2. ISI KANDUNGAN
• 1.0 Pendahuluan
• 2.0 Aspek-aspek Pemikiran Tamadun Islam
• 2.1 Ilmu dan Pendidikan
• 2.2 Keluarga dan Masyarakat
• 2.3 Politik dan Keagamaan
• 2.4 Ekonomi dan Kewangan
• 3.0 Kesimpulan
3. HASIL PEMBELAJARAN
• Pelajar dapat menjelaskan aspek-aspek dalam pemikiran
tamadun Islam
• Pelajar dapat memahami dan menilai aspek kelimuan dan
Pendidikan, keluarga dan masyarakat, politik dan keagamaan
dan ekonomi dan kewangan dari konteks pemikiran
tamadun Islam
4. PENDAHULUAN
• Islam agama menyeluruh sebagai sumber lengkap dalam segenap
aspek kehidupan.
• Pemikiran Islam berdasarkan al-Quran, al-Hadith dan hasil ijtihad
ulama memimpin manusia ke arah pembinaan tamadun yang
diredhai Allah SWT.
• Aspek-aspek yang diberi penekanan dalam pemikiran Islam ialah
aspek keilmuan dan pendidikan, keluarga dan masyarakat, politik
dan kenegaraan serta ekonomi dan kewangan.
6. 2.1 KEILMUAN & PENDIDIKAN
Pengertian ilmu:
Dewan Bahasa
dan Pustaka
(Edisi keempat),
ilmu ialah
pengetahuan
mengenai hal
dunia & akhirat
begitu juga
dalam hal zahir
& batin.
Menurut Syed
Naquib al-Attas
pula: ketibaan
makna hasil
maklumat yang
benar ke dalam
diri seseorang.
Maklumat benar
& sahih itu
adalah ilmu.
7. Hirearki ilmu
Wahyu: sumber utama ilmu
pengetahuan
Pancaindera: semua pancaindera merupakan
sumber pengetahuan yang utama & amat
berguna walaupun kadang-kadang apa yang
diperolehi tidak semestinya tepat
Akal: sumber utama pengetahuan
manusia
Intuisi/Ilham: diperoleh tanpa
melalui proses pemikiran yg tertentu
9. 2.2 KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Keluarga dan masyarakat merupakan entiti
penting dalam pembinaan sesebuah tamadun.
Pakar tamadun terkemuka Islam Ibn Khaldun
menyatakan dalam Muqaddimahnya bahawa
manusia ialah makhluk sosial semulajadi. Ia
ungkapkan manusia sebagai insan madani bi
al-Tab’.
Masyarakat memberi maksud sebagai
sekumpulan orang yang hidup bersama di
sesuatu tempat dengan cara-cara dan
peraturan-peraturan tertentu.
10. • Justeru Islam melihat keluarga dan masyarakat daripada
perspektifnya sendiri berbeza dengan pandangan
masyarakat Barat.
12. HAK WANITA DALAM
PERKAHWINAN
Berkahwin &
memilih
pasangan
Mas kahwin
Nafkah zahir &
batin
Perlindungan &
kasih sayang
Membubarkan
perkahwinan
Penjagaan
anak-anak
13. • TANGGUNGJAWAB WANITA:
- Mendirikan solat 5 waktu
- Taat & setia kepada suami
- Mengasuh anak-anak
- Melaksanakan kerja-kerja rumah
- Berbuat baik kepada ibu-bapa & memelihara silaturrahim
dalam keluarga
- Menjaga kehormatan diri
- Berbuat baik dengan jiran tetangga
14. • HAK KANAK-KANAK:
- Hak ketika lahir: azan di telinga kanan, iqamah di telinga kiri,
tahnik (manis mulut dengan kurma), cukur rambut & akikah, beri
nama yang baik, hak menyusu, berkhatan
- Hak ketika membesar: ajar tentang ketuhanan, ajar solat, beri ilmu,
ajar al-Quran, didik tentang alam, didik akhlak mulia,
pembentukan tubuh yang sihat.
15. • HAK IBUBAPA:
- Keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredhaan
ibubapa
- Mentaati kedua ibubapa didahulukan daripada berjihad di
jalan Allah
- Berbuat baik kepada kedua ibubapa
- Mengutamakan ibu dalam ketaatan
16. 2.3 POLITIK & PEMERINTAHAN
Politik: ‘polis’ (negara kota), ‘siyasah’ (qiyadah-kepimpinan. Politik Islam adalah
berteraskan al-Quran & al-Sunnah
ASAS POLITIK ISLAM:
Rabbaniyyah/Ilahiyyah: kewujudan & kehebatan Allah SWT sebagai pencipta
alam ini-kuasa pemerintahan & perundangan milik Allah SWT
Al-Amanah: tanggungjawab yang diterima & keikhlasan dalam
melaksanakannya
Al-’Adalah: keadilan-asas penting dalam politik Islam
Al-Musawah: persamaan taraf-perbezaan warna kulit, keturunan bukan ukuran
penting
Al-Musyawarah: bermesyuarat/berbincang dalam memberi pandangan
Al-Hurriyyah: kebebasan bergerak, tempat tinggal, mendapat keamanan,
mengajar & menuntut ilmu
17. 2.4 EKONOMI & KEWANGAN
Sejarah ekonomi Islam bermula pada zaman Nabi Yusuf a.s melalui perancangan
ekonominya dalam menghadapi musim kemarau yang melanda pada masa itu
Istilah iqtisad merujuk kepada ekonomi Islam
Asas-asas falsafah ekonomi Islam:
Tauhid: beriman & mangakui kekuasaan Allah
Konsep Rububiyyah: mengesakan Allah sebagai satu-satunya zat yang mencipta
manusia & menguasai alam
Tazkiyyah: pembersihan untuk membentuk jiwa suci
Khilafah: manusia memegang tanggungjawab dengan melaksanakan apa yang telah
diperintahkan Allah SWT
18. Kesamaan & persaudaraan manusia: kemerdekaan individu,
persamaan hak sesama manusia, peluang/kesempatan yang
sama, hak berpolitik, hak ahli masyarakat lain
Konsep hak milik: setiap individu memiliki harta & menikmati
faedah daripadanya
Matlamat kegiatan ekonomi: pencapaian al-falah (kejayaan
dunia dan akhirat)
19. Kaedah pemilikan harta dalam Islam:
Jual beli: pertukaran harta dengan cara transaksi perniagaan
Wasiat: pertukaran hak milik selepas berlaku kematian. Hukum adalah
sunat.
Wakaf: bererti menahan dan berhenti. Istilahnya memberi maksud
penahanan hak milik atas sesuatu untuk tujuan menyedekahkan
manfaat.
Hibah: pemberian yang memberi manfaat kepada mereka yang
menerima
Hak cipta: set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu idea
dan maklumat sewenang-wenangnya.
20. PRINSIP UMUM PENGGUNAAN:
Kepercayaan tentang wujudnya
hari akhirat
Kejayaan dalam Islam
Kekayaan & harta adalah amanah
serta ujian daripada Allah SWT
21. • PILIHAN KEUTAMAAN PENGGUNAAN:
- Penggunaan sumber asli yang lebih baik
- Barang keperluan hidup
- Barang keperluan asas
- Barang keperluan kecekapan
- Barang keselesaan
- Barang mewah
- Barang merbahaya/merosakkan
• AGIHAN KEKAYAAN: HAK YANG ADIL &
SAKSAMA. FUNGSI:
- Rapatkan jurang kaya & miskin
- Penuhi keperluan individu
- Tanam rasa kasih pada jiwa penderma
22. 3.0 KESIMPULAN
• Pembinaan tamadun Islam dimulai dgn penjanaan aspek-aspek
pemikiran yang bersumberkan al-Quran & al-Sunnah
• Aspek ilmu merupakan aspek utama yang menekankan fardhu ain
& fardhu kifayah
• Sistem sosial dimulakan dengan pembinaan keluarga dan diikuti
masyarakat dan negara
• Sistem ekonomi Islam menekan aspek keadilan
• Sistem politik yang bertunjangkan tauhid terbukti dengan
kehebatan empayar tamadun Islam suatu ketika dahulu.
23. SOALAN LATIHAN
• Apakah Asas-asas Pemikiran Tamadun Islam?
• Jelaskan keluarga dalam konteks pemikiran Islam?
• Jelaskan falsafah ekonomi Islam?