SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
SULIT                                                                        1103/1


1103/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
2005

2¼ jam



                           JABATAN PELAJARAN PERAK



                              LEARNING TO SCORE 2005




                                       BAHASA MELAYU

                                                Kertas 1

                                     Dua jam lima belas minit




JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.




  Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak          SKEMA SET 3   Halaman 1
SULIT                                                                         1103/1


KARANGAN CONTOH

Soalan 1 (a)


Kita perlu bijak mengatur langkah dalam menjalani kehidupan harian ini. Satu daripada
usaha positif yang sepatutnya kita lakukan ialah mengisi masa lapang dengan
kegiatan yang berfaedah dan menguntungkan.

    Kegiatan masa lapang ini dapat dipenuhi mengikut kegemaran dan minat masing-
masing. Ada orang mengisi masa lapangnya dengan melakukan kegiatan yang boleh
mendatangkan hasil di samping memenuhi minat seperti kegiatan memancing,
menternak binatang, berkebun dan sebagainya. Kegiatan memancing misalnya
dikatakan dapat memperoleh ketenangan dan melatih diri untuk bersabar dan sedia
menghadapi cabaran. Menerusi kegiatan berkebun pula, kita boleh memantapkan
anggota jasmani di samping dapat menjaga kesihatan. Sesetengah orang pula suka
mengisi masa lapangnya dengan aktiviti riadah dan bermain. Bagi golongan korporat,
pemimpin-pemimpin tertinggi negara, ketua-ketua jabatan misalnya, suka melibatkan
diri dalam permainan golf. Sambil bermain biasanya mereka akan berbincang tentang
hal-hal perniagaan dan urusan-urusan yang menyentuh kepentingan masyarakat dan
negara. Permainan golf dianggap sebagai permainan yang berprestij dan elit sifatnya.
Namun demikian, akhir-akhir ini, permainan golf mula digemari oleh golongan
sederhana dan juga para pelajar hasil daripada publisiti dan galakan daripada pihak
yang berwajib.
         Sesetengah orang berminat mengisi masa lapangnya dengan akiviti yang
berkaitan dengan penambahan ilmu pengetahuan seperti membaca buku dan melayari
internet. Bagi para pelajar, mereka memang digalakkan menggunakan masa lapang
dengan membaca buku sama ada di pusat sumber sekolah atau di perpustakaan
awam. Kegiatan seperti ini bukan sahaja membolehkan para pelajar mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi dapat melahirkan pelajar yang mampu
berfikir secara kritis dan rasional. Dalam hal ini, tedapat anggota masyarakat yang
melibatkan diri untuk semua jenis kegiatan mengisi masa lapang dengan kebijaksanaan
mereka mengatur masa.
    Jelaslah bahawa pengisian masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah harus
disahut oleh rakyat negara ini dengan berlapang dada. Kepemimpinan di semua
peringkat hendaklah mendukung konsep ‘Kepemimpinan Melayu Teladan’ . Media
massa hendaklah terus memainkan peranan dan slogan ‘Rakyat Sihat Negara Maju’
hendaklah diuar-uarkan secara meluas. Tindakan ini dapat merealisasikan aspirasi kita
untuk melahirkan warganegara yang           bijak menggunakan masa lapang dan
berwawasan.




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3           Halaman 2
SULIT                                                                         1103/1


Karangan Contoh Bahagian B

Soalan 1

Pembasmian demam denggi di negara kita sudah menjadi agenda negara. Semua pihak
diminta bekerjasama menanganinya. Sebagai warganegara yang prihatin, anda
bercadang untuk menulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang berkesan
untuk membasmi masalah demam denggi di negara kita.

Tulis rencana itu selengkapnya.


                Masalah Deman Denggi - Langkah Untuk Menanganinya

                            Oleh: Ahmad Akmal bin Mohd. Yusuf


        Kematian seorang pelajar di Kuantan, Pahang pada awal tahun 2005, iaitu Wan
Noraini binti Wan Ali (16 Tahun ) pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Ampuan Afzan begitu mengejutkan semua pihak. Berikutan dengan tragedi itu, Menteri
Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di Pahang
menghentikan sementara kegiatan sukan menerusi subjek Pendidikan Jasmani yang
diadakan pada sebelah pagi (6 hingga 8.00 pagi) dan petang (4 hingga 7.00 petang),
bagi mengelakkan pelajar digigit oleh nyamuk aedes. Demikian seriusnya hal ini hingga
boleh mengganggu aktiviti yang melibatkan kegiatan kokurikulum dan kurikulum itu
sendiri. Justeru, kita harus mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani
masalah ini.

         Pelbagai pihak dan berbagai-bagai tindakan harus dilaksanakan bagi menjamin
masalah ini tidak berterusan. Pertamanya, kita perlu menyedarkan semua pihak tentang
hal ini dengan mengadakan kempen untuk membolehkan kita menguar-uarkan tindakan
kita kepada khalayak. Langkah mengadakan majlis perasmian untuk membasmi demam
denggi dan menghapuskan nyamuk aedes wajar dilaksanakan. Tindakan ini penting
bagi membolehkan orang ramai mengetahui dan menyedari tentang masalah yang kita
depani. Risalah-risalah yang berkaitan hendaklah diedarkan kepada orang ramai untuk
tatapan dan bacaan mereka. Selain itu, media massa sama ada media cetak mahupun
media elektronik hendaklah memainkan peranan dengan mengemukakan slot khas
tentang masalah demam denggi dan pengetahuan mengenainya. Di samping itu, berita-
berita tentang demam denggi dan implikasinya, yang berlaku di seluruh negara
hendaklah dipaparkan bagi menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat terutama di
kalangan warga pendidik dan para pelajar.

   Selain itu, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan yang aktif. Di peringkat
sekolah, kita mengharapkan pengetua atau guru besar dan guru-guru dapat
menyedarkan anak-anak murid tentang bahaya penyakit ini dan pentingnya mereka
bekerjasama untuk melahirkan persekitaran yang bersih, ceria dan ‘sihat’ di sekolah.
Guru-guru yang mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani misalnya,
hendaklah mengemukakan hal-hal yang berkaitan dengan demam denggi seperti
mengenali nyamuk aedes, mengetahui simpton demam denggi, mengetahui tempat-
tempat nyamuk aedes membiak dan cara-cara yang berkesan untuk mengelakkan
demam denggi ini. Pelajar-pelajar harus disedarkan bahawa individu yang sihat dan


1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3           Halaman 3
SULIT                                                                         1103/1


cergas pun boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk aedes yang
mengandungi virus denggi dan boleh membawa maut. Ajaklah pelajar-pelajar kita
bersama-sama mengawal pembiakan nyamuk aedes ini dengan menyatakan betapa
seriusnya hal ini dan yang peting dapat dikaitkan dengan diri pelajar itu sendiri.
Perangkaan mengenai jumlah pelajar yang terlibat dengan masalah ini hendaklah
diutarakan bagi menyedarkan mereka tentang bahaya demam denggi. Misalnya,
statistik demam denggi di negeri Perak bagi tahun 2004, sebanyak 3180 orang telah
disahkan menghidap demam denggi dan 958 orang iaitu 31% daripadanya ialah pelajar
sekolah. Daripada jumlah itu, 9 orang telah meninggal dunia dan 3 orang ialah pelajar
sekolah. Bagi tahun 2005 pula (sehingga 31 Januari 2005), sebanyak 319 orang telah
disahkan menghidap demam denggi dan 102 daripadanya iaitu (32%) melibatkan pelajar
sekolah.

   Ibu bapa dan masyarakat umum juga hendaklah memberikan kerjasama dalam
menjayakan usaha untuk memerangi demam denggi ini. Ibu bapa seharusnya mengajak
anak-anak mewujudkan persekitaran yang sihat di rumah. Ibu bapa hendaklah
memastikan bahawa tidak ada air yang bertakung di mana-mana dalam kawasan
rumah. Ibu bapa juga hendaklah menentukan bahawa semua pasu bunga diurus
dengan baik. Ibu bapa harus mendidik anak-anak agar suka akan kebersihan dengan
mengamalkan konsep ‘Kepemimpinan Melalui Teladan’.

    Ahli-ahli korporat dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) haruslah memainkan
peranan dengan menyokong segala program untuk memerangi masalah demam denggi
ini. Mereka boleh memainkan peranan dengan menghulurkan bantuan dari segi
kewangan untuk menerbitkan risalah, kempen dan sebagainya. Mereka juga boleh
melibatkan diri dengan membiayai pengiklanan di media elektronik sama ada melalui
radio atau televisyen.

   Kerajaan melalui agensinya sudah tentulah dapat menyumbang dalam hal
membasmi demam denggi ini. Tenaga dan kepakaran yang ada dapat digunakan untuk
memberikan ceramah dan kesedaran di kalangan rakyat khususnya pelajar-pelajar
sekolah. Ceramah yang berkala harus dilaksanakan di setiap sekolah untuk
memperlihatkan komitmen dan keseriusan kerajaan dalam menangani masalah ini.
Dalam hal ini, kita harus memberikan penekanan kepada pepatah yang menyatakan
‘Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati’. Dalam konteks demam denggi ini,
pencegahan menjadi teras kepada tindakan kerana dikatakan demam denggi sebagai
penyakit yang tiada ubatnya dan gigitan nyamuk aedes boleh membawa maut.

  Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah demam
denggi ini. Kerjasama yang erat daripada semua pihak, pastinya membuahkan hasil.
Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’ dan ‘Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3           Halaman 4
SULIT                                                                             1103/1




Soalan 2

Kejayaan ahli sukan terutamanya di peringkat antarabangsa dapat membanggakan
negara. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya negara kita dapat melahirkan ahli-
ahli sukan bertaraf dunia.

Beri pendapat anda tentang usaha-usaha untuk melahirkan ahli-ahli sukan bertaraf
dunia di negara kita.


       Bidang sukan dapat menjulang nama sesebuah negara jika ahlinya menempah
kejayaan di peringkat antarabangsa. Sebutir pingat emas di kejohanan Sukan Olimpik
amat berharga bagi seseorang ahli sukan. Namun, untuk mencapai kejayaan pada
tahap itu bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk
melahirkan ahli sukan bertaraf dunia di sesebuah negara.

       Sebagai sebuah negara yang aktif dalam penajaan bidang sukan, Malaysia
memang berhasrat untuk meraih pingat emas di kejohanan Sukan Olimpik yang
umumnya bertaraf dunia. Untuk merealisasikan hasrat itu, negara kita perlu
menyediakan prasarana sukan yang canggih dan lengkap. Ahlli sukan negara akan
dapat berlatih dengan berkesan jikalau prasarana yang disediakan berkualiti. Mereka
juga mampu mencatatkan prestasi yang baik kerana prasarana yang disediakan
membantu mereka untuk merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan ahli sukan
bertaraf dunia.

         Seterusnya, untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia kita perlu memiliki
jurulatih yang profesional. Mereka mampu untuk melahirkan ahli sukan yang cemerlang.
Sebagai jurulatih profesional, mereka dapat menyediakan program latihan yang
sistematik dan berkesan. Ahli-ahli sukan yang telah dipilih akan dilatih oleh tenaga
profesional ini. Sebagai contoh, pencapaian negara dalam sukan badminton bertaraf
dunia. Hal ini dapat dikaitkan dengan kecemerlangan program latihan yang disediakan
oleh jurulatih yang profesional dari negara Cina. Pasukan negara kita pernah dilatih oleh
Han Jian dan Yang Yang. Buktinya, negara kita berjaya memenangi Piala Thomas pada
tahun 1992 dengan mengalahkan pasukan Indonesia.

       Selain itu, untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia, kita perlu mencungkil
bakat-bakat muda dalam sesuatu bidang sukan. Ahli-ahli sukan muda ini dikumpulkan
dan dilatih mengikut disiplin yang dikuasai oleh mereka. Selaras dengan usaha itu,
negara kita telah menubuhkan beberapa sekolah sukan di seluruh negara. Antaranya
ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Bukit Penawar. Di sekolah-sekolah ini, ahli
sukan akan diberikan latihan yang sesuai untuk mencapai kecemerlangan. Program-
program sukan digubal supaya ahli-ahli sukan ini menunjukkan prestasi cemerlang pada
usia lapan belas tahun dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sebagai
contoh, terdapat beberapa orang pelajar seperti Mon Rude dalam acara memanah dan
Malik Tobias dalam acara deckatlon, telah menunjukkan prestasi yang cemerlang
setelah menamatkan pengajian di sekolah-sekolah ini.

       Sesungguhnya, menyertai sukan bertaraf dunia juga dapat membantu negara
untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia. Atlet-atlet kita memerlukan pendedahan dan


1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3              Halaman 5
SULIT                                                                              1103/1


pengalaman bertanding dengan jaguh-jaguh sukan luar negara. Oleh itu, persatuan
sukan di negara kita perlu menghantar ahli sukan negara untuk menyertai kejohanan
sukan bertaraf dunia. Sebagai contoh, Persatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)
telah menghantar beberapa orang atlet untuk menyertai beberapa kejohanan trek dan
padang di Jerman. Hasilnya, atlet seperti Loh Kam Zee dan G. Shanti telah berjaya
dalam kejohanan sukan trek dan padang peringkat Asia setelah menimba pengalaman
menyertai kejohanan di Jerman itu.

        Selain itu, penajaan juga penting untuk melahirkan ahli-ahli sukan bertaraf dunia.
Penajaan dalam bidang sukan ini amat penting supaya ahli-ahli sukan mempunyai
kelengkapan yang mencukupi dalam sesuatu kejohanan. Mereka dibekalkan dengan
peralatan untuk latihan, kos sara diri dan perbelanjaan untuk menyertai sesuatu
kejohanan.     Dengan adanya penaja-penaja ini, saya amat yakin kita dapat melahirkan
ahli sukan bertaraf dunia. Hal ini terbukti dalam permainan badminton dan bowling.
Negara kita dapat menggilap ahli sukan bowling iaitu Shalin Zulkifli, Sarah Yap dan Lee
Khim Ngoh yang sering menjulang nama negara di persada antarabangsa dalam sukan
ini. Dalam sukan badminton Yonex merupakan penaja yang sering dikaitkan dengan
pencapaian cemerlang pasukan badminton negara kita.

       Kesimpulannya, untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia bukanlah mudah.
Komitmen daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk merealisasikan hasrat ini
selaras dengan matlamat negara untuk meraih pingat emas dalam kejohanan Sukan
Olimpik.




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3               Halaman 6
SULIT                                                                            1103/1


SOALAN 3

Sejak kebelakangan ini, banyak pekerja asing yang datang bekerja di negara kita.
Kedatangan mereka didorong oleh faktor ekonomi, keamanan dan faktor-faktor lain.

Ulaskan pernyataan tersebut selengkapnya.


Sejak merdeka, Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah negara paling aman di
rantau Asia Tenggara. Peralihan pucuk pimpinan berlaku dengan teratur menyebabkan
tidak berlaku sebarang keadaan yang tidak menentu di negara kita. Keamanan dan
kemakmuran negara tidak berlaku dengan sendirinya melainkan atas bebijaksanaan
pemimpin membuat perancangan dan diampuhkan lagi dengan kerjasama baik daripada
rakyat pelbagai kaum. Kestabilan politik, keamanan dan kemakmuran negara telah
mendorong kedatangan pekerja asing dari pelbagai negara seperti Indonesia, Vietnam,
Myanmar, India, China dan sebagainya.

Keamanan negara dikenal pasti sebagai antara faktor kedatangan pekerja asing ke
Malaysia. Melihat dari perspektif sejarah, setelah tamatnya ancaman komunis apabila
berkuburnya Parti Komunis Malaya ( PKM ), hanya tragedi 13 Mei 1969 sahaja yang
mampu menggugat keamanan negara. Mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut,
kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar seperti Dasar Bahasa Kebangsaan,
Dasar Kebudayaan Nasional dan beberapa dasar lain untuk membentuk perpaduan
kaum. Natijahnya, hubungan antara kaum semakin erat dan hal ini membolehkan
keamanan diwujudkan. Bagi pekerja asing, keamanan dalam sebuah negara amat
penting kerana bekerja di sebuah negara yang aman akan menjamin keselamatan
mereka .

Selain keamanan, kestabilan politik di negara ini juga merupakan pendorong kepada
pekerja asing bekerja di negara ini. Pilihan raya demi pilihan raya diadakan di Malaysia
tetapi kesemuanya berjalan dengan baik dan teratur.Tidak ada kejadian buruk atau
sebarang kekacauan yang tercetus pada setiap musim pilihan raya. Hal ini disebabkan
oleh kematangan rakyat untuk memilih dan kematangan para pemimpin parti politik
memenangi hati rakyat dengan cara yang bijaksana. Satu hakikat yang perlu diterima
ialah walaupun wujudnya parti-parti pembangkang dengan ideologinya sendiri tetapi
masih gagal menggugat kekuatan parti pemerintah yang telah memerintah negara sejak
merdeka lagi iaitu parti Barisan Nasional, parti gabungan tiga kaum terbesar di Malaysia
di samping parti-parti lain dari Sabah dan Sarawak. Kekuatan Barisan Nasional yang
berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan dalam tempoh yang lama amat meyakinkan
pekerja asing bahawa kestabilan politik sememangnya wujud di negara ini dan dengan
kestabilan itu, mereka memilih untuk bekerja di sini, berbanding dengan negara Asia
lain yang sentiasa bergolak dan penuh dengan kekacauan.

Satu daripada sebab kedatangan pekerja asing ke Malaysia kerana wujudnya peluang
pekerjaan yang begitu banyak. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun, Malaysia memerlukan banyak tenaga kerja sama ada tenaga kerja mahir,
separuh mahir ataupun buruh kasar. Tenaga kerja ini diperlukan di pelbagai sektor
terutamanya di sektor pembinaan. Sebagai contoh, pembinaan Lapangan Terbang
Antarabangsa di Sepang dan pembinaan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya
dibantu oleh tenaga kerja dari luar seperti Indonesia, Bangladesh dan Iran. Begitu juga



1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3             Halaman 7
SULIT                                                                            1103/1


dengan projek-projek perumahan yang tumbuh seperti “ cendawan tumbuh selepas
hujan” di sekitar Kuala Lumpur dan bandar raya lain yang tenaga kerjanya didominasi
oleh tenaga kerja asing. Selain sektor pembinaan, sektor perladangan juga menawarkan
peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di ladang kelapa sawit.

Selain peluang pekerjaan, tenaga kerja dari negara luar juga tertarik dengan kadar
upah yang dikatakan lebih tinggi berbanding dengan upah yang diperoleh oleh mereka
jika bekerja di negara mereka. Faktor upah ini ada kaitannya dengan nilai mata wang
negara yang lebih tinggi. Misalnya, nilai Ringgit Malaysia lebih tinggi daripada nilai
Rupiah Indonesia. Bagi buruh Indonesia, pendapatan sebanyak RM 30.00 sehari sama
ada sebagai buruh kontrak atau pekerja ladang dianggap terlalu tinggi jika dinilai dalam
mata wang mereka. Oleh sebab itulah , rakyat Indonesia yang baru bekerja beberapa
tahun di negara ini sudah mampu memiliki banglo besar dan berekar-ekar tanah di
negara asal mereka.

Faktor agama, bahasa dan kebudayaan juga merupakan faktor penting yang menjadi
daya penarik kehadiran beramai-ramai pekerja asing ke Malaysia. Islam ialah agama
rasmi negara ini lantaran majoriti penduduknya beragama Islam. Hal ini sekali gus
menarik pekerja Islam dari negara Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Burma untuk
bekerja di sini. Masalah untuk menikmati makanan yang halal atau kemudahan untuk
beribadat tidak timbul berbanding jika mereka bekerja di negara bukan Islam. Malaysia
dan Indonesia dari satu rumpun bangsa yang sama. Bahasa yang sama dan adat
budaya yang juga hampir sama. Tidak timbul masalah komunikasi jika pekerja Indonesia
bekerja di Malaysia. Mereka juga tidak perlukan masa yang lama untuk menyesuaikan
diri dengan adat budaya masyarakat Melayu di sini. Bagi pekerja Indonesia, mereka
berasa selamat dan selesa untuk bekerja, bahkan ada yang berhasrat untuk terus
menetap di sini dengan mengahwini gadis atau pemuda tempatan. Mereka juga akan
memohon kewarganegaraan setelah melepasi syarat yang ditetapkan. Faktor ini jugalah
yang menyebabkan pekerja dari Indonesia bertali arus datangnya. .

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa Malaysia menjadi destinasi pilihan warga
asing untuk mencari pekerjaan. Sesungguhnya, kehadiran mereka sememangnya
dipengaruhi oleh keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia seperti yang
telah diutarakan. Semoga pekerja asing ini menyedari hakikat bahawa mereka
menumpang tuah di bumi Malaysia ini. Justeru, mereka perlulah berpegang kepada
hakikat bahawa ‘ di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ supaya kehadiran mereka
tidak menimbulkan apa-apa implikasi negatif di bumi bertuah ini.




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3             Halaman 8
SULIT                                                                               1103/1


Soalan 4



Anda ialah bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Anda telah
diwawancara oleh wartawan sebuah akhbar tempatan tentang program berkenaan.

Tulis wawancara itu selengkapnya.



Baru-baru ini, sebaik sahaja saya tamat mengikuti Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN), kumpulan pertama siri 2/2005, saya telah dikunjungi wartawan akhbar Warta
Perdana yang mewancara saya tentang program PLKN tersebut. Ikuti wawancara
berkenaan.

Wartawan :        Assalamualaikum. Bagi pihak akhbar Warta Perdana, terlebih dahulu
                 saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian saudari untuk
                 diwawancara. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana saudari
                 telah terpilih sebagai salah seorang pelatih terbaik.

Rosiah       :   Waalaikumussalam dan terima kasih kembali.

Wartawan :       Bolehkah anda nyatakan rahsia bagaimana anda terpilih sebagai
                 seorang pelatih terbaik?

Rosiah       :   Saya seperti juga pelatih lain, yang sentiasa berdisiplin, cergas dan
                 cerdas dalam menjalani aktiviti semasa latihan di samping mematuhi
                 peraturan dalam kehidupan harian di pusat latihan. Barangkali, saya
                 agak bernasib baik kerana terpilih antara sepuluh pelatih yang terbaik.

Wartawan :       Bagaimana perasaan saudari apabila terpilih sebagai seorang pelatih
                 PLKN dahulu?

Rosiah       :   Apabila saya menerima surat panggilan untuk menghadiri latihan ini, saya
                 sungguh gembira. Bak kata pepatah, ‘orang mengantuk disorongkan
                 bantal’. Kegembiraan ini timbul kerana saya amat berminat dengan
                 aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam PLKN ini. Sebenarnya, saya
                 sentiasa mengikuti laporan-laporan tentang aktiviti dalam program PLKN
                 melalui akhbar tempatan. Di samping itu, saya juga mempunyai rakan-
                 rakan yang sebelum ini sudah terlibat dalam program PLKN ini.
                 Sesungguhnya, saya beruntung kerana saya terpilih dalam siri kedua
                 program ini dan bukannya sebagai peserta yang pertama kali menghadiri
                 program ini.

Wartawan :       Mengapa saudari berkata demikian?

Rosiah       :   Saya berkata demikian kerana lazimnya program yang besar begini
                 tentunya menimbulkan reaksi dan pandangan yang pelbagai. Keadaan ini
                 akan menyebabkan timbulnya keraguan atau kesangsian. Oleh sebab
                 jumlah peserta yang terlibat dalam satu -satu ambilan menjangkau


1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3                 Halaman 9
SULIT                                                                                1103/1


                 hingga melebihi 20,000 orang, dan melibatkan 71 buah kem latihan,
                 sudah tentulah ada masalah yang timbul pada peringkat awalnya.
                 Tambahan pula, kadang-kadang timbul cakap-cakap yang tidak berasas
                 sama sekali. Saya yakin bahawa pengalaman mendatangkan kebaikan
                 dan membawa impak yang positif kepada kita. Yang Amat Berhormat
                 Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri sendiri
                 mengakui bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri
                 yang kedua ini telah berjalan dengan baik dan segala masalah yang
                 timbul sebelumnya telah dapat diatasi.

Wartawan :       Bagaimana pendapat saudari tentang aktiviti yang dilaksanakan dalam
                 program ini dan impaknya kepada pelatih.

Rosiah       :   Saya sangat berpuas hati dengan aktiviti yang saya lalui dalam program
                 ini. Aktiviti bercorak fizikal dan lasak merupakan aktiviti yang digemari
                 oleh semua peserta. Selain itu, kami juga terlibat dengan aktiviti
                 kumpulan, ceramah, program motivasi, aktiviti khidmat masyarakat di
                 samping aktiviti yang bercorak kerohanian dan yang berkaitan dengan
                 aspek keagamaan. Penglibatan para peserta dalam aktiviti berkenaan,
                 dapat membangkitkan kesedaran dan keimanan. Aktiviti seperti
                 membantu mangsa tsunami dengan membersihkan kawasan yang
                 terlibat misalnya, dapat membangkitkan semangat kekitaan dan sikap
                 keprihatinan di kalangan peserta. Di samping itu, para pelatih dapat
                 membina keperibadian yang baik, daya ketahanan yang tinggi serta
                 memperkasa semangat cinta akan negara. Selain itu, bagi saya yang
                 penting ialah kami dapat mengisi masa lapang yang terluang dengan
                 aktiviti yang berfaedah dan hal ini akan dapat mengurangkan gejala
                 sosial terutama gejala lepak dan bohsia. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
                 juga dapat memupuk perasaan kerjasama, perpaduan dan integrasi di
                 kalangan remaja yang terlibat dalam program ini.

Wartawan :       Bolehkah saudari memberikan komen lebih lanjut tentang aspek
                 perpaduan dan integrasi ini?

Rosiah       :   Melalui aktiviti dalam program ini, semangat persaudaraan dapat
                 dipupuk apabila saban hari kita sering bekerjasama, bergaul dan
                 membuat keputusan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Menerusi aktiviti
                 bercorak kumpulan, sama ada yang melibatkan ketahanan fizikal atau
                 perbincangan dapat membangkitkan kesedaran kepada para pelatih
                 tentang kehendak dan matlamat negara yang perlu dipikul bersama.
                 Aktiviti yang dilaksanakan memungkinkan kita bergaul mesra dan saling
                 memahami. Di samping itu, langkah pihak berkuasa menyediakan
                 uniform yang seragam dan segak, dapat menimbulkan semangat
                 integrasi di kalangan peserta. Program ini merupakan satu usaha yang
                 sangat berkesan dalam memperkukuh perpaduan yang telah dibina di
                 peringkat sekolah. Semangat muhibah dan kemesraan para peserta,
                 dapat kita lihat pada hari perpisahan selepas diadakan Majlis Tamat
                 Latihan. Suasana pada ketika itu, begitu mengusik perasaan. Pelatih
                 yang terdiri daripada pelbagai kaum dan yang datang dari pelbagai
                 daerah di pelosok negara, memperlihatkan keakraban mereka dan
                 banyak yang menitiskan air mata.

1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak    SKEMA SET 3                 Halaman
10
SULIT                                                                              1103/1



Wartawan :       Banyak pelatih yang menyatakan bahawa selepas mengikuti program
                 ini, mereka berasa lebih yakin dan bertanggungjawab. Apa pandangan
                 saudari tentang hal ini?

Rosiah       :   Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut. Saya percaya bahawa
                 ibu bapa para peserta juga merasakan perubahan positif yang dialami
                 oleh anak mereka. Pada pendapat saya, melalui ‘kehidupan’ di tempat
                 latihan dan aktiviti yang dilaksanakan telah dapat melatih kami supaya
                 berdisiplin dan bertanggungjawab. Kami dilatih mematuhi arahan dan
                 juga dilatih supaya akur kepada jadual yang ditetapkan. Kami juga dilatih
                 dari segi ketahanan fizikal dan mental. Segalanya ini memberikan kesan
                 yang positif dan dapat membentuk peribadi yang mulia. Oleh sebab para
                 pelatih berada jauh dari rumah dalam masa yang agak panjang pula,
                 suasana ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk
                 merenung diri dan berdikari. Persekitaran di rumah dan di sekolah,
                 kadang-kadang tidak mengizinkan kita melihat diri kita dari segi
                 kekuatan dan kelemahannya. Di sini, kita dapat menghargai kelebihan
                 orang lain dan menyedari kelemahan kita. Kehadiran pemimpin kita
                 termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bertemu dan
                 berbual mesra dengan para pelatih, memberikan suntikan semangat
                 kepada mereka untuk menjadi warganegara yang berguna kepada
                 masyarakat dan negara. Barangkali, tidak keterlaluan jika saya katakan
                 bahawa program ini telah ‘mendewasakan’ para peserta.


Wartawan :       Bagaimana dengan beberapa insiden yang tidak menyenangkan?

Rosiah       :   Pada pendapat saya, hal ini boleh dianggap sebagai peristiwa yang
                 terpencil. Kita hanya mendengar satu atau dua peristiwa di satu atau dua
                 buah kem daripada 71 buah kem latihan di seluruh negara. Kita harus
                 memahami bahawa pelatih datang daripada pelbagai peringkat dan dari
                 tempat yang berbeza. Oleh itu, kadang-kadang perkara kecil pun boleh
                 menimbulkan ketidakpuasan hati. Hal ini berlaku mungkin kerana
                 kurangnya kesedaran di kalangan peserta dan kewaspadaan di
                 kalangan para jurulatih. Walau bagaimanapun, saya fikir kedaaan ini
                 hanya berlaku di peringkat awal program ini diperkenalkan dahulu. Bagi
                 saya, kita perlu belajar daripada kesilapan. Sekarang ini, segalanya
                 berjalan dengan baik. Saya fikir, masalah ini dapat ditangani kerana
                 pengalaman jurulatih serta kepekaaan pemimpin di semua peringkat
                 terutama di peringkat tertinggi kepemimpinan negara.

Wartawan :       Apakah nasihat saudari kepada pelatih yang sedang mengikuti latihan
                 ini dan bakal pelatih PLKN?

Rosiah       :   Bagi para pelatih yang sedang mengikuti program ini, saya menasihati
                 mereka supaya berdisiplin dan mengikuti segala aktiviti dengan
                 berlapang dada serta bersungguh-sungguh melaksanakan segala yang
                 diarahkan. Mereka harus menggunakan masa tiga bulan di kem latihan
                 dengan sebaik mungkin. Bagi bakal pelatih pula, mereka seharusnya


1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3               Halaman
11
SULIT                                                                                1103/1


                 bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya harap mereka tidak
                 terpengaruh dengan cerita-cerita yang tiada berasas.

Wartawan :       Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas kesudian saudari
                 diwawancara.

Rosiah       :   Terima kasih kembali.




Soalan 5


Peribahasa “ sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan “ bermaksud jika kita
terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera.

Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.



                               Tajuk : Kembali Ke Pangkal Jalan

                                    Oleh: Norfaizah Haji Alias


       “Farid, sampai bila Farid nak buat kerja berbahaya macam ni?” suara nenek
Lijah memecah kesunyian pagi itu sambil melihat luka pada siku Farid, cucu
kesayangannya. Farid tak ambil endah, dia terus tunduk memerhatikan tayar
motosikalnya. Ada sesuatu yang tak kena pada rim depan motosikal barunya itu.

       “Em, nasib baik tiga batang saja yang patah,” rungut Farid dalam hati ketika
terpandang tiga batang jejari motosikalnya terkulai. Malam tadi Farid nyaris-nyaris maut
akibat terlanggar tandan kelapa sawit sebesar pungkis. Entah dari mana tandan
kelapa sawit itu datang. Farid hanya menyedari kehadiran tandan sawit itu ketika dia
memecut motosikalnya ke arah selekoh tajam di Bukit Serindit. Farid mesti membuat
pecutan di selekoh itu. Farid tahu hanya dia yang berani melakukan aksi seperti itu.
Banyak sudah saingannya kecundang dan terpaksa mengaku kalah ketika berada di
selekoh tajam itu. Malangnya, pecutan Farid malam tadi mengundang padah
kepadanya.

          Sejak kebelakangan ini, Farid terjebak dalam kegiatan lumba motosikal haram.
Hampir setiap minggu, terutamanya pada malam minggu hujung bulan, Farid berlumba
motosikal. Sudah berkali-kali nenek Lijah menasihati Farid agar berhenti melakukan
aktiviti yang berbahaya itu namun tidak diendahkannya. Farid tetap berlumba. Dia tahu
setiap kali dia menang perlumbaan, dia akan menerima habuan yang lumayan daripada
Tauke Wong. Hal ini yang menyebabkan Farid ketagih untuk berlumba.

      Termasuk malam tadi, sudah dua kali Farid mengalami kecederaan akibat
kemalangan motosikal. Malam tadi, nasib Farid agak baik, dia sempat mengelak. Tayar

1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak     SKEMA SET 3                 Halaman
12
SULIT                                                                           1103/1


motosikalnya hanya melanggar bahagian tepi tandan kelapa sawit itu. Farid terbabas
tetapi sempat mengawal motosikalnya. Dia tidak mengalami kecederaan yang serius,
hanya siku dan lutut kirinya terkelupas disagat tebing jalan. Perkara inilah yang tidak
disenangi oleh Nenek Lijah. Dia khuatir sesuatu yang tidak diingini terjadi terhadap
cucu kesayangannya itu.

      Nenek Lijah mengakui bahawa Farid, cucunya itu seorang pelajar yang bijak.
Sungguhpun begitu, dia agak pendiam dan memilih kawan. Tidak semua orang dapat
berkawan dengannya. Cikgu Osman pernah menghadiahkan sebatang pen ‘Parker’
kepada Farid kerana dia mendapat 6A dalam peperiksaan PMR tahun lepas.

         Kini, Farid belajar dalam Tingkatan Lima Ikhlas iaitu kelas ketiga daripada
enam kelas Tingkatan Lima di sekolahnya. Pada peringkat awal penggal persekolahan,
Farid merupakan pelajar yang gigih belajar. Dia sering mengulang kaji pelajaran di
pusat sumber bersama dua tiga orang kawan rapatnya. Farid selalu mendapat pujian
Cikgu Osman kerana dapat menyelesaikan beberapa soalan Matematik di papan hitam.
Namun, sejak kebelakangan ini perangai Farid sudah berubah. Pencapaian akademik
Farid agak merosot. Tumpuannya terhadap pelajaran semakin kurang, minatnya beralih
kepada motosikal RXZ yang baru dibeli oleh bapanya.

        Bapa Farid seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur, manakala ibunya tinggal
di Pulau Pinang bersama suami barunya. Farid terpaksa tinggal bersama neneknya,
Nenek Lijah di kampung. Sekali sekala ayah Farid akan datang menjenguknya.

         “Farid, jaga elok-elok motosikal ni. Ayah beli motor ni untuk kemudahan Farid
berulang-alik ke sekolah. Ayah berharap Farid belajar bersunguh-sungguh. Tahun ini
Farid nak periksa SPM, jangan nak berlumba haram pulak. Ingat pesan ayah ni!” Farid
masih teringat kata-kata ayahnya ketika menyerahkan motosikal itu kepadanya. Waktu
itu dia baru sahaja lulus ujian undang-undang memandu. Wajahnya berseri-seri
kegembiraan. Memang sudah lama dia mengidam memiliki motosikal itu. Tiga orang
kawannya juga memiliki motosikal jenis yang sama. Selama ini Farid menumpang
motosikal kawan-kawannya ke sekolah.

         Farid sudah lupa pesan ayahnya. Tumpuan Farid tertumpah kepada motosikal
barunya itu. Kini, dia sudah pandai memecut motosikalnya di celah-celah kenderaan
yang sesak di jalan raya. Dia gembira berbuat demikian tanpa memikirkan keselamatan
diri. Malah Farid sudah berani berlumba dengan rakan-rakan motosikalnya yang lain.
Farid sudah ketagih berlumba motosikal dan dia telah mengabaikan pelajarannya.
Cikgu Osman sudah menghidu kepincangan ini.

        “Farid, sejak kebelakangan ini saya dapati awak kurang memberi perhatian
pada pelajaran . Awak ada masalah ke?” tanya Cikgu Osman. Matanya memerhatikan
wajah Farid “ Semalam Razak beritahu saya, awak berlumba motosikal lagi, betul ke
Farid?”

          “Suka-suka saja cikgu,” jawab Farid dengan muka selamba.

          “Farid, lumba haram ni berbahaya dan salah dari segi undang-undang. Kalau
awak tertangkap awak akan dihukum. Jangan lakukan perkara ini lagi, Farid. Apa-apa
hal nanti, nenek awak jugak yang susah. Insaflah, jangan buat silap lagi. Kalau dah
sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan, Farid.”

1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3            Halaman
13
SULIT                                                                          1103/1



           Cikgu Osman memanggil Farid ke bilik guru ekoran kejadian Farid memecut
motosikalnya ketika keluar dari kawasan sekolah tengah hari semalam. Deruman enjin
motosikal RXZ milik Farid sampai ke telinga pengetua sekolah. Nasihat guru kelasnya
itu tidak diendahkan. Malah kini Farid sudah pandai menipu. Dia merahsiakan kegiatan
lumba haramnya itu daripada pengetahuan neneknya. Selama ini neneknya percaya
Farid keluar malam adalah untuk mengulang kaji pelajaran di rumah kawan-kawannya.

          Pagi itu Farid terus membelek-belek tiga jejari motosikalnya yang patah. Dia
perlu membawanya ke kedai Ah Chai. Jejari yang patah itu perlu segera diganti. Jika
tidak, pasti segala rancangannya untuk berlumba malam nanti akan gagal. Dia telah
berjanji untuk menang besar malam ini. Jika menang, Ah Meng akan memberinya
ganjaran RM 200.

         Tempat lumba malam ini agak istimewa bagi Farid iaitu jalan sunyi yang
bermula dari hujung kampungnya hingga ke Bukit Serindit. Jaraknya lebih kurang
sepuluh kilometer pergi dan balik. Jalan bertar yang sempit itu mempunyai tiga selekoh
maut yang terletak berhampiran bukit. Farid sudah biasa dengan keadaan jalan di
kawasan itu. Dia telah merancang dari awal untuk menggunakan kekuatan yang ada.
Dia yakin akan menang dalam perlumbaan malam ini.

        “Kalau aku menang malam ni, dua ratus dalam tangan. Dan, yang penting,
aku akan di gelar ‘Raja Pecut’. Farid tersenyum sendirian memikirkan angan-angannya
itu.

         Malam yang ditunggu-tunggu telah tiba. Beberapa orang pelumba telah
berkumpul di suatu sudut. Mereka membincangkan laluan yang dipilih. Setelah
semuanya berpuas hati dengan laluan yang dipilih dan syarat-syarat yang telah
ditetapkan, mereka mengambil tempat masing-masing bagi memulakan perlumbaan.

         Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Farid segera memecut motosikalnya,
Pesaing-pesaing yang lain turut memecut motosikal masing-masing. Deruman bunyi
motosikal mereka memecah kesunyian malam di Bukit Serindit. Ketika itu Farid berada
di tempat ketiga. Farid dan pesaing-pesaing yang lain terpaksa memadamkan lampu
motosikal mereka. Menurut peraturan yang telah dipersetujui, hanya pelumba yang
paling hadapan dibenar menyalakan lampu. Farid menundukkan kepalanya untuk
memotong pesaing di hadapannya. Perlumbaan semakin sengit. Beberapa selekoh
tajam sudah dilalui.

          Kini, mereka tiba di selekoh yang ketiga, selekoh paling bahaya. Farid
menggunakan kesempatan ini untuk memotong motosikal di hadapan.              Dalam
kegelapan malam yang pekat itu, Farid terus merebahkan dirinya ke kiri bagi
mengimbangi motosikalnya yang mula bergegar. Farid cuba mengawal kelajuan
motosikalnya, namun keadaan menjadi sedikit sukar.         Selekoh yang tajam itu
menyebabkan Farid hilang kawalan. Tiba-tiba, dentuman yang agak kuat menggegar
kesunyian Bukit Serindit. Motosikal Farid menerjah motosikal pelumba di hadapanya.
Pertembungan itu menyebabkan Farid jatuh terguling dan tersepuk di pangkal pokok jati
di tepi jalan. Dia meraung kesakitan. Kaki kirinya patah, bibirnya pecah, dagu dan
kedua-dua belah pipinya tercalar teruk akibat bergesel dengan batu jalan. Farid
mengalami kecederaan yang serius dan terpaksa ditahan di hospital untuk beberapa
hari.

1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3            Halaman
14
SULIT                                                                            1103/1



         Seribu sesalan bermain di benaknya. Kalaulah dia mengikuti nasihat Cikgu
Osman, sudah pasti dia tidak menerima padah ini. Farid insaf dan bertaubat tidak akan
mengulangi perbuatannya itu. Dia masih ingat kata-kata Cikgu Osman, ‘sesat di hujung
jalan, kembali ke pangkal jalan’. Dia bertekad tidak mahu terlibat dalam perlumbaan
haram lagi. Dia kini sedar akan kecacatan yang dialaminya.

        Sejak peristiwa itu, Farid berubah menjadi pelajar yang baik. Dia mula
memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Dia ingin berjaya. Dia mahu
disayangi oleh Cikgu Osman dan rakan-rakan sekelasnya. Azam Farid cuma satu. Dia
mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Itulah hadiah yang paling
berharga untuk neneknya. Dia bertekad untuk menjadi manusia yang berjaya dan
berguna pada masa akan datang.

        Kini, impian Farid sudah menjadi kenyataan. Minggu lepas Farid diumumkan
sebagai salah seorang daripada sepuluh orang pelajar yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM di sekolahnya. Farid bersyukur kerana dia berjaya kembali ke
pangkal jalan. Walaupun sebelum ini Farid telah melakukan kesilapan dan terjebak
dalam kegiatan lumba haram, namun kini dia berjaya mengubah nasib diri dan keluar
daripada kesilapan tersebut.
Farid amat terharu ketika Nenek Lijah memeluknya sambil mengesat air mata gembira.




Soalan 6

Pembangunan negara selalu dikaitkan dengan wujudnya perpaduan erat di kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara ini. Seorang sahabat anda di luar negara telah
menulis surat kepada anda dengan menyatakan hasratnya untuk mengetahui langkah-
langkah yang telah diambil untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara anda.

Balas surat sahabat anda itu.

                                                                  199, Jalan Iskandar,
                                                                   31900 Kampar,
                                                                   Perak Darul Ridzuan.

                                                                  28 Mac 2005

        Menemui sahabatku Safyya yang berada di Iskandariah, Mesir semoga
dilindungi Allah dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Ketika saya menulis surat
ini, saya dan keluarga berada dalam keadaan sihat. Semoga saudari sekeluarga
berlebih-lebihlah lagi hendaknya.

Sahabatku Safyya,
      Apa khabar sekarang? Untuk pengetahuan saudari, surat saudari yang bertarikh
10 Mac 2005 telah selamat saya terima pada minggu yang lalu. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana sudi mengirimkan berita
kepada saya walaupun saudari dalam keadaan sibuk mengulang kaji pelajaran dan

1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3             Halaman
15
SULIT                                                                            1103/1


terlibat dengan beberapa aktiviti di sekolah. Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada
menyatakan bahawa saudari ingin mengetahui langkah-langkah yang telah diambil oleh
kerajaan untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara ini. Dalam surat kali ini, saya
akan menjelaskan secara ringkas usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan
Malaysia untuk memastikan perpaduan kaum di negara ini terus berkekalan.



Saudari,
    Langkah pertama yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia setelah negara
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ialah kerajaan telah menyemarakkan
semangat patriotik di kalangan masyarakat yang berbilang kaum agar rakyat di negara
ini dapat hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa mengira warna kulit, agama, dan
bangsa. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang
menetapkan sistem satu bahasa        pengantar iaitu bahasa Melayu atau bahasa
kebangsaan. Bahasa Melayu ini bukan sahaja menjadi wahana ilmu malah dapat
mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Apabila semua
rakyat menggunakan bahasa rasmi yang boleh difahami, salah faham dan prasangka
atau prejudis di kalangan masyarakat berbilang kaum dapat dikikis. Keadaan ini sudah
pasti dapat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat tempatan. Selain itu, kerajaan
telah memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menerapkan unsur-unsur patriotik
dan elemen kebangsaan. Kerajaan juga mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai
mata pelajaran teras dalam SPM untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan
pelajar. Sekolah Wawasan pula diperkenalkan untuk mewujudkan perpaduan di
kalangan pelajar sejak di bangku sekolah apabila tiga aliran pendidikan yang berbeza
disatukan di bawah satu bumbung.


Saudari,
    Dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum,
kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat
serampang dua mata iaitu merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum yang
disebabkan oleh dasar penjajah dan membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat.
Seperti yang saudari sedia maklum, di Malaysia pernah meletus pergaduhan atau
konflik antara kaum sehingga membawa kepada tragedi 13 Mei 1969. Hal ini
disebabkan oleh ketidakseimbangan yang berlaku dalam bidang ekonomi apabila kaum
terbesar di negara ini iaitu orang Melayu ketinggalan dalam pelbagai bidang. Oleh sebab
itulah kerajaan mewujudkan DEB. Antara usaha yang dijalankan termasuklah
menstruktur semula masyarakat dan memberikan kuota dan harga yang istimewa untuk
membeli rumah di kawasan bandar. Menerusi skim Felda, kerajaan menyalurkan
bantuan subsidi kepada peladang-peladang. Untuk membantu nelayan dan petani pula,
kerajaan memperkenalkan satu agensi seperti LKIM dan FAMA yang berperanan
mengedarkan hasil perolehan tanpa khidmat orang tengah yang cuba mengaut
keuntungan dan mengeksploitasi petani. Kesannya, kehidupan masyarakat luar bandar
akan terurus dan kegiatan antara penduduk bandar dan luar bandar dapat diimbangi.
Oleh itu, semua lapisan masyarakat akan berasa selesa tinggal di bumi bertuah ini dan
akan hidup dalam keadaan aman dan damai.

  Selain itu, perpaduan kaum di negara ini juga wujud apabila kerajaan mengiktiraf dan
menghormati kepercayaan agama yang dianuti oleh pelbagai kaum. Setiap kaum bebas

1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3             Halaman
16
SULIT                                                                           1103/1


mengamalkan amalan kepercayaan dan upacara keagamaan masing-masing.
Contohnya, hari kebesaran kaum terbesar di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan Hari Gawai telah dijadikan hari cuti umum di
Malaysia untuk memberikan peluang kepada rakyat meraikan hari kebesaran masing-
masing. Rakyat daripada pelbagai kaum yang berlainan sama-sama merayakan hari
kebesaran tersebut dengan mengunjungi rumah rakan-rakan dan jiran tetangga mereka
yang mengadakan rumah terbuka. Konsep rumah terbuka yang diperkenalkan dalam
perayaan-perayaan menyambut hari kebesaran ini dapat mewujudkan perpaduan di
kalangan masyarakat menerusi aktiviti kunjung-mengunjungi di samping menikmati
pelbagai juadah yang disediakan mengikut tradisi sesuatu kaum. Dalam hal ini, wujud
toleransi antara kaum dari aspek kepercayaan, adat resam, dan budaya.

Sahabatku yang diingati,
    Usaha mengeratkan perpaduan kaum di negara ini adalah bertitik tolak daripada
wujudnya kestabilan politik di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,
iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Wujudnya gabungan parti yang mewakili
pelbagai kaum di negara saya telah dapat membela kepentingan setiap kaum di negara
ini. Parti UMNO misalnya, membela nasib masyarakat Melayu dan bumiputera. Begitu
juga dengan parti MCA dan MIC yang masing-masing menjaga kepentingan dan
kebajikan kaum Cina dan India di negara ini. Selain itu, para pemimpin sentiasa
mengadakan pemuafakatan demi memelihara kesejahteraan dan memastikan
kehidupan di negara ini aman dan damai. Di negara ini juga, kerajaan memastikan tidak
berlaku huru-hara atau penentangan yang ditimbulkan oleh golongan tertentu yang ingin
memecahbelahkan perpaduan di negara ini. Sekiranya hal ini berlaku, kerajaan akan
segera bertindak menerusi peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan tentera di
negara ini yang ditugaskan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Kerajaan turut memberikan peluang kepada semua kaum menduduki jawatan menteri di
peringkat pusat dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri di peringkat negeri yang akan
memperjuangkan nasib kaum mereka supaya tidak berasa terpinggir.

Saudari,
    Kerajaan turut memperkenalkan lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayan
Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan supaya dipatuhi oleh
setiap rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia akan sentiasa menjadikan kelima-lima prinsip
Rukun Negara sebagai pedoman dalam kehidupan mereka. Selain itu, rakyat di negara
ini akan sentiasa patuh dan taat dalam menjalani kehidupan beragama berasaskan
prinsip pertama Rukun Negara. Rakyat juga sentiasa menunjukkan taat setia yang tidak
berbelah bahagi terhadap negara dan pemerintah melalui prinsip kedua Rukun Negara.
Di samping itu, rakyat sentiasa menjunjung perlembagaan dan mentaati undang-undang
yang ditetapkan di negara ini. Mereka tidak akan berani menimbulkan kekacauan
dalaman yang boleh mengancam kedaulatan negara kerana kerajaan telah menetapkan
undang-undang ISA iaitu memenjarakan sesiapa yang disyaki menimbulkan kekacauan
dalaman dan boleh mengancam keselamatan negara. Usaha-usaha sedemikian adalah
untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Saudari,
   Untuk memastikan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum
dipertahankan, kerajaan turut melancarkan program kempen masyarakat penyayang.
Kempen ini bertujuan untuk menyemaikan sifat kasih sayang dan bekerjasama antara
penduduk berbilang kaum. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan kesedaran tentang

1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3            Halaman
17
SULIT                                                                            1103/1


pentingnya sifat sayang-menyayangi untuk mengekalkan suasana yang aman dan
damai di negara ini. Sebagai contoh, kerajaan turut memperkenalkan ‘Kempen Berbudi
Bahasa’, “Kempen Sayangilah Warga Tua’ dan sebagainya. Apabila diadakan kutipan
derma untuk membantu mangsa-mangsa yang tidak bernasib baik, masyarakat di
negara ini tidak teragak-agak memberikan sumbangan yang ikhlas tanpa melihat warna
kulit dan agama. Mereka semua bersatu atas nama satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.


Saudari,
    Selain itu, perpaduan di kalangan rakyat dapat dieratkan menerusi bidang sukan.
Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja di kalangan atlet tetapi juga mendorong rakyat
berbilang kaum, etnik dan budaya, menggemblengkan semangat berbakti dan
berkorban untuk negara. Sebagai contoh, ketika Malaysia menganjurkan sukan bertaraf
antarabangsa seperti Sukan Komanwel 1998, pihak swasta telah bekerjasama dengan
kerajaan untuk menjayakan sukan tersebut secara sukarela. Hal ini dapat mengukuhkan
nilai perpaduan seperti kerjasama, toleransi dan sebagainya. Atlet-atlet yang bertanding
akan meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan peribadi. Rakyat pula
akan memberikan sokongan padu kepada atlet negara yang bertanding tanpa mengira
kaum untuk memenangi pertandingan atas semangat ‘Malaysia Boleh’.

Saudara,
   Nampaknya setakat inilah sahaja yang dapat saya coretkan buat kali ini untuk
pengetahuan saudari. Besarlah harapan saya semoga maklumat-maklumat yang saya
berikan begitu jelas dan saudari bolehlah berkunjung ke Malaysia untuk melihat dan
menyaksikan sendiri perpaduan yang wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum di
negara ini. Saya berharap saudari akan membalas surat saya dengan segera dan
saudari juga dapat menceritakan kehidupan rakyat di negara saudari. Sambutlah salam
daripada saya seisi keluarga buat saudari sekelurga.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu di Malaysia,
                                                                  Aisyah.




Soalan 7


   Sejak akhir-akhir ini, bilangan buku sastera yang dihasilkan oleh penulis tempatan
   kian berkurangan.. Hal ini menyebabkan buku-buku rujukan dalam bidang ini terlalu
   kurang.

   Jelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan supaya penulis tempatan
   berminat untuk menulis buku-buku sastera.


     Penghasilan karya sastera menandakan suatu perkembangan yang penting
   dalam bidang bahasa. Namun, sejak akhir-akhir ini, bilangan buku sastera yang
   dihasilkan oleh penulis tempatan semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan buku-

1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3             Halaman
18
SULIT                                                                         1103/1


   buku rujukan dalam bidang kesusasteraan terlalu kurang. Menurut Sasterawan
   Negara, Datuk A.Samad Said ketika berucap di Majlis Pelancaran Karya Sastera di
   Pusat Perdagangan Dunia Putra tahun 2004 yang lalu, dalam usaha kita menuju
   Wawasan 2020, perkembangan kesusasteraan tidak harus dilupakan kerana negara
   maju juga memberikan keutamaan kepada pembinaan sastera yang bermutu tinggi.
   Soalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan agar penulis tempatan terus
   berminat untuk menghasilkan karya-karya sastera?

     Satu daripada usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan minat penulis
   tempatan menulis buku-buku sastera ialah dengan memberikan pengiktirafan
   kepada penulis dan mewujudkan beberapa anugerah supaya penulis berasa
   sumbangan mereka sentiasa dihargai. Hal ini demikian kerana apabila ada
   pengiktirafan, penulis-penulis tempatan akan berusaha menghasilkan karya yang
   bermutu untuk menarik minat masyarakat terhdap karya sastera. Pengiktirafan yang
   diberikan dapat menjadi dorongan kepada penulis untuk terus berkarya dan menjadi
   inspirasi yang berkekalan di kalangan penulis. Perkara ini akan mendorong mereka
   untuk terus menulis dengan jujur, bijaksana dan penuh dedikasi.Satu daripada
   anugerah yang diwujudkan ialah Anugerah Sasterawan Muda yang diperkenalkan
   untuk menggalakkan penulis muda yang berbakat untuk menceburkan diri dalam
   bidang penulisan dan menghasilkan karya sastera yang bermutu. Selain itu, pihak
   kerajaan dan badan-badan swasta turut mewujudkan anugerah yang diiktiraf di
   peringkat kebangsaan seperti Anugerah Sasterawan Negara dan Hadiah Sastera
   Utusan Melayu-Public Bank. Anugerah berprestij ini dapat mengangkat martabat
   penulis tempatan untuk menghasilkan karya. Penulis yang telah dicungkil bakatnya
   menerusi anugerah-anugerah tersebut ialah penulis Faisal Teerani, Norhisham
   Mustafa, Mawar Shafie, Saroja Theavi dan lain-lain lagi.

      Di samping itu, pihak kerajaan juga perlulah berusaha untuk membantu penulis
   tempatan memasarkan hasil karya mereka untuk tatapan masyarakat. Pada hari ini,
   penulis tempatan berusaha menghasilkan karya yang bermutu dalam pelbagai genre
   seperti sajak, cerpen, novel, kritikan sastera dan sebagainya. Sekarang timbul
   pertanyaan, kepada siapakah karya itu hendak diserahkan? Kadangkala terdapat
   penulis yang berusaha sendiri menghantar karya kepada penerbit, namun karya itu
   belum tentu diterbitkan. Keadaan yang berlaku ini akan melemahkan minat dan
   semangat penulis tempatan untuk terus berkarya. Oleh itu, pihak kerajaan menerusi
   agensinya seperti Dewan Bahasa dan Pustaka perlu mengambil inisiatif untuk
   menerbitkan karya-karya penulis tempatan. Karya-karya sastera yang diterbitkan ini
   boleh dijadikan buku rujukan wajib di sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian
   tinggi. Sebagai contohnya, Kementerian Pelajaran memperkenalkan KOMSAS
   dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tindakan ini amat wajar kerana secara tidak
   langsung pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasai komponen sastera
   dalam bahasa Melayu. Apabila adanya usaha untuk membantu penulis dari segi
   pemasaran, keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik minat penulis untuk
   terus berkarya kerana penulis sudah mendapat jaminan bahawa selepas ini sudah
   ada khalayak yang akan membaca hasil tulisan mereka.

     Selain itu, badan-badan dan persatuan penulis seperti Gabungan Penulis Nasional
   (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Persatuan Penterjemahan dan
   Penulis Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) perlulah mengadakan pertemuan antara
   penulis dengan lebih kerap supaya idea bersama dapat dikembangkan untuk
   menghasilkan karya yang lebih bermutu. Pertemuan ini akan membolehkan para

1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3           Halaman
19
SULIT                                                                           1103/1


   penulis berbincang dengan teman-teman seperjuangan. Hal ini membolehkan para
   penulis bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam usaha mencetuskan ilham
   atau idea yang baru untuk berkarya. Melalui persatuan ini nanti, kepentingan bidang
   sastera dan bahasa Melayu akan dapat dipertingkat dalam Dasar Pendidikan
   Kebangsaan. Tindakan ini akan melahirkan generasi pelapis pelbagai kaum yang
   mempunyai semangat kekitaan. Penulis akan merealisasikan peranan mereka
   sesuai dengan aspirasi rakyat dan negara. Hasil pertemuan penulis-penulis yang
   lebih kerap untuk berbincang tentang konsep sastera, penulis-penulis dapat
   melahirkan bahan bacaan yang berkualiti dan sekali gus menyumbang ke arah
   pembentukan masyarakat madani.

      Di samping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan penerbit swasta juga
   hendaklah berusaha menerbitkan karya penulis tempatan dengan bayaran yang
   setimpal.. Hal ini demikian kerana penulis-penulis tempatan berpendapat bahawa
   karya-karya mereka amat dihargai apabila terdapat usaha daripada pihak penerbit
   untuk menerbitkan buku-buku mereka. Justeru, penerbit berperanan untuk
   menerbitkan karya-karya penulis tempatan supaya buku-buku rujukan dalam bidang
   kesusasteraan dapat ditambah dan ditingkatkan. Secara tidak langsung keadaan ini
   dapat menggalakkan masyarakat membaca hasil-hasil karya sastera. Syarikat
   penerbitan juga digalakkan untuk menerbitkan karya-karya yang dihasilkan oleh
   banyak penulis dan tidak perlu terikat dengan penulis-penulis tersohor sahaja. Hal
   ini dapat memberikan peluang kepada penulis-penulis baru untuk menghasilkan
   karya.

     Selain itu, kerajaan dan persatuan penulis juga bolehlah mengambil inisiatif untuk
   mengadakan aktiviti yang mampu meningkatkan keberkesanan penulis-penulis
   tempatan dalam berkarya. DBP bolehlah bekerjasama dengan persatuan penulis
   untuk mengadakan bengkel dan seminar penulisan untuk mengasah bakat dalam
   berkarya. Dalam bengkel-bengkel yang diadakan, tokoh-tokoh sastera tersohor
   boleh dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang penghasilan karya sastera
   bermutu. Misalnya, pihak DBP boleh menjemput sasterawan negara seperti
   A.Samad Said, Datuk Nordin Hassan dan Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh untuk
   berceramah atau membentangkan kertas kerja mereka. Penulis-penulis muda dapat
   memperoleh ilham untuk berkarya di samping memotivasikan diri semasa bertukar-
   tukar pendapat dengan penulis-penulis terkenal tanah air. Mereka akan terus
   dibimbing supaya karya sastera yang dihasilkan dapat melambangkan keperibadian
   bangsa dan negara. Penulis-penulis muda akan terus menjadikan penulis-penulis
   terkenal sebagai contoh untuk berkarya.

     Kesimpulannya, langkah yang diutarakan mampu memupuk minat berkarya di
   kalangan penulis tempatan. Sumbangan penulis tempatan dalam menghasilkan
   karya sastera dapat memartabatkan bidang kesusasteraan. Usaha-usaha untuk
   memartabatkan karya penulis tempatan amatlah disanjung tinggi. Semua pihak
   perlulah bekerjasama meningkatkan penghasilan karya sastera supaya karya
   sastera akan mudah diterima oleh seluruh anggota masyarakat. Sesungguhnya,
   sastera ialah gambaran atau cerminan daripada ketamadunan sesuatu bangsa.




1103/1   © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak   SKEMA SET 3            Halaman
20

More Related Content

What's hot

sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 saadiah alidrus
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Jessyca Ungat
 
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISMEBab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISMETeh Boon Siang
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8sumayy fa
 
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac51c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5Hanif Hamid
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaNoha Fiq
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 Seow Han Lin
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 
Topik 5 pembahagian sel
Topik 5   pembahagian selTopik 5   pembahagian sel
Topik 5 pembahagian selsmktsj2
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING NurZahidah22
 
Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)
Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)
Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)Noha Fiq
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam Miss Jia
 

What's hot (20)

sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
Ekonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPMEkonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPM
 
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISMEBab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
 
Sukan & Rekreasi
Sukan & RekreasiSukan & Rekreasi
Sukan & Rekreasi
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
 
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac51c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia keduaFaktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Topik 5 pembahagian sel
Topik 5   pembahagian selTopik 5   pembahagian sel
Topik 5 pembahagian sel
 
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)
Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)
Faktor-Faktor perang dunia pertama (1914-1918)
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam
 

Similar to MENYOKONG SUKAN

Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...YouTuber,G-Vecom
 
Pembelajaran di Rumah/Sekolah: Adaptasi Kegiatan Terapi Bermain
Pembelajaran di Rumah/Sekolah: Adaptasi Kegiatan Terapi BermainPembelajaran di Rumah/Sekolah: Adaptasi Kegiatan Terapi Bermain
Pembelajaran di Rumah/Sekolah: Adaptasi Kegiatan Terapi BermainSumber Belajar PPPPTK TK dan PLB
 
Menuju sra dengan ngabaso(yanti sriyulianti)
Menuju sra dengan ngabaso(yanti sriyulianti)Menuju sra dengan ngabaso(yanti sriyulianti)
Menuju sra dengan ngabaso(yanti sriyulianti)YunitaIndriani6
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Ramalan karangan upsr
Ramalan karangan upsrRamalan karangan upsr
Ramalan karangan upsradryalya2017
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Nur Kareena
 
MODUL 1 P5 Kelas XI Kelompok III Nov 2023.docx
MODUL 1 P5 Kelas XI Kelompok III Nov 2023.docxMODUL 1 P5 Kelas XI Kelompok III Nov 2023.docx
MODUL 1 P5 Kelas XI Kelompok III Nov 2023.docxamirmurzani1
 
Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Norsuhaila Ila
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green schoolhasan46
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green schoolTahrir Masror
 
Kb 1 perspektif keperawatan anak
Kb 1 perspektif keperawatan anakKb 1 perspektif keperawatan anak
Kb 1 perspektif keperawatan anakpjj_kemenkes
 

Similar to MENYOKONG SUKAN (20)

Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 
Pembelajaran di Rumah/Sekolah: Adaptasi Kegiatan Terapi Bermain
Pembelajaran di Rumah/Sekolah: Adaptasi Kegiatan Terapi BermainPembelajaran di Rumah/Sekolah: Adaptasi Kegiatan Terapi Bermain
Pembelajaran di Rumah/Sekolah: Adaptasi Kegiatan Terapi Bermain
 
Menuju sra dengan ngabaso(yanti sriyulianti)
Menuju sra dengan ngabaso(yanti sriyulianti)Menuju sra dengan ngabaso(yanti sriyulianti)
Menuju sra dengan ngabaso(yanti sriyulianti)
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Ramalan karangan upsr
Ramalan karangan upsrRamalan karangan upsr
Ramalan karangan upsr
 
Artikel Ilmiah Non Penelitian
Artikel Ilmiah Non PenelitianArtikel Ilmiah Non Penelitian
Artikel Ilmiah Non Penelitian
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
 
MODUL 1 P5 Kelas XI Kelompok III Nov 2023.docx
MODUL 1 P5 Kelas XI Kelompok III Nov 2023.docxMODUL 1 P5 Kelas XI Kelompok III Nov 2023.docx
MODUL 1 P5 Kelas XI Kelompok III Nov 2023.docx
 
Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)
 
Tugas makalah ibu halimah
Tugas makalah ibu halimahTugas makalah ibu halimah
Tugas makalah ibu halimah
 
Tugas makalah ibu halimah
Tugas makalah ibu halimahTugas makalah ibu halimah
Tugas makalah ibu halimah
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green school
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green school
 
Fakta
FaktaFakta
Fakta
 
Kb 1 perspektif keperawatan anak
Kb 1 perspektif keperawatan anakKb 1 perspektif keperawatan anak
Kb 1 perspektif keperawatan anak
 
Proposa kti samsia
Proposa kti samsiaProposa kti samsia
Proposa kti samsia
 

More from Kay Aniza

LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENGLAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENGKay Aniza
 
Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas2 Set2
Stpm Pam Kertas2 Set2Stpm Pam Kertas2 Set2
Stpm Pam Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas2 Set1
Stpm Pam Kertas2 Set1Stpm Pam Kertas2 Set1
Stpm Pam Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
Bm Kertas1 Set1
Bm Kertas1 Set1Bm Kertas1 Set1
Bm Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2Kay Aniza
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Kay Aniza
 

More from Kay Aniza (20)

LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENGLAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
LAPORAN AKTIVITI HOTS DI DARUL HIKMAH GOPENG
 
Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3Stpm Pam Kertas1 Set3
Stpm Pam Kertas1 Set3
 
Stpm Pam Kertas2 Set2
Stpm Pam Kertas2 Set2Stpm Pam Kertas2 Set2
Stpm Pam Kertas2 Set2
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
Skema Stpm Pam Kertas1 Set2
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
Skema Stpm Pam Kertas2 Set2
 
Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2Stpm Pam Kertas1 Set2
Stpm Pam Kertas1 Set2
 
Stpm Pam Kertas2 Set1
Stpm Pam Kertas2 Set1Stpm Pam Kertas2 Set1
Stpm Pam Kertas2 Set1
 
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
Skema Stpm Pam Kertas1 Set1
 
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
Skema Stpm Pam Kertas2 Set1
 
Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1Stpm Pam Kertas1 Set1
Stpm Pam Kertas1 Set1
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3
 
Bm Kertas1 Set1
Bm Kertas1 Set1Bm Kertas1 Set1
Bm Kertas1 Set1
 
Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2Bm Kertas1 Set2
Bm Kertas1 Set2
 
Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3Bm Kertas1 Set3
Bm Kertas1 Set3
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1
 
Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2Bm Kertas2 Set2
Bm Kertas2 Set2
 
Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3Skema Bm Kertas2 Set3
Skema Bm Kertas2 Set3
 
Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1Skema Bm Kertas1 Set1
Skema Bm Kertas1 Set1
 
Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2Skema Bm Kertas1 Set2
Skema Bm Kertas1 Set2
 
Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3Skema Bm Kertas1 Set3
Skema Bm Kertas1 Set3
 

Recently uploaded

UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...FORTRESS
 
BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...
BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...
BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...FORTRESS
 
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptxerlyndakasim2
 
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGANPPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGANdewihartinah
 
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing SoloCALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solojasa marketing online
 
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptxKUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptxFORTRESS
 
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di IndonesiaTajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di IndonesiaHaseebBashir5
 
Slide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
Slide tentang Akuntansi Perpajakan IndonesiaSlide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
Slide tentang Akuntansi Perpajakan IndonesiaNovrinKartikaTumbade
 
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...FORTRESS
 
Perspektif Psikologi dalam Perubahan Organisasi
Perspektif Psikologi dalam Perubahan OrganisasiPerspektif Psikologi dalam Perubahan Organisasi
Perspektif Psikologi dalam Perubahan OrganisasiSeta Wicaksana
 
04 AKMEN new.pdf........................
04 AKMEN new.pdf........................04 AKMEN new.pdf........................
04 AKMEN new.pdf........................rendisalay
 
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptxMemaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptxSintaDosi
 
MODUL PEGAJARAN ASURANSI BELUM KOMPLIT 1
MODUL PEGAJARAN ASURANSI BELUM KOMPLIT 1MODUL PEGAJARAN ASURANSI BELUM KOMPLIT 1
MODUL PEGAJARAN ASURANSI BELUM KOMPLIT 1alvinjasindo
 
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdgNilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdgNajlaNazhira
 
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...FORTRESS
 
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptxDRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptxnairaazkia89
 
"Mitos dan Kemenangan: Zeus Slot dan Dunia Yunani"
"Mitos dan Kemenangan: Zeus Slot dan Dunia Yunani""Mitos dan Kemenangan: Zeus Slot dan Dunia Yunani"
"Mitos dan Kemenangan: Zeus Slot dan Dunia Yunani"HaseebBashir5
 
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptxASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptxMuhammadDidikJasaGb
 
SV388: Platform Taruhan Sabung Ayam Online yang Populer
SV388: Platform Taruhan Sabung Ayam Online yang PopulerSV388: Platform Taruhan Sabung Ayam Online yang Populer
SV388: Platform Taruhan Sabung Ayam Online yang PopulerHaseebBashir5
 

Recently uploaded (20)

UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
 
BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...
BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...
BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...
 
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
2. PRINSIP KEUANGAN HIJAU- PELATIHAN GREEN FINANCE.pptx
 
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGANPPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
 
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing SoloCALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
 
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptxKUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
 
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di IndonesiaTajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
 
Slide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
Slide tentang Akuntansi Perpajakan IndonesiaSlide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
Slide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
 
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
 
Perspektif Psikologi dalam Perubahan Organisasi
Perspektif Psikologi dalam Perubahan OrganisasiPerspektif Psikologi dalam Perubahan Organisasi
Perspektif Psikologi dalam Perubahan Organisasi
 
04 AKMEN new.pdf........................
04 AKMEN new.pdf........................04 AKMEN new.pdf........................
04 AKMEN new.pdf........................
 
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptxMemaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
 
MODUL PEGAJARAN ASURANSI BELUM KOMPLIT 1
MODUL PEGAJARAN ASURANSI BELUM KOMPLIT 1MODUL PEGAJARAN ASURANSI BELUM KOMPLIT 1
MODUL PEGAJARAN ASURANSI BELUM KOMPLIT 1
 
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdgNilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
 
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
 
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptxDRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
 
"Mitos dan Kemenangan: Zeus Slot dan Dunia Yunani"
"Mitos dan Kemenangan: Zeus Slot dan Dunia Yunani""Mitos dan Kemenangan: Zeus Slot dan Dunia Yunani"
"Mitos dan Kemenangan: Zeus Slot dan Dunia Yunani"
 
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptxASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
 
abortion pills in Kuwait City+966572737505 get Cytotec
abortion pills in Kuwait City+966572737505 get Cytotecabortion pills in Kuwait City+966572737505 get Cytotec
abortion pills in Kuwait City+966572737505 get Cytotec
 
SV388: Platform Taruhan Sabung Ayam Online yang Populer
SV388: Platform Taruhan Sabung Ayam Online yang PopulerSV388: Platform Taruhan Sabung Ayam Online yang Populer
SV388: Platform Taruhan Sabung Ayam Online yang Populer
 

MENYOKONG SUKAN

  • 1. SULIT 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 2¼ jam JABATAN PELAJARAN PERAK LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 1
  • 2. SULIT 1103/1 KARANGAN CONTOH Soalan 1 (a) Kita perlu bijak mengatur langkah dalam menjalani kehidupan harian ini. Satu daripada usaha positif yang sepatutnya kita lakukan ialah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah dan menguntungkan. Kegiatan masa lapang ini dapat dipenuhi mengikut kegemaran dan minat masing- masing. Ada orang mengisi masa lapangnya dengan melakukan kegiatan yang boleh mendatangkan hasil di samping memenuhi minat seperti kegiatan memancing, menternak binatang, berkebun dan sebagainya. Kegiatan memancing misalnya dikatakan dapat memperoleh ketenangan dan melatih diri untuk bersabar dan sedia menghadapi cabaran. Menerusi kegiatan berkebun pula, kita boleh memantapkan anggota jasmani di samping dapat menjaga kesihatan. Sesetengah orang pula suka mengisi masa lapangnya dengan aktiviti riadah dan bermain. Bagi golongan korporat, pemimpin-pemimpin tertinggi negara, ketua-ketua jabatan misalnya, suka melibatkan diri dalam permainan golf. Sambil bermain biasanya mereka akan berbincang tentang hal-hal perniagaan dan urusan-urusan yang menyentuh kepentingan masyarakat dan negara. Permainan golf dianggap sebagai permainan yang berprestij dan elit sifatnya. Namun demikian, akhir-akhir ini, permainan golf mula digemari oleh golongan sederhana dan juga para pelajar hasil daripada publisiti dan galakan daripada pihak yang berwajib. Sesetengah orang berminat mengisi masa lapangnya dengan akiviti yang berkaitan dengan penambahan ilmu pengetahuan seperti membaca buku dan melayari internet. Bagi para pelajar, mereka memang digalakkan menggunakan masa lapang dengan membaca buku sama ada di pusat sumber sekolah atau di perpustakaan awam. Kegiatan seperti ini bukan sahaja membolehkan para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi dapat melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan rasional. Dalam hal ini, tedapat anggota masyarakat yang melibatkan diri untuk semua jenis kegiatan mengisi masa lapang dengan kebijaksanaan mereka mengatur masa. Jelaslah bahawa pengisian masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah harus disahut oleh rakyat negara ini dengan berlapang dada. Kepemimpinan di semua peringkat hendaklah mendukung konsep ‘Kepemimpinan Melayu Teladan’ . Media massa hendaklah terus memainkan peranan dan slogan ‘Rakyat Sihat Negara Maju’ hendaklah diuar-uarkan secara meluas. Tindakan ini dapat merealisasikan aspirasi kita untuk melahirkan warganegara yang bijak menggunakan masa lapang dan berwawasan. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 2
  • 3. SULIT 1103/1 Karangan Contoh Bahagian B Soalan 1 Pembasmian demam denggi di negara kita sudah menjadi agenda negara. Semua pihak diminta bekerjasama menanganinya. Sebagai warganegara yang prihatin, anda bercadang untuk menulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang berkesan untuk membasmi masalah demam denggi di negara kita. Tulis rencana itu selengkapnya. Masalah Deman Denggi - Langkah Untuk Menanganinya Oleh: Ahmad Akmal bin Mohd. Yusuf Kematian seorang pelajar di Kuantan, Pahang pada awal tahun 2005, iaitu Wan Noraini binti Wan Ali (16 Tahun ) pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan begitu mengejutkan semua pihak. Berikutan dengan tragedi itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di Pahang menghentikan sementara kegiatan sukan menerusi subjek Pendidikan Jasmani yang diadakan pada sebelah pagi (6 hingga 8.00 pagi) dan petang (4 hingga 7.00 petang), bagi mengelakkan pelajar digigit oleh nyamuk aedes. Demikian seriusnya hal ini hingga boleh mengganggu aktiviti yang melibatkan kegiatan kokurikulum dan kurikulum itu sendiri. Justeru, kita harus mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah ini. Pelbagai pihak dan berbagai-bagai tindakan harus dilaksanakan bagi menjamin masalah ini tidak berterusan. Pertamanya, kita perlu menyedarkan semua pihak tentang hal ini dengan mengadakan kempen untuk membolehkan kita menguar-uarkan tindakan kita kepada khalayak. Langkah mengadakan majlis perasmian untuk membasmi demam denggi dan menghapuskan nyamuk aedes wajar dilaksanakan. Tindakan ini penting bagi membolehkan orang ramai mengetahui dan menyedari tentang masalah yang kita depani. Risalah-risalah yang berkaitan hendaklah diedarkan kepada orang ramai untuk tatapan dan bacaan mereka. Selain itu, media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik hendaklah memainkan peranan dengan mengemukakan slot khas tentang masalah demam denggi dan pengetahuan mengenainya. Di samping itu, berita- berita tentang demam denggi dan implikasinya, yang berlaku di seluruh negara hendaklah dipaparkan bagi menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat terutama di kalangan warga pendidik dan para pelajar. Selain itu, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan yang aktif. Di peringkat sekolah, kita mengharapkan pengetua atau guru besar dan guru-guru dapat menyedarkan anak-anak murid tentang bahaya penyakit ini dan pentingnya mereka bekerjasama untuk melahirkan persekitaran yang bersih, ceria dan ‘sihat’ di sekolah. Guru-guru yang mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani misalnya, hendaklah mengemukakan hal-hal yang berkaitan dengan demam denggi seperti mengenali nyamuk aedes, mengetahui simpton demam denggi, mengetahui tempat- tempat nyamuk aedes membiak dan cara-cara yang berkesan untuk mengelakkan demam denggi ini. Pelajar-pelajar harus disedarkan bahawa individu yang sihat dan 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 3
  • 4. SULIT 1103/1 cergas pun boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi dan boleh membawa maut. Ajaklah pelajar-pelajar kita bersama-sama mengawal pembiakan nyamuk aedes ini dengan menyatakan betapa seriusnya hal ini dan yang peting dapat dikaitkan dengan diri pelajar itu sendiri. Perangkaan mengenai jumlah pelajar yang terlibat dengan masalah ini hendaklah diutarakan bagi menyedarkan mereka tentang bahaya demam denggi. Misalnya, statistik demam denggi di negeri Perak bagi tahun 2004, sebanyak 3180 orang telah disahkan menghidap demam denggi dan 958 orang iaitu 31% daripadanya ialah pelajar sekolah. Daripada jumlah itu, 9 orang telah meninggal dunia dan 3 orang ialah pelajar sekolah. Bagi tahun 2005 pula (sehingga 31 Januari 2005), sebanyak 319 orang telah disahkan menghidap demam denggi dan 102 daripadanya iaitu (32%) melibatkan pelajar sekolah. Ibu bapa dan masyarakat umum juga hendaklah memberikan kerjasama dalam menjayakan usaha untuk memerangi demam denggi ini. Ibu bapa seharusnya mengajak anak-anak mewujudkan persekitaran yang sihat di rumah. Ibu bapa hendaklah memastikan bahawa tidak ada air yang bertakung di mana-mana dalam kawasan rumah. Ibu bapa juga hendaklah menentukan bahawa semua pasu bunga diurus dengan baik. Ibu bapa harus mendidik anak-anak agar suka akan kebersihan dengan mengamalkan konsep ‘Kepemimpinan Melalui Teladan’. Ahli-ahli korporat dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) haruslah memainkan peranan dengan menyokong segala program untuk memerangi masalah demam denggi ini. Mereka boleh memainkan peranan dengan menghulurkan bantuan dari segi kewangan untuk menerbitkan risalah, kempen dan sebagainya. Mereka juga boleh melibatkan diri dengan membiayai pengiklanan di media elektronik sama ada melalui radio atau televisyen. Kerajaan melalui agensinya sudah tentulah dapat menyumbang dalam hal membasmi demam denggi ini. Tenaga dan kepakaran yang ada dapat digunakan untuk memberikan ceramah dan kesedaran di kalangan rakyat khususnya pelajar-pelajar sekolah. Ceramah yang berkala harus dilaksanakan di setiap sekolah untuk memperlihatkan komitmen dan keseriusan kerajaan dalam menangani masalah ini. Dalam hal ini, kita harus memberikan penekanan kepada pepatah yang menyatakan ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati’. Dalam konteks demam denggi ini, pencegahan menjadi teras kepada tindakan kerana dikatakan demam denggi sebagai penyakit yang tiada ubatnya dan gigitan nyamuk aedes boleh membawa maut. Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah demam denggi ini. Kerjasama yang erat daripada semua pihak, pastinya membuahkan hasil. Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’ dan ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 4
  • 5. SULIT 1103/1 Soalan 2 Kejayaan ahli sukan terutamanya di peringkat antarabangsa dapat membanggakan negara. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya negara kita dapat melahirkan ahli- ahli sukan bertaraf dunia. Beri pendapat anda tentang usaha-usaha untuk melahirkan ahli-ahli sukan bertaraf dunia di negara kita. Bidang sukan dapat menjulang nama sesebuah negara jika ahlinya menempah kejayaan di peringkat antarabangsa. Sebutir pingat emas di kejohanan Sukan Olimpik amat berharga bagi seseorang ahli sukan. Namun, untuk mencapai kejayaan pada tahap itu bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia di sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang aktif dalam penajaan bidang sukan, Malaysia memang berhasrat untuk meraih pingat emas di kejohanan Sukan Olimpik yang umumnya bertaraf dunia. Untuk merealisasikan hasrat itu, negara kita perlu menyediakan prasarana sukan yang canggih dan lengkap. Ahlli sukan negara akan dapat berlatih dengan berkesan jikalau prasarana yang disediakan berkualiti. Mereka juga mampu mencatatkan prestasi yang baik kerana prasarana yang disediakan membantu mereka untuk merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia. Seterusnya, untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia kita perlu memiliki jurulatih yang profesional. Mereka mampu untuk melahirkan ahli sukan yang cemerlang. Sebagai jurulatih profesional, mereka dapat menyediakan program latihan yang sistematik dan berkesan. Ahli-ahli sukan yang telah dipilih akan dilatih oleh tenaga profesional ini. Sebagai contoh, pencapaian negara dalam sukan badminton bertaraf dunia. Hal ini dapat dikaitkan dengan kecemerlangan program latihan yang disediakan oleh jurulatih yang profesional dari negara Cina. Pasukan negara kita pernah dilatih oleh Han Jian dan Yang Yang. Buktinya, negara kita berjaya memenangi Piala Thomas pada tahun 1992 dengan mengalahkan pasukan Indonesia. Selain itu, untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia, kita perlu mencungkil bakat-bakat muda dalam sesuatu bidang sukan. Ahli-ahli sukan muda ini dikumpulkan dan dilatih mengikut disiplin yang dikuasai oleh mereka. Selaras dengan usaha itu, negara kita telah menubuhkan beberapa sekolah sukan di seluruh negara. Antaranya ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Bukit Penawar. Di sekolah-sekolah ini, ahli sukan akan diberikan latihan yang sesuai untuk mencapai kecemerlangan. Program- program sukan digubal supaya ahli-ahli sukan ini menunjukkan prestasi cemerlang pada usia lapan belas tahun dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, terdapat beberapa orang pelajar seperti Mon Rude dalam acara memanah dan Malik Tobias dalam acara deckatlon, telah menunjukkan prestasi yang cemerlang setelah menamatkan pengajian di sekolah-sekolah ini. Sesungguhnya, menyertai sukan bertaraf dunia juga dapat membantu negara untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia. Atlet-atlet kita memerlukan pendedahan dan 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 5
  • 6. SULIT 1103/1 pengalaman bertanding dengan jaguh-jaguh sukan luar negara. Oleh itu, persatuan sukan di negara kita perlu menghantar ahli sukan negara untuk menyertai kejohanan sukan bertaraf dunia. Sebagai contoh, Persatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) telah menghantar beberapa orang atlet untuk menyertai beberapa kejohanan trek dan padang di Jerman. Hasilnya, atlet seperti Loh Kam Zee dan G. Shanti telah berjaya dalam kejohanan sukan trek dan padang peringkat Asia setelah menimba pengalaman menyertai kejohanan di Jerman itu. Selain itu, penajaan juga penting untuk melahirkan ahli-ahli sukan bertaraf dunia. Penajaan dalam bidang sukan ini amat penting supaya ahli-ahli sukan mempunyai kelengkapan yang mencukupi dalam sesuatu kejohanan. Mereka dibekalkan dengan peralatan untuk latihan, kos sara diri dan perbelanjaan untuk menyertai sesuatu kejohanan. Dengan adanya penaja-penaja ini, saya amat yakin kita dapat melahirkan ahli sukan bertaraf dunia. Hal ini terbukti dalam permainan badminton dan bowling. Negara kita dapat menggilap ahli sukan bowling iaitu Shalin Zulkifli, Sarah Yap dan Lee Khim Ngoh yang sering menjulang nama negara di persada antarabangsa dalam sukan ini. Dalam sukan badminton Yonex merupakan penaja yang sering dikaitkan dengan pencapaian cemerlang pasukan badminton negara kita. Kesimpulannya, untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia bukanlah mudah. Komitmen daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk merealisasikan hasrat ini selaras dengan matlamat negara untuk meraih pingat emas dalam kejohanan Sukan Olimpik. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 6
  • 7. SULIT 1103/1 SOALAN 3 Sejak kebelakangan ini, banyak pekerja asing yang datang bekerja di negara kita. Kedatangan mereka didorong oleh faktor ekonomi, keamanan dan faktor-faktor lain. Ulaskan pernyataan tersebut selengkapnya. Sejak merdeka, Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah negara paling aman di rantau Asia Tenggara. Peralihan pucuk pimpinan berlaku dengan teratur menyebabkan tidak berlaku sebarang keadaan yang tidak menentu di negara kita. Keamanan dan kemakmuran negara tidak berlaku dengan sendirinya melainkan atas bebijaksanaan pemimpin membuat perancangan dan diampuhkan lagi dengan kerjasama baik daripada rakyat pelbagai kaum. Kestabilan politik, keamanan dan kemakmuran negara telah mendorong kedatangan pekerja asing dari pelbagai negara seperti Indonesia, Vietnam, Myanmar, India, China dan sebagainya. Keamanan negara dikenal pasti sebagai antara faktor kedatangan pekerja asing ke Malaysia. Melihat dari perspektif sejarah, setelah tamatnya ancaman komunis apabila berkuburnya Parti Komunis Malaya ( PKM ), hanya tragedi 13 Mei 1969 sahaja yang mampu menggugat keamanan negara. Mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut, kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Nasional dan beberapa dasar lain untuk membentuk perpaduan kaum. Natijahnya, hubungan antara kaum semakin erat dan hal ini membolehkan keamanan diwujudkan. Bagi pekerja asing, keamanan dalam sebuah negara amat penting kerana bekerja di sebuah negara yang aman akan menjamin keselamatan mereka . Selain keamanan, kestabilan politik di negara ini juga merupakan pendorong kepada pekerja asing bekerja di negara ini. Pilihan raya demi pilihan raya diadakan di Malaysia tetapi kesemuanya berjalan dengan baik dan teratur.Tidak ada kejadian buruk atau sebarang kekacauan yang tercetus pada setiap musim pilihan raya. Hal ini disebabkan oleh kematangan rakyat untuk memilih dan kematangan para pemimpin parti politik memenangi hati rakyat dengan cara yang bijaksana. Satu hakikat yang perlu diterima ialah walaupun wujudnya parti-parti pembangkang dengan ideologinya sendiri tetapi masih gagal menggugat kekuatan parti pemerintah yang telah memerintah negara sejak merdeka lagi iaitu parti Barisan Nasional, parti gabungan tiga kaum terbesar di Malaysia di samping parti-parti lain dari Sabah dan Sarawak. Kekuatan Barisan Nasional yang berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan dalam tempoh yang lama amat meyakinkan pekerja asing bahawa kestabilan politik sememangnya wujud di negara ini dan dengan kestabilan itu, mereka memilih untuk bekerja di sini, berbanding dengan negara Asia lain yang sentiasa bergolak dan penuh dengan kekacauan. Satu daripada sebab kedatangan pekerja asing ke Malaysia kerana wujudnya peluang pekerjaan yang begitu banyak. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan banyak tenaga kerja sama ada tenaga kerja mahir, separuh mahir ataupun buruh kasar. Tenaga kerja ini diperlukan di pelbagai sektor terutamanya di sektor pembinaan. Sebagai contoh, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa di Sepang dan pembinaan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dibantu oleh tenaga kerja dari luar seperti Indonesia, Bangladesh dan Iran. Begitu juga 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 7
  • 8. SULIT 1103/1 dengan projek-projek perumahan yang tumbuh seperti “ cendawan tumbuh selepas hujan” di sekitar Kuala Lumpur dan bandar raya lain yang tenaga kerjanya didominasi oleh tenaga kerja asing. Selain sektor pembinaan, sektor perladangan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di ladang kelapa sawit. Selain peluang pekerjaan, tenaga kerja dari negara luar juga tertarik dengan kadar upah yang dikatakan lebih tinggi berbanding dengan upah yang diperoleh oleh mereka jika bekerja di negara mereka. Faktor upah ini ada kaitannya dengan nilai mata wang negara yang lebih tinggi. Misalnya, nilai Ringgit Malaysia lebih tinggi daripada nilai Rupiah Indonesia. Bagi buruh Indonesia, pendapatan sebanyak RM 30.00 sehari sama ada sebagai buruh kontrak atau pekerja ladang dianggap terlalu tinggi jika dinilai dalam mata wang mereka. Oleh sebab itulah , rakyat Indonesia yang baru bekerja beberapa tahun di negara ini sudah mampu memiliki banglo besar dan berekar-ekar tanah di negara asal mereka. Faktor agama, bahasa dan kebudayaan juga merupakan faktor penting yang menjadi daya penarik kehadiran beramai-ramai pekerja asing ke Malaysia. Islam ialah agama rasmi negara ini lantaran majoriti penduduknya beragama Islam. Hal ini sekali gus menarik pekerja Islam dari negara Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Burma untuk bekerja di sini. Masalah untuk menikmati makanan yang halal atau kemudahan untuk beribadat tidak timbul berbanding jika mereka bekerja di negara bukan Islam. Malaysia dan Indonesia dari satu rumpun bangsa yang sama. Bahasa yang sama dan adat budaya yang juga hampir sama. Tidak timbul masalah komunikasi jika pekerja Indonesia bekerja di Malaysia. Mereka juga tidak perlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan adat budaya masyarakat Melayu di sini. Bagi pekerja Indonesia, mereka berasa selamat dan selesa untuk bekerja, bahkan ada yang berhasrat untuk terus menetap di sini dengan mengahwini gadis atau pemuda tempatan. Mereka juga akan memohon kewarganegaraan setelah melepasi syarat yang ditetapkan. Faktor ini jugalah yang menyebabkan pekerja dari Indonesia bertali arus datangnya. . Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa Malaysia menjadi destinasi pilihan warga asing untuk mencari pekerjaan. Sesungguhnya, kehadiran mereka sememangnya dipengaruhi oleh keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia seperti yang telah diutarakan. Semoga pekerja asing ini menyedari hakikat bahawa mereka menumpang tuah di bumi Malaysia ini. Justeru, mereka perlulah berpegang kepada hakikat bahawa ‘ di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ supaya kehadiran mereka tidak menimbulkan apa-apa implikasi negatif di bumi bertuah ini. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 8
  • 9. SULIT 1103/1 Soalan 4 Anda ialah bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Anda telah diwawancara oleh wartawan sebuah akhbar tempatan tentang program berkenaan. Tulis wawancara itu selengkapnya. Baru-baru ini, sebaik sahaja saya tamat mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kumpulan pertama siri 2/2005, saya telah dikunjungi wartawan akhbar Warta Perdana yang mewancara saya tentang program PLKN tersebut. Ikuti wawancara berkenaan. Wartawan : Assalamualaikum. Bagi pihak akhbar Warta Perdana, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian saudari untuk diwawancara. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana saudari telah terpilih sebagai salah seorang pelatih terbaik. Rosiah : Waalaikumussalam dan terima kasih kembali. Wartawan : Bolehkah anda nyatakan rahsia bagaimana anda terpilih sebagai seorang pelatih terbaik? Rosiah : Saya seperti juga pelatih lain, yang sentiasa berdisiplin, cergas dan cerdas dalam menjalani aktiviti semasa latihan di samping mematuhi peraturan dalam kehidupan harian di pusat latihan. Barangkali, saya agak bernasib baik kerana terpilih antara sepuluh pelatih yang terbaik. Wartawan : Bagaimana perasaan saudari apabila terpilih sebagai seorang pelatih PLKN dahulu? Rosiah : Apabila saya menerima surat panggilan untuk menghadiri latihan ini, saya sungguh gembira. Bak kata pepatah, ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Kegembiraan ini timbul kerana saya amat berminat dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam PLKN ini. Sebenarnya, saya sentiasa mengikuti laporan-laporan tentang aktiviti dalam program PLKN melalui akhbar tempatan. Di samping itu, saya juga mempunyai rakan- rakan yang sebelum ini sudah terlibat dalam program PLKN ini. Sesungguhnya, saya beruntung kerana saya terpilih dalam siri kedua program ini dan bukannya sebagai peserta yang pertama kali menghadiri program ini. Wartawan : Mengapa saudari berkata demikian? Rosiah : Saya berkata demikian kerana lazimnya program yang besar begini tentunya menimbulkan reaksi dan pandangan yang pelbagai. Keadaan ini akan menyebabkan timbulnya keraguan atau kesangsian. Oleh sebab jumlah peserta yang terlibat dalam satu -satu ambilan menjangkau 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 9
  • 10. SULIT 1103/1 hingga melebihi 20,000 orang, dan melibatkan 71 buah kem latihan, sudah tentulah ada masalah yang timbul pada peringkat awalnya. Tambahan pula, kadang-kadang timbul cakap-cakap yang tidak berasas sama sekali. Saya yakin bahawa pengalaman mendatangkan kebaikan dan membawa impak yang positif kepada kita. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri yang kedua ini telah berjalan dengan baik dan segala masalah yang timbul sebelumnya telah dapat diatasi. Wartawan : Bagaimana pendapat saudari tentang aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini dan impaknya kepada pelatih. Rosiah : Saya sangat berpuas hati dengan aktiviti yang saya lalui dalam program ini. Aktiviti bercorak fizikal dan lasak merupakan aktiviti yang digemari oleh semua peserta. Selain itu, kami juga terlibat dengan aktiviti kumpulan, ceramah, program motivasi, aktiviti khidmat masyarakat di samping aktiviti yang bercorak kerohanian dan yang berkaitan dengan aspek keagamaan. Penglibatan para peserta dalam aktiviti berkenaan, dapat membangkitkan kesedaran dan keimanan. Aktiviti seperti membantu mangsa tsunami dengan membersihkan kawasan yang terlibat misalnya, dapat membangkitkan semangat kekitaan dan sikap keprihatinan di kalangan peserta. Di samping itu, para pelatih dapat membina keperibadian yang baik, daya ketahanan yang tinggi serta memperkasa semangat cinta akan negara. Selain itu, bagi saya yang penting ialah kami dapat mengisi masa lapang yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah dan hal ini akan dapat mengurangkan gejala sosial terutama gejala lepak dan bohsia. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga dapat memupuk perasaan kerjasama, perpaduan dan integrasi di kalangan remaja yang terlibat dalam program ini. Wartawan : Bolehkah saudari memberikan komen lebih lanjut tentang aspek perpaduan dan integrasi ini? Rosiah : Melalui aktiviti dalam program ini, semangat persaudaraan dapat dipupuk apabila saban hari kita sering bekerjasama, bergaul dan membuat keputusan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Menerusi aktiviti bercorak kumpulan, sama ada yang melibatkan ketahanan fizikal atau perbincangan dapat membangkitkan kesedaran kepada para pelatih tentang kehendak dan matlamat negara yang perlu dipikul bersama. Aktiviti yang dilaksanakan memungkinkan kita bergaul mesra dan saling memahami. Di samping itu, langkah pihak berkuasa menyediakan uniform yang seragam dan segak, dapat menimbulkan semangat integrasi di kalangan peserta. Program ini merupakan satu usaha yang sangat berkesan dalam memperkukuh perpaduan yang telah dibina di peringkat sekolah. Semangat muhibah dan kemesraan para peserta, dapat kita lihat pada hari perpisahan selepas diadakan Majlis Tamat Latihan. Suasana pada ketika itu, begitu mengusik perasaan. Pelatih yang terdiri daripada pelbagai kaum dan yang datang dari pelbagai daerah di pelosok negara, memperlihatkan keakraban mereka dan banyak yang menitiskan air mata. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 10
  • 11. SULIT 1103/1 Wartawan : Banyak pelatih yang menyatakan bahawa selepas mengikuti program ini, mereka berasa lebih yakin dan bertanggungjawab. Apa pandangan saudari tentang hal ini? Rosiah : Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut. Saya percaya bahawa ibu bapa para peserta juga merasakan perubahan positif yang dialami oleh anak mereka. Pada pendapat saya, melalui ‘kehidupan’ di tempat latihan dan aktiviti yang dilaksanakan telah dapat melatih kami supaya berdisiplin dan bertanggungjawab. Kami dilatih mematuhi arahan dan juga dilatih supaya akur kepada jadual yang ditetapkan. Kami juga dilatih dari segi ketahanan fizikal dan mental. Segalanya ini memberikan kesan yang positif dan dapat membentuk peribadi yang mulia. Oleh sebab para pelatih berada jauh dari rumah dalam masa yang agak panjang pula, suasana ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk merenung diri dan berdikari. Persekitaran di rumah dan di sekolah, kadang-kadang tidak mengizinkan kita melihat diri kita dari segi kekuatan dan kelemahannya. Di sini, kita dapat menghargai kelebihan orang lain dan menyedari kelemahan kita. Kehadiran pemimpin kita termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bertemu dan berbual mesra dengan para pelatih, memberikan suntikan semangat kepada mereka untuk menjadi warganegara yang berguna kepada masyarakat dan negara. Barangkali, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa program ini telah ‘mendewasakan’ para peserta. Wartawan : Bagaimana dengan beberapa insiden yang tidak menyenangkan? Rosiah : Pada pendapat saya, hal ini boleh dianggap sebagai peristiwa yang terpencil. Kita hanya mendengar satu atau dua peristiwa di satu atau dua buah kem daripada 71 buah kem latihan di seluruh negara. Kita harus memahami bahawa pelatih datang daripada pelbagai peringkat dan dari tempat yang berbeza. Oleh itu, kadang-kadang perkara kecil pun boleh menimbulkan ketidakpuasan hati. Hal ini berlaku mungkin kerana kurangnya kesedaran di kalangan peserta dan kewaspadaan di kalangan para jurulatih. Walau bagaimanapun, saya fikir kedaaan ini hanya berlaku di peringkat awal program ini diperkenalkan dahulu. Bagi saya, kita perlu belajar daripada kesilapan. Sekarang ini, segalanya berjalan dengan baik. Saya fikir, masalah ini dapat ditangani kerana pengalaman jurulatih serta kepekaaan pemimpin di semua peringkat terutama di peringkat tertinggi kepemimpinan negara. Wartawan : Apakah nasihat saudari kepada pelatih yang sedang mengikuti latihan ini dan bakal pelatih PLKN? Rosiah : Bagi para pelatih yang sedang mengikuti program ini, saya menasihati mereka supaya berdisiplin dan mengikuti segala aktiviti dengan berlapang dada serta bersungguh-sungguh melaksanakan segala yang diarahkan. Mereka harus menggunakan masa tiga bulan di kem latihan dengan sebaik mungkin. Bagi bakal pelatih pula, mereka seharusnya 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 11
  • 12. SULIT 1103/1 bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya harap mereka tidak terpengaruh dengan cerita-cerita yang tiada berasas. Wartawan : Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas kesudian saudari diwawancara. Rosiah : Terima kasih kembali. Soalan 5 Peribahasa “ sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan “ bermaksud jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas. Tajuk : Kembali Ke Pangkal Jalan Oleh: Norfaizah Haji Alias “Farid, sampai bila Farid nak buat kerja berbahaya macam ni?” suara nenek Lijah memecah kesunyian pagi itu sambil melihat luka pada siku Farid, cucu kesayangannya. Farid tak ambil endah, dia terus tunduk memerhatikan tayar motosikalnya. Ada sesuatu yang tak kena pada rim depan motosikal barunya itu. “Em, nasib baik tiga batang saja yang patah,” rungut Farid dalam hati ketika terpandang tiga batang jejari motosikalnya terkulai. Malam tadi Farid nyaris-nyaris maut akibat terlanggar tandan kelapa sawit sebesar pungkis. Entah dari mana tandan kelapa sawit itu datang. Farid hanya menyedari kehadiran tandan sawit itu ketika dia memecut motosikalnya ke arah selekoh tajam di Bukit Serindit. Farid mesti membuat pecutan di selekoh itu. Farid tahu hanya dia yang berani melakukan aksi seperti itu. Banyak sudah saingannya kecundang dan terpaksa mengaku kalah ketika berada di selekoh tajam itu. Malangnya, pecutan Farid malam tadi mengundang padah kepadanya. Sejak kebelakangan ini, Farid terjebak dalam kegiatan lumba motosikal haram. Hampir setiap minggu, terutamanya pada malam minggu hujung bulan, Farid berlumba motosikal. Sudah berkali-kali nenek Lijah menasihati Farid agar berhenti melakukan aktiviti yang berbahaya itu namun tidak diendahkannya. Farid tetap berlumba. Dia tahu setiap kali dia menang perlumbaan, dia akan menerima habuan yang lumayan daripada Tauke Wong. Hal ini yang menyebabkan Farid ketagih untuk berlumba. Termasuk malam tadi, sudah dua kali Farid mengalami kecederaan akibat kemalangan motosikal. Malam tadi, nasib Farid agak baik, dia sempat mengelak. Tayar 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 12
  • 13. SULIT 1103/1 motosikalnya hanya melanggar bahagian tepi tandan kelapa sawit itu. Farid terbabas tetapi sempat mengawal motosikalnya. Dia tidak mengalami kecederaan yang serius, hanya siku dan lutut kirinya terkelupas disagat tebing jalan. Perkara inilah yang tidak disenangi oleh Nenek Lijah. Dia khuatir sesuatu yang tidak diingini terjadi terhadap cucu kesayangannya itu. Nenek Lijah mengakui bahawa Farid, cucunya itu seorang pelajar yang bijak. Sungguhpun begitu, dia agak pendiam dan memilih kawan. Tidak semua orang dapat berkawan dengannya. Cikgu Osman pernah menghadiahkan sebatang pen ‘Parker’ kepada Farid kerana dia mendapat 6A dalam peperiksaan PMR tahun lepas. Kini, Farid belajar dalam Tingkatan Lima Ikhlas iaitu kelas ketiga daripada enam kelas Tingkatan Lima di sekolahnya. Pada peringkat awal penggal persekolahan, Farid merupakan pelajar yang gigih belajar. Dia sering mengulang kaji pelajaran di pusat sumber bersama dua tiga orang kawan rapatnya. Farid selalu mendapat pujian Cikgu Osman kerana dapat menyelesaikan beberapa soalan Matematik di papan hitam. Namun, sejak kebelakangan ini perangai Farid sudah berubah. Pencapaian akademik Farid agak merosot. Tumpuannya terhadap pelajaran semakin kurang, minatnya beralih kepada motosikal RXZ yang baru dibeli oleh bapanya. Bapa Farid seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur, manakala ibunya tinggal di Pulau Pinang bersama suami barunya. Farid terpaksa tinggal bersama neneknya, Nenek Lijah di kampung. Sekali sekala ayah Farid akan datang menjenguknya. “Farid, jaga elok-elok motosikal ni. Ayah beli motor ni untuk kemudahan Farid berulang-alik ke sekolah. Ayah berharap Farid belajar bersunguh-sungguh. Tahun ini Farid nak periksa SPM, jangan nak berlumba haram pulak. Ingat pesan ayah ni!” Farid masih teringat kata-kata ayahnya ketika menyerahkan motosikal itu kepadanya. Waktu itu dia baru sahaja lulus ujian undang-undang memandu. Wajahnya berseri-seri kegembiraan. Memang sudah lama dia mengidam memiliki motosikal itu. Tiga orang kawannya juga memiliki motosikal jenis yang sama. Selama ini Farid menumpang motosikal kawan-kawannya ke sekolah. Farid sudah lupa pesan ayahnya. Tumpuan Farid tertumpah kepada motosikal barunya itu. Kini, dia sudah pandai memecut motosikalnya di celah-celah kenderaan yang sesak di jalan raya. Dia gembira berbuat demikian tanpa memikirkan keselamatan diri. Malah Farid sudah berani berlumba dengan rakan-rakan motosikalnya yang lain. Farid sudah ketagih berlumba motosikal dan dia telah mengabaikan pelajarannya. Cikgu Osman sudah menghidu kepincangan ini. “Farid, sejak kebelakangan ini saya dapati awak kurang memberi perhatian pada pelajaran . Awak ada masalah ke?” tanya Cikgu Osman. Matanya memerhatikan wajah Farid “ Semalam Razak beritahu saya, awak berlumba motosikal lagi, betul ke Farid?” “Suka-suka saja cikgu,” jawab Farid dengan muka selamba. “Farid, lumba haram ni berbahaya dan salah dari segi undang-undang. Kalau awak tertangkap awak akan dihukum. Jangan lakukan perkara ini lagi, Farid. Apa-apa hal nanti, nenek awak jugak yang susah. Insaflah, jangan buat silap lagi. Kalau dah sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan, Farid.” 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 13
  • 14. SULIT 1103/1 Cikgu Osman memanggil Farid ke bilik guru ekoran kejadian Farid memecut motosikalnya ketika keluar dari kawasan sekolah tengah hari semalam. Deruman enjin motosikal RXZ milik Farid sampai ke telinga pengetua sekolah. Nasihat guru kelasnya itu tidak diendahkan. Malah kini Farid sudah pandai menipu. Dia merahsiakan kegiatan lumba haramnya itu daripada pengetahuan neneknya. Selama ini neneknya percaya Farid keluar malam adalah untuk mengulang kaji pelajaran di rumah kawan-kawannya. Pagi itu Farid terus membelek-belek tiga jejari motosikalnya yang patah. Dia perlu membawanya ke kedai Ah Chai. Jejari yang patah itu perlu segera diganti. Jika tidak, pasti segala rancangannya untuk berlumba malam nanti akan gagal. Dia telah berjanji untuk menang besar malam ini. Jika menang, Ah Meng akan memberinya ganjaran RM 200. Tempat lumba malam ini agak istimewa bagi Farid iaitu jalan sunyi yang bermula dari hujung kampungnya hingga ke Bukit Serindit. Jaraknya lebih kurang sepuluh kilometer pergi dan balik. Jalan bertar yang sempit itu mempunyai tiga selekoh maut yang terletak berhampiran bukit. Farid sudah biasa dengan keadaan jalan di kawasan itu. Dia telah merancang dari awal untuk menggunakan kekuatan yang ada. Dia yakin akan menang dalam perlumbaan malam ini. “Kalau aku menang malam ni, dua ratus dalam tangan. Dan, yang penting, aku akan di gelar ‘Raja Pecut’. Farid tersenyum sendirian memikirkan angan-angannya itu. Malam yang ditunggu-tunggu telah tiba. Beberapa orang pelumba telah berkumpul di suatu sudut. Mereka membincangkan laluan yang dipilih. Setelah semuanya berpuas hati dengan laluan yang dipilih dan syarat-syarat yang telah ditetapkan, mereka mengambil tempat masing-masing bagi memulakan perlumbaan. Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Farid segera memecut motosikalnya, Pesaing-pesaing yang lain turut memecut motosikal masing-masing. Deruman bunyi motosikal mereka memecah kesunyian malam di Bukit Serindit. Ketika itu Farid berada di tempat ketiga. Farid dan pesaing-pesaing yang lain terpaksa memadamkan lampu motosikal mereka. Menurut peraturan yang telah dipersetujui, hanya pelumba yang paling hadapan dibenar menyalakan lampu. Farid menundukkan kepalanya untuk memotong pesaing di hadapannya. Perlumbaan semakin sengit. Beberapa selekoh tajam sudah dilalui. Kini, mereka tiba di selekoh yang ketiga, selekoh paling bahaya. Farid menggunakan kesempatan ini untuk memotong motosikal di hadapan. Dalam kegelapan malam yang pekat itu, Farid terus merebahkan dirinya ke kiri bagi mengimbangi motosikalnya yang mula bergegar. Farid cuba mengawal kelajuan motosikalnya, namun keadaan menjadi sedikit sukar. Selekoh yang tajam itu menyebabkan Farid hilang kawalan. Tiba-tiba, dentuman yang agak kuat menggegar kesunyian Bukit Serindit. Motosikal Farid menerjah motosikal pelumba di hadapanya. Pertembungan itu menyebabkan Farid jatuh terguling dan tersepuk di pangkal pokok jati di tepi jalan. Dia meraung kesakitan. Kaki kirinya patah, bibirnya pecah, dagu dan kedua-dua belah pipinya tercalar teruk akibat bergesel dengan batu jalan. Farid mengalami kecederaan yang serius dan terpaksa ditahan di hospital untuk beberapa hari. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 14
  • 15. SULIT 1103/1 Seribu sesalan bermain di benaknya. Kalaulah dia mengikuti nasihat Cikgu Osman, sudah pasti dia tidak menerima padah ini. Farid insaf dan bertaubat tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Dia masih ingat kata-kata Cikgu Osman, ‘sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan’. Dia bertekad tidak mahu terlibat dalam perlumbaan haram lagi. Dia kini sedar akan kecacatan yang dialaminya. Sejak peristiwa itu, Farid berubah menjadi pelajar yang baik. Dia mula memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Dia ingin berjaya. Dia mahu disayangi oleh Cikgu Osman dan rakan-rakan sekelasnya. Azam Farid cuma satu. Dia mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Itulah hadiah yang paling berharga untuk neneknya. Dia bertekad untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna pada masa akan datang. Kini, impian Farid sudah menjadi kenyataan. Minggu lepas Farid diumumkan sebagai salah seorang daripada sepuluh orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM di sekolahnya. Farid bersyukur kerana dia berjaya kembali ke pangkal jalan. Walaupun sebelum ini Farid telah melakukan kesilapan dan terjebak dalam kegiatan lumba haram, namun kini dia berjaya mengubah nasib diri dan keluar daripada kesilapan tersebut. Farid amat terharu ketika Nenek Lijah memeluknya sambil mengesat air mata gembira. Soalan 6 Pembangunan negara selalu dikaitkan dengan wujudnya perpaduan erat di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Seorang sahabat anda di luar negara telah menulis surat kepada anda dengan menyatakan hasratnya untuk mengetahui langkah- langkah yang telah diambil untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara anda. Balas surat sahabat anda itu. 199, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan. 28 Mac 2005 Menemui sahabatku Safyya yang berada di Iskandariah, Mesir semoga dilindungi Allah dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Ketika saya menulis surat ini, saya dan keluarga berada dalam keadaan sihat. Semoga saudari sekeluarga berlebih-lebihlah lagi hendaknya. Sahabatku Safyya, Apa khabar sekarang? Untuk pengetahuan saudari, surat saudari yang bertarikh 10 Mac 2005 telah selamat saya terima pada minggu yang lalu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana sudi mengirimkan berita kepada saya walaupun saudari dalam keadaan sibuk mengulang kaji pelajaran dan 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 15
  • 16. SULIT 1103/1 terlibat dengan beberapa aktiviti di sekolah. Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada menyatakan bahawa saudari ingin mengetahui langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara ini. Dalam surat kali ini, saya akan menjelaskan secara ringkas usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan perpaduan kaum di negara ini terus berkekalan. Saudari, Langkah pertama yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ialah kerajaan telah menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat yang berbilang kaum agar rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa mengira warna kulit, agama, dan bangsa. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan sistem satu bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu ini bukan sahaja menjadi wahana ilmu malah dapat mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Apabila semua rakyat menggunakan bahasa rasmi yang boleh difahami, salah faham dan prasangka atau prejudis di kalangan masyarakat berbilang kaum dapat dikikis. Keadaan ini sudah pasti dapat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat tempatan. Selain itu, kerajaan telah memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menerapkan unsur-unsur patriotik dan elemen kebangsaan. Kerajaan juga mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras dalam SPM untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan pula diperkenalkan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar sejak di bangku sekolah apabila tiga aliran pendidikan yang berbeza disatukan di bawah satu bumbung. Saudari, Dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat serampang dua mata iaitu merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum yang disebabkan oleh dasar penjajah dan membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat. Seperti yang saudari sedia maklum, di Malaysia pernah meletus pergaduhan atau konflik antara kaum sehingga membawa kepada tragedi 13 Mei 1969. Hal ini disebabkan oleh ketidakseimbangan yang berlaku dalam bidang ekonomi apabila kaum terbesar di negara ini iaitu orang Melayu ketinggalan dalam pelbagai bidang. Oleh sebab itulah kerajaan mewujudkan DEB. Antara usaha yang dijalankan termasuklah menstruktur semula masyarakat dan memberikan kuota dan harga yang istimewa untuk membeli rumah di kawasan bandar. Menerusi skim Felda, kerajaan menyalurkan bantuan subsidi kepada peladang-peladang. Untuk membantu nelayan dan petani pula, kerajaan memperkenalkan satu agensi seperti LKIM dan FAMA yang berperanan mengedarkan hasil perolehan tanpa khidmat orang tengah yang cuba mengaut keuntungan dan mengeksploitasi petani. Kesannya, kehidupan masyarakat luar bandar akan terurus dan kegiatan antara penduduk bandar dan luar bandar dapat diimbangi. Oleh itu, semua lapisan masyarakat akan berasa selesa tinggal di bumi bertuah ini dan akan hidup dalam keadaan aman dan damai. Selain itu, perpaduan kaum di negara ini juga wujud apabila kerajaan mengiktiraf dan menghormati kepercayaan agama yang dianuti oleh pelbagai kaum. Setiap kaum bebas 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 16
  • 17. SULIT 1103/1 mengamalkan amalan kepercayaan dan upacara keagamaan masing-masing. Contohnya, hari kebesaran kaum terbesar di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan Hari Gawai telah dijadikan hari cuti umum di Malaysia untuk memberikan peluang kepada rakyat meraikan hari kebesaran masing- masing. Rakyat daripada pelbagai kaum yang berlainan sama-sama merayakan hari kebesaran tersebut dengan mengunjungi rumah rakan-rakan dan jiran tetangga mereka yang mengadakan rumah terbuka. Konsep rumah terbuka yang diperkenalkan dalam perayaan-perayaan menyambut hari kebesaran ini dapat mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat menerusi aktiviti kunjung-mengunjungi di samping menikmati pelbagai juadah yang disediakan mengikut tradisi sesuatu kaum. Dalam hal ini, wujud toleransi antara kaum dari aspek kepercayaan, adat resam, dan budaya. Sahabatku yang diingati, Usaha mengeratkan perpaduan kaum di negara ini adalah bertitik tolak daripada wujudnya kestabilan politik di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Wujudnya gabungan parti yang mewakili pelbagai kaum di negara saya telah dapat membela kepentingan setiap kaum di negara ini. Parti UMNO misalnya, membela nasib masyarakat Melayu dan bumiputera. Begitu juga dengan parti MCA dan MIC yang masing-masing menjaga kepentingan dan kebajikan kaum Cina dan India di negara ini. Selain itu, para pemimpin sentiasa mengadakan pemuafakatan demi memelihara kesejahteraan dan memastikan kehidupan di negara ini aman dan damai. Di negara ini juga, kerajaan memastikan tidak berlaku huru-hara atau penentangan yang ditimbulkan oleh golongan tertentu yang ingin memecahbelahkan perpaduan di negara ini. Sekiranya hal ini berlaku, kerajaan akan segera bertindak menerusi peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan tentera di negara ini yang ditugaskan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kerajaan turut memberikan peluang kepada semua kaum menduduki jawatan menteri di peringkat pusat dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri di peringkat negeri yang akan memperjuangkan nasib kaum mereka supaya tidak berasa terpinggir. Saudari, Kerajaan turut memperkenalkan lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan supaya dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia akan sentiasa menjadikan kelima-lima prinsip Rukun Negara sebagai pedoman dalam kehidupan mereka. Selain itu, rakyat di negara ini akan sentiasa patuh dan taat dalam menjalani kehidupan beragama berasaskan prinsip pertama Rukun Negara. Rakyat juga sentiasa menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara dan pemerintah melalui prinsip kedua Rukun Negara. Di samping itu, rakyat sentiasa menjunjung perlembagaan dan mentaati undang-undang yang ditetapkan di negara ini. Mereka tidak akan berani menimbulkan kekacauan dalaman yang boleh mengancam kedaulatan negara kerana kerajaan telah menetapkan undang-undang ISA iaitu memenjarakan sesiapa yang disyaki menimbulkan kekacauan dalaman dan boleh mengancam keselamatan negara. Usaha-usaha sedemikian adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Saudari, Untuk memastikan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dipertahankan, kerajaan turut melancarkan program kempen masyarakat penyayang. Kempen ini bertujuan untuk menyemaikan sifat kasih sayang dan bekerjasama antara penduduk berbilang kaum. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan kesedaran tentang 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 17
  • 18. SULIT 1103/1 pentingnya sifat sayang-menyayangi untuk mengekalkan suasana yang aman dan damai di negara ini. Sebagai contoh, kerajaan turut memperkenalkan ‘Kempen Berbudi Bahasa’, “Kempen Sayangilah Warga Tua’ dan sebagainya. Apabila diadakan kutipan derma untuk membantu mangsa-mangsa yang tidak bernasib baik, masyarakat di negara ini tidak teragak-agak memberikan sumbangan yang ikhlas tanpa melihat warna kulit dan agama. Mereka semua bersatu atas nama satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Saudari, Selain itu, perpaduan di kalangan rakyat dapat dieratkan menerusi bidang sukan. Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja di kalangan atlet tetapi juga mendorong rakyat berbilang kaum, etnik dan budaya, menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban untuk negara. Sebagai contoh, ketika Malaysia menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel 1998, pihak swasta telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menjayakan sukan tersebut secara sukarela. Hal ini dapat mengukuhkan nilai perpaduan seperti kerjasama, toleransi dan sebagainya. Atlet-atlet yang bertanding akan meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan peribadi. Rakyat pula akan memberikan sokongan padu kepada atlet negara yang bertanding tanpa mengira kaum untuk memenangi pertandingan atas semangat ‘Malaysia Boleh’. Saudara, Nampaknya setakat inilah sahaja yang dapat saya coretkan buat kali ini untuk pengetahuan saudari. Besarlah harapan saya semoga maklumat-maklumat yang saya berikan begitu jelas dan saudari bolehlah berkunjung ke Malaysia untuk melihat dan menyaksikan sendiri perpaduan yang wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Saya berharap saudari akan membalas surat saya dengan segera dan saudari juga dapat menceritakan kehidupan rakyat di negara saudari. Sambutlah salam daripada saya seisi keluarga buat saudari sekelurga. Sekian, terima kasih. Sahabatmu di Malaysia, Aisyah. Soalan 7 Sejak akhir-akhir ini, bilangan buku sastera yang dihasilkan oleh penulis tempatan kian berkurangan.. Hal ini menyebabkan buku-buku rujukan dalam bidang ini terlalu kurang. Jelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan supaya penulis tempatan berminat untuk menulis buku-buku sastera. Penghasilan karya sastera menandakan suatu perkembangan yang penting dalam bidang bahasa. Namun, sejak akhir-akhir ini, bilangan buku sastera yang dihasilkan oleh penulis tempatan semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan buku- 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 18
  • 19. SULIT 1103/1 buku rujukan dalam bidang kesusasteraan terlalu kurang. Menurut Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said ketika berucap di Majlis Pelancaran Karya Sastera di Pusat Perdagangan Dunia Putra tahun 2004 yang lalu, dalam usaha kita menuju Wawasan 2020, perkembangan kesusasteraan tidak harus dilupakan kerana negara maju juga memberikan keutamaan kepada pembinaan sastera yang bermutu tinggi. Soalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan agar penulis tempatan terus berminat untuk menghasilkan karya-karya sastera? Satu daripada usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan minat penulis tempatan menulis buku-buku sastera ialah dengan memberikan pengiktirafan kepada penulis dan mewujudkan beberapa anugerah supaya penulis berasa sumbangan mereka sentiasa dihargai. Hal ini demikian kerana apabila ada pengiktirafan, penulis-penulis tempatan akan berusaha menghasilkan karya yang bermutu untuk menarik minat masyarakat terhdap karya sastera. Pengiktirafan yang diberikan dapat menjadi dorongan kepada penulis untuk terus berkarya dan menjadi inspirasi yang berkekalan di kalangan penulis. Perkara ini akan mendorong mereka untuk terus menulis dengan jujur, bijaksana dan penuh dedikasi.Satu daripada anugerah yang diwujudkan ialah Anugerah Sasterawan Muda yang diperkenalkan untuk menggalakkan penulis muda yang berbakat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dan menghasilkan karya sastera yang bermutu. Selain itu, pihak kerajaan dan badan-badan swasta turut mewujudkan anugerah yang diiktiraf di peringkat kebangsaan seperti Anugerah Sasterawan Negara dan Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank. Anugerah berprestij ini dapat mengangkat martabat penulis tempatan untuk menghasilkan karya. Penulis yang telah dicungkil bakatnya menerusi anugerah-anugerah tersebut ialah penulis Faisal Teerani, Norhisham Mustafa, Mawar Shafie, Saroja Theavi dan lain-lain lagi. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlulah berusaha untuk membantu penulis tempatan memasarkan hasil karya mereka untuk tatapan masyarakat. Pada hari ini, penulis tempatan berusaha menghasilkan karya yang bermutu dalam pelbagai genre seperti sajak, cerpen, novel, kritikan sastera dan sebagainya. Sekarang timbul pertanyaan, kepada siapakah karya itu hendak diserahkan? Kadangkala terdapat penulis yang berusaha sendiri menghantar karya kepada penerbit, namun karya itu belum tentu diterbitkan. Keadaan yang berlaku ini akan melemahkan minat dan semangat penulis tempatan untuk terus berkarya. Oleh itu, pihak kerajaan menerusi agensinya seperti Dewan Bahasa dan Pustaka perlu mengambil inisiatif untuk menerbitkan karya-karya penulis tempatan. Karya-karya sastera yang diterbitkan ini boleh dijadikan buku rujukan wajib di sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi. Sebagai contohnya, Kementerian Pelajaran memperkenalkan KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tindakan ini amat wajar kerana secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasai komponen sastera dalam bahasa Melayu. Apabila adanya usaha untuk membantu penulis dari segi pemasaran, keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik minat penulis untuk terus berkarya kerana penulis sudah mendapat jaminan bahawa selepas ini sudah ada khalayak yang akan membaca hasil tulisan mereka. Selain itu, badan-badan dan persatuan penulis seperti Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Persatuan Penterjemahan dan Penulis Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) perlulah mengadakan pertemuan antara penulis dengan lebih kerap supaya idea bersama dapat dikembangkan untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu. Pertemuan ini akan membolehkan para 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 19
  • 20. SULIT 1103/1 penulis berbincang dengan teman-teman seperjuangan. Hal ini membolehkan para penulis bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam usaha mencetuskan ilham atau idea yang baru untuk berkarya. Melalui persatuan ini nanti, kepentingan bidang sastera dan bahasa Melayu akan dapat dipertingkat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tindakan ini akan melahirkan generasi pelapis pelbagai kaum yang mempunyai semangat kekitaan. Penulis akan merealisasikan peranan mereka sesuai dengan aspirasi rakyat dan negara. Hasil pertemuan penulis-penulis yang lebih kerap untuk berbincang tentang konsep sastera, penulis-penulis dapat melahirkan bahan bacaan yang berkualiti dan sekali gus menyumbang ke arah pembentukan masyarakat madani. Di samping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan penerbit swasta juga hendaklah berusaha menerbitkan karya penulis tempatan dengan bayaran yang setimpal.. Hal ini demikian kerana penulis-penulis tempatan berpendapat bahawa karya-karya mereka amat dihargai apabila terdapat usaha daripada pihak penerbit untuk menerbitkan buku-buku mereka. Justeru, penerbit berperanan untuk menerbitkan karya-karya penulis tempatan supaya buku-buku rujukan dalam bidang kesusasteraan dapat ditambah dan ditingkatkan. Secara tidak langsung keadaan ini dapat menggalakkan masyarakat membaca hasil-hasil karya sastera. Syarikat penerbitan juga digalakkan untuk menerbitkan karya-karya yang dihasilkan oleh banyak penulis dan tidak perlu terikat dengan penulis-penulis tersohor sahaja. Hal ini dapat memberikan peluang kepada penulis-penulis baru untuk menghasilkan karya. Selain itu, kerajaan dan persatuan penulis juga bolehlah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti yang mampu meningkatkan keberkesanan penulis-penulis tempatan dalam berkarya. DBP bolehlah bekerjasama dengan persatuan penulis untuk mengadakan bengkel dan seminar penulisan untuk mengasah bakat dalam berkarya. Dalam bengkel-bengkel yang diadakan, tokoh-tokoh sastera tersohor boleh dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang penghasilan karya sastera bermutu. Misalnya, pihak DBP boleh menjemput sasterawan negara seperti A.Samad Said, Datuk Nordin Hassan dan Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh untuk berceramah atau membentangkan kertas kerja mereka. Penulis-penulis muda dapat memperoleh ilham untuk berkarya di samping memotivasikan diri semasa bertukar- tukar pendapat dengan penulis-penulis terkenal tanah air. Mereka akan terus dibimbing supaya karya sastera yang dihasilkan dapat melambangkan keperibadian bangsa dan negara. Penulis-penulis muda akan terus menjadikan penulis-penulis terkenal sebagai contoh untuk berkarya. Kesimpulannya, langkah yang diutarakan mampu memupuk minat berkarya di kalangan penulis tempatan. Sumbangan penulis tempatan dalam menghasilkan karya sastera dapat memartabatkan bidang kesusasteraan. Usaha-usaha untuk memartabatkan karya penulis tempatan amatlah disanjung tinggi. Semua pihak perlulah bekerjasama meningkatkan penghasilan karya sastera supaya karya sastera akan mudah diterima oleh seluruh anggota masyarakat. Sesungguhnya, sastera ialah gambaran atau cerminan daripada ketamadunan sesuatu bangsa. 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 3 Halaman 20