed. Harmondsworth: Penguin.Hisyam Che Mat. (1998). Participants Evaluation of Effectiveness of Teambuilding Programs. Malaysia: Universiti Putra Malaysia.Igram, Hadyn. 1996. Linking Teamwork with Perfomance. Team Performance Management. Vol 02: Issue 4.Jack Dunham. 1995. Developing Effective School Management. 1st ed. London: RoutledgeKashim Bin Jaafar. 2001. Pandangan Guru-guru Terhadap Kepentingan dan Faktor-faktor Penentu Pencapaian Kerja Berpasukan di Sekolah di Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman: Universiti Utara Malaysia.Maimunah Aminuddin. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Putai Jin (1993). Work Motivation and Productivity in Voluntarily Formed Work Teams: A Field Study in China. Organizational Behavior and Human Decision Processes. 54(1).133-155.Schneider, A. (1993). Donning a new hat: Becoming a consensus builder. School Bussiness Affairs. 59 (9), 20-22.Shek Kwai Fun. 2007. Keberkesanan Kerja Berpasukan Dan Kepuasan Kerja Ketua Panitia Dalam Jabatan Bahasa Dan Sains Sosial Di Sekolah Menengah Daerah Pontian.Tambuan Ghani, Raduwan Safperwan, Josepg Paul. (1986). Kumpulan Kawalan Mutu. Kuala Lumpur : DGP. 14
  15. 15. Tuckman, B. W. “Development Sequence In Small Groups”, Psychological Bulletin, 63(6), 384-99.Yusof bin Boon dan Bibi Sakinah bt Haron Khan. 2007. Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat Muar. Universiti Teknologi Malaysia 15

×