SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Mengamalkan sikap
berjimat cermat
SULIT 2 1103/1
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna bijak. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK
1103/1 SULIT
Mengutamakan
barangan keperluan
Membuat perbandingan
harga barangan
SULIT 3 1103/1
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1 Disiplin diri merupakan pemangkin kejayaan pelajar dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah.
Bincangkan.
2 Sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa memberikan sumbangan
yang bermakna demi kemajuan sekolah.
Huraikan sumbangan-sumbangan tersebut.
3 Alam sekitar yang berkualiti menjamin kesejahteraan hidup manusia.
Ulas pernyataan tersebut.
4 Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat agar melakukan inovasi iaitu penghasilan
produk baharu dan perkhidmatan yang lebih baik.
Jelaskan kepentingan-kepentingan inovasi kepada rakyat dan negara.
5 Sesebuah karya sastera yang bermutu akan menarik minat masyarakat untuk membaca
karya tersebut.
Bincangkan.
SULIT 1103/2
1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT
2
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
pengambilan minuman berfungsi kepada masyarakat dan halangan untuk mengambil
minuman berfungsi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada masa ini, bahan semula jadi lebih cenderung digunakan berbanding dengan bahan
kimia. Oleh sebab itu, produk pelengkap atau alternatif dicari untuk membaiki kesihatan dan
penampilan diri. Satu daripada produk yang dicari ialah minuman berfungsi. Minuman berfungsi
ialah minuman yang diperkaya dengan bahan tambahan untuk memberikan manfaat kesihatan
tertentu. Ada pelbagai bentuk minuman berfungsi dalam pasaran. Sebagai contoh, minuman
berasaskan susu, jus, minuman isoton, minuman bertenaga dan minuman herba.
Pelbagai bahan tambahan digunakan dalam minuman berfungsi seperti oligosakarida,
kacang soya dalam minuman ringan, bifidobacteriun breve yakult ke dalam susu fermentasi,
serabut diet seperti psilium husks dalam minuman serbuk dan isoflavon soya dalam minuman
teh. Minuman berfungsi berupaya menenangkan dan membantu menghalang atau merawat
penyakit jantung. Bagi golongan dewasa pula, minuman tersebut mampu menurunkan masalah
berat badan, kawalan kolesterol, pengurangan tekanan dan peningkatan metabolisme. Manakala
bagi golongan muda pula, minuman ini dapat meningkatkan kecergasan mental dan mereka
mampu memberi tumpuan ketika belajar. Ada juga minuman yang dihasilkan khusus untuk
wanita mengandung atau wanita selepas menopaus untuk keseimbangan dalaman.
Di Eropah dan Asia, masalah obesiti makin meningkat disebabkan oleh amalan
pemakanan yang tidak sihat. Jus buah yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, serta
prebiotik dan probiotik minuman coklat ringan dihasilkan untuk membantu golongan remaja dan
kanak-kanak bagi mengatasi masalah obesiti. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada
golongan bayi dan kanak-kanak kecil. Minuman berfungsi dalam bentuk makanan cecair gantian
yang diperkaya, minuman serbuk dan jus buah dihasilkan dengan tujuan untuk meningkatkan
kecerdasan mental dan prestasi serta menambah baik penghidratan semula kanak-kanak kecil.
Sehubungan dengan itu, minuman berfungsi menjadi segmen paling pesat berkembang
disebabkan oleh beberapa faktor seperti mesra pengguna dan memenuhi permintaan pengguna
dari segi kandungan, saiz, bentuk dan rupa. Seterusnya, minuman berfungsi juga mudah
diedarkan dan disimpan oleh pengguna.
Kini, trend baharu timbul dengan pelbagai ubat herba didapati dalam bentuk minuman.
Minuman yang mengandungi vitamin, mineral dan ekstrak botani dan herba, seperti ginko dan
echinacea menjadi sangat popular dalam kalangan pengguna. Di Malaysia, minuman berfungsi
yang makin mendapat tempat di hati pengguna ialah minuman herba. Minuman berherba ini
SULIT 1103/2
1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT
3
mampu mencantikkan wajah dan mengelakkan penuaan. Di samping itu, kebaikan minuman
berherba dapat merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.
Minuman herba ini boleh didapati di kedai herba, kedai ubat tradisional dan kebanyakan
farmasi atau secara dalam talian. Kesimpulannya, pengambilan minuman berfungsi sangat
penting dalam kehidupan masyarakat. Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia
menasihati pengguna agar sentiasa menyemak status produk bagi memastikan keselamatan
produk minuman yang diambil.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Minuman Berfungsi Peningkat Kecergasan’
oleh Nurraihana Hamzah,
Dewan Kosmik, Januari 2016
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata pesat berkembang. [2 markah]
(ii) Pengarang mengatakan beberapa faktor yang menyebabkan minuman berfungsi
paling pesat berkembang di pasaran.
Apakah faktor-faktor tersebut? [3 markah]
(iii) Kesedaran masyarakat terhadap pengambilan minuman berfungsi semakin tinggi.
Pada pendapat anda, apakah peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat
mengambil minuman berfungsi? [4 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT 1103/2
1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT
4
Soalan 2 (b) – Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
IBU : Itu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk
orang putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam manalah orang tak kata
dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik dah tak sanggup
lagi.
PELAKON II : Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita
semua.
PELAKON III : Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin
berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.
IBU : Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk universiti.
ARIF : Betul mak cik, tetapi…masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang
itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah).
PELAKON I : Pak cik, mak cik… marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat
memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia
memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan
hukuman.
PELAKON II : Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak
tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan
sakit yang dialaminya menjadi lebih parah.
Dipetik daripada drama ‛Bukan Gila’
oleh Sharif Shaary
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berdasarkan petikan, mengapakah ibu berasa malu? [2 markah]
(ii) Ibu bapa bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak yang menanggung
kesakitan.
Sekiranya anda ialah ibu bapa Azmir, apakah cara yang dapat dilakukan untuk
membantu Azmir? [3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
SULIT 1103/2
1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT
5
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada
Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, ‟Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak
Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, ‟Daulat, Tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi
matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka
dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja,
disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, ‟Bagaimana maka datuk hendak beristeri
muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, ‟Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah
cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka
menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti
saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, ‟Tuanku,
baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”
Dipetik daripada‛Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud rangkai kata menjadi muafakatlah.
[2 markah]
(ii) Nyatakan tindakan Sultan selepas Seri Nara Diraja bersetuju memperisteri Tun Kudu.
[3 markah]
(iii) Pertelingkahan antara pembesar membawa kerugian kepada negara.
Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk menyatukan
kedua-dua pembesar tersebut selain perkahwinan?
[3 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT 1103/2
1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT
6
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
Dipetik daripada sajak ‘Gelanggang’
oleh Onn Malini,
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
SULIT 1103/2
1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT
7
(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua sebab kita perlu mengelakkan perselisihan?
[2 markah]
(ii) Generasi muda bertanggungjawab menjaga nama baik negara.
Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab golongan ini dalam memastikan nama baik
negara sentiasa terpelihara? [3 markah]
(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT 1103/2
1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT
8
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) jemput - jemput-jemput
(ii) jarang - jarang-jarang
(iii) halus - halus-halus
[6 markah]
(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Masyarakat Malaysia telah lama mengadakan majlis rumah terbuka apabila
menyambut sesuatu perayaan.
(ii) Kamu perlu mengongsikan pengalaman berkhemah dengan rakan yang lain.
(iii) Persatuan Sejarah Negeri Perlis mengunjungi Muzium Negara sebagai aktiviti
tahunan mereka.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pertandingan forum berlangsung dengan lancar mengikut aturcara seperti yang
terancang oleh pihak jawatankuasa.
(ii) Majlis perkahwinan artis disayangi peminat itu diadakan secara buffet di Dataran
Dato’ Sheikh Ahmad.
(iii) Kerajaan mengetatkan pra-syarat kemasukan warga asing demi menyelamatkan
negara. [6 markah]
SULIT 1103/2
1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT
9
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pelabuhan Klang terkenal kerana banyak kapal-kapal dari serata dunia yang
berhenti di situ.
(ii) Golongan budayawan wajar memartabatkan Bahasa Melayu sehingga disanjung
tinggi di peringkat dunia.
(iii) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis telah menganugerahkan pingat di
dalam majlis yang diadakan di Istana Arau.
[6 markah]
(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
(i) Perpaduan akan menjadi realiti jika setiap warga sedar akan tanggungjawab dan
peranan masing-masing serta sedia menyahut cabaran dalam era globalisasi.
Andai kata perpaduan di negara ini tergugat, akan terjadilah perpecahan
ibarat___________________________________________________
(ii) Masyarakat harus sedar untuk mengubati penyakit lebih sukar daripada
mencegahnya. Oleh sebab itu, masyarakat harus mengamalkan kehidupan yang
sihat dengan melakukan aktiviti bersenam, berjoging dan berekreasi seperti kata
orang tua-tua ______________________________________________________
(iii) Sambutan masyarakat terhadap makanan segera semakin meningkat. Sehubungan
dengan itu, Ramly memperbanyak gerai burgernya di sekitar Kuala Lumpur.
Keadaan ini seperti __________________________________________________
[6 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT 1103/2
1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT
10
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman
(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan
keberanian.
Jelaskan dua persoalan keberanian yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]
(b) Watak utama sering digambarkan sebagai seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam
kehidupan.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan ketabahan watak utama.
[8 markah]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

More Related Content

What's hot

Soal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaSoal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaMuhammad Nazri
 
Soal semester gasal 2012
Soal semester gasal 2012Soal semester gasal 2012
Soal semester gasal 2012suwadibrow
 
Epaper Surya 7 Agustus 2013
Epaper Surya 7 Agustus 2013Epaper Surya 7 Agustus 2013
Epaper Surya 7 Agustus 2013Portal Surya
 
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)SAHARUDDIN ABDULLAH
 
3. soal b.indonesia kls 8
3. soal b.indonesia  kls 83. soal b.indonesia  kls 8
3. soal b.indonesia kls 8mgmppai
 
klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2fadhramli
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1buwarnisutopo
 
Pdf digabung keseluruhan isi
Pdf digabung keseluruhan isiPdf digabung keseluruhan isi
Pdf digabung keseluruhan isialamsyah408572
 
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi EfektifAisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi EfektifAisyahbuhari Buhari
 

What's hot (16)

Rangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskiniRangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
 
Soal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaSoal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesia
 
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaLatihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
Soal semester gasal 2012
Soal semester gasal 2012Soal semester gasal 2012
Soal semester gasal 2012
 
TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2
 
Epaper Surya 7 Agustus 2013
Epaper Surya 7 Agustus 2013Epaper Surya 7 Agustus 2013
Epaper Surya 7 Agustus 2013
 
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
 
3. soal b.indonesia kls 8
3. soal b.indonesia  kls 83. soal b.indonesia  kls 8
3. soal b.indonesia kls 8
 
klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2
 
3 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 13 soal ulangan harian 1
3 soal ulangan harian 1
 
Teks anekdot 3 bidang
Teks anekdot 3 bidangTeks anekdot 3 bidang
Teks anekdot 3 bidang
 
Cara ucapan dibuat
Cara ucapan dibuatCara ucapan dibuat
Cara ucapan dibuat
 
KOLEKSI SOAL CPNS
KOLEKSI SOAL CPNSKOLEKSI SOAL CPNS
KOLEKSI SOAL CPNS
 
Pdf digabung keseluruhan isi
Pdf digabung keseluruhan isiPdf digabung keseluruhan isi
Pdf digabung keseluruhan isi
 
Soal smp
Soal smpSoal smp
Soal smp
 
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi EfektifAisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
 

Similar to Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017

Similar to Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017 (20)

Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Bmk1
Bmk1Bmk1
Bmk1
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Karya ilmiah
Karya ilmiahKarya ilmiah
Karya ilmiah
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
 
Komsas soalan 2 (b)
Komsas soalan 2 (b)Komsas soalan 2 (b)
Komsas soalan 2 (b)
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam IslamLMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam
 
Rangka karangan spm 2018 kemaskini
Rangka karangan spm 2018 kemaskiniRangka karangan spm 2018 kemaskini
Rangka karangan spm 2018 kemaskini
 
Ringkasan ting 2m
Ringkasan ting 2mRingkasan ting 2m
Ringkasan ting 2m
 
Tarby magazine salafiyah kajen
Tarby magazine  salafiyah kajenTarby magazine  salafiyah kajen
Tarby magazine salafiyah kajen
 
Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4
 
Upaya Perlawanan Penuaan Dini pada Wanita Karier
Upaya Perlawanan Penuaan Dini pada Wanita KarierUpaya Perlawanan Penuaan Dini pada Wanita Karier
Upaya Perlawanan Penuaan Dini pada Wanita Karier
 
KKP - Pemanfaatan Air Kelapa untuk pembuatan Kecap
KKP - Pemanfaatan Air Kelapa untuk pembuatan KecapKKP - Pemanfaatan Air Kelapa untuk pembuatan Kecap
KKP - Pemanfaatan Air Kelapa untuk pembuatan Kecap
 

More from Tuisyen Geliga

Chem juj k1 (soalan) [set 1]
Chem juj k1 (soalan) [set 1]Chem juj k1 (soalan) [set 1]
Chem juj k1 (soalan) [set 1]Tuisyen Geliga
 
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]Tuisyen Geliga
 
Chem juj k2 (soalan) [set 1]
Chem juj k2 (soalan) [set 1]Chem juj k2 (soalan) [set 1]
Chem juj k2 (soalan) [set 1]Tuisyen Geliga
 
Chem juj k3 (soalan) [set 1]
Chem juj k3 (soalan) [set 1]Chem juj k3 (soalan) [set 1]
Chem juj k3 (soalan) [set 1]Tuisyen Geliga
 
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1Tuisyen Geliga
 
Trial Kimia sbp 2017 k2
Trial Kimia sbp 2017 k2Trial Kimia sbp 2017 k2
Trial Kimia sbp 2017 k2Tuisyen Geliga
 
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3Tuisyen Geliga
 
Trial Kimia sbp 2017 skema
Trial Kimia sbp 2017 skemaTrial Kimia sbp 2017 skema
Trial Kimia sbp 2017 skemaTuisyen Geliga
 
Trial mrsm 2017 kertas 2
Trial mrsm 2017 kertas 2Trial mrsm 2017 kertas 2
Trial mrsm 2017 kertas 2Tuisyen Geliga
 
Trial mrsm 2017 kertas 3
Trial  mrsm 2017 kertas 3Trial  mrsm 2017 kertas 3
Trial mrsm 2017 kertas 3Tuisyen Geliga
 
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1Tuisyen Geliga
 
Spm trial-2017-physics-qa MRSM
Spm trial-2017-physics-qa MRSM Spm trial-2017-physics-qa MRSM
Spm trial-2017-physics-qa MRSM Tuisyen Geliga
 

More from Tuisyen Geliga (20)

Chem juj k1 (soalan) [set 1]
Chem juj k1 (soalan) [set 1]Chem juj k1 (soalan) [set 1]
Chem juj k1 (soalan) [set 1]
 
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
Chem juj k1+k2+k3 (skema jawapan) [set 1]
 
Chem juj k2 (soalan) [set 1]
Chem juj k2 (soalan) [set 1]Chem juj k2 (soalan) [set 1]
Chem juj k2 (soalan) [set 1]
 
Chem juj k3 (soalan) [set 1]
Chem juj k3 (soalan) [set 1]Chem juj k3 (soalan) [set 1]
Chem juj k3 (soalan) [set 1]
 
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
Trial n9 SPM Kimia 2017 k1
 
Trial n9 2017 k2
Trial n9 2017 k2Trial n9 2017 k2
Trial n9 2017 k2
 
Trial n9 2017 k3
Trial n9 2017 k3Trial n9 2017 k3
Trial n9 2017 k3
 
Trial n9 2017 skema
Trial n9 2017 skemaTrial n9 2017 skema
Trial n9 2017 skema
 
Trial sbp 2017 k1
Trial sbp 2017 k1Trial sbp 2017 k1
Trial sbp 2017 k1
 
Trial Kimia sbp 2017 k2
Trial Kimia sbp 2017 k2Trial Kimia sbp 2017 k2
Trial Kimia sbp 2017 k2
 
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
Trial Kimia sbp 2017 kertas 3
 
Trial Kimia sbp 2017 skema
Trial Kimia sbp 2017 skemaTrial Kimia sbp 2017 skema
Trial Kimia sbp 2017 skema
 
Trial mrsm 2017 skema
Trial mrsm 2017 skemaTrial mrsm 2017 skema
Trial mrsm 2017 skema
 
Trial mrsm 2017 kertas 2
Trial mrsm 2017 kertas 2Trial mrsm 2017 kertas 2
Trial mrsm 2017 kertas 2
 
Trial mrsm 2017 kertas 3
Trial  mrsm 2017 kertas 3Trial  mrsm 2017 kertas 3
Trial mrsm 2017 kertas 3
 
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
Kertas Percubaan SPM mrsm 2017 - Kertas 1
 
Phy mrsm k1 (soalan)
Phy mrsm k1 (soalan) Phy mrsm k1 (soalan)
Phy mrsm k1 (soalan)
 
Phy mrsm k2 (soalan)
Phy mrsm k2 (soalan) Phy mrsm k2 (soalan)
Phy mrsm k2 (soalan)
 
Phy mrsm k3 (soalan)
Phy mrsm k3 (soalan) Phy mrsm k3 (soalan)
Phy mrsm k3 (soalan)
 
Spm trial-2017-physics-qa MRSM
Spm trial-2017-physics-qa MRSM Spm trial-2017-physics-qa MRSM
Spm trial-2017-physics-qa MRSM
 

Recently uploaded

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 

Recently uploaded (20)

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 

Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017

  • 1. Mengamalkan sikap berjimat cermat SULIT 2 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna bijak. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK 1103/1 SULIT Mengutamakan barangan keperluan Membuat perbandingan harga barangan
  • 2. SULIT 3 1103/1 Bahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Disiplin diri merupakan pemangkin kejayaan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Bincangkan. 2 Sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa memberikan sumbangan yang bermakna demi kemajuan sekolah. Huraikan sumbangan-sumbangan tersebut. 3 Alam sekitar yang berkualiti menjamin kesejahteraan hidup manusia. Ulas pernyataan tersebut. 4 Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat agar melakukan inovasi iaitu penghasilan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih baik. Jelaskan kepentingan-kepentingan inovasi kepada rakyat dan negara. 5 Sesebuah karya sastera yang bermutu akan menarik minat masyarakat untuk membaca karya tersebut. Bincangkan.
  • 3. SULIT 1103/2 1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan pengambilan minuman berfungsi kepada masyarakat dan halangan untuk mengambil minuman berfungsi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada masa ini, bahan semula jadi lebih cenderung digunakan berbanding dengan bahan kimia. Oleh sebab itu, produk pelengkap atau alternatif dicari untuk membaiki kesihatan dan penampilan diri. Satu daripada produk yang dicari ialah minuman berfungsi. Minuman berfungsi ialah minuman yang diperkaya dengan bahan tambahan untuk memberikan manfaat kesihatan tertentu. Ada pelbagai bentuk minuman berfungsi dalam pasaran. Sebagai contoh, minuman berasaskan susu, jus, minuman isoton, minuman bertenaga dan minuman herba. Pelbagai bahan tambahan digunakan dalam minuman berfungsi seperti oligosakarida, kacang soya dalam minuman ringan, bifidobacteriun breve yakult ke dalam susu fermentasi, serabut diet seperti psilium husks dalam minuman serbuk dan isoflavon soya dalam minuman teh. Minuman berfungsi berupaya menenangkan dan membantu menghalang atau merawat penyakit jantung. Bagi golongan dewasa pula, minuman tersebut mampu menurunkan masalah berat badan, kawalan kolesterol, pengurangan tekanan dan peningkatan metabolisme. Manakala bagi golongan muda pula, minuman ini dapat meningkatkan kecergasan mental dan mereka mampu memberi tumpuan ketika belajar. Ada juga minuman yang dihasilkan khusus untuk wanita mengandung atau wanita selepas menopaus untuk keseimbangan dalaman. Di Eropah dan Asia, masalah obesiti makin meningkat disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat. Jus buah yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, serta prebiotik dan probiotik minuman coklat ringan dihasilkan untuk membantu golongan remaja dan kanak-kanak bagi mengatasi masalah obesiti. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada golongan bayi dan kanak-kanak kecil. Minuman berfungsi dalam bentuk makanan cecair gantian yang diperkaya, minuman serbuk dan jus buah dihasilkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecerdasan mental dan prestasi serta menambah baik penghidratan semula kanak-kanak kecil. Sehubungan dengan itu, minuman berfungsi menjadi segmen paling pesat berkembang disebabkan oleh beberapa faktor seperti mesra pengguna dan memenuhi permintaan pengguna dari segi kandungan, saiz, bentuk dan rupa. Seterusnya, minuman berfungsi juga mudah diedarkan dan disimpan oleh pengguna. Kini, trend baharu timbul dengan pelbagai ubat herba didapati dalam bentuk minuman. Minuman yang mengandungi vitamin, mineral dan ekstrak botani dan herba, seperti ginko dan echinacea menjadi sangat popular dalam kalangan pengguna. Di Malaysia, minuman berfungsi yang makin mendapat tempat di hati pengguna ialah minuman herba. Minuman berherba ini
  • 4. SULIT 1103/2 1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT 3 mampu mencantikkan wajah dan mengelakkan penuaan. Di samping itu, kebaikan minuman berherba dapat merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi. Minuman herba ini boleh didapati di kedai herba, kedai ubat tradisional dan kebanyakan farmasi atau secara dalam talian. Kesimpulannya, pengambilan minuman berfungsi sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna agar sentiasa menyemak status produk bagi memastikan keselamatan produk minuman yang diambil. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Minuman Berfungsi Peningkat Kecergasan’ oleh Nurraihana Hamzah, Dewan Kosmik, Januari 2016 Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata pesat berkembang. [2 markah] (ii) Pengarang mengatakan beberapa faktor yang menyebabkan minuman berfungsi paling pesat berkembang di pasaran. Apakah faktor-faktor tersebut? [3 markah] (iii) Kesedaran masyarakat terhadap pengambilan minuman berfungsi semakin tinggi. Pada pendapat anda, apakah peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat mengambil minuman berfungsi? [4 markah] [Lihat halaman sebelah
  • 5. SULIT 1103/2 1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT 4 Soalan 2 (b) – Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. IBU : Itu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk orang putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam manalah orang tak kata dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik dah tak sanggup lagi. PELAKON II : Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita semua. PELAKON III : Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang. IBU : Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk universiti. ARIF : Betul mak cik, tetapi…masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu mendapat kasih sayang yang secukupnya. (IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah). PELAKON I : Pak cik, mak cik… marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman. PELAKON II : Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang dialaminya menjadi lebih parah. Dipetik daripada drama ‛Bukan Gila’ oleh Sharif Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berdasarkan petikan, mengapakah ibu berasa malu? [2 markah] (ii) Ibu bapa bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak yang menanggung kesakitan. Sekiranya anda ialah ibu bapa Azmir, apakah cara yang dapat dilakukan untuk membantu Azmir? [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 6. SULIT 1103/2 1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT 5 Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, ‟Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?” Maka sembahnya, ‟Daulat, Tuanku.” Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja. Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, ‟Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, ‟Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.” Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, ‟Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.” Dipetik daripada‛Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berikan maksud rangkai kata menjadi muafakatlah. [2 markah] (ii) Nyatakan tindakan Sultan selepas Seri Nara Diraja bersetuju memperisteri Tun Kudu. [3 markah] (iii) Pertelingkahan antara pembesar membawa kerugian kepada negara. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk menyatukan kedua-dua pembesar tersebut selain perkahwinan? [3 markah] [Lihat halaman sebelah
  • 7. SULIT 1103/2 1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT 6 Soalan 2 (d) – Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Gelanggang Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. Dipetik daripada sajak ‘Gelanggang’ oleh Onn Malini, Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka
  • 8. SULIT 1103/2 1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT 7 (i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua sebab kita perlu mengelakkan perselisihan? [2 markah] (ii) Generasi muda bertanggungjawab menjaga nama baik negara. Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab golongan ini dalam memastikan nama baik negara sentiasa terpelihara? [3 markah] (iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah] [Lihat halaman sebelah
  • 9. SULIT 1103/2 1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT 8 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) jemput - jemput-jemput (ii) jarang - jarang-jarang (iii) halus - halus-halus [6 markah] (b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Masyarakat Malaysia telah lama mengadakan majlis rumah terbuka apabila menyambut sesuatu perayaan. (ii) Kamu perlu mengongsikan pengalaman berkhemah dengan rakan yang lain. (iii) Persatuan Sejarah Negeri Perlis mengunjungi Muzium Negara sebagai aktiviti tahunan mereka. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pertandingan forum berlangsung dengan lancar mengikut aturcara seperti yang terancang oleh pihak jawatankuasa. (ii) Majlis perkahwinan artis disayangi peminat itu diadakan secara buffet di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad. (iii) Kerajaan mengetatkan pra-syarat kemasukan warga asing demi menyelamatkan negara. [6 markah]
  • 10. SULIT 1103/2 1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT 9 (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pelabuhan Klang terkenal kerana banyak kapal-kapal dari serata dunia yang berhenti di situ. (ii) Golongan budayawan wajar memartabatkan Bahasa Melayu sehingga disanjung tinggi di peringkat dunia. (iii) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis telah menganugerahkan pingat di dalam majlis yang diadakan di Istana Arau. [6 markah] (e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. (i) Perpaduan akan menjadi realiti jika setiap warga sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing serta sedia menyahut cabaran dalam era globalisasi. Andai kata perpaduan di negara ini tergugat, akan terjadilah perpecahan ibarat___________________________________________________ (ii) Masyarakat harus sedar untuk mengubati penyakit lebih sukar daripada mencegahnya. Oleh sebab itu, masyarakat harus mengamalkan kehidupan yang sihat dengan melakukan aktiviti bersenam, berjoging dan berekreasi seperti kata orang tua-tua ______________________________________________________ (iii) Sambutan masyarakat terhadap makanan segera semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, Ramly memperbanyak gerai burgernya di sekitar Kuala Lumpur. Keadaan ini seperti __________________________________________________ [6 markah] [Lihat halaman sebelah
  • 11. SULIT 1103/2 1103/2@ 2017 Hak Cipta MPSM dan MGC Negeri Perlis SULIT 10 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib (iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (vi) Tirani karya Beb Sabariah (vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman (a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan keberanian. Jelaskan dua persoalan keberanian yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji. [7 markah] (b) Watak utama sering digambarkan sebagai seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak utama. [8 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT