SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
SULIT 1103/2
Soalan 1 : Rumusan
1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEG HWA,
JALAN TAHANG RIMAU,
85000 SEGAMAT,
JOHOR DARUL TAKZIM.
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 1103/2
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4
Kertas 2
2 ½ jam Dua Jam Tiga Puluh Minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.
Disediakan oleh, Disediakan oleh
………………………… ……………………………….
(En. Azarudin bin Musa) (Tn. Hj. Shamsul bin Ponijan)
Guru Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu
Disemak oleh, Disahkan oleh
…………………………….. ………………………………..
(Pn. Junaidah bt. Mohamad) (Pn. Chong Lee Lee)
Ketua Panatia Bahasa Melayu Guru Kanan Bidang Bahasa
Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak
SULIT 1103/2
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak dan kepentingannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kecenderungan kanak-kanak untuk memilih makanan segera mewujudkan tabiat pemakanan
yang tidak sihat. Lebih memburukkan keadaan, kanak-kanak terdedah dan tertarik pada iklan
makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan pada setiap hari. Makanan ringan sangat
mudah diperoleh di merata-rata tempat malahan bukan suatu yang pelik apabila premis perniagaan
yang menjual makanan segera banyak dibuka di hadapan pintu pagar sekolah.
Makanan ringan ini manis, berwarna-warni dan mempunyai pek pembungkus yang menarik di
samping bungkusan makanan ini dimuatkan dengan hadiah mainan kecil yang cukup mengujakan,
terutamanya bagi kanak-kanak yang masih kecil.
Akademik Pediatrik Amerika mencadangkan beberapa kaedah bagi menyusun atur semula
jadual pemakanan dan tabiat makanan seharian anak yang sihat. Kedua-dua pihak perlu sedar akan
tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat. Ibu bapa
bertanggungjawab untuk menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan makanan utama.
Di samping itu, ibu bapa perlu menentukan jenis makanan, tempat dan waktu makan untuk anak-anak
mereka.
Anak pula perlu bertanggungjawab untuk memilih kuantiti makanan yang perlu dimakan. Hal
ini berkemungkinan memerlukan tempoh masa yang lama tetapi tindakan ini dapat meningkatkan
tahap disiplin dari aspek pemilihan makanan yang berkhasiat. Ibu bapa wajar mengamalkan tabiat
pemakanan yang sihat supaya dapat diteladani oleh anak-anak. Selain itu, saranan daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Kempen Gaya Hidup Sihat menggalakkan
masyarakat mengambil makanan mengikut piramid makanan dalam menu harian. Melalui amalan ini,
masyarakat lebih mudah berbincang tentang tabiat pemakanan dan jenis makanan yang baik bagi
seisi keluarga.
Malahan, ibu bapa juga digalakkan untuk makan bersama-sama anak dalam tempoh yang
kerap. Menu makanan yang disediakan perlu menarik, pelbagai dan segar. Jika mampu, anak boleh
dibawa berjumpa pakar pemakanan atau hadir ke pusat kesihatan supaya pemeriksaan kesihatan
dilakukan dan khidmat nasihat yang sewajarnya diperoleh. Nasihat doktor tentang tabiat makanan
yang betul lebih dipercayai oleh anak berbanding dengan nasihat ibu bapa. Daripada perspektif
agama, didikan tentang kepentingan penjagaan aspek pemakanan berdasarkan konsep bersih dan
berkualiti menjadi tanggungjawab ibu bapa. Maka, ibu bapa perlu berusaha sebaik-baik mungkin
supaya kaedah pemakanan dan cara hidup yang berkualiti selaras dengan agama dibudayakan.
Jika pemakanan anak tidak diselaras dan dikawal oleh ibu bapa, anak mudah menghidap
penyakit kronik yang dapat memberikan kesan negatif. Oleh itu, pemilihan makanan yang tepat turut
membantu seisi keluarga memiliki badan yang sihat. Ironinya, kita perlu mengambil makanan yang
sihat supaya individu dan masyarakat menerima kesan positif daripada tabiat pemakanan ini. Jika
masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Pemakanan Anak Dapat Diatur’
oleh Khairunneezam Mohd. Noor,
Dewan Kosmik, April 2015
Soalan 2 : Pemahaman
2
SULIT 1103/2
[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata cukup mengujakan. [ 2 markah]
(ii) Nyatakan sebab-sebab makanan segera menjadi pilihan utama anak-anak? [3 markah]
(iii) Masyarakat di negara kita kini mempunyai tabiat pengambilan makanan tidak sihat.
Pada pendapat anda, apakah kekangan atau halangan untuk menangani masalah tersebut.
[4 markah]
Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Mel berpendapat bahawa dunia telah berubah.
Apakah perubahan-perubahan hidup yang dimaksudkan oleh Mel? [2 markah]
3
SULIT 1103/2
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jati diri
generasi muda terhadap negara? [3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Mel yang lain
daripada keseluruhan cerpen? [4 markah]
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud orang yang empunya harta. [2 markah]
(ii) Apakah yang telah dilakukan oleh Laksamana terhadap bahagian-bahagian harta yang diberikan
kepadanya? [3 markah]
(iii) Sekiranya anda raja, bagaimanakah cara anda membalas jasa Laksamana yang berjaya
mendapatkan kembali harta-harta yang dicuri oleh penjahat? [3 markah]
Soalan 2 (d) – Sajak
4
SULIT 1103/2
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
GELANGGANG
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
Onn Malini
dalam antologi Jaket kulit kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksud jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh generasi kini untuk mengisi
kemerdekaan? [3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
5
SULIT 1103/2
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu seb agai peribahasa atau nama khas.
(i} memelihara
(ii) memulihara
(iii) menambah
(iv) menambak
(v) menjirus
(vi) menjurus [6 markah]
(b) Tukarkan ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah
maksud asalnya.
(i) Terkenal sebagai pusat bandar yang padat penduduknya ibu kota Kuala Lumpur.
(ii) Sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi para pekerja di syarikat itu akan melancarkan
mogok.
(iii) Bekerja dengan cekap dan sempurna sekali kerana diberikan bayaran yang lumayan pemuda
itu.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Encik Othman telah membawakan keluarganya untuk menikmati keenakan mi goreng dan
nasi lamak di kedai itu.
(ii) Yang Dipertuan Agong telah mencemar duli untuk menyempurnakan majlis perletakan batu
asas masjid baharu di kampung itu.
(iii) Industri otomobil mengalami penurunan jual pada tahun ini akibat masalah ekonomi yang
merundum.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
6
SULIT 1103/2
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan
tidak terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja.
(ii) Kereta api Sinaran Pagi dari Johor Bahru telah terbabas dari landasan menyebabkan dua biji
gerabaknya terbalik.
(iii) Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau pada
sektor kerajaan.
[6 markah]
(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
(i) Fizikal dan tubuh badan yang sihat akan mempengaruhi kesihatan dan turut
mencerdaskan minda seseorang kerana _________________________.
(ii) Kesannya, prestasi pelajaran mereka akan merosot kerana tidak memberikan tumpuan
ketika guru mengajar di dalam kelas. Semasa menerima keputusan peperiksaan
mereka akan menyesal atas perbuatan mereka itu, tetapi
______________________________.
(iii) Gaya hidup masyarakat Segamat yang gemar makan malam di luar rumah semakin
meningkat. Sehubungan dengan itu, banyak peniaga membuka gerai makanan pada
waktu malam di sekitar bandar Segamat . Keadaan ini seperti ___________________.
[6 markah]
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan kerjasama .
Jelaskan persoalan kerjasama dengan mengemukakan dua peristiwa kerjasama yang
terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
(b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan kepada pembaca.
Jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan, [8 markah]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
skima
7
SULIT 1103/2
Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan:
Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan/faedah/manfaat/kemaslahatan/kesan positif makan
bersama-sama dengan keluarga dalam kalangan masyarakat.
[2 markah]
Isi tersurat
Langkah-langkah mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak-anak:
1. Menyusun atur jadual pemakanan dan tabiat pemakanan seharian anak.
2. Ibu bapa menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan makanan utama untuk anak-anak mereka.
3. Ibu bapa menentukan jenis makanan, tempat dan waktu makaan untuk anak-anak mereka.
4. Anak-anak bertanggungjawab untuk memilih kuantiti makanan yang sesuai dimakan.
5. Ibu bapa wajar mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat supaya dapat diteladani oleh anak-anak.
6. Sentiasa mengambil makanan mengikut pyramid makanan dalam menu harian.
7. Ibu-bapa juga digalakkan untuk makan bersama-sama anak.
8. Menu makanan yang disediakan perlu menarik, pelbagai dan segar.
9. Pergi berjumpa pakar pemakanan untuk mendapat khidmat nasihat tentang pemakanan.
10. Hadir ke pusat kesihatan supaya pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan.
11. Mengamalkan ajaran agama tentang pemakanan iaitu memilih makanan yang bersih dan berkualiti.
Isi Tersirat
Kepentingan mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat
1. Tumbesaran tubuh badan anak-anak berlaku dengan sempurna.
2. Membekalkan zat yang cukup kapada badan.
3. Mampu mengawal kadar obesiti
4. Dapat bekerja dengan cergas.
5. mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit
6. mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu.
7. dll
Kesimpulan/Penutup:
Ibu bapa haruslah membudayakan amalan makan bersama-sama dengan keluarga supaya dapat
membentuk keluarga bahagia. [2 markah]
Ibu bapa haruslah membudayakan amalan makan bersama-sama dengan keluarga. - 1 markah
Soalan 2 (a)
(i) Maksud rangkai kata cukup mengujakan :
- amat/sangat memberangsangkan/menggalakkan
- cukup memberangsangkan/menggalakkan
- amat/sangat mengujakan [Maksimum : 2 markah]
(ii) sebab-sebab anak-anak cenderung memilih makanan segera :
- makanan ringan sangat mudah diperoleh di merata-rata tempat
- premis perniagaan yang menjual makanan segera banyak dibuka di hadapan pintu pagar sekolah
- makanan ringan ini manis, berwarna-warni dan mempunyai pek pembungkus yang menarik.
- menyediakan hadiah mainan kecil.
[Maksimum : 3 markah]
(iii) Kekangan :
- kekangan masa kerana ibu bapa sibuk bekerja.
- makanan tidak sihat murah harganya berbanding makanan berkhasiat.
- kurang kesedaran dalam diri masyarakat/kurang ilmu pemakanan yang sihat
- masyarakat tidak mengambil endah/tahu tentang kempen tabiat pemakanan yang sihat
- terpengaruh dengan iklan makanan segera/media massa banyak menyiarkan iklan makanan segera
- sikap masyarakat yang menganggap makanan segera lebih sedap/mewah
- dll
Soalan 2 (b)
(i) …. kita tidak lagi hidup pada zaman menentang musuh penjajah
…..kita kini hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan.
(ii) … mata pelajaran sejarah dijadikan mata pelajaran teras yang diajar dari sekolah rendah lagi.
…. Subjek kenegaraan juga perlu dijadikan subjek wajib di semua IPTA dan IPTS.
…. Program-program kenegaraan peringkat masyarakat, sektor kerajaan dan swasta perlu dilakukan secara
proaktif dan berterusan dari semasa ke semasa.
(iii) perwatakan dalam petikan..
8
SULIT 1103/2
… seorang yang masih tidak memahami dan menghayati sejarah negara.
… seorang yang tidak cekap membaca tujisan jawi tetapi masih mampu membaca secara perlahan-lahan.
perwatakan dalam cerpen.
…. ( mana-mana jawapan yang sesuai)
Soalan 2 (c)
(i) … pemilik (tuan punya) / barang ( asset )
… tuan punya yang memilik / barang ( asset )
(ii).. membahagikan harta kepada tiga
…satu bahagian didermakan kepada fakir miskin
… satu bahagian lagi diberi kepada pegawai yang tiada penguasaan
… dan satu bahagian diberi kepada orang-orangnya.
(iii) …Memberi hadiah yang lumayan,
…Menaikkan pangkat
..meraikan kejayaan
…. Memberi cuti, … dll
Soalan 2 (d)
(i) Jangan sesekali ada pihak mencabar kedaluatan negara ini kerana tindakan tersebut akan memusnahkan di mereka
sendiri.
(ii)… perlu belajar bersunguh-sungguh supaya dapat mencurah bakti kepada negara apabila dewasa nanti,
…menjaga perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat majmuk.
… Akhir sekali generasi muda tidak melakukan sebarang jenayah dan aktiviti ‘rosak akhlak’….. dll
(iii) persoalan …. Perpaduan kaum
Cinta akan negara
Berani berjuang
Pertahankan kedaulatan negara …. dll
Soalan 3 (a) Bina Ayat
(i) memelihara :membela, menjaga, merawat, mengerjakan, mengusahakan.
(ii) memulihara :memulihkan serta menjaga, melindungi sesuatu supaya sentiasa berada
dalam keadaan yang baik.
(iii) menambah :menjadikan lebih banyak, memberi tambah, menokok, menjumlahkan dengan, mencampur
(iv) menambak :menimbunkan/melonggokkan tanah dll supaya tinggi, menurap jalan dengan tanah, membina
tambak.
(vi) menjirus :menyiram dengan air
(vii) menjurus :mengarah, menuju (terus ke atau kepada)
Soalan 3(b)
(i) Bandar raya Kuala Lumpur terkenal sebagai pusat bandar yang padat penduduknya.
(ii) Pekerja di syarikat itu akan melancarkan mogok sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.
(iii) Pemuda itu diberikan bayaran yang lumayan kerana bekerja dengan cekap dan sempurna.
Soalan 3(c)
kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan
Salah etul Salah betul
i nasi lamak nasi lemak membawakan membawa
ii Yang Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong perletakan peletakan
iii otomobil Automobil jual jualan
Soalan 3(d)
kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa
Salah Betul Salah betul
i Melayangkan mengibarkan kepada Pada / semasa
ii terbabas tergelincir dua biji dua buah
iii tepat muktamad pada sektor di sektor
Soalan 3 (e)
(i) badan sihat otak cerdas.
(ii) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
(iii) bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
9
SULIT 1103/2
Soalan 4
(a) Farisha dan Rosman berganding bahu menjadi rakan sekerja dalam syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. Mereka
berusaha mendapatkan kontrak untuk syarikat komputer mereka.
Farisha dan Shida juga bekerja dalam pasukan. Shida perlu menulis rencana dangan bayaran RM 40,000
manakala Farisha memerlukan maklumat daripada Shida untuk menggodam dan mengukuhkan Sistem Dinara
Dr. Maxi bekerjasama dengan Aqram untuk mencari Farisha. Aqram berjaya mendapatkan DNA Farisha yang
diperoleh daripada kesan gincu dan air liur pada cawan Farisha dan Farisha ialah orang yang mereka cari untuk
menyelamatkan Sistem Dinara.
(b) apa-apa tiga peristiwa relevan yang boleh dijadikan teladan,
10

More Related Content

What's hot

Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)Mcc Goh
 
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)Mcc Goh
 
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaKuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaNorhayati Ismail
 
Peristilahan Teori Seni 2013
Peristilahan Teori Seni 2013Peristilahan Teori Seni 2013
Peristilahan Teori Seni 2013NorAzmi2012
 
Peranan seni visual
Peranan seni visualPeranan seni visual
Peranan seni visualzainiaman
 
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualFairuz Alwi
 
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012Norhayati Ismail
 
Aspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visualAspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visualzainiaman
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)Fairuz Alwi
 
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visualSeni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visualFairuz Alwi
 
Penaungan seni visual di malayia
Penaungan seni visual di malayiaPenaungan seni visual di malayia
Penaungan seni visual di malayiazainiaman
 
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Mcc Goh
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Fairuz Alwi
 

What's hot (20)

Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
Kuliah 5 2016 pendekatan sejarah seni visual (STPM)
 
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
 
PSV
PSVPSV
PSV
 
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
Kuliah 1 b komunikasi visual (STPM)
 
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaKuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
 
Peristilahan Teori Seni 2013
Peristilahan Teori Seni 2013Peristilahan Teori Seni 2013
Peristilahan Teori Seni 2013
 
Gerakan seni stpm
Gerakan seni stpmGerakan seni stpm
Gerakan seni stpm
 
Peranan seni visual
Peranan seni visualPeranan seni visual
Peranan seni visual
 
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
 
Poster
PosterPoster
Poster
 
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
 
Aspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visualAspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visual
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
 
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visualSeni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
 
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran SurealismeKarya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
 
Penaungan seni visual di malayia
Penaungan seni visual di malayiaPenaungan seni visual di malayia
Penaungan seni visual di malayia
 
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
Kuliah 1 a 2016 pengenalan seni visual (STPM)
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
 
Impressionisme
ImpressionismeImpressionisme
Impressionisme
 

Similar to Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA

Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013Yusri Yusoff
 
Soal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaSoal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaMuhammad Nazri
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016ruzi Idris
 
Bahasa Melayu (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 2 Jld 1.pdf
Bahasa Melayu (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 2 Jld 1.pdfBahasa Melayu (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 2 Jld 1.pdf
Bahasa Melayu (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 2 Jld 1.pdfAki Untol
 
