Moral

592 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Moral

  1. 1. DEFINISI ETIKA Perkataan etika berasal daripada bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu puladiambil dari bahasa ethos yang membawa maksud cara hidup atau adat resam. Etikaditakrifkan sebagai suatu kajian sains tentang kelakuan manusia dalam masyarakat. Iamerupakan suatu bidang pentafsiran tingkah laku manusia sebagai benar atau salah, baikatau buruk dan patut atau sengaja. Etika mangkaji standard-standard yang digunakan untuk menentukan samadatingkah laku manusia itu betul atau salah. Tingkah laku manusia merangkumi tindakansengaja atau tindakan yang boleh dikawal. Tindakan sengaja termasuk tindakan yangdilakukan dengan suatu niat.Contoh : Seorang guru pelatih yang belajar bersungguh-sungguh kerana niat hendak lulusdengan cemerlang dalam peperiksaan. Tindakan sengaja juga termasuk tindakan yang dilakukan secara tidak disedarioleh pelaku itu.Contoh 1 : Seorang kanak-kanak yang suka manghisap jarinya. Pelaku itu boleh memilikuntuk memberhentikan tindakannya itu.Contoh 2 : Seorang peniaga stesen minyak ytang mencampurkan minyak petroleumnyadengan minyak tanah dengan tujuan mendapatkan keuntungan yang lebih. Peniaga itumungkin memberi alasan bahawa perbuatan penipuan seperti ini dilakukan sejak ayahnyamemulakan perniagaan itu. Jadi amalan menipu itu sebenarnya diwarisi daripada ayahnyasecara tidak disedari. Soal etika bukan sahaja merujuk kepada niat amalan menipu itutetapi soalnya ialah sama ada pelaku itu dapat mencegah atau memberhentikan penipuanitu. Jika dia dapat memberhentikan amalan itu, maka tindakan peniaga itu boleh dianggap
  2. 2. baik atau betul. Dalam bidang etika, tingkah laku itu boleh juga merangkumi aktiviti-aktiviti dalaman seperti motif dan keinginan seseorang itu sert aktiviti-aktiviti luaranseperti kata-kata atau pergerakan individu itu. Tingkah laku yang dikaji meliputi tingkahlaku di dalam masyarakat serta tingkah laku yang mempengaruhi ahli-ahli di dalammasyarakat itu. Dalam konteks hari ini, perkataan moral atau kemoralan merujuk kepada tingkahlaku seseorang itu, manakala etika merujuk kepada kajian mengenai tingkah laku moral.ETIKA NORMATIF DAN METAETIKAETIKA NORMATIF♂ Satu kajian yang menekankan sifat perlakuan yang unggul dan sepatutnya diterima oleh semua orang.♂ Nilai-nilainya iaitu kebersihan, sikap belas kasihan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, hormat-menghormati dan sebagainya.♂ Bertujuan mencari normal atau standard bagi suatu tindakan supaya manusia boleh memilik tindakan-tindakan mereka dengan kefahaman yang lebih mendalam. Mereka akan berupaya menilai secara kritis amalan-amalan yang terdapat di dalam satu-satu masyarakat itu.♂ Kajian mangenai prinsip-prinsip yang menentukan bentuk-bentuk tingkah laku moral manusia dan bertujuan mencari satu standard bagi tindakan kita dapat memilih sesuatu tindakan dengan lebih bijaksana.
  3. 3. METAETIKA♂ Menkaji pertanyaan-pertanyaan mengenai cara-cara hidup kita.♂ Menumpukan pada masalah-masalah utama di dalam etika. Masalah itu adalah seperti yang berikut : 1. Apakah itu perlakuan manusia yang paling baik dan yang boleh dicontohi oleh kita semua? 2. Di manakah letaknya punca maklumat mengenai perlakuan yang baik itu ? 3. Apakah motif-motif yang melahirkan perlakuan yang baik itu ? 4. Apakah dasar perlakuan moral yang hendak digunakan?♂ Bahasa yang digunakan di dalam satu sistem etika serta jenis penaakulan yang digunakan untuk memberi justifikasi kepada kenyataan-kenyataan etika.♂ Menekankan kajian tentang masalah-masalah yang wujud dalam etika. Masalah ini termasuk perlakuan manusia yang paling baik dan menjadi teladan metaetika adalah suatu dasar perlakuan moral yang digunakan oleh seseorang individu.KONSEP ETIKAPelbagai faktor bertanggungjawab mempengaruhi etika. Antara yang penting ialah :Manusia♀ Merupakan makhluk yang keistimewaan yang manjadikan oleh Allah S.W.T yang mengatasi makhluk lain.♀ Keistimewaan itu dilambangkan dengan penganugerahan akal, bahasa kebudayaan dan beretika.
