SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
1
1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
September
2013
2 ½ jam
SMK KAMPUNG GELAM , Melaka
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
TAHUN 2013
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman.
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2
2
Soalan 1: Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah
melestarikan teknologi hijau dan kekangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perubahan iklim dunia ketika ini mengakibatkan beberapa fenomena yang boleh
mengancam kehidupan manusia jika tidak ditangani dengan segera. Kenaikan aras laut, lapisan
ozon yang semakin menipis, pencairan bongkah ais, kejadian ribut dan gempa bumi adalah
antara fenomena yang menakutkan umat sejagat. Lantaran itu, pemimpin tertinggi negara ini
bersepakat memberikan komitmen dan tindakan jitu untuk bersama-sama mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau.
Di negara kita, teknologi hijau sedang berkembang penggunaannya dalam pelbagai
bidang. Kerajaan sendiri memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 bilion dalam belanjawan 2010
bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau. Faedah teknologi hijau ini begitu banyak
seperti meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan populasi serta mengurangkan
perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap pencemaran yang berlaku. Penggunaan teknologi
hijau mampu merangsang inovasi dan perubahan cara hidup seharian manusia. Kerajaan turut
menstruktur semula dan menambah fungsi beberapa kementerian seperti mewujudkan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Untuk memastikan adanya penyelarasan di
peringkat tertinggi, kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau.
Untuk membantu kerajaan melaksanakan dasar teknologi hijau, remaja ada peranan
mereka sendiri. Golongan remaja sebagai pewaris negara ini hendaklah mengimplementasikan
dasar teknologi hijau dalam kegiatan seharian. Remaja hari ini mempunyai tanggungjawab besar
bagi menjaga bumi tercinta. Remaja mesti menghayati pendidikan mengenai teknologi hijau,
khususnya tonggak dan objektif yang menjadi dasar teknologi hijau. Sebenarnya, sebahagian
besar rakyat Malaysia masih belum mempunyai kesedaran yang tinggi dan mendalam tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau. Misalnya, plastik, kaca,
kertas dan sisa makanan tidak dibuangkan di dalam tong yang berasingan. Oleh hal demikian,
kanak-kanak seawal usia rebung mesti dididik untuk menghargai alam semula sekitar.
Tidak ada gunanya kerajaan memperuntukkan bajet bagi mempromosikan teknologi hijau
jika kita semua tidak menukar minda. Semua pihak hendaklah mempraktikkan teknologi hijau
dari rumah, bermula dalam lingkungan keluarga dan rakan. Tentu ada antara kita yang pernah
melihat atau didedahkan kepada kempen pembuangan sampah. Amalan kitar semula melalui
penyediaan empat tong sampah berasingan di setiap kawasan kejiranan dimanfaatkan
sepenuhnya oleh masyarakat.
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2
3
Tegasnya, penjagaan alam sekitar bukan tanggungjawab kerajaan. Sebaliknya,
tanggungjawab dan amanah menjaga alam sekitar untuk kehidupan kini dan masa depan mesti
dipikul bersama-sama. Hakikatnya, kita meminjam dunia hari ini daripada generasi masa
hadapan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
‘Teknologi Hijau, Peranan Remaja Dituntut oleh
Muhamad Haffy Zikry, Dewan Siswa , Februari 2010)
Soalan 2: Pemahaman
[ 35 markah ]
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengimplementasikan dasar ? [ 2 markah ]
(ii) Apakah faedah-faedah teknologi hijau? [ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah program kitar semula kurang mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat? [ 4 markah ]
1103/2 [Lihat halaman sebelah]
1103/2
4
Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Mengapakah Mak Timah mengambil anak Siew Lan? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai
diambil untuk membendung gejala pembuangan bayi ? [3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan
satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]
1103/2 [Lihat halaman sebelah]
1103/2
“Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu,” “Kalau tak ada orang mahu
dia mahu buang itu budak,” Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat
mendengar penerangan bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu
menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib
bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak
Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak
itu akan dibuang. Dia belas pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah
terfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika
pandai dibela akan besar juga nanti budak itu.
“Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit
angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit.” Bibik
membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah
terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh
ringgit pada masa itu, lumayan betul.
“Ambillah mak, ambillah. Jah nak adik, Jah nak adik!” Katijah merengek,
meminta dia mengambil anak Siew Lan.
(Dipetik daripada
Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’
Oleh Mohamed Latiff Mohamed
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
5
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud aku bercintakan anakku.
[2 markah]
(ii) Apakah yang berlaku terhadap Tuan Puteri Cenderawati
sepanjang ketiadaan Indera Nata?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak
kepada seorang ibu?
[3 markah]
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2
Maka kata inang pengasuh itu, “Sungguhlah tuan puteri itu beranak
seorang laki-laki bernama Indera Nata tetapi sekarang ini Indera Nata itu telah
lamalah sudah hilang disuruh oleh Raja Rom pergi mencari gajah
bergandingkan emas serta tuan puteri tujuh orang.”
Maka kata Indera Nata, “Hai mak inang, akulah ini Indera Nata serta
tuan puteri tujuh orang itu dan adalah aku bawa ini!”
Mak mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi
memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya menengar
Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.
Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang
itu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat
anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya,
“Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun
selama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidur
daripada sangat aku bercintakan anakku ini!”
Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada
bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya, “Hai anakku
Indera Nata, betapakah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan
puteri sekalian?”
(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata”
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
6
Soalan 2 (d) - Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
ADAT SEZAMAN
Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
terlalu indah apabila dipandang
terlalu mulia apabila diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
si tua tersenyum mesra
memandang teruna dara
sama cantik sama padan
berganding bersama
di singgahsana ...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
santun sang dara
dan warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
berganding tanpa silu
tanpa hormat
tanpa batasan
adat sezaman di tinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan.
Wan Nazihah Wan Abdullah
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.
(i) Mengapakah kehidupan anak muda sekarang berubah? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat
dilakukan untuk membendung budaya kuning daripada mempengaruhi
generasi muda sekarang? [3 markah]
(iii) Berikan tiga pengajaran yang diperoleh daripada sajak di atas. [4 markah]
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2
7
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan
maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) bunga
(ii) haus
(iii) gugur
[6 markah]
(b) Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asal ayat
tersebut.
(i) Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya untuk kenduri tahlil.
(ii) Penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau bersama-sama
dengan angkatan tentera.
(iii) Tsunami telah melanda Acheh dan Jepun selepas berlakunya gempa bumi berskala
besar.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal
pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula. Anda tidak
boleh mengubah struktur dan maksud asal ayat tersebut.
(i) Guru-guru hendaklah memperkukuhkan ilmu saikologi bagi menghadapi murid pada
zaman teknologi maklumat.
(ii) Hajjah Rogayah telah menghadiahkan anak tunggalnya sebuah rumah sempena ulang
tahun kelahiran anaknya itu.
(iii) Gejala hedonisme telah mempengaruhi remaja kita dengan pelbagai pembuatan yang
bersifat anti-sosial.
[6 markah]
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2
8
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis
ayat itu semula. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa itu.
(i) Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan ekonomi
yang tidak menentu.
(ii) Murid diminta berdiri untuk menyanyikan lagu patriotik bagi penghormatan kepada
negara.
(iii) Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah akan diberikan kenaikan darjat sempena sambutan
Hari Guru Malaysia pada tahun ini.
[ 6 markah ]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Kedudukan pekerja Syarikat ABC seperti ………………………… kerana kedudukan
kewangan syarikat amat kritikal.
(ii) Semua ahli masyarakat hendaklah bergotong-royong bak kata orang tua-tua
……………………………………………..
(iii) Ibu bapa mesti mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa sejak kecil bak kata
pepatah ………………………………….
1103/2 [ Lihat halaman sebelah ]
1103/2
9
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karta Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kabus di Perkukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(vii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam
novel tersebut.
[7 markah]
(b) Jelaskan satu nilai ketabahan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[8 markah]
Kertas Soalan Tamat
10
SKEMA JAWAPAN
Markah penuh : 110 markah
Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada :
(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa- 10 markah
(a) Isi [20 markah]
Nota :
(i) Panduan mengira perkataan.
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :
 Nama khas
 Perkataan berulang
 Penggunaan kata sendi di dan ke
 Tarikh
 Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
 Gelaran
(ii) Kira dan tanda jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak
perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian Markah Markah
(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16
(ii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup/
Kesimpulan
2
Jumlah Markah 20
11
Soalan 1: Rumusan
Pendahuluan:
Petikan membincangkan cara-cara / usaha-usaha / tindakan-tindakan /
modus operandi melestarikan teknologi hijau di negara kita / di negara ini /
di negara Malaysia.
2 m
Isi Tersurat ( Langkah-langkah melestarikan teknologi hijau )
1. pemimpin tertinggi negara ini bersepakat memberikan komitmen dan
tindakan jitu untuk bersama-sama mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau. 2 m
2. kerajaan sendiri memperuntukan dana sebanyak RM1.5 bilion dalam
belanjawan 2010 bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau. 2 m
3. kerajaan turut menstruktur semula dan menambah fungsi beberapa
Kementerian 2 m
4. kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau.
5. golongan remaja sebagai pewaris negara ini hendaklah
mengimplementasikan dasar teknologi hijau. 2 m
6. remaja mesti menghayati pendidikan mengenai teknologi hijau 2 m
7. anak-anak mesti dididik seawal usia rebung untuk menghargai
alam sekitar. 2 m
8. semua pihak hendaklah mempraktikkan teknologi hijau dari rumah,
bermula dalam lingkungan keluarga dan rakan. 2 m
9. Amalan kitar semula melalui penyediaan empat tong sampah
berasingan di setiap kawasan kejiranan dimanfaatkan
sepenuhnya oleh masyarakat. 2 m
Isi tersirat: ( kekangan melanksanakannya )
a. ibu bapa tidak mendidik anak-anak mengamalkan teknologi hijau 2 m
b. kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan teknologi hijau 2 m
c. kerajaan kurang bajet melaksanakan projek teknologi hijau 2 m
d. teknologi hijau kurang diterap dalam sekolah 2 m
e. pihak peniaga mementingkan keuntungan berbanding memelihara
alam sekitar 2 m
[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
Penutup:
Kesimpulannya, (isu) langkah-langkah melestarikan teknologi hijau
hendaklah / haruslah / (cadangan) diperkasa / diberikan perhatian /
dipraktikkan bersungguh-sungguh supaya / agar / untuk / demi /
(harapan ) negara kita selamat daripada musibah / hidup kita harmoni. 2 m
12
(b) Bahasa [10 markah]
Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut :
Peringkat Markah
Isi
Markah
Bahasa
Huraian
Baik 18 – 20
15 – 17
9 – 10
7 - 9
- Kesinambungan isi baik
- Struktur ayat / tatabahasa baik
- Kosa kata luas
- Tanda bacaan/ejaan betul
Sederhana 12 – 14
8 – 11
6 – 7
4 - 6
- Kesinambungan isi masih baik
- Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan
- Kosa kata masih memuaskan
- Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan
Lemah 1 – 7 1 - 4 - Pada keseluruhannya dalam serba
kekurangan/ tidak memuaskan
Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.
[Markah bahasa maksimum : 10 markah]
13
Soalan 2
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada :
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah
Perhatian bagi soalan 2 (a) hingga soalan 2(d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul,
berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.
Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman
1. Soalan 2 markah
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
- jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1
- jawapan tidak tepat/salah 0
2. Soalan 3 markah
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap /relevan dengan tugas dan ayat
Gramatis
3
- isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis
- isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2
- isi tidak cukup/ kurang dan ayat kurang gramatis 1
- isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0
3. Soalan 4 markah
DESKRIPSI MARKAH
- isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat
Gramatis
4
- isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0
14
Soalan 2 (a): Petikan Rumusan
(iv) Berikan maksud rangkai kata mengimplementasikan dasar ?
maksudnya: proses melaksanakan / mengusahakan /melakukan
keputusan / ketetapan / prinsip yang ditetapkan
[ 2 markah ]
(v) Apakah faedah-faedah teknologi hijau?
- meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan populasi 1 m
- mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap 1 m
pencemaran yang berlaku.
- merangsang inovasi dan perubahan cara hidup seharian manusia. 1 m
[ 3 markah ]
(vi) Pada pendapat anda, mengapakah program kitar semula kurang mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat?
- kurangnya kempen dalam kalangan masyarakat 1 m
- ibu bapa tidak menunjukkan teladan kepada anak-anak berkaitan
amalan kitar semula 1 m
- penguatkuasaan kurang berkesan. 1 m
- tidak mendapat sokongan daripada pihak lain seperti media massa,
pihak swasta dan lain-lain. 1 m
[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
[ 4 markah ]
15
Soalan 2 (b): Petikan Cerpen
(i) Mengapakah Mak Timah mengambil anak Siew Lan?
- Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh
Mak Timah mengambil budak itu. 1 m
- Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. 1 m
- hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. 1 m
- dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. 1 m
- Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. 1 m
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai diambil untuk membendung
gejala pembuangan bayi ?
- menanamkan nilai dan hukum agama pada masyarakat. 1 m
- masyarakat mesti prihatin dengan tindakan remaja di sekeliling. 1 m
- kerajaan menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka. 1 m
yang membuang bayi dengan tegas. 1 m
- Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. 1 m
[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain
daripada keseluruhan cerpen.
Dalam petikan:
- persoalan tentang belas kasihan sesama manusia tanpa
mengira agama dan bangsa. Mak timah sanggup membela
Pungut walaupun seorang anak cacat dan berbeza agama. 1+1 m
Dalam cerpen:
- persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak
yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak
tersebut cacat dan dikatakan membawa sial. 1+1 m
- persoalan tentang ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab
yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat
walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 1+1 m
[ 4 markah ]
16
Soalan 2 (c): Petikan Prosa Tradisional
(i) Berikan maksud aku bercintakan anakku.
- maksudnya : Tuan Puteri Cenderawati rindu akan Indera Nata.
dia merindui puteranya / anaknya
[ pilih satu jawapan sahaja ]
[2 markah]
(ii) Bagaimanakah keadaan Tuan Puteri Cenderawati
sepanjang ketiadaan Indera Nata?
- tidak mahu makan
- tidak mahu minum
- tidak mahu / boleh tidur
- sangat merindui Indera Nata
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak
kepada seorang ibu?
- menziarahi ibu selalu
- mendoakan kesejahteraan untuk ibu
- beri duit belanja
- bawa ibu melancong / mengerja umrah / haji
[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
[3 markah]
17
Soalan - 2 (d): Sajak
(i) - peradaban zaman semakin berlalu.
- adat sezaman di tinggal jauh / zaman sudah berlalu.
- adat agama dipandang remeh.
- adat kuning jadi ikutan.
[ Maksimum: 2 markah ]
(ii) - berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai-nilai timur.
- ibu bapa mendidik dan membimbing anak-anak.
- ibu bapa memantau aktiviti anak-anak.
- masyarakat prihatin terhadap aktiviti remaja.
- pihak berkuasa mengadakan program ceramah dan motivasi/ kempen budi bahasa dan
nilai-nilai murni.
- media menyiarkan program yang berfaedah.
- kerajaan mengawal program-program yang disiarkan oleh pihak media.
- penguatkuasaan undang-undang bagi menyekat media negatif.
[ Maksimum: 3 markah ]
(iii) - Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh pada ajaran agama kerana adat dan
agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan
perkara yang melanggar norma-norma hidup.
- Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh, iaitu remaja mempunyai nilai jati
diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran.
- Kita hendaklah bijak memilih pasangan kerana seseorang yang rasional akan memilih
pasangan yang berpegang teguh pada ajaran agama / adat dan budaya bangsa supaya
terhindar daripada pergaulan bebas.
- Kita janganlah terpengaruh dengan budaya kuning kerana budaya kuning merosakkan
nilai-nilai moral yang baik.
- Anak muda hendaklah menjauhi pergaulan bebas supaya tidak mencemarkan maruah
diri.
[ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ]
[ Maksimum: 4 markah ]
18
Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada :
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3(a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah
bagi setiap ayat.
7.Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan
sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah bagi ayat tersebut sahaja.
Jawapan 3(a)
(i) bunga
- kuntum yang keluar daripada batang atau tangkai pokok
- laba / keuntungan daripada pelaburan
- langkah silat
(ii) haus
- dahaga / berasa kering tekak dan ingin minum
- kurang tebalnya atau besarnya / menipis seperti tapak kasut, tayar kerana digosok
(iii) gugur
- jatuh / luruh seperti buah-buahan
- mati / meninggal dunia / terkorban dalam peperangan
Jawapan 3(b) Menukar ayat kepada ayat Songsang
(i) Untuk kenduri tahlil, Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya.
19
(ii) a. Bersama-sama dengan angkatan tentera, penduduk kampung telah mengadakan
gotong-royong membina surau.
b. Dengan angkatan tentera, penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong
membina surau bersama-sama.
(iii) Selepas berlakunya gempa bumi berskala besar, Tsunami telah melanda Acheh dan
Jepun.
[ 6 markah ]
Jawapan 3(c)
(i) saikologi - psikologi
memperkukuhkan - memperkukuh
(ii) Hajjah - Hajah
menghadiahkan - menghadiahi
(iii) anti-sosial - antisosial
pembuatan - perbuatan
[ Maksimum: 6 markah ]
Jawapan 3(d)
(i) kemiskinan - kegawatan
saling bantu-membantu - saling membantu
(ii) patriotik - rasmi
bagi - sebagai
(iii) darjat - pangkat
Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah - Pengetua-Pengetua Sekolah
[ Maksimum: 6 markah ]
Jawapan 3(e) Peribahasa
(i) abu di atas tunggul
(ii) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(iii) melentur buluh biarlah dari rebungnya.
[ Maksimum: 6 markah ]
20
Soalan 4
Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi soalan 4
(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari
ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
iii) Beri 2 markah bagi setiap isi yang lengkap/ jelas (pernyataan dan huraian/contoh)
iv) Beri 1 markah bagi isi yang kurang lengkap/ kurang jelas
v) Markah isi maksimum 4 markah
vi) Markah bahasa maksimum 3 markah
vii) Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana: 2 markah
Lemah : 1 markah
viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah
[Maksimum : 7 markah]
(b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
(iii) Beri 1 markah untuk pernyataan
(iv) Berikan 2 markah untuk pernyataan dan huraian/contoh
(v) Markah isi maksimum 6 ( 3 isi x 2 markah)
(vi) Markah bahasa maksimum 2 markah
(vii) Markah bahasa diberi secara impression
(vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
(viii) Calon tidak menjawab 0 markah
[Maksimum : 8 markah]
21
Jawapan Soalan 4
(a) Tema
1. Tema novel Renyah Konflik Kekeluargan -
i. Dato Dolhi tertekan dengan sikap anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan
perniagaannya.
ii. Dato Dolhi tertekan dengan tingkah laku anak-anaknya seperti Hasnol yang terlibat
dengan rasuah, Dani terlibat dengan dadah, Ilham terlibat dengan demontrasi haram
dan Mukhlis terlibat dengan ajaran songsang.
iii Datin Tominah tidak menerima hakikat bahawa suaminya mempunyai isteri lain.
iv. Datuk Dolhi rasa bersalah kerana tidak membesarkan anaknya Wahi.
v. Anak-anak Datuk Dolhi bertengkar sesama sendiri tentang sikap dan pendirian
masing-masing.
2. Tema novel Sutera Dalam Lukisan ialah konflik jiwa : -
i. Bujei mengalami konflik jiwa sehingga menjadi abnormal kerana dia dituduh telah
menyebabkan ibunya meninggal dunia.
ii. Adila membawa diri ke kampung kerana mengalami kekecewaan apabila
kekasihnya berkahwin.
iii. Alias mengalami konflik jiwa sehingga menjadi tidak siuman apabila pinangannya
ditolak oleh Adilah.
iv. Harun mengalami konfliks jiwa apabila kehendaknya untuk mendapatkan tanah
pusaka Bujei tidak mendapat sokongan Sidang Saman
(b) 1. Nilai ketabahan dalam novel Renyah :
i. Datuk Dolhi tabah menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu mendengar
nasihatnya.
Contoh: Hasnol tidak mahu berhenti kerja bagi menyambung usaha Datuk Dolhi dalam
perniagaan.
ii. Datuk Dolhi tabah menghadapi dugaan apabila nama baiknya tercemar. Misalnya:
Hasnol diburu oleh pihak berkuasa kerana terlibat dengan rasuah dan Dani ditangkap
kerana terlibat dengan najis dadah.
22
iii.Datuk Dolhi tabah menghadapi perlakuan isterinya Datin Tominah.
Misalnya: Datin Tominah marah apabila mengetahui Datuk Dolhi mempunyai anak dan
isteri lain.
iv. Datuk Dolhi tabah menyelamatkan anak-anaknya.
Contohnya: Datuk Dolhi mencari Mukhlis dan dihantar ke hospital dan menghantar
Dani ke Pusat Pemulihan Dadah.
2. Nilai ketabahan dalam novel Sutera Dalam Lukisan :
i. Adilah tabah menghadapi putus tuning.
Misalnya: Adilah telah membawa diri ke kampung bagi mencari ketenangan apabila
tunangnya berkahwin dengan orang lain.
ii. Adilah tabah menghadapi tomahan dan fitnah
Misalnya: Adilah tabah menghadapi tomahan dan fitnah berikutan usahanya
memulihkan Bujei.
iii.Bujei tabah menghadapi kepayahan hidup.
Contohnya: Bujei tabah menghadapi hidup sebagai anak yatim-piatu dan berada dalam
kemiskinan.
iv. Adilah tabah memulihkan Bujei.
Adilah sabar dan tabah berusaha memulihkan Bujei dan akhirnya, usaha beliau berjaya.
PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

