PENGENALAN

1.0 Definisi kurikulum


Berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang
didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajar di sekolah dan bilik darjah.
Kurikulum ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

       a) Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah
       b) Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal
           dalam kelas
       c) Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan
           pengalaman individu atau kumpulan.

Dengan kata lain, kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu
yang ingin disampaikan. Maklumat ini akan disampaikan mengikut peringkat tertentu. Isi
kandungan sesuatu kurikulum disampaikan oleh seorang guru di mana guru haruslah
menyampaikan apa yang terkandung dalam kurikulum dengan baik dan holistik. Kurikulum
juga perlu relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum
sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran
yang tinggi kerana ia diubah suai mengikut keperluan supaya pelajar bergerak seiring dengan
trend pengetahuan semasa. Hal ini bertujuan untuk:

       a) Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani, dan emosi
           serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
       b) Menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum.
       c) Menguatkan hubungan sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia.

Kurikulum yang menitikberatkan aspek kepimpinan pelajar melalui ko-kurikulum akan
menghasilkan pelajar atau manusia berfikiran kelas pertama di mana mereka dapat berfikiran
secara global. Bukan itu sahaja, melalui ko-kurikulum juga mereka dapat melatih diri mereka
bersifat disiplin dan bersifat sebagai pemimpin dalam menganjurkan sesebuah program.
Selain itu juga, kurikulum yang sama digubal di semua sekolah dapat membentuk masyarakat
yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

2.0 Definisi Kurikulum Kebangsaan
Apa itu Kurikulum Kebangsaan? Menurut Akta Pendidikan (1996), Kurikulum
   Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
   kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
   kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
   sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan
   mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.


       Dengan kata lain, ia dapat dirumuskan sebagai suatu pengalaman yang terancang ke
   arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan. Sehingga kini,
   pendidikan tetap menjadi tunggak utama dalam kehidupan seharian. Ia menjadi kewajiban
   bagi setiap lapisan masyarakat untuk merasai peluang belajar tersebut. Jika dilihat
   kandungan kurikulum kebangsaan ini, ia memenuhi semua aspek. Pelajar kini bukan
   sahaja perlu belajar semata-mata tetapi mereka juga perlu bergerak aktif dalam bidang
   sukan. Sepertimana pelaksanaan dasar 90% markah akademik akademik, 10% markah
   kokurikulum yang telah dikuatkuasakan mulai sesi 2006/2007 lagi. Menteri Pengajian
   Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menyatakan bahawa dasar ini
   dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan peluang yang adil dan daya saing yang sihat
   kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.


       Selain itu juga, kurikulum ini memfokuskan kepada perkembangan sahsiah, nilai dan
   sikap pelajar. Tugas sebagai seorang guru bukan setakat memberi ilmu tetapi mereka juga
   perlu mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna dan berpendidikan.
   Perkembangan sahsiah pelajar dapat ditingkatkan dengan penerapan kem jati diri atau
   kem motivasi supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang
   pelajar.




3.0 Ciri-ciri kurikulum
       Kurikulum yang baik dapat melahirkan pelajar yang pelbagai dengan kebolehan,
   perkembangan sahsiah, sikap dan nilai yang bagus serta dapat mengembangkan
   kemahiran berfikir serta ilmu yang telah dipelajari. Antara ciri kurikulum yang bestari
   ialah:
              1. Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh
2. Mengintegrasikan nilai, pengetahuan , kemahiran dan bahasa merentasi
             kurikulum.
          3. Menyediakan pelajar menghadapi masa depan – futuristik.
          4. Menyatakan dengan jelas hasil pembelajaran yang berbeza.
          5. Pelbagai dimensi ilmu, kemahiran dan bersifat global.
          6. Pelbagai dimensi ilmu, bertema & kesinambungan merentasi bidang serta
             merangsang pemikiran.


4.0 Fokus proses persekolahan


      Mengikut proses persekolahan selama sebelas tahun bermula dari tahun 1 hingga ke
   tingkatan 5 merupakan proses wajib bagi masyarakat di Malaysia. Selama proses
   pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru memainkan peranan utama dan penting dalam
   mencorakkan pemikiran serta minat pelajar untuk belajar. Kurikulum yang dilaksanakan
   akan disampaikan mengikut peringkat tertentu. Jika dilihat pada peringkat pertama,
   kanak-kanak akan mendahului prasekolah sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah.


      Di tahap prasekolah, kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun, awal-awal lagi mereka
   telah didedahkan dengan perkembangan sahsiah dan persediaan ke sekolah rendah.
   Pendedahan ini amat penting bertujuan melatih pemikiran serta perangai mereka apabila
   masuk ke sekolah rendah kelak. Seterusnya, setelah mereka mencapai umur 7 tahun,
   mereka akan melangkah masuk ke sekolah rendah di mana ia terbahagi kepada dua tahap
   iaitu tahap pertama (tahun1 hingga tahun 3) dan tahap kedua (tahun4- tahun6). Bermula
   tahun 2011, semua sekolah rendah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali
   sebagai Kurikulum Standar Sekolah Rendah (KSSR). Melalui KSSR, pengajaran dan
   pembelajaran akan menggunakan modul menggantikan buku teks di mana guru-guru
   sedang dilatih dan disediakan menuju kepada KSSR. Pelaksanaan ini diharap dapat
   meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendekatan
   teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif kerana ia
   melibatkna dua bahasa iaitu Bahsa Melayu dan bahasa Inggeris sekaligus dapat
   meningkatkan penguasaan guru dalam mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains.


      Pada tahap satu sekolah rendah, lebih tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca,
   menulis, mengira dan menaakul) berbanding 3M pada sebelum ini. Selain itu juga,
mereka didedahkan dengan kemahiran asas teknolgi komunikasi dan maklumat (ICT),
perkembangan sosioemosi, kerohaniaan, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pada tahap
kedua sekolah rendah yang melibatkan murid darjah 4 hingga darjah 6, mereka akan
diberi pengukuhan dan kemahiran dalam mengaplikasikan 4M, kemahiran asas ICT, dan
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Kemahiran yang
lebih kompleks dan serta pemerolehan pengetahuan juga mencapai tahap yang lebih
tinggi. KSSR ini juga terbahagi kepada tiga modul iaitu, Modul Asas Teras, Modul Asas
Tema, dan Modul Asas Elektif.


   Bagi menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga tingkatan 3, mereka tertumpu kepada
pendidikan umum, peningkatan kemahiran yang diperoleh pada sekolah rendah,
peningkatan bakat dan minat, asas pra vokasional, dan perkembangan sahsiah, nilai dan
sikap. Untuk tahap kedua, tingkatan 4 dan tingkatan 5, perkembangan minat dan bakat,
perkembangan sahsiah, niali dan sikap, pengkhususan kerjaya dan pendidikan tinggi.
Dalam menengah atas, mereka lebih tertumpu kepada pendidkan tinggi supaya mereka
dapat mengasah dan merangsang pemikiran serta memperluaskan lagi peluang yang ada
pada peringkat IPTA kelak.

Pengenalan

  • 1.
    PENGENALAN 1.0 Definisi kurikulum Berdasarkanpenulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajar di sekolah dan bilik darjah. Kurikulum ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: a) Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah b) Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal dalam kelas c) Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu atau kumpulan. Dengan kata lain, kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang ingin disampaikan. Maklumat ini akan disampaikan mengikut peringkat tertentu. Isi kandungan sesuatu kurikulum disampaikan oleh seorang guru di mana guru haruslah menyampaikan apa yang terkandung dalam kurikulum dengan baik dan holistik. Kurikulum juga perlu relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran yang tinggi kerana ia diubah suai mengikut keperluan supaya pelajar bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa. Hal ini bertujuan untuk: a) Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani, dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. b) Menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. c) Menguatkan hubungan sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang menitikberatkan aspek kepimpinan pelajar melalui ko-kurikulum akan menghasilkan pelajar atau manusia berfikiran kelas pertama di mana mereka dapat berfikiran secara global. Bukan itu sahaja, melalui ko-kurikulum juga mereka dapat melatih diri mereka bersifat disiplin dan bersifat sebagai pemimpin dalam menganjurkan sesebuah program. Selain itu juga, kurikulum yang sama digubal di semua sekolah dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. 2.0 Definisi Kurikulum Kebangsaan
  • 2.
    Apa itu KurikulumKebangsaan? Menurut Akta Pendidikan (1996), Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Dengan kata lain, ia dapat dirumuskan sebagai suatu pengalaman yang terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan. Sehingga kini, pendidikan tetap menjadi tunggak utama dalam kehidupan seharian. Ia menjadi kewajiban bagi setiap lapisan masyarakat untuk merasai peluang belajar tersebut. Jika dilihat kandungan kurikulum kebangsaan ini, ia memenuhi semua aspek. Pelajar kini bukan sahaja perlu belajar semata-mata tetapi mereka juga perlu bergerak aktif dalam bidang sukan. Sepertimana pelaksanaan dasar 90% markah akademik akademik, 10% markah kokurikulum yang telah dikuatkuasakan mulai sesi 2006/2007 lagi. Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menyatakan bahawa dasar ini dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan peluang yang adil dan daya saing yang sihat kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Selain itu juga, kurikulum ini memfokuskan kepada perkembangan sahsiah, nilai dan sikap pelajar. Tugas sebagai seorang guru bukan setakat memberi ilmu tetapi mereka juga perlu mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna dan berpendidikan. Perkembangan sahsiah pelajar dapat ditingkatkan dengan penerapan kem jati diri atau kem motivasi supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. 3.0 Ciri-ciri kurikulum Kurikulum yang baik dapat melahirkan pelajar yang pelbagai dengan kebolehan, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai yang bagus serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir serta ilmu yang telah dipelajari. Antara ciri kurikulum yang bestari ialah: 1. Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh
  • 3.
    2. Mengintegrasikan nilai,pengetahuan , kemahiran dan bahasa merentasi kurikulum. 3. Menyediakan pelajar menghadapi masa depan – futuristik. 4. Menyatakan dengan jelas hasil pembelajaran yang berbeza. 5. Pelbagai dimensi ilmu, kemahiran dan bersifat global. 6. Pelbagai dimensi ilmu, bertema & kesinambungan merentasi bidang serta merangsang pemikiran. 4.0 Fokus proses persekolahan Mengikut proses persekolahan selama sebelas tahun bermula dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5 merupakan proses wajib bagi masyarakat di Malaysia. Selama proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru memainkan peranan utama dan penting dalam mencorakkan pemikiran serta minat pelajar untuk belajar. Kurikulum yang dilaksanakan akan disampaikan mengikut peringkat tertentu. Jika dilihat pada peringkat pertama, kanak-kanak akan mendahului prasekolah sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Di tahap prasekolah, kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun, awal-awal lagi mereka telah didedahkan dengan perkembangan sahsiah dan persediaan ke sekolah rendah. Pendedahan ini amat penting bertujuan melatih pemikiran serta perangai mereka apabila masuk ke sekolah rendah kelak. Seterusnya, setelah mereka mencapai umur 7 tahun, mereka akan melangkah masuk ke sekolah rendah di mana ia terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap pertama (tahun1 hingga tahun 3) dan tahap kedua (tahun4- tahun6). Bermula tahun 2011, semua sekolah rendah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standar Sekolah Rendah (KSSR). Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul menggantikan buku teks di mana guru-guru sedang dilatih dan disediakan menuju kepada KSSR. Pelaksanaan ini diharap dapat meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif kerana ia melibatkna dua bahasa iaitu Bahsa Melayu dan bahasa Inggeris sekaligus dapat meningkatkan penguasaan guru dalam mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains. Pada tahap satu sekolah rendah, lebih tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) berbanding 3M pada sebelum ini. Selain itu juga,
  • 4.
    mereka didedahkan dengankemahiran asas teknolgi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohaniaan, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pada tahap kedua sekolah rendah yang melibatkan murid darjah 4 hingga darjah 6, mereka akan diberi pengukuhan dan kemahiran dalam mengaplikasikan 4M, kemahiran asas ICT, dan perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Kemahiran yang lebih kompleks dan serta pemerolehan pengetahuan juga mencapai tahap yang lebih tinggi. KSSR ini juga terbahagi kepada tiga modul iaitu, Modul Asas Teras, Modul Asas Tema, dan Modul Asas Elektif. Bagi menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga tingkatan 3, mereka tertumpu kepada pendidikan umum, peningkatan kemahiran yang diperoleh pada sekolah rendah, peningkatan bakat dan minat, asas pra vokasional, dan perkembangan sahsiah, nilai dan sikap. Untuk tahap kedua, tingkatan 4 dan tingkatan 5, perkembangan minat dan bakat, perkembangan sahsiah, niali dan sikap, pengkhususan kerjaya dan pendidikan tinggi. Dalam menengah atas, mereka lebih tertumpu kepada pendidkan tinggi supaya mereka dapat mengasah dan merangsang pemikiran serta memperluaskan lagi peluang yang ada pada peringkat IPTA kelak.