SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
1
1   SULIT                                                                                  1103/2
0   1103/2
3   Bahasa
2   Melayu
    Kertas 2
    September
    2006
    2½ jam
                            MAKTAB RENDAH SAINS MARA


                           PEPERIKSAAN PERCUBAAN
                        SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006


                                        BAHASA MELAYU

                                                  Kertas 2

                                       Dua jam tiga puluh minit




         JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


    1.   Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
    2.   Jawab semua soalan.
    3.   Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
         Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.
    4.   Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.




          Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak


                                                                               [Lihat sebelah
    1103/2    ©2006 Hak Cipta Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA           SULIT
SULIT                                       2                                       1103/2
                                  Soalan 1 : Rumusan

                                      [ 30 markah ]


Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja
dalam mengisi kemerdekaan negara dan halangan -halangan untuk melaksanakannya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah pe rkataan .

       Malaysia telah banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat
untuk mencipta kecemerlangan hasil kemerdekaan yang diraih sejak 1957. Kemerdekaan
telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang selesa dengan pelbagai peluang y ang
terbuka luas. Negara kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua
bidang, sama ada politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat
menikmati kehidupan yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara
dan meneruskan kesinambungan usaha -usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu.
Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, daripada pemimpin, tenaga kerja
kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia, mempunyai
tanggungjawab penting untuk mewarnakan dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil
kemerdekaan yang dikecapi.

        Golongan muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi
terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya. Menghayati
sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting manakala usaha memupuk semangat
cinta akan negara perlu diteruskan. Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh agar menjadi
orang yang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara. Ilmu
yang ditimba akan dapat dijanakan untuk membangunkan negara setanding dengan negara-
negara yang maju . Kita mengimpikan hasrat agar negara ini sentiasa menjadi penanda aras
kepada negara-negara lain dalam soal kemajuan hidup manusia secara menyeluruh.
Komitmen ini juga perlu dizahirkan oleh para remaja dengan kesanggupan menyumbangkan
tenaga kepada negara terutama pada bila-bila masa.

       Penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam berbagai- bagai aktiviti kemasyarakatan
dengan memberi khidmat membantu golongan yang miskin, orang tua, anak-anak yatim,
orang kurang upaya dan sebagainya juga perlu menjadi agenda remaja; golongan yang amat
kita harapkan menerajui negara pada masa depan. Remaja boleh memanfaatkan segala
potensi yang ada dalam diri mereka untuk berusaha membangunkan masyarakat yang sihat,
penyayang, dan cinta akan negara. Setiap daripada kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan
untuk membangunkan masyarakat dan negara ini. Tugas murni yang dilaksanakan ini
seharusnya digalas dengan penuh kecekapan dan berintegriti. Kesedaran dan kefahaman
terhadap peranan menjayakan misi dan program pembangunan negara merupakan semangat
yang perlu terus bersemarak dalam kalangan remaja walaupun negara telah mencapai
kemerdekaan sekian lama.

       Kepesatan p  embangunan dan keutuhan perpaduan yang dicapai sejak merdeka amat
membanggakan kita. Kita yakin bahawa kita mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Sebagai
warganegara, kita boleh berkongsi idea dan pandangan agar bersama-sama mencorakkan
negara ini menjadi Malaysia yang kita impikan. Kemerdekaan yang dipertahankan ini amat
besar ertinya dan segala -galanya bermula dengan golongan muda yang akan terus
mewarnainya. Kemerdekaan adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan, dan kejayaan
kepada setiap daripada kita , warganegara yang bernaung di bawahnya.