More Related Content

What's hot

Krgn psg siap
Krgn psg siapKrgn psg siap
Krgn psg siap
syuisma
 
Paket 3 pred 3 smp b
Paket 3 pred 3 smp bPaket 3 pred 3 smp b
Paket 3 pred 3 smp b
mardiyanto83
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan Karangan
PAKLONG CIKGU
 
soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
 soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012 soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
Edi Topan
 
011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9
zalinatina
 

What's hot (19)

Krgn psg siap
Krgn psg siapKrgn psg siap
Krgn psg siap
 
Paket 3 pred 3 smp b
Paket 3 pred 3 smp bPaket 3 pred 3 smp b
Paket 3 pred 3 smp b
 
Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
Bm percubaan upsr (bm 1) 2017 kl
Bm percubaan upsr (bm 1) 2017 klBm percubaan upsr (bm 1) 2017 kl
Bm percubaan upsr (bm 1) 2017 kl
 
B. INDONESIA_UM_2020_MTs AL-FARISY_
B. INDONESIA_UM_2020_MTs AL-FARISY_B. INDONESIA_UM_2020_MTs AL-FARISY_
B. INDONESIA_UM_2020_MTs AL-FARISY_
 
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
 
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaLatihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan Karangan
 
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskiniRangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
Tip kolej sas kertas 1
Tip kolej sas kertas 1Tip kolej sas kertas 1
Tip kolej sas kertas 1
 
1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
 soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012 soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
 
2 teknik menjawab kertas 2
2 teknik menjawab  kertas 22 teknik menjawab  kertas 2
2 teknik menjawab kertas 2
 
011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9
 
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMABm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
 
Soal siap un bin smp 2011 kode a 4
Soal siap un bin smp 2011 kode a 4Soal siap un bin smp 2011 kode a 4
Soal siap un bin smp 2011 kode a 4
 

Viewers also liked

Koleksi soalan matematik spm
Koleksi soalan matematik spmKoleksi soalan matematik spm
Koleksi soalan matematik spm
ruhanaahmad
 
Peperiksaan pertengahan tahun t4 2012 (2)
Peperiksaan pertengahan tahun t4 2012 (2)Peperiksaan pertengahan tahun t4 2012 (2)
Peperiksaan pertengahan tahun t4 2012 (2)
normalamahadi
 
Soalan Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan 4
Soalan Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan 4Soalan Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan 4
Soalan Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan 4
Mujaheedah Solehah
 

Viewers also liked (20)

Sains spm trial kertas 1 2013
Sains spm trial kertas 1 2013 Sains spm trial kertas 1 2013
Sains spm trial kertas 1 2013
 
Add maths p2 trial spm 2013
Add maths p2 trial spm 2013Add maths p2 trial spm 2013
Add maths p2 trial spm 2013
 
Bi paper 1 spm trial 2013
Bi paper 1 spm trial 2013Bi paper 1 spm trial 2013
Bi paper 1 spm trial 2013
 
Kimia kertas 1 trial spm 2013
Kimia kertas 1 trial spm 2013Kimia kertas 1 trial spm 2013
Kimia kertas 1 trial spm 2013
 
Sejarah k1 spm trial 2013
Sejarah k1 spm trial 2013Sejarah k1 spm trial 2013
Sejarah k1 spm trial 2013
 
Kimia kertas 2 trial spm 2013
Kimia kertas 2 trial spm 2013 Kimia kertas 2 trial spm 2013
Kimia kertas 2 trial spm 2013
 
Sejarah k2 spm trial 2013 baru
Sejarah k2 spm trial 2013 baruSejarah k2 spm trial 2013 baru
Sejarah k2 spm trial 2013 baru
 
Koleksi soalan addmath kertas1
Koleksi soalan addmath kertas1Koleksi soalan addmath kertas1
Koleksi soalan addmath kertas1
 
Math k2 spm trial 2013
Math k2 spm trial 2013Math k2 spm trial 2013
Math k2 spm trial 2013
 
Paper 1 add mth trial spm 2013
Paper 1 add mth trial spm 2013Paper 1 add mth trial spm 2013
Paper 1 add mth trial spm 2013
 
Math k1 spm trial 2013
Math k1 spm trial 2013Math k1 spm trial 2013
Math k1 spm trial 2013
 
Fizik paper 3 spm trial 2013
Fizik paper 3 spm trial 2013Fizik paper 3 spm trial 2013
Fizik paper 3 spm trial 2013
 
Fizik paper 2 spm trial 2013
Fizik paper 2 spm trial 2013Fizik paper 2 spm trial 2013
Fizik paper 2 spm trial 2013
 
Bi paper 2 spm trial 2013
Bi paper 2 spm trial 2013Bi paper 2 spm trial 2013
Bi paper 2 spm trial 2013
 
