SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
My Blog
Monday, March 21, 2011
Tugasan Moral
1. Mengenang Jasa Ibu Bapa
Pada globalisasi yang maju ini,remaja menghadapi pelbagai masalah terutamanya ialah
pada masa kini banyak anak yang tidak tahu mengenang budi jasa ibu bapa yang telah
membesarkan mereka. Mereka sanggup menengking ibu bapa yang sudah tua dan
uzur,malah ada juga sanggup mendera atau menghalau ibu bapa mereka. Oleh itu,kita perlu
bekerjasama untuk membatasi masalah ini berlaku. Bagaimanakah masalah ini dapat
diatasinya?
Anak-anak perlu mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. Mereka perlu mempunyai
keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam. Mereka seharusnya melaksanakan
tanggungjawab kepada Tuhan dengan menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur dengan
baik. Selain itu,mereka juga perlu mematuhi segala suruhanNya. Contohnya,mereka perlu
membalas budi jasa ibu bapa yang membesarkan mereka.
Selain itu,anak-anak pada masa kini perlu ada nilai kasih sayang terhadap keluarga. Mereka
perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap anggota keluarga mereka.
Contohnya mereka perlu bersikap prihatin terhadap ibu bapa yang membesarkan mereka.
Seterusnya,mereka juga perlu mempunyai perasaan cinta yang berkekalan terhadap
keluarga . Contohnya, mereka seharusnya menjaga ibu bapa mereka yang tua dan uzur
dengan cara menjemput mereka tinggal bersama.
Di samping itu,anak-anak perlu hormat dan taat kepada anggota keluarga. Mereka harus
memuliakan setiap anggota keluarga. Contohnya,mereka seharusnya mengambil kira
perasaan ibu bapa yang berasa sedih,kecewa dan hampa. Mereka juga harusnya
memberikan layanan yang bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Mereka
seharusnya menghormati ibu bapa mereka dan tidak menengking ibu bapa yang sudah tua
kerana akan menyebabkan mereka berasa kita tidak sayangi terhadap mereka lagi.
Secara kesimpulannya,setiap individu perlu mempunyai nilai bertanggungjawab .Mereka
harus ada kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas seta
kewajipan dengan sempurna. Jika masyarakat kita semua mempunyai nilai di atas,masalah
remaja tidak mengenang jasa ibu bapa turut akan diatasi dengan mudah dan cepat dan
dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan
bertanggungjawab.
2. Kepentingan Aktiviti Perkhemahan
Banyak aktiviti perkhemahan diadakan di sekolah oleh persatuan dan unit beruniform,tetapi
tidak ramai yang mahu memanfaatkan aktiviti tersebut dengan anggapan membuang masa.
Oleh hal ini,pelajar perlu memahami sebab-sebab dan kebaikan yang dapat diperoleh
daripada aktiviti perkhemahan yang banyak dijalankan di sekolah walaupun pelajar yang
berfikiran negatif sering menolak daripada ikut serta.
Menerusi aktiviti perkhemahan sebenarnya mendidik kita mengamalkan nilai berdikari. Kita
akan mempunyai kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung
kepada orang lain. Sebagai contoh,kita akan dididik cara memasak,berkemas,menjaga
kebersihan,dan memasang khemah. Perkhemahan yang biasanya dijalankan selama dua
hari secara tidak langsung mengajar ilmu hidup yang kalau di rumah dilakukan oleh orang
gaji. Proses pembelajaran ini mampu juga membina keyakinan untuk hidup di rantau orang
tanpa bergantung kepada orang lain.
Perkhemahan juga merupakan aktiviti yang dianggap berkesan dalam menyemai dan
memupuk nilai hidup bersama secara aman. Hal ini dikata demikian kerana melalui aktiviti
perkhemahan,kita akan hidup berbaik-baik antara satu sama lain tanpa mengira
agama,bangsa dan budaya. Melalui aktiviti perkhemahan dalam kalangan masyarakat,akan
lahirlah bangsa Malaysia yang mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup dengan
mempunyai satu bahasa,satu suara,dan satu matlamat.
Selain itu,aktiviti perkhemahan juga akan mendidik kita menjadi seorang yang lebih
bertanggungjawab. Menerusi aktiviti perkhemahan,pelajar akan memikul dan melaksanakan
tugas seta kewajipan dengan sempurna. Contohnya,pelbagai aktiviti perkhemahan yang
disediakan bertujuan untuk kita melaksanakan tugas dengan sempurna serta dapat
memanfaatkan masa dengan cara yang betul.
Secara konklusinya,aktiviti perkhemahan merupakan satu kegiatan yang amat berfaedah.
Oleh itu,disarankan pihak sekolah lebih kerap mengadakan aktiviti seperti ini,sama ada
aktiviti tersebut dijalankan di dalam hutan atau di sekolah sahaja. Selain itu,para pelajar
perlu memanfaatkan masa dengan mengikuti aktiviti ini kerana mendatangkan banyak
faedah yang dapat diperoleh.
3. Keranamu Malaysia
Terlalu banyak kemajuan yang kita lihat pasca kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita
harus bangga dengan kemajuan ini. Kita harus mengamalkan nilai cinta akan negara. Kita
patut mempunyai perasaan bangga dan sayang kepada negara serta meletakkan
kepentinggan negara melebihi kepentingan diri.
Kita perlu mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara.Kita patut mempunyai
kesanggupan dan kerelaan melakukan sesuatu untuk negara.Sebagai contoh, pejuang-
pejuang negara berani dan gagah untuk bangun menentang penjajah Jepun dan British
demi mempertahankan tanah air daripada terjatuh ke dalam tangan musuh. Masyarakat
pada zaman penjajahan sanggup dan rela mengorbankan nyawa dan menyerahkan harta
benda sebagai tanda kebaktian untuk negara. Mereka meneruskan perjuangan sehingga ke
titisan darah yang terakhir demi negara yang tercinta .
Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan keamanan dan
keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita harus mengamalkan nilai hidup bersama secara
aman. Masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa harus hidup berbaik-baik antara satu
sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat Malaysia perlu
mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup dengan menangkis sebarang ancaman
terhadap bangsa dan negara yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
Selain itu, kita perlulah menghormati serta mencurah kesetiaan dan kepatuhan yang
berkekalan dan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara kita. Kita patut mengamalkan
nilai taat setia kepada raja dan negara selaras dengan prinsip Rukun negara yang
menandakan Raja merupakan tonggak utama negara ini.
Kesimpulannya,Rakyat Malaysia harus sentiasa sedar tentang cabaran dan ancaman yang
menanti. Janganlah leka dengan kemewahan yang kita nikmati kini. Jika masyarakat pada
zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk negara yang tercinta, apatah
lagi pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai.
4. Selamatkan Bumi Kita
Akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak terancang dan terkawal serta penipisan
lapisan ozon, yang serius, suhu global telah meningkat secara drastik iaitu kira-kira 0.5
darjah Celcius setahun. Tambahan pula, pembakaran hutan oleh Indonesia secara
langsungnya telah mengakibatkan pencemaran udara yang serius dan menyebabkan tahap
API (Air Pollutant Index) mencapai ke tahap yang bahaya. Pengeluaran asap dari kenderaan
dan industri-industri di dunia juga mendorong kepada peningkatan kandungan karbon
dioksida dalam udara. Bahan-bahan CFC yang dikeluarkan oleh peti sejuk dan pendingin
udara juga menipiskan lapisan ozon. Semua kesan negatif alam sekitar ini telah
menyebabkan hujan asid dan banyak bencana lain di dunia. Ini menyebabkan kepupusan
flora dan fauna di dunia.
Sesungguhnya, kita seharusnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam
sekitar. Kita seharus memelihara dan memulihara alam sekeliling demi pengekalan
keseimbangan ekosistem. Selama ini, Jabatan Alam Sekitar telah menjalani berbagai-bagai
kempen kesedaran untuk orang ramai di Malaysia supaya rakyat Malaysia sedar
kepentingannya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara kempen yang
dijalankan ialah kempen kitar semula. Banyak tong kitar semula telah disediakan di tempat-
tempat yang strategik dan mudah diakseskan, namun usaha ini tidak dihargai dan
dikenangkan oleh rakyat Malaysia. Menurut kajian, tong-tong ini telah dijadikan tong sampah
biasa ole masyarakat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada masa depan
kualiti alam sekitar, kita seharusnya memberi sokongan yang penuh kepada kempen ini dan
menjayakannya. Lihatlah bagaimana orang di Jerman mengitar semula barang-barang
seperti kertas, tin dan plastik dengan berjayannya .
Selain itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan nilai kemapanan alam sekitar. Rakyat
Malaysia seharusnya menyedari tanggungajawab mereka terhadap pengekalan
keseimbangan ekosistem untuk kesejahteraan hidup. Semua orang bertanggungjawab
terhadap pemusnahan alam yang serius pada hari ini. Oleh itu, kita seharusnya
bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti-aktiviti pembalakan haram
dan juga pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak yang ingin kesenangan dan
keuntungan semata-matanya. Kita seharusnya melaporkan kejadian ini kepada pihak polis
dan Jabatan Alam Sekitar. Tambahan pula, pembuangan sisa toksik yang mencemari
sungai dan menjejas habitat kehidupan air. Selain membanteras aktivi yang haram, kita juga
perlu berusaha memberi sokongan kepada kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan.
Dengan ini, barulah kualiti alam sekitar pada masa depan akan terjamin.
Yang terakhir, rakyat Malaysia perlu mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.
Mereka perlu prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.
Beberapa tahun yang lalu, tahap API di metorpolis Kuala Lumpur telah mencapai ke tahap
yang berbahaya dan menjejaskan kesihatan manusia. Perdana Menteri dengan
bijaksananya mengadakan Kempen Berkongsi Kereta pada masa itu untuk mengurangkan
pencemaran malah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Kita semua seharusnya
memberi sokongan kepada kempen itu. Tambahan pula, kita juga digalakkan untuk
melibatkan diri dalam pertubuhan sukarela yang berkaitan dengan alam sekitar seperti
World Wide Fund, dan Kelab Kebajikan dan Sukan Alam Sekitar untuk melaksanakan
tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar. Tiada sesiapa pun yang boleh dikecualikan dalam tanggungjawab
mengekalkan alam sekitar. Projek-projek dan kempen-kempen haruslah diberi sokongan
supaya menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Tambahan pula, masyarakat di dunia
harus mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak bertanggungjawab terhadap
pengawalan pencemaran negaranya seperti pembakaran hutan terbuka di Indonesia.
5. Perkembagan Diri
Menerusi pembelajaran sukatan pengetahuan Moral tingkatan 4, saya telah menyedari
beberapa nilai dan pengajaran yang patut dipraktikkan dalam kehidupan. Nilai-nilai ini
membawa impak dan peubahan yang besar kepada kehidupan dan sikap saya yang tidak
baik selama ini. Inspirasi dan keputusan ini telah dijana oleh satu kejadian apabila guru
Moral saya, cikgu Karthiges telah menegur saya tentang sikap saya yang tidak
menghortmati guru dan tidak mematuhi beberapa peraturan saya. Saya berasa teramat
malu dan menyesal dan seterusnya membuat keputusan untuk mengubah peribadi saya.
Oleh itu, saya telah berkunjung ke kedai buku untuk buku-buku motivasi dan filosofi yang
boleh membantu saya dalam usaha membentuk satu peribadi yang baik dan mulia. Antara
buku-buku yang telah menarik perhatian saya ialah “Law of Attraction”. Pengarangnya,
Michael J. Losier telah mencadangkan bahawa setiap perlakuan dan sikap manusia adalah
ditentukan oleh fikirannya sendiri. Jika fikirannya tidak senonoh, perbuatannya tidak akan
baik dan bermoral. Ini telah menyedari kekurangan saya dalam mengamal nilai hemah
tinggi. Hal ini berlaku kerana saya tidak beradab sopan dan mempunyai budi pekerti yang
mulia semasa saya bergaul dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, saya
bertekad mengubah sikap saya yang buruk dan menggantikannya dengan satu personaliti
yang hormat kepada sesiapa sahaja untuk menunjukkan peribadi diri yang mulia. Saya akan
memberi salam kepada guru apabila bertemu malah berucap dengan bahasa yang lebih
sopan.
Seterusnya, saya telah berjumpa dengan buku jemahan yang bertajuk ‘366 Esei untuk
Motivasi Diri Untuk Pelajar dan Dewasa’ (366 self-motivating essay for students and adults).
Menerusi buku ini, pengarang buku ini, Sidney Newton Bremer telah memberitahu saya
betapa pentingnya seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai kerajinan. Seseorang pelajar
perlu menjayakan usaha dengan semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan dan berdaya
maju secara berterusan semasa melakukan sesuatu perkara. Ini membolehkan kita
memperolehi kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum yang kian
menjadi kunci untuk mendapat biasiswa pelajaran. Dengan ini, saya telah menetap
sekurang-kurangnya dua jam dalam satu hari untuk mengulang kaji pelajaran terutama
subjek yang lemah. Usaha ini telah berjaya meningkatkan prestasi saya dalam peperiksaan.
Selain itu, komitmen saya yang aktif dalam dunia pengakap telah membolehkan saya
memperolehi lencana kemajuan Lima Tertinggi dalam ujian berlencana pengakap.
Tambahan pula, ‘Konseptual Etika Murni’ dalam Ultimate Library Series telah mendedahkan
saya dengan nilai toleransi sebagai teras ketenteraman dalam kehidupan. Menurut buku
tersebut, kita mestilah mempunyai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri
agar dapat mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kehidupan. Ini
secara langsungnya berserasi dengan cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020. Cabaran
kelima telah menekankan membentuk masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran
dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya
bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan
agamanya masing-masing tanpa berasa tersisih daripada bangsa tersebut. Sebagai seorang
rakyat dan waraganegara Malaysia, saya seharusnya sabar dan bertolak ansur antara satu
sama lain malah membawa ideologi ini kepada rakan sebaya saya supaya Wawasan 2020
akan tercapai.
Sepanjang tugasan ini, saya telah memperolehi banyak faedah yang saya tidak terfikirkan.
Saya telah menyedari kekurangan saya dari aspek pengamalan nilai-nilai tertentu dan cuba
sedaya upaya untuk mengubah perangai buruk saya. Usaha saya telah berjaya
memperbaikikan hubungan saya dengan guru-guru dan rakan sebaya saya. Oleh itu, saya
akan terus berusaha lagi untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam kehidupan saya.
6. Pencemaran
Pada era globalisasi yang maju ini,terdapat pelbagai masalah social yang sering
berlaku.Masalah yang paling kronik dan serius di nagara kita ialah pencemaran.
Pencemaran yang sering berlaku disebabkab oleh adanya rakyat yang tidak
bertanggungjawap dan menyayangi terhadap alam sekeliling yang dianugerahi oleh
tuhan.Untuk mengatasi masalah ini,semua masyarakat seharusnya mempunyai kesedaran
terhadap masalah ini dan berusaha menyelesaikannya.
Pencemaran yang seringkali berlaku ialah pencemaran udara.Penemaran ini sering berlaku
kerana adanya pihak perusaha kilang yang tidak bertanggungjawap dengan mengeluarkan
gas-gas toksid tanpa dilapiskan.Selain itu,asap yang dikeluarkan daripada kenderaan juga
merupakan salah satu faktor berlakunya.Oleh itu,pihak yang berkaitan dengan hal ini
perlulah berfikir secara rasional iaitu meraka perlu berfikir berasakan bukti yang nyata dan
dapat mengambil tindakan berasakan pertimbangan yang wajar untuk mengatasi masalah
ini.
Selain itu,pencemaran air juga merupakan salah satu pencemaran yang paling membawa
masalah kepada kita,alam sekeliling dan negara.Masyarakat kita yang suka membuangkan
sampah ke dalam sungai menyebabkan kehiupan haiwan di sungai terjejas dan juga
menyebabkan berlaku banjir.Ini berpunca daripada kegiatan masyarakat yang tidak
mempunyai prihatin terhadap alam sekeliling.Masyarakat haruslah mengamalkan nilai peka
terhadap isu-isu alam sekitar yang bererti prihatin terhadap persoalan yang berkaitan
dengan sekeliling dan berusaha untuk menyelesaikannya.
Seterusnya,pencemaran bunyi juga semakin serius di negara kita pada masa kini.Oleh
itu,kita perlu mengamalkan nilai kesederhanaan terhadap masalah ini.Kita seharusnya
bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang
lain.Contohnya, kita tidak sewajarnya membuka radio atau lagu dengan bunyi yang tinggi
pada waktu malam serta tidak membunyikan hon dengan segaja ketika memandu.
Kesimpulannya,kita hendaklah menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk
mengekalkan keseimbangan alam sekeliling.Selain itu,kita juga harus mengamalkan nilai
kemapanan terhadap alam sekitar sebagai tanggungjawap bersama untuk mengekalkan
kesejahteraan hidup.Sekiranya,kita dapat mengamalkan nilai-nilai di atas,masalah
pencemaran di negara kita tentu dapat diatasi dan negara kita juga akan mencapai
wawasan 2020.
7. Pengamalan Nilai Moral dalam Kehidupan Seharian
Perkataan moral bererti kelakuan yang baik dalam pergaulan setiap hari. Setiap individu
mestilah mengamalkan nilai moral dalam diri masing-masing demi mendapat kehidupan
yang sejahtera dan keharmonian dalam setiap hari. Di samping itu,jika kita mengamalkan
nilai moral dalam kehidupan kita akan membuat kita ke arah yang lebih cerah,lebih bahagia
dan lebih cemerlang.
Pengamalan nilai moral dalam kehidupan seseorang itu amat penting. Kita seharuslah
mengamalkan nilai hemah tinggi dalam kehidupan kita demi mempunyai keupayaan dan
keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Orang
yang mengamalkan nilai ini akan sentiasa bersopan santun dan mempunyai budi bahasa
yang lembut ketika bercakap dengan orang lain.Ini akan membuat kita disukai dan disayangi
oleh rakan-rakan kita.
Selain itu,kita juga sewajarnya mengamalkan nilai toleransi dalam diri kita. Nilai ini amat
penting kepada kita kerana boleh melahirkan kita sebagai orang yang lebih bertolak
anasir,sabar,dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup kita. Contoh mengamalkan nilai toleransi ini
ialah apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau cabaran,kita mestilah bersabar dan
mengamalkan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah ini.
Seterusnya,kita juga harus mengamalkan nilai kesederhanaan iaitu bersikap tidak
keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Individu yang mempunyai nilai kesederhanaan akan mengawal diri dalam pertuturan dan
perbuatan keterlaluan yang boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri sendiri kita.
Secara konklusinya,banyak kebaikan dan faedah dapat kita memperoleh apabila kita
mengamalkan nilai moral dalam siri sendiri kita. Oleh itu,semua masyarakat haruslah
mengamalkan nilai moral dalam diri mereka bagi mengelakkan diri terlibat dalam pembuatan
yang tidak baik.
8. Perlembagaan Demokrasi Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan perlembagaan demokrasi sejak
mendapatkan merdeka daripada penjajah British. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat
berhak memilih pemimpin-pemimpin yang mereka disukai melalui pilihan raya sama ada
kecil atau besar. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat mempunyai pelbagai hak yang
dapat menjamin kehidupan mereka lebih selamat dan harmonis Oleh itu,setiap rakyat
Malaysia seharusnya mengetahui hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan
Malaysia serta memahaminya.
Dalam prinsip demokrasi,rakyat mempunyai hak kebebasan beragama. Mereka bebas
menganuti dan mengamalkan agamanya yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia. Mereka juga harus memahami dan menghormati agama lain. Contohnya,mereka
tidak boleh mengganggu pengaut agama lain semasa majlis bersembahyang dijalankan.
Justeru,rakyat Malaysia juga berhak merayakan pelbagai upacara keagamaan bagi setiap
agama mereka.
Selain itu,rakyat Malaysia juga mempunyai kebebasan bersuara. Mereka mempunyai
kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman. Walaupun mereka mempunyai kebebasan berucap,tetapi
ada haknya. Mereka tidak boleh mengatakan bahan yang sensitif kepada orang lain kerana
ini boleh membawa kepecahan,kehancuran dan kemusnahan sesama kaum di kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Seterusnya,rakyat Malaysia juga haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka
perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa
mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat
diberi kebebasan sepenuhnya asalkan tidak melanggar peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan dalam perlembagaan.
Secara kesimpulannya,rakyat Malaysia digalakkan penglibatan diri dalam pembangunan
negara. Mereka bebas melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan dengan mematuhi
undang-undang dan perlembagaan supaya negara kita boleh mencapai wawasan 2020 dan
dapat menjadikan Malaysia terkenal di seluruh dunia. Untuk mencapai wawasan 2020,rakyat
Malaysia seharusnya hidup bersama dengan antara satu sama lain tanpa mengira
agama,bangsa dan budaya.
9. Kemalangan Jalan Raya
Setiap hari,apabila kita membaca akhbar mesti kita menemui berita yang tentang
kemalangan jalan raya terutamanya ketika hari perayaan. Walaupun sudah diingatkan agar
para pemandu berhemah ketika memandu dan jangan terlalu bergembira untuk
mengelakkan tragedi di jalan raya,kemalangan tetap juga berlaku. Mengapakah keadaan ini
boleh berlaku?Apakah rakyat Malaysia tidak sayang akan diri sendiri dan keluarga masing-
masing?
Banyak sebab yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Paling utama ialah sikap
pengguna jalan raya.Mereka patut mengamalkan nilai hemah tinggi. Mereka patut beradab
sopan dan berbudi pekerti mulia dalam semasa di jalan raya. Tanpa ada urusan
penting,mereka gemar memandu laju dengan alasan kereta yang dinaiki cukup canggih
untuk menderum di jalan raya dengan cara tidak memandu dengan berhati-hati dan lampu
isyarat tidak dipatuhi. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka boleh menyusahkan
penggunajalan raya yang lain.
Selain itu,sikap pengguna patut mngamalkan nilai toleransi . Mereka patut bertolak
ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Apabila mereka menghadapi kesesakan di jalan raya,mereka patut sabar dan mengawal
perasaan diri daripada memotong kenderaan di hadapan dengan sesuka hati.
Di samping itu,anak muda pula menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan
haram. Disebabkan ingin menang,mereka akan memandu selaju mungkin dengan
melupakan keadaan motosikal mereka dan kenderaan orang lain serta lupa akan keluarga
dan nyawa diri. Mereka seharusnya mengamalkan nilai rasional. Mereka sewajarnya berfikir
berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar.
Kesimpulannya,kita perlulah merenung secara mendalam akan masalah peningkatan
kemalangan jalan raya ini. Jika masalah ini tidak diatasi segera,jalan raya bukan lagi laluan
yang selamat. Pengguna jalan raya perlu ditanamkan akan perasaan sayang diri,sayang
keluarga dan sayangi orang lain agar menjadikan diri sentiasa berhemah ketika memandu.
10. Semangat Kejiranan
Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kalangan masyarakat yang hidup
berbaik-berbaik, bertolak ansur, tolong menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang
mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama
mereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan
negara baik ketika senang mahupun susah.
Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa
perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas, Hari
Gawai dan Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka
mendapat musibah atau sakit.Ini dapat menujukan kita mengamalkan nilai Hidup bersama
secara aman iaitu hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira bangsa,agama,dan budaya.
Selain itu,semangat kejiranan juga dapat merapatkan jurang dalam komuniti.Pada masa
kini,ramai masyarakat yang sibuk bekerja demi mengejat kehendak dan keselesaan hidup
yang semakin terdesak dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang terluang
untuk meenziarahi sahabat jirannya.Masyarakat seharusnya mengamalkan nilai saling
membantu dan berkerjasama selaras dengan masalah ini.Mereka seharusnya mempunyai
usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti
atau negara untuk mencapai sesuatau matlamat.
Di samping itu,semangat kejiranan dapat mewujudkan intergrasi nasional.Hal ini demikian
kerana negara kita terdiri daripada pelbagai komposisi kaum dan etnik.Semangat kejiraan
amat penting untuk mencapai wawasan negara dan kedamaian sesama masyarakat.Oleh
itu,nilai toleransi amat perlu kita diamalkan.Masyarakat Malaysia seharusnya sanggup
bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Secara tuntasnya,budaya kejiranan teras kejayaan wawasan negata.lantaran itu,setiap
rakyat malaysia harus bertanggungjawap untuk memupuk semangat kejiranan ini kerana
ada ungkapan yang menyatakan bahawa apabila datang kesusahan dan keupayaan,di
situlah nyatakan kawan dan lawan.
11. Patriotisme
Tahun ini, Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-50, iaitu setengah abab.
Tahun ini, terdapat berbagai-bagia jenis projek dan aktiviti untuk meraikan kedaulatan yang
diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara 50 tahun yang lalu. Antaranya, Kayuhan
Sempena 50 Tahun Merdeka dari Yan ke Dataran Merdeka telah dilangsungkan selama
enam hari untuk memeriahkan sambutan merdeka pada tahun ini. Kempen Kunjungi
Malaysia 2007 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan ini bukanlah hanya satu sambutan bagai hari
perayaan sahaja. Sebenarnya, pada hari yang istimewa ini, kita harus mengenang jasa-jasa
pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman yang telah
bersusuah-payah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa sendiri, kita sebagai rakyat
Malaysia yang setia yang lahir di tanah air kita seharusnya mengamalkan nilai cinta kepada
negara. Kita perlu berasa bangga dan sayang terhadap nama negara kita iaitu Malaysia dan
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri. Maruah negara kita harus
dipertahankan daripada kritik dan pandangan negatif oleh masyarakat dunia (terutama
Barat) yang berfikiran steriotipikal menganggap negara di Asia mundur dan berkelas rendah.
Tambahan pula, tokoh-tokoh sukan seperti Nicol Ann David (Juara dalam Squasy 2007) dan
Lee Chong Wei (bertempat kedua dalam kedudukan pemain badminton sedunia 2007) telah
berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dalam pentas sukan antarabangsa. Mereka
tidak mementingkan nama sendiri malah sentiasa mengheboh-hebohkan nama Malaysia
kerana mereka mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap tanah air mereka.
Yang kedua, kita perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk negara. Kita perlu rela
melakukan dan meyerahkan apa-apa sahaja termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian
kepada negara. Dalam sejarah, Tok Janggut di Kelantan telah memperjuangkan keadilan
untuk bangsanya dan akhirnya telah dihukum mati dan dianggap sebagai pengkhianat serta
pemberontak (kerajaanBritish) oleh British. Rentap pada masa yang sama telah berjuang
untuk bangsa Ibannya sendiri. Ini menunjukkan kerelaan mereka untuk berkorban demi
mempertahankan maruah bangsa negara sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup pada
zaman moden hari ini, kita seharusnya mementingkan pembangunan negara sendiri
melebihi tawaran gaji tinggi yang diberi oleh syarikat-syarikat luar negera. Tambahan pula,
projek-projek kerajaan haruslah disokong oleh semua rakyat supaya projek itu berjaya
menjanakan keuntungan dan pembangunan ekonomi serta fizikal di Malaysia.
Yang ketiga, nilai taat setia kepada raja dan negara haruslah diamalkan oleh semua rakyat
Malaysia. Semua rakyat mesti mempunyai kesetiaan dan kepatuhan kepda raja dan negara
untuk menjaga keamanan dan kestabilan politik. Ini merupakan cara untuk mempertahankan
maruah bangsa seperti yang termaktub pada baris Perlembagaan Malaysia yang pertama
Taat kepada Tuhan , Raja dan Negara.Undang-undang dan peraturan-peraturan haruslah
dipatuhi untuk menunjukkan kita memberi kehormatan terhadap sistem pentadbiran negara.
Tambahan pula, jasa-jasa tokoh kemerdekaan pada masa penjajahan haruslah dikenang
dan perjuangan mereka haruslah dijadikan pedoman dan ingatan dalam kehidupan supaya
kita tidak dijajah oleh kuasa asing pada masa depan.
Kesimpulannya, nilai patriotisme perlulah diamalkan dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Dengan mengamalkan ketiga-tiga nilai ini, barulah kedaulatan negara akan dipertahankan
malah negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh masyarakat tempatan. Dengan ini,
Wawasan 2020 yang menjadikan impian nasional boleh capai dan menjadikan Malaysia
sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang. Pada hari yang istimewa ini,
marilah kita sama-sama menyambut dan berkongsi kegembiraan yang telah diperolehi
selama 50 tahun.
Posted by kc lim at 6:12 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels:Tugasan

More Related Content

What's hot

Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa MelayuNur Syafika
 
Nilai Agama dan Kepercayaan
Nilai Agama dan KepercayaanNilai Agama dan Kepercayaan
Nilai Agama dan KepercayaanUmmul Kasturi
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanNur Asilah Ahmad
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamShahirah Zafirah
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 Seow Han Lin
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 

What's hot (20)

Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Senarai nilai murni
Senarai nilai murniSenarai nilai murni
Senarai nilai murni
 
17 nilai murni
17 nilai murni17 nilai murni
17 nilai murni
 
Konsep mol
Konsep molKonsep mol
Konsep mol
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
 
Hari keluarga
Hari keluargaHari keluarga
Hari keluarga
 
Nilai Agama dan Kepercayaan
Nilai Agama dan KepercayaanNilai Agama dan Kepercayaan
Nilai Agama dan Kepercayaan
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga MasakiniIsu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
 

Viewers also liked

Moral 1 tugasan amali 1
Moral 1 tugasan amali 1Moral 1 tugasan amali 1
Moral 1 tugasan amali 1Arise Ling
 
Guru yang ideal
Guru yang idealGuru yang ideal
Guru yang idealcikgu_eifa
 
Tokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaTokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaDin Shaharudin
 
Esei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamisEsei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamisAbe Mat
 
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluargaadrisya90
 
Resensi buku negara dan bandit demokrasi
Resensi buku negara dan bandit demokrasiResensi buku negara dan bandit demokrasi
Resensi buku negara dan bandit demokrasiTaufiq Ms
 

Viewers also liked (8)

Moral 1 tugasan amali 1
Moral 1 tugasan amali 1Moral 1 tugasan amali 1
Moral 1 tugasan amali 1
 
Cogankata
CogankataCogankata
Cogankata
 
Guru yang ideal
Guru yang idealGuru yang ideal
Guru yang ideal
 
Tokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaTokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga saya
 
Bm kakak
Bm kakakBm kakak
Bm kakak
 
Esei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamisEsei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamis
 
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
 
Resensi buku negara dan bandit demokrasi
Resensi buku negara dan bandit demokrasiResensi buku negara dan bandit demokrasi
Resensi buku negara dan bandit demokrasi
 

Similar to Karangan

Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisWendy Lim Siew
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Vivian Wmn
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktacikgushamsuddin
 
Contoh contohpenulisankarangan-150320105057-conversion-gate01
Contoh contohpenulisankarangan-150320105057-conversion-gate01Contoh contohpenulisankarangan-150320105057-conversion-gate01
Contoh contohpenulisankarangan-150320105057-conversion-gate01Akmal Abd Kadir
 
Contoh contoh penulisan karangan fakta
Contoh contoh penulisan karangan faktaContoh contoh penulisan karangan fakta
Contoh contoh penulisan karangan faktaSiti Aminah Ramlan
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Cerdik Kelola Sampah Plastik - Fase A...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Cerdik Kelola Sampah Plastik - Fase A...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Cerdik Kelola Sampah Plastik - Fase A...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Cerdik Kelola Sampah Plastik - Fase A...NiPutuAnitaMuryati
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianRicky Ong
 

Similar to Karangan (20)

Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
Gen sbh
Gen sbhGen sbh
Gen sbh
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Assalamualaikum wr
Assalamualaikum wrAssalamualaikum wr
Assalamualaikum wr
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Plh
PlhPlh
Plh
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Fakta
FaktaFakta
Fakta
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis fakta
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
Contoh contohpenulisankarangan-150320105057-conversion-gate01
Contoh contohpenulisankarangan-150320105057-conversion-gate01Contoh contohpenulisankarangan-150320105057-conversion-gate01
Contoh contohpenulisankarangan-150320105057-conversion-gate01
 
Contoh contoh penulisan karangan fakta
Contoh contoh penulisan karangan faktaContoh contoh penulisan karangan fakta
Contoh contoh penulisan karangan fakta
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Cerdik Kelola Sampah Plastik - Fase A...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Cerdik Kelola Sampah Plastik - Fase A...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Cerdik Kelola Sampah Plastik - Fase A...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Cerdik Kelola Sampah Plastik - Fase A...
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harian
 

More from sairee

Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Latihan 1
Latihan 1Latihan 1
Latihan 1sairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Ayat2 lazim
Ayat2 lazimAyat2 lazim
Ayat2 lazimsairee
 
17 nilai murni
17 nilai murni17 nilai murni
17 nilai murnisairee
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabungsairee
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangansairee
 
17 nilai murni
17 nilai murni17 nilai murni
17 nilai murnisairee
 
Catatan
CatatanCatatan
Catatansairee
 
Konsonan bergabung
Konsonan bergabungKonsonan bergabung
Konsonan bergabungsairee
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata namasairee
 
Kad imbasan ayat
Kad imbasan ayatKad imbasan ayat
Kad imbasan ayatsairee
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedahsairee
 
Digraf
Digraf Digraf
Digraf sairee
 

More from sairee (15)

Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Latihan 1
Latihan 1Latihan 1
Latihan 1
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Ayat2 lazim
Ayat2 lazimAyat2 lazim
Ayat2 lazim
 
17 nilai murni
17 nilai murni17 nilai murni
17 nilai murni
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabung
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
17 nilai murni
17 nilai murni17 nilai murni
17 nilai murni
 
Catatan
CatatanCatatan
Catatan
 
Konsonan bergabung
Konsonan bergabungKonsonan bergabung
Konsonan bergabung
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata nama
 
Kad imbasan ayat
Kad imbasan ayatKad imbasan ayat
Kad imbasan ayat
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
 
Digraf
Digraf Digraf
Digraf
 

Recently uploaded

Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
Ukuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnyaUkuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnya
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnyaIndhasari3
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxZefanya9
 
Bab 14 - Perhitungan Bagi Hasilsyariah.ppt
Bab 14 - Perhitungan Bagi Hasilsyariah.pptBab 14 - Perhitungan Bagi Hasilsyariah.ppt
Bab 14 - Perhitungan Bagi Hasilsyariah.pptatiakirana1
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...ChairaniManasye1
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxumusilmi2019
 
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IMateri Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IIkaAliciaSasanti
 
Bab 13 Pemodelan Ekonometrika: Spesifikasi Model
Bab 13 Pemodelan Ekonometrika: Spesifikasi ModelBab 13 Pemodelan Ekonometrika: Spesifikasi Model
Bab 13 Pemodelan Ekonometrika: Spesifikasi ModelAdhiliaMegaC1
 
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bankzulfikar425966
 
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahKeseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahUNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxUNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptFrida Adnantara
 
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.pptSlide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.pptwxmnxfm57w
 
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalKELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalAthoillahEconomi
 
KESEIMBANGAN PEREKONOMIAN DUA SEKTOR.pdf
KESEIMBANGAN PEREKONOMIAN DUA SEKTOR.pdfKESEIMBANGAN PEREKONOMIAN DUA SEKTOR.pdf
KESEIMBANGAN PEREKONOMIAN DUA SEKTOR.pdfNizeAckerman
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxHakamNiazi
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuanganzulfikar425966
 
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...OknaRyana1
 

Recently uploaded (17)

Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
Ukuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnyaUkuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnya
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
 
Bab 14 - Perhitungan Bagi Hasilsyariah.ppt
Bab 14 - Perhitungan Bagi Hasilsyariah.pptBab 14 - Perhitungan Bagi Hasilsyariah.ppt
Bab 14 - Perhitungan Bagi Hasilsyariah.ppt
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
 
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IMateri Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
 
Bab 13 Pemodelan Ekonometrika: Spesifikasi Model
Bab 13 Pemodelan Ekonometrika: Spesifikasi ModelBab 13 Pemodelan Ekonometrika: Spesifikasi Model
Bab 13 Pemodelan Ekonometrika: Spesifikasi Model
 
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
 
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahKeseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
 
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.pptSlide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
 
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalKELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
 
KESEIMBANGAN PEREKONOMIAN DUA SEKTOR.pdf
KESEIMBANGAN PEREKONOMIAN DUA SEKTOR.pdfKESEIMBANGAN PEREKONOMIAN DUA SEKTOR.pdf
KESEIMBANGAN PEREKONOMIAN DUA SEKTOR.pdf
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
 
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
 

Karangan

  • 1. My Blog Monday, March 21, 2011 Tugasan Moral 1. Mengenang Jasa Ibu Bapa Pada globalisasi yang maju ini,remaja menghadapi pelbagai masalah terutamanya ialah pada masa kini banyak anak yang tidak tahu mengenang budi jasa ibu bapa yang telah membesarkan mereka. Mereka sanggup menengking ibu bapa yang sudah tua dan uzur,malah ada juga sanggup mendera atau menghalau ibu bapa mereka. Oleh itu,kita perlu bekerjasama untuk membatasi masalah ini berlaku. Bagaimanakah masalah ini dapat diatasinya? Anak-anak perlu mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. Mereka perlu mempunyai keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam. Mereka seharusnya melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan dengan menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur dengan baik. Selain itu,mereka juga perlu mematuhi segala suruhanNya. Contohnya,mereka perlu membalas budi jasa ibu bapa yang membesarkan mereka. Selain itu,anak-anak pada masa kini perlu ada nilai kasih sayang terhadap keluarga. Mereka perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap anggota keluarga mereka. Contohnya mereka perlu bersikap prihatin terhadap ibu bapa yang membesarkan mereka. Seterusnya,mereka juga perlu mempunyai perasaan cinta yang berkekalan terhadap keluarga . Contohnya, mereka seharusnya menjaga ibu bapa mereka yang tua dan uzur dengan cara menjemput mereka tinggal bersama. Di samping itu,anak-anak perlu hormat dan taat kepada anggota keluarga. Mereka harus memuliakan setiap anggota keluarga. Contohnya,mereka seharusnya mengambil kira perasaan ibu bapa yang berasa sedih,kecewa dan hampa. Mereka juga harusnya memberikan layanan yang bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Mereka seharusnya menghormati ibu bapa mereka dan tidak menengking ibu bapa yang sudah tua kerana akan menyebabkan mereka berasa kita tidak sayangi terhadap mereka lagi. Secara kesimpulannya,setiap individu perlu mempunyai nilai bertanggungjawab .Mereka harus ada kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna. Jika masyarakat kita semua mempunyai nilai di atas,masalah remaja tidak mengenang jasa ibu bapa turut akan diatasi dengan mudah dan cepat dan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan bertanggungjawab. 2. Kepentingan Aktiviti Perkhemahan Banyak aktiviti perkhemahan diadakan di sekolah oleh persatuan dan unit beruniform,tetapi tidak ramai yang mahu memanfaatkan aktiviti tersebut dengan anggapan membuang masa. Oleh hal ini,pelajar perlu memahami sebab-sebab dan kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti perkhemahan yang banyak dijalankan di sekolah walaupun pelajar yang
  • 2. berfikiran negatif sering menolak daripada ikut serta. Menerusi aktiviti perkhemahan sebenarnya mendidik kita mengamalkan nilai berdikari. Kita akan mempunyai kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Sebagai contoh,kita akan dididik cara memasak,berkemas,menjaga kebersihan,dan memasang khemah. Perkhemahan yang biasanya dijalankan selama dua hari secara tidak langsung mengajar ilmu hidup yang kalau di rumah dilakukan oleh orang gaji. Proses pembelajaran ini mampu juga membina keyakinan untuk hidup di rantau orang tanpa bergantung kepada orang lain. Perkhemahan juga merupakan aktiviti yang dianggap berkesan dalam menyemai dan memupuk nilai hidup bersama secara aman. Hal ini dikata demikian kerana melalui aktiviti perkhemahan,kita akan hidup berbaik-baik antara satu sama lain tanpa mengira agama,bangsa dan budaya. Melalui aktiviti perkhemahan dalam kalangan masyarakat,akan lahirlah bangsa Malaysia yang mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup dengan mempunyai satu bahasa,satu suara,dan satu matlamat. Selain itu,aktiviti perkhemahan juga akan mendidik kita menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Menerusi aktiviti perkhemahan,pelajar akan memikul dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna. Contohnya,pelbagai aktiviti perkhemahan yang disediakan bertujuan untuk kita melaksanakan tugas dengan sempurna serta dapat memanfaatkan masa dengan cara yang betul. Secara konklusinya,aktiviti perkhemahan merupakan satu kegiatan yang amat berfaedah. Oleh itu,disarankan pihak sekolah lebih kerap mengadakan aktiviti seperti ini,sama ada aktiviti tersebut dijalankan di dalam hutan atau di sekolah sahaja. Selain itu,para pelajar perlu memanfaatkan masa dengan mengikuti aktiviti ini kerana mendatangkan banyak faedah yang dapat diperoleh. 3. Keranamu Malaysia Terlalu banyak kemajuan yang kita lihat pasca kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan kemajuan ini. Kita harus mengamalkan nilai cinta akan negara. Kita patut mempunyai perasaan bangga dan sayang kepada negara serta meletakkan kepentinggan negara melebihi kepentingan diri. Kita perlu mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara.Kita patut mempunyai kesanggupan dan kerelaan melakukan sesuatu untuk negara.Sebagai contoh, pejuang- pejuang negara berani dan gagah untuk bangun menentang penjajah Jepun dan British demi mempertahankan tanah air daripada terjatuh ke dalam tangan musuh. Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup dan rela mengorbankan nyawa dan menyerahkan harta benda sebagai tanda kebaktian untuk negara. Mereka meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir demi negara yang tercinta . Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita harus mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa harus hidup berbaik-baik antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat Malaysia perlu mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup dengan menangkis sebarang ancaman terhadap bangsa dan negara yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Selain itu, kita perlulah menghormati serta mencurah kesetiaan dan kepatuhan yang
  • 3. berkekalan dan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara kita. Kita patut mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara selaras dengan prinsip Rukun negara yang menandakan Raja merupakan tonggak utama negara ini. Kesimpulannya,Rakyat Malaysia harus sentiasa sedar tentang cabaran dan ancaman yang menanti. Janganlah leka dengan kemewahan yang kita nikmati kini. Jika masyarakat pada zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk negara yang tercinta, apatah lagi pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai. 4. Selamatkan Bumi Kita Akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak terancang dan terkawal serta penipisan lapisan ozon, yang serius, suhu global telah meningkat secara drastik iaitu kira-kira 0.5 darjah Celcius setahun. Tambahan pula, pembakaran hutan oleh Indonesia secara langsungnya telah mengakibatkan pencemaran udara yang serius dan menyebabkan tahap API (Air Pollutant Index) mencapai ke tahap yang bahaya. Pengeluaran asap dari kenderaan dan industri-industri di dunia juga mendorong kepada peningkatan kandungan karbon dioksida dalam udara. Bahan-bahan CFC yang dikeluarkan oleh peti sejuk dan pendingin udara juga menipiskan lapisan ozon. Semua kesan negatif alam sekitar ini telah menyebabkan hujan asid dan banyak bencana lain di dunia. Ini menyebabkan kepupusan flora dan fauna di dunia. Sesungguhnya, kita seharusnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita seharus memelihara dan memulihara alam sekeliling demi pengekalan keseimbangan ekosistem. Selama ini, Jabatan Alam Sekitar telah menjalani berbagai-bagai kempen kesedaran untuk orang ramai di Malaysia supaya rakyat Malaysia sedar kepentingannya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara kempen yang dijalankan ialah kempen kitar semula. Banyak tong kitar semula telah disediakan di tempat- tempat yang strategik dan mudah diakseskan, namun usaha ini tidak dihargai dan dikenangkan oleh rakyat Malaysia. Menurut kajian, tong-tong ini telah dijadikan tong sampah biasa ole masyarakat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada masa depan kualiti alam sekitar, kita seharusnya memberi sokongan yang penuh kepada kempen ini dan menjayakannya. Lihatlah bagaimana orang di Jerman mengitar semula barang-barang seperti kertas, tin dan plastik dengan berjayannya . Selain itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan nilai kemapanan alam sekitar. Rakyat Malaysia seharusnya menyedari tanggungajawab mereka terhadap pengekalan keseimbangan ekosistem untuk kesejahteraan hidup. Semua orang bertanggungjawab terhadap pemusnahan alam yang serius pada hari ini. Oleh itu, kita seharusnya bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti-aktiviti pembalakan haram dan juga pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak yang ingin kesenangan dan keuntungan semata-matanya. Kita seharusnya melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan Jabatan Alam Sekitar. Tambahan pula, pembuangan sisa toksik yang mencemari sungai dan menjejas habitat kehidupan air. Selain membanteras aktivi yang haram, kita juga perlu berusaha memberi sokongan kepada kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan. Dengan ini, barulah kualiti alam sekitar pada masa depan akan terjamin. Yang terakhir, rakyat Malaysia perlu mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Mereka perlu prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Beberapa tahun yang lalu, tahap API di metorpolis Kuala Lumpur telah mencapai ke tahap yang berbahaya dan menjejaskan kesihatan manusia. Perdana Menteri dengan bijaksananya mengadakan Kempen Berkongsi Kereta pada masa itu untuk mengurangkan pencemaran malah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Kita semua seharusnya
  • 4. memberi sokongan kepada kempen itu. Tambahan pula, kita juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertubuhan sukarela yang berkaitan dengan alam sekitar seperti World Wide Fund, dan Kelab Kebajikan dan Sukan Alam Sekitar untuk melaksanakan tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar. Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Tiada sesiapa pun yang boleh dikecualikan dalam tanggungjawab mengekalkan alam sekitar. Projek-projek dan kempen-kempen haruslah diberi sokongan supaya menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Tambahan pula, masyarakat di dunia harus mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak bertanggungjawab terhadap pengawalan pencemaran negaranya seperti pembakaran hutan terbuka di Indonesia. 5. Perkembagan Diri Menerusi pembelajaran sukatan pengetahuan Moral tingkatan 4, saya telah menyedari beberapa nilai dan pengajaran yang patut dipraktikkan dalam kehidupan. Nilai-nilai ini membawa impak dan peubahan yang besar kepada kehidupan dan sikap saya yang tidak baik selama ini. Inspirasi dan keputusan ini telah dijana oleh satu kejadian apabila guru Moral saya, cikgu Karthiges telah menegur saya tentang sikap saya yang tidak menghortmati guru dan tidak mematuhi beberapa peraturan saya. Saya berasa teramat malu dan menyesal dan seterusnya membuat keputusan untuk mengubah peribadi saya. Oleh itu, saya telah berkunjung ke kedai buku untuk buku-buku motivasi dan filosofi yang boleh membantu saya dalam usaha membentuk satu peribadi yang baik dan mulia. Antara buku-buku yang telah menarik perhatian saya ialah “Law of Attraction”. Pengarangnya, Michael J. Losier telah mencadangkan bahawa setiap perlakuan dan sikap manusia adalah ditentukan oleh fikirannya sendiri. Jika fikirannya tidak senonoh, perbuatannya tidak akan baik dan bermoral. Ini telah menyedari kekurangan saya dalam mengamal nilai hemah tinggi. Hal ini berlaku kerana saya tidak beradab sopan dan mempunyai budi pekerti yang mulia semasa saya bergaul dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, saya bertekad mengubah sikap saya yang buruk dan menggantikannya dengan satu personaliti yang hormat kepada sesiapa sahaja untuk menunjukkan peribadi diri yang mulia. Saya akan memberi salam kepada guru apabila bertemu malah berucap dengan bahasa yang lebih sopan. Seterusnya, saya telah berjumpa dengan buku jemahan yang bertajuk ‘366 Esei untuk Motivasi Diri Untuk Pelajar dan Dewasa’ (366 self-motivating essay for students and adults). Menerusi buku ini, pengarang buku ini, Sidney Newton Bremer telah memberitahu saya betapa pentingnya seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai kerajinan. Seseorang pelajar perlu menjayakan usaha dengan semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan dan berdaya maju secara berterusan semasa melakukan sesuatu perkara. Ini membolehkan kita memperolehi kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum yang kian menjadi kunci untuk mendapat biasiswa pelajaran. Dengan ini, saya telah menetap sekurang-kurangnya dua jam dalam satu hari untuk mengulang kaji pelajaran terutama subjek yang lemah. Usaha ini telah berjaya meningkatkan prestasi saya dalam peperiksaan. Selain itu, komitmen saya yang aktif dalam dunia pengakap telah membolehkan saya memperolehi lencana kemajuan Lima Tertinggi dalam ujian berlencana pengakap. Tambahan pula, ‘Konseptual Etika Murni’ dalam Ultimate Library Series telah mendedahkan saya dengan nilai toleransi sebagai teras ketenteraman dalam kehidupan. Menurut buku tersebut, kita mestilah mempunyai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri agar dapat mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kehidupan. Ini secara langsungnya berserasi dengan cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020. Cabaran kelima telah menekankan membentuk masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya
  • 5. bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing tanpa berasa tersisih daripada bangsa tersebut. Sebagai seorang rakyat dan waraganegara Malaysia, saya seharusnya sabar dan bertolak ansur antara satu sama lain malah membawa ideologi ini kepada rakan sebaya saya supaya Wawasan 2020 akan tercapai. Sepanjang tugasan ini, saya telah memperolehi banyak faedah yang saya tidak terfikirkan. Saya telah menyedari kekurangan saya dari aspek pengamalan nilai-nilai tertentu dan cuba sedaya upaya untuk mengubah perangai buruk saya. Usaha saya telah berjaya memperbaikikan hubungan saya dengan guru-guru dan rakan sebaya saya. Oleh itu, saya akan terus berusaha lagi untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam kehidupan saya. 6. Pencemaran Pada era globalisasi yang maju ini,terdapat pelbagai masalah social yang sering berlaku.Masalah yang paling kronik dan serius di nagara kita ialah pencemaran. Pencemaran yang sering berlaku disebabkab oleh adanya rakyat yang tidak bertanggungjawap dan menyayangi terhadap alam sekeliling yang dianugerahi oleh tuhan.Untuk mengatasi masalah ini,semua masyarakat seharusnya mempunyai kesedaran terhadap masalah ini dan berusaha menyelesaikannya. Pencemaran yang seringkali berlaku ialah pencemaran udara.Penemaran ini sering berlaku kerana adanya pihak perusaha kilang yang tidak bertanggungjawap dengan mengeluarkan gas-gas toksid tanpa dilapiskan.Selain itu,asap yang dikeluarkan daripada kenderaan juga merupakan salah satu faktor berlakunya.Oleh itu,pihak yang berkaitan dengan hal ini perlulah berfikir secara rasional iaitu meraka perlu berfikir berasakan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasakan pertimbangan yang wajar untuk mengatasi masalah ini. Selain itu,pencemaran air juga merupakan salah satu pencemaran yang paling membawa masalah kepada kita,alam sekeliling dan negara.Masyarakat kita yang suka membuangkan sampah ke dalam sungai menyebabkan kehiupan haiwan di sungai terjejas dan juga menyebabkan berlaku banjir.Ini berpunca daripada kegiatan masyarakat yang tidak mempunyai prihatin terhadap alam sekeliling.Masyarakat haruslah mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar yang bererti prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan sekeliling dan berusaha untuk menyelesaikannya. Seterusnya,pencemaran bunyi juga semakin serius di negara kita pada masa kini.Oleh itu,kita perlu mengamalkan nilai kesederhanaan terhadap masalah ini.Kita seharusnya bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.Contohnya, kita tidak sewajarnya membuka radio atau lagu dengan bunyi yang tinggi pada waktu malam serta tidak membunyikan hon dengan segaja ketika memandu. Kesimpulannya,kita hendaklah menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan alam sekeliling.Selain itu,kita juga harus mengamalkan nilai kemapanan terhadap alam sekitar sebagai tanggungjawap bersama untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.Sekiranya,kita dapat mengamalkan nilai-nilai di atas,masalah pencemaran di negara kita tentu dapat diatasi dan negara kita juga akan mencapai wawasan 2020.
  • 6. 7. Pengamalan Nilai Moral dalam Kehidupan Seharian Perkataan moral bererti kelakuan yang baik dalam pergaulan setiap hari. Setiap individu mestilah mengamalkan nilai moral dalam diri masing-masing demi mendapat kehidupan yang sejahtera dan keharmonian dalam setiap hari. Di samping itu,jika kita mengamalkan nilai moral dalam kehidupan kita akan membuat kita ke arah yang lebih cerah,lebih bahagia dan lebih cemerlang. Pengamalan nilai moral dalam kehidupan seseorang itu amat penting. Kita seharuslah mengamalkan nilai hemah tinggi dalam kehidupan kita demi mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Orang yang mengamalkan nilai ini akan sentiasa bersopan santun dan mempunyai budi bahasa yang lembut ketika bercakap dengan orang lain.Ini akan membuat kita disukai dan disayangi oleh rakan-rakan kita. Selain itu,kita juga sewajarnya mengamalkan nilai toleransi dalam diri kita. Nilai ini amat penting kepada kita kerana boleh melahirkan kita sebagai orang yang lebih bertolak anasir,sabar,dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup kita. Contoh mengamalkan nilai toleransi ini ialah apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau cabaran,kita mestilah bersabar dan mengamalkan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah ini. Seterusnya,kita juga harus mengamalkan nilai kesederhanaan iaitu bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Individu yang mempunyai nilai kesederhanaan akan mengawal diri dalam pertuturan dan perbuatan keterlaluan yang boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri sendiri kita. Secara konklusinya,banyak kebaikan dan faedah dapat kita memperoleh apabila kita mengamalkan nilai moral dalam siri sendiri kita. Oleh itu,semua masyarakat haruslah mengamalkan nilai moral dalam diri mereka bagi mengelakkan diri terlibat dalam pembuatan yang tidak baik. 8. Perlembagaan Demokrasi Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan perlembagaan demokrasi sejak mendapatkan merdeka daripada penjajah British. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat berhak memilih pemimpin-pemimpin yang mereka disukai melalui pilihan raya sama ada kecil atau besar. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat mempunyai pelbagai hak yang dapat menjamin kehidupan mereka lebih selamat dan harmonis Oleh itu,setiap rakyat Malaysia seharusnya mengetahui hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia serta memahaminya. Dalam prinsip demokrasi,rakyat mempunyai hak kebebasan beragama. Mereka bebas menganuti dan mengamalkan agamanya yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka juga harus memahami dan menghormati agama lain. Contohnya,mereka tidak boleh mengganggu pengaut agama lain semasa majlis bersembahyang dijalankan. Justeru,rakyat Malaysia juga berhak merayakan pelbagai upacara keagamaan bagi setiap agama mereka. Selain itu,rakyat Malaysia juga mempunyai kebebasan bersuara. Mereka mempunyai
  • 7. kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman. Walaupun mereka mempunyai kebebasan berucap,tetapi ada haknya. Mereka tidak boleh mengatakan bahan yang sensitif kepada orang lain kerana ini boleh membawa kepecahan,kehancuran dan kemusnahan sesama kaum di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Seterusnya,rakyat Malaysia juga haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat diberi kebebasan sepenuhnya asalkan tidak melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Secara kesimpulannya,rakyat Malaysia digalakkan penglibatan diri dalam pembangunan negara. Mereka bebas melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan dengan mematuhi undang-undang dan perlembagaan supaya negara kita boleh mencapai wawasan 2020 dan dapat menjadikan Malaysia terkenal di seluruh dunia. Untuk mencapai wawasan 2020,rakyat Malaysia seharusnya hidup bersama dengan antara satu sama lain tanpa mengira agama,bangsa dan budaya. 9. Kemalangan Jalan Raya Setiap hari,apabila kita membaca akhbar mesti kita menemui berita yang tentang kemalangan jalan raya terutamanya ketika hari perayaan. Walaupun sudah diingatkan agar para pemandu berhemah ketika memandu dan jangan terlalu bergembira untuk mengelakkan tragedi di jalan raya,kemalangan tetap juga berlaku. Mengapakah keadaan ini boleh berlaku?Apakah rakyat Malaysia tidak sayang akan diri sendiri dan keluarga masing- masing? Banyak sebab yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Paling utama ialah sikap pengguna jalan raya.Mereka patut mengamalkan nilai hemah tinggi. Mereka patut beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam semasa di jalan raya. Tanpa ada urusan penting,mereka gemar memandu laju dengan alasan kereta yang dinaiki cukup canggih untuk menderum di jalan raya dengan cara tidak memandu dengan berhati-hati dan lampu isyarat tidak dipatuhi. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka boleh menyusahkan penggunajalan raya yang lain. Selain itu,sikap pengguna patut mngamalkan nilai toleransi . Mereka patut bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya. Apabila mereka menghadapi kesesakan di jalan raya,mereka patut sabar dan mengawal perasaan diri daripada memotong kenderaan di hadapan dengan sesuka hati. Di samping itu,anak muda pula menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan haram. Disebabkan ingin menang,mereka akan memandu selaju mungkin dengan melupakan keadaan motosikal mereka dan kenderaan orang lain serta lupa akan keluarga dan nyawa diri. Mereka seharusnya mengamalkan nilai rasional. Mereka sewajarnya berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Kesimpulannya,kita perlulah merenung secara mendalam akan masalah peningkatan kemalangan jalan raya ini. Jika masalah ini tidak diatasi segera,jalan raya bukan lagi laluan yang selamat. Pengguna jalan raya perlu ditanamkan akan perasaan sayang diri,sayang keluarga dan sayangi orang lain agar menjadikan diri sentiasa berhemah ketika memandu.
  • 8. 10. Semangat Kejiranan Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kalangan masyarakat yang hidup berbaik-berbaik, bertolak ansur, tolong menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah. Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas, Hari Gawai dan Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit.Ini dapat menujukan kita mengamalkan nilai Hidup bersama secara aman iaitu hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira bangsa,agama,dan budaya. Selain itu,semangat kejiranan juga dapat merapatkan jurang dalam komuniti.Pada masa kini,ramai masyarakat yang sibuk bekerja demi mengejat kehendak dan keselesaan hidup yang semakin terdesak dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang terluang untuk meenziarahi sahabat jirannya.Masyarakat seharusnya mengamalkan nilai saling membantu dan berkerjasama selaras dengan masalah ini.Mereka seharusnya mempunyai usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti atau negara untuk mencapai sesuatau matlamat. Di samping itu,semangat kejiranan dapat mewujudkan intergrasi nasional.Hal ini demikian kerana negara kita terdiri daripada pelbagai komposisi kaum dan etnik.Semangat kejiraan amat penting untuk mencapai wawasan negara dan kedamaian sesama masyarakat.Oleh itu,nilai toleransi amat perlu kita diamalkan.Masyarakat Malaysia seharusnya sanggup bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Secara tuntasnya,budaya kejiranan teras kejayaan wawasan negata.lantaran itu,setiap rakyat malaysia harus bertanggungjawap untuk memupuk semangat kejiranan ini kerana ada ungkapan yang menyatakan bahawa apabila datang kesusahan dan keupayaan,di situlah nyatakan kawan dan lawan. 11. Patriotisme Tahun ini, Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-50, iaitu setengah abab. Tahun ini, terdapat berbagai-bagia jenis projek dan aktiviti untuk meraikan kedaulatan yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara 50 tahun yang lalu. Antaranya, Kayuhan Sempena 50 Tahun Merdeka dari Yan ke Dataran Merdeka telah dilangsungkan selama enam hari untuk memeriahkan sambutan merdeka pada tahun ini. Kempen Kunjungi Malaysia 2007 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan ini bukanlah hanya satu sambutan bagai hari perayaan sahaja. Sebenarnya, pada hari yang istimewa ini, kita harus mengenang jasa-jasa
  • 9. pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman yang telah bersusuah-payah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa sendiri, kita sebagai rakyat Malaysia yang setia yang lahir di tanah air kita seharusnya mengamalkan nilai cinta kepada negara. Kita perlu berasa bangga dan sayang terhadap nama negara kita iaitu Malaysia dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri. Maruah negara kita harus dipertahankan daripada kritik dan pandangan negatif oleh masyarakat dunia (terutama Barat) yang berfikiran steriotipikal menganggap negara di Asia mundur dan berkelas rendah. Tambahan pula, tokoh-tokoh sukan seperti Nicol Ann David (Juara dalam Squasy 2007) dan Lee Chong Wei (bertempat kedua dalam kedudukan pemain badminton sedunia 2007) telah berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dalam pentas sukan antarabangsa. Mereka tidak mementingkan nama sendiri malah sentiasa mengheboh-hebohkan nama Malaysia kerana mereka mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap tanah air mereka. Yang kedua, kita perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk negara. Kita perlu rela melakukan dan meyerahkan apa-apa sahaja termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara. Dalam sejarah, Tok Janggut di Kelantan telah memperjuangkan keadilan untuk bangsanya dan akhirnya telah dihukum mati dan dianggap sebagai pengkhianat serta pemberontak (kerajaanBritish) oleh British. Rentap pada masa yang sama telah berjuang untuk bangsa Ibannya sendiri. Ini menunjukkan kerelaan mereka untuk berkorban demi mempertahankan maruah bangsa negara sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup pada zaman moden hari ini, kita seharusnya mementingkan pembangunan negara sendiri melebihi tawaran gaji tinggi yang diberi oleh syarikat-syarikat luar negera. Tambahan pula, projek-projek kerajaan haruslah disokong oleh semua rakyat supaya projek itu berjaya menjanakan keuntungan dan pembangunan ekonomi serta fizikal di Malaysia. Yang ketiga, nilai taat setia kepada raja dan negara haruslah diamalkan oleh semua rakyat Malaysia. Semua rakyat mesti mempunyai kesetiaan dan kepatuhan kepda raja dan negara untuk menjaga keamanan dan kestabilan politik. Ini merupakan cara untuk mempertahankan maruah bangsa seperti yang termaktub pada baris Perlembagaan Malaysia yang pertama Taat kepada Tuhan , Raja dan Negara.Undang-undang dan peraturan-peraturan haruslah dipatuhi untuk menunjukkan kita memberi kehormatan terhadap sistem pentadbiran negara. Tambahan pula, jasa-jasa tokoh kemerdekaan pada masa penjajahan haruslah dikenang dan perjuangan mereka haruslah dijadikan pedoman dan ingatan dalam kehidupan supaya kita tidak dijajah oleh kuasa asing pada masa depan. Kesimpulannya, nilai patriotisme perlulah diamalkan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dengan mengamalkan ketiga-tiga nilai ini, barulah kedaulatan negara akan dipertahankan malah negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh masyarakat tempatan. Dengan ini, Wawasan 2020 yang menjadikan impian nasional boleh capai dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang. Pada hari yang istimewa ini, marilah kita sama-sama menyambut dan berkongsi kegembiraan yang telah diperolehi selama 50 tahun. Posted by kc lim at 6:12 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Labels:Tugasan