  4. 4. ♀ Allah S.W.T telah menjadikan manusia itu berbeza di antara sesama mereka dari segi fizikal, mental, rezeki, ilmu dan sebagainya.♀ Keistimewaan manusia yang mengatasi makhluk lain yang diutarakan di dalam buku ini ialah fitrahnya yang berkeupayaan etika sama ada yang baik atau yang jahat ke kadar yang maksimum.♀ Dengan fizikal yang sihat manusia boleh memberukan pertolongan dalam bentuk tenaga kepada amal kebajikan dan berpotensi bekerja keras untuk mencari harta.Naluri♀ Manusia sejak lahir ke dunia dianugerahi oleh Allah S.W.T dengan pelbagai naluri yang bersifat fitrah atau semula jadi.♀ 5 naluri utama ialah 1. Naluri makan. Sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan ke dunia ia menangis kerana memerlukan makanan apabila lapar. 2. Naluri perkahwinan. Apabila ia menjadi dewasa ia keinginan untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga atau hidup berkeluarga untuk memenuhi naluri seksualnya. 3. Naluri suka kepada anak. Setelah rumah tangga didirikan, ia suka untuk mendapat cahaya mata dan bertanggungjawab memelihara, mendidik dan memberikan kasih sayang kepada mereka. 4. Naluri pertahankan diri dari gangguan dan membela diri dari kabatilan. 5. Naluri ketuhanan. Dimana di dalam diri manusia sejak lahir telah dijadikan oleh Allah S.W.T naluri untuk mencari, berfikir dan cintakan hal ketuhanan atau alam ghaib serta segala yang berkaitan dengannya.
  5. 5. ♀ Mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan etika. Hal ini disebabkan ia merupakan satu unsur yang boleh bila-bila masa yang dipergunakan untuk tujuan kebaikan dan digunakan pada jalan kejahatan.Adat dan kebiasaan♀ Nilai yang telah diterima oleh majoriti dan diamalkan oleh sesuatu masyarakat atau nilai bersama di sesuatu tempat.♀ Mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan etika sama ada baik atau buruk. Contohnya ialah sifat suka tolong-menolong dalam melakukan amal kebajikan dan menjauhi perkara yang keji merupakan etika yang mulia yang lahir dari adat dan kebiasaan.Keturunan♀ Bentuk fizikal, keupayaan mental dan sebagainya yang dimiliki oleh seseorang yang merupakan warisan dari ibu bapanya merupakan faktor yng tidak kurang penting dalam pembentukan etika yang mulia dan sebaliknya.Persekitaran♀ Terbahagi kepada 2 iaitu kebendaan serti iklim, faktor geografi dan sebagainya dan kerohanian seperti pergaulan dan sebagainya.♀ Termasuk dalam persekitaran yang mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan etika ialah rumah tangga, sekolah, pekerjaan, organisasi sosial, perdagangan, ekonomi, sosial umum, media massa dan sebagainya.♀ Termasuk juga dalam persekitaran ialah alam semula jadi, tingkah laku, nilai budaya, warisan, adat, pengalaman individu dan pengalaman masyarakat.
  6. 6. Azam♀ Azam ialah cita-cita , dedikasi, keinginan yang kuat, kemahuan yang tinggi sabar tabah dan rasa bertanggungjawab yang dimiliki oleh seseorang juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi pembentukan etika.Suara hati♀ Setiap manusia dianugerahi oleh Allah S.W.T dengan suara hati yang sekali gus bersifat fitrah.♀ Merupakan hati kecil yang bersifat batin yang boleh sama ada menggalakkan seseorang itu beretika mulia atau sebaliknya.♀ Dari segi fitrah asalnya ia sentiasa cintakan ketuhanan, kebenaran, kebaikkan dan etika mulia.Pendidikan.♀ Terbahagi kepada 2 iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal♀ Pendidikan formal ialah di sekolah dari peringkat rendah hinggalah ke pengajian tinggi.♀ Pendidikan tidak formal ialah pendidikan di rumah dan masyarakat.♀ Kedua-dua jenis memainkan peranan penting ke arah pembentukan etika yang mulia.KESIMPULAN Etika mestilah melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula harus mempunyaikecenderungan, sikap, sifat dan ciri-ciri watak yang cemerlang serta murni. Kemoralan
  7. 7. dan kemuliaan akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan mempunyaiperikemanusiaan. MUSTAFA HAJI DAUD, Etika Pengurusan (1996), Sanon Printing Corporation SDN BHD, Kuala Lumpur. Ee Ah Meng, N. Rajendran, Pendidikan Moral (Dinamik Guru) (1994), Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD Kuala Lumpur. Tam Yeow Kwai, Konsep Dan Program Pendidikan Moral (1996), Kumpulan Budiman SDN. BHD, Kuala Lumpur.

×