Fizik paper 1 spm trial 2013
Fizik paper 1 spm trial 2013Fizik paper 1 spm trial 2013
Fizik paper 1 spm trial 2013
 
Koleksi soalan matematik spm
Koleksi soalan matematik spmKoleksi soalan matematik spm
Koleksi soalan matematik spm
 
MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6
MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6
MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6
 
Peperiksaan pertengahan tahun t4 2012 (2)
Peperiksaan pertengahan tahun t4 2012 (2)Peperiksaan pertengahan tahun t4 2012 (2)
Peperiksaan pertengahan tahun t4 2012 (2)
 
Sains spm trial kertas 2 2013
Sains spm trial kertas 2 2013 Sains spm trial kertas 2 2013
Sains spm trial kertas 2 2013
 
Soalan Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan 4
Soalan Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan 4Soalan Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan 4
Soalan Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan 4
 

Similar to Bm k 2 spm trial 2013

MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2
Azizi Net
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
firuzi
 
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
ammarmeek
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
Normarjana Ibrahim
 
Soal semester gasal 2012
Soal semester gasal 2012Soal semester gasal 2012
Soal semester gasal 2012
suwadibrow
 
BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013
ammarmeek
 
3. soal b.indonesia kls 8
3. soal b.indonesia  kls 83. soal b.indonesia  kls 8
3. soal b.indonesia kls 8
mgmppai
 

Similar to Bm k 2 spm trial 2013 (20)

+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3
 
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1
 
MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2
 
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
 
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
 
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
 
Bahasa melayu kertas 2
Bahasa melayu kertas 2Bahasa melayu kertas 2
Bahasa melayu kertas 2
 
Soal semester gasal 2012
Soal semester gasal 2012Soal semester gasal 2012
Soal semester gasal 2012
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
 
B.INDONESIA UM 2020_MTs AL-FARISY
B.INDONESIA UM 2020_MTs AL-FARISYB.INDONESIA UM 2020_MTs AL-FARISY
B.INDONESIA UM 2020_MTs AL-FARISY
 
SENI BUDAYA UM 2020
SENI BUDAYA UM 2020SENI BUDAYA UM 2020
SENI BUDAYA UM 2020
 
BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013
 
3. soal b.indonesia kls 8
3. soal b.indonesia  kls 83. soal b.indonesia  kls 8
3. soal b.indonesia kls 8
 
pck lussy 3 ppg bahasa Indonesia new.pdf
pck lussy 3 ppg bahasa Indonesia new.pdfpck lussy 3 ppg bahasa Indonesia new.pdf
pck lussy 3 ppg bahasa Indonesia new.pdf
 

More from Smk Gelam

More from Smk Gelam (15)

Model Grow 3 satu pendekatan
 Model Grow 3 satu pendekatan Model Grow 3 satu pendekatan
Model Grow 3 satu pendekatan
 
SEJARAH SPM SET 1
SEJARAH SPM SET 1 SEJARAH SPM SET 1
SEJARAH SPM SET 1
 
Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013
Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013
Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013
 
Penyelesaian masalah sains (f1)
Penyelesaian masalah sains (f1)Penyelesaian masalah sains (f1)
Penyelesaian masalah sains (f1)
 
Latih tubi kertas 1 kimia ting 4
Latih tubi kertas 1 kimia ting 4Latih tubi kertas 1 kimia ting 4
Latih tubi kertas 1 kimia ting 4
 
LATIH TUBI Sejarah trial PMR set 2 ,2013
LATIH TUBI Sejarah  trial PMR set 2 ,2013LATIH TUBI Sejarah  trial PMR set 2 ,2013
LATIH TUBI Sejarah trial PMR set 2 ,2013
 
Latih tubi MATEMATIK PMR
Latih tubi MATEMATIK  PMRLatih tubi MATEMATIK  PMR
Latih tubi MATEMATIK PMR
 
SAINS K2 TRIAL PMR TAHUN 2013
SAINS K2 TRIAL PMR TAHUN 2013SAINS K2 TRIAL PMR TAHUN 2013
SAINS K2 TRIAL PMR TAHUN 2013
 
MATEMATIK K2 TRIAL PMR TAHUN 2013
MATEMATIK K2 TRIAL PMR TAHUN 2013MATEMATIK K2 TRIAL PMR TAHUN 2013
MATEMATIK K2 TRIAL PMR TAHUN 2013
 
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
KERTAS 2 BAHASA INGGERIS TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA INGGERIS TRIAL PMR 2013KERTAS 2 BAHASA INGGERIS TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA INGGERIS TRIAL PMR 2013
 
BAHASA INGGERIS K1 TRIAL PMR 2013
BAHASA INGGERIS K1 TRIAL PMR 2013BAHASA INGGERIS K1 TRIAL PMR 2013
BAHASA INGGERIS K1 TRIAL PMR 2013
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
SCIENCE P1 TRIAL PMR 2013
SCIENCE P1 TRIAL PMR 2013SCIENCE P1 TRIAL PMR 2013
SCIENCE P1 TRIAL PMR 2013
 
MATH TRIAL PMR paper 1 TAHUN 2013
MATH TRIAL PMR paper 1  TAHUN 2013MATH TRIAL PMR paper 1  TAHUN 2013
MATH TRIAL PMR paper 1 TAHUN 2013
 

Recently uploaded

1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
MetalinaSimanjuntak1
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
dheaprs
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
HafidRanggasi
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 

Recently uploaded (20)

POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 

Bm k 2 spm trial 2013

  • 1. 1 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 September 2013 2 ½ jam SMK KAMPUNG GELAM , Melaka PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman. 1103/2 [ Lihat halaman sebelah ] 1103/2
  • 2. 2 Soalan 1: Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah melestarikan teknologi hijau dan kekangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Perubahan iklim dunia ketika ini mengakibatkan beberapa fenomena yang boleh mengancam kehidupan manusia jika tidak ditangani dengan segera. Kenaikan aras laut, lapisan ozon yang semakin menipis, pencairan bongkah ais, kejadian ribut dan gempa bumi adalah antara fenomena yang menakutkan umat sejagat. Lantaran itu, pemimpin tertinggi negara ini bersepakat memberikan komitmen dan tindakan jitu untuk bersama-sama mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Di negara kita, teknologi hijau sedang berkembang penggunaannya dalam pelbagai bidang. Kerajaan sendiri memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 bilion dalam belanjawan 2010 bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau. Faedah teknologi hijau ini begitu banyak seperti meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan populasi serta mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap pencemaran yang berlaku. Penggunaan teknologi hijau mampu merangsang inovasi dan perubahan cara hidup seharian manusia. Kerajaan turut menstruktur semula dan menambah fungsi beberapa kementerian seperti mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Untuk memastikan adanya penyelarasan di peringkat tertinggi, kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau. Untuk membantu kerajaan melaksanakan dasar teknologi hijau, remaja ada peranan mereka sendiri. Golongan remaja sebagai pewaris negara ini hendaklah mengimplementasikan dasar teknologi hijau dalam kegiatan seharian. Remaja hari ini mempunyai tanggungjawab besar bagi menjaga bumi tercinta. Remaja mesti menghayati pendidikan mengenai teknologi hijau, khususnya tonggak dan objektif yang menjadi dasar teknologi hijau. Sebenarnya, sebahagian besar rakyat Malaysia masih belum mempunyai kesedaran yang tinggi dan mendalam tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau. Misalnya, plastik, kaca, kertas dan sisa makanan tidak dibuangkan di dalam tong yang berasingan. Oleh hal demikian, kanak-kanak seawal usia rebung mesti dididik untuk menghargai alam semula sekitar. Tidak ada gunanya kerajaan memperuntukkan bajet bagi mempromosikan teknologi hijau jika kita semua tidak menukar minda. Semua pihak hendaklah mempraktikkan teknologi hijau dari rumah, bermula dalam lingkungan keluarga dan rakan. Tentu ada antara kita yang pernah melihat atau didedahkan kepada kempen pembuangan sampah. Amalan kitar semula melalui penyediaan empat tong sampah berasingan di setiap kawasan kejiranan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat. 1103/2 [ Lihat halaman sebelah ] 1103/2
  • 3. 3 Tegasnya, penjagaan alam sekitar bukan tanggungjawab kerajaan. Sebaliknya, tanggungjawab dan amanah menjaga alam sekitar untuk kehidupan kini dan masa depan mesti dipikul bersama-sama. Hakikatnya, kita meminjam dunia hari ini daripada generasi masa hadapan. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Teknologi Hijau, Peranan Remaja Dituntut oleh Muhamad Haffy Zikry, Dewan Siswa , Februari 2010) Soalan 2: Pemahaman [ 35 markah ] Soalan 2 (a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata mengimplementasikan dasar ? [ 2 markah ] (ii) Apakah faedah-faedah teknologi hijau? [ 3 markah ] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah program kitar semula kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat? [ 4 markah ] 1103/2 [Lihat halaman sebelah] 1103/2
  • 4. 4 Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Mengapakah Mak Timah mengambil anak Siew Lan? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai diambil untuk membendung gejala pembuangan bayi ? [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah] 1103/2 [Lihat halaman sebelah] 1103/2 “Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu,” “Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak,” Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah terfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu. “Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit.” Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul. “Ambillah mak, ambillah. Jah nak adik, Jah nak adik!” Katijah merengek, meminta dia mengambil anak Siew Lan. (Dipetik daripada Cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’ Oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)
  • 5. 5 Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud aku bercintakan anakku. [2 markah] (ii) Apakah yang berlaku terhadap Tuan Puteri Cenderawati sepanjang ketiadaan Indera Nata? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak kepada seorang ibu? [3 markah] 1103/2 [ Lihat halaman sebelah ] 1103/2 Maka kata inang pengasuh itu, “Sungguhlah tuan puteri itu beranak seorang laki-laki bernama Indera Nata tetapi sekarang ini Indera Nata itu telah lamalah sudah hilang disuruh oleh Raja Rom pergi mencari gajah bergandingkan emas serta tuan puteri tujuh orang.” Maka kata Indera Nata, “Hai mak inang, akulah ini Indera Nata serta tuan puteri tujuh orang itu dan adalah aku bawa ini!” Mak mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya menengar Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu. Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya, “Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!” Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya, “Hai anakku Indera Nata, betapakah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?” (Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
  • 6. 6 Soalan 2 (d) - Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ADAT SEZAMAN Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana ... Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyap si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan adat sezaman di tinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan. Wan Nazihah Wan Abdullah Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009. (i) Mengapakah kehidupan anak muda sekarang berubah? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membendung budaya kuning daripada mempengaruhi generasi muda sekarang? [3 markah] (iii) Berikan tiga pengajaran yang diperoleh daripada sajak di atas. [4 markah] 1103/2 [ Lihat halaman sebelah ] 1103/2
  • 7. 7 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) bunga (ii) haus (iii) gugur [6 markah] (b) Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut. (i) Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya untuk kenduri tahlil. (ii) Penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau bersama-sama dengan angkatan tentera. (iii) Tsunami telah melanda Acheh dan Jepun selepas berlakunya gempa bumi berskala besar. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula. Anda tidak boleh mengubah struktur dan maksud asal ayat tersebut. (i) Guru-guru hendaklah memperkukuhkan ilmu saikologi bagi menghadapi murid pada zaman teknologi maklumat. (ii) Hajjah Rogayah telah menghadiahkan anak tunggalnya sebuah rumah sempena ulang tahun kelahiran anaknya itu. (iii) Gejala hedonisme telah mempengaruhi remaja kita dengan pelbagai pembuatan yang bersifat anti-sosial. [6 markah] 1103/2 [ Lihat halaman sebelah ] 1103/2
  • 8. 8 (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa itu. (i) Semua rakyat mesti saling bantu-membantu sewaktu menghadapi kemiskinan ekonomi yang tidak menentu. (ii) Murid diminta berdiri untuk menyanyikan lagu patriotik bagi penghormatan kepada negara. (iii) Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah akan diberikan kenaikan darjat sempena sambutan Hari Guru Malaysia pada tahun ini. [ 6 markah ] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. (i) Kedudukan pekerja Syarikat ABC seperti ………………………… kerana kedudukan kewangan syarikat amat kritikal. (ii) Semua ahli masyarakat hendaklah bergotong-royong bak kata orang tua-tua …………………………………………….. (iii) Ibu bapa mesti mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa sejak kecil bak kata pepatah …………………………………. 1103/2 [ Lihat halaman sebelah ] 1103/2
  • 9. 9 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karta Gunawan Mahmood (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kabus di Perkukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (vii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah] (b) Jelaskan satu nilai ketabahan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji. [8 markah] Kertas Soalan Tamat
  • 10. 10 SKEMA JAWAPAN Markah penuh : 110 markah Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada : (a) Isi - 20 markah (b) Bahasa- 10 markah (a) Isi [20 markah] Nota : (i) Panduan mengira perkataan. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :  Nama khas  Perkataan berulang  Penggunaan kata sendi di dan ke  Tarikh  Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan  Gelaran (ii) Kira dan tanda jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. (iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa. (iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. Bahagian Markah Markah (i) Pendahuluan 2 (ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16 (ii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4 (iv) Penutup/ Kesimpulan 2 Jumlah Markah 20
  • 11. 11 Soalan 1: Rumusan Pendahuluan: Petikan membincangkan cara-cara / usaha-usaha / tindakan-tindakan / modus operandi melestarikan teknologi hijau di negara kita / di negara ini / di negara Malaysia. 2 m Isi Tersurat ( Langkah-langkah melestarikan teknologi hijau ) 1. pemimpin tertinggi negara ini bersepakat memberikan komitmen dan tindakan jitu untuk bersama-sama mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. 2 m 2. kerajaan sendiri memperuntukan dana sebanyak RM1.5 bilion dalam belanjawan 2010 bagi mempromosikan penggunaan teknologi hijau. 2 m 3. kerajaan turut menstruktur semula dan menambah fungsi beberapa Kementerian 2 m 4. kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau. 5. golongan remaja sebagai pewaris negara ini hendaklah mengimplementasikan dasar teknologi hijau. 2 m 6. remaja mesti menghayati pendidikan mengenai teknologi hijau 2 m 7. anak-anak mesti dididik seawal usia rebung untuk menghargai alam sekitar. 2 m 8. semua pihak hendaklah mempraktikkan teknologi hijau dari rumah, bermula dalam lingkungan keluarga dan rakan. 2 m 9. Amalan kitar semula melalui penyediaan empat tong sampah berasingan di setiap kawasan kejiranan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat. 2 m Isi tersirat: ( kekangan melanksanakannya ) a. ibu bapa tidak mendidik anak-anak mengamalkan teknologi hijau 2 m b. kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan teknologi hijau 2 m c. kerajaan kurang bajet melaksanakan projek teknologi hijau 2 m d. teknologi hijau kurang diterap dalam sekolah 2 m e. pihak peniaga mementingkan keuntungan berbanding memelihara alam sekitar 2 m [ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ] Penutup: Kesimpulannya, (isu) langkah-langkah melestarikan teknologi hijau hendaklah / haruslah / (cadangan) diperkasa / diberikan perhatian / dipraktikkan bersungguh-sungguh supaya / agar / untuk / demi / (harapan ) negara kita selamat daripada musibah / hidup kita harmoni. 2 m
  • 12. 12 (b) Bahasa [10 markah] Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut : Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian Baik 18 – 20 15 – 17 9 – 10 7 - 9 - Kesinambungan isi baik - Struktur ayat / tatabahasa baik - Kosa kata luas - Tanda bacaan/ejaan betul Sederhana 12 – 14 8 – 11 6 – 7 4 - 6 - Kesinambungan isi masih baik - Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan - Kosa kata masih memuaskan - Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan Lemah 1 – 7 1 - 4 - Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/ tidak memuaskan Nota (i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi. (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah. (iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah. (iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong. [Markah bahasa maksimum : 10 markah]
  • 13. 13 Soalan 2 Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada : Soalan 2(a) : 9 markah Soalan 2(b) : 9 markah Soalan 2(c) : 8 markah Soalan 2(d) : 9 markah Perhatian bagi soalan 2 (a) hingga soalan 2(d) 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1. Soalan 2 markah DESKRIPSI MARKAH - Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2 - jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1 - jawapan tidak tepat/salah 0 2. Soalan 3 markah DESKRIPSI MARKAH - Isi cukup dan lengkap /relevan dengan tugas dan ayat Gramatis 3 - isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis - isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis 2 - isi tidak cukup/ kurang dan ayat kurang gramatis 1 - isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0 3. Soalan 4 markah DESKRIPSI MARKAH - isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat Gramatis 4 - isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3 - isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2 - isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1 - isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0
  • 14. 14 Soalan 2 (a): Petikan Rumusan (iv) Berikan maksud rangkai kata mengimplementasikan dasar ? maksudnya: proses melaksanakan / mengusahakan /melakukan keputusan / ketetapan / prinsip yang ditetapkan [ 2 markah ] (v) Apakah faedah-faedah teknologi hijau? - meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan populasi 1 m - mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk merawat setiap 1 m pencemaran yang berlaku. - merangsang inovasi dan perubahan cara hidup seharian manusia. 1 m [ 3 markah ] (vi) Pada pendapat anda, mengapakah program kitar semula kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat? - kurangnya kempen dalam kalangan masyarakat 1 m - ibu bapa tidak menunjukkan teladan kepada anak-anak berkaitan amalan kitar semula 1 m - penguatkuasaan kurang berkesan. 1 m - tidak mendapat sokongan daripada pihak lain seperti media massa, pihak swasta dan lain-lain. 1 m [ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ] [ 4 markah ]
  • 15. 15 Soalan 2 (b): Petikan Cerpen (i) Mengapakah Mak Timah mengambil anak Siew Lan? - Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. 1 m - Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. 1 m - hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. 1 m - dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. 1 m - Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. 1 m [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai diambil untuk membendung gejala pembuangan bayi ? - menanamkan nilai dan hukum agama pada masyarakat. 1 m - masyarakat mesti prihatin dengan tindakan remaja di sekeliling. 1 m - kerajaan menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka. 1 m yang membuang bayi dengan tegas. 1 m - Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 1 m [ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ] [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen. Dalam petikan: - persoalan tentang belas kasihan sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Mak timah sanggup membela Pungut walaupun seorang anak cacat dan berbeza agama. 1+1 m Dalam cerpen: - persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial. 1+1 m - persoalan tentang ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 1+1 m [ 4 markah ]
  • 16. 16 Soalan 2 (c): Petikan Prosa Tradisional (i) Berikan maksud aku bercintakan anakku. - maksudnya : Tuan Puteri Cenderawati rindu akan Indera Nata. dia merindui puteranya / anaknya [ pilih satu jawapan sahaja ] [2 markah] (ii) Bagaimanakah keadaan Tuan Puteri Cenderawati sepanjang ketiadaan Indera Nata? - tidak mahu makan - tidak mahu minum - tidak mahu / boleh tidur - sangat merindui Indera Nata [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak kepada seorang ibu? - menziarahi ibu selalu - mendoakan kesejahteraan untuk ibu - beri duit belanja - bawa ibu melancong / mengerja umrah / haji [ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ] [3 markah]
  • 17. 17 Soalan - 2 (d): Sajak (i) - peradaban zaman semakin berlalu. - adat sezaman di tinggal jauh / zaman sudah berlalu. - adat agama dipandang remeh. - adat kuning jadi ikutan. [ Maksimum: 2 markah ] (ii) - berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai-nilai timur. - ibu bapa mendidik dan membimbing anak-anak. - ibu bapa memantau aktiviti anak-anak. - masyarakat prihatin terhadap aktiviti remaja. - pihak berkuasa mengadakan program ceramah dan motivasi/ kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni. - media menyiarkan program yang berfaedah. - kerajaan mengawal program-program yang disiarkan oleh pihak media. - penguatkuasaan undang-undang bagi menyekat media negatif. [ Maksimum: 3 markah ] (iii) - Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh pada ajaran agama kerana adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkara yang melanggar norma-norma hidup. - Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh, iaitu remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran. - Kita hendaklah bijak memilih pasangan kerana seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh pada ajaran agama / adat dan budaya bangsa supaya terhindar daripada pergaulan bebas. - Kita janganlah terpengaruh dengan budaya kuning kerana budaya kuning merosakkan nilai-nilai moral yang baik. - Anak muda hendaklah menjauhi pergaulan bebas supaya tidak mencemarkan maruah diri. [ terima mana-mana jawapan murid sekira betul ] [ Maksimum: 4 markah ]
  • 18. 18 Soalan 3 Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada : Soalan 3(a) : 6 markah Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah Perhatian bagi soalan 3(a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7.Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah bagi ayat tersebut sahaja. Jawapan 3(a) (i) bunga - kuntum yang keluar daripada batang atau tangkai pokok - laba / keuntungan daripada pelaburan - langkah silat (ii) haus - dahaga / berasa kering tekak dan ingin minum - kurang tebalnya atau besarnya / menipis seperti tapak kasut, tayar kerana digosok (iii) gugur - jatuh / luruh seperti buah-buahan - mati / meninggal dunia / terkorban dalam peperangan Jawapan 3(b) Menukar ayat kepada ayat Songsang (i) Untuk kenduri tahlil, Pak Samad telah menjemput Fuad ke rumahnya.
  • 19. 19 (ii) a. Bersama-sama dengan angkatan tentera, penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau. b. Dengan angkatan tentera, penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membina surau bersama-sama. (iii) Selepas berlakunya gempa bumi berskala besar, Tsunami telah melanda Acheh dan Jepun. [ 6 markah ] Jawapan 3(c) (i) saikologi - psikologi memperkukuhkan - memperkukuh (ii) Hajjah - Hajah menghadiahkan - menghadiahi (iii) anti-sosial - antisosial pembuatan - perbuatan [ Maksimum: 6 markah ] Jawapan 3(d) (i) kemiskinan - kegawatan saling bantu-membantu - saling membantu (ii) patriotik - rasmi bagi - sebagai (iii) darjat - pangkat Pengetua Sekolah-Pengetua Sekolah - Pengetua-Pengetua Sekolah [ Maksimum: 6 markah ] Jawapan 3(e) Peribahasa (i) abu di atas tunggul (ii) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (iii) melentur buluh biarlah dari rebungnya. [ Maksimum: 6 markah ]
  • 20. 20 Soalan 4 Markah penuh 15 markah Panduan pemarkahan bagi soalan 4 (a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap iii) Beri 2 markah bagi setiap isi yang lengkap/ jelas (pernyataan dan huraian/contoh) iv) Beri 1 markah bagi isi yang kurang lengkap/ kurang jelas v) Markah isi maksimum 4 markah vi) Markah bahasa maksimum 3 markah vii) Markah bahasa diberi secara impression Baik : 3 markah Sederhana: 2 markah Lemah : 1 markah viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa (ix) Calon tidak menjawab 0 markah [Maksimum : 7 markah] (b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (iii) Beri 1 markah untuk pernyataan (iv) Berikan 2 markah untuk pernyataan dan huraian/contoh (v) Markah isi maksimum 6 ( 3 isi x 2 markah) (vi) Markah bahasa maksimum 2 markah (vii) Markah bahasa diberi secara impression (vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa (viii) Calon tidak menjawab 0 markah [Maksimum : 8 markah]
  • 21. 21 Jawapan Soalan 4 (a) Tema 1. Tema novel Renyah Konflik Kekeluargan - i. Dato Dolhi tertekan dengan sikap anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan perniagaannya. ii. Dato Dolhi tertekan dengan tingkah laku anak-anaknya seperti Hasnol yang terlibat dengan rasuah, Dani terlibat dengan dadah, Ilham terlibat dengan demontrasi haram dan Mukhlis terlibat dengan ajaran songsang. iii Datin Tominah tidak menerima hakikat bahawa suaminya mempunyai isteri lain. iv. Datuk Dolhi rasa bersalah kerana tidak membesarkan anaknya Wahi. v. Anak-anak Datuk Dolhi bertengkar sesama sendiri tentang sikap dan pendirian masing-masing. 2. Tema novel Sutera Dalam Lukisan ialah konflik jiwa : - i. Bujei mengalami konflik jiwa sehingga menjadi abnormal kerana dia dituduh telah menyebabkan ibunya meninggal dunia. ii. Adila membawa diri ke kampung kerana mengalami kekecewaan apabila kekasihnya berkahwin. iii. Alias mengalami konflik jiwa sehingga menjadi tidak siuman apabila pinangannya ditolak oleh Adilah. iv. Harun mengalami konfliks jiwa apabila kehendaknya untuk mendapatkan tanah pusaka Bujei tidak mendapat sokongan Sidang Saman (b) 1. Nilai ketabahan dalam novel Renyah : i. Datuk Dolhi tabah menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu mendengar nasihatnya. Contoh: Hasnol tidak mahu berhenti kerja bagi menyambung usaha Datuk Dolhi dalam perniagaan. ii. Datuk Dolhi tabah menghadapi dugaan apabila nama baiknya tercemar. Misalnya: Hasnol diburu oleh pihak berkuasa kerana terlibat dengan rasuah dan Dani ditangkap kerana terlibat dengan najis dadah.
  • 22. 22 iii.Datuk Dolhi tabah menghadapi perlakuan isterinya Datin Tominah. Misalnya: Datin Tominah marah apabila mengetahui Datuk Dolhi mempunyai anak dan isteri lain. iv. Datuk Dolhi tabah menyelamatkan anak-anaknya. Contohnya: Datuk Dolhi mencari Mukhlis dan dihantar ke hospital dan menghantar Dani ke Pusat Pemulihan Dadah. 2. Nilai ketabahan dalam novel Sutera Dalam Lukisan : i. Adilah tabah menghadapi putus tuning. Misalnya: Adilah telah membawa diri ke kampung bagi mencari ketenangan apabila tunangnya berkahwin dengan orang lain. ii. Adilah tabah menghadapi tomahan dan fitnah Misalnya: Adilah tabah menghadapi tomahan dan fitnah berikutan usahanya memulihkan Bujei. iii.Bujei tabah menghadapi kepayahan hidup. Contohnya: Bujei tabah menghadapi hidup sebagai anak yatim-piatu dan berada dalam kemiskinan. iv. Adilah tabah memulihkan Bujei. Adilah sabar dan tabah berusaha memulihkan Bujei dan akhirnya, usaha beliau berjaya. PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT