SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
TARIQAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH
SYEIKH NAZIM AL-HAQQANI
(Ajaran Tariqat Sesat dan telah diharamkan oleh JAKIM)
Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa MajlisFatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam
a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan
fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini
hendaklah segera bertaubat.
b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah
di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia
bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-
48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000
Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan :
1) – Kekuatan wali.
Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah:
“Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka membantu
kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian
Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa
yang mencium batu tersebut.
Yang di Pertua (gabenor) Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain membuat apa yang
dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran
mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun menunaikan
haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan tempat Imam Mahdi akan muncul pada masa yang
akan datang.
Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah. Hanim tidak
peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa
mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah
jarang didapati pada masa kini. Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan
malaikat berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah
sentiasa melihatnya.
Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh. Hanim. Ramai akan
menyesal akan kesalahan mereka terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan.
Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang
shaheeda.
Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah”
2 – Kuasa Mutlak Khalifah
“Khalifah mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa yang dimahu.
Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh masyaikh rantaian keemasan…Kemulian ialah dia adalah
seorang khalifah dan semua orang harus menerima apa yang dia telah tentukan…”
3) – Khutbah sesat Sheikh Muhammad Sheikh Nazim menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat
dsb
Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem Bismillah-hir-rahman-nir-rahim Nawaitul arbaa, naiwatul
iqtiqaf, naiwataul uzlah, naiwatul ri’adah, lillahita’ala hilaluyul azim Ati’ullah, wa ati’u rasul, wa ulul
amri minkum
Allah perintah kita ta’at kepada Dia dan Rasulnya s.a.w. dan sesiapa yang ta’at kepada Rasul s.a.w.
dia ta’at kepada Allah. Setiap saat adalah saat yang baru dan setiap sesi adalah sesi yang baru. Saat
hanyalah sekadar saat, tetapi apabila saat dikumpul mereka menjadi waktu. Mereka mengeluarkan
waktu yang telah berlalu. Oleh yang demikian, waktu adalah (mengikut kefahaman kita) sesuatu yang
mempunyai waktu yang lepas, waktu sekarang dan waktu yang akan datang.
Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) – waktu lampau, waktu sekarang dan
waktu akan datang. Apabila kita mati, waktu berakhir. Tetapi bagi Allah, tidak ada zon waktu. Waktu
sebenarnya dihasilkan oleh pergerakan bumi sekeliling matahari. Disebabkan oleh pergerakan atau
orbit ini, maka terdapatlah siang dan malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu,
yang pada haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang.
Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk, masa atau waktu bagi dia tidak
ada makna. Di dalam suluk, seseorang itu mungkin tidak akan kembali ke dunia lagi. Semasa lima
tahun bersuluk, beliau hanya hidup dengan tujuh biji zaitun dan sekeping roti sehari sehaja. Apabila
awliya Allah memasuki suluk, mereka sedar bahawa waktu berpoya-poya sudah tamat, yang ada
hanyalah bekerja keras.
Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun abapila beliau mulai suluk. Amalan yang dilakukan semasa
bersuluk ialah membaca Quran dan berzikir. Awliya Allah apabila mengerjakan ibadat tersebut
sentiasa mahu memanjangkan waktu tersebut (bagi kita manusia awam, kita mahu memanjangkan
waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia waktu bukanlah sesuatu yang perlu dihitung. Mereka
sentiasa berada di “waktu sekarang.” Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi dalaman kita
dan pasti kita akan menjumpai “rumah” kita.
Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi kerohanian yang tidak ada
batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini kita akan jumpa “rumah” kita. Di dalam qalb manusia
terletaknya “rumah” Allah. Maka carilah haqiqat tersebut di dalam diri kita. Ia terdapat dalam diri kita.
Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb., kesemuanya ini terdapat di dalam
kita. Tetapi kesemuanya itu hanya boleh diberi kepada mereka yang boleh dipercayai. Mereka ini
tidak mudah dinodai oleh perasaan bongkak, megah dan sebagainya. Mereka dapat bertahan dengan
segala bentuk dugaan dan sentiasa memuji Allah di dalam segala bentuk keadaan.
Allah sentiasa memberi kita keadaan yang baik. Jadilah seorang yang sentiasa bersyukur. Selalu
pegang kepada keadaant tersebut.
Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi dahulu daripada berakhirnya dunia
ini. Oleh yang demikian kenapa kita sering mengejar dunia (yang di cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di
alam hadrat ilahi waktu tidak ada erti – kita akan dengar bunyi-bunyian seperti ombak di lautan atau
ngauman harimau. Jadilah seperti ikan di dalam lautan.
Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana Sheikh Nazim (qs). Saya berniat
untuk memberi suhbah daripada nota-nota Sh. Abdullah (qs), tetapi mereka telah mengubah
cadangan saya.
Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. Dengarlah kepada roh yang suruh
mencintai akhirat. Carilah benda-benda yang kekal. Makan makanan kerohanian – ianya tidak akan
habis, ianya suci dan bersih.
Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala kebaikan pada malam ini kepada
sahabat kita Hanim. Moga Allah mencucuri roh beliau dengan rahmatNya. Roh Hanim bersama kita
pada malam ini. Beliau gembira di mana beliau berada sekarang.
Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan dunia ini. Moga Allah merahmati
Maulana Sh. Abdullah (qs) dan Maulana Sh. Nazim (qs). Allah panjangkan usia Maulana Sh. Nazim
(qs). Wa minallahi taufiq. Bihurmati habib bihurmati surah fatihah
4)-Mengagungkan kubur (berdoa kepada kubur, mencium kubur, menghiaskan kubur)
5)-Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka tentang cerita seorang ‘wali’ Allah (yang
melakukan suluk hanya di bulan Rejab dan bermaksiat di bulan-bulan lain) . Di sini nabi s.a.w.,
malaikat Jibril dan Sayyidina Abu Bakar dihina, perlakuan maksiat digalakkan dan kuasa suatu doa
yang boleh menjadikan seseorang sebagai wali!!! ( dipetik dari laman web tariqat Naqsyabandiah)
“ Satu ketika di zaman Nabi s.a.w. terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap selepas
tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan
berseorangan. Kadang-kala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. Selepas
merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki
tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi s.a.w. telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki
tersebut: “Orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan
mengebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.
Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak
perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya
menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi s.a.w. pernah mencela perbuatan ayahnya, tidak
akan menyembahyangkan dan mengebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak
nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madinah dan membuangnya ke dalam sebuah
perigi kosong serta kering. Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi s.a.w. hari ini
seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya,
mengafankannya, menyembahyangkkanya serta mengebumikannya.”
Nabi s.a.w. terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. Sekarang apabila lelaki
tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah
wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat
mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi s.a.w. Jika Allah mahu menjadi seorang
perompak sebagai wali-Nya, tidak boleh sama sekali kita bertanya “KENAPA?” Kita mesti
menerimanya. Oleh sebab itu, mengikut ajaran Sufi dan ajaran di dalam tarekat Naqshbandi, kita
mesti melihat orang di sekeliling kita adalah lebih baik daripada kita. Kita tidak tahu jika Allah akan
menaikkan makam seseorang kepada makam yang lebih tinggi daripada makam kita; Siapa tahu?
Tidak akan ada seorang pun yang akan tahu, oleh yang demikian janganlah kita mencampuri urusan-
Nya. Jangan memandang rendah kepada orang jika kita merasakan kita lebih baik daripada mereka.
Kita tidak tahu sama ada orang tersebut, pada pandangan Allah adalah wali ataupun tidak. Siapa
yang tahu? Oleh yang demikian, kita perlu memandang tinggi kepada orang lain, menghormati
mereka dan sentiasa merendahkan diri sendiri. Jangan sama sekali menunjukkan ego dan sentiasa
berpuas hati.
Allah berkata kepada Nabi s.a.w, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan dia.” Dengan
serta merta, Nabi s.a.w. memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita
perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata
yang kamu tidak akan mengebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan
seorang muslim!” Nabi s.a.w. berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari
ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”
Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi
seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri. Nabi s.a.w. pergi
ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan
membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda
membersihkannya, memandikannya, mengafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya
membawa jenazah lelaki tersebut daripada masjid Nabi s.a.w. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan
dari masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil
masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua
sahabat-sahabat Baginda berasa hairan apabila melihat cara Rasulullah s.a.w.. berjalan. Dengan
tangan Baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan
menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda
berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat Baginda bertanya,
“Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah
memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan
semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi
jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah
aku terkejut seperti hari ini.”
Selepas mengebumikan lelaki tersebut, Nabi s.a.w. tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya
baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina
Abu Bakar dan bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut;
menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah.
Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang
telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi s.a.w. menjawab,”
Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril (as) dan
memberitahuku apa yang telah berlaku”
Apabila Jibril (s) datang, Nabi s.a.w. berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya berlaku?” Jibril
(s) menjawab,” Wahai Nabi s.a.w., janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh
sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat
lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah
dilakukannya semasa hayatnya.”
Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi s.a.w. dengan sendirinya pergi ke
rumah perompak tersebut. Nabi s.a.w. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai
manusia paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan
apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hayatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku
bagaimanakah kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku
begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang pembunuh, seorang
pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan
mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini
adalah bulan tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah,
Sya’ban adalah bulan Nabi s.a.w. dan Ramadan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku
berkata lagi, “Aku tidak kisah dengan bulan Nabi s.a.w. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan
tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendirian, dan bersuluk sepanjang bulan
ini.
Nabi s.a.w. bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?”
Dia menjawab, ”Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang
yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70-80 tahun. Lantas
ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai
kertas kecil yang tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di
dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang
bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan
malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan
Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk
menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.
Doa (Doa awliya’ Abbas) yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita
dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab. Maulana Sh. Nazim berkata doa ini
mencuci semua dosa dan menjadikan kamu putih seperti bayi yang baru dilahirkan. Doa ini amat
terkenal di dalam ajaran sufi. Apabila Nabi s.a.w. meminta anak perempuan lelaki tersebut
memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya
pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan
membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-
masing.
Allah telah berkata kepada Nabi s.a.w. “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan
memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia
berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua
kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu
banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana
satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.”
SISIPAN: FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKANN SESEORANG TERJEBAK DENGAN AJARAN
SESAT
Kebanyakan ajaran Tariqat ini datangnya daripada sumber-sumber ajaran Syi’ah dan amalan-amalan
mereka bukannya datang dari sumber yang boleh dipercayai seperti Al-Quran dan As-Sunnah yang
tulin.
Terlebih dahulu elok kiranya kita mengemukakan sebab-sebab yang membawa kepada kesesatan
dan penyelewengan aqidah. Antara lain yang dapat dipastikan daripada Al Quran adalah sebagai
berikut :
i) Taqlid buta.
Sebagaimana maksud firman Allah : “Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka
melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami
mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad):
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu
mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? “(Surah AL-Araf : ayat 28)
(ii) Tidak mempunyai konsep yang betul tentang sifat-sifat Allah s.w.t.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi
Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu
selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah
kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa
memperkenankan permohonan hambaNya. Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Soleh,
sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk
memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh
datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang
merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya”. (Surah Hud ; ayat 61 & 62)
(iii) Lupa kepada ayat-ayat Allah.
Firman Allah bermaksud : “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami
kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini
dilupakan serta ditinggalkan”. (Surah Thaha : ayat 126)
(iv) Memilih pimpinan syaitan dengan meninggalkan pimpinan Tuhan.
Firman Allah bermaksud : “Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah
(dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah
mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah
menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula
menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat”. (Surah Al Araf : ayat 30)
(v) Keadaan diri tidak terkawal dengan aqidah yang betul.
Firman Allah bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari
melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan
mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan
suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu
semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah
lakukan.(Surah Al Maidah :ayat 105)
(vi) Tidak menyedari bahawa kesesatan itu merugikan diri sendiri
Firman Allah bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Telah datang
kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat
petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri
dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya
sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”
(Surah Yunus : ayat 108)
(vii) Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak berpandukan ilmu yang
sebenar.
Firman Allah bermaksud : “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan
sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu
dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”
(Surah Yunus : ayat 36)
(viii) Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah s.w.t di dalam
mencari kebenaran.
Firman Allah bermaksud : “Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai
kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat
kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”.
(Surah Al-A’raf: ayat 79)
(ix) Degil dan keras kepada terhadap kebenaran
Firman Allah : “Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada
Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku
sombong takbur (enggan menerimanya) dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa. Oleh
sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: Sesungguhnya
ini ialah sihir yang nyata. (Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu
berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini
sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya”. (Surah Yunus: 75 – 77)
(x) Derhaka kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dengan membuat pilihan sendiri tentang
urusannya setelah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w untuknya suatu ketetapan.
Firman Allah: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila
Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka)
mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat
kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas
nyata”. (Surah Al Ahzab : ayat 36)
(xi) Menurut hawa nafsu walaupun mengetahui tentang ayat-ayat Tuhan.
Maksud firman Allah : “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai
Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan
tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan
hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim
(yang berdegil dalam keingkarannya).(Surah Al Qasas : ayat 50)
(xii) Tidak mengikut petunjuk daripada Tuhan.
Allah berfirman: ”Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah
kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk
dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak
akan menderita azab sengsara”. (Surah Thaha : ayat 123)
xiii) Terpedaya oleh godaan syaitan.
Allah berfirman :”Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara
kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan
insaf?”(Surah Yaasin : ayat 62)
(xiv) Orang-orang yang yang sesat dan banyak dosa (Surah As-Syu’ra)
(xv) Melampaui batas dan tetap ragu walaupun sudah datang keterangan-keterangan yang nyata.
Firman Allah: “Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu
dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi”. (Surah Al Mukmin : ayat 34)
(xvi) Menjadikan orang-orang yang sesat sebagai penolong dan pembantu Allah berfirman:
“Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak
juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain dan tidak sepatutnya
Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu”. (Surah Al Kahfi : ayat
51)
CARA PENYELESAIANNYA
Di antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut:
(i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah
(ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang
ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri.
(iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di dalam persoalan
penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka
dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.
(iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping
mempraktikkannya.
(v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk
ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka.
(vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan
berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-
tempat maksiat dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela.
(vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang benar-benar
bersih dan tulin kepada masyarakat.
(viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang berlaku di dalam masyarakat
kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar umbi.
(ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong
dan pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat.

More Related Content

What's hot

12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doccheapweb
 
Pentingnya Niat dan Ngaji
Pentingnya Niat dan NgajiPentingnya Niat dan Ngaji
Pentingnya Niat dan NgajiErwin Wahyu
 
Psikologi Perkembangan Manusia Menurut Islam
Psikologi Perkembangan Manusia Menurut IslamPsikologi Perkembangan Manusia Menurut Islam
Psikologi Perkembangan Manusia Menurut Islamikbarmuhyi
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiMohd Nur Addin
 
Kekeliruan Konsep Nur Muhammad
Kekeliruan Konsep  Nur MuhammadKekeliruan Konsep  Nur Muhammad
Kekeliruan Konsep Nur MuhammadAbu Muhammad
 
Pacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zinaPacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zinaRina Hafs
 
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMPLembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMPruangkuliahpai6f
 
Pentingnya Dakwah untuk Kita
Pentingnya Dakwah untuk KitaPentingnya Dakwah untuk Kita
Pentingnya Dakwah untuk KitaErwin Wahyu
 
Fiqih dakwah
Fiqih dakwahFiqih dakwah
Fiqih dakwahel-hafiy
 
Materi pengantar : Motivasi mengapa wajib belajar akhlak & adab bagi setiap m...
Materi pengantar : Motivasi mengapa wajib belajar akhlak & adab bagi setiap m...Materi pengantar : Motivasi mengapa wajib belajar akhlak & adab bagi setiap m...
Materi pengantar : Motivasi mengapa wajib belajar akhlak & adab bagi setiap m...SMP Muhammaidyah Boarding School Tarakan
 
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia HidupMengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidupandrew gromiko
 
Dokter muslim, berprestasi dan mentoring
Dokter muslim, berprestasi dan  mentoringDokter muslim, berprestasi dan  mentoring
Dokter muslim, berprestasi dan mentoringAbdul Rozy
 
TAZKIYATUN NAFS (TAKHALLI, TAHALLI DAN TAJALLI)
TAZKIYATUN NAFS (TAKHALLI, TAHALLI DAN TAJALLI)TAZKIYATUN NAFS (TAKHALLI, TAHALLI DAN TAJALLI)
TAZKIYATUN NAFS (TAKHALLI, TAHALLI DAN TAJALLI)endahnurfebriyanti
 
Amalan di bulan Muharam
Amalan di bulan MuharamAmalan di bulan Muharam
Amalan di bulan MuharamNorAzmi2012
 

What's hot (20)

12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
 
Pentingnya Niat dan Ngaji
Pentingnya Niat dan NgajiPentingnya Niat dan Ngaji
Pentingnya Niat dan Ngaji
 
Psikologi Perkembangan Manusia Menurut Islam
Psikologi Perkembangan Manusia Menurut IslamPsikologi Perkembangan Manusia Menurut Islam
Psikologi Perkembangan Manusia Menurut Islam
 
Presentation BBQ 'mengenal ALLAH'
Presentation BBQ 'mengenal ALLAH'Presentation BBQ 'mengenal ALLAH'
Presentation BBQ 'mengenal ALLAH'
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawi
 
Tanda akhlak yang baik
Tanda akhlak yang baikTanda akhlak yang baik
Tanda akhlak yang baik
 
Fiqih dakwah
Fiqih dakwahFiqih dakwah
Fiqih dakwah
 
Kekeliruan Konsep Nur Muhammad
Kekeliruan Konsep  Nur MuhammadKekeliruan Konsep  Nur Muhammad
Kekeliruan Konsep Nur Muhammad
 
Pacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zinaPacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zina
 
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMPLembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
 
Pentingnya Dakwah untuk Kita
Pentingnya Dakwah untuk KitaPentingnya Dakwah untuk Kita
Pentingnya Dakwah untuk Kita
 
Fiqih dakwah
Fiqih dakwahFiqih dakwah
Fiqih dakwah
 
Materi pengantar : Motivasi mengapa wajib belajar akhlak & adab bagi setiap m...
Materi pengantar : Motivasi mengapa wajib belajar akhlak & adab bagi setiap m...Materi pengantar : Motivasi mengapa wajib belajar akhlak & adab bagi setiap m...
Materi pengantar : Motivasi mengapa wajib belajar akhlak & adab bagi setiap m...
 
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia HidupMengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
Mengenal Diri Mengenal Pencipta Terbukalah Rahasia Hidup
 
Dokter muslim, berprestasi dan mentoring
Dokter muslim, berprestasi dan  mentoringDokter muslim, berprestasi dan  mentoring
Dokter muslim, berprestasi dan mentoring
 
Jumat haji
Jumat hajiJumat haji
Jumat haji
 
Surah al
Surah alSurah al
Surah al
 
Modul 12 kb 3
Modul 12 kb 3Modul 12 kb 3
Modul 12 kb 3
 
TAZKIYATUN NAFS (TAKHALLI, TAHALLI DAN TAJALLI)
TAZKIYATUN NAFS (TAKHALLI, TAHALLI DAN TAJALLI)TAZKIYATUN NAFS (TAKHALLI, TAHALLI DAN TAJALLI)
TAZKIYATUN NAFS (TAKHALLI, TAHALLI DAN TAJALLI)
 
Amalan di bulan Muharam
Amalan di bulan MuharamAmalan di bulan Muharam
Amalan di bulan Muharam
 

Viewers also liked

Strategic purchasing: a comparative assessment of Civil Servant Medical Benef...
Strategic purchasing: a comparative assessment of Civil Servant Medical Benef...Strategic purchasing: a comparative assessment of Civil Servant Medical Benef...
Strategic purchasing: a comparative assessment of Civil Servant Medical Benef...resyst
 
A critical assessment of health care purchasing in Tanzania: a comparison of ...
A critical assessment of health care purchasing in Tanzania: a comparison of ...A critical assessment of health care purchasing in Tanzania: a comparison of ...
A critical assessment of health care purchasing in Tanzania: a comparison of ...resyst
 
46 اصل کلیدی برای برنامه ریزی تغییر
46 اصل کلیدی برای برنامه ریزی تغییر46 اصل کلیدی برای برنامه ریزی تغییر
46 اصل کلیدی برای برنامه ریزی تغییرdigidanesh
 
Integrating Docker with Mesos and Marathon
Integrating Docker with Mesos and MarathonIntegrating Docker with Mesos and Marathon
Integrating Docker with Mesos and MarathonRishabh Chaudhary
 
I'm scared to sleep, tearful Pistorius tells court | Reuters
I'm scared to sleep, tearful Pistorius tells court
| ReutersI'm scared to sleep, tearful Pistorius tells court
| Reuters
I'm scared to sleep, tearful Pistorius tells court | Reuters8hearingpta
 
Evaluation of magazine - Lucas Sneddon
Evaluation of magazine - Lucas Sneddon Evaluation of magazine - Lucas Sneddon
Evaluation of magazine - Lucas Sneddon whslaura
 
Совспорт. Футбол 2016 №08 "MYFOOTBALL.WS"
Совспорт. Футбол 2016 №08 "MYFOOTBALL.WS"Совспорт. Футбол 2016 №08 "MYFOOTBALL.WS"
Совспорт. Футбол 2016 №08 "MYFOOTBALL.WS"FRAPS
 
Cronograma eduardo emilio marla eliana y lucila (2)
Cronograma eduardo emilio marla eliana y lucila (2)Cronograma eduardo emilio marla eliana y lucila (2)
Cronograma eduardo emilio marla eliana y lucila (2)emartineze
 
AN EMPIRICAL STUDY ON MOBILE MULTI PLATFORM DEVELOPMENT USING PHONE GAP AND H...
AN EMPIRICAL STUDY ON MOBILE MULTI PLATFORM DEVELOPMENT USING PHONE GAP AND H...AN EMPIRICAL STUDY ON MOBILE MULTI PLATFORM DEVELOPMENT USING PHONE GAP AND H...
AN EMPIRICAL STUDY ON MOBILE MULTI PLATFORM DEVELOPMENT USING PHONE GAP AND H...ijait
 

Viewers also liked (13)

Register a company in singapore
Register a company in singaporeRegister a company in singapore
Register a company in singapore
 
Strategic purchasing: a comparative assessment of Civil Servant Medical Benef...
Strategic purchasing: a comparative assessment of Civil Servant Medical Benef...Strategic purchasing: a comparative assessment of Civil Servant Medical Benef...
Strategic purchasing: a comparative assessment of Civil Servant Medical Benef...
 
A critical assessment of health care purchasing in Tanzania: a comparison of ...
A critical assessment of health care purchasing in Tanzania: a comparison of ...A critical assessment of health care purchasing in Tanzania: a comparison of ...
A critical assessment of health care purchasing in Tanzania: a comparison of ...
 
46 اصل کلیدی برای برنامه ریزی تغییر
46 اصل کلیدی برای برنامه ریزی تغییر46 اصل کلیدی برای برنامه ریزی تغییر
46 اصل کلیدی برای برنامه ریزی تغییر
 
Integrating Docker with Mesos and Marathon
Integrating Docker with Mesos and MarathonIntegrating Docker with Mesos and Marathon
Integrating Docker with Mesos and Marathon
 
Career opportunities after 12 th
Career opportunities after 12 thCareer opportunities after 12 th
Career opportunities after 12 th
 
I'm scared to sleep, tearful Pistorius tells court | Reuters
I'm scared to sleep, tearful Pistorius tells court
| ReutersI'm scared to sleep, tearful Pistorius tells court
| Reuters
I'm scared to sleep, tearful Pistorius tells court | Reuters
 
Five minutes bell
Five minutes
bellFive minutes
bell
Five minutes bell
 
Evaluation of magazine - Lucas Sneddon
Evaluation of magazine - Lucas Sneddon Evaluation of magazine - Lucas Sneddon
Evaluation of magazine - Lucas Sneddon
 
Совспорт. Футбол 2016 №08 "MYFOOTBALL.WS"
Совспорт. Футбол 2016 №08 "MYFOOTBALL.WS"Совспорт. Футбол 2016 №08 "MYFOOTBALL.WS"
Совспорт. Футбол 2016 №08 "MYFOOTBALL.WS"
 
Cronograma eduardo emilio marla eliana y lucila (2)
Cronograma eduardo emilio marla eliana y lucila (2)Cronograma eduardo emilio marla eliana y lucila (2)
Cronograma eduardo emilio marla eliana y lucila (2)
 
Investigación cuantitativa
Investigación cuantitativaInvestigación cuantitativa
Investigación cuantitativa
 
AN EMPIRICAL STUDY ON MOBILE MULTI PLATFORM DEVELOPMENT USING PHONE GAP AND H...
AN EMPIRICAL STUDY ON MOBILE MULTI PLATFORM DEVELOPMENT USING PHONE GAP AND H...AN EMPIRICAL STUDY ON MOBILE MULTI PLATFORM DEVELOPMENT USING PHONE GAP AND H...
AN EMPIRICAL STUDY ON MOBILE MULTI PLATFORM DEVELOPMENT USING PHONE GAP AND H...
 

Similar to Ajaran Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah

tariqat naqsyabandiah al-aliyah
tariqat naqsyabandiah al-aliyahtariqat naqsyabandiah al-aliyah
tariqat naqsyabandiah al-aliyahR&R Darulkautsar
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANSri Wiji Lestari
 
4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamat4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamatwk_aiman
 
Surah ad dhuha
Surah ad dhuhaSurah ad dhuha
Surah ad dhuhaIzam Din
 
Keistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalatKeistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalatSyahlul D'hasrap
 
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaContoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaandriishaq
 
Kitab 40 tanda akhir zaman
Kitab 40 tanda akhir zamanKitab 40 tanda akhir zaman
Kitab 40 tanda akhir zamanRiez Sullivan
 
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaHakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaRidlo Abelian
 
Isra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad sawIsra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad sawlaode_07
 
Isra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad sawIsra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad sawlaode_07
 
Bersegera melaksanakan Syariat
Bersegera melaksanakan SyariatBersegera melaksanakan Syariat
Bersegera melaksanakan SyariatErwin Wahyu
 
Perbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabelPerbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabelEdi Awaludin
 
Dakwah 100711211627-phpapp02
Dakwah 100711211627-phpapp02Dakwah 100711211627-phpapp02
Dakwah 100711211627-phpapp02sitinadia_nana
 

Similar to Ajaran Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah (20)

tariqat naqsyabandiah al-aliyah
tariqat naqsyabandiah al-aliyahtariqat naqsyabandiah al-aliyah
tariqat naqsyabandiah al-aliyah
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
 
Kitab jawshan khabeer
Kitab jawshan khabeerKitab jawshan khabeer
Kitab jawshan khabeer
 
4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamat4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamat
 
Surah ad dhuha
Surah ad dhuhaSurah ad dhuha
Surah ad dhuha
 
Ziarah kubur
Ziarah kuburZiarah kubur
Ziarah kubur
 
Keistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalatKeistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalat
 
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaContoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
 
Kitab 40 tanda akhir zaman
Kitab 40 tanda akhir zamanKitab 40 tanda akhir zaman
Kitab 40 tanda akhir zaman
 
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaHakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
 
Khutbah Jum'at
Khutbah Jum'atKhutbah Jum'at
Khutbah Jum'at
 
Ppt waktu
Ppt waktuPpt waktu
Ppt waktu
 
Isra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad sawIsra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad saw
 
Isra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad sawIsra miraj nabi muhammad saw
Isra miraj nabi muhammad saw
 
Bersegera melaksanakan Syariat
Bersegera melaksanakan SyariatBersegera melaksanakan Syariat
Bersegera melaksanakan Syariat
 
Perbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabelPerbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabel
 
Nasihat As - Sya'rawi
Nasihat As - Sya'rawiNasihat As - Sya'rawi
Nasihat As - Sya'rawi
 
Dakwah
DakwahDakwah
Dakwah
 
Dakwah 100711211627-phpapp02
Dakwah 100711211627-phpapp02Dakwah 100711211627-phpapp02
Dakwah 100711211627-phpapp02
 
Tentang ma'rifatullah 2
Tentang ma'rifatullah 2Tentang ma'rifatullah 2
Tentang ma'rifatullah 2
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 

Recently uploaded

Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 

Recently uploaded (20)

Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 

Ajaran Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah

  • 1. TARIQAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH SYEIKH NAZIM AL-HAQQANI (Ajaran Tariqat Sesat dan telah diharamkan oleh JAKIM) Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa MajlisFatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat. b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke- 48 Tarikh Keputusan : 3 April 2000 Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000 Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan : 1) – Kekuatan wali. Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah: “Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut. Yang di Pertua (gabenor) Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain membuat apa yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun menunaikan haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan tempat Imam Mahdi akan muncul pada masa yang akan datang. Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah sentiasa melihatnya.
  • 2. Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal akan kesalahan mereka terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang shaheeda. Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah” 2 – Kuasa Mutlak Khalifah “Khalifah mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa yang dimahu. Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh masyaikh rantaian keemasan…Kemulian ialah dia adalah seorang khalifah dan semua orang harus menerima apa yang dia telah tentukan…” 3) – Khutbah sesat Sheikh Muhammad Sheikh Nazim menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem Bismillah-hir-rahman-nir-rahim Nawaitul arbaa, naiwatul iqtiqaf, naiwataul uzlah, naiwatul ri’adah, lillahita’ala hilaluyul azim Ati’ullah, wa ati’u rasul, wa ulul amri minkum Allah perintah kita ta’at kepada Dia dan Rasulnya s.a.w. dan sesiapa yang ta’at kepada Rasul s.a.w. dia ta’at kepada Allah. Setiap saat adalah saat yang baru dan setiap sesi adalah sesi yang baru. Saat hanyalah sekadar saat, tetapi apabila saat dikumpul mereka menjadi waktu. Mereka mengeluarkan waktu yang telah berlalu. Oleh yang demikian, waktu adalah (mengikut kefahaman kita) sesuatu yang mempunyai waktu yang lepas, waktu sekarang dan waktu yang akan datang. Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) – waktu lampau, waktu sekarang dan waktu akan datang. Apabila kita mati, waktu berakhir. Tetapi bagi Allah, tidak ada zon waktu. Waktu sebenarnya dihasilkan oleh pergerakan bumi sekeliling matahari. Disebabkan oleh pergerakan atau orbit ini, maka terdapatlah siang dan malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu, yang pada haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang. Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk, masa atau waktu bagi dia tidak ada makna. Di dalam suluk, seseorang itu mungkin tidak akan kembali ke dunia lagi. Semasa lima tahun bersuluk, beliau hanya hidup dengan tujuh biji zaitun dan sekeping roti sehari sehaja. Apabila awliya Allah memasuki suluk, mereka sedar bahawa waktu berpoya-poya sudah tamat, yang ada hanyalah bekerja keras. Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun abapila beliau mulai suluk. Amalan yang dilakukan semasa bersuluk ialah membaca Quran dan berzikir. Awliya Allah apabila mengerjakan ibadat tersebut sentiasa mahu memanjangkan waktu tersebut (bagi kita manusia awam, kita mahu memanjangkan waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia waktu bukanlah sesuatu yang perlu dihitung. Mereka sentiasa berada di “waktu sekarang.” Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi dalaman kita dan pasti kita akan menjumpai “rumah” kita.
  • 3. Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi kerohanian yang tidak ada batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini kita akan jumpa “rumah” kita. Di dalam qalb manusia terletaknya “rumah” Allah. Maka carilah haqiqat tersebut di dalam diri kita. Ia terdapat dalam diri kita. Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb., kesemuanya ini terdapat di dalam kita. Tetapi kesemuanya itu hanya boleh diberi kepada mereka yang boleh dipercayai. Mereka ini tidak mudah dinodai oleh perasaan bongkak, megah dan sebagainya. Mereka dapat bertahan dengan segala bentuk dugaan dan sentiasa memuji Allah di dalam segala bentuk keadaan. Allah sentiasa memberi kita keadaan yang baik. Jadilah seorang yang sentiasa bersyukur. Selalu pegang kepada keadaant tersebut. Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi dahulu daripada berakhirnya dunia ini. Oleh yang demikian kenapa kita sering mengejar dunia (yang di cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di alam hadrat ilahi waktu tidak ada erti – kita akan dengar bunyi-bunyian seperti ombak di lautan atau ngauman harimau. Jadilah seperti ikan di dalam lautan. Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana Sheikh Nazim (qs). Saya berniat untuk memberi suhbah daripada nota-nota Sh. Abdullah (qs), tetapi mereka telah mengubah cadangan saya. Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. Dengarlah kepada roh yang suruh mencintai akhirat. Carilah benda-benda yang kekal. Makan makanan kerohanian – ianya tidak akan habis, ianya suci dan bersih. Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala kebaikan pada malam ini kepada sahabat kita Hanim. Moga Allah mencucuri roh beliau dengan rahmatNya. Roh Hanim bersama kita pada malam ini. Beliau gembira di mana beliau berada sekarang. Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan dunia ini. Moga Allah merahmati Maulana Sh. Abdullah (qs) dan Maulana Sh. Nazim (qs). Allah panjangkan usia Maulana Sh. Nazim (qs). Wa minallahi taufiq. Bihurmati habib bihurmati surah fatihah 4)-Mengagungkan kubur (berdoa kepada kubur, mencium kubur, menghiaskan kubur) 5)-Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka tentang cerita seorang ‘wali’ Allah (yang melakukan suluk hanya di bulan Rejab dan bermaksiat di bulan-bulan lain) . Di sini nabi s.a.w., malaikat Jibril dan Sayyidina Abu Bakar dihina, perlakuan maksiat digalakkan dan kuasa suatu doa yang boleh menjadikan seseorang sebagai wali!!! ( dipetik dari laman web tariqat Naqsyabandiah) “ Satu ketika di zaman Nabi s.a.w. terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadang-kala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki
  • 4. tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi s.a.w. telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: “Orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”. Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi s.a.w. pernah mencela perbuatan ayahnya, tidak akan menyembahyangkan dan mengebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madinah dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering. Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi s.a.w. hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengafankannya, menyembahyangkkanya serta mengebumikannya.” Nabi s.a.w. terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi s.a.w. Jika Allah mahu menjadi seorang perompak sebagai wali-Nya, tidak boleh sama sekali kita bertanya “KENAPA?” Kita mesti menerimanya. Oleh sebab itu, mengikut ajaran Sufi dan ajaran di dalam tarekat Naqshbandi, kita mesti melihat orang di sekeliling kita adalah lebih baik daripada kita. Kita tidak tahu jika Allah akan menaikkan makam seseorang kepada makam yang lebih tinggi daripada makam kita; Siapa tahu? Tidak akan ada seorang pun yang akan tahu, oleh yang demikian janganlah kita mencampuri urusan- Nya. Jangan memandang rendah kepada orang jika kita merasakan kita lebih baik daripada mereka. Kita tidak tahu sama ada orang tersebut, pada pandangan Allah adalah wali ataupun tidak. Siapa yang tahu? Oleh yang demikian, kita perlu memandang tinggi kepada orang lain, menghormati mereka dan sentiasa merendahkan diri sendiri. Jangan sama sekali menunjukkan ego dan sentiasa berpuas hati. Allah berkata kepada Nabi s.a.w, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi s.a.w. memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi s.a.w. berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!” Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri. Nabi s.a.w. pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut daripada masjid Nabi s.a.w. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan
  • 5. dari masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat Baginda berasa hairan apabila melihat cara Rasulullah s.a.w.. berjalan. Dengan tangan Baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat Baginda bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.” Selepas mengebumikan lelaki tersebut, Nabi s.a.w. tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi s.a.w. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril (as) dan memberitahuku apa yang telah berlaku” Apabila Jibril (s) datang, Nabi s.a.w. berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya berlaku?” Jibril (s) menjawab,” Wahai Nabi s.a.w., janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa hayatnya.” Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi s.a.w. dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi s.a.w. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hayatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi s.a.w. dan Ramadan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “Aku tidak kisah dengan bulan Nabi s.a.w. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendirian, dan bersuluk sepanjang bulan ini.
  • 6. Nabi s.a.w. bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?” Dia menjawab, ”Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70-80 tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang. Doa (Doa awliya’ Abbas) yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab. Maulana Sh. Nazim berkata doa ini mencuci semua dosa dan menjadikan kamu putih seperti bayi yang baru dilahirkan. Doa ini amat terkenal di dalam ajaran sufi. Apabila Nabi s.a.w. meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing- masing. Allah telah berkata kepada Nabi s.a.w. “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.” SISIPAN: FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKANN SESEORANG TERJEBAK DENGAN AJARAN SESAT Kebanyakan ajaran Tariqat ini datangnya daripada sumber-sumber ajaran Syi’ah dan amalan-amalan mereka bukannya datang dari sumber yang boleh dipercayai seperti Al-Quran dan As-Sunnah yang tulin. Terlebih dahulu elok kiranya kita mengemukakan sebab-sebab yang membawa kepada kesesatan dan penyelewengan aqidah. Antara lain yang dapat dipastikan daripada Al Quran adalah sebagai berikut : i) Taqlid buta. Sebagaimana maksud firman Allah : “Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad):
  • 7. Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? “(Surah AL-Araf : ayat 28) (ii) Tidak mempunyai konsep yang betul tentang sifat-sifat Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya. Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya”. (Surah Hud ; ayat 61 & 62) (iii) Lupa kepada ayat-ayat Allah. Firman Allah bermaksud : “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. (Surah Thaha : ayat 126) (iv) Memilih pimpinan syaitan dengan meninggalkan pimpinan Tuhan. Firman Allah bermaksud : “Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat”. (Surah Al Araf : ayat 30) (v) Keadaan diri tidak terkawal dengan aqidah yang betul. Firman Allah bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.(Surah Al Maidah :ayat 105) (vi) Tidak menyedari bahawa kesesatan itu merugikan diri sendiri Firman Allah bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu” (Surah Yunus : ayat 108)
  • 8. (vii) Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak berpandukan ilmu yang sebenar. Firman Allah bermaksud : “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan” (Surah Yunus : ayat 36) (viii) Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah s.w.t di dalam mencari kebenaran. Firman Allah bermaksud : “Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”. (Surah Al-A’raf: ayat 79) (ix) Degil dan keras kepada terhadap kebenaran Firman Allah : “Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya) dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa. Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata. (Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya”. (Surah Yunus: 75 – 77) (x) Derhaka kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dengan membuat pilihan sendiri tentang urusannya setelah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w untuknya suatu ketetapan. Firman Allah: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Surah Al Ahzab : ayat 36) (xi) Menurut hawa nafsu walaupun mengetahui tentang ayat-ayat Tuhan. Maksud firman Allah : “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).(Surah Al Qasas : ayat 50) (xii) Tidak mengikut petunjuk daripada Tuhan.
  • 9. Allah berfirman: ”Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara”. (Surah Thaha : ayat 123) xiii) Terpedaya oleh godaan syaitan. Allah berfirman :”Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?”(Surah Yaasin : ayat 62) (xiv) Orang-orang yang yang sesat dan banyak dosa (Surah As-Syu’ra) (xv) Melampaui batas dan tetap ragu walaupun sudah datang keterangan-keterangan yang nyata. Firman Allah: “Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi”. (Surah Al Mukmin : ayat 34) (xvi) Menjadikan orang-orang yang sesat sebagai penolong dan pembantu Allah berfirman: “Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu”. (Surah Al Kahfi : ayat 51) CARA PENYELESAIANNYA Di antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut: (i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah (ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri. (iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di dalam persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini. (iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya. (v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka. (vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat- tempat maksiat dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela.
  • 10. (vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat. (viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang berlaku di dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar umbi. (ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong dan pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat.