Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 menetapkan hak asasi kanak-kanak secara komprehensif. Hak-hak utama termasuk hak untuk hidup, kesihatan yang baik, pendidikan, perlindungan daripada penganiayaan, dan pendapat yang sesuai dengan umur. Dokumen ini mendefinisikan tanggungjawab negara untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi.
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
hak-asasi-kanak-kanak1.ppt
1. Bidang 5: Nilai berkaitan dengan
Patriotisme
Nilai: Melindungi Hak Kanak-
Kanak
Definisi: Membela, memberi,
naungan dan memelihara hak
kanak-kanak bagi menjamin
kehidupan mereka yang
sempurna.
3. Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan
Konvensyen Hak Kanak- kanak 1989
• Ini menandakan kemuncak kerja advokasi selama
lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu
dan konsensus kerajaan- kerajaan dunia.
• Konvensyen ini adalah dokumen paling komprehensif
yang menetapkan prinsip-prinsip etika dan norma-
norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-
kanak.
• Kanak-kanak adalah lahir dengan hak asasi semua
manusia.
5. Hak untuk hidup dan berkembang
• Kanak-kanak mempunyai hak untuk
hidup dan berkembang dalam semua
aspek kehidupan mereka, termasuk aspek
jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif,
sosial dan kebudayaan.
6. Hak kepada kesihatan dan
kebajikan asas
Hidup dan berkembang
Taraf kehidupan yang memadai
Taraf kesihatan yang paling tinggi
yang dapat dicapai dan
perkhidmatan kesihatan yang
berkesan
7. Hak kepada pembelajaran, aktiviti masa
lapang dan kebudayaan
• Pembelajaran yang dapat mengembangkan sahsiah, kebolehan
bakat, mental dan fizikal ke tahap yang paling tinggi, yang
menggalakkan rasa hormat kepada keluarga, identiti
kebudayaan dan bahasa.
• Pembelajaraan yang dapat menyediakan kanak-kanak untuk
menghadapi kehidupan sebagai seorang dewasa yang lengkap
dan aktif.
8. Hak kepada perlindungan khusus
• Hak untuk dilindungi dalam keadaan darurat seperti pertempuran
bersenjata
• Apabila kanak-kanak dalam keadaan berkonflik dengan undang-
undang.
• Dalam situasi kanak-kanak dieksploitasi seperti dijadikan buruh,
penyalahgunaan dadah, eksploitasi atau penderaan seksual,
penjualan, perdagangan dan penculikan.
• Hak untuk dilindungi dari diskriminasi dalam apa jua bentuk
9. Hak sivil dan kebebasan
• Hak untuk memilki nama dan kewarganegaraan
• Kebebasan memberi pandangan, pendapat, suara hati dan agama
(dengan menghormati hak-hak dan tanggungjawab ibu bapa dan
penjaga).
• Hak untuk bergabung dan berkumpul secara aman (dengan
menghormati hak-hak dan reputasi orang-orang lain atau bagi
perlindungan keamanan kebangsaan atau ketenteraman awam atau
kesihatan awam atau moral).
• Perlindungan daripada penyeksaan atau perlakuan atau hukuman
yang kejam dan tidak berperikemanusiaan
11. Hak untuk hidup.
Hak kepada permakanan yang cukup, badan yang
sihat dan aktif.
Hak untuk memiliki nama dan kewarganegaraan.
Hak untuk diberi perlindungan terhadap
penganiayaan, eksploitasi, pengabaian, keganasan
dan bahaya.
Hak untuk melahirkan pandangan dan diberikan
pertimbangan sewajarnya menurut umur dan
kedewasaan.
Hak menerima maklumat (lisan, bertulis atau
bercetak) terutamanya yang bermaksud untuk
menggalakkan kesejahteraan sosial, keagamaan dan
moral dan kesihatan jasmani dan mental kanak-
kanak.
12. Hak untuk tidak dipisahkan daripada
ibu bapa (melainkan difikirkan
mustahak demi kesejahteraan kanak-
kanak itu).
Hak untuk dijaga (ibu bapa
bertanggungjawab untuk
memastikan keadaan hidup yang
perlu bagi perkembangan kanak-
kanak itu, mengikut kemampuan dan
keupayaan mereka).
Hak untuk berehat dan bermain dan
mempunyai peluang yang sama bagi
aktiviti-aktiviti kebudayaan dan
kesenian.
Hak tidak boleh dihukum mati atau
dipenjara seumur hidup tanpa
kemungkinan dibebaskan