AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
MEMPERKENALKAN KAEDAH PENGAJARAN EFEKTIF
1. 1.0 Pengenalan
Pengajaran efektif sering dikaitkan dengan guru berkesan. Hal ini kerana keberkesanan
pengajaran bergantung semata-mata kepada kecekapan guru dalam merancang dan
melaksanakan sesuatu pelajaran. Salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam konteks
pengajaran ialah dengan pendedahan teknologi maklumat sebagai alat demonstarsi atau alat
persembahan manakala bagi pembelajaran pula, teknologi ini boleh dilaksanakan sebagai alat
latih tubi, aplikasi dan komunikasi. Menurut Ismail Zain (2004), senario pendidikan berkembang
dengan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan komputer dan multimedia perlu
direalisasikan agar pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, berkesan, efektif
dan berkualiti.
Dalam sukatan pelajaran tingkatan 1, terdapat 12 topik yag perlu dipelajari di mana ia
merangkumi dalam kategori Number, Shape and Space and Relationship. Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum, kurikulum ini digubal bertujuan untuk mendidik para pelajar atau
generasi akan datang berfikiran kritis dan mengaplikasikan pengetahuan matematik yang sedia
ada secara efektif. Selain itu juga, pelajar kelak dapat menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan serta menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian yang melibatkan kelebihan sains
dan teknologi.
Kaedah pengajaran yang dirancang dengan baik akan membawa hasil prestasi yang
dikehendaki. Seseorang guru perlu mempunyai sifat kreatif yang boleh dibina melalui
pengalaman yang luas. Pengajaran dan pembelajaran matematik akan lebih berkesan jika ia lebih
berpusatkan pelajar. Bukan hanya dengan menggunakan teknologi canggih sahaja yang dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik tetapi dengan menggunakan
seperti model sebenar, gambarajah dan sebagainya dapat juga mewujudkan persekitaaran kelas
yang menarik. Guru juga perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran. Bukan terhad kepada bakal guru, namun guru yang
berpengalaman, guru cemerlang, dan juga guru pakar. Objektif da nisi pelajaran disusun ikut
keutamaan atau kefahaman murid bermula daripada yang mudah ke tahap yang sukar.
memerlukan kaedah perbincangan pelajar dalam kumpulan. Situasi ini dapat membuka minda
pelajar, menjana idea serta mengukuhkan lagi kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah.
2. 3.0 Kelebihan pada pengajaran efektif
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang berkembang di mana pelajar haruslah
mengikuti setiap perkembangan bermula daripada yang asas. Apabila pelajar hilang fokus atau
tidak menguasai konsep asas Matematik pada peringkat permulaan, mereka akan menghadapi
masalah yang cukup besar apabila berada di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, teknik atau kaedah yang dilaksanakan oleh guru amat memainkan
peranan yang amat penting. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan
sekiranya guru menggunakan strategi yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang
akan dicapai oleh murid. Guru perlu memiliki kaedah yang pelbagai dan luas untuk
menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk amali dan teori. Di samping itu, guru yang
berhasrat untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran perlu membuat kajian atau penyelidikan
mengenai kaedah yang paling sesuai dengan isi kandungan pelajaran, topik atau kemahiran serta
tahap kebolehan pelajar tersebut. Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti
penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi atau interaksi antara guru
dan pelajar, pelajar dan pelajar dan pelajar dengan guru menjadi teras keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
Bagi topik yang perimeter dan luas ini, kami membuat satu aktiviti permainan dalam
kumpulan di mana setiap kumpulan akan mendapat satu sampul surat yang mengandungi soalan
berkaitan dengan konsep perimeter dan luas yang telah dipelajari sebelum ini. Aktiviti permainan
ini berkaitan dengan mereka dan menyusun meja di suatu kawasan yang telah ditetapkan. Meja
tersebut akan mewakili kepingan kertas yang kecil dan pelajar akan menampal kepingan kertas
tersebut mengikut perimeter dan luas yang telah diberikan. Kelebihan aktiviti yang lebih
berpusatkan kepada pelajar ini, memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi di mana pelajar akan
cuba mneyelesaikan masalah dengan menyusun kepingan kertas kecil yang mewakili meja
tersebut tanpa ada pertindihan. Ukuran bagi perimeter dan luas telah disediakan dalam soalan
tersebut. Melalui aktiviti ini, terdapat banyak kelebihan yang boleh diambil kira. Di samping
penglibatan pelajar dalam kumpulan dan kerjasama yang wujud, ia juga dapat menimbulkan rasa
ingin tahu dalam diri pelajar untuk mencari jawapan sekaligus dapat meningkatkan minat
terhadap sesuatu pengajaran. Guru juga dapat menilai tahap prestasi atau pencapaian pelajar
dalam konsep perimeter dan luas yang telah dipelajari.
3. 4.0 Kesimpulan
Kepelbagaian kaedah pengajaran seperti menggunakan kaedah elektronik seperti komputer,
internet, powerpoint, dan video dapat menarik perhaptian pelajar untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran. Perssekitaran bilik darjah juga menjadi menarik dan ceria apabila pelajar dapat
menunjukkan sikap positif dalam aktiviti berkumpulan atau kaedah pengajaran yang dilakukan
oleh guru tersebut. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif dengan membuat rujukan serta kajian
bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam sesuatu pembelajran terutama dalam bidang
Matematik.
5.0 Rujukan
Ismail Zain. (2004). Pembelajaran Berpandukan Komputer: Integrasi Perisian Hot Potatoes.
Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributor.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran
Sekolah Menengah. (2008). Kuala Lumpur.