                            (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menghargai Kemerdekaan,
                                         Lidah Pengarang, Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004 )


1103/2                                                                             SULIT
SULIT                                         3                                 1103/2


                                   Soalan 2 : Pemahaman


Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan -soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(i)      Berikan maksud rangkai kata memanfaatkan segala potensi.
                                                                               [ 2 markah ]

(ii)     Nyatakan kejayaan-kejayaan yang diperoleh ne gara sejak merdeka.
                                                                               [ 3 markah ]

(iii)    Pada pendapat anda, mengapakah sambutan hari kemerdekaan negara mempunyai
         tema-tema tertentu seperti ‘Keranamu Malaysia’ ?
                                                                         [ 4 markah ]




1103/2                                                                      [ Lihat sebelah
                                                                                     SULIT
SULIT                                          4                                     1103/2



Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

       “Zel faham maksud mama, bukan? Sebagai anak mama satu-satunya, ma yakin ma
telah mendidik Zel sebagai sebaik-baik anak. Begitu juga abah. Dulu dan sekarang. Ma
yakin Zel tidak akan bersikap bodoh, malah ma tahu Zel matang dalam menjalani setiap
pergerakan dalam hidup lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan keluarga abah- Aunt Pah,
Abang Awi , Aman dan Arif. Anggap saja perlakuan mereka yang Zel tidak gemar itu
berikutan daripada ketidakmatangan . Ia bukan disebabkan salah didikan Aunt Pah dan abah.
Mereka pendidik yang berjaya di bidang akademik, Zel. Mungkin ruang waktu dan
pengetahuan yang lebih, mereka didik Abang Awi, Aman dan Arif lebih baik daripada mama.
Tapi sebaliknya Abang Awi, Aman, dan Arif saja yang belum dapat capai piawai
kematangan seperti mana yang telah Zel peroleh sekarang.”

         “Mama!”

      Di luar sedar, air jernih yang tanpa aku jemput, perlahan-lahan menuruni cerun pipi.
Aku memeluk mama erat sekali. Begitu mulia hati mama. Tidak pernah aku duga selama ini
mama begitu luhur. Murni. Suci. Kudus.

                                               (Dipetik daripada cerpen Virus Zel Untuk Abah
                                           dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)



(i)      Apakah harapan mama terhadap Zel?
                                                                                [ 3 markah]

(ii)     Sekiranya anda Zel, bagaimanakah anda dapat mengeratkan hubungan
         dua keluarga yang renggang itu?
                                                                                [ 3 markah]

(iii)    Jelaskan satu nilai daripada petikan dan dua nilai daripada
         keseluruhan cerpen.
                                                                                 [3 markah]




1103/2                                                                              SULIT
SULIT                                        5                                1103/2

Soalan 2 ( c ) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.


       Maka Tun Mamat pun hairan memandang perhiasan taman itu. Maka Tun Mamat
bertemu dengan sebuah balai di dalam taman itu, semua perkakasnya tulang, atapnya rambut.
Di atas balai itu seorang perempuan tua baik rupanya, menyampai kain pendukung. Empat
orang perempuan muda-muda menghadapi dia. Maka ia bertanya kepada Tun Mamat ,
katanya,”Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?”

       Maka kata Tun Mamat , “Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan
oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Laksamana dan Sang Setia ada di
bawah gunung ini : tiada boleh naik ; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa?
Dan apa nama tuan hamba?”

        Maka sambut perempuan tua itu . “Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah
pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan
segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri.”

       Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya pun lenyaplah. Ada
kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga.
Maka ia berkata pada Tun Mamat, “Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah
dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang.”


                                                     (Dipetik daripada Peminangan Puteri
                                                 Gunung Ledang dala m antologi Anak Laut,
                                                               Dewan Bahasa dan Pustaka)



(i)      Apakah maksud sudahlah dipersembahkan berdasarkan petikan di atas?
                                                                              [ 2 markah ]

(ii)     Apakah yang dilihat oleh Tun Mamat di taman itu?
                                                                              [ 3 markah ]

(iii)    Pada pendapat anda, jika perempuan tua itu Puteri Gunung Ledang, mengapakah
         puteri itu perlu menyamar ?
                                                                          [ 3 markah ]




1103/2                                                                    [ Lihat sebelah
                                                                                   SULIT
SULIT                                      6                                      1103/2

Soalan 2 (d ) Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan -soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.


                     PANTUN LAPAN KERAT

              Sarang merbah di celah dahan,
                     Tempat punai bermain di situ,
                            Berkejar-kejaran anak rusa,
                                   Tampak dari tanah seberang,
              Bersyukur aku kepada Tuhan,
                     Kalau nasib memang begitu,
                            Akan merana sepanjang masa,
                                   Harap pada kasihan orang.

              Bagus rupanya bunga melur,
                     Putih rupanya bunga pinang,
                             Berukir bertangkai perak,
                                    Permainan raja perempuan,
              Cawan, cerek sudah teratur,
                     Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
                             Penganan mulia sudah terletak,
                                    Samalah duduk kita makan.

              Korek perigi di tepi seberang,
                    Tepi parit tumbuh mengkudu,
                             Berselang dengan pohon puding,
                                     Hidup subur kanan dan kiri,
              Tuan pergi dagang seorang,
                    Tiada saudara tempat mengadu,
                             Tiada saudara tempat berunding,
                                     Pandai-pandailah membawa diri.

                                                                         Permatang Budi,
                                                                         Antologi Kerusi,
                                                                Dewan Bahasa dan Pustaka.




1103/2                                                                           SULIT
SULIT                                       7                               1103/2




(i)      Apakah maksud Pandai-pandailah membawa diri dalam puisi di atas?
                                                                            [ 2 markah]

(ii)     Pada pendapat anda , apakah adab makan yang boleh diamalkan selain adab yang
         telah dinyatakan dalam puisi di atas?
                                                                            [ 3 markah]
(iii)    Huraikan dua pengajaran dalam puisi di atas.
                                                                            [ 4 markah]




1103/2                                                                  [ Lihat sebelah
                                                                                 SULIT
SULIT                                         8                                     1103/2



                       Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

                                        [ 30 markah ]

                                    Jawab semua soalan.

(a)      Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.
         Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan serta menggunakan
         perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

         (i)     insentif
         (ii)    intensif
         (iii)   aspirasi
         (iv)    inspirasi
         (v)     interaksi
         (vi)    interpretasi
                                                                               [ 6 markah ]

(b)      Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Pisahkan subjek dan predikat ayat-ayat
         tersebut.

         (i)     Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut.

         (ii)    Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan
                 kerja-kerja amal.

         (iii)   Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah.
                                                                               [ 6 markah ]

(c)      Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
         Kenal pasti dan betulkan kesalahan -kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu
         semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

         (i)     Jurujual itu sedang mengetengahkan kaedah penggunaan alat perapi rambut
                 agar pembeli tahu selok belok merapi rambut yang betul.

         (ii)    Usaha membenteras va ndalisme perlu dilakukan secara terusan oleh semua
                 pihak.

         (iii)   Projek pembinaan lebuhraya itu telah tergendala akibat kegawatan ekonomi
                 pada akhir tahun 1990an lagi.
                                                                               [ 6 markah ]




1103/2                                                                             SULIT
SULIT                                         9                                 1103/2




(d)      Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
         kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis
         ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

         (i)     Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke
                 sekolah khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi.

         (ii)    Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya
                 pencairan ais pada kawasan kutub.

         (iii)   Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran oleh sebab banyak isu
                 yang belum dia kuasai.
                                                                               [ 6 markah ]

(e)      Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain
         yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.

         (i)     Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaik-
                 baik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama
                 bercantum juga.

         (ii)    Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata
                 peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya.

         (iii)   Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke
                 tempat asalnya, bak ka ta peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau,
                 akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.
                                                                            [ 6 markah ]




1103/2                                                                     [ Lihat sebelah
                                                                                    SULIT
SULIT                                         10                                 1103/2



                                       Soalan 4 : Novel

                                         [ 15 markah ]


Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.

         (i)      Terminal Tiga karya Othman Puteh
         (ii)     Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
         (iii)    Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
         (iv)     Bukit Kepong karya Ismail Johari
         (v)      Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
         (vi)     Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
         (vii)    Julia karya Abu Hassan Morad
         (viii)   Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a)      Pengarang sering      memaparkan        kritikan sosial dengan mengetengahkan
         kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang
         berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

                                                                             [7 markah]

(b)      Latar masa merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan tiga latar masa
         dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari.

                                                                             [8 markah]




                                 KERTAS SOALAN TAMAT




1103/2                                                                          SULIT

More Related Content

Viewers also liked

MRSM BM Kertas 1
MRSM BM Kertas 1MRSM BM Kertas 1
MRSM BM Kertas 1Azizi Net
 
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalanKertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalanNirmala Rothinam
 
MRSM Matematik 1, 2 TRIAL SPM 2012
MRSM Matematik 1, 2 TRIAL SPM 2012 MRSM Matematik 1, 2 TRIAL SPM 2012
MRSM Matematik 1, 2 TRIAL SPM 2012 Tuisyen Geliga
 
Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM 2016
Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM 2016 Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM 2016
Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM 2016 Rashidah1996
 
MRSM Skema Matematik KERTAS 1, 2 percubaan spm 2012
MRSM Skema Matematik KERTAS 1, 2 percubaan spm 2012MRSM Skema Matematik KERTAS 1, 2 percubaan spm 2012
MRSM Skema Matematik KERTAS 1, 2 percubaan spm 2012Tuisyen Geliga
 
Statistik contoh jawapan
Statistik   contoh jawapanStatistik   contoh jawapan
Statistik contoh jawapanSayshare
 
Formula ujian 1 matematik tingkatan 4
Formula ujian 1 matematik tingkatan 4 Formula ujian 1 matematik tingkatan 4
Formula ujian 1 matematik tingkatan 4 Minh Hayat
 
Soalan latihan-nota
Soalan latihan-notaSoalan latihan-nota
Soalan latihan-notaCIKGUAMI
 
Matematik form 5 BAB 1
Matematik form 5 BAB 1Matematik form 5 BAB 1
Matematik form 5 BAB 1johan johari
 
Soalan matematik tingkatan 3 kertas 2
Soalan  matematik tingkatan 3 kertas 2Soalan  matematik tingkatan 3 kertas 2
Soalan matematik tingkatan 3 kertas 2Sivagami Saminathan
 
Koleksi soalan matematik spm
Koleksi soalan matematik spmKoleksi soalan matematik spm
Koleksi soalan matematik spmruhanaahmad
 
Matematik soalan kertas 1
Matematik soalan kertas 1Matematik soalan kertas 1
Matematik soalan kertas 1coxxiee
 
Kem matematik kbat tingkatan 5
Kem matematik kbat tingkatan 5Kem matematik kbat tingkatan 5
Kem matematik kbat tingkatan 5sulaiman rauf
 
MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6
MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6
MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6AYU_TEMPOYAK
 
Soalan matematik PT3
Soalan matematik PT3Soalan matematik PT3
Soalan matematik PT3Min Aj
 
Latihan Ithink and kbat math form 3
Latihan Ithink and kbat math form 3Latihan Ithink and kbat math form 3
Latihan Ithink and kbat math form 3Cikgu Nanie
 
Asas nombor… math tg5
Asas nombor… math tg5Asas nombor… math tg5
Asas nombor… math tg5Roiamah Basri
 
Ungkapan dan persamaan kuadratik
Ungkapan dan persamaan kuadratikUngkapan dan persamaan kuadratik
Ungkapan dan persamaan kuadratikFdnfdn Fariduddin
 
100 Soalan Matematik Ting3
100 Soalan Matematik Ting3100 Soalan Matematik Ting3
100 Soalan Matematik Ting3Roiamah Basri
 

Viewers also liked (20)

MRSM BM Kertas 1
MRSM BM Kertas 1MRSM BM Kertas 1
MRSM BM Kertas 1
 
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalanKertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
 
MRSM Matematik 1, 2 TRIAL SPM 2012
MRSM Matematik 1, 2 TRIAL SPM 2012 MRSM Matematik 1, 2 TRIAL SPM 2012
MRSM Matematik 1, 2 TRIAL SPM 2012
 
Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM 2016
Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM 2016 Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM 2016
Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM 2016
 
MRSM Skema Matematik KERTAS 1, 2 percubaan spm 2012
MRSM Skema Matematik KERTAS 1, 2 percubaan spm 2012MRSM Skema Matematik KERTAS 1, 2 percubaan spm 2012
MRSM Skema Matematik KERTAS 1, 2 percubaan spm 2012
 
Statistik contoh jawapan
Statistik   contoh jawapanStatistik   contoh jawapan
Statistik contoh jawapan
 
Bentuk piawai
Bentuk piawaiBentuk piawai
Bentuk piawai
 
Formula ujian 1 matematik tingkatan 4
Formula ujian 1 matematik tingkatan 4 Formula ujian 1 matematik tingkatan 4
Formula ujian 1 matematik tingkatan 4
 
Soalan latihan-nota
Soalan latihan-notaSoalan latihan-nota
Soalan latihan-nota
 
Matematik form 5 BAB 1
Matematik form 5 BAB 1Matematik form 5 BAB 1
Matematik form 5 BAB 1
 
Soalan matematik tingkatan 3 kertas 2
Soalan  matematik tingkatan 3 kertas 2Soalan  matematik tingkatan 3 kertas 2
Soalan matematik tingkatan 3 kertas 2
 
Koleksi soalan matematik spm
Koleksi soalan matematik spmKoleksi soalan matematik spm
Koleksi soalan matematik spm
 
Matematik soalan kertas 1
Matematik soalan kertas 1Matematik soalan kertas 1
Matematik soalan kertas 1
 
Kem matematik kbat tingkatan 5
Kem matematik kbat tingkatan 5Kem matematik kbat tingkatan 5
Kem matematik kbat tingkatan 5
 
MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6
MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6
MATEMATIK TINGKATAN 4 LATIHAN BAB 1-6
 
Soalan matematik PT3
Soalan matematik PT3Soalan matematik PT3
Soalan matematik PT3
 
Latihan Ithink and kbat math form 3
Latihan Ithink and kbat math form 3Latihan Ithink and kbat math form 3
Latihan Ithink and kbat math form 3
 
Asas nombor… math tg5
Asas nombor… math tg5Asas nombor… math tg5
Asas nombor… math tg5
 
Ungkapan dan persamaan kuadratik
Ungkapan dan persamaan kuadratikUngkapan dan persamaan kuadratik
Ungkapan dan persamaan kuadratik
 
100 Soalan Matematik Ting3
100 Soalan Matematik Ting3100 Soalan Matematik Ting3
100 Soalan Matematik Ting3
 

Similar to Berdasarkan konteks petikan, maksud sudahlah dipersembahkan ialah segala kata-kata Tun Mamat sudah disampaikan atau dibawa oleh Dang Raya Rani kepada Puteri Gunung Ledang.(ii) Mengapakah Dang Raya Rani dipanggil pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang

Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Smk Gelam
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Bm2 pulau pinang
Bm2   pulau pinangBm2   pulau pinang
Bm2 pulau pinangsamsudin73
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka firuzi
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]Nur faizah Baharin
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...Normarjana Ibrahim
 
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013ammarmeek
 
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011Kakram Gc
 

Similar to Berdasarkan konteks petikan, maksud sudahlah dipersembahkan ialah segala kata-kata Tun Mamat sudah disampaikan atau dibawa oleh Dang Raya Rani kepada Puteri Gunung Ledang.(ii) Mengapakah Dang Raya Rani dipanggil pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang (15)

Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3
 
2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2
 
Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)
 
Bm2 pulau pinang
Bm2   pulau pinangBm2   pulau pinang
Bm2 pulau pinang
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
 
Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4
 
Bm johor 2012
Bm johor 2012Bm johor 2012
Bm johor 2012
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
JAWAPAN BM KERTAS 1 & 2 - SBP 2013
 
+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017
 
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
 

Berdasarkan konteks petikan, maksud sudahlah dipersembahkan ialah segala kata-kata Tun Mamat sudah disampaikan atau dibawa oleh Dang Raya Rani kepada Puteri Gunung Ledang.(ii) Mengapakah Dang Raya Rani dipanggil pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang

  • 1. 1 1 SULIT 1103/2 0 1103/2 3 Bahasa 2 Melayu Kertas 2 September 2006 2½ jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak [Lihat sebelah 1103/2 ©2006 Hak Cipta Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA SULIT
  • 2. SULIT 2 1103/2 Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja dalam mengisi kemerdekaan negara dan halangan -halangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah pe rkataan . Malaysia telah banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan hasil kemerdekaan yang diraih sejak 1957. Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang selesa dengan pelbagai peluang y ang terbuka luas. Negara kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang, sama ada politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha -usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu. Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, daripada pemimpin, tenaga kerja kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia, mempunyai tanggungjawab penting untuk mewarnakan dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil kemerdekaan yang dikecapi. Golongan muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya. Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting manakala usaha memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan. Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara. Ilmu yang ditimba akan dapat dijanakan untuk membangunkan negara setanding dengan negara- negara yang maju . Kita mengimpikan hasrat agar negara ini sentiasa menjadi penanda aras kepada negara-negara lain dalam soal kemajuan hidup manusia secara menyeluruh. Komitmen ini juga perlu dizahirkan oleh para remaja dengan kesanggupan menyumbangkan tenaga kepada negara terutama pada bila-bila masa. Penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam berbagai- bagai aktiviti kemasyarakatan dengan memberi khidmat membantu golongan yang miskin, orang tua, anak-anak yatim, orang kurang upaya dan sebagainya juga perlu menjadi agenda remaja; golongan yang amat kita harapkan menerajui negara pada masa depan. Remaja boleh memanfaatkan segala potensi yang ada dalam diri mereka untuk berusaha membangunkan masyarakat yang sihat, penyayang, dan cinta akan negara. Setiap daripada kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan untuk membangunkan masyarakat dan negara ini. Tugas murni yang dilaksanakan ini seharusnya digalas dengan penuh kecekapan dan berintegriti. Kesedaran dan kefahaman terhadap peranan menjayakan misi dan program pembangunan negara merupakan semangat yang perlu terus bersemarak dalam kalangan remaja walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sekian lama. Kepesatan p embangunan dan keutuhan perpaduan yang dicapai sejak merdeka amat membanggakan kita. Kita yakin bahawa kita mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Sebagai warganegara, kita boleh berkongsi idea dan pandangan agar bersama-sama mencorakkan negara ini menjadi Malaysia yang kita impikan. Kemerdekaan yang dipertahankan ini amat besar ertinya dan segala -galanya bermula dengan golongan muda yang akan terus mewarnainya. Kemerdekaan adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan, dan kejayaan kepada setiap daripada kita , warganegara yang bernaung di bawahnya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menghargai Kemerdekaan, Lidah Pengarang, Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004 ) 1103/2 SULIT
  • 3. SULIT 3 1103/2 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan -soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata memanfaatkan segala potensi. [ 2 markah ] (ii) Nyatakan kejayaan-kejayaan yang diperoleh ne gara sejak merdeka. [ 3 markah ] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah sambutan hari kemerdekaan negara mempunyai tema-tema tertentu seperti ‘Keranamu Malaysia’ ? [ 4 markah ] 1103/2 [ Lihat sebelah SULIT
  • 4. SULIT 4 1103/2 Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Zel faham maksud mama, bukan? Sebagai anak mama satu-satunya, ma yakin ma telah mendidik Zel sebagai sebaik-baik anak. Begitu juga abah. Dulu dan sekarang. Ma yakin Zel tidak akan bersikap bodoh, malah ma tahu Zel matang dalam menjalani setiap pergerakan dalam hidup lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan keluarga abah- Aunt Pah, Abang Awi , Aman dan Arif. Anggap saja perlakuan mereka yang Zel tidak gemar itu berikutan daripada ketidakmatangan . Ia bukan disebabkan salah didikan Aunt Pah dan abah. Mereka pendidik yang berjaya di bidang akademik, Zel. Mungkin ruang waktu dan pengetahuan yang lebih, mereka didik Abang Awi, Aman dan Arif lebih baik daripada mama. Tapi sebaliknya Abang Awi, Aman, dan Arif saja yang belum dapat capai piawai kematangan seperti mana yang telah Zel peroleh sekarang.” “Mama!” Di luar sedar, air jernih yang tanpa aku jemput, perlahan-lahan menuruni cerun pipi. Aku memeluk mama erat sekali. Begitu mulia hati mama. Tidak pernah aku duga selama ini mama begitu luhur. Murni. Suci. Kudus. (Dipetik daripada cerpen Virus Zel Untuk Abah dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah harapan mama terhadap Zel? [ 3 markah] (ii) Sekiranya anda Zel, bagaimanakah anda dapat mengeratkan hubungan dua keluarga yang renggang itu? [ 3 markah] (iii) Jelaskan satu nilai daripada petikan dan dua nilai daripada keseluruhan cerpen. [3 markah] 1103/2 SULIT
  • 5. SULIT 5 1103/2 Soalan 2 ( c ) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka Tun Mamat pun hairan memandang perhiasan taman itu. Maka Tun Mamat bertemu dengan sebuah balai di dalam taman itu, semua perkakasnya tulang, atapnya rambut. Di atas balai itu seorang perempuan tua baik rupanya, menyampai kain pendukung. Empat orang perempuan muda-muda menghadapi dia. Maka ia bertanya kepada Tun Mamat , katanya,”Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?” Maka kata Tun Mamat , “Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini : tiada boleh naik ; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa? Dan apa nama tuan hamba?” Maka sambut perempuan tua itu . “Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri.” Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya pun lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat, “Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang.” (Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang dala m antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud sudahlah dipersembahkan berdasarkan petikan di atas? [ 2 markah ] (ii) Apakah yang dilihat oleh Tun Mamat di taman itu? [ 3 markah ] (iii) Pada pendapat anda, jika perempuan tua itu Puteri Gunung Ledang, mengapakah puteri itu perlu menyamar ? [ 3 markah ] 1103/2 [ Lihat sebelah SULIT
  • 6. SULIT 6 1103/2 Soalan 2 (d ) Petikan Puisi Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan -soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN LAPAN KERAT Sarang merbah di celah dahan, Tempat punai bermain di situ, Berkejar-kejaran anak rusa, Tampak dari tanah seberang, Bersyukur aku kepada Tuhan, Kalau nasib memang begitu, Akan merana sepanjang masa, Harap pada kasihan orang. Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan, Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Korek perigi di tepi seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding, Hidup subur kanan dan kiri, Tuan pergi dagang seorang, Tiada saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri. Permatang Budi, Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka. 1103/2 SULIT
  • 7. SULIT 7 1103/2 (i) Apakah maksud Pandai-pandailah membawa diri dalam puisi di atas? [ 2 markah] (ii) Pada pendapat anda , apakah adab makan yang boleh diamalkan selain adab yang telah dinyatakan dalam puisi di atas? [ 3 markah] (iii) Huraikan dua pengajaran dalam puisi di atas. [ 4 markah] 1103/2 [ Lihat sebelah SULIT
  • 8. SULIT 8 1103/2 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) insentif (ii) intensif (iii) aspirasi (iv) inspirasi (v) interaksi (vi) interpretasi [ 6 markah ] (b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Pisahkan subjek dan predikat ayat-ayat tersebut. (i) Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut. (ii) Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan kerja-kerja amal. (iii) Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah. [ 6 markah ] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan -kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Jurujual itu sedang mengetengahkan kaedah penggunaan alat perapi rambut agar pembeli tahu selok belok merapi rambut yang betul. (ii) Usaha membenteras va ndalisme perlu dilakukan secara terusan oleh semua pihak. (iii) Projek pembinaan lebuhraya itu telah tergendala akibat kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1990an lagi. [ 6 markah ] 1103/2 SULIT
  • 9. SULIT 9 1103/2 (d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke sekolah khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi. (ii) Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya pencairan ais pada kawasan kutub. (iii) Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran oleh sebab banyak isu yang belum dia kuasai. [ 6 markah ] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal. (i) Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaik- baik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. (ii) Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya. (iii) Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya, bak ka ta peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua. [ 6 markah ] 1103/2 [ Lihat sebelah SULIT
  • 10. SULIT 10 1103/2 Soalan 4 : Novel [ 15 markah ] Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari. (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (vii) Julia karya Abu Hassan Morad (viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad (a) Pengarang sering memaparkan kritikan sosial dengan mengetengahkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [7 markah] (b) Latar masa merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan tiga latar masa dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 1103/2 SULIT