SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH
SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDDIKAN
MATEMATIK
SEMESTER 3 SESI 2013/2014
TUGASAN 2
(GAYA PEMBELAJARAN)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
AGNES TEO MOI MOI M20131000372
CHRISTINA LEE LING FANG M20131000373
CONNIE ANAK BENET M20131000378
LING NGIIK LEH M20131000363
KUMPULAN : A
PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA PUTEH
2
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka surat
Pengenalan 3
Isi
i) i) Sistem Pendidikan
ii) ii) Guru
iii) iii) Infrustruktur
iv) iv) Murid
4
5
9
10
Penutup 12
Rujukan 12
3
Pengenalan
Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai
objektif (Edward M. Anthony, 1963). Pendekatan pengajaran bertujuan memudahkan murid
menerima dan memahami isi kandungan pelajaran yang cuba disampaikan. Secara umum,
pendekatan dilaksanakan berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran, contohnya
konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada bahagian, diketahui
kepada belum diketahui, spesifik kepada umum dan lain-lain lagi.
Pelbagai pendekatan boleh dipertimbangkan oleh guru untuk dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, umpamanya pendekatan koperatif, pendekatan deduktif,
pendekatan bermain sambil belajar, pendekatan berasaskan penyelidikan, pendekatan secara
kelas, kumpulan atau individu dan sebagainya.
Negara kita telah mengalami lapan reformasi pendidikan. Kurikulum terbaru, iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan pada tahun 2011.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula akan mula dijalankan pada tahun 2017.
Setelah sekian lama, guru-guru sekalian telah digalakkan menggunakan pelbagai pendekatan,
strategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan matematik supaya murid dapat menguasai
kemahiran dalam matematik dengan selengkapnya. Kemahiran matematik merangkumi
kemahiran matematik, menganalisis, menyelesaikan masalah, membuat penyelidikan,
berkomunikasi dan penggunaan teknologi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Murid
juga perlu diterapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan mampu menyelesaikan
masalah bukan rutin.
Penerapan konsep adalah sangat penting dalam pendidikan matematik. Demi
memastikan murid dapat menguasai konsep matematik untuk setiap topik dalam kurikulum,
guru sepatutnya menggunakan pelbagai pendekatan umpamanya kaedah inkuiri penemuan.
kaedah teknologi maklumat untuk membantu murid supaya konsep berkenaan bukan sekadar
pengetahuan sahaja, malah mereka dapat mengambarkannya.
Guru yang profesional memang menyedari kepentingan pelbagai pendekatan
pengajaran. Namun, setelah sekian lama, kaedah tradisional secara ‘chalk and talk’ masih
merupakan pendekatan pengajaran utama bagi kebanyakan guru. Mengapa ini bolehm
4
berlaku? Mengapakah pendekatan pengajaran boleh menjadi suatu isu? Apakah faktor-faktor
yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
Faktor 1 : Sistem Pendidikan
Salah satu faktor yang menyebabkan guru-guru masih mengamalkan pendekatan pengajaran
secara konvensional adalah sistem pendidikan negara kita.Kurikulum negara telah
menyediakan terlampau banyak mata pelajaran untuk dipelajari murid supaya murid
dilengkapi dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi dunia luar yang
kian mencabar. Namun, ini bukan sahaja merupakan suatu beban kepada murid, malah guru
juga menghadapi tekanan yang berkaitan. Contohnya, dalam KSSR, murid perlu mempelajari
lebih daripada 10 mata pelajaran (Tahap 1) atau 13 mata pelajaran (Tahap 2) (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2013).
Guru matematik yang perlu juga mengajar mata pelajaran lain, adakalanya sampai
tujuh mata pelajaran yang berlainan. Ini menyebabkan guru matematik tidak setakat memberi
perhatian terhadap pendekatan dalam mengajar matematik sahaja, malah mereka perlu
menyediakan sendiri untuk pendekatan pengajaran mata pelajaran lain. Dalam keadaan ini,
guru matematik sering mengamalkan kaedah yang paling menjimatkan masa dan tidak perlu
penyediaan yang rapi disebabkan masa yang terhad.
Selain daripada itu, topik-topik matematik adalah agak padat. Contohnya, dalam
Matematik KSSR Tahun 4, terdapat 19 topik yang perlu dipelajari murid dan masa yang
dibekalkan adalah 6 masa (180 minit) sahaja. Seringkali, guru ‘mengejar’ sukatan pelajaran
supaya pengetahuan dalam kesemua topik tidak ketinggalan dicurahkan kepada murid-murid
sekalian. Pengamalan setengah-setengah pendekatan pengajaran memang mengambil masa
yang panjang. Dengan ini, guru cenderung memilih jalan pintas untuk menyampaikan ilmu
kepada murid.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang diamalkan di sekolah rendah dan
sekolah menengah mendatangkan beban kepada guru. Pelbagai dokumen perlu disediakan
guru, umpamanya borang transit, instrumen-instrumen yang pelbagai jenis sering
menyebabkan kesuntukan masa guru. ‘Kepelbagaian pendekatan pengajaran’ menjadi bahan
korban akhirnya.
5
Banyak sekolah menghadapi keadaan kesempitan ruang terutamanya dalam bilik
darjah. Ini menyebabkan pendekatan pengajaran yang memerlukan ruang yang besar,
contohnya pendekatan kumpulan susah dijalankan. Guru terpaksa menggunakan ruang terhad
di hadapan kelas untuk menyampaikan ilmu secara ‘mulut dan tulis’ sahaja.
Pelaksanaan pelbagai polisi oleh kerajaan telah menyebabkan sekolah terlampau
mementingkan peperiksaan. Contohnya perbandingan prestasi sekolah atau negeri melalui
sistem Gred Purata Sekolah (GPS), Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan sistem
‘ranking’ , PGB dalam NKRA (National Key Result Areas) di mana prestasi peperiksaan
umum menjadi salah satu faktor pengiraan skor. Polisi-polisi ini memaksa pihak pentadbiran
memberi tekanan kepada guru-guru supaya mengejar markah dan skor dalam mata pelajaran
yang diajaranya. Topik-topik yang tidak berkaitan dengan peperiksaan diabaikan. Murid
adalah seperti stor ilmu atau mesin peperiksaan sahaja. Pendekatan pengajaran secara ‘latih
tubi dan penerangan oleh guru’ dianggap sebagai cara yang berkesan untuk memastikan
murid memperolehi markah yang tinggi.
Faktor 2 : Guru
Strategi pengajaran
Strategi pengajaran guru merupakan salah satu faktor guru kurang mempelbagaikan
pendekatan pengajaran. Guru yang stereotaip hanya menggunakan pendekatan ‘Chalk and
Talk’ sahaja. Guru sedemikian tidak akan mencuba pendekatan yang lain dalam
pengajarannya. Terdapat guru yang sudi menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran,
tetapi pendekatan yang digunakan tidak sesuai dengan topik yang diajarnya. Untuk
memastikan pendekatan yang digunakan dalam pengajaran sesuai dengan topik yang diajar,
guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan dalam satu topik supaya pelbagai jenis pelajar
dalam satu kelas boleh memanfaat daripadanya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
tidak teratur juga menyebabkan strategi pengajaran guru tidak berjaya. Guru perlu merancang
dengan seteliti yang mungkin dalam sesuatu aktiviti supaya apabila melaksanakan
pendekatan yang dirancangkan (Dodeen,2012).
6
Kelayakan dan kepakaran guru
Kelayakan dan kepakaran guru juga menyebabkan kegagalan kebanyakan guru
mempelbagaikan pendekatan pengajaran. Bagi sesetengah sekolah, terutamanya sekolah yang
kekurangan guru Matematik, guru yang bukan opsyen Matematik, guru sandaran dan tidak
berpengalaman diarahkan untuk mengajar matapelajaran Matematik. Guru yang tidak
mempunyai kepakaran dalam Matematik tidak berpengetahuan untuk menggunakan
pendekatan pengajaran yang sesuai dalam pengajaran Matematik. Pengetahuan guru yang
tidak mencukupi disebabkan kurang menghadiri kursus untuk meningkatkan profesionalisme
boleh menyebabkan guru tidak berkemahiran dalam menggunakan pendekatan pengajaran
yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Konsep guru yang salah
iaitu murid belajar untuk peperiksaan juga menyebabkan guru tidak mempelbagaikan
pendekatan pengajaran (Dodeen, 2012). Bagi guru sedemikian, mereka bermatlamat supaya
murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan bukannya supaya murid
boleh mendapat pengetahuan yang berguna. Pendekatan pengajaran yang paling menarik
ialah menggunakan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi.
Kebanyakan guru dalam sekolah tidak berkemahiran dalam penggunaan alat-alat
teknologi maklumat dan komunikasi. Contohnya, penggunaan software Geometer Sketchpad
sesuai dalam memperkenalkan topik geometri dan graf. Jika guru tidak berkemahiran dalam
software tersebut, dia tidak dapat menggunakan pendekatan ini. Selain itu, terdapat guru yang
tidak dapat memasang LCD dan projektor. Keadaan ini menyebabkan guru sukar untuk
menggunakan pendekatan ini.
Gaya
Selain itu, gaya guru juga merupakan faktor yang lain dalam mengagalkan guru
menggunakan kepelbagaian pendekatan pengajaran. Sikap guru yang negatif, konvensional
dan autokratik menyebabkan guru tidak mempelbagaikan pendekatan pengajaran. Bagi guru-
guru sedemikian, mereka berpendapat murid dari kelas belakang tidak pandai belajar. Jadi,
guru-guru ini tidak ingin meluangkan masa dalam merancang pendekatan yang bersesuaian
dengan murid-murid tersebut. Penyampaian guru yang tidak jelas dan berputar-belit,
penggunaan bahasa guru yang tidak fasih dengan intonasi yang membosankan, serta
komunikasi sehala juga menyebabkan kegagalan dalam melaksanakan kepelbagaian
pendekatan pengajaran. Guru-guru sedemikian selalu membawa murid jauh dari isi penting
7
sampai murid tidak dapat mengetahui apa isi yang sebenarnya ingin disampaikan oleh guru.
Keadaan ini juga menyebabkan murid berasa bosan dan tidak ingin bekerjasama dengan guru
dalam menjayakan sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Kawalan kelas
Kawalan kelas guru yang tidak teratur, kelas yang kelam kabut, serta guru yang tiada
teknik dalam pengawalan kelas juga menyebabkan kegagalan guru dalam melaksanakan
kepelbagaian pendekatan pengajaran. Guru-guru ini tidak memberi arahan yang cukup jelas
sebelum menjalankan aktiviti. Contohnya, pendekatan secara kumpulan. Murid akan
bercakap tanpa membuat kerja kumpulan. Maka, guru perlu berfikir sesuatu cara untuk
memastikan murid menyiapkan kerja kumpulan dalam masa yang ditetapkan. Guru perlu
memastikan susunan meja kerusi sesuai dengan pendekatan terutamanya dalam pendekatan
secara kumpulan.
Kekangan Masa
Kekangan masa merupakan isu yang seterusnya di bawah faktor guru. Kekangan masa
ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran yang
diajar dan merancang untuk sesuatu pendekata pengajaran yang sesuai dengan topik yang
akan diajar. Konsep pengurusan masa merujuk kepada guru yang menggunakan masa dengan
sebaik-baiknya untuk menghasilkan kerja yang terbaik demi prestasi pelajar dari segi
akademik, kemahiran dan sikap. Guru yang gagal dalam aspek pengurusan masa akan
membazir dan lalai dalam pengurusan masa. Ramai guru berpendapat tiada masa yang
mencukupi untuk memikirkan kaedah pendekatan yang sesuai bagi kegunaan proses
pengajaran kerana dibebani dengan tugas-tugas diluar bidang kuasa mereka. Guru-guru
terlalu terbeban dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-
program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan.
Kebanyakan guru mengadu bahawa 24 jam sehari tidak cukup untuk melaksanakan
tugas mereka dengan sempurna. Jelas, guru harus bijak dalam menguruskan masa supaya
pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar
dan membantu murid dalam memahami sesuatu konsep. Contohnya, sekiranya guru
dikehendaki menghadiri sesuatu kursus yang mengambil tempoh yang lama, guru terpaksa
8
meninggalkan kelas yang diajar. Ini menyebabkan guru tidak dapat menghabiskan sukatan
mata pelajaran pada masa yang telah ditetapkan. Selain itu, peruntukan masa yang terhad di
dalam jadual waktu membuatkan pendekatan seperti pengajaran koperatif sukar untuk
dilaksanakan.
Pengalaman sebagai murid
Antara pendekatan yang lazimnya dilakukan oleh guru di sekolah adalah pendekatan
pengajaran koperatif. Pendekatan koperatif merupakan kaedah pengajaran aktif yang dapat
memenuhi keperluan pembelajaran sosial dalam kalangan pelajar. Namun, guru lebih suka
memilih kaedah mengajar secara langsung atau komunikasi sehala kerana ini adalah satu cara
yang cepat dan boleh meyampaikan maklumat yang banyak. Kaedah ‘Chalk and talk’ ini
sudah menjadi amalan yang biasa bagi kebanyakan guru kerana kaedah pengajaran
tradisional ini yang dianggap mudah, murah dan tidak memakan masa yang panjang. Hal ini
mungkin disebabkan pengalaman guru itu sendiri semasa mereka belajar dahulu. Sebenarnya,
kaedah pengajaran ini melatih pelajar belajar bekerjasama dalam kumpulan secara positif,
meningkatkan rasa tanggungjawab yang akhirnya meningkatkan kefahaman terhadap isi
pelajaran . Sekiranya murid gagal memahami sesuatu konsep atau isi pelajaran, ini
menyebabkan murid merasakan pendidikan matematik tidak menyeronokkan, sukar difahami
dan tidak tahu tentang penggunaannya dalam kehidupan seharian mereka.
Isi Kandungan
Kelemahan guru dalam memahami isi kandungan sesuatu topik juga memberi impak
yang sangat besar terhadap pemahaman murid dalam proses pembelajaran. Guru tidak dapat
menerangkan apakah kepentingan dan kegunaan ilmu dan konsep yang dipelajari untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya murid berjaya
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, nescaya murid akan berasa seronok dan
menjadikan matematik mata pelajaran kegemaran mereka. Guru juga kurang menerapkan
unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran matematik menyebabkan mata pelajaran ini menjadi
hambar, beku dan kaku.Sebenarnya, majoriti murid sememangnya sedar betapa pentingnya
menguasai mata pelajaran matematik. Namun, sebaliknya mereka menjadi tidak berminat dan
bosan dengan mata pelajaran matematik disebabkan cara mata pelajaran tersebut diajar.
Pelbagai transformasi yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan terhadap
sisitem pendidikan di Malaysia dari pelbagai aspek seperti penilaian dan pentaksiran. Salah
9
satu faktor yang menyumbang kearah transformasi tersebut disebabkan guru menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan peperiksaan. Guru lebih menekankan
konsep ‘belajar untuk peperiksaan’ tanpa menghirau kemahiran-kemahiran yang harus
dipelajari oleh murid terlebih dahulu.
Faktor 3 : Infrastruktur
(a) Pentadbiran
Terdapat pihak sekolah yang kurang menggalakkan aktiviti di luar sekolah dan tidak
mempunyai peruntukan kewangan untuk membeli peralatan yang diperlukan seperti
LCD, projector, komputer dan lain-lain. Disiplin sekolah yang longgar juga
menyebabkan masalah disiplin semakin membimbangkan.
(b) Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses PdP. Murid menghabiskan
banyak masa di dalam bilik untuk menimba ilmu. Suasana bilik darjah yang kurang
selesa seperti keadaan bilik darjah yang tidak teratur dan terurus, ruang yang sempit
dan tidak kondusif dan sebagainya. Keadaan ini mendorong ketidakselesakan kepada
murid-murid. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, bilik darjah yang tidak mencukupi untuk menampung
jumlah murid yang terlalu ramai menyebabkan kewujudan kelas terapung. Murid-murid
terpaksa beralih dari satu kelas ke kelas yang lain. Di samping itu, bilik darjah juga
tidak dilengkapi oleh LCD dan projektor. Perkara-perkara ini menyebabkan masa
pengajaran semakin suntuk dan kawalan kelas tidak dapat dilakukan dengan baik
daripada guru. Jadi, murid yang tertinggal pembelajaran atau tidak berminat mengikut
proses pembelajaran akan melakukan sesuatu seperti membuat bising, yang dapat
mengganggu guru. Aktiviti kerja berkumpulan juga tidak dapat diadakan.
(c) Makmal Komputer
Sesetengah sekolah tidak mempunyai kemudahan makmal komputer. Sekiranya ada,
mungkin komputer dan LCD serta projector tidak mencukupi atau sudah rosak.
10
Perkhidmatan internet juga tidak berada dalam keadaan yang baik. Keadaan ini
menyebabkan guru-guru tidak dapat menghasilkan suatu yang menarik di dalam kelas.
(d) Budaya
Guru-guru terutamanya guru baru akan mengikut budaya sekolah yang lama atau tidak
sihat. Sebagai contohnya, guru-guru di sekolah mengamalkan cara pengajaran secara
tradisional iaitu kaedah ‘chalk and talk’ dan tidak menyediakan ABM. Guru-guru yang
baru ditempatkan di sekolah tersebut dipengaruhi dan mengikut kaedah lama mereka.
(e) Kedudukan Geografi
Lokasi sekolah adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika ia
berada terlalu dekat dengan jalan utama, tapak pembinaan atau kereta api, keadaan akan
menjadi lebih bising. Ini dapat mengganggu guru untuk menyampaikan maklumat
kepada murid dan murid tidak dapat bertumpu perhatian. Selain itu, sekolah yang
berada di kawasan pendalaman tidak mendapatkan maklumat yang terkini.
Perkhidmatan rangkaian internet adalah tidak memuaskan. Guru tidak dapat mereka
bentuk pengajaran mereka dengan lebih menarik tanpa internet.
Faktor 4 : Murid
Murid terdiri daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai sahsiah, intelek, jasmani,
rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Keadaan ini mendorong kepada berlakunya masalah
disiplin yang menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu walaupun guru
mereka mempelbagaikan cara pengajaran di dalam bilik darjah. Berikut yang disenaraikan
merupakan punca-punca yang mengganggu proses pengajaran dijalankan. Justeru itu, guru
tidak dapat menyampaikan pengetahuan kepada murid dengan pendekatan pengajaran yang
direka.
(a) Sikap murid sendiri
Murid yang tidak berminat terhadap sesuatu subjek akan menyebabkan murid tersebut
mempunyai pemikiran tertutup terhadapnya. Terdapat juga murid yang kurang
bermotivasi untuk belajar. Murid tersebut tidak memberi perhatian untuk mendengar
pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran. Mereka melakukan perkara-
11
perkara seperti membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, melawan dan
tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, tidak membuat kerja seperti yang
diarahkan, ponteng kelas atau lewat masuk ke kelas. Keadaan ini mengganggu tumpuan
murid-murid lain terhadap pengajaran guru.
Selain itu, murid-murid mempunyai masalah bahasa, terutamanya murid-
murid SJK. Mereka tidak pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia. Ini dapat
menyebabkan mereka tidak memahami kandungan pelajaran dan pengajaran guru.
Mereka mungkin diam di dalam kelas yang menyebabkan ketidakwujudan interaksi
yang berkesan antara guru dengan murid. Ada kemungkinan mereka membuat sesuatu
perkara seperti tidur, ponteng kelas dan lain-lain.
(b) Pengaruh keluarga
Ibu bapa merupakan salah satu punca penting berlakunya masalah disiplin murid. Ibu
bapa tidak mempunyai sikap tanggungjawab sebagai ibu bapa. Mereka tidak
mengambil berat terhadap anak mereka dengan alasan mereka seperti terlalu sibuk
dalam pekerjaan mereka. Mereka tidak mengawal dan memberi penekanan kepada
anak-anak mereka daripada pengaruh gejala buruk.
Di samping itu, ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai
serta berpendapatan rendah juga menyebabkan murid tidak mendapatkan kasih sayang
yang sepatutnya daripada ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa juga tidak dapat
memenuhi kehendak mereka seperti telefon bimbit, komputer,dan sebagainya. Jadi,
murid-murid akan bekerja untuk mendapat wang. Dengan itu, mereka tidak selalu pergi
ke sekolah dan mempunyai peluang yang tinggi dalam mengenali rakan-rakan yang
bermasalah. Mereka dapat menimbulkan masalah di sekolah kerana mereka tidak dapat
mengikuti pelajaran mereka dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
(c) Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya merupakan orang yang bersama dengan murid dengan masa yang
panjang selain ibu bapa pada setiap hari. Dengan itu, pengaruh mereka terhadap murid
adalah besar. Murid-murid akan sentiasa meniru dan mengikut segala gerak geli dan
tingkah laku rakan sebaya mereka. Sebagai contohnya, jika seseorang murid bersahabat
dengan murid yang meminati mata pelajaran Matematik, kecenderungan untuk
meminati Matematik adalah lebih besar.
12
(d) Pengaruh media massa dan alatan elektronik
Murid yang terlalu ketagih terhadap media massa seperti facebook, twitter dan alatan
elektronik seperti komputer, Playstation, telefon bimbit akan menyebabkan mereka
tidak bertumpu perhatian di dalam kelas disebabkan oleh tidak cukup tidur. Mereka
lebih mengambil berat terhadap permainan pada facebook atau komputer daripada
pelajaran mereka.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pendekatan pengajaran ini tidak berjaya diamalkan oleh guru kerana ianya
berpunca daripada tindakan guru dalam menguruskan pengajaran dan pembelajarannya. Guru
yang berkualiti amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Guru yang berkualiti
bermaksud guru yang dapat menguasai kandungan mata pelajaran dan pedagogi tertentu.
Maka, guru perlu mengubah pendekatam pengajaran dan meningkatkan profesionalisme
supaya dapat melonjakkan aspirasi pendidikan.
13
Rujukan:
Dodeen, H. (2012) The Effects of Teachers’ Qualifications, Practices, and Perceptions on
Student Achievement in TIMSS Mathematics: A Comparison of Two Countries.
International Journal of Testing, 12: 61–77, 2012 DOI:
10.1080/15305058.2011.621568
Edward M. Anthony. (1963). .Approach, Method and Technique. ELT
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik
Tahun Empat. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

More Related Content

What's hot

Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 
Tugas final strategi
Tugas final strategiTugas final strategi
Tugas final strategiAbdul Majid
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariAminah Rahmat
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)must2ra86
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V Eman Syukur
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assureAlfa Lyna
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...Alorka 114114
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesionalkrys73
 

What's hot (20)

Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
Tugas final strategi
Tugas final strategiTugas final strategi
Tugas final strategi
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporari
 
Kaedah Eksposisi
Kaedah EksposisiKaedah Eksposisi
Kaedah Eksposisi
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
 
Latihan ptk desi r
Latihan ptk desi rLatihan ptk desi r
Latihan ptk desi r
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
 
P&p berkesan smksepagaya1
P&p berkesan smksepagaya1P&p berkesan smksepagaya1
P&p berkesan smksepagaya1
 
Teaching approach 1
Teaching approach 1Teaching approach 1
Teaching approach 1
 
5129 11223-1-pb
5129 11223-1-pb5129 11223-1-pb
5129 11223-1-pb
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Trend kurikulum
Trend kurikulumTrend kurikulum
Trend kurikulum
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
Kb
KbKb
Kb
 

Viewers also liked

peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
Корпорация «РосГеймз» – игровые технологии для бизнеса и личностного роста
Корпорация «РосГеймз» – игровые технологии для бизнеса и личностного ростаКорпорация «РосГеймз» – игровые технологии для бизнеса и личностного роста
Корпорация «РосГеймз» – игровые технологии для бизнеса и личностного ростаЛюдмила Авдеева
 
Marketingplan LR
Marketingplan LRMarketingplan LR
Marketingplan LRt575ae
 
Podium - Private SNS for developer
Podium - Private SNS for developerPodium - Private SNS for developer
Podium - Private SNS for developerShin Yeongmin
 
What does it mean to be bilingual
What does it mean to be bilingualWhat does it mean to be bilingual
What does it mean to be bilingualalilog
 
Gerencia de Proyectos-UDES-Mapa conceptual
Gerencia de Proyectos-UDES-Mapa conceptualGerencia de Proyectos-UDES-Mapa conceptual
Gerencia de Proyectos-UDES-Mapa conceptualLeo Zeta
 
Bper 03 2016 aprendizajes 1
Bper 03 2016 aprendizajes 1Bper 03 2016 aprendizajes 1
Bper 03 2016 aprendizajes 1GARGICEVICH
 
Modifying clnic workflows final 0513
Modifying clnic workflows   final 0513Modifying clnic workflows   final 0513
Modifying clnic workflows final 0513David Voran
 
Questionnaire Results
Questionnaire ResultsQuestionnaire Results
Questionnaire Resultshannahdickson
 

Viewers also liked (18)

peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
TEKNOLOGI DALAM PDP
TEKNOLOGI DALAM PDP TEKNOLOGI DALAM PDP
TEKNOLOGI DALAM PDP
 
Action Learning Article Woodard Cone Authors 2007
Action Learning Article Woodard Cone Authors 2007Action Learning Article Woodard Cone Authors 2007
Action Learning Article Woodard Cone Authors 2007
 
Корпорация «РосГеймз» – игровые технологии для бизнеса и личностного роста
Корпорация «РосГеймз» – игровые технологии для бизнеса и личностного ростаКорпорация «РосГеймз» – игровые технологии для бизнеса и личностного роста
Корпорация «РосГеймз» – игровые технологии для бизнеса и личностного роста
 
Marketingplan LR
Marketingplan LRMarketingplan LR
Marketingplan LR
 
Podium - Private SNS for developer
Podium - Private SNS for developerPodium - Private SNS for developer
Podium - Private SNS for developer
 
Chapter 2
Chapter 2Chapter 2
Chapter 2
 
Bullying
BullyingBullying
Bullying
 
What does it mean to be bilingual
What does it mean to be bilingualWhat does it mean to be bilingual
What does it mean to be bilingual
 
Gerencia de Proyectos-UDES-Mapa conceptual
Gerencia de Proyectos-UDES-Mapa conceptualGerencia de Proyectos-UDES-Mapa conceptual
Gerencia de Proyectos-UDES-Mapa conceptual
 
Il condizionale
Il condizionaleIl condizionale
Il condizionale
 
Filelist
FilelistFilelist
Filelist
 
Bper 03 2016 aprendizajes 1
Bper 03 2016 aprendizajes 1Bper 03 2016 aprendizajes 1
Bper 03 2016 aprendizajes 1
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1
 
Music magazine evaluation
Music magazine evaluationMusic magazine evaluation
Music magazine evaluation
 
Modifying clnic workflows final 0513
Modifying clnic workflows   final 0513Modifying clnic workflows   final 0513
Modifying clnic workflows final 0513
 
Welcome to bus. comm. 01
Welcome to bus. comm. 01Welcome to bus. comm. 01
Welcome to bus. comm. 01
 
Questionnaire Results
Questionnaire ResultsQuestionnaire Results
Questionnaire Results
 

Similar to Sme 6044 tugasan 2 teaching approach

Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...Pipit Wijaya
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualLukman
 
Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solvinghaieri
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxW PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxHerdiluke
 
Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01Habibah Abdullah
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiCha Aisyah
 
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdfAsriSiregar1
 

Similar to Sme 6044 tugasan 2 teaching approach (20)

Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstual
 
Problematika matematika
Problematika matematikaProblematika matematika
Problematika matematika
 
Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solving
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Isu isu
Isu   isuIsu   isu
Isu isu
 
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docxW PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
W PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH GURU.docx
 
Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08
 
Penilaian kompetensi guru Ahmadi, s.pd
Penilaian kompetensi guru Ahmadi, s.pd Penilaian kompetensi guru Ahmadi, s.pd
Penilaian kompetensi guru Ahmadi, s.pd
 
Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01
 
Desain judul ptk
Desain judul ptkDesain judul ptk
Desain judul ptk
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
Ptk nht 1
Ptk nht 1Ptk nht 1
Ptk nht 1
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
 
Karil Muhamad Syahril
Karil Muhamad SyahrilKaril Muhamad Syahril
Karil Muhamad Syahril
 
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
 
Tugas ptk HERNANTO,S.Pd SMA4 - kerinci
Tugas ptk  HERNANTO,S.Pd  SMA4 - kerinciTugas ptk  HERNANTO,S.Pd  SMA4 - kerinci
Tugas ptk HERNANTO,S.Pd SMA4 - kerinci
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 

Sme 6044 tugasan 2 teaching approach

  • 1. PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH SME 6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDDIKAN MATEMATIK SEMESTER 3 SESI 2013/2014 TUGASAN 2 (GAYA PEMBELAJARAN) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK AGNES TEO MOI MOI M20131000372 CHRISTINA LEE LING FANG M20131000373 CONNIE ANAK BENET M20131000378 LING NGIIK LEH M20131000363 KUMPULAN : A PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA PUTEH
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN Kandungan Muka surat Pengenalan 3 Isi i) i) Sistem Pendidikan ii) ii) Guru iii) iii) Infrustruktur iv) iv) Murid 4 5 9 10 Penutup 12 Rujukan 12
  • 3. 3 Pengenalan Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif (Edward M. Anthony, 1963). Pendekatan pengajaran bertujuan memudahkan murid menerima dan memahami isi kandungan pelajaran yang cuba disampaikan. Secara umum, pendekatan dilaksanakan berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran, contohnya konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada bahagian, diketahui kepada belum diketahui, spesifik kepada umum dan lain-lain lagi. Pelbagai pendekatan boleh dipertimbangkan oleh guru untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, umpamanya pendekatan koperatif, pendekatan deduktif, pendekatan bermain sambil belajar, pendekatan berasaskan penyelidikan, pendekatan secara kelas, kumpulan atau individu dan sebagainya. Negara kita telah mengalami lapan reformasi pendidikan. Kurikulum terbaru, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan pada tahun 2011. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula akan mula dijalankan pada tahun 2017. Setelah sekian lama, guru-guru sekalian telah digalakkan menggunakan pelbagai pendekatan, strategi dan kaedah dalam pengajaran pendidikan matematik supaya murid dapat menguasai kemahiran dalam matematik dengan selengkapnya. Kemahiran matematik merangkumi kemahiran matematik, menganalisis, menyelesaikan masalah, membuat penyelidikan, berkomunikasi dan penggunaan teknologi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Murid juga perlu diterapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan mampu menyelesaikan masalah bukan rutin. Penerapan konsep adalah sangat penting dalam pendidikan matematik. Demi memastikan murid dapat menguasai konsep matematik untuk setiap topik dalam kurikulum, guru sepatutnya menggunakan pelbagai pendekatan umpamanya kaedah inkuiri penemuan. kaedah teknologi maklumat untuk membantu murid supaya konsep berkenaan bukan sekadar pengetahuan sahaja, malah mereka dapat mengambarkannya. Guru yang profesional memang menyedari kepentingan pelbagai pendekatan pengajaran. Namun, setelah sekian lama, kaedah tradisional secara ‘chalk and talk’ masih merupakan pendekatan pengajaran utama bagi kebanyakan guru. Mengapa ini bolehm
  • 4. 4 berlaku? Mengapakah pendekatan pengajaran boleh menjadi suatu isu? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Faktor 1 : Sistem Pendidikan Salah satu faktor yang menyebabkan guru-guru masih mengamalkan pendekatan pengajaran secara konvensional adalah sistem pendidikan negara kita.Kurikulum negara telah menyediakan terlampau banyak mata pelajaran untuk dipelajari murid supaya murid dilengkapi dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi dunia luar yang kian mencabar. Namun, ini bukan sahaja merupakan suatu beban kepada murid, malah guru juga menghadapi tekanan yang berkaitan. Contohnya, dalam KSSR, murid perlu mempelajari lebih daripada 10 mata pelajaran (Tahap 1) atau 13 mata pelajaran (Tahap 2) (Kementerian Pelajaran Malaysia 2013). Guru matematik yang perlu juga mengajar mata pelajaran lain, adakalanya sampai tujuh mata pelajaran yang berlainan. Ini menyebabkan guru matematik tidak setakat memberi perhatian terhadap pendekatan dalam mengajar matematik sahaja, malah mereka perlu menyediakan sendiri untuk pendekatan pengajaran mata pelajaran lain. Dalam keadaan ini, guru matematik sering mengamalkan kaedah yang paling menjimatkan masa dan tidak perlu penyediaan yang rapi disebabkan masa yang terhad. Selain daripada itu, topik-topik matematik adalah agak padat. Contohnya, dalam Matematik KSSR Tahun 4, terdapat 19 topik yang perlu dipelajari murid dan masa yang dibekalkan adalah 6 masa (180 minit) sahaja. Seringkali, guru ‘mengejar’ sukatan pelajaran supaya pengetahuan dalam kesemua topik tidak ketinggalan dicurahkan kepada murid-murid sekalian. Pengamalan setengah-setengah pendekatan pengajaran memang mengambil masa yang panjang. Dengan ini, guru cenderung memilih jalan pintas untuk menyampaikan ilmu kepada murid. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang diamalkan di sekolah rendah dan sekolah menengah mendatangkan beban kepada guru. Pelbagai dokumen perlu disediakan guru, umpamanya borang transit, instrumen-instrumen yang pelbagai jenis sering menyebabkan kesuntukan masa guru. ‘Kepelbagaian pendekatan pengajaran’ menjadi bahan korban akhirnya.
  • 5. 5 Banyak sekolah menghadapi keadaan kesempitan ruang terutamanya dalam bilik darjah. Ini menyebabkan pendekatan pengajaran yang memerlukan ruang yang besar, contohnya pendekatan kumpulan susah dijalankan. Guru terpaksa menggunakan ruang terhad di hadapan kelas untuk menyampaikan ilmu secara ‘mulut dan tulis’ sahaja. Pelaksanaan pelbagai polisi oleh kerajaan telah menyebabkan sekolah terlampau mementingkan peperiksaan. Contohnya perbandingan prestasi sekolah atau negeri melalui sistem Gred Purata Sekolah (GPS), Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan sistem ‘ranking’ , PGB dalam NKRA (National Key Result Areas) di mana prestasi peperiksaan umum menjadi salah satu faktor pengiraan skor. Polisi-polisi ini memaksa pihak pentadbiran memberi tekanan kepada guru-guru supaya mengejar markah dan skor dalam mata pelajaran yang diajaranya. Topik-topik yang tidak berkaitan dengan peperiksaan diabaikan. Murid adalah seperti stor ilmu atau mesin peperiksaan sahaja. Pendekatan pengajaran secara ‘latih tubi dan penerangan oleh guru’ dianggap sebagai cara yang berkesan untuk memastikan murid memperolehi markah yang tinggi. Faktor 2 : Guru Strategi pengajaran Strategi pengajaran guru merupakan salah satu faktor guru kurang mempelbagaikan pendekatan pengajaran. Guru yang stereotaip hanya menggunakan pendekatan ‘Chalk and Talk’ sahaja. Guru sedemikian tidak akan mencuba pendekatan yang lain dalam pengajarannya. Terdapat guru yang sudi menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran, tetapi pendekatan yang digunakan tidak sesuai dengan topik yang diajarnya. Untuk memastikan pendekatan yang digunakan dalam pengajaran sesuai dengan topik yang diajar, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan dalam satu topik supaya pelbagai jenis pelajar dalam satu kelas boleh memanfaat daripadanya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak teratur juga menyebabkan strategi pengajaran guru tidak berjaya. Guru perlu merancang dengan seteliti yang mungkin dalam sesuatu aktiviti supaya apabila melaksanakan pendekatan yang dirancangkan (Dodeen,2012).
  • 6. 6 Kelayakan dan kepakaran guru Kelayakan dan kepakaran guru juga menyebabkan kegagalan kebanyakan guru mempelbagaikan pendekatan pengajaran. Bagi sesetengah sekolah, terutamanya sekolah yang kekurangan guru Matematik, guru yang bukan opsyen Matematik, guru sandaran dan tidak berpengalaman diarahkan untuk mengajar matapelajaran Matematik. Guru yang tidak mempunyai kepakaran dalam Matematik tidak berpengetahuan untuk menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dalam pengajaran Matematik. Pengetahuan guru yang tidak mencukupi disebabkan kurang menghadiri kursus untuk meningkatkan profesionalisme boleh menyebabkan guru tidak berkemahiran dalam menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Konsep guru yang salah iaitu murid belajar untuk peperiksaan juga menyebabkan guru tidak mempelbagaikan pendekatan pengajaran (Dodeen, 2012). Bagi guru sedemikian, mereka bermatlamat supaya murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan bukannya supaya murid boleh mendapat pengetahuan yang berguna. Pendekatan pengajaran yang paling menarik ialah menggunakan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi. Kebanyakan guru dalam sekolah tidak berkemahiran dalam penggunaan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi. Contohnya, penggunaan software Geometer Sketchpad sesuai dalam memperkenalkan topik geometri dan graf. Jika guru tidak berkemahiran dalam software tersebut, dia tidak dapat menggunakan pendekatan ini. Selain itu, terdapat guru yang tidak dapat memasang LCD dan projektor. Keadaan ini menyebabkan guru sukar untuk menggunakan pendekatan ini. Gaya Selain itu, gaya guru juga merupakan faktor yang lain dalam mengagalkan guru menggunakan kepelbagaian pendekatan pengajaran. Sikap guru yang negatif, konvensional dan autokratik menyebabkan guru tidak mempelbagaikan pendekatan pengajaran. Bagi guru- guru sedemikian, mereka berpendapat murid dari kelas belakang tidak pandai belajar. Jadi, guru-guru ini tidak ingin meluangkan masa dalam merancang pendekatan yang bersesuaian dengan murid-murid tersebut. Penyampaian guru yang tidak jelas dan berputar-belit, penggunaan bahasa guru yang tidak fasih dengan intonasi yang membosankan, serta komunikasi sehala juga menyebabkan kegagalan dalam melaksanakan kepelbagaian pendekatan pengajaran. Guru-guru sedemikian selalu membawa murid jauh dari isi penting
  • 7. 7 sampai murid tidak dapat mengetahui apa isi yang sebenarnya ingin disampaikan oleh guru. Keadaan ini juga menyebabkan murid berasa bosan dan tidak ingin bekerjasama dengan guru dalam menjayakan sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Kawalan kelas Kawalan kelas guru yang tidak teratur, kelas yang kelam kabut, serta guru yang tiada teknik dalam pengawalan kelas juga menyebabkan kegagalan guru dalam melaksanakan kepelbagaian pendekatan pengajaran. Guru-guru ini tidak memberi arahan yang cukup jelas sebelum menjalankan aktiviti. Contohnya, pendekatan secara kumpulan. Murid akan bercakap tanpa membuat kerja kumpulan. Maka, guru perlu berfikir sesuatu cara untuk memastikan murid menyiapkan kerja kumpulan dalam masa yang ditetapkan. Guru perlu memastikan susunan meja kerusi sesuai dengan pendekatan terutamanya dalam pendekatan secara kumpulan. Kekangan Masa Kekangan masa merupakan isu yang seterusnya di bawah faktor guru. Kekangan masa ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar dan merancang untuk sesuatu pendekata pengajaran yang sesuai dengan topik yang akan diajar. Konsep pengurusan masa merujuk kepada guru yang menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk menghasilkan kerja yang terbaik demi prestasi pelajar dari segi akademik, kemahiran dan sikap. Guru yang gagal dalam aspek pengurusan masa akan membazir dan lalai dalam pengurusan masa. Ramai guru berpendapat tiada masa yang mencukupi untuk memikirkan kaedah pendekatan yang sesuai bagi kegunaan proses pengajaran kerana dibebani dengan tugas-tugas diluar bidang kuasa mereka. Guru-guru terlalu terbeban dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program- program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan. Kebanyakan guru mengadu bahawa 24 jam sehari tidak cukup untuk melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Jelas, guru harus bijak dalam menguruskan masa supaya pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan membantu murid dalam memahami sesuatu konsep. Contohnya, sekiranya guru dikehendaki menghadiri sesuatu kursus yang mengambil tempoh yang lama, guru terpaksa
  • 8. 8 meninggalkan kelas yang diajar. Ini menyebabkan guru tidak dapat menghabiskan sukatan mata pelajaran pada masa yang telah ditetapkan. Selain itu, peruntukan masa yang terhad di dalam jadual waktu membuatkan pendekatan seperti pengajaran koperatif sukar untuk dilaksanakan. Pengalaman sebagai murid Antara pendekatan yang lazimnya dilakukan oleh guru di sekolah adalah pendekatan pengajaran koperatif. Pendekatan koperatif merupakan kaedah pengajaran aktif yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran sosial dalam kalangan pelajar. Namun, guru lebih suka memilih kaedah mengajar secara langsung atau komunikasi sehala kerana ini adalah satu cara yang cepat dan boleh meyampaikan maklumat yang banyak. Kaedah ‘Chalk and talk’ ini sudah menjadi amalan yang biasa bagi kebanyakan guru kerana kaedah pengajaran tradisional ini yang dianggap mudah, murah dan tidak memakan masa yang panjang. Hal ini mungkin disebabkan pengalaman guru itu sendiri semasa mereka belajar dahulu. Sebenarnya, kaedah pengajaran ini melatih pelajar belajar bekerjasama dalam kumpulan secara positif, meningkatkan rasa tanggungjawab yang akhirnya meningkatkan kefahaman terhadap isi pelajaran . Sekiranya murid gagal memahami sesuatu konsep atau isi pelajaran, ini menyebabkan murid merasakan pendidikan matematik tidak menyeronokkan, sukar difahami dan tidak tahu tentang penggunaannya dalam kehidupan seharian mereka. Isi Kandungan Kelemahan guru dalam memahami isi kandungan sesuatu topik juga memberi impak yang sangat besar terhadap pemahaman murid dalam proses pembelajaran. Guru tidak dapat menerangkan apakah kepentingan dan kegunaan ilmu dan konsep yang dipelajari untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya murid berjaya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, nescaya murid akan berasa seronok dan menjadikan matematik mata pelajaran kegemaran mereka. Guru juga kurang menerapkan unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran matematik menyebabkan mata pelajaran ini menjadi hambar, beku dan kaku.Sebenarnya, majoriti murid sememangnya sedar betapa pentingnya menguasai mata pelajaran matematik. Namun, sebaliknya mereka menjadi tidak berminat dan bosan dengan mata pelajaran matematik disebabkan cara mata pelajaran tersebut diajar. Pelbagai transformasi yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan terhadap sisitem pendidikan di Malaysia dari pelbagai aspek seperti penilaian dan pentaksiran. Salah
  • 9. 9 satu faktor yang menyumbang kearah transformasi tersebut disebabkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan peperiksaan. Guru lebih menekankan konsep ‘belajar untuk peperiksaan’ tanpa menghirau kemahiran-kemahiran yang harus dipelajari oleh murid terlebih dahulu. Faktor 3 : Infrastruktur (a) Pentadbiran Terdapat pihak sekolah yang kurang menggalakkan aktiviti di luar sekolah dan tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk membeli peralatan yang diperlukan seperti LCD, projector, komputer dan lain-lain. Disiplin sekolah yang longgar juga menyebabkan masalah disiplin semakin membimbangkan. (b) Bilik Darjah Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses PdP. Murid menghabiskan banyak masa di dalam bilik untuk menimba ilmu. Suasana bilik darjah yang kurang selesa seperti keadaan bilik darjah yang tidak teratur dan terurus, ruang yang sempit dan tidak kondusif dan sebagainya. Keadaan ini mendorong ketidakselesakan kepada murid-murid. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bilik darjah yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah murid yang terlalu ramai menyebabkan kewujudan kelas terapung. Murid-murid terpaksa beralih dari satu kelas ke kelas yang lain. Di samping itu, bilik darjah juga tidak dilengkapi oleh LCD dan projektor. Perkara-perkara ini menyebabkan masa pengajaran semakin suntuk dan kawalan kelas tidak dapat dilakukan dengan baik daripada guru. Jadi, murid yang tertinggal pembelajaran atau tidak berminat mengikut proses pembelajaran akan melakukan sesuatu seperti membuat bising, yang dapat mengganggu guru. Aktiviti kerja berkumpulan juga tidak dapat diadakan. (c) Makmal Komputer Sesetengah sekolah tidak mempunyai kemudahan makmal komputer. Sekiranya ada, mungkin komputer dan LCD serta projector tidak mencukupi atau sudah rosak.
  • 10. 10 Perkhidmatan internet juga tidak berada dalam keadaan yang baik. Keadaan ini menyebabkan guru-guru tidak dapat menghasilkan suatu yang menarik di dalam kelas. (d) Budaya Guru-guru terutamanya guru baru akan mengikut budaya sekolah yang lama atau tidak sihat. Sebagai contohnya, guru-guru di sekolah mengamalkan cara pengajaran secara tradisional iaitu kaedah ‘chalk and talk’ dan tidak menyediakan ABM. Guru-guru yang baru ditempatkan di sekolah tersebut dipengaruhi dan mengikut kaedah lama mereka. (e) Kedudukan Geografi Lokasi sekolah adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika ia berada terlalu dekat dengan jalan utama, tapak pembinaan atau kereta api, keadaan akan menjadi lebih bising. Ini dapat mengganggu guru untuk menyampaikan maklumat kepada murid dan murid tidak dapat bertumpu perhatian. Selain itu, sekolah yang berada di kawasan pendalaman tidak mendapatkan maklumat yang terkini. Perkhidmatan rangkaian internet adalah tidak memuaskan. Guru tidak dapat mereka bentuk pengajaran mereka dengan lebih menarik tanpa internet. Faktor 4 : Murid Murid terdiri daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Keadaan ini mendorong kepada berlakunya masalah disiplin yang menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu walaupun guru mereka mempelbagaikan cara pengajaran di dalam bilik darjah. Berikut yang disenaraikan merupakan punca-punca yang mengganggu proses pengajaran dijalankan. Justeru itu, guru tidak dapat menyampaikan pengetahuan kepada murid dengan pendekatan pengajaran yang direka. (a) Sikap murid sendiri Murid yang tidak berminat terhadap sesuatu subjek akan menyebabkan murid tersebut mempunyai pemikiran tertutup terhadapnya. Terdapat juga murid yang kurang bermotivasi untuk belajar. Murid tersebut tidak memberi perhatian untuk mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran. Mereka melakukan perkara-
  • 11. 11 perkara seperti membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas atau lewat masuk ke kelas. Keadaan ini mengganggu tumpuan murid-murid lain terhadap pengajaran guru. Selain itu, murid-murid mempunyai masalah bahasa, terutamanya murid- murid SJK. Mereka tidak pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia. Ini dapat menyebabkan mereka tidak memahami kandungan pelajaran dan pengajaran guru. Mereka mungkin diam di dalam kelas yang menyebabkan ketidakwujudan interaksi yang berkesan antara guru dengan murid. Ada kemungkinan mereka membuat sesuatu perkara seperti tidur, ponteng kelas dan lain-lain. (b) Pengaruh keluarga Ibu bapa merupakan salah satu punca penting berlakunya masalah disiplin murid. Ibu bapa tidak mempunyai sikap tanggungjawab sebagai ibu bapa. Mereka tidak mengambil berat terhadap anak mereka dengan alasan mereka seperti terlalu sibuk dalam pekerjaan mereka. Mereka tidak mengawal dan memberi penekanan kepada anak-anak mereka daripada pengaruh gejala buruk. Di samping itu, ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai serta berpendapatan rendah juga menyebabkan murid tidak mendapatkan kasih sayang yang sepatutnya daripada ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa juga tidak dapat memenuhi kehendak mereka seperti telefon bimbit, komputer,dan sebagainya. Jadi, murid-murid akan bekerja untuk mendapat wang. Dengan itu, mereka tidak selalu pergi ke sekolah dan mempunyai peluang yang tinggi dalam mengenali rakan-rakan yang bermasalah. Mereka dapat menimbulkan masalah di sekolah kerana mereka tidak dapat mengikuti pelajaran mereka dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. (c) Pengaruh rakan sebaya Rakan sebaya merupakan orang yang bersama dengan murid dengan masa yang panjang selain ibu bapa pada setiap hari. Dengan itu, pengaruh mereka terhadap murid adalah besar. Murid-murid akan sentiasa meniru dan mengikut segala gerak geli dan tingkah laku rakan sebaya mereka. Sebagai contohnya, jika seseorang murid bersahabat dengan murid yang meminati mata pelajaran Matematik, kecenderungan untuk meminati Matematik adalah lebih besar.
  • 12. 12 (d) Pengaruh media massa dan alatan elektronik Murid yang terlalu ketagih terhadap media massa seperti facebook, twitter dan alatan elektronik seperti komputer, Playstation, telefon bimbit akan menyebabkan mereka tidak bertumpu perhatian di dalam kelas disebabkan oleh tidak cukup tidur. Mereka lebih mengambil berat terhadap permainan pada facebook atau komputer daripada pelajaran mereka. Kesimpulan Kesimpulannya, pendekatan pengajaran ini tidak berjaya diamalkan oleh guru kerana ianya berpunca daripada tindakan guru dalam menguruskan pengajaran dan pembelajarannya. Guru yang berkualiti amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Guru yang berkualiti bermaksud guru yang dapat menguasai kandungan mata pelajaran dan pedagogi tertentu. Maka, guru perlu mengubah pendekatam pengajaran dan meningkatkan profesionalisme supaya dapat melonjakkan aspirasi pendidikan.
  • 13. 13 Rujukan: Dodeen, H. (2012) The Effects of Teachers’ Qualifications, Practices, and Perceptions on Student Achievement in TIMSS Mathematics: A Comparison of Two Countries. International Journal of Testing, 12: 61–77, 2012 DOI: 10.1080/15305058.2011.621568 Edward M. Anthony. (1963). .Approach, Method and Technique. ELT Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun Empat. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.