Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
TAWASUL
1. ISM USULUDDIN DENGAN KAUNSELING SESI 2012/2013
TAJUK : TAWASUL
NAMA NO. MATRIK
1. MOHAMED ANAS BIN BHARUM 032352
2. SOLEHAH BINTI KHIDIR 032579
3. NURUL ‘AIN BINTI RAMLY 032832
4. ITRATULHUDA BINTI ABDULLAH ALIM 033096
3. • mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan
mentaatiNya, beribadah kepadaNya,
mengikuti para Nabi dan RasulNya dan
dengan apa sahaja amalan atau cara yang
disukai Allah dan diredhaiNya.
Syara’
• seorang muslim melaksanakan solat
umpamanya, maka sesungguhnya ia sedang
mendekatkan diri kepada Allah dengan
solat, yakni bertawassul kepada Allah
dengan solatnya. Oleh kerana itu,
kandungan Al-Quran seluruhnya
memerintahkan kita berwasilah
(mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T.
Contoh
4. (al-Maidah : 35)
اَهُّيَأََٰٓيََينِذَّلٱَواُنَماَءَُقَّتٱَواََ َّٱّللَا َٰٓوُغَتۡٱب َوََلِإَِهۡيََةَليِس َوۡٱل
َُوادِهَج َويِفۦِهِليِبَسَُكَّلَعَلَۡمََونُحِلۡفُت٣٥
35. Wahai orang-orang yang beriman!
Bertakwalah kepada Allah dan carilah yang boleh
menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi
perintahNya dan meninggalkan laranganNya);
dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk
menegakkan Islam) supaya kamu beroleh
kejayaan.
7. Nama dan sifat Allah
َِ َّ ِّلل َوَُءَٰٓاَم ۡسَ ۡٱۡلََىن ۡسُحۡٱلَۡٱدَفَُهوُعَاَهِب.....١٨٠
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang
mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya
dengan menyebut nama-nama itu...
(al-Maidah : 180 )
8. ََونُلوُقَيَيِداَبِعَ ۡنَِم ٞيق ِرَفََانَكَُۥهَّنِإََلَ ۡرِف ۡۡٱَفَاَّنَماَءََٰٓاَنَّب ََرََان ۡمَح ۡٱر ََاَون....
١٠٩
Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di
dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata:
Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu
ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada
kami....
(al-Mukminun : 109)
Beriman dan Taat kepada Allah
10. فتسقينا بنبيك إليك نتوسل كنا إنا اللهم,بع إليك نتوسل وإنانبيك م–
وسلم عليه هللا صلى–فيسقون فاسقنا
Ya Allah ya Tuhanku apabila kami menghadapi
kemarau panjang kami bertawasul kepada Engkau
dan Nabi kami, lalu Engkau menurunkan hujan dan
hari ini kami bertawasul kepada Engkau dengan bapa
saudara Nabi S.A.W kerana itu turunkanlah hujan
untuk kami
Para Wali / Orang Soleh
12. Dalil-dalil Yang Menjadi Pegangan Ulama
Yang Mangharuskan Tawassul Dengan Jah
Nabi Dan Orang-orang Soleh
13. Ayat 35 Surah Al-Maidah
َ ََََََََََ
َ َََََ
35. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada
Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya
(dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan
laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk
menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
14. Harus tawassul dengan jah Nabi s.a.w sama ada baginda
masih hidup atau telah wafat.
Ayat di atas menyuruh orang beriman supaya dekatkan diri
kepada ALLAH dengan pelbagai jenis perkara.
Bertawassul kepada Nabi s.a.w dalam berdoa termasuk
dalam perkara yang boleh dekatkan diri kepada ALLAH
15. Hadith Uthman bin Hunaif
Ertinya: “Seorang lelaki yang buta menemui Nabi
s.a.w, lalu berkata; Berdoalah kepada Allah agar
menyembuhkan saya. Sabda baginda; Sekiranya
anda kehendaki, saya boleh berdoa untuk anda dan
jika anda kehendaki, saya boleh lewatkan doa
tersebut dan itu menjadi satu kebaikan kepada anda.
Kata lelaki itu; Berdoalah, Rasulullah s.a.w
memerintahkan lelaki itu mengambil wuduk lalu
mengelokkan wuduknya kemudian menunaikan solat
dua rakaat kemudian berdoa dengan doa berikut; Ya
Allah ya Tuhanku aku memohon kepada-Mu dan
bertawajjuh kepadaMu dengan NabiMu Muhammad,
Nabi rahmat wahai Muhammad sesungguhnya aku
bertawajjuh kepada Tuhanku denganMu dalam
menunaikan hajatku ini. Engkau tunaikan hajatku ini
dan berilah syafaat kepadaku.”
16. Orang buta terlibat menemui Nabi s.a.w untuk
meminta Nabi s.a.w supaya berdoa untuknya
melalui kata-katanya: “Berdoalah kepada Allah
agar menyembuhkan saya.” Bermakna lelaki buta
tadi bertawassul kepada Allah dengan
menggunakandoa Nabi s.a.w. Sekiranya tujuan
lelaki buta itu ialah bertawassul dengan zat atau jah
atau hak Nabi s.a.w, tidak perlu kepada beliau
menemui baginda dan meminta baginda
mendoakan untuknya, bahkan cukup kepada
beliau duduk saja dalam rumahnya dan berdoa
kepada Tuhan dengan mengatakan: Ya Allah ya
Tuhanku aku pohon kepadaMu dengan jah NabiMu
dan kedudukannya di sisiMu agar Engkau
menyembuhkan saya dan menjadikan saya orang
yang dapat melihat semula.
17. Antara perkara yang diajar oleh Nabi s.a.w kepada
lelaki buta berkenaan ialah : Dan syafaatkanlah
saya padanya iaitu membawa maksud: Terimalah
doa saya agar Engkau menerima doa baginda
agar Allah mengembalikan semula penglihatan
saya. Inilah yang dapat difahami daripada
kenyataan dalam hadith di atas. Ayat,”Dan
syafaatkanlah saya padanya,”diriwayatkan oleh
Ahmad dan al-Hakim dalam sahihnya dan
dipersetujui oleh al-Zahabi.