Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tugasan 4

524 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Tugasan 4

  1. 1. Rubiaatu Adawiah Binti Che HarunM20111000215 Tugasan 4Bab 41.Bezakan antara strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan berpusatkanpelajar.Pengajaran dan pembelajaran (P&P)berpusatkan guru yang juga dikenali sebagai strategi ataukaedah tradisional merupakan strategi yang telah lama diamalkan dalam pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah atau kuliah. Ciri utama strategi berpusatkan guru ialahguru atau pengajar memainkan peranan utama dalam menentukan dan mengawal segalaaktiviti pengajaran pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah (ShahabuddinHashim, RohizaniYaakub, & Mohd Zohir Ahmad, 2003). Pola interaksi lebih bersifat satuhala dan guru mendominasi keseluruhan aktiviti P&P. Strategi ini lazimnya menggunakankaedah ekspositori dan berasaskan kuliah. Pelajar tidak kelihatan memainkan peranan yangaktif, dan lebih bertindak mendengar serta menuruti pengajaran guru.http://www.medc.com.my/medc/journals/volume%206/h)%20Pembelajaran%20Berpusatkan%20Pelajar%20di%20IPT-1.pdfP&P berpusatkan pelajar pula adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum,aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada pelajar. Pelajarmerupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran berpusatkan pelajar. Bagi modelpembelajaran berpusatkan pelajar, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yangkukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness.Peranan pensyarah pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator.Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada pensyarah kepada pelajar. Prosesdan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum balasuntuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran.http://www.ukm.my/fpi/Info%20KUALITI/Dasar/Dasar%20Pembelajaran%20Berpusatkan%20Pelajar.pdf
  2. 2. 2.Bandingkan dan kontras kelebihan dan batasan sepuluh jenis strategi pembelajaranPengenalanDi sekolah bestari guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran danpembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskanpada satu kontinum dari pemusatan guru pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untukpengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai denganiklim sekolah.Jenis-Jenis Strategi: • Strategi Direktif Pelajar belajar melalui penerangan tentang konsep atau kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru. Contoh:Kuliah,latih-tubi • Strategi Pemerhatian Pelajar belajar dengan memerhati perbuatan orang lain atau perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh : Demonstrasi, ‘modelling’. • Strategi Mediatif Pelajar belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong pelajar. belajar bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian, menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis Contoh: ‘dialectical reasoning’, ‘concept attainment’, ‘concept formation’, ‘inquiry training’, ‘open-ended discussion.’ • Strategi Generatif Murid digalakkan menjanakan idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu pelajar menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik. Contoh: Sumbangsaran, pemetaan minda, ‘synectics’, pemikiran lateral dan kreatif, metafora • Strategi Kolaboratif Pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masaalah. Contoh: Pembelajaran koperatif • Strategi ‘Outside-context’ Pelajar belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa. Contoh: Seminar, bengkel, projek
  3. 3. • Strategi Metakognitif Pelajar memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang difikirkan: Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Contoh: Penulisan journal refleksi • Strategi penyampaian isi kandungan pelajaran Strategi ini merupakan komponen kaedah semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini adalah untuk: 1.menyampaikan isi pelajaran 2. menyediakan maklumat dan bahan yang diperlukan untuk menyokong dan meneroka isi pelajaran • Strategi pengelolaan pembelajaran Strategi ini pula bertujuan untuk mengatur kaedah untuk membolehkan murid dapat berinteraksi secara aktif dalam proses pembelajaran. Ia berkaitan dengan pemilihan kaedah manakah yang paling sesuai digunakan dengan mengambil kira jadual pelaksanaan, penilaian kemajuan murid dan motivasi. • Strategi Pembelajaran Reflektif. Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman konsep, inkuri dan kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etika.Pelajar akan mengingat dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah dipelajari. Contohnya dalam aktiviti membuka dan memasang beberapa komponen perkakasan komputer beberapa urutan kerja perlu difahami oleh pelajar sebelum melaksanakan proses yang sama berikutnya.http://mahirppb.tripod.com/strategi.html
  4. 4. 5. Senaraikan kelebihan dan batasan mengintegrasikan bahan-bahan percuma dan murahkepada arahan.Kelebihan • ‘Up to date’ Bahan yang diperoleh dalam internet menganungi maklumat yang tidak terdapat dalam buku teks dan media. • Pelbagai kegunaan Pelajar boleh akses aplikasi sumber terbuka diluar sekolah. Bahan audiovisual boleh digunakan untuk belajar bersendirian tau untuk pembentangan dalam kelas • Manipulasi pelajar Bahan-bahan membuatkan pelajar dapat terlibat secara aktif.Batasan • Bias atau pengiklanan Kebanyakan bahannya bersifat ekslusif di mana ia dikendalikan oleh organisasi tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu. • Promosi kepentingan khas Mendapatkan bahan mengenai topik dari pelbagai sumber boleh membantu memberikan pandangan dari sudut berbeza • Kuantiti Terhad Apabila meningkat perbelanjaan pengeluaran dan penghantaran, pembekal akan kurangkan kuantiti yang disediakan pada suatu masa.

×