SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
KAJIAN KEPIMPINAN
Kajian Dalam Dan Luar Negeri
Selain kajian-kajian terawal yang dibincangkan di atas, terdapat kajian-
kajan lepas yang dilakukan sama ada di Malaysia mahupun di luar negara.
Kajian-kajian berhubung tingkah laku atau kepimpinan dalam negeri agak
banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji, khususnya dalam bidang
perguruan. Dalam bab ini kajian-kajian lepas tersebut akan dikategorikan
kepada kajian dalam negeri dan kajian luar negeri. Walau bagaimanapun,
kajian-kajian tersebut telah menunjukkan bahawa tidak satu pun tingkah
laku kepimpinan sama ada dimensi struktur tugas dan timbang rasa yang
dikatakan lebih baik daripada yang lain. Kajian-kajian yang telah
dijalankan tersebut juga menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin
menggabungkan kedua-dua jenis tingkah laku kepimpinan dalam
mencapai matlamat organisasi.
Kajian Dalam Negeri
Beberapa penyelidikan tentang gaya kepimpinan guru besar telah
dilakukan di Malaysia. Thandi (1972) di dalam kajiannya menggunakan 66
orang pengetua dan 1078 orang guru biasa di beberapa buah sekolah di
Johor. Hasil kajian beliau menunjukkan dua pertiga daripada pengetua-
pengetua tersebut mempunyai gaya kepimpinan yang demokratik.
Kajian oleh Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob (1993)
dijalankan ke atas gaya kepimpinan pengetua dan pencapaian sekolah di
Selangor. Hasil kajian mereka mendapati bahawa gaya kepimpinan
pengetua yang bertimbang rasa mewujudkan kepuasan kerja di kalangan
guru sehingga mempengaruhi prestasi akademik sekolah.
Rohaya Ibrahim (1995) telah menjalankan penyelidikan yang bertujuan
mengenal pasti aktiviti kepimpinan pengetua dan guru besar di dalam
bidang perancangan, penilaian, dan budaya organisasi, tingkah laku
kepimpinan mereka dalam ketiga-tiga bidang tersebut dan hubungannya
dengan kepuasan kerja. Dapatan penyelidikan mendapati tingkah laku
kepimpinan adalah berorientasikan pertimbangan di dalam ketiga tiga
bidang kepimpinan yang dikaji. Analisis korelasi pula menunjukkan wujud
hubungan positif yang signifikan di antara kepuasan kerja secara
pertimbangan di dalam bidang perancangan, penilaian, dan budaya
organisasi. Implikasi dapatan ini menunjukkan tingkah laku kepimpinan
cenderung ke arah pendekatan humanistik.
Bihud Apok (1996) telah mengkaji gaya kepimpinan 20 orang guru besar
di daerah Bau, Sarawak. Beliau mendapati guru besar-guru besar di
daerah tersebut mengamalkan kedua-dua dimensi gaya kepimpinan
bertimbang rasa dan struktur tugas. Kajian beliau juga mendapati guru
besar di daerah tersebut lebih mementingkan gaya kepimpinan
bertimbang rasa. Di samping itu, Bihud Apok juga mendapati tidak
terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan guru besar
di dalam dua dimensi struktur tugas dan timbang rasa dengan pencapaian
murid.
Di Malaysia, Aishah Abdul Rahnian (1983) menjalankan kajian ke atas 63
orang peneroka rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) di Kedah untuk melihat hubungan antara tingkah laku struktur
tugas dan penghasilan di dalam memainkan peranan dan sikap terhadap
pembangunan. Kajian mendapati gaya kepimpinan struktur tugas dan
produktiviti ketua blok seperti yang diamati oleh peneroka berhubungan
secara signifikan dengan sikap terhadap Perbadanan Niaga FELDA.
Rahimah Haji Ahmad (1981) membuat penyelidikan untuk melihat gaya
kepimpinan guru besar di Wilayah Persekutuan. Kajian beliau mendapati
sebahagian besar guru besar yang dinilai lebih tinggi di dalam dimensi
tingkah laku struktur tugas. Kajian yang dibuat oleh Rahimah Ahmad dan
Mohd. Yaacob Mat Nong (1988) pula, merumuskan bahawa daripada tiga
kajian tempatan mengenai kepimpinan pengetua yang mereka lakukan,
sebahagian besar pengetua menunjukkan gaya kepimpinan yang diingini,
terutama sekali dari segi mementingkan struktur tugas.
Salmah Ahmad (1985) telah menjalankan kajian yang bertujuan melihat
hubungan gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja di kalangan pekerja
yang tugas berstruktur dan tidak berstruktur. Beliau menggunakan alat
ukur LBDQ-Xll dalam mendefinisikan kepimpinan dimensi timbang rasa
dan pendayautamaan struktur dengan kepuasan kerja. Analisis korelasi
secara subkumpulan menunjukkan struktur tugas mempunyai peranan
dalam mempengaruhi hubungan tingkah laku timbang rasa dengan
kriteria. Didapati di kalangan pekerja yang tugasnya berstruktur, timbang
rasa mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan kerja.
Kajian Tamrin Zaharudin (1995) bertujuan mengenal pasti kesan stail
kepimpinan pengetua dan gelagat pengurusan mereka ke atas pencapaian
akademik sekolah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan di antara stail kepimpinan struktur tugas pengetua dengan
pencapaian akademik sekolah. Dapatan juga menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan di antara kedua-dua stail kepimpinan dengan
gelagat pengurusan pengetua.
Yusup Taib (1996) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti
persepsi guru-guru Melayu, China, dan India terhadap stail kepimpinan
pengetua sekolah menengah gred A dalam daerah pentadbiran
pendidikan Baling dan Sik. Dimensi stail kepimpinan pengetua dikenal
pasti sama ada mempunyai pendekatan pendayautamaan struktur dan
pertimbangan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan di antara komitmen guru-guru (komitmen afektif dan komitmen
penerusan) dengan stail kepimpinan pengetua pendekatan
pendayautamaan struktur dan pertimbangan. Hubungan
yang signifikan juga wujud di antara iklim sekolah dengan stail
kepimpinan tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat
perbezaan stail kepimpinan yang signifikan berdasarkan ciri demografi.
Hasil kajian secara jelas menunjukkan guru-guru mempunyai pengetua
yang mementingkan struktur kerja berbanding pendekatan
pertimbangan.
Alageswary (1980) dalam kajiannya tentang gaya kepimpinan guru besar
di Selangor dan Wilayah Persekutuan mendapati gaya kepimpinan
pengetua mempunyai perkaitan yang positif dengan iklim sekolah. Iklim
sekolah pula mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian
pelajar. Kajian itu menunjukkan tingkah laku pengetua yang mengambil
berat kepentingan staf didapati mempunyai korelasi yang positif dengan
iklim sekolah. Kajian beliau juga mendapati satu pertiga daripada guru
besar tersebut mengamalkan gaya kepimpinan campuran antara struktur
tugas dan timbang rasa.
Teo (1983) menjalankan kajian ke atas 40 orang responden dan beberapa
organisasi tempatan dalam organisasi Jepun yang terletak di Zon
Perindustrian Shah Alam. Kajian ini bertujuan untuk memahami faktor-
faktor yang mempengaruhi gaya kepimpinan dalam organisasi berkenaan.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa organisasi Jepun yang
menekankan tenaga, usaha, dan keperluan-keperluan kumpulan
mengutamakan gaya kepimpinan dimensi timbang rasa. Manakala gaya
kepimpinan tempatan lebih cenderung ke arah dimensi struktur tugas.
Suaidah Ahmad (1984), dalam kajiannya ke atas 75 orang guru di sekolah
rendah dan menengah melihat hubungan gaya kepimpinan dan kepuasan
kerja. Kajian mendapati guru besar megamalkan dua dimensi tingkah
laku. Apabila kedua-dua dimensi dihubungkan dengan kepuasan kerja,
didapati tingkah laku timbang rasa mempunyai korelasi yang positif
dengan kepuasan kerja guru.
Kajian yang dilakukan oleh Salam Saffar (1986) bertujuan meninjau
tingkah laku kepimpinan guru besar melalui persepsi guru-guru
penolongnya di sekolah-sekolah menengah di daerah Pontian dan Batu
Pahat, Johor. Corak kepimpinan guru besar ditentukan oleh dua dimensi
tingkah laku iaitu yang menekankan penyempurnaan tugas dan hubungan
manusia yang diukur menggunakan alat ukur LBDQ. Dapatan kajian ini
menunjukkan 70.6 peratus daripada guru besar yang terlibat
dipersepsikan sebagai mempunyai tingkah laku kepimpinan yang
menekankan kedua-dua dimensi penyempurnaan tugas dan hubungan
manusia. 26.5 peratus dipersepsi mempunyai tingkah laku kepimpinan
yang kurang menekankan hubungan manusia tetapi sebaliknya lebih
menekankan kepada penyempurnaan tugas. Analisis berdasarkan dimensi
menggambarkan bahawa pola tingkah laku kepimpinan guru besar yang
terlibat ialah kekuatan kepada penyempurnaan tugas.
Ahmad Mohammad Sharif (1989) membuat kajian ke atas 225 orang guru-
guru sekolah vokasional di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti
hubungan gaya kepimpinan dan keberkesanan organisasi dengan kepuasan
kerja. Beliau mendapati gaya kepimpinan pengetua adalah rendah dalam
kedua-dua tingkah laku struktur tugas dan timbang rasa. Tahap kepuasan
kerja guru juga rendah. Apabila guru-guru mereka mengamati tingkah
laku struktur tugas tinggi, kepuasan intrinsik guru juga tinggi.
Mohd Shaphri bin Mohd Yusof (1995) telah membuat kajian mengenal
pasti persepsi guru terhadap gaya kepimpinan yang sebenarnya bagi guru
besar sekolah rendah gred A di daerah Pontian, Johor. Pola gaya
kepimpinan guru besar juga dikenal pasti sama ada mempunyai gaya
kepimpinan “struktur tinggi dan pertimbangan tinggi”, “struktur rendah
dan pertimbangan tinggi”, “ struktur tinggi dan pertimbangan rendah”,
dan struktur
rendah dan pertimbangan rendah”. Ciri peribadi seperti jantina, umur,
status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan digunakan untuk melihat
sama ada wujud perbezaan signifikan dari segi persepsi guru-guru
terhadap gaya kepimpinan guru besar yang sebenarnya. Hasil kajian
menunjukkan bahawa 85.7 peratus daripada guru besar yang
dipersepsikan oleh guru-guru sebagai mempunyai gaya kepimpinan
“struktur tinggi dan pertimbangan tinggi”.
Kajian yang dibuat oleh Kamaruddin Deraman (1997) bertujuan mencari
perkaitan di antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua
dengan tahap motivasi guru-guru di sekolah menengah di zon Pudu,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan bahawa
daripada 222 responden, 203 (91.4%) responden membuat pengamatan
bahawa pengetua mengamalkan gaya kepimpinan dimensi struktur tugas
yang tinggi. Manakala 141 responden (63.5%) membuat pengamatan
bahawa pengetua mereka mengamalkan gaya kepimpinan timbang rasa
yang tinggi. Oleh itu, dapatan hasil kajian beliau menunjukkan guru besar
mengamalkan gaya kepimpinan struktur tugas yang tinggi dan timbang
rasa yang tinggi. Kajian beliau juga mendapati terdapat perkaitan di
antara gaya kepimpinan (struktur tugas dan timbang rasa) dengan tahap
motivasi guru-guru.
Kajian Mohd. Azam Mohd. Isa (1997) bertujuan mengenal pasti persepsi
guru sekolah rendah terhadap stail kepemimpinan guru besar mereka.
Kajian tersebut menggunakan faktor demografi untuk melihat hubungan
yang mungkin wujud dari persepsi guru terhadap stail kepemimpinan guru
besar. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru dari segi jantina, status
perkahwinan dan tempoh perkhidmatan tidak memberikan perbezaan
persepsi yang signifikan terhadap stail kepemimpinan guru besar sama
ada berdasarkan aspek mengadakan struktur atau pendekatan
pertimbangan. Sebaliknya, guru yang berumur kurang daripada 25 tahun
menunjukkan perbezaan persepsi terhadap aspek pendekatan
pertimbangan berbanding dengan guru berumur antara 36 hingga 45
tahun. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati persepsi guru
terhadap stail kepemimpinan guru besar, tinggi dalam kedua-dua aspek
mengadakan struktur dan pendekatan pertimbangan iaitu guru besar
mengamalkan stail kepemimpinan demokratik.
Kajian Luar Negara
Antara kajian-kajian tingkah laku kepimpinan bertimbang rasa di luar
negara adalah kajian McKaig (1980). Kajian beliau bertujuan mencari
hubungan gaya kepimpinan
pengetua dengan motivasi guru sekolah rendah dan menengah di Indiana.
Kajian mendapati ada perkaitan antara tingkah laku kepimpinan dimensi
timbang rasa dan struktur dengan keperluan keselamatan, keperluan
dihargai, keperluan autonomi, dan keagungan diri. Beliau menyatakan
bahawa tingkah laku pengetua yang mengamalkan orientasi kemanusiaan
mungkin merupakan gaya yang berkesan dalam usaha meningkatkan
motivasi orang bawahan.
Matsui, Othsuke, dan Kikuchi (1978) telah menjalankan kajian ke atas 79
orang penyelia di tiga buah syarikat yang berbeza di Jepun. Hasil kajian
mereka mendapati kepimpinan dalam dimensi timbang rasa mempunyai
korelasi yang positif dengan nilai skor benevolence (kebajikan).
Sebaliknya, kepimpinan yang berorientasikan struktur mempunyai
korelasi negatif dengan skor independance (kebebasan).
Gilbert (1982) membuat kajian di Saskatchewan, Kanada yang bertujuan
melihat hubungan di antara gaya kepimpinan sebagaimana yang
dipersepsikan oleh pengetua dan guru, dan tekanan kerja sebagaimana
dipersepsikan oleh pengetua. Sampel kajian seramai 186 orang guru dan
34 orang pengetua. Kajian mendapati perkaitan antara gaya kepimpinan
dengan tekanan kerja. Gaya kepimpinan yang paling dominan adalah
pengetua yang mengamalkan rendah pendayautamaan struktur dan tinggi
timbang rasa.
Kajian Morgan (1985) menggunakan seramai 114 sampel untuk mencari
hubungan gaya kepimpinan dengan Ketua Jabatan Bahasa Inggeris di
maktab dan universiti terpilih di Amerika Syarikat. Kajian mendapati
ketua jabatan yang membuat pengamatan kepada dekan yang
mengamalkan tinggi dalam timbang rasa mendapat kepuasan kerja yang
lebih.
Hasil kajian Fleishman dan Harris (1989) menunjukkan kadar kepuasan
kerja di kalangan pekerja adalah tinggi di bawah pemimpin yang dinilai
tinggi dalam dimensi timbang rasa. Sebaliknya pemimpin yang dinilai
tinggi dalam dimensi struktur pula mempunyai kadar kepuasan kerja yang
rendah.
Dalam kajian yang dilakukan oleh VanZanten (1988) untuk melihat
perkaitan antara gaya kepimpinan dengan pencapaian pelajar, alat ukur
Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ-Xll) digunakan bagi
mengukur gaya kepimpinan dan pencapaian pelajar diukur menggunakan
California Achievement Test (CAT). Gaya kepimpinan mengarah
mempunyai pengaruh yang positif ke atas pencapaian pelajar.
Boyer (1982) dalam kajiannya ke atas 133 responden telah menggunakan
alat ukur LBDQ dan Management Position Questionnaire (MPQ). Hasil
kajian mendapati gaya kepimpinan yang paling berkesan dalam
meningkatkan motivasi orang bawahan adalah gaya kepimpinan yang
tinggi di dalam kedua-dua dimensi struktur tugas dan timbang rasa.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Tomi (1985) ke atas 309 orang
kakitangan akademik dan 33 orang ketua jabatan di Universiti Akron juga
menggunakan alat ukur LBDQ dan MPQ. Hasil kajian menunjukkan bahawa
gaya kepimpinan yang tinggi di dalam kedua-dua dimensi struktur tugas
dan timbang rasa mempunyai perkaitan dengan keperluan kepuasan yang
tinggi. Beliau merumuskan bahawa tingkah laku pemimpin yang tinggi
dalam kedua-dua dimensi struktur tugas dan timbang rasa adalah paling
berkesan dalam memberi motivasi kepada pekerjanya.
Kajian Riordan (1987) ke atas 222 orang guru daripada 25 buah sekolah
dengan menggunakan alat ukur LBDQ dan Job Diagnostic Survey (JD)
telah mengenal pasti bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara
motivasi kerja guru dengan gaya kepimpinan pengetua. Mereka
mencadangkan bahawa guru-guru akan lebih bermotivasi apabila
pengetua mengamalkan tingkah laku timbang rasa dan struktur tugas.
Manakala kajian yang dilakukan oleh Tatter, Bliss, dan Hoy (1989)
mengenai iklim sekolah, mendapati sekolah yang mempunyai iklim yang
sihat adalah dipimpin oleh pengetua yang dinamik, iaitu pengetua yang
mengamalkan gaya kepimpinan dalam kedua-dua dimensi struktur tugas
dan timbang rasa. Di bawah kepimpinan tersebut, guru-guru mempunyai
komitmen yang tinggi terhadap pengajaran, di mana guru-guru ini
menetapkan satu nilai tara yang tinggi tetapi boleh dicapai.
Dapatan-dapatan kajian yang telah dinayatakan sebelum ini bercanggah
dengan kajian oleh Aduba-Dike (1990). Beliau menjalankan kajian ke atas
180 orang pekerja Blue Cross Blue Shield Michigan (BCBSM). Tujuan
kajian adalah untuk melihat perkaitan gaya kepimpinan penyelia syarikat
berkenaan dengan tahap motivasi pekerjanya. Instrumen yang digunakan
adalah Profile of Organization Characteristic (POC) dan Work Motivation
Inventory (WMI). Kajian ini tidak menemui apa-apa perkaitan di antara
gaya kepimpinan penyelia dengan tahap motivasi pekerja.

More Related Content

What's hot

Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12ammart852
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
 Teori konflik dalam sosiologi pendidikan Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
Teori konflik dalam sosiologi pendidikanSUAPNAH MUNIADY
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanUstajah ILa AzieLa
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuranmadiah jaafar
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaranfiro HAR
 
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)Aiisy Afifah
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cippSumitra Kan
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
What's hot (20)

Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Perbezaan kbsr dan kssr baru
Perbezaan kbsr dan kssr baruPerbezaan kbsr dan kssr baru
Perbezaan kbsr dan kssr baru
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
 Teori konflik dalam sosiologi pendidikan Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
PEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRIN
PEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRINPEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRIN
PEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRIN
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
 
Teori Motivasi
Teori Motivasi Teori Motivasi
Teori Motivasi
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Mastery learning
Mastery learningMastery learning
Mastery learning
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
 
Pembinaan Item KBAT
Pembinaan Item KBATPembinaan Item KBAT
Pembinaan Item KBAT
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cipp
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
Penilaian Kurikulum
Penilaian KurikulumPenilaian Kurikulum
Penilaian Kurikulum
 
Jsu
JsuJsu
Jsu
 
Viewers also liked

1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 2
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 21st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 2
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 2BIM User Day
 
2nd Qatar BIM User Day Scheduling, QTO and Estimating Technology
2nd Qatar BIM User Day  Scheduling, QTO and Estimating Technology2nd Qatar BIM User Day  Scheduling, QTO and Estimating Technology
2nd Qatar BIM User Day Scheduling, QTO and Estimating TechnologyBIM User Day
 
4th Qatar BIM User Day, BIM and the Law
4th Qatar BIM User Day, BIM and the Law4th Qatar BIM User Day, BIM and the Law
4th Qatar BIM User Day, BIM and the LawBIM User Day
 
4th Qatar BIM User Day, Pragmatic Use of COBie As-Built BIM for FM
4th Qatar BIM User Day, Pragmatic Use of COBie As-Built BIM for FM4th Qatar BIM User Day, Pragmatic Use of COBie As-Built BIM for FM
4th Qatar BIM User Day, Pragmatic Use of COBie As-Built BIM for FMBIM User Day
 
2nd Qatar BIM User Day BIM Technology Market Demand
2nd Qatar BIM User Day  BIM Technology  Market Demand2nd Qatar BIM User Day  BIM Technology  Market Demand
2nd Qatar BIM User Day BIM Technology Market DemandBIM User Day
 
3rd Qatar BIM User Day - BIM Professionals - Availability vs. Demand
3rd Qatar BIM User Day - BIM Professionals - Availability vs. Demand3rd Qatar BIM User Day - BIM Professionals - Availability vs. Demand
3rd Qatar BIM User Day - BIM Professionals - Availability vs. DemandBIM User Day
 
1st Qatar BIM User DAY Market demand/requirements
1st Qatar BIM User DAY  Market demand/requirements1st Qatar BIM User DAY  Market demand/requirements
1st Qatar BIM User DAY Market demand/requirementsBIM User Day
 
3rd Qatar BIM User Day - Commom BIM Roles and their Responsibilites
3rd Qatar BIM User Day - Commom BIM Roles and their Responsibilites3rd Qatar BIM User Day - Commom BIM Roles and their Responsibilites
3rd Qatar BIM User Day - Commom BIM Roles and their ResponsibilitesBIM User Day
 
2nd Qatar BIM User Day Document Control and Collaboration Technologies
2nd Qatar BIM User Day  Document Control and Collaboration Technologies2nd Qatar BIM User Day  Document Control and Collaboration Technologies
2nd Qatar BIM User Day Document Control and Collaboration TechnologiesBIM User Day
 
3rd Qatar BIM User Day - The BIM Manager within the Project Organisation
3rd Qatar BIM User Day - The BIM Manager within the Project Organisation3rd Qatar BIM User Day - The BIM Manager within the Project Organisation
3rd Qatar BIM User Day - The BIM Manager within the Project OrganisationBIM User Day
 
3rd Qatar BIM User Day - International Experience Market Strategy-UK
3rd Qatar BIM User Day - International Experience Market Strategy-UK3rd Qatar BIM User Day - International Experience Market Strategy-UK
3rd Qatar BIM User Day - International Experience Market Strategy-UKBIM User Day
 
5th Qatar BIM User Day, Defining the role of the BIM Manager
5th Qatar BIM User Day, Defining the role of the BIM Manager5th Qatar BIM User Day, Defining the role of the BIM Manager
5th Qatar BIM User Day, Defining the role of the BIM ManagerBIM User Day
 
Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi TinggiSekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi TinggiVince Here
 
5th Qatar BIM User Day, Understanding stakeholder roles in BIM
5th Qatar BIM User Day, Understanding stakeholder roles in BIM5th Qatar BIM User Day, Understanding stakeholder roles in BIM
5th Qatar BIM User Day, Understanding stakeholder roles in BIMBIM User Day
 
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 1
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 11st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 1
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 1BIM User Day
 
Peta konsep motivasi
Peta konsep motivasiPeta konsep motivasi
Peta konsep motivasiDevia Titania
 
Ppt analisis transaksional
Ppt analisis transaksionalPpt analisis transaksional
Ppt analisis transaksionalbkupstegal
 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKrishna Veeni
 
Viewers also liked (20)

Kepimpinan
KepimpinanKepimpinan
Kepimpinan
 
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 2
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 21st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 2
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 2
 
2nd Qatar BIM User Day Scheduling, QTO and Estimating Technology
2nd Qatar BIM User Day  Scheduling, QTO and Estimating Technology2nd Qatar BIM User Day  Scheduling, QTO and Estimating Technology
2nd Qatar BIM User Day Scheduling, QTO and Estimating Technology
 
4th Qatar BIM User Day, BIM and the Law
4th Qatar BIM User Day, BIM and the Law4th Qatar BIM User Day, BIM and the Law
4th Qatar BIM User Day, BIM and the Law
 
4th Qatar BIM User Day, Pragmatic Use of COBie As-Built BIM for FM
4th Qatar BIM User Day, Pragmatic Use of COBie As-Built BIM for FM4th Qatar BIM User Day, Pragmatic Use of COBie As-Built BIM for FM
4th Qatar BIM User Day, Pragmatic Use of COBie As-Built BIM for FM
 
2nd Qatar BIM User Day BIM Technology Market Demand
2nd Qatar BIM User Day  BIM Technology  Market Demand2nd Qatar BIM User Day  BIM Technology  Market Demand
2nd Qatar BIM User Day BIM Technology Market Demand
 
3rd Qatar BIM User Day - BIM Professionals - Availability vs. Demand
3rd Qatar BIM User Day - BIM Professionals - Availability vs. Demand3rd Qatar BIM User Day - BIM Professionals - Availability vs. Demand
3rd Qatar BIM User Day - BIM Professionals - Availability vs. Demand
 
1st Qatar BIM User DAY Market demand/requirements
1st Qatar BIM User DAY  Market demand/requirements1st Qatar BIM User DAY  Market demand/requirements
1st Qatar BIM User DAY Market demand/requirements
 
3rd Qatar BIM User Day - Commom BIM Roles and their Responsibilites
3rd Qatar BIM User Day - Commom BIM Roles and their Responsibilites3rd Qatar BIM User Day - Commom BIM Roles and their Responsibilites
3rd Qatar BIM User Day - Commom BIM Roles and their Responsibilites
 
2nd Qatar BIM User Day Document Control and Collaboration Technologies
2nd Qatar BIM User Day  Document Control and Collaboration Technologies2nd Qatar BIM User Day  Document Control and Collaboration Technologies
2nd Qatar BIM User Day Document Control and Collaboration Technologies
 
3rd Qatar BIM User Day - The BIM Manager within the Project Organisation
3rd Qatar BIM User Day - The BIM Manager within the Project Organisation3rd Qatar BIM User Day - The BIM Manager within the Project Organisation
3rd Qatar BIM User Day - The BIM Manager within the Project Organisation
 
3rd Qatar BIM User Day - International Experience Market Strategy-UK
3rd Qatar BIM User Day - International Experience Market Strategy-UK3rd Qatar BIM User Day - International Experience Market Strategy-UK
3rd Qatar BIM User Day - International Experience Market Strategy-UK
 
5th Qatar BIM User Day, Defining the role of the BIM Manager
5th Qatar BIM User Day, Defining the role of the BIM Manager5th Qatar BIM User Day, Defining the role of the BIM Manager
5th Qatar BIM User Day, Defining the role of the BIM Manager
 
Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi TinggiSekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi Tinggi
 
5th Qatar BIM User Day, Understanding stakeholder roles in BIM
5th Qatar BIM User Day, Understanding stakeholder roles in BIM5th Qatar BIM User Day, Understanding stakeholder roles in BIM
5th Qatar BIM User Day, Understanding stakeholder roles in BIM
 
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 1
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 11st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 1
1st Qatar BIM User Day Business processes supported by BIM methodology, part 1
 
Peta konsep motivasi
Peta konsep motivasiPeta konsep motivasi
Peta konsep motivasi
 
Ppt analisis transaksional
Ppt analisis transaksionalPpt analisis transaksional
Ppt analisis transaksional
 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
 
kepimpinan
kepimpinankepimpinan
kepimpinan
 
Similar to Kajian kepimpinan

Proposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanProposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanDevarajan Pillai
 
Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfymtuea0357
 
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran SekolahPengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolahzuraidahjuliana
 
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdfTAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdfAiemanIszmail
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarAnysPiNky
 
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranShinz Cucut
 
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Samsul Hamdan
 
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )shockgadof
 
Ahmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavananAhmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavananMohandas Naidu
 
Assignment kokurikulum
Assignment kokurikulumAssignment kokurikulum
Assignment kokurikulumpyan77
 
Laporan kemajuan penyelidikan
Laporan kemajuan penyelidikanLaporan kemajuan penyelidikan
Laporan kemajuan penyelidikanYugesh Yugi
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminargieyahya
 
Komitmen organisasi dengan budaya sekolah
Komitmen organisasi dengan budaya sekolahKomitmen organisasi dengan budaya sekolah
Komitmen organisasi dengan budaya sekolahcdraudz
 
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganUniversiti Sains Malaysia
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2jejakakunak
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaNoormawati Che Azmi
 
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Jong Yii Phin
 
Similar to Kajian kepimpinan (20)

Proposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanProposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail Pengurusan
 
Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdf
 
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran SekolahPengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
 
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdfTAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf
 
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
 
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
 
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
 
Bab 5.1
Bab 5.1Bab 5.1
Bab 5.1
 
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
 
Ahmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavananAhmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavanan
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
 
Assignment kokurikulum
Assignment kokurikulumAssignment kokurikulum
Assignment kokurikulum
 
Laporan kemajuan penyelidikan
Laporan kemajuan penyelidikanLaporan kemajuan penyelidikan
Laporan kemajuan penyelidikan
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminar
 
Komitmen organisasi dengan budaya sekolah
Komitmen organisasi dengan budaya sekolahKomitmen organisasi dengan budaya sekolah
Komitmen organisasi dengan budaya sekolah
 
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
 
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
 
Kajian kepimpinan

  • 1. KAJIAN KEPIMPINAN Kajian Dalam Dan Luar Negeri Selain kajian-kajian terawal yang dibincangkan di atas, terdapat kajian- kajan lepas yang dilakukan sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Kajian-kajian berhubung tingkah laku atau kepimpinan dalam negeri agak banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji, khususnya dalam bidang perguruan. Dalam bab ini kajian-kajian lepas tersebut akan dikategorikan kepada kajian dalam negeri dan kajian luar negeri. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tersebut telah menunjukkan bahawa tidak satu pun tingkah laku kepimpinan sama ada dimensi struktur tugas dan timbang rasa yang dikatakan lebih baik daripada yang lain. Kajian-kajian yang telah dijalankan tersebut juga menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin menggabungkan kedua-dua jenis tingkah laku kepimpinan dalam mencapai matlamat organisasi. Kajian Dalam Negeri Beberapa penyelidikan tentang gaya kepimpinan guru besar telah dilakukan di Malaysia. Thandi (1972) di dalam kajiannya menggunakan 66 orang pengetua dan 1078 orang guru biasa di beberapa buah sekolah di Johor. Hasil kajian beliau menunjukkan dua pertiga daripada pengetua- pengetua tersebut mempunyai gaya kepimpinan yang demokratik. Kajian oleh Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob (1993) dijalankan ke atas gaya kepimpinan pengetua dan pencapaian sekolah di Selangor. Hasil kajian mereka mendapati bahawa gaya kepimpinan pengetua yang bertimbang rasa mewujudkan kepuasan kerja di kalangan guru sehingga mempengaruhi prestasi akademik sekolah. Rohaya Ibrahim (1995) telah menjalankan penyelidikan yang bertujuan mengenal pasti aktiviti kepimpinan pengetua dan guru besar di dalam bidang perancangan, penilaian, dan budaya organisasi, tingkah laku
  • 2. kepimpinan mereka dalam ketiga-tiga bidang tersebut dan hubungannya dengan kepuasan kerja. Dapatan penyelidikan mendapati tingkah laku kepimpinan adalah berorientasikan pertimbangan di dalam ketiga tiga bidang kepimpinan yang dikaji. Analisis korelasi pula menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan di antara kepuasan kerja secara pertimbangan di dalam bidang perancangan, penilaian, dan budaya organisasi. Implikasi dapatan ini menunjukkan tingkah laku kepimpinan cenderung ke arah pendekatan humanistik. Bihud Apok (1996) telah mengkaji gaya kepimpinan 20 orang guru besar di daerah Bau, Sarawak. Beliau mendapati guru besar-guru besar di daerah tersebut mengamalkan kedua-dua dimensi gaya kepimpinan bertimbang rasa dan struktur tugas. Kajian beliau juga mendapati guru besar di daerah tersebut lebih mementingkan gaya kepimpinan bertimbang rasa. Di samping itu, Bihud Apok juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan guru besar di dalam dua dimensi struktur tugas dan timbang rasa dengan pencapaian murid. Di Malaysia, Aishah Abdul Rahnian (1983) menjalankan kajian ke atas 63 orang peneroka rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Kedah untuk melihat hubungan antara tingkah laku struktur tugas dan penghasilan di dalam memainkan peranan dan sikap terhadap pembangunan. Kajian mendapati gaya kepimpinan struktur tugas dan produktiviti ketua blok seperti yang diamati oleh peneroka berhubungan secara signifikan dengan sikap terhadap Perbadanan Niaga FELDA. Rahimah Haji Ahmad (1981) membuat penyelidikan untuk melihat gaya kepimpinan guru besar di Wilayah Persekutuan. Kajian beliau mendapati sebahagian besar guru besar yang dinilai lebih tinggi di dalam dimensi tingkah laku struktur tugas. Kajian yang dibuat oleh Rahimah Ahmad dan Mohd. Yaacob Mat Nong (1988) pula, merumuskan bahawa daripada tiga kajian tempatan mengenai kepimpinan pengetua yang mereka lakukan, sebahagian besar pengetua menunjukkan gaya kepimpinan yang diingini,
  • 3. terutama sekali dari segi mementingkan struktur tugas. Salmah Ahmad (1985) telah menjalankan kajian yang bertujuan melihat hubungan gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja di kalangan pekerja yang tugas berstruktur dan tidak berstruktur. Beliau menggunakan alat ukur LBDQ-Xll dalam mendefinisikan kepimpinan dimensi timbang rasa dan pendayautamaan struktur dengan kepuasan kerja. Analisis korelasi secara subkumpulan menunjukkan struktur tugas mempunyai peranan dalam mempengaruhi hubungan tingkah laku timbang rasa dengan kriteria. Didapati di kalangan pekerja yang tugasnya berstruktur, timbang rasa mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kepuasan kerja. Kajian Tamrin Zaharudin (1995) bertujuan mengenal pasti kesan stail kepimpinan pengetua dan gelagat pengurusan mereka ke atas pencapaian akademik sekolah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara stail kepimpinan struktur tugas pengetua dengan pencapaian akademik sekolah. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kedua-dua stail kepimpinan dengan gelagat pengurusan pengetua. Yusup Taib (1996) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti persepsi guru-guru Melayu, China, dan India terhadap stail kepimpinan pengetua sekolah menengah gred A dalam daerah pentadbiran pendidikan Baling dan Sik. Dimensi stail kepimpinan pengetua dikenal pasti sama ada mempunyai pendekatan pendayautamaan struktur dan pertimbangan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara komitmen guru-guru (komitmen afektif dan komitmen penerusan) dengan stail kepimpinan pengetua pendekatan pendayautamaan struktur dan pertimbangan. Hubungan yang signifikan juga wujud di antara iklim sekolah dengan stail kepimpinan tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan stail kepimpinan yang signifikan berdasarkan ciri demografi. Hasil kajian secara jelas menunjukkan guru-guru mempunyai pengetua yang mementingkan struktur kerja berbanding pendekatan
  • 4. pertimbangan. Alageswary (1980) dalam kajiannya tentang gaya kepimpinan guru besar di Selangor dan Wilayah Persekutuan mendapati gaya kepimpinan pengetua mempunyai perkaitan yang positif dengan iklim sekolah. Iklim sekolah pula mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian pelajar. Kajian itu menunjukkan tingkah laku pengetua yang mengambil berat kepentingan staf didapati mempunyai korelasi yang positif dengan iklim sekolah. Kajian beliau juga mendapati satu pertiga daripada guru besar tersebut mengamalkan gaya kepimpinan campuran antara struktur tugas dan timbang rasa. Teo (1983) menjalankan kajian ke atas 40 orang responden dan beberapa organisasi tempatan dalam organisasi Jepun yang terletak di Zon Perindustrian Shah Alam. Kajian ini bertujuan untuk memahami faktor- faktor yang mempengaruhi gaya kepimpinan dalam organisasi berkenaan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa organisasi Jepun yang menekankan tenaga, usaha, dan keperluan-keperluan kumpulan mengutamakan gaya kepimpinan dimensi timbang rasa. Manakala gaya kepimpinan tempatan lebih cenderung ke arah dimensi struktur tugas. Suaidah Ahmad (1984), dalam kajiannya ke atas 75 orang guru di sekolah rendah dan menengah melihat hubungan gaya kepimpinan dan kepuasan kerja. Kajian mendapati guru besar megamalkan dua dimensi tingkah laku. Apabila kedua-dua dimensi dihubungkan dengan kepuasan kerja, didapati tingkah laku timbang rasa mempunyai korelasi yang positif dengan kepuasan kerja guru. Kajian yang dilakukan oleh Salam Saffar (1986) bertujuan meninjau tingkah laku kepimpinan guru besar melalui persepsi guru-guru penolongnya di sekolah-sekolah menengah di daerah Pontian dan Batu Pahat, Johor. Corak kepimpinan guru besar ditentukan oleh dua dimensi tingkah laku iaitu yang menekankan penyempurnaan tugas dan hubungan manusia yang diukur menggunakan alat ukur LBDQ. Dapatan kajian ini
  • 5. menunjukkan 70.6 peratus daripada guru besar yang terlibat dipersepsikan sebagai mempunyai tingkah laku kepimpinan yang menekankan kedua-dua dimensi penyempurnaan tugas dan hubungan manusia. 26.5 peratus dipersepsi mempunyai tingkah laku kepimpinan yang kurang menekankan hubungan manusia tetapi sebaliknya lebih menekankan kepada penyempurnaan tugas. Analisis berdasarkan dimensi menggambarkan bahawa pola tingkah laku kepimpinan guru besar yang terlibat ialah kekuatan kepada penyempurnaan tugas. Ahmad Mohammad Sharif (1989) membuat kajian ke atas 225 orang guru- guru sekolah vokasional di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan dan keberkesanan organisasi dengan kepuasan kerja. Beliau mendapati gaya kepimpinan pengetua adalah rendah dalam kedua-dua tingkah laku struktur tugas dan timbang rasa. Tahap kepuasan kerja guru juga rendah. Apabila guru-guru mereka mengamati tingkah laku struktur tugas tinggi, kepuasan intrinsik guru juga tinggi. Mohd Shaphri bin Mohd Yusof (1995) telah membuat kajian mengenal pasti persepsi guru terhadap gaya kepimpinan yang sebenarnya bagi guru besar sekolah rendah gred A di daerah Pontian, Johor. Pola gaya kepimpinan guru besar juga dikenal pasti sama ada mempunyai gaya kepimpinan “struktur tinggi dan pertimbangan tinggi”, “struktur rendah dan pertimbangan tinggi”, “ struktur tinggi dan pertimbangan rendah”, dan struktur rendah dan pertimbangan rendah”. Ciri peribadi seperti jantina, umur, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan digunakan untuk melihat sama ada wujud perbezaan signifikan dari segi persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar yang sebenarnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa 85.7 peratus daripada guru besar yang dipersepsikan oleh guru-guru sebagai mempunyai gaya kepimpinan “struktur tinggi dan pertimbangan tinggi”. Kajian yang dibuat oleh Kamaruddin Deraman (1997) bertujuan mencari perkaitan di antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua
  • 6. dengan tahap motivasi guru-guru di sekolah menengah di zon Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 222 responden, 203 (91.4%) responden membuat pengamatan bahawa pengetua mengamalkan gaya kepimpinan dimensi struktur tugas yang tinggi. Manakala 141 responden (63.5%) membuat pengamatan bahawa pengetua mereka mengamalkan gaya kepimpinan timbang rasa yang tinggi. Oleh itu, dapatan hasil kajian beliau menunjukkan guru besar mengamalkan gaya kepimpinan struktur tugas yang tinggi dan timbang rasa yang tinggi. Kajian beliau juga mendapati terdapat perkaitan di antara gaya kepimpinan (struktur tugas dan timbang rasa) dengan tahap motivasi guru-guru. Kajian Mohd. Azam Mohd. Isa (1997) bertujuan mengenal pasti persepsi guru sekolah rendah terhadap stail kepemimpinan guru besar mereka. Kajian tersebut menggunakan faktor demografi untuk melihat hubungan yang mungkin wujud dari persepsi guru terhadap stail kepemimpinan guru besar. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru dari segi jantina, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan tidak memberikan perbezaan persepsi yang signifikan terhadap stail kepemimpinan guru besar sama ada berdasarkan aspek mengadakan struktur atau pendekatan pertimbangan. Sebaliknya, guru yang berumur kurang daripada 25 tahun menunjukkan perbezaan persepsi terhadap aspek pendekatan pertimbangan berbanding dengan guru berumur antara 36 hingga 45 tahun. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati persepsi guru terhadap stail kepemimpinan guru besar, tinggi dalam kedua-dua aspek mengadakan struktur dan pendekatan pertimbangan iaitu guru besar mengamalkan stail kepemimpinan demokratik. Kajian Luar Negara Antara kajian-kajian tingkah laku kepimpinan bertimbang rasa di luar negara adalah kajian McKaig (1980). Kajian beliau bertujuan mencari
  • 7. hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan motivasi guru sekolah rendah dan menengah di Indiana. Kajian mendapati ada perkaitan antara tingkah laku kepimpinan dimensi timbang rasa dan struktur dengan keperluan keselamatan, keperluan dihargai, keperluan autonomi, dan keagungan diri. Beliau menyatakan bahawa tingkah laku pengetua yang mengamalkan orientasi kemanusiaan mungkin merupakan gaya yang berkesan dalam usaha meningkatkan motivasi orang bawahan. Matsui, Othsuke, dan Kikuchi (1978) telah menjalankan kajian ke atas 79 orang penyelia di tiga buah syarikat yang berbeza di Jepun. Hasil kajian mereka mendapati kepimpinan dalam dimensi timbang rasa mempunyai korelasi yang positif dengan nilai skor benevolence (kebajikan). Sebaliknya, kepimpinan yang berorientasikan struktur mempunyai korelasi negatif dengan skor independance (kebebasan). Gilbert (1982) membuat kajian di Saskatchewan, Kanada yang bertujuan melihat hubungan di antara gaya kepimpinan sebagaimana yang dipersepsikan oleh pengetua dan guru, dan tekanan kerja sebagaimana dipersepsikan oleh pengetua. Sampel kajian seramai 186 orang guru dan 34 orang pengetua. Kajian mendapati perkaitan antara gaya kepimpinan dengan tekanan kerja. Gaya kepimpinan yang paling dominan adalah pengetua yang mengamalkan rendah pendayautamaan struktur dan tinggi timbang rasa. Kajian Morgan (1985) menggunakan seramai 114 sampel untuk mencari hubungan gaya kepimpinan dengan Ketua Jabatan Bahasa Inggeris di maktab dan universiti terpilih di Amerika Syarikat. Kajian mendapati ketua jabatan yang membuat pengamatan kepada dekan yang mengamalkan tinggi dalam timbang rasa mendapat kepuasan kerja yang lebih. Hasil kajian Fleishman dan Harris (1989) menunjukkan kadar kepuasan kerja di kalangan pekerja adalah tinggi di bawah pemimpin yang dinilai
  • 8. tinggi dalam dimensi timbang rasa. Sebaliknya pemimpin yang dinilai tinggi dalam dimensi struktur pula mempunyai kadar kepuasan kerja yang rendah. Dalam kajian yang dilakukan oleh VanZanten (1988) untuk melihat perkaitan antara gaya kepimpinan dengan pencapaian pelajar, alat ukur Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ-Xll) digunakan bagi mengukur gaya kepimpinan dan pencapaian pelajar diukur menggunakan California Achievement Test (CAT). Gaya kepimpinan mengarah mempunyai pengaruh yang positif ke atas pencapaian pelajar. Boyer (1982) dalam kajiannya ke atas 133 responden telah menggunakan alat ukur LBDQ dan Management Position Questionnaire (MPQ). Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan yang paling berkesan dalam meningkatkan motivasi orang bawahan adalah gaya kepimpinan yang tinggi di dalam kedua-dua dimensi struktur tugas dan timbang rasa. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Tomi (1985) ke atas 309 orang kakitangan akademik dan 33 orang ketua jabatan di Universiti Akron juga menggunakan alat ukur LBDQ dan MPQ. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang tinggi di dalam kedua-dua dimensi struktur tugas dan timbang rasa mempunyai perkaitan dengan keperluan kepuasan yang tinggi. Beliau merumuskan bahawa tingkah laku pemimpin yang tinggi dalam kedua-dua dimensi struktur tugas dan timbang rasa adalah paling berkesan dalam memberi motivasi kepada pekerjanya. Kajian Riordan (1987) ke atas 222 orang guru daripada 25 buah sekolah dengan menggunakan alat ukur LBDQ dan Job Diagnostic Survey (JD) telah mengenal pasti bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara motivasi kerja guru dengan gaya kepimpinan pengetua. Mereka mencadangkan bahawa guru-guru akan lebih bermotivasi apabila pengetua mengamalkan tingkah laku timbang rasa dan struktur tugas. Manakala kajian yang dilakukan oleh Tatter, Bliss, dan Hoy (1989)
  • 9. mengenai iklim sekolah, mendapati sekolah yang mempunyai iklim yang sihat adalah dipimpin oleh pengetua yang dinamik, iaitu pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan dalam kedua-dua dimensi struktur tugas dan timbang rasa. Di bawah kepimpinan tersebut, guru-guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pengajaran, di mana guru-guru ini menetapkan satu nilai tara yang tinggi tetapi boleh dicapai. Dapatan-dapatan kajian yang telah dinayatakan sebelum ini bercanggah dengan kajian oleh Aduba-Dike (1990). Beliau menjalankan kajian ke atas 180 orang pekerja Blue Cross Blue Shield Michigan (BCBSM). Tujuan kajian adalah untuk melihat perkaitan gaya kepimpinan penyelia syarikat berkenaan dengan tahap motivasi pekerjanya. Instrumen yang digunakan adalah Profile of Organization Characteristic (POC) dan Work Motivation Inventory (WMI). Kajian ini tidak menemui apa-apa perkaitan di antara gaya kepimpinan penyelia dengan tahap motivasi pekerja.
  • 10. mengenai iklim sekolah, mendapati sekolah yang mempunyai iklim yang sihat adalah dipimpin oleh pengetua yang dinamik, iaitu pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan dalam kedua-dua dimensi struktur tugas dan timbang rasa. Di bawah kepimpinan tersebut, guru-guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pengajaran, di mana guru-guru ini menetapkan satu nilai tara yang tinggi tetapi boleh dicapai. Dapatan-dapatan kajian yang telah dinayatakan sebelum ini bercanggah dengan kajian oleh Aduba-Dike (1990). Beliau menjalankan kajian ke atas 180 orang pekerja Blue Cross Blue Shield Michigan (BCBSM). Tujuan kajian adalah untuk melihat perkaitan gaya kepimpinan penyelia syarikat berkenaan dengan tahap motivasi pekerjanya. Instrumen yang digunakan adalah Profile of Organization Characteristic (POC) dan Work Motivation Inventory (WMI). Kajian ini tidak menemui apa-apa perkaitan di antara gaya kepimpinan penyelia dengan tahap motivasi pekerja.