Standard Kandungan
7.1 Penjajahan dan Campur Tangan
Kuasa Luar
Standard Pembelajaran
7.1.1 Menyenaraikan kuasa luar yang
menjajah dan campur tangan di
negara kita.
7.1.2 Menyatakan negeri-negeri yang
berada di bawah penjajahan dan
campur tangan British.
K7.1.5 Menyatakan kepentingan
memelihara kedaulatan dan
kemakmuran negara kita.
Standard Kandungan
6.3 Bahasa Melayu
6.3.3 Menyatakan taburan penutur bahasa Melayu di dunia.
K6.3.5 Menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
K6.3.6 Menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 226 orang pelajar semester 6 yang mengambil modul Matematik Kejuruteraan 5 telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran di Sekolah dalam Norlia et al (2006) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu Gaya Pembelajaran Permukaan, Gaya Pembelajaran Mendalam, Gaya Pembelajaran Terancang dan Gaya Pembelajaran Gigih Usaha. Gaya kelima pembelajaran iaitu gaya dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan Motivasi Dalaman dan Motivasi Luaran. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences v18.0). Hasil analisis deskriptif mendapati skor min bagi gaya pembelajaran yang diamalkan pelajar berada pada tahap yang sederhana dan nilai min untuk gaya permukaan lebih tinggi berbanding dengan gaya mendalam, terancang dan gigih usaha. Bagi faktor motivasi, didapati nilai min bagi motivasi dalaman lebih tinggi berbanding dengan motivasi luaran. Hasil analisis inferesi menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Namun ujian signifikan menunjukkan terdapat hubungan yang bermakna antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian pelajar. Bagi faktor motivasi pula, hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalaman dan luaran. Hasil analisis ujian – t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan keempat-empat gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar.
Standard Kandungan
7.1 Penjajahan dan Campur Tangan
Kuasa Luar
Standard Pembelajaran
7.1.1 Menyenaraikan kuasa luar yang
menjajah dan campur tangan di
negara kita.
7.1.2 Menyatakan negeri-negeri yang
berada di bawah penjajahan dan
campur tangan British.
K7.1.5 Menyatakan kepentingan
memelihara kedaulatan dan
kemakmuran negara kita.
Standard Kandungan
6.3 Bahasa Melayu
6.3.3 Menyatakan taburan penutur bahasa Melayu di dunia.
K6.3.5 Menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
K6.3.6 Menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 226 orang pelajar semester 6 yang mengambil modul Matematik Kejuruteraan 5 telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran di Sekolah dalam Norlia et al (2006) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu Gaya Pembelajaran Permukaan, Gaya Pembelajaran Mendalam, Gaya Pembelajaran Terancang dan Gaya Pembelajaran Gigih Usaha. Gaya kelima pembelajaran iaitu gaya dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan Motivasi Dalaman dan Motivasi Luaran. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences v18.0). Hasil analisis deskriptif mendapati skor min bagi gaya pembelajaran yang diamalkan pelajar berada pada tahap yang sederhana dan nilai min untuk gaya permukaan lebih tinggi berbanding dengan gaya mendalam, terancang dan gigih usaha. Bagi faktor motivasi, didapati nilai min bagi motivasi dalaman lebih tinggi berbanding dengan motivasi luaran. Hasil analisis inferesi menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Namun ujian signifikan menunjukkan terdapat hubungan yang bermakna antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian pelajar. Bagi faktor motivasi pula, hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalaman dan luaran. Hasil analisis ujian – t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan keempat-empat gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar.
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaranhibatullah92
Serba sedikit menelitian berkaitan dengan penggunaan kajian kes sebagai strategi pengajaran yang diulas daripada buku "Effective Teaching Strategies" oleh Roy Killen.
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaranhibatullah92
Serba sedikit menelitian berkaitan dengan penggunaan kajian kes sebagai strategi pengajaran yang diulas daripada buku "Effective Teaching Strategies" oleh Roy Killen.
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI (40%)
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI (40%)
Secara individu anda dikehendaki menulis esei berkaitan definisi dan kepentingan pengurusan acara serta membincangkan pengurusan seranta dalam menguruskan acara yang berkesan dengan merujuk pelbagai sumber
SOALAN 1 :
Cikgu Adam sering masuk ke kelas lewat atas alasan mempunyai tugas yang banyak. Beliau juga sering menceritakan hal peribadi dan rakan-rakan sejawat kepada murid-murid kelasnya. Hal ini telah menyebabkan prestasi murid-murid kelasnya merosot.
Berdasarkan situasi di atas, nilaikan akauntabiliti Cikgu Adam. Perihalkan bagaimana guru harus melaksanakan tanggungjawab profesional selaras dengan Kod Etika Keguruan Malaysia.
Standard Pembelajaran :
2.1.3 Menamakan benua dan lautan di dunia selepas pencairan air batu.
K 2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.
K 2.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai masa yang mempengaruhi kehidupan harian
2.1.1 Menyatakan maksud zaman air batu
2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada zaman air batu
K 2.1.5 Menyatakan sikap yang perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitar
1. 11
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, ia akan membincangkan mengenai kaedah yang digunakan dalam
kajian yang akan dilaksanakan oleh penyelidik secara menyeluruh bagi tujuan untuk
mendapatkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Antara aspek-aspek yang akan
dibincangkan dalam bab ini ialah reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian,
prosedur intervensi kaunseling, pengawalan variabel extranus, prosedur pengumpulan
data dan penganalisisan data serta kesimpulan.
3.2 Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang memperlihatkan secara
terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan serta sebagai panduan penyelidik
dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada
penyelidikan yang dijalankan (Ang Kean Hua, 2016). Kajian yang dijalankan adalah
berbentuk deskriptif yang menggunakan tinjauan soal selidik. Amnya, kajian ini lebih
tertumpu kepada permasalahan yang mempengaruhi pencapaian akademik dalam
kalangan murid tahun 5 (mata pelajaran sejarah) di salah sebuah sekolah rendah di
negeri Pulau Pinang. Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian yang
bersifat eks-posfakto (melihat punca dan akibat sesuatu perlakuan masa kini
berdasarkan peristiwa yang telah berlaku dan bersifat kuantitatif). Data yang diperolehi
berdasarkan rekod atau item yang ditandakan oleh responden dalam soal selidik.
3.3 Persampelan
Menurut Bhasah Abu Bakar et.al (2013), persampelan merujuk kepada pemilihan
suatu kumpulan yang ingin diselidiki untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili
kumpulan besar yang dipilih. Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ruslinah Binti
Joned (2010). Dalam kajian yang akan dilaksanakan, sampel kajian merupakan seorang
murid sahaja dan dipilih semasa penyelidik memasuki sesi pdp mata pelajaran sejarah
tahun 5 semasa tempoh berpraktikum fasa 2. Dalam mengenalpasti sampel pilihan ini,
data mengenai pencapaian akademik murid diperolehi oleh pengkaji melalui ujian-
ujian/penilaian yang dibuat terhadap pembelajaran mata pelajaran sejarah tahun 5
dalam bilik darjah murid.
2. 12
3.4 Instrumen kajian
a) Soal selidik
Soal selidik terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A
mengandungi 4 item bertujuan mendapatkan maklumat diri murid seperti nama,
jantina, tempat tinggal dan pencapaian akademik murid berdasarkan penilaian yang
pernah diambil. Bahagian B pula bertujuan mendapatkan maklumat tentang
permasalahan yang paling dominan yang mempengaruhi pencapaian akademik
murid. 40 soalan dibentuk merangkumi 4 permasalahan yang paling dominan iaitu
masalah keluarga, masalah rakan sebaya, masalah disiplin dan faktor minat yang
mempengaruhi pencapaian akademik murid (mata pelajaran sejarah). Untuk
mendapatkan faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian akademik murid,
dapat dilihat dengan merujuk jumlah min tertinggi yang diperolehi bagi setiap item.
Min (mean) =
Hasiltambah nilai data
Bilangan data
b) Ujian bertulis
Ujian bertulis digunakan kerana penyelidik turut terlibat dalam pdp mata
pelajaran sejarah tahun 5 murid sasaran dalam kajian. Ia dikelolakan setiap kali
selepas 1 minggu pdp sejarah tahun 5 murid. Ujian bertulis yang akan dikelolakan ke
atas murid mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A : ujian dan bentuk soalan
objektif dan bahagian B : ujian dalam bentuk soalan subjektif.
3.5 Kesahan dan kobolehpercayaan
Menurut Lim dalam Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah et.al (2017), jadual nilai pekali
kebolehpercayaan boleh dijadikan sebagai panduan dalam mentaksir kebolehterimaan
instrumen kajian. Jadual 4 di bawah menunjukkan panduan dalam nilai pekali
kebolehpercayaan.
Jadual 4 : Jadual panduan tahap nilai pekali kebolehpercayaan
Pekali kebolehpercayaan Tahap kebolehpercayaan
0.90 atau lebih Amat baik
0.80 – 0.89 Baik
0.60 – 0.79 Sederhana
0.40 – 0.59 Diragui
0.00 – 0.39 Ditolak
3. 13
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan oleh pengkaji
boleh dilihat pada hasil kajian rintis oleh pencipta kepada instrumen yang akan
digunakan dalam kajian pengkaji ini kerana instrumen yang digunakan adalah daripada
instrumen yang dihasilkan oleh Azizi yahaya et. al (2011). Hasil daripada kajian rintis
instrumen yang dilakukan beliau menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen adalah baik iaitu 0.83.
3.6 Prosedur intervensi kaunseling
a) Bilangan sesi kaunseling
Jadual 1 : Jadual bilangan sesi kaunseling yang akan dijalankan
Sesi Murid
Sesi 1 Menjalankan ujian pra
Sesi 2 Prasesi
Sesi 3 Meneroka dan menganalisis masalah
Sesi 4 Mengenalpasti punca masalah
Sesi 5 Membincangkan alternatif
Sesi 6 Penilaian alternatif
Sesi 7 Tamatkan sesi
Sesi 8 Menjalankan ujian post kepada murid
Murid dalam kajian yang dilaksanakan akan menjalani sebanyak 8 sesi secara
keseluruhannya. Pada peringkat awal pelaksanaan sesi, murid akan menjalani ujian
pra terlebih dahulu. Seterusnya, murid akan menjalani sesi prasesi. Pada peringkat
sesi ini, ia lebih tertumpu kepada proses membina hubungan antara penyelidik
dengan murid.
Pada sesi yang seterusnya, murid akan menjalani sesi penerokaan dan
analisis masalah. Pada peringkat ini, penyelidik akan lebih tertumpu kepada
meneroka sejauh mana permasalahan yang dikenalpasti daripada murid. Sesi
seterusnya ialah mengenalpasti punca masalah. Dalam usaha mengenalpasti punca
masalah murid, ia sebenarnya boleh dilihat secara terus melalui hasil soal selidik
yang diberikan kepada murid namun di peringkat ini, proses penerokaan punca
masalah murid adalah dengan lebih mendalam lagi melalui perbincangan di antara
penyelidik dengan murid. Melalui sesi ini juga, penyelidik boleh mengetahui sejauh
mana kesahan hasil soal selidik murid.
4. 14
Sesi seterusnya ialah membincangkan alternatif penyelesaian masalah murid.
Di peringkat ini, penyelidik bersama-sama dengan murid berbincang untuk mencari
jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid. Dalam usaha
mencari alternatif penyelesaian masalah pada peringkat ini juga, ia lebih tertumpu
kepada murid itu sendiri dalam mencari penyelesaian. Penyelidik hanya berperanan
sebagai pemudahcara. Seterusnya sesi penilaian kepada alternatif yang dipilih.
Pada sesi ini, penyelidik berbincang dan membimbing murid untuk menilai alternatif
yang telah dibincangkan di peringkat sesi membincangkan alternatif penyelesaian
masalah murid. Aspek kekuatan dan kelemahan mengenai alternatif dibincangkan
bersama.
Seterusnya sesi penamatan. Dalam sesi ini, penamatan bagi keseluruhan sesi
yang dijalankan akan dibuat. Dalam erti kata lain, refleksi bagi keseluruhan sesi yang
dijalankan dibuat sebagai penstrukturan kepada murid. Akhir sekali ialah sesi ujian
post kepada murid. Melalui ujian ini, ia akan menentukan sejauh mana
keberkesanan sesi yang dijalankan bersama dengan murid.
b) Jangka masa setiap sesi
Jadual 2 : Jadual jangka masa setiap sesi kaunseling yang akan dijalankan
Murid Masa
Menjalankan ujian pra 20-30 minit
Prasesi 30 minit
Meneroka dan menganalisis masalah 60 minit
Mengenalpasti punca masalah 60 minit
Membincangkan alternatif 60 minit
Penilaian alternatif 60 minit
Tamatkan sesi 40 minit
Menjalankan ujian post 20-30 minit
5. 15
c) Teknik-teknik yang digunakan dalam setiap sesi
Teknik digunakan bermula pada sesi meneroka sehinggalah ke sesi penilaian
alternatif. Di peringkat pelaksanaan ujian pre test dan post test, peringkat prasesi
dan peringkat penamatan, penyelidik menggunakan kemahiran kaunseling sahaja.
Jadual 3 : Jadual teknik-teknik yang akan digunakan dalam setiap sesi
Sesi bersama murid A (Teori rasional emotif tingkah laku - REBT)
Teknik mencabar pemikiran
- Teknik mencabar pemikiran merujuk kepada tindakan “provokasi” ke atas
klien (Lee Keok Cheong et.al, 2014).
- Teknik mencabar pemikiran digunakan semasa sesi meneroka dan
menganalisis masalah, sesi mengenalpasti punca masalah, sesi penilaian
alternatif dan sesi membincangkan alternatif
Teknik pita rakaman
- Teknik pita rakaman merujuk kepada tindakan membuat rakaman ke atas
sesi seterusnya memberikan rakaman tersebut kepada murid untuk dilihat
dan dibuat penilaian bersama dengan pengkaji (Melati Sumari et.al, 2014).
- Teknik ini digunakan di sepanjang sesi dijalankan.
Teknik behavioral disputation
- Teknik behavioral disputation merujuk kepada satu teknik di mana murid
akan diajar bertingkah laku dengan cara yang bertentangan dengan
tingkah laku biasa yang selalu dilakukannya.
- Teknik ini digunakan semasa sesi membincangkan alternatif.
6. 16
3.7 Pengawalan variabel extranus
a) Waktu perjumpaan murid
Waktu perjumpaan dengan murid hanya sekali dalam seminggu. Oleh sebab
murid adalah sekolah rendah, maka masa perjumpaan dicadangkan adalah pada
waktu pagi dan selepas rehat. Namun, keadaan ini adalah terpulang kepada
kesesuaian rancangan masa penyelidik asalkan setiap sesi dijalankan pada tempat
dan masa yang kondusif dan sesuai.
b) Peranan penyelidik
Penyelidik berperanan sebagai guru B&K yang menjalankan kajian di sekolah.
Jesteru itu, penyelidik berperanan menjalankan sesi bersama dengan murid serta
menjalankan pemantauan dan temu duga serta mengendalikan ujian pra dan post
untuk murid.
c) Peranan guru bimbingan dan kaunseling sekolah
Guru bimbingan dan kaunseling sekolah berperanan sebagai sumber rujukan
penyelidik dalam usaha mendapatkan maklumat sampingan yang diperlukan oleh
penyelidik dalam kajian yang akan dijalankan.
d) Fizikal tempat kaunseling dijalankan
Kaunseling dijalankan dalam bilik bimbingan dan kaunseling sekolah. Sebelum
ini, penyelidik sudahpun melihat suasana dan keadaan fizikal bilik kaunseling
sekolah. Keadaan bilik adalah kemas dan teratur dari aspek organisasi dan susun
atur perabot yang ada serta mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan
kondusif.
e) Pengedaran inventori
Pengedaran inventori dilakukan sebelum dan selepas sesi kaunseling yang
terakhir. Pada peringkat ujian pre test, ia dilaksanakan sebelum sesi kaunseling
yang pertama dijalankan. Manakala bagi ujian post test pula, ia dilaksanakan
selepas sesi kaunseling yang terakhir dijalankan.
7. 17
3.8 Prosedur pengumpulan data
Prosedur pengumpulan data merujuk kepada langkah-langkah yang dilalui oleh
pengkaji dalam usaha memperoleh maklumat yang menyeluruh yang diperlukan dalam
kajian Nanang Martono (2010). Sebelum menjalankan kajian, penyelidik terlebih dahulu
meminta kebenaran bertulis untuk menjalankan kajian daripada pihak sekolah
khususnya guru besar sekolah. Penyelidik juga memaklumkan bahawa bentuk kajian
adalah soal selidik dan ujian bertulis agar tidak menimbulkan persoalan dalam kalangan
warga sekolah kelak.
3.9 Penganalisisan data
Prosedur penganalisisan data merujuk kepada suatu cara yang digunakan oleh
pengkaji untuk mengolah data menjadi maklumat yang mudah untuk difahami dan
bermanfaat untuk penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kajian Kamarul Azmi
Jasmi (2012).
a) Analisis data kualitatif
Dua cara analisis data kualitataif iaitu kaedah pemerhatian dan temu bual.
Pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk melihat perubahan yang berlaku
kepada tingkah laku murid yang secara semulajadi khususnya berkaitan dengan
keputusan mata pelajaran sejarah. Pemerhatian dibuat dalam dua peringkat iaitu
sebelum dan selepas sesi kaunseling dijalankan bersama dengan murid. Temu bual
pula dilakukan dengan menemubual klien bagi mengetahui perubahan yang
dirasakan oleh klien. Segala rekod temu bual akan direkodkan dalam bentuk
transkrip sebagai bahan bukti kajian.
b) Analisis data kuantitatif
Sepertimana dinyatakan dalam 3.4 (instrumen kajian), penyelidik menggunakan
soal selidik dan juga ujian bertulis kepada murid dalam kajian yang akan dijalankan.
Melalui hasil kiraan pre test dan post test dalam soal selidik dan kiraan skor ujian
murid, data kuantitatif diperolehi.
8. 18
3.10 Kesimpulan
Dengan menggunakan pendekatan atau teori rasional emotif tingkah laku (REBT), ia
dapat membantu kita untuk mengetahui dan memahami permasalahan seseorang
murid. Dalam kajian yang akan dilaksanakan ini, selain dapat membantu dalam
mengenalpasti situasi murid, ia turut dapat membantu murid dalam penyelesaian
kepada permasalahan murid. Kesimpulannya, hasil kajian yang akan dibuat ini
memberikan gambaran mengenai sejauh mana keberkesanan teori rasional emotif
tingkah laku (REBT) dalam mengatasi masalah pencapaian akademik (mata pelajaran
sejarah) seorang murid tahun 5. Semoga hasil dapatan kajian yang akan dilaksanakan
ini akan dapat menjadi garis panduan bagi pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan
pencapaian akademik murid.