SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
SULIT 1103/2
1
SEKOLAH MENENGAH ARAB DARUL FALAH
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Ogos
2½ jam Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4
berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas yang disediakan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas peperiksaan ini mengandungi 9 halaman bercetak.
SULIT 1103/2
2
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah menderma darah dan langkah-langkah menggalakkan orang ramai
menderma darah. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah
perkataan.
Derma darah amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik
dalam diri, tetapi paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa. Malangnya
di negara kita, amalan ini kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan
muda. Menyedari kepentingan amalan itu, Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
menggalakkan masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di Bank
Darah sentiasa mencukupi. Antara langkah tersebut ialah tarikh 14 Jun diisyitiharkan
sebagai Hari Derma Darah Sedunia. Namun hakikatnya, kempen menderma darah
masih kurang mendapat sambutan dan tidak memenuhi jumlah keperluan darah
yang diperlukan. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan
menderma darah, selain kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma
darah. Malah, sambutan Hari Derma Darah Sedunia tidak diuar-uarkan untuk
disambut sebagai menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menderma
darah. Melalui amalan derma darah, bukan sahaja penerima darah menerima
kelebihan bahkan terbukti bahawa penderma juga dapat kelebihan dengan
menderma darah.
Antara kelebihan menderma darah ialah penderma dapat melahirkan satu
perasaan yang sangat menggembirakan apabila berjaya menolong doktor
menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, derma darah secara konsisten dapat
mengurangkan risiko kanser termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan
tekak. Amalan derma darah juga dapat mengurangkan jumlah zat besi yang
berlebihan di dalam badan dan dapat menghindarkan risiko sakit jantung. Sebelum
setiap proses menderma darah bermula, seseorang penderma akan melalui
beberapa pemeriksaan kesihatan percuma. Secara tidak langsung, hal ini dapat
membantu mereka mengdiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum
penyakit tersebut makin teruk. Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para
penderma akan menerima dan mengetahui analisis darah serta jenis darah secara
percuma. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah
atau analisis darah, sudah tentu kena bayar.
Setiap kali seseorang menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Hal
ini boleh membantu seseorang dalam proses untuk mengurangkan berat badan. Di
samping itu, perasaan gembira mendapat pek percuma seperti makanan, minuman,
t-shirt dan sijil amat baik untuk sistem imun di dalam badan. Derma darah juga
membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan
penderma berfungsi dengan lebih cekap dan dapat bekerja secara produktif. Oleh
itu, usaha orang ramai untuk menderma darah amatlah dihargai. Namun anda layak
untuk menderma darah sekiranya anda seorang penderma yang berisiko rendah
iaitu tidak memudaratkan diri sendiri dan darah yang anda derma itu tidak tercemar
dengan virus penyakit-penyakit yang boleh berjangkit menerusi pemindahan darah.
SULIT 1103/2
3
Tuntasnya, menderma darah merupakan satu amalan sukarela yang terpuji
dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud
dalam diri setiap individu tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Malah setiap orang
haruslah mengganggap bahawa menderma darah adalah satu tanggungjawab diri
dan mendermanya tanpa diundang.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda’
The Borneopost.com, 2015)
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata secara konsisten. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca Kempen Derma Darah tidak
mendapat sambutan masyarakat.
Nyatakan punca-punca tersebut. [3 markah]
(iii) Masyarakat kita terutamanya golongan muda kurang berminat untuk
menderma darah.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh
media massa untuk menggalakkan masyarakat kita terutama golongan muda
menderma darah? [4 markah]
SULIT 1103/2
4
Soalan 2 (b)- Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit
sejarah hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang
bukan sedikit. Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan
kesumat yang mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem
pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya
tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa
yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan
sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung
menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali
menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
Oleh Husna Nazri
