SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
1
SULIT 1103/2
1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2 ½ jam
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010
TINGKATAN EMPAT
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
2
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor
pertanian di Malaysia dan kebaikan-kebaikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Selain meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara, sektor ini juga menyediakan peluang pekerjaan yang menjadi sumber pendapatan rakyat di
negara ini. Disebabkan kepentingannya, maka kawasan pertanian baharu diteroka dari semasa ke semasa, malah
kini sektor pertanian telah dibangunkan secara komersial untuk eksport. Tanaman buah-buahan juga mula
diusahakan secara besar-besaran untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Faktor cuaca di negara ini yang panas dan hujan sepanjang tahun serta tanah yang subur membolehkan
bidang pertanian dimajukan di peringkat yang optimum. Jenis tanaman perlu dipelbagaikan dan pengeluaran
hasil pertanian dapat ditingkatkan sekiranya kerajaan terus memberikan sokongan kepada sektor ini. Usaha ke
arah ini jelas kelihatan menerusi pertukaran nama Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani. Tanah rancangan FELDA juga akan dimajukan lagi sebagai kawasan pertanian raksasa untuk
menyeimbangkan pertumbuhan sosioekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar.
Menerusi usaha yang berterusan ini diharapkan produk pertanian negara lebih berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia boleh menjadi pusat agensi pelancongan, iaitu dengan
menjadikan kawasan pertanian sebagai pusat tarikan pelancongan. Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha
membangunkan kawasan pertanian perlu dilakukan secara serius.
Jika kita mahu melihat sektor pertanian terus maju, orientasi dan persepsi masyarakat tentang bidang
pertanian perlu diubah. Pertanian tidak seharusnya dikaitkan dengan kemiskinan dan pekerjaan golongan
bawahan, sebaliknya pertanian boleh dijadikan landasan untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi
rakyat. Selain itu, kempen untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu
dijalankan bagi menghapuskan tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor
perkhidmatan. Mereka juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang ini akan dikecapi
oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan syarat tarikan, seperti
kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan dengan lebih banyak dan berkesan.
Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara tekal. Dengan
yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan
penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program penyelidikan perlu dijalankan secara
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian. Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara
Asia yang lain yang menjadikan produk pertanian sebagai bahan eksport.
Kesimpulannya, negara perlu mengorak langkah yang berkesan untuk menjadikan sektor pertanian lebih
kompetitif, berkembang pesat, dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pertanian negara.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan
Ekonomi, April 2004)
3
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata lebih kompetitif. [2 markah]
(ii) Apakah peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang perlu diberikan oleh masyarakat dalam membantu
kerajaan memajukan sektor pertanian? [4 markah]
Soalan 2 (b) Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya
keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di
tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata.
Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya.
Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama,
bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami.
Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai
menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi
meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir.
“Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih
ketitir. Suami apa macam ini!”
( Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper dalam antologi
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka )
(i) Mengapakah ibu mengamuk? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh ibu jika berhadapan dengan musibah?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut.
[4 markah]
4
Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
“Ampun Tuanku,” kata ketua-ketua lanun itu, “harap dapat dibuang isi geliung ini kerana patik hendak
mengisikan wang dinar emas di dalamnya.”
Setelah penuh sarat geliung itu dengan wang emas diisikan oleh lanun-lanun itu, mereka pun bermohon
kembali ke bahtera masing-masing.
Melihat lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi,
kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang
telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu
itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tapi tua
ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!”
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau
berkelakuan demikian ini di depan orang tua?”
“Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata
demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?”
(Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa dalam
antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka )
(i) Terangkan maksud tua cendawan makin tua makin busuk yang digunakan dalam petikan di atas.
[2 markah]
(ii) Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengibaratkan ayahandanya seperti tua cendawan makin
tua makin busuk?
[2 markah]
(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan anaknya, Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa dengan jurumudi?
[4 markah]
5
Soalan 2 (d) Petikan Puisi
Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak disebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bilakan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
(Dipetik daripada Pantun Empat Kerat (Budi) dalam antologi
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud rangkap terakhir pantun tersebut?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah budi atau sumbangan yang dapat kita beri kepada masyarakat?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini.
[4 markah]
6
Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tentang Tatabahasa Bahasa Melayu
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.
(i) urus setia
(ii) urus niaga
(iii) surat layang
(iv) surat khabar
(v) rumah tangga
(vi) rumah api
[6 markah]
(b) Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan tentukan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat perintah,
ayat seruan atau ayat tanya.
(i) Bangunan masjid itu masih kukuh walaupun pernah dilanda ombak tsunami.
(ii) Kasut saya telah dicuri semalam.
(iii) “Tolong jahitkan baju saya,” kata Ismail kepada isterinya.
(iv) Aduh, sakitnya kakiku!
(v) Bilakah dia akan datang ke tempat kita?
(vi) Jangan membuat bising di dalam dewan sekolah.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. And tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i) Dalam tempuh beliau memegang jawatan tersebut, kedua-dua akhbar tulisan jawi itu
diberi nafas baru.
(iii) Sila layari Intenet dan senaraikanlah sekurang-kurangnya 10 destinasi perlancongan yang
terkenal di negara ini.
(iii) Kini, aktiviti sukan lasak seperti kembara mendaki gunung dan lumba basikal bukit dapat
tarik minat orang ramai, terutama gulungan remaja di negara ini.
[6 markah]
7
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kemudahan canggih berdasarkan teknologi yang terdapat di KLIA dapat dibanggakan oleh
kita.
(ii) Akibat kekurangan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain-lain perkara dalam
mesyuarat pada hari ini.
(iii) Para-para ilmuan itu sedang bersidang di dalam dewan seminar itu.
[6 markah]
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Kini sudah tiga bulan aku berada di rantau orang. Namun begitu, aku tetap tidak melupakanmu
dan sahabat kita yang lain di tanah air. Di sini aku memperoleh berbagai pengalaman, terutama
dari segi pergaulan. Aku terpaksa menyesuaikan diriku dengan kehidupan masyarakat di sini yang
lebih berdisiplin. Aku juga mula berdikari bukan sahaja untuk menimba ilmu tetapi juga melakukan
aktiviti yang lain.
[6 markah]
8
Soalan 4: Novel
[15 markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.
(a) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
[ 7 markah ]
(b) Nilai kasih sayang merupakan nilai yang sering dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih
sayang.
[ 8 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT

More Related Content

What's hot

Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakFaFai S.
 
Pemarkahan secara analitik
Pemarkahan secara analitikPemarkahan secara analitik
Pemarkahan secara analitik120113
 
Rph aspek seni bahasa
Rph aspek seni bahasaRph aspek seni bahasa
Rph aspek seni bahasaTeresa Janin
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiVince Here
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAFazHani Faz
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifTunMastura
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionMokhzani Fadir
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenMomee Rain
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalPrincess Nikko
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
17408391 Kit Permainan Bahasa (1)
17408391 Kit Permainan Bahasa (1)17408391 Kit Permainan Bahasa (1)
17408391 Kit Permainan Bahasa (1)Asriq Zarinq
 
Algoritma ASK Tingkatan 1
Algoritma ASK Tingkatan 1Algoritma ASK Tingkatan 1
Algoritma ASK Tingkatan 1zamarezam
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandunganSivabala Naidu
 

What's hot (20)

Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
 
Pemarkahan secara analitik
Pemarkahan secara analitikPemarkahan secara analitik
Pemarkahan secara analitik
 
Rph aspek seni bahasa
Rph aspek seni bahasaRph aspek seni bahasa
Rph aspek seni bahasa
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah Integrasi
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis Cerpen
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah struktural
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Ayat perintah TAHUN 3
Ayat perintah TAHUN 3 Ayat perintah TAHUN 3
Ayat perintah TAHUN 3
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
17408391 Kit Permainan Bahasa (1)
17408391 Kit Permainan Bahasa (1)17408391 Kit Permainan Bahasa (1)
17408391 Kit Permainan Bahasa (1)
 
Algoritma ASK Tingkatan 1
Algoritma ASK Tingkatan 1Algoritma ASK Tingkatan 1
Algoritma ASK Tingkatan 1
 
Rph bm karangan
Rph bm karanganRph bm karangan
Rph bm karangan
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandungan
 

Similar to Langkah Maju Pertanian

Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Faizul Hafiz
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Smk Gelam
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2Siti Nur Aidah Ayob
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka firuzi
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016ruzi Idris
 
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMABm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMAShamsul Ponijan
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Tuisyen Geliga
 
Soal tryout 1 2011 a master
Soal tryout 1 2011 a masterSoal tryout 1 2011 a master
Soal tryout 1 2011 a masterbuwarnisutopo
 
Prediksi Ujian Nasional.docx
Prediksi Ujian Nasional.docxPrediksi Ujian Nasional.docx
Prediksi Ujian Nasional.docxAnitaYuliawati
 
BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013ammarmeek
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Kay Aniza
 
MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2Azizi Net
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1buwarnisutopo
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1buwarnisutopo
 

Similar to Langkah Maju Pertanian (20)

Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013
 
soalan
soalansoalan
soalan
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3
 
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
 
Bahasa melayu kertas 2
Bahasa melayu kertas 2Bahasa melayu kertas 2
Bahasa melayu kertas 2
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
 
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMABm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
 
2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
 
Soal tryout 1 2011 a master
Soal tryout 1 2011 a masterSoal tryout 1 2011 a master
Soal tryout 1 2011 a master
 
Prediksi Ujian Nasional.docx
Prediksi Ujian Nasional.docxPrediksi Ujian Nasional.docx
Prediksi Ujian Nasional.docx
 
BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013BM KERTAS 2 - SBP 2013
BM KERTAS 2 - SBP 2013
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1
 
MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1
 
TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
TATABAHASA UNTUK UMUM.pptTATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
 

More from Sarilah Mohamad (6)

Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 

Langkah Maju Pertanian

  • 1. 1 SULIT 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2 ½ jam PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010 TINGKATAN EMPAT BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
  • 2. 2 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor pertanian di Malaysia dan kebaikan-kebaikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, sektor ini juga menyediakan peluang pekerjaan yang menjadi sumber pendapatan rakyat di negara ini. Disebabkan kepentingannya, maka kawasan pertanian baharu diteroka dari semasa ke semasa, malah kini sektor pertanian telah dibangunkan secara komersial untuk eksport. Tanaman buah-buahan juga mula diusahakan secara besar-besaran untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Faktor cuaca di negara ini yang panas dan hujan sepanjang tahun serta tanah yang subur membolehkan bidang pertanian dimajukan di peringkat yang optimum. Jenis tanaman perlu dipelbagaikan dan pengeluaran hasil pertanian dapat ditingkatkan sekiranya kerajaan terus memberikan sokongan kepada sektor ini. Usaha ke arah ini jelas kelihatan menerusi pertukaran nama Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tanah rancangan FELDA juga akan dimajukan lagi sebagai kawasan pertanian raksasa untuk menyeimbangkan pertumbuhan sosioekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar. Menerusi usaha yang berterusan ini diharapkan produk pertanian negara lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia boleh menjadi pusat agensi pelancongan, iaitu dengan menjadikan kawasan pertanian sebagai pusat tarikan pelancongan. Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha membangunkan kawasan pertanian perlu dilakukan secara serius. Jika kita mahu melihat sektor pertanian terus maju, orientasi dan persepsi masyarakat tentang bidang pertanian perlu diubah. Pertanian tidak seharusnya dikaitkan dengan kemiskinan dan pekerjaan golongan bawahan, sebaliknya pertanian boleh dijadikan landasan untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat. Selain itu, kempen untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu dijalankan bagi menghapuskan tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor perkhidmatan. Mereka juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang ini akan dikecapi oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan syarat tarikan, seperti kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan dengan lebih banyak dan berkesan. Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara tekal. Dengan yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program penyelidikan perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian. Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara Asia yang lain yang menjadikan produk pertanian sebagai bahan eksport. Kesimpulannya, negara perlu mengorak langkah yang berkesan untuk menjadikan sektor pertanian lebih kompetitif, berkembang pesat, dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pertanian negara. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, April 2004)
  • 3. 3 Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata lebih kompetitif. [2 markah] (ii) Apakah peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang perlu diberikan oleh masyarakat dalam membantu kerajaan memajukan sektor pertanian? [4 markah] Soalan 2 (b) Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata. Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami. Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir. “Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!” ( Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka ) (i) Mengapakah ibu mengamuk? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh ibu jika berhadapan dengan musibah? [3 markah] (iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut. [4 markah]
  • 4. 4 Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Ampun Tuanku,” kata ketua-ketua lanun itu, “harap dapat dibuang isi geliung ini kerana patik hendak mengisikan wang dinar emas di dalamnya.” Setelah penuh sarat geliung itu dengan wang emas diisikan oleh lanun-lanun itu, mereka pun bermohon kembali ke bahtera masing-masing. Melihat lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun. Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!” Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?” “Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?” (Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka ) (i) Terangkan maksud tua cendawan makin tua makin busuk yang digunakan dalam petikan di atas. [2 markah] (ii) Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengibaratkan ayahandanya seperti tua cendawan makin tua makin busuk? [2 markah] (iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan anaknya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi? [4 markah]
  • 5. 5 Soalan 2 (d) Petikan Puisi Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN EMPAT KERAT (BUDI) Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak disebut. Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit bilakan hilang Itu menjadi kenang-kenangan. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. (Dipetik daripada Pantun Empat Kerat (Budi) dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud rangkap terakhir pantun tersebut? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah budi atau sumbangan yang dapat kita beri kepada masyarakat? [3 markah] (iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini. [4 markah]
  • 6. 6 Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tentang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas. (i) urus setia (ii) urus niaga (iii) surat layang (iv) surat khabar (v) rumah tangga (vi) rumah api [6 markah] (b) Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan tentukan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan atau ayat tanya. (i) Bangunan masjid itu masih kukuh walaupun pernah dilanda ombak tsunami. (ii) Kasut saya telah dicuri semalam. (iii) “Tolong jahitkan baju saya,” kata Ismail kepada isterinya. (iv) Aduh, sakitnya kakiku! (v) Bilakah dia akan datang ke tempat kita? (vi) Jangan membuat bising di dalam dewan sekolah. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. And tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Dalam tempuh beliau memegang jawatan tersebut, kedua-dua akhbar tulisan jawi itu diberi nafas baru. (iii) Sila layari Intenet dan senaraikanlah sekurang-kurangnya 10 destinasi perlancongan yang terkenal di negara ini. (iii) Kini, aktiviti sukan lasak seperti kembara mendaki gunung dan lumba basikal bukit dapat tarik minat orang ramai, terutama gulungan remaja di negara ini. [6 markah]
  • 7. 7 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kemudahan canggih berdasarkan teknologi yang terdapat di KLIA dapat dibanggakan oleh kita. (ii) Akibat kekurangan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat pada hari ini. (iii) Para-para ilmuan itu sedang bersidang di dalam dewan seminar itu. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini. Kini sudah tiga bulan aku berada di rantau orang. Namun begitu, aku tetap tidak melupakanmu dan sahabat kita yang lain di tanah air. Di sini aku memperoleh berbagai pengalaman, terutama dari segi pergaulan. Aku terpaksa menyesuaikan diriku dengan kehidupan masyarakat di sini yang lebih berdisiplin. Aku juga mula berdikari bukan sahaja untuk menimba ilmu tetapi juga melakukan aktiviti yang lain. [6 markah]
  • 8. 8 Soalan 4: Novel [15 markah ] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. (a) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. [ 7 markah ] (b) Nilai kasih sayang merupakan nilai yang sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang. [ 8 markah ] KERTAS SOALAN TAMAT