Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Bm Kertas1 Set3

2,851 views

Published on

BM SPM SKOR A JPN 2005

Published in: Sports, Technology
  • Be the first to comment

Bm Kertas1 Set3

  1. 1. SULIT 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 2¼ jam JABATAN PELAJARAN PERAK LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak [Lihat sebelah 1 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SET 3 Halaman
  2. 2. SULIT 1103/1 Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan. KEGIATAN MASA LAPANG Bermain golf Membaca buku Berkebun Memancing [Lihat sebelah 2 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SET 3 Halaman
  3. 3. SULIT 1103/1 Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ] [ 100 markah ] Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan. 1 Pembasmian demam denggi di negara kita sudah menjadi agenda negara. Semua pihak diminta bekerjasama menanganinya. Sebagai warganegara yang prihatin, anda bercadang untuk menulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang berkesan untuk membasmi masalah demam denggi di negara kita. Tulis rencana itu selengkapnya. 2 Kejayaan ahli sukan terutamanya di peringkat antarabangsa dapat membanggakan negara. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya negara kita dapat melahirkan ahli sukan bertaraf dunia. Beri pendapat anda tentang usaha-usaha untuk melahirkan ahli sukan bertaraf dunia di negara kita. 3 Sejak kebelakangan ini, banyak pekerja asing yang datang bekerja di negara kita. Kedatangan mereka didorong oleh faktor ekonomi, keamanan dan faktor-faktor lain. Ulaskan pernyataan tersebut selengkapnya. 4 Anda ialah wartawan sebuah akhbar tempatan. Anda telah ditugaskan untuk mewawancarai seorang remaja yang baru sahaja tamat mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Tulis wawancara itu selengkapnya. 5 Peribahasa “ sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan “ bermaksud jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas. KERTAS SOALAN TAMAT [Lihat sebelah 3 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SET 3 Halaman
  4. 4. SULIT 1103/1 SOALAN TAMBAHAN 6 Pembangunan negara selalu dikaitkan dengan wujudnya perpaduan erat di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Seorang sahabat anda di luar negara telah menulis surat kepada anda dengan menyatakan hasratnya untuk mengetahui langkah-langkah yang telah diambil untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara anda. Balas surat sahabat anda itu. 7 Sejak akhir-akhir ini, bilangan buku sastera yang dihasilkan oleh penulis tempatan kian berkurangan. Hal ini menyebabkan buku-buku rujukan dalam bidang ini terlalu kurang. Jelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan supaya penulis tempatan berminat untuk menulis buku-buku sastera. KERTAS SOALAN TAMAT [Lihat sebelah 4 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SET 3 Halaman

×