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Apakah kesan sistem pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah di
negara kita? [2 markah]
(ii) Peristiwa 13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada
perpaduan rakyat Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengelakkan sejarah hitam tersebut berulang kembali ? [3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
SULIT 1103/2
5
[4 markah]
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan
dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka,
bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu sentiasa bermain
panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah
itu di bawahnya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar
Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu,
maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalanya panahnya itu ke
benua Siam. Maka kata tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu. “Mati engkau,
Cau Pandan.”
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan
Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya
seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka
tidaklah Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuat
orang nyanyi :
(i) Berikan maksud dewal orang berzikir ? [2 markah]
(ii) Apakah tindakan Sidi Arab apabila mendengar khabar Cau Pandan hendak
menyerang Melaka? [3 markah]
(iii) Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah tindakan-tindakan yang anda
lakukan untuk membalas jasa Sidi Arab yang telah berjaya membunuh Cau
Pandan ? [3 markah]
SULIT 1103/2
6
Soalan 2 (d) – Petikan Gurindam
Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Gurindam Dua Belas
(Fasal yang ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpeihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau
memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang
semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa
rugi.
Mohd Yusof Md Nor dan Abdul
Rahman Kaeh(Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996.
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
(i) Terangkan maksud rangkap ke lima gurindam di atas. [2 markah]
(ii) Gurindam di atas mnerangkan kepentingan menjaga anggota badan daripada
melakukan perkara-perkara negatif.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh
seseorang untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak
elok dan negatif. [3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas. [4 markah]
SULIT 1103/2
7
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah dengan menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah
imbuhan dan tidak boleh menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau
kata nama khas.
(i) telur putih
(ii) putih telur
(iii) susu lembu
(iv)lembu susu
(v) jambu merah
(vi)merah jambu
[6 markah]
(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan
rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.
(i) Ibu ke pasar pagi tadi..
(ii) Tuan Hj. Sulaiman pengetua sekolah itu.
(iii) Pelajar itu berjaya dengan cemerlang kerana rajin belajar.
(iv) Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di
Dewan Seri Murni.
(v) Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama
perpasukan.
(vi) Tiga biji telur digunakan untuk membuat kek itu.
SULIT 1103/2
8
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak bleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Kadar kemalangan jalan raya dalam kalangan penunggang motorsikal
yang semakin meningkat pada masa ini kebimbangan banyak pihak.
(ii) Pemakanan yang baik dapat melahirkan jenerasi yang sihat sekali gus
berupaya untuk meningkatkan cemerlangan pelajar dan produktiviti
pekerja.
(iii) Tahap pendidikkan moral yang rendah telah dikenalpasti sebagai punca
utama wujudnya pelbagai gejala sosial di sekolah rendah dan sekolah
menengah.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Uji pandu kereta yang baru siap syarikat pengeluar kereta itu dilakukan oleh
berapa orang pekerjanya.
(ii) Semua orang ramai diminta untuk berada di dalam rumah sekiranya berasa
tidak sihat bagi mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1).
(iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormat-
menghormati agama, kepercayaan dan budaya dengan hati yang ikhlas
tanpa ada sebarang prasyarat.
[6 markah]
(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan
maksud dan penggunaannya.
(i) Hangat-hangat tahi ayam
(ii) Bagai ikan pulang ke lubuk
(iii) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya [6 markah]
SULIT 1103/2
9
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(ii) Di SebalikDinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Silir Daksina karya Nizar Parman
(vii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(viii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan dua latar masyarakat
yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Bandingkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan tema kedua-dua novel
tersebut.
[8 markah]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

