SlideShare a Scribd company logo
SOALAN LATIH TUBI KAEDAH
PENYELIDIKAN
P a g e | 1
SOALAN LATIH TUBI KAEDAH PENYELIDIKAN
Bil. Soalan Jawapan
1. Ciri-ciri penyataan
masalah
Ciri-ciri penyataan masalah adalah terdapatnya masalah yang hendak dikaji dan menerangkan tentang
kepentingan untuk membuat kajian dan kesannya jika dibiarkan dan juga kena memastikan bahawa
masalah yang dikaji adalah sesuai untuk dikaji.
Penyelidik juga harus memastikan masalah kajian adalah praktikal di mana ianya sesuai untuk dikaji
dan dianalisis datanya.
Penyelidik juga perlu menerangkan variable utama dan sasaran, mengenalkan latar belakang dan
membuktikan masalah kajian dengan bukti yang sah.
2. Perbezaan tujuan kajian
dan objektif kajian
Tujuan kajian:
Tujuan kajian perlu dinyatakan setelah mengenal pasti masalah dan menerangkan hasrat utama kajian
serta menghuraikan secara umum berkaitan tujuan kajian dalam bentuk matlamat kajian.
Objektif kajian:
Manakala objektif kajian adalah untuk mengariskan skop kajian, memberikan gambaran berkaitan
cara-cara untuk melakukan kajian dan hasil yang akan diperolehi. Penyelidik juga perlu
memperkenalkan subjek yang dipilih untuk membuat kajian.
3. Nyatakan dua objektif
kajian dan dua persoalan
kajian
Objektif kajian:
1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat
pelajar.
2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan
penglibatan pelajar.
Persoalan kajian:
1. Bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar?
3. Adakah penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan
pelajar?
P a g e | 2
4. Nyatakan jenis pendekatan
penyelidikan yang sesuai
dan sebab.
Kualitatif:
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/ data yang bersifat kualitatif. Data
kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk
mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian kualitatif ini lebih kecil berbanding dengan
kajian kuantitatif.
Jenis-jenis kajian kualitatif:
1) Kajian tindakan
2) Kajian kes
3) Kajian lapangan
4) Analisis dokumen
Kuantitatif:
Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/data yang bersifat kuantitatif. Data
kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal
selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding dengan kajian kualiataif.
Jenis-jenis kajian kuantitatif:
1) Kajian deskriptif
2) Kajian korelasi
3) Causal comparative
4) Kajian eksperimental
5. Senaraikan kata kunci bagi
tajuk penyelidikan
Persepsi, Hubungan, Pekaitan
6. Pemilihan laporan
penyelidikan blog, surat
khabar, analisis jabatan
polis, dan artikel. Pilihan
yang mana sesuai dan
mengapa?
Artikel ialah bahan yang paling sesuai digunakan kerana kebolehpercayaannya yang tinggi dan
mempunyai ketepatan data.
P a g e | 3
7. Bezakan kaedah
penyelidikan kuantitatif
dan kualitatif
Kuantitatif Kualitatif
Kaedah
Eksperimental Interpretif
Data numerika Penghuraian
Ujian statistik Kajian lapangan
Kajian sejarah
Kajian kes
Data verbal
Triangulasi data
Konsep utama
Variabel Makna
Operasional Esei
Hipotesis kebolehpercayaan Pemahaman
Kesahan Pembentukan fenomena
Signifikan Konteks
Triangulasi
Tujuan
Menguji teori Melengkapkan teori
Membina fakta Meningkatkan kefahaman
Menunjukkan perbezaan Menghuraikan kenyataan
Menunjukkan perhubungan Menyatakan kejadian semula jadi
Meramal tingkah laku Menerangkan kejadian secara verbal
Menerangkan kejadian secara
statistik
Reka bentuk kajian
Eksperimental Pemerhatian
Kuasi-eksperimental Pemerhatian perserta
Temu bual berstruktur Temu bual tidak berstruktur
Pemerhatian berstruktur Rujukan maklumat dokumentasi
Tinjauan Kajian kes
P a g e | 4
Sampel
Saiz sampel besar Saiz sampel kecil
Kaedah persampelan
kebarangkalian
Persampelan bukan kebarangkalian
Pemilihan rawak Pemilihan bertujuan
Kumpulan kawalan
Berlapis
Data
Kuantiti Penghuraian deskriptif
Bilangan Nota pandangan
Pengukuhan Catatan verbal
Statistik Rakaman pemerhatian aau temu
bual
Maklumat dari bahan dokumentasi
Analisis data
Deduktif Tertutup
Statistik Jangka masa panjang
Mendalam
Instrumen
Formal Tidak formal/ lebih bebas
Spesifik Tidak berstruktur
Berstruktur Tidak ditetapkan
Skala Item sedikit
Item banyak Tidak mempunyai cadangan
jawapanMempunyai cadangan jawapan
untuk dipilih
Generalisasi
Tujuan untuk generalisasi tinggi Tujuan generalisasi terhad
P a g e | 5
8. Contoh-contoh bagi
persampelan
kebarangkalian dan bukan
kebarangkalian
Persampelan kebarangkalian:
1) Persampelan Rawak Mudah
2) Persampelan Sistematik
3) Persampelan Rawak Berlapis
4) Persampelan Kawasan Pelbagai Lapisan
5) Persampelan Kelompok
Persampelan bukan kebarangkalian:
1) Persampelan Secara Kebetulan
2) Persampelan Bertujuan
3) Persampelan Kuota
4) Persampelan Bola Salji
5) Persampelan Dimensional
6) Persampelan Kes Kritikal
7) Persampelan Variasi Maksimum
9. Tentukan jenis skala
darjah persetujuan,
pendapatan, senarai
keutamaan strategi
pembelajaran, satu pilihan
kereta dari senarai.
Skala pengukuran
 Darjah persetujuan: ordinal, likert
 Pendapatan: sela
 Senarai keutamaan strategi pembelajaran: nominal
 Satu pilihan kereta dari senarai: nominal
10. Terangkan dua jenis reka
bentuk eksperimental dan
kuasi-eksperimental
REKA BENTUK KAJIAN EKSPERIMENTAL:
Variabel adalah kaedah mengajar jantina, markah ujian, sikap dan sebagainya (daripada perkataan
bahasa inggeris “Variable”). Contohnya variabel “jantina” mempunyai dua nilai; iaitu lelaki dan
perempuan, dan mungkin lazimnya diberi angka 1 untuk “lelaki” dan angka 2 untuk “perempuan”.
Bagi variabel “markah ujian” ianya mempunyai nilai 0 hingga 100 atau 0 hingga 50 dan sebagainya.
Reka bentuk kajian eksperimental merupakan reka bentuk penyelidikan positiviti yang dilakukan
untuk memahami perhubungan variabel-variabel melalui pengenalpastian dan pengukuran yang tepat
P a g e | 6
dan teliti. Reka bentuk kajian eksperimental dilakukan dengan melakukan perubahan ke atas variabel
bebas dan memerhatikan kesan perubahannya pada variabel bersandar.
Dalam sesuatu eksperimen terdapat beberapa jenis varisbel yang penting iaitu variabel bebas dan
variabel bersandar.
 Variabel bebas: ialah variabel yang dimanupulasi oleh penyelidik yang diandaikan membawa
perubahan kepada variabel bersandar. Terdapat dua jenis variabel bebas iaitu variabel rawatan
dan variabel kawalan.
(i) Variabel rawatan
Variabel rawatan (treatment variable) ialah yang dijangka akan menyebabkan perubahan secara
sistematik kepada variabel bersandar. Ia merupakan sebab yang akan mengakibatkan kesan pada
variabel bersandar dalam perhubungan sebab-akibat (cause-effect relatioship). Reka bentuk
eksperimental juga boleh di reka supaya kajian mempunyai lebih daripada satu variabel bebas.
Sebagai contoh, dalam kajian di atas, dua variabel bebas yang mungkin dimanipulasi dan
dijadikan sebagai sebab dalam perhubungan sebab-akibat ialah jenis imej (berwarna, tidak
berwarna) dan corak imej (komik atau gambar foto). Dalam kes ini, pengkaji perlu mengenal
pasti kesan daripada setiap variabel bebas ke atas variabel bersandar.
(ii) Variabel kawalan
Variabel kawalan (control variable) adalah variabel bebas lain yang bukan menjadi objektif kajian
yang mungkin akan memberi kesan ke atas perubahan variabel bersandar. Variabel-variabel ini
termasuk jantina, umur, pencapaian akademik, tahap IQ dan latar belakang pendidikan. Dalam
reka bentuk eksperimental, semua variabel kawalan perlu dikawal iaitu disamakan dalam kedua-
dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
 Variabel bersandar: ialah akibat daripada sesuatu eksperimen dan tidak boleh dimanipulasi.
Variabel yang secara tidak sengaja wujud dan mengganggu perhubungan antara variabel bebas
dan variabel bersandar. Variabel-variabel seperti ini perlu diambil perhatian secara serius
supaya dalam kajian eksperimen perubahan pada variabel bersandar (motivasi membaca)
hanya disebabkan oleh variabel bebas yang dimanipulasikan (bentuk buku sains).
P a g e | 7
REKA BENTUK KAJIAN KUASI-EKSPERIMENTAL
Terdapat tiga reka bentuk yang biasa digunakan dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan.
Mengikut Chua (2011), tiga reka bentuk kajian kuasi-eksperimental yang biasa digunakan ialah:
1) Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Bagi Kumpulan-Kumpulan Tidak Sembang
2) Reka Bentuk Regresi Tidak Bersambungan
3) Reka Bentuk Siri Masa
1) Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Bagi Kumpulan-Kumpulan Tidak Sembang
Merupakan reka bentuk yang paling popular digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang
pendidikan. Reka betuk ini terdiri daripada dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam reka
bentuk kajian ini, analisis ujian-t dan ujian ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan
antara kedua-dua kumpulan responden.
2) Reka Bentuk Regresi Tidak Bersambungan
Biasanya digunakan dalam kajian yang melibatkan kumpulan khas. Misalnya, menilai
keberkesanan program pemulihan dan menguji keberkesanan program kaunseling ke atas sikap
pelajar bermasalah disiplin. Pemilihan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan adalah
berdasarkan mata pemisahan yang dibuat oleh pengkaji. Contohnya, pengkaji menetapkan mata
pemisah ialah 35. Mana-mana subjek kajian yang memperoleh mata yang kurang daripada 35 akan
dikelompokkan dalam kumpulan rawatan. Subjek kajian yang memperoleh mata pemisahan lebih
daripada 35 akan dikelompokkan dalam kumpulan kawalan. Namun begitu, mengikut Godberger
(2008), untuk mencapai kesahan yang sama, reka bentuk ini memerlukan bilangan responden 2.75
kali lebih ramai berbanding reka bentuk eksperimental benar. Analisis ujian regresi digunakan
untuk melihat keberkesanan sesuatu kaedah atau program.
P a g e | 8
3) Reka Bentuk Siri Masa
Berbeza dengan reka bentuk kuasi-eksperimental yang lain, reka bentuk siri masa melibatkan
beberapa pengukuran yang sama ke atas variabel bersandar pada tempoh masa yang berlainan
sebelum dan selepas rawatan diberikan. Ia merupakan kajian jangka masa panjang yang
memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Pengukuran yang berulangan sebanyak beberapa kali
sebelum dan selepas rawatan diberikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan rawatan
meningkatkan kebolehpercayaan reka bentuk ini. Dua jenis bentuk siri masa, iaitu:
(i) Reka bentuk siri masa gangguan sementara
(ii) Reka bentuk siri masa gangguan tetap
11. Ciri-ciri kesahan dalaman
yang mudah
Ciri-ciri kesahan dalaman:
 Tidak dapat menentukan hubungan sebab-akibat yang sebenar dalam variabel dalam sesuatu
faktor yang dikaji.
 Tidak dapat menentukan sejauh mana dapatan sesuatu penyelidikan dapat diinterprestasi
dengan tepat.
 Contohnya, jika alat kajian dibina untuk mengukur kemahiran berfikir (nilai sebenar), tetapi
item-item yang dibina sebenarnya mengukur keupayaan menumpukan perhatian, maka alat
kajian tersebut mempunyai kesahan yang rendah.
12. Dua sebab mengapa
kesahan dalaman rendah
dalam kajian
eksperimental
Sebab mengapa kesahan dalaman rendah dalam kajian eksperimental:
 Penyelidik tidak mengawal variabel-variabel yang mempengaruhi sesuatu fenomena.
 Contohnya, penyelidik perlu pastikan bahawa setiap variabel luaran terkawal sebelum
menjalankan eksperimen
 Pemilihan popuasi tidak dijalankan secara rawak.
13. Langkah-langkah
penyelidikan deskriptif
Langkah-langkah penyelidikan deskriptif:
 Menyatakan masalah dengan tepat dan jelas.
 Menentukan populasi dan variabel yang berkaitan dengan tepat dan jelas.
 Mengenal pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah.
 Membentuk atau memilih alat bagi mengumpul maklumat.
 Mereka bentuk kaedah pengumpulan maklumat yang paling berkesan bagi mencapai objektif
kajian.
P a g e | 9
14. Bezakan kaedah kuantitatif
dan kualitatif dalam
penyelidikan deskriptif
Kaedah kuantitatif Kaedah kualitatif
Untuk mendapatkan fakta menggunakan
objektif dan analisis statistik data numerika
untuk memahami dan menjelaskan sesuatu
perkara atau fenomena yang boleh dijadikan
panduan kepada amalan dan polisi
Untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci dan mendalam di satu kawasan
dan tempat yang kecil ianya melibatkan
individu dalam kawasan berkenaan
sahaja.
Mengutamakan ‘kuantiti’:
Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-
angka, data-data numerikal atau statistik.
Berasaskan ‘kualiti’:
Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada
penghuraian ‘makna’ perkara-perkara
yang dikaji.
Menggunakan eksperimen yang melibatkan
data-data yang membolehkan penggunaan
analisis statistik.
Data dikutip melalui teknik pemerhatian,
temu bual, penulisan dari data analisis
dokumen.
Pengiraan-pengiraan seperti min, median,
mod, peratusan, sisihan piawai.
Penyelidik tidak terlibat secara langsung Penyelidik tidak turut terlibat dalam
kajian
Contoh:
- Kajian eksperimental
- Kajian kuasi-eksperiemnetal
- Kajian tinjauan
- Kajian korelasi
Kurang berstruktur, terbuka dan lebih.
Bentuk
Data berbentuk angka yang boleh diukur Data berbentuk perkataan atau ayat yang
dikumpul melalui temu bual, gambar atau
video.
P a g e | 10
Instrumen
Soal selidik/ ujian pencapaian Penyelidik adalah instrumen dalam
kutipan data dan terlibat sama
Reka bentuk kajian
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dikutip Reka bentuk berbentuk fleksibel
Peserta kajian
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta
kajian adalah sampel kajian yang dipilih
menggunakan teknik persampelan.
Penyelidik adalah peserta kajian.
Maklumat diperoleh dan peserta kajian
secara langsung
Metodologi kajian
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel
yang mewakili populasi. Saiz sampel besar.
Saiz sampel kecil dipilih secara bertujuan
dan tidak berasaskan kebarangkalian.
15. Huraikan satu contoh
penyelidikan kualitatif Contoh penyelidikan kualitatif ialah mengkaji usaha seorang mahasiswa yang buta dan pekak yang
telah melanjutkan pengajian di universiti dan seterusnya memperoleh ijazah. Data dalam penyelidikan
kualitatif dipungut melalui kaedah temu bual aau pemerhatian yang teliti dan mendalam.
Kaedah pengumpulan data yang boleh digunakan termasuk temu bual berstruktur, pemerhatian dan
soal selidik yang berbentuk esei. Dalam penyelidikan kualitatif, triangulasi data perlu digunakan untuk
meningkatkan kebolehpercayaan kajian.
Triangulasi kaedah penyelidikan bagi melihat fenomena dari pelbagai sudut dan aspek yang
menggunakan kaedah yang berbeza-beza untuk satu tujuan yang sama dalam menyelesaikan masalah.
Data dikumpul melalui 3 aspek yang berbeza (masa, ruang, individu yang berlainan).
16. 4 sebab mengapa
penyelidikan penting
Penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan kepada “ketidakpastian”. Penyelidikan digunakan
sebagai:
 Alat untuk memperoleh sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai, iaitu sumber
pengetahuan yang saintifik dan logik.
 Alat untuk memungut bukti kepada keraguan, iaitu memberi jawapan kepada keraguan dan
masalah yang timbul.
 Alat untuk membetulkan stereotaip, tradisi dan kepercayaan yang tidak benar.
P a g e | 11
 Alat ramalan iaitu untuk meramalkan kewujudan suatu fenomena.
 Alat penerangan iaitu untuk menerangkan keadaan sebenar dalam sesuatu fenomena seperti
perbezaan, perhubungan dan sebagainya.
17. Persamaan penyelidikan
kuantitatif dan kualitatif.
Senaraikan.
Persamanya:
 Keduanya mengikuti langkah dalam proses penyelidikan yang sama.
 Format melapor masalah kajian adalah sama.
 Keduanya mempunyai langkah-langkah pengumpulan data.
18. Apakah tujuan literatur
dalam kajian kuantitatif?
Tujuannya:
 Membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji
 Menemui variabel yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baharu.
 Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan
mendapat perspektif baru dalam topik yang sama.
 Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yang hendak
dijalankan.
 Mendapatkan maklumat untuk istilah baharu yang diperlukan dalam penyelidikan yang akan
dijalankan
 Memahami struktur latarbelakang subjek penyelidikan yang dijalankan.
 Menggabungkan idea dan teori dengan amalan berkaitan sesuatu topik penyelidikan.
Mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan topik dan
masalah penyelidikan yang akan dijalankan.
19. Apakah maksud reka
bentuk kajian?
Apakah maksud reka bentuk kajian?
 Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai penduan untuk memastikan
objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian.
 Blueprint untuk mengumpul, mengukur dan analisis data.
 Plan dan struktur penyelidikan yang digunakan untuk menjawab soalan penyelidikan
 Schema atau program keseluruhan dari menulis hipotesis, implikasi operasional sehingga
kepada analisis data.
 Reka bentuk mengungkapkan struktur perhubungan antara pemboleh ubah dan plan
penyelidikan untuk mengumpul data empirik berkaitan dengan masalah yang dihadapi.
 Reka bentuk kajian terbahagi kepada tiga iaitu:
P a g e | 12
1) Reka bentuk secara kuantitatif
 Eksperimental kajian- kajian bandingan kumpulan
 Kuasi-eksperimental- menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan
dan eksperimen.
 Korelasi – membandingkan keputusan peperiksaan murid-murid dalam dua mata pelajaran
 Tinjauan- cross-sectional/ digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap,
pendapat atau kepercayaan semasa. Reka bentuk longitudinal pula digunakan untuk mengkaji
individu-individu dalam jangka masa tertentu.
2) Reka bentuk secara kualitatif
 Teori grounded- memerlukan pencerapan dan juga temu bual
 Etnografi- boleh mengenal pasti satu kumpulan orang untuk dikaji, melawat setiap kumpulan
ini, mencatatkan bagaimana mereka bertingkahlaku dan berinteraksi dengan orang lain.
 Naratif- menceritakan secara sendiri kepada pengkaji apa yang berlaku kepadanya (kajian
individu)
3) Gabungan kuantitatif dan kualitatif
Kaedah bercampur- satu tatacara untuk mengutip kedua-dua jenis data iaitu data kualitataif dan
kuantitatif dalam satu kajian.
20. Senaraikan ciri-ciri kajian
kuantitatif
Kajian kuantitatif merupakan satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan permasalahan fakta
menggunakan pengukuran objek dan analisis secara numerika untuk memahami dan menjelaskan
sesuatu fenomena yang boleh dijalankan panduan kepada analisis dan
Ciri-ciri bagi kajian kuantitatif adalah:
 Menyelidik hubungan, sebab dan kesan
 Dibentuk sebelum kajian dijalankan.
 Deduktif dan menguji teori.
 Menggunakan alat-alat piawai.
 Menggunakan sampel yang besar.
 Analisis statistik secara data numerik.
P a g e | 13
21. Senaraikan ciri-ciri kajian
kualitatif
Ciri-Ciri Kajian Kualitatif:
 Bersifat deskriptif- menerangkan satu fenomena yang berlaku dengan meneroka pengalaman
dan fenomena.
 Analisis data- dari spesifik kepada umum
 Data kajian berbentuk naratif
 Dapatan kajian berbentuk rekod rasmi, gambar, pita rekod dan kerja lapangan
 Pengumpuan data berterusan- proses, hasil kajian
 Soalan secara umum & luas
 Pilihan sampel bertujuan
 Data dirumus secara subjektif
 Melibatkan kawasan kajian yang kecil
 Pengkaji sebagai akat ukur
 Instrumen- pemerhatian
 Matlamat kualitatif- melengkapkan teori & membina kesimpulan
 Reka bentuk kajian – sejarah, kajian kes, etnografi
 Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul temu bual atau yang dimaksud dalam
bentuk gambar atau video.
 Penyelidik adalah instrumen utama memungut data.
 Reka bentuk bersifat mutlak
 Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara
langsung daripada peserta kajian.
 Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.
Apakah yang dimaksudkan
dengan idea utama dalam
penyelidikan?
 Kehidupan seharian/pengalaman
 Isu-isu praktikal yang memerlukan penyelesaian/ penyelidikan lalu
 Teori-teori sedia ada.
 Maksud idea utama dalam penyelidikan ialah :
 untuk menguji idea mengenai aspek tertentu,
 untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah dan
 untuk mengetahui dengan lebih lanjut kejadian sesuatu dalam kajian yang dijalankan.
P a g e | 14
22. Senaraikan jenis data base
yang digunakan untuk
pencarian data.
Data base merupakan salah satu sumber untuk mencari terbitan jurnal dan boleh didapati sama ada
dalam bentuk cakera padat (CD-ROM) atau pun dalam bentuk bahan bercetak.
Terdapat 5 jenis data base yang menawarkan cara mudah untuk mendapatkan jurnal dan juga dokumen
berkaitan dengan jurnal pendidikan.
 ERIC – boleh diakses menerusi internet, cakera padat dan jurnal.
 Abstrak psikologi (Psychological Association of America (APA) 1927) serta perisian CD-
ROM versi Psytl.it dan Psyc INFO merupakan sumber-sumber yang menempatkan pelbagai
artikel penyelidikan berkaitan dengan bidang psikologi.
 Abstrak sosiologi (Sociological Abstrak inc. 1953) dapat diperoleh di perpustakaan dalam
bentuk cakera padat.
 The Social Science Citation Indeks (SSIC) (Institute for Scientific information (ISI) 1969) dan
versi cakera padat Social Science Citation Indeks (ISI), 1989).
 Abstrak Disertasi “University Microfilms International UMI, 1935-1965/66” dan versi cakera
padat Dissertation Abstract Ondisc.
23. Apakah maksud pemboleh
ubah?
Pemboleh ubah ialah konsep ataupun konstrak yang diselidiki oleh penyelidik (Gay & Airasian, 2000)
iaitu ciri-ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan yang berubah-ubah dari segi kuantiti dan kualiti.
Misalnya, pencapaian akademik pelajar-pelajar di sebuah kelas apabila dirujuk sebagai suatu
pemboleh ubah akan mempunyai kuantiti yang berubah-ubah.
24. Senaraikan ciri-ciri semua
jenis skala. Nominal Ordinal Sela Nisbah
Bentuk data numerik numerik numerik numerik
Kontinum X / / /
Nilai maths X
Magnitude X
Operasi matematik X X X /
Sela jarak X X Tetap Tetap
Nilai sifar mutlak X X X /
Ujian statistik parametrik X X X
P a g e | 15
25. Apakah maksud pemboleh
ubah yang dimanipulasi
dan berikan contoh
Pemboleh ubah dimanipulasi atau pemboleh ubah tidak bersandar merupakan pemboleh ubah yang
dijangka akan mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain yang digelar pemboleh ubah bersandar.
Dalam penyelidikan berbentuk eksperimen, pemboleh ubah dimanipulasi merupakan rawatan yakni
diubah secara sistematik oleh penyelidik.
Contohnya,
Dalam kajian A, pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang sama diagihkan secara rawak ke dalam
dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan responden diberi ujian prestasi pada awalnya, kemudian
kumpulan 2 diberi rawatan (program pembelajaran berdasarkan masalah). Selepas tiga bulan, kedua-
dua kumpulan responden tersebut diberi ujian prestasi semula untuk melihat sama ada terdapat
perbezaan prestasi antara kedua-dua kumpulan responden tersebut. Jika prestasi kumpulan 2 lebih
baik, maka pengkaji akan membuat keputusan bahawa program pembelajaran berdasarkan masalah
meningkatkan prestasi pelajar.
Pemboleh ubah bersandar
Prestasi pelajar
Pemboleh ubah dimanipulasi
(bebas)
Program pembelajaran berdasarkan
masalah
P a g e | 16
26. Apakah beza hipotesis
penyelidikan dan hipotesis
nul?
Hipotesis penyelidikan Hipotesis nul
Merupakan pernyataan ramalan pengkaji tentang
perhubungan antara variabel-variabel.
Ia boleh dinyatakan dalam bentuk:
Tidak berarah:
Terdapat perbezaan kepuasan kerja antara guru
lelaki dan guru perempuan sekolah rendah
Berarah:
Guru perempuan mempunyai kepuasan kerja
lebih tinggi berbanding guru lelaki
Diperkenalkan oleh fisher yang berpendapat
bahawa kita tidak dapat membuktikan bahawa
suatu perkara benar, sebaliknya kita boleh
membuktikan bahawa suatu perkara palsu.
Ia menyatakan bahawa:
Tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja antara
guru lelaki dan guru perempuan sekolah rendah.
Hipotesis nul diuji oleh ujian statistik
27. Apakah fokus utama
kajian kualitatif?
Di dalam alam dunia yang sebenar, banyak perkara tidak dapat dijelaskan hanya dengan merujuk pada
data numerika dalam penyelidikan kuantitatif sahaja. Terdapat kes-kes khas yang memerlukan
pemerhatian yang teliti.
Sebagai contoh, motif seorang pelajar yang sering ponteng sekolah. Peristiwa ini tidak difahami
dengan hanya menggunakan data kuantitatif (frekuasi, peratusan, kadar dan sebagainya), sebaliknya
