SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
LUAR BANDAR: SATU KAJIAN DI KUBANG PASU, KEDAH.
Alis Bin Puteh
(Universiti Utara Malaysia)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat proses P&P di dalam bilik darjah di 4 buah sekolah di
luar bandar khususnya di Kedah. Fokus diberi kepada usaha para guru memberi
pengajaran yang berkesan. Kajian ingin melihat apakah mereka menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran dalam proses P&P mereka. Untuk mencapai objektif tersebut para
penyelidik telah membuat kajian tindakan selama satu bulan di 4 buah sekolah yang
dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 80% guru menjalankan proses P&P mereka
secara tidak berkesan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah
tersebut.
Pendahuluan
Pengajaran ialah satu proses yang komplek yang memerlukan kepelbagaian aktiviti jika
sesuatu proses pembelajaran itu ingin berjaya. Proses-proses ini memerlukan gabungan
aktiviti di antara guru dan pelajar. Pengajaran akan gagal sekiranya hanya satu pihak
sahaja yang terlibat. Pengajaran yang berjaya akan menghasilkan suatu perubahan
tingkahlaku pelajar. Proses perubahan tingkahlaku ini dikenali sebagai pembelajaran
(JPPG, 2006). Menurut Joyce (2000), istilah pengajaran sebenarnya berkait dengan
pembelajaran kerana pengajaran sebenarnya bermaksud mengajar pelajar untuk belajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan memerlukan para guru
memahami peranannya, pelajarnya dan persekitarannya. Ini disebabkan para guru dan
pelajar kerap kali membawa pengalaman mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, guru perlu benar-benar mengetahui pelbagai model, kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran, dan berusaha menggunakannya mengikut keadaan dan
kesesuaian (Reece, 1997; Norasmah, 2000; Zamri, 2004).
Pengajaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana dalam usaha melaksanakan
pengajaran, guru berperanan untuk menyampaikan segala maklumat yang mereka miliki
oleh mereka kepada pelajar. Sebagai seorang guru yang baik, ia perlu menentukan
samada sesaorang pelajar itu mempelajari sesuatu atau sebaliknya. Kesan sesuatu
pembelajaran itu boleh dinilai apabila pelajar menunjukkan perubahan pada tingkah laku
(Zaidatol & Habibah, 2000). Untuk berjaya, ia perlu penglibatan kedua-dua pihak secara
aktif dimana para pelajar perlu memiliki kesanggupan untuk menerima semua maklumat
1
yang disampaikan oleh guru manakala guru pula perlu memiliki pelbagai startegi P&P
agar strategi yang digunakan bersesuaian dengan kepelbagaian pelajar.
Pernyataan Masalah
Kegagalan melahirkan proses P&P yang berkesan boleh menyebabkan berlakunya
pelbagai masalah di sekolah. Faktor P&P yang tidak berkesan adalah salah satu faktor
yang dikenal pasti menyebabkan berlakunya masalah disiplin di sekolah seperti ponteng,
bising, tidak memberi tumpuan di dalam kelas, tidak berminat dengan mata pelajaran dan
guru, dan keruntuhan akhlak para pelajar. Contohnya, kajian Ishak (2008) mendapati
60% dari 1300 pelajar yang dikaji menyatakan mereka tidak berminat dengan
matapelajaran sains dan matematik kerana P&P yang tidak berkesan selain dari masalah
bahasa. Meor (2003) mendapati para pelajar kurang berminat belajar disebabkan gaya
pengajaran guru yang tidak memenuhi gaya pembelajaran mereka. Para pelajar tidak
memahami pelajaran sains kerana strategi pengajaran guru tidak sesuai. Guru hanya
tertumpu kepada menyiapkan buku kerja sains sahaja.
Manakala kajian Abu Hassan (2003) mendapati guru tidak memberi peluang pelajar
terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru kurang memberi
peluang pelajar mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif dalam matapelajaran yang
diajar. Guru mengikut prosedur yang terdapat dalam buku teks tanpa mengambil kira
keadaan pelajar. Kajian Tan (1991) juga mendapati guru cenderung menggunakan
pendekatan dan strategi pengajaran secara tradisi. Isu pedagogi turut memberi kesan
negatif terhadap pelaksanaan kurikulum sains di sekolah. Menurut Syed Jalaludin (2001),
pengajaran sains dan teknologi hendaklah menarik dan tidak membosankan agar dapat
ditanam di dalam minda pelajar bahawa sains dan teknologi mudah dipelajari dan sekali
gus memperkukuhkan minat dan sikap positif pelajar. Ghafar (2003) mencadangkan
seorang guru itu perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran untuk
mengelakkan pelajar merasa jemu dan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan.
Hasil daripada dapatan-dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat masalah di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masakini. Peningkatan masalah
disiplin di sekolah dan prestasi yang rendah di kalangan pelajar secara tidak langsung ada
hubungan dengan kelemahan yang wujud di dalam proses P&P.
Metodologi Kajian.
Kajian ini di jalankan di 4 buah sekolah di daerah Kubang Pasu, Kedah dengan
menggunakan kaedah kajian tindakan. Sekumpulan penyelidik telah menjalankan kajian
tindakan selama satu bulan secara berkumpulan. Mereka mendapat kerjasama yang cukup
baik dari pihak sekolah seperti menentukan isu yang hendak dikaji, penyediaan soalan
kajian dan sebagainya.
2
Kesemua kajian tindakan yang dijalankan mempunyai aspek-aspek berikut: tajuk kajian,
latar belakang kajian, pernyataan masalah, rasional kajian, objektif kajian,metodologi
kajian, signifikan kajian, dapatan kajian dan cadangan kajian. Kaedah mengutip data
yang digunakan di dalam semua kajian tindakan ini ialah pemerhatian di dalam bilik
darjah, temubual guru dan pelajar, soal-selidik, rakaman video dan analisa dokumen.
Dapatan Kajian
Dari 5 kajian tindakan yang dijalankan, isu-isu yang dikaji telah dikelaskan kepada 5
kategori seperti teknik penyoalan, interaksi guru, pengurusan bilik darjah, kaedah
pengajaran, dan penggunaan alat bantuan mengajar.
Isu 1: Kaedah Pengajaran Yang Tidak Berkesan
Kes A: Matematik
Kajian dibuat di sebuah kelas tahun dua yang paling tercorot dimana para pelajar dari
latarbelakang sosio-ekonomi yang rendah. Mereka lemah dalam matematik kerana tidak
boleh hafal sifir 3 dan tidak boleh berbahasa Inggeris. Guru berpendapat murid-murid
kelas ini tidak boleh dan malas. Guru juga kurang memberi bimbingan dan perhatian
yang sewajarnya semasa P&P. Justeru itu, guru juga kurang kreatif dalam
mempelbagaikan proses P&P.
Hasil dari aktiviti yang dibuat seperti menggunakan kaedah nyanyian didapati para
pelajar yang lemah ini berminat dan boleh menghafal sifir 3. Ia menyangkal pendapat
guru yang menyatakan mereka malas dan tidak boleh menghafal sifir. Malah guru mereka
terkejut dengan perubahan pelajarnya dan berbangga dengan mereka yang sebelum ini
dianggap mustahil kerana mereka terlalu lemah.
Dapatan dari kajian ini menunjukkan betapa pentingnya para guru mempelbagaikan
kaedah mengajar supaya para pelajar mudah faham dan berminat dengan mata pelajaran
yang diajar. Guru perlulah tidak terlalu cepat menyatakan para pelajarnya malas dan
sebagainya.
Kes B: Sebab-Sebab Ponteng
Kajian tentang ponteng dijalankan di dua buah sekolah menengah. Beberapa buah kelas
tingkatan tiga dipilih dan data ponteng diambil sepanjang bulan Mei, 2008. Purata
ponteng pada bulan tersebut ialah 10%. Pelajar tetap ponteng tanpa mengira adanya hari
peperiksaan. Selain dari itu, pelajar juga suka ponteng kelas. Pelajar suka ponteng pada
pukul 12 ke atas. Pelajar kerap ponteng pada hari-hari tertentu sahaja iaitu hari Ahad dan
Rabu. Pelajar suka ponteng pada hari Ahad kerana pada hari tersebut ada perhimpunan
3
dan mereka dapat bercuti selama 3 hari. Hampir semua pelajar-pelajar ini, ponteng mata
pelajaran matematik dan sains yang menggunakan bahasa Inggeris.
Berdasarkan soal selidik, temubual dan pemerhatian didapati terdapat tiga faktor
berlakunya ponteng. Faktor-faktor itu ialah faktor guru, diri sendiri dan keluarga. Kajian
ini hanya melihat faktor guru sahaja. Hasil dari temubual didapati hampir 75% pelajar-
pelajar yang ponteng ini suka kepada guru-guru yang menggunakan pelbagai kaedah dan
mempunyai gaya pengajaran yang menarik dan mudah faham. Selain dari itu, sikap guru
juga menyebabkan mereka ponteng. Guru dikatakan suka membebel dan marah secara
tidak menentu, garang dan tidak pandai mengajar. Ini menyebabkan mereka tidak suka
kepada mata pelajaran yang diajar.
Dapatan kajian jelas menunjukkan perkaitan di antara ponteng dengan proses P&P.
Pelbagaikan kaedah dan sentiasa mencuba idea-idea baru dalam P&P dapat menarik
minat dan merangsang pelajar untuk belajar. Guru perlu kreatif dalam mengajar supaya
pelajar tidak jemu dengan pengajaran guru dan tidak ponteng matapelajaran yang diajar.
Mengikut pekeliling KPM bil. 6/1995, terdapat dua faktor berlakunya ponteng iaitu
faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Pihak sekolah perlulah merealisasikan sekolah
penyayang. Para pelajar berhak disayangi, dikasihi dan dibimbing. Salah satu cara ialah
dengan mempelbagaikan kaedah mengajar.
Kes C: Sejarah
Kajian dijalankan di 2 buah kelas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam mata pelajaran
sejarah. Kajian bertujuan untuk mengenalpasti sebab dan punca para pelajar gagal
menguasai subjek sejarah. Temubual dijalankan terhadap guru dan pelajar. Pemerhatian
juga dijalankan semasa guru mengajar.
Hasil dari pemerhatian semasa pengajaran dijalankan didapati terdapat sebahagian pelajar
tidak memberi tumpuan. Ada yang berbual, tidur dalam kelas dan masuk lewat. Pelajar
tidak faham soalan yang ditanya dan hanya mengharap jawapan guru. Pengajaran lebih
berpusatkan kepada guru dan pelajar jarang bertanyakan soalan.
Dapatan kajian menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku semasa proses P&P. Untuk
menjadikan pengajaran lebih menarik, guru perlulah menggunakan pengajaran
berpusatkan pelajar. Beberapa kaedah yang melibatkan para pelajar seperti syarahan,
bercerita, kajian kes, main peranan dan sebagainya boleh dijalankan untuk menarik minat
pelajar terhadap mata pelajaran sejarah.
4
Isu 2: Penyoalan
Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah, di Tingkatan 1 dan Tingkatan 3
dalam subjek Bahasa Melayu dan Sains. Tujuan kajian ialah untuk melihat teknik
penyoalan dalam proses P&P. Kaedah kajian ialah melalui pemerhatian di dalam bilik
darjah.
Sepanjang pemerhatian yang dilakukan didapati soalan-soalan guru adalah jenis aras
rendah yang tidak memerlukan pelajar untuk berfikir. Guru hanya menyoal pelajar lelaki
yang aktif dari pelajar perempuan. Selain dari itu, soalan kerap diajukan kepada pelajar-
pelajar di hadapan yang aktif sahaja manakala pelajar-pelajar di bahagian belakang tidak
memberi perhatian kepada soalan guru. Guru ada memberi masa untuk berfikir semasa
menyoal tetapi masa tersebut digunakan untuk bersembang dan berdiam diri. Mereka
mengharapkan guru akan memberi jawapan. Pujian yang diberikan oleh guru kepada
pelajar-pelajar yang berjaya menjawab juga tidak dihiraukan oleh para pelajar. Guru juga
menggalakkan para pelajar menjawab secara beramai-ramai.
Hasil dari dapatan kajian menunjukkan guru gagal menggunakan teknik penyoalan yang
betul dan berkesan. Guru juga harus kreatif dalam menggalakkan para pelajar untuk
bertanya. Penggunaan teknik penyoalan yang berkesan mendorong kepada proses P&P
yang efektif.
Isu 3: Pengurusan Bilik Darjah
Kajian dijalankan di 2 buah sekolah menengah. Keadah yang digunakan ialah kaedah
pemerhatian.
Dari pemerhatian di dalam kelas didapati peralatan di dalam kelas tidak disusun dengan
kemas dan ini menyebabkan kelas tidak kondusif sebagai tempat untuk belajar. Terdapat
OHP yang berkunci tidak digunakan langsung dibiarkan tersadai sehingga berhabuk di
penjuru hadapan kelas. Ini disebabkan guru lebih selesa menggunakan kaedah chalk and
talk. Penggunaan papan kenyataan tidak sepenuhnya dan bahan-bahan yang diletakkan
tidak dikemaskini. Selain dari itu, terdapat tingkap-tingkat yang tidak bercermin dan
kipas yang tidak berfungsi.
Didapati di kedua-dua buah kelas yang dikaji tidak begitu ceria dan agak suram. Terdapat
guru yang menutup pintu semasa proses P&P dijalankan. Ini menyebabkan bilik darjah
agak gelap. Guru berbuat demikian untuk mengelak para pelajarnya tertarik dengan
persekitaran di luar dan untuk menghalang bunyi bising dari luar. Bilik darjah yang agak
gelap menyebabkan bilik darjah menjadi panas, pelajar mengantuk dan gelisah.
Kedudukan dalam kelas juga mempengaruhi keselesaan pelajar dan tumpuan mereka
terhadap pelajaran. Kelas yang mempunyai susunatur meja yang tidak efektif didapati
para pelajarnya mudah bersembang, mengganggu kawan dan bermain.
5
Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif ini menyebabkan berlakunya masalah ponteng
dan bosan dalam belajar. Oleh pihak sekolah perlulah berusaha menjadikan bilik darjah
ceria dan menarik supaya para pelajar minat untuk belajar.
Isu 4: Alat Bantuan Mengajar (ABM)
Kajian ini melibatkan 5 buah kelas di 2 buah sekolah menengah. Pengkaji menggunakan
kaedah pemerhatian di dalam bilik darjah semasa guru mengajar. Ianya melibatkan
berbagai mata pelajaran dalam pelbagai tingkatan yang mempunyai pelajar berbagai
bangsa.
Dapatan kajian mendapati ada guru yang menggunakan ABM dalam proses P&P mereka
dan ada guru yang tidak menggunakannya. Bagi proses P&P yang menggunakan ABM
didapati pengajaran guru adalah berkesan dan menarik minat pelajar. Sebaliknya, guru
yang tidak menggunakan ABM menyebabkan proses P&P hambar dan membosankan.
Para pelajar kurang memberi tumpuan, mengantuk, membaca majalah, mengganggu
kawan dan menconteng meja.
Kajian juga mendapati kegagalan menggunakan ABM ini disebabkan oleh beberapa
faktor. Di antaranya ialah ABM yang tidak mencukupi, tempat menyimpannya yang tidak
strategi dan tersusun, guru kekurangan masa untuk menyediakannya, guru tidak kreatif
dalam mengajar, dan sebagainya. Ada keadaan dimana terdapatnya ABM tetapi guru pula
tidak mahir menggunakannya. Ini berlaku kepada guru-guru sains dan matematik.
Isu 5: Interaksi Guru - Pelajar
Kajian bertujuan untuk melihat sejauhmanakah berlakunya interaksi di antara guru
dengan pelajar dan sebaliknya. Ianya dilakukan di dua buah sekolah menengah dan di
dalam dua buah kelas.
Hasil dari pemerhatian di dalam bilik darjah didapati ada guru yang menyentuh
pelajarnya dengan pembaris, berinteraksi dengan suara yang perlahan dan tidak langsung
berinteraksi dengan pelajarnya. Didapati kebanyakan interaksi guru – pelajar tidak
berkesan kerana beberapa perkara. Di antaranya ialah penggunaan bahasa yang berbeza.
Guru sains berinteraksi dengan menggunakan bahasa Inggeris tetapi para pelajar yang
lemah bahasa Inggeris kurang memahaminya dan menyebabkan mereka tidak memberi
tumpuan kepada pengajaran guru. Ada pelajar yang bermain, menyanyi, bergendang,
membuat belon dengan gula-gula getah, membalas sms dan melihat keluar tingkap
semasa proses P&P berlaku. Apa yang menariknya ialah guru tidak membuat apa-apa
tindakan untuk memberhentikan kelakuan pelajar-pelajar tersebut.
Oleh itu, penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar semasa berinteraksi
adalah penting bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Interaksi secara dua hala akan
menyebabkan proses P&P berkesan.
6
Perbincangan
Berbagai teori, konsep dan kajian telah diperkenalkan untuk menjadikan proses P&P
berkesan. Kesemuanya diajar dan diberikan kepada semua bakal guru samada di IPT dan
di maktab-maktab perguruan, namun di dapati masih ramai yang tidak menggunakannya
semasa proses P&P di dalam bilik darjah. Sebagai contohnya konsep guru penyayang.
Menurut Grasha (1996), guru-guru yang penyayang menjadi fasilitator yang bukan sahaja
pakar dalam bidang masing-masing tetapi juga menjadi pendorong kepada kejayaan
pelajar. Terdapat juga kajian yang menunjukkan hasil dorongan guru akan melahirkan
sikap pelajar yang positif terhadap sekolah dan subjek, dan seterusnya meningkatkan
pencapaian akademik mereka (Brodie, 1964). Selain dari itu, terdapat kajian-kajian yang
menunjukkan guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran untuk
mengelakkan pelajar merasa jemu dan menjadikan pengajaran guru berkesan (Abd.
Ghafar, 2003).
Sebenarnya P&P yang berkesan bergantung kepada tiga faktor utama iaitu faktor guru,
faktor pelajar dan faktor fizikal bilik darjah. Walaubagaimanapun, kajian-kajian ini hanya
memberi perhatian kepada faktor guru sahaja. Dapatan kajian menunjukkan ada 20%
guru yang menjalankan proses P&P secara berkesan dan ada 80% guru sebaliknya. Guru-
guru yang dikaji terdiri dari guru-guru yang sudah lama mengajar dan mempunyai
banyak pengalaman bukan lah guru yang baru mengajar.
Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P dalam bilik
darjah. Di antaranya ialah pencapaian objektif pengajaran, penyampaian isi pengajaran
yang tersusun dan lancar, komunikasi yang berkesan, penggunaan ABM, kaedah
pengajaran berpusatkan pelajar dan penilaian proses P&P. Kesemuanya memerlukan
sesaorang guru yang bestari untuk melahirkan pelajar yang jauhari (Zainal, 2006).
Persoalannya bagaimana hendak melahirkan ramai guru yang bestari khususnya di
sekolah-sekolah luar bandar?
Saban tahun kerajaan memperuntukan bajet yang besar bagi memajukan bidang
pendidikan. Pelbagai pihak melakukan berbagai ikhtiar, berbagai pendekatan dan modus
operandi bagi merealisasikan matlamat pendidikan namum semua masih gagal
menghasilkan kejayaaan yang diharapkan. Sebenarnya kejujuran dan kesungguhan semua
pihak adalah diharapkan bagi menangani kemelut ini. Sebagai sesorang guru, mereka
perlulah terlebih dulu melihat kelemahan mereka sebelum menyalahkan orang lain atau
menyuruh orang lain.
Siapakah guru bestari itu? Pakar-pakar pendidikan telah sepakat merumuskan bahawa
seorang guru bestari itu adalah individu mulia yang melibatkan dirinya secara total
terhadap profesyen keguruannya. Ia memiliki sifat prihatin dancakna yang tulus ikhlas
terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Ia juga memiliki
wibawa, maruah dan jati diri yang kental dan mantab dalam usahanya mendidik,
membimbing dan mendorong anak muridnya menjadi manusia yang seimbang di dunia
dan di akhirat.
7
Kesimpulan dan Cadangan
Pihak sekolah sepatutnya mempunyai cita-cita untuk menjadikan semua para gurunya
seorang guru yang bestari. Untuk melahirkan guru bestari yang mempunyai ciri-ciri di
atas, pihak sekolah dicadangkan melakukan beberapa perkara berikut:
a). Memberi latihan semula (retraining) kepada semua guru-gurunya terutamanya mereka
yang sederhana dan lemah prestasi mereka. Golongan ini adalah golongan majoriti di
sekolah-sekolah.
b). Mengadakan program motivasi kepada para gurunya dari masa kesemasa supaya
tahap motivasi mereka berada di paras yang tinggi selalu.
c). Menyediakan ABM yang mencukupi, terkini dan disimpan secara tersusun.
d). Pihak pentadbir khususnya pengetua atau guru besar perlulah mewujudkan satu
budaya sekolah yang menarik minat pelajar untuk belajar. Di samping itu, pihak sekolah
perlu menyediakan bilik darjah yang ceria dan kondusif untuk belajar.
e). Kurikulum latihan perguruan perlulah di semak semula supaya latihan perguruan
dapat melahirkan guru-guru bestari.
f). Melahirkan kepimpinan sekolah yang cemerlang. Mereka diharapkan dapat membantu
melahirkan para guru bestari.
Rujukan
Abu Hassan. 2003. P&P kimia di sekolah menengah: kemana arahnya, Seminar
memperkasakan sistem pendidikan,UKM.
Grasha . A.F. 1996. Teaching with styles, Allience Pub, USA
Ishak. H. 2008. Study reveals policy flaws, NST, 7 sept. 2008
JPPG. 2006. Kesediaan profesional guru novis, UKM, Bangi
Joyce. B. 2000. Model of teaching, Allyn &Bacon, Boston
Meor Rahman. 2003. Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar,
seminar memperkasakan sistem pendidikan, UKM.
Norasmah.O. 2000. Keberkesanan program keusahawanan remaja, tesis PhD, UPM
8
Reece. I. 1997.Teaching training and learning, BE Pubs., London.
Tan. L.T. 1991. Menyiasat tahap kemahiran sains bersepadu, tesis sarjana muda, UTM
Zaidah, H. 2000. P&P perdagangan, keusahawanan dan ekonomi asas, Serdang, UPM
Zamri.M. 2004. Strategi pembelajaran BM pelajar Melayu, tesis PhD, UKM
Zainal, B. 2006. Guru bestari pelajar jauhari, pustaka al hikmah, alhidayan Pubs. KL.
9

More Related Content

What's hot

Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoYohanes Purwanto
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)must2ra86
 
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran MatematikKepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran MatematikChan Chew Yen
 
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematikKepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematikAmeer Chann
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesfitri norlida
 
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusnoBab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusnoSojunghan Dilectus
 
PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG (DIRECT INSTRUCTION) DENGAN PENDEKATAN ...
PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG (DIRECT INSTRUCTION) DENGAN PENDEKATAN ...PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG (DIRECT INSTRUCTION) DENGAN PENDEKATAN ...
PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG (DIRECT INSTRUCTION) DENGAN PENDEKATAN ...SMK Negeri 6 Malang
 
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatifContoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatifAndy Saiful Musthofa
 
1402663, meli menia, tugas i
1402663, meli menia, tugas i1402663, meli menia, tugas i
1402663, meli menia, tugas iMhelly Menia
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 
What's hot (17)

Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwanto
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Esegment mei 2014
Esegment mei 2014Esegment mei 2014
Esegment mei 2014
 
skripsi BaB I
skripsi BaB Iskripsi BaB I
skripsi BaB I
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
 
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran MatematikKepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
 
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematikKepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusnoBab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
 
Teacher's certification 2
Teacher's certification 2Teacher's certification 2
Teacher's certification 2
 
PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG (DIRECT INSTRUCTION) DENGAN PENDEKATAN ...
PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG (DIRECT INSTRUCTION) DENGAN PENDEKATAN ...PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG (DIRECT INSTRUCTION) DENGAN PENDEKATAN ...
PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN LANGSUNG (DIRECT INSTRUCTION) DENGAN PENDEKATAN ...
 
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatifContoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
 
1402663, meli menia, tugas i
1402663, meli menia, tugas i1402663, meli menia, tugas i
1402663, meli menia, tugas i
 
Masalah macroteaching di sekolah
Masalah macroteaching di sekolahMasalah macroteaching di sekolah
Masalah macroteaching di sekolah
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 
Similar to Kk seminar utm 08

Skripsi titin
Skripsi titinSkripsi titin
Skripsi titinAdi Moel
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Operator Warnet Vast Raha
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuhadib90
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
PERMASALAHAN DALAM PTK.ppt
PERMASALAHAN DALAM PTK.pptPERMASALAHAN DALAM PTK.ppt
PERMASALAHAN DALAM PTK.pptRandiElpadri
 
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teachingMeningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teachingOperator Warnet Vast Raha
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachLing Leh
 
Proposal ptk bahasa indonesia
Proposal ptk bahasa indonesiaProposal ptk bahasa indonesia
Proposal ptk bahasa indonesiaLaila Amru
 
Similar to Kk seminar utm 08 (20)

Skripsi titin
Skripsi titinSkripsi titin
Skripsi titin
 
Bab i ii ptk
Bab i ii ptkBab i ii ptk
Bab i ii ptk
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
 
Bab i tps
Bab i tpsBab i tps
Bab i tps
 
Karya tulids
Karya tulidsKarya tulids
Karya tulids
 
Karya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiahKarya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiah
 
Karya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiahKarya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiah
 
Karya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiahKarya tulis ilmiah
Karya tulis ilmiah
 
Karya tulids
Karya tulidsKarya tulids
Karya tulids
 
Pkp ipa
Pkp ipaPkp ipa
Pkp ipa
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Proposal PTK
Proposal PTKProposal PTK
Proposal PTK
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
PERMASALAHAN DALAM PTK.ppt
PERMASALAHAN DALAM PTK.pptPERMASALAHAN DALAM PTK.ppt
PERMASALAHAN DALAM PTK.ppt
 
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teachingMeningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
 
Proposal ptk bahasa indonesia
Proposal ptk bahasa indonesiaProposal ptk bahasa indonesia
Proposal ptk bahasa indonesia
 
Recently uploaded

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Recently uploaded (20)

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Kk seminar utm 08

  • 1. PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR: SATU KAJIAN DI KUBANG PASU, KEDAH. Alis Bin Puteh (Universiti Utara Malaysia) Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat proses P&P di dalam bilik darjah di 4 buah sekolah di luar bandar khususnya di Kedah. Fokus diberi kepada usaha para guru memberi pengajaran yang berkesan. Kajian ingin melihat apakah mereka menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam proses P&P mereka. Untuk mencapai objektif tersebut para penyelidik telah membuat kajian tindakan selama satu bulan di 4 buah sekolah yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 80% guru menjalankan proses P&P mereka secara tidak berkesan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut. Pendahuluan Pengajaran ialah satu proses yang komplek yang memerlukan kepelbagaian aktiviti jika sesuatu proses pembelajaran itu ingin berjaya. Proses-proses ini memerlukan gabungan aktiviti di antara guru dan pelajar. Pengajaran akan gagal sekiranya hanya satu pihak sahaja yang terlibat. Pengajaran yang berjaya akan menghasilkan suatu perubahan tingkahlaku pelajar. Proses perubahan tingkahlaku ini dikenali sebagai pembelajaran (JPPG, 2006). Menurut Joyce (2000), istilah pengajaran sebenarnya berkait dengan pembelajaran kerana pengajaran sebenarnya bermaksud mengajar pelajar untuk belajar. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan memerlukan para guru memahami peranannya, pelajarnya dan persekitarannya. Ini disebabkan para guru dan pelajar kerap kali membawa pengalaman mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu benar-benar mengetahui pelbagai model, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran, dan berusaha menggunakannya mengikut keadaan dan kesesuaian (Reece, 1997; Norasmah, 2000; Zamri, 2004). Pengajaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana dalam usaha melaksanakan pengajaran, guru berperanan untuk menyampaikan segala maklumat yang mereka miliki oleh mereka kepada pelajar. Sebagai seorang guru yang baik, ia perlu menentukan samada sesaorang pelajar itu mempelajari sesuatu atau sebaliknya. Kesan sesuatu pembelajaran itu boleh dinilai apabila pelajar menunjukkan perubahan pada tingkah laku (Zaidatol & Habibah, 2000). Untuk berjaya, ia perlu penglibatan kedua-dua pihak secara aktif dimana para pelajar perlu memiliki kesanggupan untuk menerima semua maklumat 1
  • 2. yang disampaikan oleh guru manakala guru pula perlu memiliki pelbagai startegi P&P agar strategi yang digunakan bersesuaian dengan kepelbagaian pelajar. Pernyataan Masalah Kegagalan melahirkan proses P&P yang berkesan boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah di sekolah. Faktor P&P yang tidak berkesan adalah salah satu faktor yang dikenal pasti menyebabkan berlakunya masalah disiplin di sekolah seperti ponteng, bising, tidak memberi tumpuan di dalam kelas, tidak berminat dengan mata pelajaran dan guru, dan keruntuhan akhlak para pelajar. Contohnya, kajian Ishak (2008) mendapati 60% dari 1300 pelajar yang dikaji menyatakan mereka tidak berminat dengan matapelajaran sains dan matematik kerana P&P yang tidak berkesan selain dari masalah bahasa. Meor (2003) mendapati para pelajar kurang berminat belajar disebabkan gaya pengajaran guru yang tidak memenuhi gaya pembelajaran mereka. Para pelajar tidak memahami pelajaran sains kerana strategi pengajaran guru tidak sesuai. Guru hanya tertumpu kepada menyiapkan buku kerja sains sahaja. Manakala kajian Abu Hassan (2003) mendapati guru tidak memberi peluang pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru kurang memberi peluang pelajar mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif dalam matapelajaran yang diajar. Guru mengikut prosedur yang terdapat dalam buku teks tanpa mengambil kira keadaan pelajar. Kajian Tan (1991) juga mendapati guru cenderung menggunakan pendekatan dan strategi pengajaran secara tradisi. Isu pedagogi turut memberi kesan negatif terhadap pelaksanaan kurikulum sains di sekolah. Menurut Syed Jalaludin (2001), pengajaran sains dan teknologi hendaklah menarik dan tidak membosankan agar dapat ditanam di dalam minda pelajar bahawa sains dan teknologi mudah dipelajari dan sekali gus memperkukuhkan minat dan sikap positif pelajar. Ghafar (2003) mencadangkan seorang guru itu perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran untuk mengelakkan pelajar merasa jemu dan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. Hasil daripada dapatan-dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat masalah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masakini. Peningkatan masalah disiplin di sekolah dan prestasi yang rendah di kalangan pelajar secara tidak langsung ada hubungan dengan kelemahan yang wujud di dalam proses P&P. Metodologi Kajian. Kajian ini di jalankan di 4 buah sekolah di daerah Kubang Pasu, Kedah dengan menggunakan kaedah kajian tindakan. Sekumpulan penyelidik telah menjalankan kajian tindakan selama satu bulan secara berkumpulan. Mereka mendapat kerjasama yang cukup baik dari pihak sekolah seperti menentukan isu yang hendak dikaji, penyediaan soalan kajian dan sebagainya. 2
  • 3. Kesemua kajian tindakan yang dijalankan mempunyai aspek-aspek berikut: tajuk kajian, latar belakang kajian, pernyataan masalah, rasional kajian, objektif kajian,metodologi kajian, signifikan kajian, dapatan kajian dan cadangan kajian. Kaedah mengutip data yang digunakan di dalam semua kajian tindakan ini ialah pemerhatian di dalam bilik darjah, temubual guru dan pelajar, soal-selidik, rakaman video dan analisa dokumen. Dapatan Kajian Dari 5 kajian tindakan yang dijalankan, isu-isu yang dikaji telah dikelaskan kepada 5 kategori seperti teknik penyoalan, interaksi guru, pengurusan bilik darjah, kaedah pengajaran, dan penggunaan alat bantuan mengajar. Isu 1: Kaedah Pengajaran Yang Tidak Berkesan Kes A: Matematik Kajian dibuat di sebuah kelas tahun dua yang paling tercorot dimana para pelajar dari latarbelakang sosio-ekonomi yang rendah. Mereka lemah dalam matematik kerana tidak boleh hafal sifir 3 dan tidak boleh berbahasa Inggeris. Guru berpendapat murid-murid kelas ini tidak boleh dan malas. Guru juga kurang memberi bimbingan dan perhatian yang sewajarnya semasa P&P. Justeru itu, guru juga kurang kreatif dalam mempelbagaikan proses P&P. Hasil dari aktiviti yang dibuat seperti menggunakan kaedah nyanyian didapati para pelajar yang lemah ini berminat dan boleh menghafal sifir 3. Ia menyangkal pendapat guru yang menyatakan mereka malas dan tidak boleh menghafal sifir. Malah guru mereka terkejut dengan perubahan pelajarnya dan berbangga dengan mereka yang sebelum ini dianggap mustahil kerana mereka terlalu lemah. Dapatan dari kajian ini menunjukkan betapa pentingnya para guru mempelbagaikan kaedah mengajar supaya para pelajar mudah faham dan berminat dengan mata pelajaran yang diajar. Guru perlulah tidak terlalu cepat menyatakan para pelajarnya malas dan sebagainya. Kes B: Sebab-Sebab Ponteng Kajian tentang ponteng dijalankan di dua buah sekolah menengah. Beberapa buah kelas tingkatan tiga dipilih dan data ponteng diambil sepanjang bulan Mei, 2008. Purata ponteng pada bulan tersebut ialah 10%. Pelajar tetap ponteng tanpa mengira adanya hari peperiksaan. Selain dari itu, pelajar juga suka ponteng kelas. Pelajar suka ponteng pada pukul 12 ke atas. Pelajar kerap ponteng pada hari-hari tertentu sahaja iaitu hari Ahad dan Rabu. Pelajar suka ponteng pada hari Ahad kerana pada hari tersebut ada perhimpunan 3
  • 4. dan mereka dapat bercuti selama 3 hari. Hampir semua pelajar-pelajar ini, ponteng mata pelajaran matematik dan sains yang menggunakan bahasa Inggeris. Berdasarkan soal selidik, temubual dan pemerhatian didapati terdapat tiga faktor berlakunya ponteng. Faktor-faktor itu ialah faktor guru, diri sendiri dan keluarga. Kajian ini hanya melihat faktor guru sahaja. Hasil dari temubual didapati hampir 75% pelajar- pelajar yang ponteng ini suka kepada guru-guru yang menggunakan pelbagai kaedah dan mempunyai gaya pengajaran yang menarik dan mudah faham. Selain dari itu, sikap guru juga menyebabkan mereka ponteng. Guru dikatakan suka membebel dan marah secara tidak menentu, garang dan tidak pandai mengajar. Ini menyebabkan mereka tidak suka kepada mata pelajaran yang diajar. Dapatan kajian jelas menunjukkan perkaitan di antara ponteng dengan proses P&P. Pelbagaikan kaedah dan sentiasa mencuba idea-idea baru dalam P&P dapat menarik minat dan merangsang pelajar untuk belajar. Guru perlu kreatif dalam mengajar supaya pelajar tidak jemu dengan pengajaran guru dan tidak ponteng matapelajaran yang diajar. Mengikut pekeliling KPM bil. 6/1995, terdapat dua faktor berlakunya ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Pihak sekolah perlulah merealisasikan sekolah penyayang. Para pelajar berhak disayangi, dikasihi dan dibimbing. Salah satu cara ialah dengan mempelbagaikan kaedah mengajar. Kes C: Sejarah Kajian dijalankan di 2 buah kelas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam mata pelajaran sejarah. Kajian bertujuan untuk mengenalpasti sebab dan punca para pelajar gagal menguasai subjek sejarah. Temubual dijalankan terhadap guru dan pelajar. Pemerhatian juga dijalankan semasa guru mengajar. Hasil dari pemerhatian semasa pengajaran dijalankan didapati terdapat sebahagian pelajar tidak memberi tumpuan. Ada yang berbual, tidur dalam kelas dan masuk lewat. Pelajar tidak faham soalan yang ditanya dan hanya mengharap jawapan guru. Pengajaran lebih berpusatkan kepada guru dan pelajar jarang bertanyakan soalan. Dapatan kajian menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku semasa proses P&P. Untuk menjadikan pengajaran lebih menarik, guru perlulah menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar. Beberapa kaedah yang melibatkan para pelajar seperti syarahan, bercerita, kajian kes, main peranan dan sebagainya boleh dijalankan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah. 4
  • 5. Isu 2: Penyoalan Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah, di Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 dalam subjek Bahasa Melayu dan Sains. Tujuan kajian ialah untuk melihat teknik penyoalan dalam proses P&P. Kaedah kajian ialah melalui pemerhatian di dalam bilik darjah. Sepanjang pemerhatian yang dilakukan didapati soalan-soalan guru adalah jenis aras rendah yang tidak memerlukan pelajar untuk berfikir. Guru hanya menyoal pelajar lelaki yang aktif dari pelajar perempuan. Selain dari itu, soalan kerap diajukan kepada pelajar- pelajar di hadapan yang aktif sahaja manakala pelajar-pelajar di bahagian belakang tidak memberi perhatian kepada soalan guru. Guru ada memberi masa untuk berfikir semasa menyoal tetapi masa tersebut digunakan untuk bersembang dan berdiam diri. Mereka mengharapkan guru akan memberi jawapan. Pujian yang diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajar yang berjaya menjawab juga tidak dihiraukan oleh para pelajar. Guru juga menggalakkan para pelajar menjawab secara beramai-ramai. Hasil dari dapatan kajian menunjukkan guru gagal menggunakan teknik penyoalan yang betul dan berkesan. Guru juga harus kreatif dalam menggalakkan para pelajar untuk bertanya. Penggunaan teknik penyoalan yang berkesan mendorong kepada proses P&P yang efektif. Isu 3: Pengurusan Bilik Darjah Kajian dijalankan di 2 buah sekolah menengah. Keadah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian. Dari pemerhatian di dalam kelas didapati peralatan di dalam kelas tidak disusun dengan kemas dan ini menyebabkan kelas tidak kondusif sebagai tempat untuk belajar. Terdapat OHP yang berkunci tidak digunakan langsung dibiarkan tersadai sehingga berhabuk di penjuru hadapan kelas. Ini disebabkan guru lebih selesa menggunakan kaedah chalk and talk. Penggunaan papan kenyataan tidak sepenuhnya dan bahan-bahan yang diletakkan tidak dikemaskini. Selain dari itu, terdapat tingkap-tingkat yang tidak bercermin dan kipas yang tidak berfungsi. Didapati di kedua-dua buah kelas yang dikaji tidak begitu ceria dan agak suram. Terdapat guru yang menutup pintu semasa proses P&P dijalankan. Ini menyebabkan bilik darjah agak gelap. Guru berbuat demikian untuk mengelak para pelajarnya tertarik dengan persekitaran di luar dan untuk menghalang bunyi bising dari luar. Bilik darjah yang agak gelap menyebabkan bilik darjah menjadi panas, pelajar mengantuk dan gelisah. Kedudukan dalam kelas juga mempengaruhi keselesaan pelajar dan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Kelas yang mempunyai susunatur meja yang tidak efektif didapati para pelajarnya mudah bersembang, mengganggu kawan dan bermain. 5
  • 6. Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif ini menyebabkan berlakunya masalah ponteng dan bosan dalam belajar. Oleh pihak sekolah perlulah berusaha menjadikan bilik darjah ceria dan menarik supaya para pelajar minat untuk belajar. Isu 4: Alat Bantuan Mengajar (ABM) Kajian ini melibatkan 5 buah kelas di 2 buah sekolah menengah. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian di dalam bilik darjah semasa guru mengajar. Ianya melibatkan berbagai mata pelajaran dalam pelbagai tingkatan yang mempunyai pelajar berbagai bangsa. Dapatan kajian mendapati ada guru yang menggunakan ABM dalam proses P&P mereka dan ada guru yang tidak menggunakannya. Bagi proses P&P yang menggunakan ABM didapati pengajaran guru adalah berkesan dan menarik minat pelajar. Sebaliknya, guru yang tidak menggunakan ABM menyebabkan proses P&P hambar dan membosankan. Para pelajar kurang memberi tumpuan, mengantuk, membaca majalah, mengganggu kawan dan menconteng meja. Kajian juga mendapati kegagalan menggunakan ABM ini disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya ialah ABM yang tidak mencukupi, tempat menyimpannya yang tidak strategi dan tersusun, guru kekurangan masa untuk menyediakannya, guru tidak kreatif dalam mengajar, dan sebagainya. Ada keadaan dimana terdapatnya ABM tetapi guru pula tidak mahir menggunakannya. Ini berlaku kepada guru-guru sains dan matematik. Isu 5: Interaksi Guru - Pelajar Kajian bertujuan untuk melihat sejauhmanakah berlakunya interaksi di antara guru dengan pelajar dan sebaliknya. Ianya dilakukan di dua buah sekolah menengah dan di dalam dua buah kelas. Hasil dari pemerhatian di dalam bilik darjah didapati ada guru yang menyentuh pelajarnya dengan pembaris, berinteraksi dengan suara yang perlahan dan tidak langsung berinteraksi dengan pelajarnya. Didapati kebanyakan interaksi guru – pelajar tidak berkesan kerana beberapa perkara. Di antaranya ialah penggunaan bahasa yang berbeza. Guru sains berinteraksi dengan menggunakan bahasa Inggeris tetapi para pelajar yang lemah bahasa Inggeris kurang memahaminya dan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Ada pelajar yang bermain, menyanyi, bergendang, membuat belon dengan gula-gula getah, membalas sms dan melihat keluar tingkap semasa proses P&P berlaku. Apa yang menariknya ialah guru tidak membuat apa-apa tindakan untuk memberhentikan kelakuan pelajar-pelajar tersebut. Oleh itu, penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar semasa berinteraksi adalah penting bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Interaksi secara dua hala akan menyebabkan proses P&P berkesan. 6
  • 7. Perbincangan Berbagai teori, konsep dan kajian telah diperkenalkan untuk menjadikan proses P&P berkesan. Kesemuanya diajar dan diberikan kepada semua bakal guru samada di IPT dan di maktab-maktab perguruan, namun di dapati masih ramai yang tidak menggunakannya semasa proses P&P di dalam bilik darjah. Sebagai contohnya konsep guru penyayang. Menurut Grasha (1996), guru-guru yang penyayang menjadi fasilitator yang bukan sahaja pakar dalam bidang masing-masing tetapi juga menjadi pendorong kepada kejayaan pelajar. Terdapat juga kajian yang menunjukkan hasil dorongan guru akan melahirkan sikap pelajar yang positif terhadap sekolah dan subjek, dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka (Brodie, 1964). Selain dari itu, terdapat kajian-kajian yang menunjukkan guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran untuk mengelakkan pelajar merasa jemu dan menjadikan pengajaran guru berkesan (Abd. Ghafar, 2003). Sebenarnya P&P yang berkesan bergantung kepada tiga faktor utama iaitu faktor guru, faktor pelajar dan faktor fizikal bilik darjah. Walaubagaimanapun, kajian-kajian ini hanya memberi perhatian kepada faktor guru sahaja. Dapatan kajian menunjukkan ada 20% guru yang menjalankan proses P&P secara berkesan dan ada 80% guru sebaliknya. Guru- guru yang dikaji terdiri dari guru-guru yang sudah lama mengajar dan mempunyai banyak pengalaman bukan lah guru yang baru mengajar. Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P dalam bilik darjah. Di antaranya ialah pencapaian objektif pengajaran, penyampaian isi pengajaran yang tersusun dan lancar, komunikasi yang berkesan, penggunaan ABM, kaedah pengajaran berpusatkan pelajar dan penilaian proses P&P. Kesemuanya memerlukan sesaorang guru yang bestari untuk melahirkan pelajar yang jauhari (Zainal, 2006). Persoalannya bagaimana hendak melahirkan ramai guru yang bestari khususnya di sekolah-sekolah luar bandar? Saban tahun kerajaan memperuntukan bajet yang besar bagi memajukan bidang pendidikan. Pelbagai pihak melakukan berbagai ikhtiar, berbagai pendekatan dan modus operandi bagi merealisasikan matlamat pendidikan namum semua masih gagal menghasilkan kejayaaan yang diharapkan. Sebenarnya kejujuran dan kesungguhan semua pihak adalah diharapkan bagi menangani kemelut ini. Sebagai sesorang guru, mereka perlulah terlebih dulu melihat kelemahan mereka sebelum menyalahkan orang lain atau menyuruh orang lain. Siapakah guru bestari itu? Pakar-pakar pendidikan telah sepakat merumuskan bahawa seorang guru bestari itu adalah individu mulia yang melibatkan dirinya secara total terhadap profesyen keguruannya. Ia memiliki sifat prihatin dancakna yang tulus ikhlas terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Ia juga memiliki wibawa, maruah dan jati diri yang kental dan mantab dalam usahanya mendidik, membimbing dan mendorong anak muridnya menjadi manusia yang seimbang di dunia dan di akhirat. 7
  • 8. Kesimpulan dan Cadangan Pihak sekolah sepatutnya mempunyai cita-cita untuk menjadikan semua para gurunya seorang guru yang bestari. Untuk melahirkan guru bestari yang mempunyai ciri-ciri di atas, pihak sekolah dicadangkan melakukan beberapa perkara berikut: a). Memberi latihan semula (retraining) kepada semua guru-gurunya terutamanya mereka yang sederhana dan lemah prestasi mereka. Golongan ini adalah golongan majoriti di sekolah-sekolah. b). Mengadakan program motivasi kepada para gurunya dari masa kesemasa supaya tahap motivasi mereka berada di paras yang tinggi selalu. c). Menyediakan ABM yang mencukupi, terkini dan disimpan secara tersusun. d). Pihak pentadbir khususnya pengetua atau guru besar perlulah mewujudkan satu budaya sekolah yang menarik minat pelajar untuk belajar. Di samping itu, pihak sekolah perlu menyediakan bilik darjah yang ceria dan kondusif untuk belajar. e). Kurikulum latihan perguruan perlulah di semak semula supaya latihan perguruan dapat melahirkan guru-guru bestari. f). Melahirkan kepimpinan sekolah yang cemerlang. Mereka diharapkan dapat membantu melahirkan para guru bestari. Rujukan Abu Hassan. 2003. P&P kimia di sekolah menengah: kemana arahnya, Seminar memperkasakan sistem pendidikan,UKM. Grasha . A.F. 1996. Teaching with styles, Allience Pub, USA Ishak. H. 2008. Study reveals policy flaws, NST, 7 sept. 2008 JPPG. 2006. Kesediaan profesional guru novis, UKM, Bangi Joyce. B. 2000. Model of teaching, Allyn &Bacon, Boston Meor Rahman. 2003. Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar, seminar memperkasakan sistem pendidikan, UKM. Norasmah.O. 2000. Keberkesanan program keusahawanan remaja, tesis PhD, UPM 8
  • 9. Reece. I. 1997.Teaching training and learning, BE Pubs., London. Tan. L.T. 1991. Menyiasat tahap kemahiran sains bersepadu, tesis sarjana muda, UTM Zaidah, H. 2000. P&P perdagangan, keusahawanan dan ekonomi asas, Serdang, UPM Zamri.M. 2004. Strategi pembelajaran BM pelajar Melayu, tesis PhD, UKM Zainal, B. 2006. Guru bestari pelajar jauhari, pustaka al hikmah, alhidayan Pubs. KL. 9
  • 10. Reece. I. 1997.Teaching training and learning, BE Pubs., London. Tan. L.T. 1991. Menyiasat tahap kemahiran sains bersepadu, tesis sarjana muda, UTM Zaidah, H. 2000. P&P perdagangan, keusahawanan dan ekonomi asas, Serdang, UPM Zamri.M. 2004. Strategi pembelajaran BM pelajar Melayu, tesis PhD, UKM Zainal, B. 2006. Guru bestari pelajar jauhari, pustaka al hikmah, alhidayan Pubs. KL. 9