More Related Content

What's hot

Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahamanAn Hawa
 
3. soal b.indonesia kls 8
3. soal b.indonesia  kls 83. soal b.indonesia  kls 8
3. soal b.indonesia kls 8mgmppai
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1buwarnisutopo
 
To un 2015 bhs indonesia a
To un 2015 bhs indonesia aTo un 2015 bhs indonesia a
To un 2015 bhs indonesia aKasmadi Rais
 
To un 2015 bhs indonesia b
To un 2015 bhs indonesia bTo un 2015 bhs indonesia b
To un 2015 bhs indonesia bKasmadi Rais
 
Soal ulangan tengah semester genap smp muhammadiyah surakart
Soal ulangan tengah semester genap smp muhammadiyah surakartSoal ulangan tengah semester genap smp muhammadiyah surakart
Soal ulangan tengah semester genap smp muhammadiyah surakartNasarudin Taufik
 
Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Faizul Hafiz
 
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03Cyka Chairunissa
 
Karangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPMKarangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPMImtiyaz 99
 
Sukses un bi 1 th 2012 2013
Sukses un bi 1 th 2012 2013Sukses un bi 1 th 2012 2013
Sukses un bi 1 th 2012 2013Terry Brengost
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganPAKLONG CIKGU
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Tuisyen Geliga
 
Kata baku revisi
Kata baku revisiKata baku revisi
Kata baku revisiAbu Ja'far
 
Ujian bulanan mac bm 2014
Ujian bulanan mac bm 2014Ujian bulanan mac bm 2014
Ujian bulanan mac bm 2014Rogayah Surom
 

What's hot (20)

Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
Kata baku
Kata bakuKata baku
Kata baku
 
3. soal b.indonesia kls 8
3. soal b.indonesia  kls 83. soal b.indonesia  kls 8
3. soal b.indonesia kls 8
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1
 
To un 2015 bhs indonesia a
To un 2015 bhs indonesia aTo un 2015 bhs indonesia a
To un 2015 bhs indonesia a
 
Un
UnUn
Un
 
To un 2015 bhs indonesia b
To un 2015 bhs indonesia bTo un 2015 bhs indonesia b
To un 2015 bhs indonesia b
 
Soal ulangan tengah semester genap smp muhammadiyah surakart
Soal ulangan tengah semester genap smp muhammadiyah surakartSoal ulangan tengah semester genap smp muhammadiyah surakart
Soal ulangan tengah semester genap smp muhammadiyah surakart
 
Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2
 
Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4
 
Bm k1 2009
Bm k1 2009Bm k1 2009
Bm k1 2009
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017
 
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
Soal try out un 2012 sma bahasa indonesia ipa ips paket 03
 
Karangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPMKarangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPM
 
Sukses un bi 1 th 2012 2013
Sukses un bi 1 th 2012 2013Sukses un bi 1 th 2012 2013
Sukses un bi 1 th 2012 2013
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan Karangan
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
 
Kata baku revisi
Kata baku revisiKata baku revisi
Kata baku revisi
 
Ujian bulanan mac bm 2014
Ujian bulanan mac bm 2014Ujian bulanan mac bm 2014
Ujian bulanan mac bm 2014
 

Similar to Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016

BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2Siti Nur Aidah Ayob
 
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMABm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMAShamsul Ponijan
 
LATIHAN MS. WORD
LATIHAN MS. WORDLATIHAN MS. WORD
LATIHAN MS. WORDboyhokage
 
Prediksi Ujian Nasional.docx
Prediksi Ujian Nasional.docxPrediksi Ujian Nasional.docx
Prediksi Ujian Nasional.docxAnitaYuliawati
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka firuzi
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1buwarnisutopo
 
Cermat matematika 2018
Cermat matematika 2018Cermat matematika 2018
Cermat matematika 2018ephie nababan
 
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 4 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 4 2013Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 4 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 4 2013mardiyanto83
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Smk Gelam
 
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2Phaphy Wahyudhi
 
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013Yusri Yusoff
 
Soal to un antropologi sma 2016 kode a (31) [pak anang.blogspot.com]
Soal to un antropologi sma 2016 kode a (31) [pak anang.blogspot.com]Soal to un antropologi sma 2016 kode a (31) [pak anang.blogspot.com]
Soal to un antropologi sma 2016 kode a (31) [pak anang.blogspot.com]Muhammad Abid
 
Soal to un antropologi sma 2016
Soal to un antropologi sma 2016 Soal to un antropologi sma 2016
Soal to un antropologi sma 2016 Muhammad Abid
 
Bahasa Indonesia Soal TDS paket A 2012
Bahasa Indonesia Soal TDS paket A 2012Bahasa Indonesia Soal TDS paket A 2012
Bahasa Indonesia Soal TDS paket A 2012Haruko Shinagawa
 
USP MI BAHASA INDONESIA
USP MI BAHASA INDONESIA USP MI BAHASA INDONESIA
USP MI BAHASA INDONESIA haerymugiono1
 
Ujian Akhir SMP 2016 - 2017 : Pendidikan Agama Islam
Ujian Akhir SMP 2016 - 2017 : Pendidikan Agama IslamUjian Akhir SMP 2016 - 2017 : Pendidikan Agama Islam
Ujian Akhir SMP 2016 - 2017 : Pendidikan Agama IslamAmphie Yuurisman
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011Normarjana Ibrahim
 

Similar to Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016 (20)

BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
 
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMABm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
 
LATIHAN MS. WORD
LATIHAN MS. WORDLATIHAN MS. WORD
LATIHAN MS. WORD
 
2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang
 
Prediksi Ujian Nasional.docx
Prediksi Ujian Nasional.docxPrediksi Ujian Nasional.docx
Prediksi Ujian Nasional.docx
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
 
Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1
 
Cermat matematika 2018
Cermat matematika 2018Cermat matematika 2018
Cermat matematika 2018
 
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 4 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 4 2013Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 4 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 4 2013
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013
 
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
 
soalan
soalansoalan
soalan
 
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
 
Soal to un antropologi sma 2016 kode a (31) [pak anang.blogspot.com]
Soal to un antropologi sma 2016 kode a (31) [pak anang.blogspot.com]Soal to un antropologi sma 2016 kode a (31) [pak anang.blogspot.com]
Soal to un antropologi sma 2016 kode a (31) [pak anang.blogspot.com]
 
Soal to un antropologi sma 2016
Soal to un antropologi sma 2016 Soal to un antropologi sma 2016
Soal to un antropologi sma 2016
 
Bahasa Indonesia Soal TDS paket A 2012
Bahasa Indonesia Soal TDS paket A 2012Bahasa Indonesia Soal TDS paket A 2012
Bahasa Indonesia Soal TDS paket A 2012
 
USP MI BAHASA INDONESIA
USP MI BAHASA INDONESIA USP MI BAHASA INDONESIA
USP MI BAHASA INDONESIA
 
Ujian Akhir SMP 2016 - 2017 : Pendidikan Agama Islam
Ujian Akhir SMP 2016 - 2017 : Pendidikan Agama IslamUjian Akhir SMP 2016 - 2017 : Pendidikan Agama Islam
Ujian Akhir SMP 2016 - 2017 : Pendidikan Agama Islam
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
 

Recently uploaded

421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 

Recently uploaded (20)