memerlukan data-data kualitatif yang dipungut melalui kaedah temu bual atau pemerhatian yang teliti
secara mendalam. Banyak unsur seperti emosi, motivasi dan empati yang berkaitan dengan keadaan
semula jadi individu atau kumpuan tertentu adalah lebih sesuai diselidik melalui kajian kualitatif.
28. Apakah maksud
persampelan “bola salji”
dan apakah jenis
penyelidikan ini?
Persampelan Bola Salji:
Persampelan bola salji ini juga dikenali sebagai persampelan Snowball. Persampelan Snowball adalah
teknik persampelan bukan kebarangkalian yang digunakan oleh penyelidik untuk mengenal pasti
subjek yang berpotensi dalam kajian di mana subjek sukar untuk dicari. Prosedur persampelan ini
digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi
yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan
kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal
selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang
P a g e | 17
mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji
memperoleh semua responden yang dikehendaki.
Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak diperoleh,
terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif atau tidak dibenarkan oleh pihak-
pihak tertentu. Pengkaji akan mengumpul data dari beberapa sampel dalam sesebuah populasi yang
telah dikenal pasti dan meminta responden yang telah dikenal pasti itu untuk memberitahu maklumat
yang diperlukan untuk mengesan ahli-ahli lain yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kajian
penyelidik. Sebagai contoh, penyelidik mengkaji mengenai punca-punca yang mempengaruhi remaja
meminum minuman keras. Melalui tinjauan yang dilakukan, penyelidik berjaya menemui seorang
remaja yang meminum minuman keras dan mula menemu bual remaja tersebut. Setelah itu, penyelidik
meminta agar remaja tersebut memperkenalkan kepadanya rakan-rakan remaja tersebut yang turut
meminum minuman keras. Proses ini akan berterusan sehingga nama-nama remaja yang sama di rujuk
berulang kali. Terdapat tiga jenis persampelan snowball:
1) Linear Snowball Sampling
2) Exponential Non-Discriminative Snowball Sampling
3) Exponential Discriminative Snowball Sampling
29. Apakah yang digambarkan
oleh nilai r bagi skor yang
diberikan oleh dua orang
penilai?
i) r adalah simbol bagi korelasi
ii) Nilai r merujuk kepada nilai/pekali korelasi
iii) Katakanlah 2 orang penilai memberikan skor masing-masing:
- Pengkaji ingin menilai apakah terdapat hubungan antara kedua-dua skor dengan
menggunakan analisis korelasi.
- Antara teknik yang boleh digunakan adalah pekali korelasi Pearson, Spearman,
Kendaff tau dan Point Bisenal (mengikut jenis data yang dikaji)
- Terdapat beberapa ciri hubungan:
a) Positif (bermaksud jika pemboleh ubah A meningkat, pemboleh ubah B juga akan
meningkat).
b) Negatif (bermaksud jika pemboleh ubah A meningkat, pemboleh ubah B akan
menurun).
c) Tiada hubungan atau non-linear.
- Nilai dan kekuatan hubungan
P a g e | 18
a) Julat adalah di antara -1 hingga 1
b) Keteguhan sesuatu hubungan bar
c) Bergantung kepada nilai, seperti contoh di bawah:
Nilai pekali korelasi Hubungan
0.2- 0.35 Hubungan lemah
0.35-0.65 Hubungan sederhana
0.65-0.85 Hubungan/peramal yang baik
>0.85 Sangat baik dan boleh digunakan untuk
kesahan konstruk atau test-
kebolehpercayaan
30. Bezakan pemboleh ubah
bersandar dan bebas
beserta contoh.
Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar
1) Pemboleh ubah yang dijangka akan
mempengaruhi pemboleh ubah
bersandar
Pemboleh ubah yang menerima kesan daripada
pemboleh ubah bebas
2) Contoh penyelidikan eksperimen-
pemboleh ubah yang menerima rawatan
atau yang dimanipulasi
Pemboleh ubah hasil atau pemboleh ubah
kriteria
Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar
Mempengaruhi
- Sebab
- Manipulasi
- Rangsangan
- Peramal
- Rawatan
- Akibat
(hasil yang diukur)
- Gerak balas
(aspek yang diramal /
keputusan)
P a g e | 19
Contoh:
Bil. Tajuk kajian Variabel Bebas Variabel Bersandar
1. Kesan program pembelajaran berdasarkan
masalah (PBM) ke atas prestasi pelajar
Program pembelajaran
berdasarkan masalah
Prestasi pelajar
2. Hubungan antara tahap penggunaan
Bahasa Inggeris dan minat dalam aktiviti
pembelajaran sains
Tahap penggunaan
Bahasa Inggeris
Minat dalam aktiviti
3. Pengaruh program kaunseling individu
terhadap motivasi pelajar yang bermasalah
pembelajaran
Program kaunseling
individu
Motivasi pelajar
4. Kesan program pendidikan pemulihan
khas terhadap kemahiran membaca
pelajar-pelajar yang lemah
Program pendidikan
pemulihan khas
Kemahiran membaca
31. Mengapa penyelidikan
kualitatif menggunakan
bilangan sampel yang
sedikit?
Oleh sebab bilangan responden adalah sedikit, maka bentuk kualitatif membantu kajian sesuatu isu
dapat dijalankan secara mendalam, terperinci dan terbuka. Selain itu, bilangan sampel yang sedikit
dapat mengaitkan pengalaman dan pelajaran yang dimilikinya dengan kesukaran pengerahuan terkini.
Hal ini akan menghasilkan kefahaman yang menyeluruh berkaitan sesuatu isu.
32. Apakah kelemahan kaedah
temu bual?
Terdapat dua kaedah temu bual iaitu temu bual bersemuka dan temu bual tidak bersemuka.
Kelemahan temu bual bersemuka (secara individu atau kumpulan)
 Masa yang panjang diperlukan
 Kewujudan pengkaji mungki menyebabkan responden segan atau tidak ingin menyatakan
pendapat yang sebenar.
 Wujud pengaruh ahli kumpulan.
P a g e | 20
 Individu yang banyak akan menjejaskan peluang individu yang lain.
 Peluang menjawab setaip individu tidak sama.
 Data sukar dianalisis.
Kelemahan temu bual tidak bersemuka (telefon atau bantuan komputer)
 Memerlukan nombor telefon setiap responden.
 Soalan mesti pendek dan mudah difaham.
 Sukar membina hubungan yang baik dengan responden.
 Responden mungkin tidak mahu menjawab soalan sebab merasakan gangguan ‘privacy’.
 Responden mungkin kurang mahir menaip, kurang yakin untuk menjawab, kurag baik dalam
bahasa
 Mungkin menggunakan ejaan yang salah.
33. Senaraikan ciri
penyelidikan eksperimen
Pemilihan secara rawak
- Sampel mempunyai kemungkinan dipilih menjadi sebahagian kumpulan rawatan atau
kumpulan kawalan yang akan dibandingkan.
Kawalan pemboleh ubah luaran
Pasangan
- Subjek boleh dipadankan mengikut sesuatu ciri pemboleh ubah.
34. Berikan pembahagian nilai
r dalam korelasi. Nilai
< 20 Hubungan sangat rendah
21-40 Hubungan rendah
41-70 Hubungan sederhana
71-90 Hubungan teguh
>91 Hubungan sangat teguh
P a g e | 21
35. Apakah tujuan kajian
mixed method?
Tujuan utama pengkaji menggunakan kajian campuran (gabungan) ini adalah untuk menghasilkan
penyelidikan kualitatif dan kuantittatif yang kukuh untuk memahami fenomena kajian dengan
sepenuhnya berbanding menggunakan kualitatif dan kuantitatif secara sendiri, di samping untuk
memantapkan sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperoleh daripada pelbagai
perspektif sama ada kualitatif atau kuantitatif.
Terdapat beberapa sebab atau alasan yang membawa kepada pengkaji menjalankan kaedah campuran
(gabungan) ini ialah:
a) Kesahan
Dari sudut kesahan, kaedah ini digunakan adalah untuk menyokong data yang menggunakan
kaedah kualitatif dan kuantitatif.
b) Keseimbangan
Manakala dari segi keseimbangan pula, kaedah campuran (gabungan) digunakan bagi
menyeimbangkan kelemahan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
c) Melengkapi
Kaedah campuran (gabungan) juga digunakan untuk melengkapi kajian dengan lebih
menekankan data kualitataif atau kuantitatif sahaja.
d) Proses
Dari segi proses pula, kaedah kuantitatif akan menunjukkan keputusan manakala kualitataif
akan menunjukkan proses.
e) Soalan berbeza
Antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif, kedua-duanya akan memberikan jawapan soalan
yang berbeza.
f) Penerangan
Pendekatan kualitatif menerangkan keputusan kuantitatif dan sebaliknya.
P a g e | 22
g) Keputusan di luar jangkaan
Penggunaan kaedah campuran (gabungan) digunakan juga untuk menangani seandainya
terdapat keputusan di luar jangkaan iaitu sesuatu keputusan di luar jangkaan dan mengejutkan
atau penerangan yang berlainan.
h) Pembangunan instrumen
Selain itu, kaedah kualitatif dibentuk untuk mereka reka bentuk instrumen, kemudian
instrumen diuji.
i) Sampel
Kaedah campuran (gabungan) juga digunakan sebagai satu kemudahan pendekatan
persampelan daripada pendekatan yang lain.
j) Kredibiliti
Dari sudut kredibiliti pula, kedua-dua pendekatan menyatakan integrasi dalam kajian.
k) Konteks
Dari segi konteks pula, kualitatif menyediakan penjelasan, manakala kuantitatif dinyatakan
secara umum.
l) Ilustrasi
Melalui ilustrasi, data kualitatif membantu membangunkan bagi data kuantitatif secara
mendalam.
m) Utiliti
Manakala utiliti lebih berguna untuk mengamal kajian/ ‘practitioners’.
n) Mengesahkan
Kajian reka bentuk campuran (gabungan) juga digunakan bagi mengesahkan bahawa kaedah
kuantitatif diuji, manakala kaedah kualitatif menghasilkan hipotesis.
P a g e | 23
Kajian reka bentuk campuran (gabungan) ini amat membantu pengkaji mahupun penyelidik bagi
menjalankan kajian tanpa perlu menghadkan kaedah kajian sama ada kuantitatif ataupun kualitatif.
Pengkaji mahupun penyelidik boleh memiih bentuk atau model yang paling sesuai untuk kajian yang
digunakan.
36. Apakah tujuan kajian
rintis?
Sebelum kajian sebenar dilaksanakan, satu kajian rintis akan dijalankan oleh penyelidik. Tujuan utama
pelaksanaan kajian rintis adalah untuk menguji pekali kebolehpercayaan setiap item dalam soal
selidik. Menurut Mohd Najib (1997), instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik dan dengan itu
kajian juga adalah berbentuk kajian rintis untuk menguji keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan
alat. Melalui kajian rintis, kebolehpercayaan soal selidik dapat ditentukan dimana kobolehpercayaan
memberikan darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang tekal atau hampir sama setiap kali
digunakan dalam situasi yang setara. (Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Zairi Hj. Alias, Syamsuddin Hussin,
2003).
Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrumen yang telah dibina. Tujuan kajian rintis
dijalankan adalah untuk:
 Menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
 Menyemak semua item dan arahan agar jeas.
 Menggunakan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus diambil kira dalam melaksanakan kajian rintis:
 Responden mewakili sampel sebenar kajian.
 Bilangan responden: minimum 30 orang.
 Data kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen.
Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada responden kajian rintis termasuk:
 Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menjawab soal selidik?
 Adakah arahan jelas?
 Adakah terdapat item-item yang kabur? Jika ada, nyatakan item mana dan kenapa?
 Adakah terdapat mana-mana item yang anda tidak ingin menjawab?
 Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditinggalkan?
P a g e | 24
 Adakah keseluruhan (layout) soal selidik jelas dan menarik?
 Adakah komen-komen lain yang anda ingin kemukakan?
37. Senaraikan tajuk yang
perlu ada dalam setiap bab
tesis kajian.
Senaraikan tajuk yang perlu ada dalam setiap bab tesis kajian:
1. BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latarbelakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Soalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Kerangka Teori Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Operasional
1.10 Penutup
2. BAB 2: TINJAUAN KEPUSTAKAAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Sumber Primer
2.3 Sumber Sukender
2.4 Sumber Tertiari
3. BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Lokasi Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan instrumen
3.7 Pentadbiran Kajian Sebenar
3.8 Penganalisisan Data
3.9 Penutup
P a g e | 25
4. BAB 4: DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
4.2 Dapatan Data Kualitatif
4.3 Dapatan Data Kuantitatif
4.4 Penutup
5. BAB 5: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan Kajian
5.4 Implikasi dan Cadangan
5.5 Cadangan dan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup

More Related Content

What's hot

Modul Persampelan Rawak
Modul Persampelan RawakModul Persampelan Rawak
Modul Persampelan Rawak
Norazlin Mohd Rusdin
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
JAYANTHYARUMUGOM1
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kamarudin Jaafar
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarul
wmkfirdaus
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
wmkfirdaus
 
Eksperimental
EksperimentalEksperimental
Eksperimental
Cahaya Hayyat
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
Zarina Selamat
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
airenahmad
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Opie Mohamad
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
cikgutika
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
skteena0112
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1
mohdsani8484
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
nurul syifaa'
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
wmkfirdaus
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifshare with me
 

What's hot (20)

Modul Persampelan Rawak
Modul Persampelan RawakModul Persampelan Rawak
Modul Persampelan Rawak
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarul
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Eksperimental
EksperimentalEksperimental
Eksperimental
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Taburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung NormalTaburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung Normal
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 

Similar to Soalan latih tubi kaedah penyelidikan

TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptxTOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
salsabilaEsa
 
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
svkyq7rgvy
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
wmkfirdaus
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
mariulfah
 
kiritkan Jurnal
kiritkan Jurnalkiritkan Jurnal
kiritkan Jurnal
Norkaspawati Kassim
 
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptxTopik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
QamarinaZainalAbidin
 
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptxkeabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
MujtahidSalim1
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webNorsuzila Gee
 
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIFPERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
Sayshare
 
Topik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalanTopik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalan
ssusercabff9
 
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawauTajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawaufatinmizi
 
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologiKaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologiShamsuddin Frans
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikanHbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikanAkmal Supian
 
Minggu 2 reka bentuk penyelidikan
Minggu 2 reka bentuk penyelidikanMinggu 2 reka bentuk penyelidikan
Minggu 2 reka bentuk penyelidikan
kamektok2011
 
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul ShukriTujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
wmkfirdaus
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kesChales Etin
 

Similar to Soalan latih tubi kaedah penyelidikan (20)

TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptxTOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
 
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
kiritkan Jurnal
kiritkan Jurnalkiritkan Jurnal
kiritkan Jurnal
 
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptxTopik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
 
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptxkeabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
keabsahan dan keboleh percayaan instru..pptx
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
 
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIFPERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
 
4013 t 2
4013 t 24013 t 2
4013 t 2
 
Topik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalanTopik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalan
 
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawauTajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
Tajuk 1 penyelidikan pendidikan tawau
 
Proposal bab 3
Proposal bab 3Proposal bab 3
Proposal bab 3
 
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologiKaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
Prinsip (2)
Prinsip (2)Prinsip (2)
Prinsip (2)
 
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikanHbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
 
Minggu 2 reka bentuk penyelidikan
Minggu 2 reka bentuk penyelidikanMinggu 2 reka bentuk penyelidikan
Minggu 2 reka bentuk penyelidikan
 
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul ShukriTujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes
 

More from hibatullah92

Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21
hibatullah92
 
Ulasan Buku "Fundamental Concepts of Teaching Language"
Ulasan Buku "Fundamental Concepts of Teaching Language" Ulasan Buku "Fundamental Concepts of Teaching Language"
Ulasan Buku "Fundamental Concepts of Teaching Language"
hibatullah92
 
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa ArabLinguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
hibatullah92
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
hibatullah92
 
Tahap Stress Dalam Kalangan Guru-guru Besar
Tahap Stress Dalam Kalangan Guru-guru Besar Tahap Stress Dalam Kalangan Guru-guru Besar
Tahap Stress Dalam Kalangan Guru-guru Besar
hibatullah92
 
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-KanakPerkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
hibatullah92
 
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi PengajaranPenggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
hibatullah92
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
hibatullah92
 
Mini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di Malaysia
Mini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di MalaysiaMini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di Malaysia
Mini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di Malaysia
hibatullah92
 
Mini Kajian: Penguasaan Kata Kerja Perintah Dalam Kalangan Pelajar Pra Univer...
Mini Kajian: Penguasaan Kata Kerja Perintah Dalam Kalangan Pelajar Pra Univer...Mini Kajian: Penguasaan Kata Kerja Perintah Dalam Kalangan Pelajar Pra Univer...
Mini Kajian: Penguasaan Kata Kerja Perintah Dalam Kalangan Pelajar Pra Univer...
hibatullah92
 
النظام الصرفي (Ilmu Morfologi)
النظام الصرفي (Ilmu Morfologi)النظام الصرفي (Ilmu Morfologi)
النظام الصرفي (Ilmu Morfologi)
hibatullah92
 
Faktor-Faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor-Faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor-Faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor-Faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa
hibatullah92
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
hibatullah92
 
Isu-Isu Pendidikan Bahasa Arab
Isu-Isu Pendidikan Bahasa ArabIsu-Isu Pendidikan Bahasa Arab
Isu-Isu Pendidikan Bahasa Arab
hibatullah92
 
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
hibatullah92
 
Pengertian makharijul huruf
Pengertian makharijul hurufPengertian makharijul huruf
Pengertian makharijul huruf
hibatullah92
 
Hukum nun sakinah (نْ )
Hukum nun sakinah (نْ )Hukum nun sakinah (نْ )
Hukum nun sakinah (نْ )
hibatullah92
 
Pengenalan Ilmu Tajwid
Pengenalan Ilmu Tajwid Pengenalan Ilmu Tajwid
Pengenalan Ilmu Tajwid
hibatullah92
 

More from hibatullah92 (18)

Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21
 
Ulasan Buku "Fundamental Concepts of Teaching Language"
Ulasan Buku "Fundamental Concepts of Teaching Language" Ulasan Buku "Fundamental Concepts of Teaching Language"
Ulasan Buku "Fundamental Concepts of Teaching Language"
 
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa ArabLinguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
 
Tahap Stress Dalam Kalangan Guru-guru Besar
Tahap Stress Dalam Kalangan Guru-guru Besar Tahap Stress Dalam Kalangan Guru-guru Besar
Tahap Stress Dalam Kalangan Guru-guru Besar
 
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-KanakPerkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan Fizikal & Bahasa Kanak-Kanak
 
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi PengajaranPenggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
 
Mini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di Malaysia
Mini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di MalaysiaMini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di Malaysia
Mini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di Malaysia
 
Mini Kajian: Penguasaan Kata Kerja Perintah Dalam Kalangan Pelajar Pra Univer...
Mini Kajian: Penguasaan Kata Kerja Perintah Dalam Kalangan Pelajar Pra Univer...Mini Kajian: Penguasaan Kata Kerja Perintah Dalam Kalangan Pelajar Pra Univer...
Mini Kajian: Penguasaan Kata Kerja Perintah Dalam Kalangan Pelajar Pra Univer...
 
النظام الصرفي (Ilmu Morfologi)
النظام الصرفي (Ilmu Morfologi)النظام الصرفي (Ilmu Morfologi)
النظام الصرفي (Ilmu Morfologi)
 
Faktor-Faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor-Faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor-Faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor-Faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Isu-Isu Pendidikan Bahasa Arab
Isu-Isu Pendidikan Bahasa ArabIsu-Isu Pendidikan Bahasa Arab
Isu-Isu Pendidikan Bahasa Arab
 
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
Hukum mim sakinah ( مْ ) ~
 
Pengertian makharijul huruf
Pengertian makharijul hurufPengertian makharijul huruf
Pengertian makharijul huruf
 
Hukum nun sakinah (نْ )
Hukum nun sakinah (نْ )Hukum nun sakinah (نْ )
Hukum nun sakinah (نْ )
 
Pengenalan Ilmu Tajwid
Pengenalan Ilmu Tajwid Pengenalan Ilmu Tajwid
Pengenalan Ilmu Tajwid
 

Recently uploaded

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptxOBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
SLBPGRIPUNCU
 

Recently uploaded (7)

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptxOBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
 

Soalan latih tubi kaedah penyelidikan

  • 1. SOALAN LATIH TUBI KAEDAH PENYELIDIKAN
  • 2. P a g e | 1 SOALAN LATIH TUBI KAEDAH PENYELIDIKAN Bil. Soalan Jawapan 1. Ciri-ciri penyataan masalah Ciri-ciri penyataan masalah adalah terdapatnya masalah yang hendak dikaji dan menerangkan tentang kepentingan untuk membuat kajian dan kesannya jika dibiarkan dan juga kena memastikan bahawa masalah yang dikaji adalah sesuai untuk dikaji. Penyelidik juga harus memastikan masalah kajian adalah praktikal di mana ianya sesuai untuk dikaji dan dianalisis datanya. Penyelidik juga perlu menerangkan variable utama dan sasaran, mengenalkan latar belakang dan membuktikan masalah kajian dengan bukti yang sah. 2. Perbezaan tujuan kajian dan objektif kajian Tujuan kajian: Tujuan kajian perlu dinyatakan setelah mengenal pasti masalah dan menerangkan hasrat utama kajian serta menghuraikan secara umum berkaitan tujuan kajian dalam bentuk matlamat kajian. Objektif kajian: Manakala objektif kajian adalah untuk mengariskan skop kajian, memberikan gambaran berkaitan cara-cara untuk melakukan kajian dan hasil yang akan diperolehi. Penyelidik juga perlu memperkenalkan subjek yang dipilih untuk membuat kajian. 3. Nyatakan dua objektif kajian dan dua persoalan kajian Objektif kajian: 1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar. 2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar. Persoalan kajian: 1. Bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar? 3. Adakah penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
  • 3. P a g e | 2 4. Nyatakan jenis pendekatan penyelidikan yang sesuai dan sebab. Kualitatif: Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/ data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian kualitatif ini lebih kecil berbanding dengan kajian kuantitatif. Jenis-jenis kajian kualitatif: 1) Kajian tindakan 2) Kajian kes 3) Kajian lapangan 4) Analisis dokumen Kuantitatif: Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding dengan kajian kualiataif. Jenis-jenis kajian kuantitatif: 1) Kajian deskriptif 2) Kajian korelasi 3) Causal comparative 4) Kajian eksperimental 5. Senaraikan kata kunci bagi tajuk penyelidikan Persepsi, Hubungan, Pekaitan 6. Pemilihan laporan penyelidikan blog, surat khabar, analisis jabatan polis, dan artikel. Pilihan yang mana sesuai dan mengapa? Artikel ialah bahan yang paling sesuai digunakan kerana kebolehpercayaannya yang tinggi dan mempunyai ketepatan data.
  • 4. P a g e | 3 7. Bezakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif Kuantitatif Kualitatif Kaedah Eksperimental Interpretif Data numerika Penghuraian Ujian statistik Kajian lapangan Kajian sejarah Kajian kes Data verbal Triangulasi data Konsep utama Variabel Makna Operasional Esei Hipotesis kebolehpercayaan Pemahaman Kesahan Pembentukan fenomena Signifikan Konteks Triangulasi Tujuan Menguji teori Melengkapkan teori Membina fakta Meningkatkan kefahaman Menunjukkan perbezaan Menghuraikan kenyataan Menunjukkan perhubungan Menyatakan kejadian semula jadi Meramal tingkah laku Menerangkan kejadian secara verbal Menerangkan kejadian secara statistik Reka bentuk kajian Eksperimental Pemerhatian Kuasi-eksperimental Pemerhatian perserta Temu bual berstruktur Temu bual tidak berstruktur Pemerhatian berstruktur Rujukan maklumat dokumentasi Tinjauan Kajian kes
  • 5. P a g e | 4 Sampel Saiz sampel besar Saiz sampel kecil Kaedah persampelan kebarangkalian Persampelan bukan kebarangkalian Pemilihan rawak Pemilihan bertujuan Kumpulan kawalan Berlapis Data Kuantiti Penghuraian deskriptif Bilangan Nota pandangan Pengukuhan Catatan verbal Statistik Rakaman pemerhatian aau temu bual Maklumat dari bahan dokumentasi Analisis data Deduktif Tertutup Statistik Jangka masa panjang Mendalam Instrumen Formal Tidak formal/ lebih bebas Spesifik Tidak berstruktur Berstruktur Tidak ditetapkan Skala Item sedikit Item banyak Tidak mempunyai cadangan jawapanMempunyai cadangan jawapan untuk dipilih Generalisasi Tujuan untuk generalisasi tinggi Tujuan generalisasi terhad
  • 6. P a g e | 5 8. Contoh-contoh bagi persampelan kebarangkalian dan bukan kebarangkalian Persampelan kebarangkalian: 1) Persampelan Rawak Mudah 2) Persampelan Sistematik 3) Persampelan Rawak Berlapis 4) Persampelan Kawasan Pelbagai Lapisan 5) Persampelan Kelompok Persampelan bukan kebarangkalian: 1) Persampelan Secara Kebetulan 2) Persampelan Bertujuan 3) Persampelan Kuota 4) Persampelan Bola Salji 5) Persampelan Dimensional 6) Persampelan Kes Kritikal 7) Persampelan Variasi Maksimum 9. Tentukan jenis skala darjah persetujuan, pendapatan, senarai keutamaan strategi pembelajaran, satu pilihan kereta dari senarai. Skala pengukuran  Darjah persetujuan: ordinal, likert  Pendapatan: sela  Senarai keutamaan strategi pembelajaran: nominal  Satu pilihan kereta dari senarai: nominal 10. Terangkan dua jenis reka bentuk eksperimental dan kuasi-eksperimental REKA BENTUK KAJIAN EKSPERIMENTAL: Variabel adalah kaedah mengajar jantina, markah ujian, sikap dan sebagainya (daripada perkataan bahasa inggeris “Variable”). Contohnya variabel “jantina” mempunyai dua nilai; iaitu lelaki dan perempuan, dan mungkin lazimnya diberi angka 1 untuk “lelaki” dan angka 2 untuk “perempuan”. Bagi variabel “markah ujian” ianya mempunyai nilai 0 hingga 100 atau 0 hingga 50 dan sebagainya. Reka bentuk kajian eksperimental merupakan reka bentuk penyelidikan positiviti yang dilakukan untuk memahami perhubungan variabel-variabel melalui pengenalpastian dan pengukuran yang tepat
  • 7. P a g e | 6 dan teliti. Reka bentuk kajian eksperimental dilakukan dengan melakukan perubahan ke atas variabel bebas dan memerhatikan kesan perubahannya pada variabel bersandar. Dalam sesuatu eksperimen terdapat beberapa jenis varisbel yang penting iaitu variabel bebas dan variabel bersandar.  Variabel bebas: ialah variabel yang dimanupulasi oleh penyelidik yang diandaikan membawa perubahan kepada variabel bersandar. Terdapat dua jenis variabel bebas iaitu variabel rawatan dan variabel kawalan. (i) Variabel rawatan Variabel rawatan (treatment variable) ialah yang dijangka akan menyebabkan perubahan secara sistematik kepada variabel bersandar. Ia merupakan sebab yang akan mengakibatkan kesan pada variabel bersandar dalam perhubungan sebab-akibat (cause-effect relatioship). Reka bentuk eksperimental juga boleh di reka supaya kajian mempunyai lebih daripada satu variabel bebas. Sebagai contoh, dalam kajian di atas, dua variabel bebas yang mungkin dimanipulasi dan dijadikan sebagai sebab dalam perhubungan sebab-akibat ialah jenis imej (berwarna, tidak berwarna) dan corak imej (komik atau gambar foto). Dalam kes ini, pengkaji perlu mengenal pasti kesan daripada setiap variabel bebas ke atas variabel bersandar. (ii) Variabel kawalan Variabel kawalan (control variable) adalah variabel bebas lain yang bukan menjadi objektif kajian yang mungkin akan memberi kesan ke atas perubahan variabel bersandar. Variabel-variabel ini termasuk jantina, umur, pencapaian akademik, tahap IQ dan latar belakang pendidikan. Dalam reka bentuk eksperimental, semua variabel kawalan perlu dikawal iaitu disamakan dalam kedua- dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.  Variabel bersandar: ialah akibat daripada sesuatu eksperimen dan tidak boleh dimanipulasi. Variabel yang secara tidak sengaja wujud dan mengganggu perhubungan antara variabel bebas dan variabel bersandar. Variabel-variabel seperti ini perlu diambil perhatian secara serius supaya dalam kajian eksperimen perubahan pada variabel bersandar (motivasi membaca) hanya disebabkan oleh variabel bebas yang dimanipulasikan (bentuk buku sains).
  • 8. P a g e | 7 REKA BENTUK KAJIAN KUASI-EKSPERIMENTAL Terdapat tiga reka bentuk yang biasa digunakan dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan. Mengikut Chua (2011), tiga reka bentuk kajian kuasi-eksperimental yang biasa digunakan ialah: 1) Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Bagi Kumpulan-Kumpulan Tidak Sembang 2) Reka Bentuk Regresi Tidak Bersambungan 3) Reka Bentuk Siri Masa 1) Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Bagi Kumpulan-Kumpulan Tidak Sembang Merupakan reka bentuk yang paling popular digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang pendidikan. Reka betuk ini terdiri daripada dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam reka bentuk kajian ini, analisis ujian-t dan ujian ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan antara kedua-dua kumpulan responden. 2) Reka Bentuk Regresi Tidak Bersambungan Biasanya digunakan dalam kajian yang melibatkan kumpulan khas. Misalnya, menilai keberkesanan program pemulihan dan menguji keberkesanan program kaunseling ke atas sikap pelajar bermasalah disiplin. Pemilihan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan adalah berdasarkan mata pemisahan yang dibuat oleh pengkaji. Contohnya, pengkaji menetapkan mata pemisah ialah 35. Mana-mana subjek kajian yang memperoleh mata yang kurang daripada 35 akan dikelompokkan dalam kumpulan rawatan. Subjek kajian yang memperoleh mata pemisahan lebih daripada 35 akan dikelompokkan dalam kumpulan kawalan. Namun begitu, mengikut Godberger (2008), untuk mencapai kesahan yang sama, reka bentuk ini memerlukan bilangan responden 2.75 kali lebih ramai berbanding reka bentuk eksperimental benar. Analisis ujian regresi digunakan untuk melihat keberkesanan sesuatu kaedah atau program.
  • 9. P a g e | 8 3) Reka Bentuk Siri Masa Berbeza dengan reka bentuk kuasi-eksperimental yang lain, reka bentuk siri masa melibatkan beberapa pengukuran yang sama ke atas variabel bersandar pada tempoh masa yang berlainan sebelum dan selepas rawatan diberikan. Ia merupakan kajian jangka masa panjang yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Pengukuran yang berulangan sebanyak beberapa kali sebelum dan selepas rawatan diberikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan rawatan meningkatkan kebolehpercayaan reka bentuk ini. Dua jenis bentuk siri masa, iaitu: (i) Reka bentuk siri masa gangguan sementara (ii) Reka bentuk siri masa gangguan tetap 11. Ciri-ciri kesahan dalaman yang mudah Ciri-ciri kesahan dalaman:  Tidak dapat menentukan hubungan sebab-akibat yang sebenar dalam variabel dalam sesuatu faktor yang dikaji.  Tidak dapat menentukan sejauh mana dapatan sesuatu penyelidikan dapat diinterprestasi dengan tepat.  Contohnya, jika alat kajian dibina untuk mengukur kemahiran berfikir (nilai sebenar), tetapi item-item yang dibina sebenarnya mengukur keupayaan menumpukan perhatian, maka alat kajian tersebut mempunyai kesahan yang rendah. 12. Dua sebab mengapa kesahan dalaman rendah dalam kajian eksperimental Sebab mengapa kesahan dalaman rendah dalam kajian eksperimental:  Penyelidik tidak mengawal variabel-variabel yang mempengaruhi sesuatu fenomena.  Contohnya, penyelidik perlu pastikan bahawa setiap variabel luaran terkawal sebelum menjalankan eksperimen  Pemilihan popuasi tidak dijalankan secara rawak. 13. Langkah-langkah penyelidikan deskriptif Langkah-langkah penyelidikan deskriptif:  Menyatakan masalah dengan tepat dan jelas.  Menentukan populasi dan variabel yang berkaitan dengan tepat dan jelas.  Mengenal pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah.  Membentuk atau memilih alat bagi mengumpul maklumat.  Mereka bentuk kaedah pengumpulan maklumat yang paling berkesan bagi mencapai objektif kajian.
  • 10. P a g e | 9 14. Bezakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam penyelidikan deskriptif Kaedah kuantitatif Kaedah kualitatif Untuk mendapatkan fakta menggunakan objektif dan analisis statistik data numerika untuk memahami dan menjelaskan sesuatu perkara atau fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi Untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan mendalam di satu kawasan dan tempat yang kecil ianya melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja. Mengutamakan ‘kuantiti’: Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka- angka, data-data numerikal atau statistik. Berasaskan ‘kualiti’: Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang dikaji. Menggunakan eksperimen yang melibatkan data-data yang membolehkan penggunaan analisis statistik. Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temu bual, penulisan dari data analisis dokumen. Pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai. Penyelidik tidak terlibat secara langsung Penyelidik tidak turut terlibat dalam kajian Contoh: - Kajian eksperimental - Kajian kuasi-eksperiemnetal - Kajian tinjauan - Kajian korelasi Kurang berstruktur, terbuka dan lebih. Bentuk Data berbentuk angka yang boleh diukur Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temu bual, gambar atau video.
  • 11. P a g e | 10 Instrumen Soal selidik/ ujian pencapaian Penyelidik adalah instrumen dalam kutipan data dan terlibat sama Reka bentuk kajian Reka bentuk ditetapkan sebelum data dikutip Reka bentuk berbentuk fleksibel Peserta kajian Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel kajian yang dipilih menggunakan teknik persampelan. Penyelidik adalah peserta kajian. Maklumat diperoleh dan peserta kajian secara langsung Metodologi kajian Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar. Saiz sampel kecil dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian. 15. Huraikan satu contoh penyelidikan kualitatif Contoh penyelidikan kualitatif ialah mengkaji usaha seorang mahasiswa yang buta dan pekak yang telah melanjutkan pengajian di universiti dan seterusnya memperoleh ijazah. Data dalam penyelidikan kualitatif dipungut melalui kaedah temu bual aau pemerhatian yang teliti dan mendalam. Kaedah pengumpulan data yang boleh digunakan termasuk temu bual berstruktur, pemerhatian dan soal selidik yang berbentuk esei. Dalam penyelidikan kualitatif, triangulasi data perlu digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan kajian. Triangulasi kaedah penyelidikan bagi melihat fenomena dari pelbagai sudut dan aspek yang menggunakan kaedah yang berbeza-beza untuk satu tujuan yang sama dalam menyelesaikan masalah. Data dikumpul melalui 3 aspek yang berbeza (masa, ruang, individu yang berlainan). 16. 4 sebab mengapa penyelidikan penting Penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan kepada “ketidakpastian”. Penyelidikan digunakan sebagai:  Alat untuk memperoleh sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai, iaitu sumber pengetahuan yang saintifik dan logik.  Alat untuk memungut bukti kepada keraguan, iaitu memberi jawapan kepada keraguan dan masalah yang timbul.  Alat untuk membetulkan stereotaip, tradisi dan kepercayaan yang tidak benar.
  • 12. P a g e | 11  Alat ramalan iaitu untuk meramalkan kewujudan suatu fenomena.  Alat penerangan iaitu untuk menerangkan keadaan sebenar dalam sesuatu fenomena seperti perbezaan, perhubungan dan sebagainya. 17. Persamaan penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Senaraikan. Persamanya:  Keduanya mengikuti langkah dalam proses penyelidikan yang sama.  Format melapor masalah kajian adalah sama.  Keduanya mempunyai langkah-langkah pengumpulan data. 18. Apakah tujuan literatur dalam kajian kuantitatif? Tujuannya:  Membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji  Menemui variabel yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baharu.  Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik yang sama.  Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yang hendak dijalankan.  Mendapatkan maklumat untuk istilah baharu yang diperlukan dalam penyelidikan yang akan dijalankan  Memahami struktur latarbelakang subjek penyelidikan yang dijalankan.  Menggabungkan idea dan teori dengan amalan berkaitan sesuatu topik penyelidikan. Mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan topik dan masalah penyelidikan yang akan dijalankan. 19. Apakah maksud reka bentuk kajian? Apakah maksud reka bentuk kajian?  Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai penduan untuk memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian.  Blueprint untuk mengumpul, mengukur dan analisis data.  Plan dan struktur penyelidikan yang digunakan untuk menjawab soalan penyelidikan  Schema atau program keseluruhan dari menulis hipotesis, implikasi operasional sehingga kepada analisis data.  Reka bentuk mengungkapkan struktur perhubungan antara pemboleh ubah dan plan penyelidikan untuk mengumpul data empirik berkaitan dengan masalah yang dihadapi.  Reka bentuk kajian terbahagi kepada tiga iaitu:
  • 13. P a g e | 12 1) Reka bentuk secara kuantitatif  Eksperimental kajian- kajian bandingan kumpulan  Kuasi-eksperimental- menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan eksperimen.  Korelasi – membandingkan keputusan peperiksaan murid-murid dalam dua mata pelajaran  Tinjauan- cross-sectional/ digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap, pendapat atau kepercayaan semasa. Reka bentuk longitudinal pula digunakan untuk mengkaji individu-individu dalam jangka masa tertentu. 2) Reka bentuk secara kualitatif  Teori grounded- memerlukan pencerapan dan juga temu bual  Etnografi- boleh mengenal pasti satu kumpulan orang untuk dikaji, melawat setiap kumpulan ini, mencatatkan bagaimana mereka bertingkahlaku dan berinteraksi dengan orang lain.  Naratif- menceritakan secara sendiri kepada pengkaji apa yang berlaku kepadanya (kajian individu) 3) Gabungan kuantitatif dan kualitatif Kaedah bercampur- satu tatacara untuk mengutip kedua-dua jenis data iaitu data kualitataif dan kuantitatif dalam satu kajian. 20. Senaraikan ciri-ciri kajian kuantitatif Kajian kuantitatif merupakan satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan permasalahan fakta menggunakan pengukuran objek dan analisis secara numerika untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijalankan panduan kepada analisis dan Ciri-ciri bagi kajian kuantitatif adalah:  Menyelidik hubungan, sebab dan kesan  Dibentuk sebelum kajian dijalankan.  Deduktif dan menguji teori.  Menggunakan alat-alat piawai.  Menggunakan sampel yang besar.  Analisis statistik secara data numerik.
  • 14. P a g e | 13 21. Senaraikan ciri-ciri kajian kualitatif Ciri-Ciri Kajian Kualitatif:  Bersifat deskriptif- menerangkan satu fenomena yang berlaku dengan meneroka pengalaman dan fenomena.  Analisis data- dari spesifik kepada umum  Data kajian berbentuk naratif  Dapatan kajian berbentuk rekod rasmi, gambar, pita rekod dan kerja lapangan  Pengumpuan data berterusan- proses, hasil kajian  Soalan secara umum & luas  Pilihan sampel bertujuan  Data dirumus secara subjektif  Melibatkan kawasan kajian yang kecil  Pengkaji sebagai akat ukur  Instrumen- pemerhatian  Matlamat kualitatif- melengkapkan teori & membina kesimpulan  Reka bentuk kajian – sejarah, kajian kes, etnografi  Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul temu bual atau yang dimaksud dalam bentuk gambar atau video.  Penyelidik adalah instrumen utama memungut data.  Reka bentuk bersifat mutlak  Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.  Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian. Apakah yang dimaksudkan dengan idea utama dalam penyelidikan?  Kehidupan seharian/pengalaman  Isu-isu praktikal yang memerlukan penyelesaian/ penyelidikan lalu  Teori-teori sedia ada.  Maksud idea utama dalam penyelidikan ialah :  untuk menguji idea mengenai aspek tertentu,  untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah dan  untuk mengetahui dengan lebih lanjut kejadian sesuatu dalam kajian yang dijalankan.
  • 15. P a g e | 14 22. Senaraikan jenis data base yang digunakan untuk pencarian data. Data base merupakan salah satu sumber untuk mencari terbitan jurnal dan boleh didapati sama ada dalam bentuk cakera padat (CD-ROM) atau pun dalam bentuk bahan bercetak. Terdapat 5 jenis data base yang menawarkan cara mudah untuk mendapatkan jurnal dan juga dokumen berkaitan dengan jurnal pendidikan.  ERIC – boleh diakses menerusi internet, cakera padat dan jurnal.  Abstrak psikologi (Psychological Association of America (APA) 1927) serta perisian CD- ROM versi Psytl.it dan Psyc INFO merupakan sumber-sumber yang menempatkan pelbagai artikel penyelidikan berkaitan dengan bidang psikologi.  Abstrak sosiologi (Sociological Abstrak inc. 1953) dapat diperoleh di perpustakaan dalam bentuk cakera padat.  The Social Science Citation Indeks (SSIC) (Institute for Scientific information (ISI) 1969) dan versi cakera padat Social Science Citation Indeks (ISI), 1989).  Abstrak Disertasi “University Microfilms International UMI, 1935-1965/66” dan versi cakera padat Dissertation Abstract Ondisc. 23. Apakah maksud pemboleh ubah? Pemboleh ubah ialah konsep ataupun konstrak yang diselidiki oleh penyelidik (Gay & Airasian, 2000) iaitu ciri-ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan yang berubah-ubah dari segi kuantiti dan kualiti. Misalnya, pencapaian akademik pelajar-pelajar di sebuah kelas apabila dirujuk sebagai suatu pemboleh ubah akan mempunyai kuantiti yang berubah-ubah. 24. Senaraikan ciri-ciri semua jenis skala. Nominal Ordinal Sela Nisbah Bentuk data numerik numerik numerik numerik Kontinum X / / / Nilai maths X Magnitude X Operasi matematik X X X / Sela jarak X X Tetap Tetap Nilai sifar mutlak X X X / Ujian statistik parametrik X X X
  • 16. P a g e | 15 25. Apakah maksud pemboleh ubah yang dimanipulasi dan berikan contoh Pemboleh ubah dimanipulasi atau pemboleh ubah tidak bersandar merupakan pemboleh ubah yang dijangka akan mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain yang digelar pemboleh ubah bersandar. Dalam penyelidikan berbentuk eksperimen, pemboleh ubah dimanipulasi merupakan rawatan yakni diubah secara sistematik oleh penyelidik. Contohnya, Dalam kajian A, pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang sama diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan responden diberi ujian prestasi pada awalnya, kemudian kumpulan 2 diberi rawatan (program pembelajaran berdasarkan masalah). Selepas tiga bulan, kedua- dua kumpulan responden tersebut diberi ujian prestasi semula untuk melihat sama ada terdapat perbezaan prestasi antara kedua-dua kumpulan responden tersebut. Jika prestasi kumpulan 2 lebih baik, maka pengkaji akan membuat keputusan bahawa program pembelajaran berdasarkan masalah meningkatkan prestasi pelajar. Pemboleh ubah bersandar Prestasi pelajar Pemboleh ubah dimanipulasi (bebas) Program pembelajaran berdasarkan masalah
  • 17. P a g e | 16 26. Apakah beza hipotesis penyelidikan dan hipotesis nul? Hipotesis penyelidikan Hipotesis nul Merupakan pernyataan ramalan pengkaji tentang perhubungan antara variabel-variabel. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk: Tidak berarah: Terdapat perbezaan kepuasan kerja antara guru lelaki dan guru perempuan sekolah rendah Berarah: Guru perempuan mempunyai kepuasan kerja lebih tinggi berbanding guru lelaki Diperkenalkan oleh fisher yang berpendapat bahawa kita tidak dapat membuktikan bahawa suatu perkara benar, sebaliknya kita boleh membuktikan bahawa suatu perkara palsu. Ia menyatakan bahawa: Tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja antara guru lelaki dan guru perempuan sekolah rendah. Hipotesis nul diuji oleh ujian statistik 27. Apakah fokus utama kajian kualitatif? Di dalam alam dunia yang sebenar, banyak perkara tidak dapat dijelaskan hanya dengan merujuk pada data numerika dalam penyelidikan kuantitatif sahaja. Terdapat kes-kes khas yang memerlukan pemerhatian yang teliti. Sebagai contoh, motif seorang pelajar yang sering ponteng sekolah. Peristiwa ini tidak difahami dengan hanya menggunakan data kuantitatif (frekuasi, peratusan, kadar dan sebagainya), sebaliknya memerlukan data-data kualitatif yang dipungut melalui kaedah temu bual atau pemerhatian yang teliti secara mendalam. Banyak unsur seperti emosi, motivasi dan empati yang berkaitan dengan keadaan semula jadi individu atau kumpuan tertentu adalah lebih sesuai diselidik melalui kajian kualitatif. 28. Apakah maksud persampelan “bola salji” dan apakah jenis penyelidikan ini? Persampelan Bola Salji: Persampelan bola salji ini juga dikenali sebagai persampelan Snowball. Persampelan Snowball adalah teknik persampelan bukan kebarangkalian yang digunakan oleh penyelidik untuk mengenal pasti subjek yang berpotensi dalam kajian di mana subjek sukar untuk dicari. Prosedur persampelan ini digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang
  • 18. P a g e | 17 mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua responden yang dikehendaki. Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif atau tidak dibenarkan oleh pihak- pihak tertentu. Pengkaji akan mengumpul data dari beberapa sampel dalam sesebuah populasi yang telah dikenal pasti dan meminta responden yang telah dikenal pasti itu untuk memberitahu maklumat yang diperlukan untuk mengesan ahli-ahli lain yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kajian penyelidik. Sebagai contoh, penyelidik mengkaji mengenai punca-punca yang mempengaruhi remaja meminum minuman keras. Melalui tinjauan yang dilakukan, penyelidik berjaya menemui seorang remaja yang meminum minuman keras dan mula menemu bual remaja tersebut. Setelah itu, penyelidik meminta agar remaja tersebut memperkenalkan kepadanya rakan-rakan remaja tersebut yang turut meminum minuman keras. Proses ini akan berterusan sehingga nama-nama remaja yang sama di rujuk berulang kali. Terdapat tiga jenis persampelan snowball: 1) Linear Snowball Sampling 2) Exponential Non-Discriminative Snowball Sampling 3) Exponential Discriminative Snowball Sampling 29. Apakah yang digambarkan oleh nilai r bagi skor yang diberikan oleh dua orang penilai? i) r adalah simbol bagi korelasi ii) Nilai r merujuk kepada nilai/pekali korelasi iii) Katakanlah 2 orang penilai memberikan skor masing-masing: - Pengkaji ingin menilai apakah terdapat hubungan antara kedua-dua skor dengan menggunakan analisis korelasi. - Antara teknik yang boleh digunakan adalah pekali korelasi Pearson, Spearman, Kendaff tau dan Point Bisenal (mengikut jenis data yang dikaji) - Terdapat beberapa ciri hubungan: a) Positif (bermaksud jika pemboleh ubah A meningkat, pemboleh ubah B juga akan meningkat). b) Negatif (bermaksud jika pemboleh ubah A meningkat, pemboleh ubah B akan menurun). c) Tiada hubungan atau non-linear. - Nilai dan kekuatan hubungan
  • 19. P a g e | 18 a) Julat adalah di antara -1 hingga 1 b) Keteguhan sesuatu hubungan bar c) Bergantung kepada nilai, seperti contoh di bawah: Nilai pekali korelasi Hubungan 0.2- 0.35 Hubungan lemah 0.35-0.65 Hubungan sederhana 0.65-0.85 Hubungan/peramal yang baik >0.85 Sangat baik dan boleh digunakan untuk kesahan konstruk atau test- kebolehpercayaan 30. Bezakan pemboleh ubah bersandar dan bebas beserta contoh. Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar 1) Pemboleh ubah yang dijangka akan mempengaruhi pemboleh ubah bersandar Pemboleh ubah yang menerima kesan daripada pemboleh ubah bebas 2) Contoh penyelidikan eksperimen- pemboleh ubah yang menerima rawatan atau yang dimanipulasi Pemboleh ubah hasil atau pemboleh ubah kriteria Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar Mempengaruhi - Sebab - Manipulasi - Rangsangan - Peramal - Rawatan - Akibat (hasil yang diukur) - Gerak balas (aspek yang diramal / keputusan)
  • 20. P a g e | 19 Contoh: Bil. Tajuk kajian Variabel Bebas Variabel Bersandar 1. Kesan program pembelajaran berdasarkan masalah (PBM) ke atas prestasi pelajar Program pembelajaran berdasarkan masalah Prestasi pelajar 2. Hubungan antara tahap penggunaan Bahasa Inggeris dan minat dalam aktiviti pembelajaran sains Tahap penggunaan Bahasa Inggeris Minat dalam aktiviti 3. Pengaruh program kaunseling individu terhadap motivasi pelajar yang bermasalah pembelajaran Program kaunseling individu Motivasi pelajar 4. Kesan program pendidikan pemulihan khas terhadap kemahiran membaca pelajar-pelajar yang lemah Program pendidikan pemulihan khas Kemahiran membaca 31. Mengapa penyelidikan kualitatif menggunakan bilangan sampel yang sedikit? Oleh sebab bilangan responden adalah sedikit, maka bentuk kualitatif membantu kajian sesuatu isu dapat dijalankan secara mendalam, terperinci dan terbuka. Selain itu, bilangan sampel yang sedikit dapat mengaitkan pengalaman dan pelajaran yang dimilikinya dengan kesukaran pengerahuan terkini. Hal ini akan menghasilkan kefahaman yang menyeluruh berkaitan sesuatu isu. 32. Apakah kelemahan kaedah temu bual? Terdapat dua kaedah temu bual iaitu temu bual bersemuka dan temu bual tidak bersemuka. Kelemahan temu bual bersemuka (secara individu atau kumpulan)  Masa yang panjang diperlukan  Kewujudan pengkaji mungki menyebabkan responden segan atau tidak ingin menyatakan pendapat yang sebenar.  Wujud pengaruh ahli kumpulan.
  • 21. P a g e | 20  Individu yang banyak akan menjejaskan peluang individu yang lain.  Peluang menjawab setaip individu tidak sama.  Data sukar dianalisis. Kelemahan temu bual tidak bersemuka (telefon atau bantuan komputer)  Memerlukan nombor telefon setiap responden.  Soalan mesti pendek dan mudah difaham.  Sukar membina hubungan yang baik dengan responden.  Responden mungkin tidak mahu menjawab soalan sebab merasakan gangguan ‘privacy’.  Responden mungkin kurang mahir menaip, kurang yakin untuk menjawab, kurag baik dalam bahasa  Mungkin menggunakan ejaan yang salah. 33. Senaraikan ciri penyelidikan eksperimen Pemilihan secara rawak - Sampel mempunyai kemungkinan dipilih menjadi sebahagian kumpulan rawatan atau kumpulan kawalan yang akan dibandingkan. Kawalan pemboleh ubah luaran Pasangan - Subjek boleh dipadankan mengikut sesuatu ciri pemboleh ubah. 34. Berikan pembahagian nilai r dalam korelasi. Nilai < 20 Hubungan sangat rendah 21-40 Hubungan rendah 41-70 Hubungan sederhana 71-90 Hubungan teguh >91 Hubungan sangat teguh
  • 22. P a g e | 21 35. Apakah tujuan kajian mixed method? Tujuan utama pengkaji menggunakan kajian campuran (gabungan) ini adalah untuk menghasilkan penyelidikan kualitatif dan kuantittatif yang kukuh untuk memahami fenomena kajian dengan sepenuhnya berbanding menggunakan kualitatif dan kuantitatif secara sendiri, di samping untuk memantapkan sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperoleh daripada pelbagai perspektif sama ada kualitatif atau kuantitatif. Terdapat beberapa sebab atau alasan yang membawa kepada pengkaji menjalankan kaedah campuran (gabungan) ini ialah: a) Kesahan Dari sudut kesahan, kaedah ini digunakan adalah untuk menyokong data yang menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. b) Keseimbangan Manakala dari segi keseimbangan pula, kaedah campuran (gabungan) digunakan bagi menyeimbangkan kelemahan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. c) Melengkapi Kaedah campuran (gabungan) juga digunakan untuk melengkapi kajian dengan lebih menekankan data kualitataif atau kuantitatif sahaja. d) Proses Dari segi proses pula, kaedah kuantitatif akan menunjukkan keputusan manakala kualitataif akan menunjukkan proses. e) Soalan berbeza Antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif, kedua-duanya akan memberikan jawapan soalan yang berbeza. f) Penerangan Pendekatan kualitatif menerangkan keputusan kuantitatif dan sebaliknya.
  • 23. P a g e | 22 g) Keputusan di luar jangkaan Penggunaan kaedah campuran (gabungan) digunakan juga untuk menangani seandainya terdapat keputusan di luar jangkaan iaitu sesuatu keputusan di luar jangkaan dan mengejutkan atau penerangan yang berlainan. h) Pembangunan instrumen Selain itu, kaedah kualitatif dibentuk untuk mereka reka bentuk instrumen, kemudian instrumen diuji. i) Sampel Kaedah campuran (gabungan) juga digunakan sebagai satu kemudahan pendekatan persampelan daripada pendekatan yang lain. j) Kredibiliti Dari sudut kredibiliti pula, kedua-dua pendekatan menyatakan integrasi dalam kajian. k) Konteks Dari segi konteks pula, kualitatif menyediakan penjelasan, manakala kuantitatif dinyatakan secara umum. l) Ilustrasi Melalui ilustrasi, data kualitatif membantu membangunkan bagi data kuantitatif secara mendalam. m) Utiliti Manakala utiliti lebih berguna untuk mengamal kajian/ ‘practitioners’. n) Mengesahkan Kajian reka bentuk campuran (gabungan) juga digunakan bagi mengesahkan bahawa kaedah kuantitatif diuji, manakala kaedah kualitatif menghasilkan hipotesis.
  • 24. P a g e | 23 Kajian reka bentuk campuran (gabungan) ini amat membantu pengkaji mahupun penyelidik bagi menjalankan kajian tanpa perlu menghadkan kaedah kajian sama ada kuantitatif ataupun kualitatif. Pengkaji mahupun penyelidik boleh memiih bentuk atau model yang paling sesuai untuk kajian yang digunakan. 36. Apakah tujuan kajian rintis? Sebelum kajian sebenar dilaksanakan, satu kajian rintis akan dijalankan oleh penyelidik. Tujuan utama pelaksanaan kajian rintis adalah untuk menguji pekali kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik. Menurut Mohd Najib (1997), instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik dan dengan itu kajian juga adalah berbentuk kajian rintis untuk menguji keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan alat. Melalui kajian rintis, kebolehpercayaan soal selidik dapat ditentukan dimana kobolehpercayaan memberikan darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang tekal atau hampir sama setiap kali digunakan dalam situasi yang setara. (Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Zairi Hj. Alias, Syamsuddin Hussin, 2003). Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrumen yang telah dibina. Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk:  Menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.  Menyemak semua item dan arahan agar jeas.  Menggunakan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan. Berikut adalah perkara-perkara yang harus diambil kira dalam melaksanakan kajian rintis:  Responden mewakili sampel sebenar kajian.  Bilangan responden: minimum 30 orang.  Data kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen. Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada responden kajian rintis termasuk:  Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menjawab soal selidik?  Adakah arahan jelas?  Adakah terdapat item-item yang kabur? Jika ada, nyatakan item mana dan kenapa?  Adakah terdapat mana-mana item yang anda tidak ingin menjawab?  Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditinggalkan?
  • 25. P a g e | 24  Adakah keseluruhan (layout) soal selidik jelas dan menarik?  Adakah komen-komen lain yang anda ingin kemukakan? 37. Senaraikan tajuk yang perlu ada dalam setiap bab tesis kajian. Senaraikan tajuk yang perlu ada dalam setiap bab tesis kajian: 1. BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latarbelakang Kajian 1.3 Penyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Soalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Kerangka Teori Kajian 1.8 Batasan Kajian 1.9 Definisi Operasional 1.10 Penutup 2. BAB 2: TINJAUAN KEPUSTAKAAN 2.1 Pendahuluan 2.2 Sumber Primer 2.3 Sumber Sukender 2.4 Sumber Tertiari 3. BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Lokasi Kajian 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 3.5 Prosedur Pengumpulan Data 3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan instrumen 3.7 Pentadbiran Kajian Sebenar 3.8 Penganalisisan Data 3.9 Penutup
  • 26. P a g e | 25 4. BAB 4: DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 4.2 Dapatan Data Kualitatif 4.3 Dapatan Data Kuantitatif 4.4 Penutup 5. BAB 5: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pendahuluan 5.2 Rumusan 5.3 Perbincangan Kajian 5.4 Implikasi dan Cadangan 5.5 Cadangan dan Kajian Lanjutan 5.6 Penutup