SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
memupuk perpaduan dan kepentingannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang
etnik dan keturunan. Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan
prinsip-prinsip jitu untuk perpaduan. Namun hakikatnya, tahap perpaduan kita sampai di mana?
Peristiwa 13 Mei memaparkan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi. Dalam
usaha membendung masalah ini kerajaan menyedari bahawa negara memerlukan satu
ideologi untuk terus bersatu.
Rukun Negara menjadi platform membimbing masyarakat ke arah perpaduan kerana
tanpa perpaduan di manakah letaknya nilai jati diri kita? Bukan setakat itu sahaja, masyarakat
Malaysia hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan yang perlu disemai sejak kecil kerana
amalan ini membuktikan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum akan menghasilkan
natijah yang berkesan. Hal ini juga menunjukkan sikap keterbukaan menjadi kunci kejayaan
pergaulan dan perpaduan. Di sini, masyarakat pelbagai kaum boleh mengenali antara satu
sama lain dengan lebih rapat lagi. Ibu bapa juga memainkan peranan besar dalam membentuk
sikap yang mulia ini kepada anak-anak mereka. Lagipun ke mana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi. Hal ini kerana segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwariskan kepada
generasi akan datang. Oleh itu, ibu bapa perlu memahami tanggungjawab mendidik anak-anak
tidak terhad kepada amalan sikap keterbukaan tetapi juga kepada soal adab, asuhan
keagamaan dan pembentukan jati diri. Anak-anak juga perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni
yang universal.
Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda
melalui pendidikan dan bahasa kebangsaan. Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan
sebagai satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung
dengan Sabah dan Sarawak. Melalui Dasar Ekonomi Baru pula, satu lagi usaha untuk
mewujudkan kerjasama agar kekayaan negara dibahagikan sama rata antara kaum. Terkini,
Program Latihan Khidmat Negara yang menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu merapatkan
hubungan dan menjalin perpaduan serta menambah kemesraan antara kaum.
1
Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar-bandar besar
serta tidak prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap isu perpaduan tidak
mendatangkan sebarang faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh . Selain itu, sikap
tidak jujur atau tidak adil terhadap orang lain juga menimbulkan rasa tidak puas hati dan
dendam yang berpanjangan. Di samping itu, sebilangan rakyat pula tidak memberi kerjasama
malah membantah segala program yang dilaksanakan oleh kerajaan .
Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan. Jika rakyat tidak boleh
bersikap terbuka, dan sentiasa berprasangka , pasti semua yang kita banggakan terhadap diri
kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu akan musnah akhirnya. Oleh itu, demi
tanah tumpah darah , kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi sebagai
contoh kepada generasi akan datang.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Perpaduan: Di manakah Penghujungnya,
oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri
Mstar Online, Februari, 2012)
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata prinsip-prinsip jitu [ 2 markah ]
(ii) Beberapa masalah dikenal pasti melambatkan pencapaian perpaduan dalam kalangan
masyarakat.
Nyatakan masalah-masalah tersebut. [ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak
sekolah
Untuk membentuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar?
3
Nyatakan tiga langkah. [ 4 markah ]
4
2
Soalan 2 (b)- Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ibu tidak lagi cergas pada waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan
batang pisang. Tetapi apabila saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia apa saja
ujian atau cabaran pada siang hari.
Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak
henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama,
menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah
hingga terkobak rata-rata.
Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang
membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja.
Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak
yang terlekat di tiang-tiang rumah kami.
Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada
Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu
menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak
ketitir.
Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada
bapa yang telah jadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga
diserahkan bulat-bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi
bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.
“Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita,
awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”
Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing
hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk
tebing.
(Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah ibu “aku” benar-benar marah kepada bapanya selepas air Ceper bah?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, wajarkah ibu “aku” menjerit dan memarahi bapa “aku”?
Berikan tiga alasan anda. [3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain
keseluruhan cerpen. [3 markah]
3
Soalan 2( c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.
Setelah mandi, Awang Sulung masuk ke petak jubungnya bersalin pakaian pusaka tua
warisan daripada bondanya. Kemudian ia pun mengenakan keris dan pedang yang sakti, lalu
berjalan keluar.
Pada ketika itu empat puluh empat orang lanun sedang mencangkuk rombeng geliung
panjang itu dengan besi. Awang Sulung pun berseru,” Hai ketua lanun Si Helang Laut, Si
Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara yang berkacak di awan-awan dan bergantung di angin
lalu, ambillah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jadikan dia penghalau ayam, penyapu rumah atau
penggaru belakangmu!”
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang
Sulung,” Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada
diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang
ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud mencangkuk rombeng geliung panjang.
[ 2 markah ]
(ii) Apakah yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah dia selesai mandi?
[ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun tersebut gementar mendengar
suara Awang Sulung?
Berikan tiga alasan. [ 3 markah ]
4
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
HARGA REMAJA
Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?
Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu
Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.
Rahman Shaari
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.
(i) Berikan maksud rangkap terakhir sajak tersebut. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah remaja perlu mempunyai matlamat hidup yang
jelas? [4 markah]
(iii) Berikan dua pengajaran yang diperoleh daripada sajak di atas. [3 markah]
5
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i. Merebus
ii. Menjerang
iii. Mengukus
iv. Memanggang
v. Menggoreng
vi. Menguli [ 6 markah]
(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa
berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan
alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak
berfaedah.
[ 6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku
oleh polis trafik.
(ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak
bimbang akan keselamatannya.
(iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam
setengah.
[6 markah]
6
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i) Kedua angkatan tentera itu mencapai kata sepakat bagi menetapkan latihan secara
bersama-sama.
(ii) Kakak menjerang air sebelum merebus nasi bagi hidangan makan tengah hari nanti.
(iii) Tomato sos digunakan dalam masakan itu untuk menambah keharuman rasanya.
[ 6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan latar masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai baik hati dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari.
[8 markah]
7
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i) Kedua angkatan tentera itu mencapai kata sepakat bagi menetapkan latihan secara
bersama-sama.
(ii) Kakak menjerang air sebelum merebus nasi bagi hidangan makan tengah hari nanti.
(iii) Tomato sos digunakan dalam masakan itu untuk menambah keharuman rasanya.
[ 6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan latar masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai baik hati dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari.
[8 markah]
7

More Related Content

What's hot (20)

Komsas soalan 2 (b)
Komsas soalan 2 (b)Komsas soalan 2 (b)
Komsas soalan 2 (b)
 
Pergeseran makna-kata-2
Pergeseran makna-kata-2Pergeseran makna-kata-2
Pergeseran makna-kata-2
 
Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)Bahasa indonesia (d)
Bahasa indonesia (d)
 
Pergeseran makna-kata
Pergeseran makna-kataPergeseran makna-kata
Pergeseran makna-kata
 
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
Soal dan pPembahasan UN bBahasa Indonesia SMA IPS 2010-2011
 
Teknik menjawab-bm-1-spm
Teknik menjawab-bm-1-spmTeknik menjawab-bm-1-spm
Teknik menjawab-bm-1-spm
 
SAJAK AKU MEMBACA LAGI- SOALAN KBAT
SAJAK AKU MEMBACA LAGI- SOALAN KBATSAJAK AKU MEMBACA LAGI- SOALAN KBAT
SAJAK AKU MEMBACA LAGI- SOALAN KBAT
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3
 
form 1 Pantun
form 1 Pantunform 1 Pantun
form 1 Pantun
 
Karangan 05 Penulisan Perenggan Pendahuluan
Karangan 05   Penulisan Perenggan PendahuluanKarangan 05   Penulisan Perenggan Pendahuluan
Karangan 05 Penulisan Perenggan Pendahuluan
 
Bahasa indonesia kelas ix
Bahasa indonesia kelas ixBahasa indonesia kelas ix
Bahasa indonesia kelas ix
 
Bm k1 2009
Bm k1 2009Bm k1 2009
Bm k1 2009
 
Soaltryoutbahasaindoensiasma 2010
Soaltryoutbahasaindoensiasma 2010Soaltryoutbahasaindoensiasma 2010
Soaltryoutbahasaindoensiasma 2010
 
Maksud sajak kuingin berterima kasih
Maksud sajak   kuingin berterima kasihMaksud sajak   kuingin berterima kasih
Maksud sajak kuingin berterima kasih
 
Pemahaman 2012
Pemahaman 2012Pemahaman 2012
Pemahaman 2012
 
Tugasan komsas pantun
Tugasan komsas pantunTugasan komsas pantun
Tugasan komsas pantun
 
B. indo
B. indoB. indo
B. indo
 
Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2
 

Viewers also liked

Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 5 terengganu 2012 jawapan
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 5 terengganu 2012 jawapanKertas 2 pep pertengahan tahun ting 5 terengganu 2012 jawapan
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 5 terengganu 2012 jawapanHisham Rusli
 
Skema k2 trial pahang spm 2014 physics
Skema k2 trial pahang spm 2014 physicsSkema k2 trial pahang spm 2014 physics
Skema k2 trial pahang spm 2014 physicsCikgu Pejal
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTIANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTINormarjana Ibrahim
 
IBMS Jana pendapatan mingguan 6 unilevel unlimited
IBMS Jana pendapatan mingguan 6 unilevel unlimited IBMS Jana pendapatan mingguan 6 unilevel unlimited
IBMS Jana pendapatan mingguan 6 unilevel unlimited mnrbo
 
Dr. Jon Travis - www.nationalforum.com
Dr. Jon Travis - www.nationalforum.comDr. Jon Travis - www.nationalforum.com
Dr. Jon Travis - www.nationalforum.comWilliam Kritsonis
 
Waikato Rive Slideshow
Waikato Rive SlideshowWaikato Rive Slideshow
Waikato Rive SlideshowWaikatoForever
 
National FORUM Journals - Partial Listing of Affiliates
National FORUM Journals - Partial Listing of AffiliatesNational FORUM Journals - Partial Listing of Affiliates
National FORUM Journals - Partial Listing of AffiliatesWilliam Kritsonis
 
Pre College Presentation
Pre College PresentationPre College Presentation
Pre College PresentationSami Nerenberg
 
Dr. Kritsonis, NATIONAL FORUM JOURNALS, www.nationalforum.com
Dr. Kritsonis, NATIONAL FORUM JOURNALS, www.nationalforum.comDr. Kritsonis, NATIONAL FORUM JOURNALS, www.nationalforum.com
Dr. Kritsonis, NATIONAL FORUM JOURNALS, www.nationalforum.comWilliam Kritsonis
 
Asthma + Allergy Triggers
Asthma + Allergy TriggersAsthma + Allergy Triggers
Asthma + Allergy TriggersSami Nerenberg
 
Kritsonis' Philosophy Inventory
Kritsonis' Philosophy InventoryKritsonis' Philosophy Inventory
Kritsonis' Philosophy InventoryWilliam Kritsonis
 
Blackbourn,two unique organizational communication systems blackbourn-done focus
Blackbourn,two unique organizational communication systems blackbourn-done focusBlackbourn,two unique organizational communication systems blackbourn-done focus
Blackbourn,two unique organizational communication systems blackbourn-done focusWilliam Kritsonis
 
Parents' Perceptions and Attitudes for Denying Bilingual Education by Dr. Mar...
Parents' Perceptions and Attitudes for Denying Bilingual Education by Dr. Mar...Parents' Perceptions and Attitudes for Denying Bilingual Education by Dr. Mar...
Parents' Perceptions and Attitudes for Denying Bilingual Education by Dr. Mar...William Kritsonis
 
Mihi - Maori Language Instructions
Mihi - Maori Language InstructionsMihi - Maori Language Instructions
Mihi - Maori Language InstructionsWaikatoForever
 
Creative commons
Creative commonsCreative commons
Creative commonsRhys Moult
 
Dr. Mack T. Hines, III - National FORUM Journals
Dr. Mack T. Hines, III - National FORUM JournalsDr. Mack T. Hines, III - National FORUM Journals
Dr. Mack T. Hines, III - National FORUM JournalsWilliam Kritsonis
 

Viewers also liked (20)

Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 5 terengganu 2012 jawapan
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 5 terengganu 2012 jawapanKertas 2 pep pertengahan tahun ting 5 terengganu 2012 jawapan
Kertas 2 pep pertengahan tahun ting 5 terengganu 2012 jawapan
 
Skema k2 trial pahang spm 2014 physics
Skema k2 trial pahang spm 2014 physicsSkema k2 trial pahang spm 2014 physics
Skema k2 trial pahang spm 2014 physics
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTIANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
 
IBMS Jana pendapatan mingguan 6 unilevel unlimited
IBMS Jana pendapatan mingguan 6 unilevel unlimited IBMS Jana pendapatan mingguan 6 unilevel unlimited
IBMS Jana pendapatan mingguan 6 unilevel unlimited
 
Dr. Jon Travis - www.nationalforum.com
Dr. Jon Travis - www.nationalforum.comDr. Jon Travis - www.nationalforum.com
Dr. Jon Travis - www.nationalforum.com
 
Waikato Rive Slideshow
Waikato Rive SlideshowWaikato Rive Slideshow
Waikato Rive Slideshow
 
National FORUM Journals - Partial Listing of Affiliates
National FORUM Journals - Partial Listing of AffiliatesNational FORUM Journals - Partial Listing of Affiliates
National FORUM Journals - Partial Listing of Affiliates
 
Pre College Presentation
Pre College PresentationPre College Presentation
Pre College Presentation
 
El proyecto LEARN y la gestión de datos de investigación: Avances y desafíos ...
El proyecto LEARN y la gestión de datos de investigación: Avances y desafíos ...El proyecto LEARN y la gestión de datos de investigación: Avances y desafíos ...
El proyecto LEARN y la gestión de datos de investigación: Avances y desafíos ...
 
Dr. Kritsonis, NATIONAL FORUM JOURNALS, www.nationalforum.com
Dr. Kritsonis, NATIONAL FORUM JOURNALS, www.nationalforum.comDr. Kritsonis, NATIONAL FORUM JOURNALS, www.nationalforum.com
Dr. Kritsonis, NATIONAL FORUM JOURNALS, www.nationalforum.com
 
Asthma + Allergy Triggers
Asthma + Allergy TriggersAsthma + Allergy Triggers
Asthma + Allergy Triggers
 
Kritsonis' Philosophy Inventory
Kritsonis' Philosophy InventoryKritsonis' Philosophy Inventory
Kritsonis' Philosophy Inventory
 
Hokkaido New Zealand
Hokkaido New ZealandHokkaido New Zealand
Hokkaido New Zealand
 
Indexing repositories: Pitfalls & best practices
Indexing repositories: Pitfalls & best practicesIndexing repositories: Pitfalls & best practices
Indexing repositories: Pitfalls & best practices
 
Blackbourn,two unique organizational communication systems blackbourn-done focus
Blackbourn,two unique organizational communication systems blackbourn-done focusBlackbourn,two unique organizational communication systems blackbourn-done focus
Blackbourn,two unique organizational communication systems blackbourn-done focus
 
Parents' Perceptions and Attitudes for Denying Bilingual Education by Dr. Mar...
Parents' Perceptions and Attitudes for Denying Bilingual Education by Dr. Mar...Parents' Perceptions and Attitudes for Denying Bilingual Education by Dr. Mar...
Parents' Perceptions and Attitudes for Denying Bilingual Education by Dr. Mar...
 
Mihi - Maori Language Instructions
Mihi - Maori Language InstructionsMihi - Maori Language Instructions
Mihi - Maori Language Instructions
 
Creative commons
Creative commonsCreative commons
Creative commons
 
Dr. Mack T. Hines, III - National FORUM Journals
Dr. Mack T. Hines, III - National FORUM JournalsDr. Mack T. Hines, III - National FORUM Journals
Dr. Mack T. Hines, III - National FORUM Journals
 

Similar to PERPADUAN

Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahamanAn Hawa
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahamanAn Hawa
 
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2Siti Nur Aidah Ayob
 
Ujian bulanan mac bm 2014
Ujian bulanan mac bm 2014Ujian bulanan mac bm 2014
Ujian bulanan mac bm 2014Rogayah Surom
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tasamranaziz67
 
Last minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayuLast minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayutimothy yonglk
 
Makalah Nilai-Nilai Sosial Dalam Novel Tentang Kamu Karya Tere Liye UNZAH GEN...
Makalah Nilai-Nilai Sosial Dalam Novel Tentang Kamu Karya Tere Liye UNZAH GEN...Makalah Nilai-Nilai Sosial Dalam Novel Tentang Kamu Karya Tere Liye UNZAH GEN...
Makalah Nilai-Nilai Sosial Dalam Novel Tentang Kamu Karya Tere Liye UNZAH GEN...Zukét Printing
 
Latihan psikotes
Latihan psikotesLatihan psikotes
Latihan psikotesgino tugino
 
Tutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuTutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuBunga Putih
 
Contoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktifContoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktifIbal Fisika
 
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatBm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatMohd Nizam Mokhtar
 
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2Rosnah Bahari
 
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan aluriklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan aluratalyataqwa
 
Pidato bahasa indonesia motivasi dan kebohongan
Pidato bahasa indonesia motivasi dan kebohonganPidato bahasa indonesia motivasi dan kebohongan
Pidato bahasa indonesia motivasi dan kebohonganOperator Warnet Vast Raha
 
Semangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bSemangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bAi Li
 

Similar to PERPADUAN (20)

Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
TATABAHASA UNTUK UMUM.pptTATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt
 
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
 
Ujian bulanan mac bm 2014
Ujian bulanan mac bm 2014Ujian bulanan mac bm 2014
Ujian bulanan mac bm 2014
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Para Penanti
Para PenantiPara Penanti
Para Penanti
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
Last minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayuLast minutes revison bahsa melayu
Last minutes revison bahsa melayu
 
+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017
 
Makalah Nilai-Nilai Sosial Dalam Novel Tentang Kamu Karya Tere Liye UNZAH GEN...
Makalah Nilai-Nilai Sosial Dalam Novel Tentang Kamu Karya Tere Liye UNZAH GEN...Makalah Nilai-Nilai Sosial Dalam Novel Tentang Kamu Karya Tere Liye UNZAH GEN...
Makalah Nilai-Nilai Sosial Dalam Novel Tentang Kamu Karya Tere Liye UNZAH GEN...
 
Latihan psikotes
Latihan psikotesLatihan psikotes
Latihan psikotes
 
Tutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuTutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa Melayu
 
Contoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktifContoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktif
 
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatBm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
 
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
 
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan aluriklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
 
Pidato bahasa indonesia motivasi dan kebohongan
Pidato bahasa indonesia motivasi dan kebohonganPidato bahasa indonesia motivasi dan kebohongan
Pidato bahasa indonesia motivasi dan kebohongan
 
Sayangi ibubapa
Sayangi ibubapaSayangi ibubapa
Sayangi ibubapa
 
Semangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bSemangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-b
 

PERPADUAN

  • 1. Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk perpaduan dan kepentingannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang etnik dan keturunan. Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan prinsip-prinsip jitu untuk perpaduan. Namun hakikatnya, tahap perpaduan kita sampai di mana? Peristiwa 13 Mei memaparkan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi. Dalam usaha membendung masalah ini kerajaan menyedari bahawa negara memerlukan satu ideologi untuk terus bersatu. Rukun Negara menjadi platform membimbing masyarakat ke arah perpaduan kerana tanpa perpaduan di manakah letaknya nilai jati diri kita? Bukan setakat itu sahaja, masyarakat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan yang perlu disemai sejak kecil kerana amalan ini membuktikan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum akan menghasilkan natijah yang berkesan. Hal ini juga menunjukkan sikap keterbukaan menjadi kunci kejayaan pergaulan dan perpaduan. Di sini, masyarakat pelbagai kaum boleh mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi. Ibu bapa juga memainkan peranan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini kepada anak-anak mereka. Lagipun ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Hal ini kerana segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwariskan kepada generasi akan datang. Oleh itu, ibu bapa perlu memahami tanggungjawab mendidik anak-anak tidak terhad kepada amalan sikap keterbukaan tetapi juga kepada soal adab, asuhan keagamaan dan pembentukan jati diri. Anak-anak juga perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni yang universal. Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda melalui pendidikan dan bahasa kebangsaan. Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan sebagai satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Melalui Dasar Ekonomi Baru pula, satu lagi usaha untuk mewujudkan kerjasama agar kekayaan negara dibahagikan sama rata antara kaum. Terkini, Program Latihan Khidmat Negara yang menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu merapatkan hubungan dan menjalin perpaduan serta menambah kemesraan antara kaum. 1
  • 2. Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar-bandar besar serta tidak prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap isu perpaduan tidak mendatangkan sebarang faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh . Selain itu, sikap tidak jujur atau tidak adil terhadap orang lain juga menimbulkan rasa tidak puas hati dan dendam yang berpanjangan. Di samping itu, sebilangan rakyat pula tidak memberi kerjasama malah membantah segala program yang dilaksanakan oleh kerajaan . Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan. Jika rakyat tidak boleh bersikap terbuka, dan sentiasa berprasangka , pasti semua yang kita banggakan terhadap diri kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu akan musnah akhirnya. Oleh itu, demi tanah tumpah darah , kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi sebagai contoh kepada generasi akan datang. (Dipetik dan diubah suai daripada Perpaduan: Di manakah Penghujungnya, oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri Mstar Online, Februari, 2012) Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata prinsip-prinsip jitu [ 2 markah ] (ii) Beberapa masalah dikenal pasti melambatkan pencapaian perpaduan dalam kalangan masyarakat. Nyatakan masalah-masalah tersebut. [ 3 markah ] (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah Untuk membentuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar? 3
  • 3. Nyatakan tiga langkah. [ 4 markah ] 4 2
  • 4. Soalan 2 (b)- Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ibu tidak lagi cergas pada waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. Tetapi apabila saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia apa saja ujian atau cabaran pada siang hari. Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata. Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami. Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir. Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah jadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat-bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu. “Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!” Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing. (Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah ibu “aku” benar-benar marah kepada bapanya selepas air Ceper bah? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, wajarkah ibu “aku” menjerit dan memarahi bapa “aku”? Berikan tiga alasan anda. [3 markah] (iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain keseluruhan cerpen. [3 markah] 3
  • 5. Soalan 2( c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri. Setelah mandi, Awang Sulung masuk ke petak jubungnya bersalin pakaian pusaka tua warisan daripada bondanya. Kemudian ia pun mengenakan keris dan pedang yang sakti, lalu berjalan keluar. Pada ketika itu empat puluh empat orang lanun sedang mencangkuk rombeng geliung panjang itu dengan besi. Awang Sulung pun berseru,” Hai ketua lanun Si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara yang berkacak di awan-awan dan bergantung di angin lalu, ambillah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jadikan dia penghalau ayam, penyapu rumah atau penggaru belakangmu!” Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung,” Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri. “Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar. (Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud mencangkuk rombeng geliung panjang. [ 2 markah ] (ii) Apakah yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah dia selesai mandi? [ 3 markah ] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun tersebut gementar mendengar suara Awang Sulung? Berikan tiga alasan. [ 3 markah ] 4
  • 6. Soalan 2 (d) – Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Rahman Shaari Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009. (i) Berikan maksud rangkap terakhir sajak tersebut. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, mengapakah remaja perlu mempunyai matlamat hidup yang jelas? [4 markah] (iii) Berikan dua pengajaran yang diperoleh daripada sajak di atas. [3 markah] 5
  • 7. Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. i. Merebus ii. Menjerang iii. Mengukus iv. Memanggang v. Menggoreng vi. Menguli [ 6 markah] (b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah. [ 6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis trafik. (ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya. (iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah. [6 markah] 6
  • 8. (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kedua angkatan tentera itu mencapai kata sepakat bagi menetapkan latihan secara bersama-sama. (ii) Kakak menjerang air sebelum merebus nasi bagi hidangan makan tengah hari nanti. (iii) Tomato sos digunakan dalam masakan itu untuk menambah keharuman rasanya. [ 6 markah] Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah] (b) Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai baik hati dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [8 markah] 7
  • 9. (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kedua angkatan tentera itu mencapai kata sepakat bagi menetapkan latihan secara bersama-sama. (ii) Kakak menjerang air sebelum merebus nasi bagi hidangan makan tengah hari nanti. (iii) Tomato sos digunakan dalam masakan itu untuk menambah keharuman rasanya. [ 6 markah] Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah] (b) Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai baik hati dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [8 markah] 7