Materi_Faisal_Bentuk dan Pilihan Kata.pdf
Materi_Faisal_Bentuk dan Pilihan Kata.pdfMateri_Faisal_Bentuk dan Pilihan Kata.pdf
Materi_Faisal_Bentuk dan Pilihan Kata.pdfPCPMIIBatam
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Tuisyen Geliga
 
Trial sbp-bahasa-melayu-k1-k2-dan-skema
Trial sbp-bahasa-melayu-k1-k2-dan-skemaTrial sbp-bahasa-melayu-k1-k2-dan-skema
Trial sbp-bahasa-melayu-k1-k2-dan-skemaNuraishah Amal
 
Ukbm bahasa indonesia kls x smt 2 tentang debat (1)
Ukbm bahasa indonesia kls x smt 2 tentang debat (1)Ukbm bahasa indonesia kls x smt 2 tentang debat (1)
Ukbm bahasa indonesia kls x smt 2 tentang debat (1)Amphie Yuurisman
 
Bahasa Indonesia : Efektivitas
Bahasa Indonesia : EfektivitasBahasa Indonesia : Efektivitas
Bahasa Indonesia : EfektivitasAfdan Rojabi
 
Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013
Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013
Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013Zuzanariah Osman
 

Similar to Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA (20)

Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskiniRangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
 
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
 
Soal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaSoal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesia
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
 
Bahasa Melayu (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 2 Jld 1.pdf
Bahasa Melayu (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 2 Jld 1.pdfBahasa Melayu (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 2 Jld 1.pdf
Bahasa Melayu (Ketidakupayaan Pendengaran) Tahun 2 Jld 1.pdf
 
2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang
 
Bind9 kd5
Bind9 kd5Bind9 kd5
Bind9 kd5
 
Materi_Faisal_Bentuk dan Pilihan Kata.pdf
Materi_Faisal_Bentuk dan Pilihan Kata.pdfMateri_Faisal_Bentuk dan Pilihan Kata.pdf
Materi_Faisal_Bentuk dan Pilihan Kata.pdf
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
 
TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
TATABAHASA UNTUK UMUM.pptTATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
 
Trial sbp-bahasa-melayu-k1-k2-dan-skema
Trial sbp-bahasa-melayu-k1-k2-dan-skemaTrial sbp-bahasa-melayu-k1-k2-dan-skema
Trial sbp-bahasa-melayu-k1-k2-dan-skema
 
Slaid tatabahasa(1)
Slaid tatabahasa(1)Slaid tatabahasa(1)
Slaid tatabahasa(1)
 
Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)
 
Ukbm bahasa indonesia kls x smt 2 tentang debat (1)
Ukbm bahasa indonesia kls x smt 2 tentang debat (1)Ukbm bahasa indonesia kls x smt 2 tentang debat (1)
Ukbm bahasa indonesia kls x smt 2 tentang debat (1)
 
Bahasa Indonesia : Efektivitas
Bahasa Indonesia : EfektivitasBahasa Indonesia : Efektivitas
Bahasa Indonesia : Efektivitas
 
Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013
Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013
Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013
 
Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4
 
KOLEKSI SOAL CPNS
KOLEKSI SOAL CPNSKOLEKSI SOAL CPNS
KOLEKSI SOAL CPNS
 

Recently uploaded

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 

Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA

  • 1. SULIT 1103/2 Soalan 1 : Rumusan 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEG HWA, JALAN TAHANG RIMAU, 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 1103/2 BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 Kertas 2 2 ½ jam Dua Jam Tiga Puluh Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4. Disediakan oleh, Disediakan oleh ………………………… ………………………………. (En. Azarudin bin Musa) (Tn. Hj. Shamsul bin Ponijan) Guru Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu Disemak oleh, Disahkan oleh …………………………….. ……………………………….. (Pn. Junaidah bt. Mohamad) (Pn. Chong Lee Lee) Ketua Panatia Bahasa Melayu Guru Kanan Bidang Bahasa Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak
  • 2. SULIT 1103/2 [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak dan kepentingannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kecenderungan kanak-kanak untuk memilih makanan segera mewujudkan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Lebih memburukkan keadaan, kanak-kanak terdedah dan tertarik pada iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan pada setiap hari. Makanan ringan sangat mudah diperoleh di merata-rata tempat malahan bukan suatu yang pelik apabila premis perniagaan yang menjual makanan segera banyak dibuka di hadapan pintu pagar sekolah. Makanan ringan ini manis, berwarna-warni dan mempunyai pek pembungkus yang menarik di samping bungkusan makanan ini dimuatkan dengan hadiah mainan kecil yang cukup mengujakan, terutamanya bagi kanak-kanak yang masih kecil. Akademik Pediatrik Amerika mencadangkan beberapa kaedah bagi menyusun atur semula jadual pemakanan dan tabiat makanan seharian anak yang sihat. Kedua-dua pihak perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat. Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan makanan utama. Di samping itu, ibu bapa perlu menentukan jenis makanan, tempat dan waktu makan untuk anak-anak mereka. Anak pula perlu bertanggungjawab untuk memilih kuantiti makanan yang perlu dimakan. Hal ini berkemungkinan memerlukan tempoh masa yang lama tetapi tindakan ini dapat meningkatkan tahap disiplin dari aspek pemilihan makanan yang berkhasiat. Ibu bapa wajar mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat supaya dapat diteladani oleh anak-anak. Selain itu, saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Kempen Gaya Hidup Sihat menggalakkan masyarakat mengambil makanan mengikut piramid makanan dalam menu harian. Melalui amalan ini, masyarakat lebih mudah berbincang tentang tabiat pemakanan dan jenis makanan yang baik bagi seisi keluarga. Malahan, ibu bapa juga digalakkan untuk makan bersama-sama anak dalam tempoh yang kerap. Menu makanan yang disediakan perlu menarik, pelbagai dan segar. Jika mampu, anak boleh dibawa berjumpa pakar pemakanan atau hadir ke pusat kesihatan supaya pemeriksaan kesihatan dilakukan dan khidmat nasihat yang sewajarnya diperoleh. Nasihat doktor tentang tabiat makanan yang betul lebih dipercayai oleh anak berbanding dengan nasihat ibu bapa. Daripada perspektif agama, didikan tentang kepentingan penjagaan aspek pemakanan berdasarkan konsep bersih dan berkualiti menjadi tanggungjawab ibu bapa. Maka, ibu bapa perlu berusaha sebaik-baik mungkin supaya kaedah pemakanan dan cara hidup yang berkualiti selaras dengan agama dibudayakan. Jika pemakanan anak tidak diselaras dan dikawal oleh ibu bapa, anak mudah menghidap penyakit kronik yang dapat memberikan kesan negatif. Oleh itu, pemilihan makanan yang tepat turut membantu seisi keluarga memiliki badan yang sihat. Ironinya, kita perlu mengambil makanan yang sihat supaya individu dan masyarakat menerima kesan positif daripada tabiat pemakanan ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Pemakanan Anak Dapat Diatur’ oleh Khairunneezam Mohd. Noor, Dewan Kosmik, April 2015 Soalan 2 : Pemahaman 2
  • 3. SULIT 1103/2 [35 markah] Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata cukup mengujakan. [ 2 markah] (ii) Nyatakan sebab-sebab makanan segera menjadi pilihan utama anak-anak? [3 markah] (iii) Masyarakat di negara kita kini mempunyai tabiat pengambilan makanan tidak sihat. Pada pendapat anda, apakah kekangan atau halangan untuk menangani masalah tersebut. [4 markah] Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Mel berpendapat bahawa dunia telah berubah. Apakah perubahan-perubahan hidup yang dimaksudkan oleh Mel? [2 markah] 3
  • 4. SULIT 1103/2 (ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jati diri generasi muda terhadap negara? [3 markah] (iii) Jelaskan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Mel yang lain daripada keseluruhan cerpen? [4 markah] Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud orang yang empunya harta. [2 markah] (ii) Apakah yang telah dilakukan oleh Laksamana terhadap bahagian-bahagian harta yang diberikan kepadanya? [3 markah] (iii) Sekiranya anda raja, bagaimanakah cara anda membalas jasa Laksamana yang berjaya mendapatkan kembali harta-harta yang dicuri oleh penjahat? [3 markah] Soalan 2 (d) – Sajak 4
  • 5. SULIT 1103/2 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. GELANGGANG Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. Onn Malini dalam antologi Jaket kulit kijang dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berikan maksud jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh generasi kini untuk mengisi kemerdekaan? [3 markah] (iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? [4 markah] Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] 5
  • 6. SULIT 1103/2 Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu seb agai peribahasa atau nama khas. (i} memelihara (ii) memulihara (iii) menambah (iv) menambak (v) menjirus (vi) menjurus [6 markah] (b) Tukarkan ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Terkenal sebagai pusat bandar yang padat penduduknya ibu kota Kuala Lumpur. (ii) Sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi para pekerja di syarikat itu akan melancarkan mogok. (iii) Bekerja dengan cekap dan sempurna sekali kerana diberikan bayaran yang lumayan pemuda itu. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Encik Othman telah membawakan keluarganya untuk menikmati keenakan mi goreng dan nasi lamak di kedai itu. (ii) Yang Dipertuan Agong telah mencemar duli untuk menyempurnakan majlis perletakan batu asas masjid baharu di kampung itu. (iii) Industri otomobil mengalami penurunan jual pada tahun ini akibat masalah ekonomi yang merundum. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan 6
  • 7. SULIT 1103/2 satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan tidak terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja. (ii) Kereta api Sinaran Pagi dari Johor Bahru telah terbabas dari landasan menyebabkan dua biji gerabaknya terbalik. (iii) Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau pada sektor kerajaan. [6 markah] (e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. (i) Fizikal dan tubuh badan yang sihat akan mempengaruhi kesihatan dan turut mencerdaskan minda seseorang kerana _________________________. (ii) Kesannya, prestasi pelajaran mereka akan merosot kerana tidak memberikan tumpuan ketika guru mengajar di dalam kelas. Semasa menerima keputusan peperiksaan mereka akan menyesal atas perbuatan mereka itu, tetapi ______________________________. (iii) Gaya hidup masyarakat Segamat yang gemar makan malam di luar rumah semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, banyak peniaga membuka gerai makanan pada waktu malam di sekitar bandar Segamat . Keadaan ini seperti ___________________. [6 markah] Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. (a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan kerjasama . Jelaskan persoalan kerjasama dengan mengemukakan dua peristiwa kerjasama yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah] (b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan kepada pembaca. Jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan, [8 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT skima 7
  • 8. SULIT 1103/2 Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan: Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan/faedah/manfaat/kemaslahatan/kesan positif makan bersama-sama dengan keluarga dalam kalangan masyarakat. [2 markah] Isi tersurat Langkah-langkah mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak-anak: 1. Menyusun atur jadual pemakanan dan tabiat pemakanan seharian anak. 2. Ibu bapa menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan makanan utama untuk anak-anak mereka. 3. Ibu bapa menentukan jenis makanan, tempat dan waktu makaan untuk anak-anak mereka. 4. Anak-anak bertanggungjawab untuk memilih kuantiti makanan yang sesuai dimakan. 5. Ibu bapa wajar mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat supaya dapat diteladani oleh anak-anak. 6. Sentiasa mengambil makanan mengikut pyramid makanan dalam menu harian. 7. Ibu-bapa juga digalakkan untuk makan bersama-sama anak. 8. Menu makanan yang disediakan perlu menarik, pelbagai dan segar. 9. Pergi berjumpa pakar pemakanan untuk mendapat khidmat nasihat tentang pemakanan. 10. Hadir ke pusat kesihatan supaya pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan. 11. Mengamalkan ajaran agama tentang pemakanan iaitu memilih makanan yang bersih dan berkualiti. Isi Tersirat Kepentingan mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat 1. Tumbesaran tubuh badan anak-anak berlaku dengan sempurna. 2. Membekalkan zat yang cukup kapada badan. 3. Mampu mengawal kadar obesiti 4. Dapat bekerja dengan cergas. 5. mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit 6. mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. 7. dll Kesimpulan/Penutup: Ibu bapa haruslah membudayakan amalan makan bersama-sama dengan keluarga supaya dapat membentuk keluarga bahagia. [2 markah] Ibu bapa haruslah membudayakan amalan makan bersama-sama dengan keluarga. - 1 markah Soalan 2 (a) (i) Maksud rangkai kata cukup mengujakan : - amat/sangat memberangsangkan/menggalakkan - cukup memberangsangkan/menggalakkan - amat/sangat mengujakan [Maksimum : 2 markah] (ii) sebab-sebab anak-anak cenderung memilih makanan segera : - makanan ringan sangat mudah diperoleh di merata-rata tempat - premis perniagaan yang menjual makanan segera banyak dibuka di hadapan pintu pagar sekolah - makanan ringan ini manis, berwarna-warni dan mempunyai pek pembungkus yang menarik. - menyediakan hadiah mainan kecil. [Maksimum : 3 markah] (iii) Kekangan : - kekangan masa kerana ibu bapa sibuk bekerja. - makanan tidak sihat murah harganya berbanding makanan berkhasiat. - kurang kesedaran dalam diri masyarakat/kurang ilmu pemakanan yang sihat - masyarakat tidak mengambil endah/tahu tentang kempen tabiat pemakanan yang sihat - terpengaruh dengan iklan makanan segera/media massa banyak menyiarkan iklan makanan segera - sikap masyarakat yang menganggap makanan segera lebih sedap/mewah - dll Soalan 2 (b) (i) …. kita tidak lagi hidup pada zaman menentang musuh penjajah …..kita kini hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan. (ii) … mata pelajaran sejarah dijadikan mata pelajaran teras yang diajar dari sekolah rendah lagi. …. Subjek kenegaraan juga perlu dijadikan subjek wajib di semua IPTA dan IPTS. …. Program-program kenegaraan peringkat masyarakat, sektor kerajaan dan swasta perlu dilakukan secara proaktif dan berterusan dari semasa ke semasa. (iii) perwatakan dalam petikan.. 8
  • 9. SULIT 1103/2 … seorang yang masih tidak memahami dan menghayati sejarah negara. … seorang yang tidak cekap membaca tujisan jawi tetapi masih mampu membaca secara perlahan-lahan. perwatakan dalam cerpen. …. ( mana-mana jawapan yang sesuai) Soalan 2 (c) (i) … pemilik (tuan punya) / barang ( asset ) … tuan punya yang memilik / barang ( asset ) (ii).. membahagikan harta kepada tiga …satu bahagian didermakan kepada fakir miskin … satu bahagian lagi diberi kepada pegawai yang tiada penguasaan … dan satu bahagian diberi kepada orang-orangnya. (iii) …Memberi hadiah yang lumayan, …Menaikkan pangkat ..meraikan kejayaan …. Memberi cuti, … dll Soalan 2 (d) (i) Jangan sesekali ada pihak mencabar kedaluatan negara ini kerana tindakan tersebut akan memusnahkan di mereka sendiri. (ii)… perlu belajar bersunguh-sungguh supaya dapat mencurah bakti kepada negara apabila dewasa nanti, …menjaga perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat majmuk. … Akhir sekali generasi muda tidak melakukan sebarang jenayah dan aktiviti ‘rosak akhlak’….. dll (iii) persoalan …. Perpaduan kaum Cinta akan negara Berani berjuang Pertahankan kedaulatan negara …. dll Soalan 3 (a) Bina Ayat (i) memelihara :membela, menjaga, merawat, mengerjakan, mengusahakan. (ii) memulihara :memulihkan serta menjaga, melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. (iii) menambah :menjadikan lebih banyak, memberi tambah, menokok, menjumlahkan dengan, mencampur (iv) menambak :menimbunkan/melonggokkan tanah dll supaya tinggi, menurap jalan dengan tanah, membina tambak. (vi) menjirus :menyiram dengan air (vii) menjurus :mengarah, menuju (terus ke atau kepada) Soalan 3(b) (i) Bandar raya Kuala Lumpur terkenal sebagai pusat bandar yang padat penduduknya. (ii) Pekerja di syarikat itu akan melancarkan mogok sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi. (iii) Pemuda itu diberikan bayaran yang lumayan kerana bekerja dengan cekap dan sempurna. Soalan 3(c) kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan Salah etul Salah betul i nasi lamak nasi lemak membawakan membawa ii Yang Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong perletakan peletakan iii otomobil Automobil jual jualan Soalan 3(d) kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa Salah Betul Salah betul i Melayangkan mengibarkan kepada Pada / semasa ii terbabas tergelincir dua biji dua buah iii tepat muktamad pada sektor di sektor Soalan 3 (e) (i) badan sihat otak cerdas. (ii) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. (iii) bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 9
  • 10. SULIT 1103/2 Soalan 4 (a) Farisha dan Rosman berganding bahu menjadi rakan sekerja dalam syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. Mereka berusaha mendapatkan kontrak untuk syarikat komputer mereka. Farisha dan Shida juga bekerja dalam pasukan. Shida perlu menulis rencana dangan bayaran RM 40,000 manakala Farisha memerlukan maklumat daripada Shida untuk menggodam dan mengukuhkan Sistem Dinara Dr. Maxi bekerjasama dengan Aqram untuk mencari Farisha. Aqram berjaya mendapatkan DNA Farisha yang diperoleh daripada kesan gincu dan air liur pada cawan Farisha dan Farisha ialah orang yang mereka cari untuk menyelamatkan Sistem Dinara. (b) apa-apa tiga peristiwa relevan yang boleh dijadikan teladan, 10