421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 

Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016

  • 1. SULIT 1103/2 1 SEKOLAH MENENGAH ARAB DARUL FALAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas yang disediakan. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas peperiksaan ini mengandungi 9 halaman bercetak.
  • 2. SULIT 1103/2 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah- faedah menderma darah dan langkah-langkah menggalakkan orang ramai menderma darah. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan. Derma darah amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan muda. Menyedari kepentingan amalan itu, Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di Bank Darah sentiasa mencukupi. Antara langkah tersebut ialah tarikh 14 Jun diisyitiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia. Namun hakikatnya, kempen menderma darah masih kurang mendapat sambutan dan tidak memenuhi jumlah keperluan darah yang diperlukan. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan menderma darah, selain kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma darah. Malah, sambutan Hari Derma Darah Sedunia tidak diuar-uarkan untuk disambut sebagai menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah. Melalui amalan derma darah, bukan sahaja penerima darah menerima kelebihan bahkan terbukti bahawa penderma juga dapat kelebihan dengan menderma darah. Antara kelebihan menderma darah ialah penderma dapat melahirkan satu perasaan yang sangat menggembirakan apabila berjaya menolong doktor menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, derma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanser termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Amalan derma darah juga dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan dan dapat menghindarkan risiko sakit jantung. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, seseorang penderma akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan percuma. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu mereka mengdiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk. Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima dan mengetahui analisis darah serta jenis darah secara percuma. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah tentu kena bayar. Setiap kali seseorang menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Hal ini boleh membantu seseorang dalam proses untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, perasaan gembira mendapat pek percuma seperti makanan, minuman, t-shirt dan sijil amat baik untuk sistem imun di dalam badan. Derma darah juga membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan penderma berfungsi dengan lebih cekap dan dapat bekerja secara produktif. Oleh itu, usaha orang ramai untuk menderma darah amatlah dihargai. Namun anda layak untuk menderma darah sekiranya anda seorang penderma yang berisiko rendah iaitu tidak memudaratkan diri sendiri dan darah yang anda derma itu tidak tercemar dengan virus penyakit-penyakit yang boleh berjangkit menerusi pemindahan darah.
  • 3. SULIT 1103/2 3 Tuntasnya, menderma darah merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam diri setiap individu tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Malah setiap orang haruslah mengganggap bahawa menderma darah adalah satu tanggungjawab diri dan mendermanya tanpa diundang. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda’ The Borneopost.com, 2015) Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata secara konsisten. [2 markah] (ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca Kempen Derma Darah tidak mendapat sambutan masyarakat. Nyatakan punca-punca tersebut. [3 markah] (iii) Masyarakat kita terutamanya golongan muda kurang berminat untuk menderma darah. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh media massa untuk menggalakkan masyarakat kita terutama golongan muda menderma darah? [4 markah]
  • 4. SULIT 1103/2 4 Soalan 2 (b)- Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama. Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya. Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari. Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ Oleh Husna Nazri Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Apakah kesan sistem pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah di negara kita? [2 markah] (ii) Peristiwa 13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan sejarah hitam tersebut berulang kembali ? [3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
  • 5. SULIT 1103/2 5 [4 markah] Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu sentiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu di bawahnya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalanya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu. “Mati engkau, Cau Pandan.” Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.” Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuat orang nyanyi : (i) Berikan maksud dewal orang berzikir ? [2 markah] (ii) Apakah tindakan Sidi Arab apabila mendengar khabar Cau Pandan hendak menyerang Melaka? [3 markah] (iii) Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah tindakan-tindakan yang anda lakukan untuk membalas jasa Sidi Arab yang telah berjaya membunuh Cau Pandan ? [3 markah]
  • 6. SULIT 1103/2 6 Soalan 2 (d) – Petikan Gurindam Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga) Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpeihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. Mohd Yusof Md Nor dan Abdul Rahman Kaeh(Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996. Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (i) Terangkan maksud rangkap ke lima gurindam di atas. [2 markah] (ii) Gurindam di atas mnerangkan kepentingan menjaga anggota badan daripada melakukan perkara-perkara negatif. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak elok dan negatif. [3 markah] (iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas. [4 markah]
  • 7. SULIT 1103/2 7 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah dengan menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan dan tidak boleh menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. (i) telur putih (ii) putih telur (iii) susu lembu (iv)lembu susu (v) jambu merah (vi)merah jambu [6 markah] (b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi. (i) Ibu ke pasar pagi tadi.. (ii) Tuan Hj. Sulaiman pengetua sekolah itu. (iii) Pelajar itu berjaya dengan cemerlang kerana rajin belajar. (iv) Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni. (v) Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama perpasukan. (vi) Tiga biji telur digunakan untuk membuat kek itu.
  • 8. SULIT 1103/2 8 (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak bleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kadar kemalangan jalan raya dalam kalangan penunggang motorsikal yang semakin meningkat pada masa ini kebimbangan banyak pihak. (ii) Pemakanan yang baik dapat melahirkan jenerasi yang sihat sekali gus berupaya untuk meningkatkan cemerlangan pelajar dan produktiviti pekerja. (iii) Tahap pendidikkan moral yang rendah telah dikenalpasti sebagai punca utama wujudnya pelbagai gejala sosial di sekolah rendah dan sekolah menengah. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Uji pandu kereta yang baru siap syarikat pengeluar kereta itu dilakukan oleh berapa orang pekerjanya. (ii) Semua orang ramai diminta untuk berada di dalam rumah sekiranya berasa tidak sihat bagi mengelakkan pembiakan virus Influenza A (H1N1). (iii) Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya wujud sikap saling hormat- menghormati agama, kepercayaan dan budaya dengan hati yang ikhlas tanpa ada sebarang prasyarat. [6 markah] (e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. (i) Hangat-hangat tahi ayam (ii) Bagai ikan pulang ke lubuk (iii) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya [6 markah]
  • 9. SULIT 1103/2 9 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (ii) Di SebalikDinara karya Dayang Noor (iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (iv) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (v) Tirani karya Beb Sabariah (vi) Silir Daksina karya Nizar Parman (vii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (viii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah] (b) Bandingkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan tema kedua-dua novel tersebut. [8 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT