SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
1.Langkah untuk mengekalkan hubungan baik di persada antarabangsa
Antara langkah yang perlu dilakukan oleh negara kita bagi mengekalkan
hubungan baik di peringkat antarabangsa adalah dengan cara mengadakan kerjasama
dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara di dunia ini.Dalam hal
ini, Malaysia juga boleh mengadakan pertukaran teknologi dan kepakaran dengan
negara lain,seperti negara Jepun dan Korea yang maju.Contoh dalam pembinaan LRT
/ MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya.
Pada masa kini,negara kita telah melakukan kerjasama ekonomi dengan negara
lain dalam semua bentuk ,sama ada dalam bentuk kerjasama antara syarikat
multinasional asing dengan syarikat tempatan ataupun pihak kerajaan kita dengan
pihak kerajaan bagi negara lain.Hal ini dapat dibuktikan melalui kewujudan projek
industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia
Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia.Implikasinya, negara kita
telah Berjaya menjadi sebuah negara yang maju dan unggul di persada anatarabangsa.
Seterusnya,negara kita tidak haruslah mencampuri urusan hal ehwal dalam negara
lain, sebaliknya kita perlu menghormati kepelbagaian agama dan pengamalan
demokrasi di negara-negara tersebut seperti membantu menyelesaikan konflik secara
rundingan krisis di selatan Thailand dan selatan Filipina.Apabila langkah ini diambil
oleh pemimpin negara kita, negara kita akan menjadi negara yang sentiasa dihormati
dan dipandang tinggi oleh semua negara di persada antarabangsa.Negara kita juga
mestilah sentiasa memelihara hubungan politik dan meningkatkan lagi hubungan
diplomatik dengan cara pemimpin tertinggi negara kita mengadakan lawatan rasmi ke
negara lain bagi membincangkan isu hangat di antarabangsa dan bersama-sama
memcari jalan penyelesaian.Dalam konteks ini,Malaysia merupakan negara yang
seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.Sebagai buktinya, pada
6/9/2013, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengadakan
lawatan 4 hari ke Vietnam sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan
diplomatik antara Kuala Lumpur-Hanoi yang terjalin pada 30 Mac 1973. Kedatangan
baginda telah disambut oleh Presiden Truong Tan Sang dan Wanita Pertama Vietnam
Tran Mai Hanh dalam Istiadat Sambutan Rasmi di Istana Presiden.
Di samping itu,negara kita hendaklah sentiasa mengadakan mesyuarat /
perbincangan sekiranya negara kita berlaku krisis dengan negara lain dan saling
mengekalkan persefahaman antara negara serta mengadakan kerjasama pertahanan
di persada antarabangsa.Sebagai contohnya penguatkuasaan Maritim Negara telah
berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia
(PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-
undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. . Negara
kita juga perlu sering bertukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan
bertindak dengan sebulat suara.Dalam hal ini negara kita telah sentiasa berusaha
mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN serta hubungan degan pertubuhan
dunia seperti PBB, OIC dan NAM serta Komanwel.
Seterusnya,Malaysia hendaklah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa
bencana dam mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan
bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara kita juga telah
mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik
atau hubungan perdagangan dua hala.Demi mengeratkan lagi hubungan luar,Malaysia
hendaklah mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar .Contoh
drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dll.Usaha lain dalam
mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan
persidangan / sukan bertaraf antarabangsa iaitu Sukan Komanwel.Apabila wajudnya
usaha tersebut,rakyat negara kita akan mengetahui budaya bagi negara lain dan
sentiasa menghormati adat istiadat serta menjalinkan hubungan yang baik dengan
rakyat di negara tersebut.Justeru,negara kita akan menjadi sahabat yang baik bagi
negara tersebut dan akan diberikan bantuan apabila negara kita dilanda bencana alam
seperti banjir , kemarua dan gempa bumi.
Negara kita juga hendaklah menganjurkan persidangan untuk menentang
pengganas dan mengelakkan persaingan senjata kerana kita menyedari bahawa
peperangan hanya membawa kemusnahan dan penderitaan semata-mata , bukannya
membawa keharmonian dan kebahagiaan.Untuk mendukung hasrat PBB yang
menyarankan semua negara hidup secara damai,negara kita tidak mengeluarkan
senjata nuklear.Selain itu,kita sebagai rakyat negara Malaysia hendaklah sentiasa
manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak membakar
dan memijak bendera bagi negara lain serta tidak melanggar dan mencerobohi
sempadan negara lain.Akhirnya,Malaysia juga haruslah bekerjasama dalam
perkongsian budaya antara negara.Sebagai contohnya Malaysia telah menganjurkan
Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan
di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran
tersebut di Malaysia.
2 Cabaran dalam mengekalkan hubungan baik di peringkat antarabangsa
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan baik dengan
negara luar antaranya adalah pengaruh kuasa barat dalam beberapa buah negara
jiran Malaysia.Sebagai contoh, Singapura lebih memihak kepada Amerika Syarikat
dan Israel sedangkan Malaysia menentang sekeras-kerasnya kezaliman Israel
terhadap penduduk Palestin. Pertikaian tentang beberapa perkara misalnya antara
Malaysia dan Singapura dalam isu bayaran bekalan air dan menambak pantainya
sehingga menjejaskan kawasan perikanan Malaysia.Isu-isu ini sentiasa mengeruhkan
hubungan antara kedua-dua negara.
Cabaran kedua adalah ancaman ekstremis Islam contohnya Thailand pula sering
menuduh Malaysia melindungi kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand iaitu
POLO.Penglibatan warga Malaysia di Syria dan di Filipina menyebabkan
Malaysia sering dilabelkan sebagai pusat latihan pelampau Islam oleh Amerika
Syarikat.Faktor ini turut menyumbang ke arah hubungan yang kurang mesra antara
Malaysia dengan negara-negara berkenaan.
Cabaran berikutnya adalah adalah dalam bidang penguatkuasaan misalnya nelayan
Thailand sering menceroboh kawasan perairan Malaysia.Tindakan Imigresen terhadap
mereka yang ditangkap dan pelupusan kapal secara “bakar” sering menimbulkan
kemelut antara kedua-dua negara. Masalah tindakan undang-undang terhadap
pendatang haram dari Indonesia dan kes penganiayaan pembantu rumah warga
Indonesia oleh majikan Malaysia hampir-hampir memusnahkan hubungan baik
yang telah lama terjalin .Isu perebutan wilayah yang masih belum selesai misalnya
Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput dengan Filipina turut menjadi
faktor pengancam kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.
Isu terbesar yang menjadi cabaran pengekalan hubungan baik dengan negara-negara
luar adalah kehilangan pesawat MH370 sejurus berlepas ke Beijing telah
mengeruhkan hubungan dengan beberapa negara luar.Ketidak puasan hati masyarakat
antarabangsa atas tuduhan ketelusan Malaysia dalam merungkai rahsia kehilangan
pesawat tersebut telah mengurangkan keakraban Malaysia dengan negara
terbabit.Sebagai contoh, China yang merupakan penumpang paling ramai dalam
pesawat tersebut sering mempersoalkan tindakan Malaysia dalam menangani isu
tersebut.Hal yang demikian turut menjejaskan kemasukan pelancong China ke
Malaysia iaitu sebagai protes mereka terhadap kerajaan Malaysia.Secara tidak
langsung, Malaysia akan kehilangan peluang pelaburan dari negara-berkenaan serta
mengurangkan keupayaan daya saing ekonomi Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi.
3. Langkah untuk mengatasi cabaran tersebut
Antara langkah mengatasinya adalah Malaysia perlu sentiasa mengekalkan
hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip
rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan
politik.Prinsip rundingan dan dasar keterbukaan yang diamalkan bermula pada masa
Pakatan Murni sehingga kini telah telah banyak mewujudkan keamanan serta
kesejahteraan negara kita.Rundingan positif misalnya isu perebutan wilayah sehingga
ke mahkamah antarabangsa telah mengekalkan hubungan baik antara negara tanpa
melibatkan krisis persenjataan. Malaysia tetap mengutamakan semangat setiakawan
dalam sebarang tragedi yang menimpa negara sahabat misalnya menyumbang bantuan
kemanusiaan dalam peristiwa Tsunami di Acheh.
Langkah seterusnya adalah Malaysia menambah baik kerjasama dalam bidang
ekonomi, sosial dan politik antara negara.Kerjasama perdagangan Malaysia dengan
China yang tidak terhenti telah mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara
disebalik beberapa krisis yang agak besar.Dari sudut sejarah,keberanian Tun Abdul
Razak menjalin hubungan diplomatik ketika negara itu dipinggirkan dunia kerana
ideologi komunisnya. Tindakan Tun Abdul Razak ternyata membuka lembaran baru
dalam hubungan diplomatik China dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
turut mengambil langkah serupa.Ini membuktukan dasar keterbukaan Malaysia
dengan semua negara.
Kerjasama pasukan keselamatan contohnya rondaan bersama antara pasukan
maritim Malaysia dengan Indonesia telah banyak mengurangkan kebanjiran
pendatang tanpa izin ke negara ini.Begitu juga bantuan ketenteraan Filipina dalam
peristiwa pengganas Sulu di Lahad Datu beberapa tahun yang lalu turut mengeratkan
lagi hubungan kedua-dua negara.Jelaslah, kerjasama dan penyelesaian krisis antara
negara melalui rundingan telah dapat mengekalkan keamanan global tanpa
perselisihan faham semua negara
4. Kejayaan / Keberkesanan Dasar Luar Negara
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen yang berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Sistem ini
mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar di mana ini membawa
kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis kepada
negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang
membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu
bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun. Pembentukan dasar luar
negara secaradinamis telah memastikan negara terus berjaya dalam pelbagai bidang
seperti ekonomi,politik dan sosial.
Melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran dapat menangani krisis
dengannegara – negara jiran seperti konfrontasi Malaysia dengan Indonesia daripada
tahun 1963 –1965 selepas pembentukkan Malaysia. Negara berjaya menangani krisis
tersebut melaluiperjanjian menubuhkan pertubuhan seperti MAHPHILINDO pada
tahun 1962 yangmelibatkan Malaysia, Philipina dan Indonesia.Seterusnya, melalui
sikap dasar berkecuali Malaysia berjaya menyertai pasukanpendamai di bawah panji-
panji PBB untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Hal inimembuktikan
kejayaan negara dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Dengan ini dapat
mengharumkan nama baik mengeratkan hubungan dengan negara – negara lain seperti
hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Pada tahun 1989, Malaysia
terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu
Namibia mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar
pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti
Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke
Bosnia.
Seterusnya, melalui dasar berbaik-baik dengan semua, Malaysia dapat
membangunkan ekonomi negara. Negara berjaya menarik ramai pelabur asing
denganmenjadi ahli Bank Dunia iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB
pada tahun1945. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk
menjayakan FELDA dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
Kerjasama dalam bidang pendidikan dapat dilihat melalui pembinaan RECSAM iaitu
Pusat Serantau Sains dan Matematik.
Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan
etnik dan kaum juga menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran
dalam hubungan sesama kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang
berlaku melalui amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan
hubungan dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara
tersebut.Malaysia juga mengutuk penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap
rakyat Bosnia.Situasi ini membantu mengukuhkan hubungan perpaduan kaum dalam
negara dan seterusnya merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.
Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat berlangsung.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang
membuahkan hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti
Mesyuarat Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang telah
membuahkan keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini juga
berhubung kait dengan soal tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam
mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti
keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan
negara luar. Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil
daripada sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.
5. Kekuatan Dasar Luar Negara Malaysia Semasa MH370
Malaysia merupakan sebuah negara yang sentiasa dihormati dan disanjung tinggi
oleh semua negara di persada antarabangsa.Apabila Malaysia mempunyai /
mengalami peristiwa / bencana / kemalangan , negara lain akan menghulurkan
bantuan kepada negara kita.Perkara ini dapat dibuktikan apabila wujudnya peristiwa
kehilangan MH370, ramai pihak telah membantu Malaysia dalam menangani peritiwa
ini.Sebagai gerak balas kepada insiden ini, kerajaan Malaysia sendiri telah
menggerakkan Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara, Tentera Laut dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim, dan meminta bantuan antarabangsa daripada Sistem
Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) dan negeri jiran. Berbilang negara
mengusahakan misi pencarian dan penyelamatan di perairan rantau itu.Negara-negara
telah menghantar sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal ke kawasan
berkenaan.Qatar menawarkan bantuan, dan Agensi Perancis untuk penyiasatan
kemalangan pesawat, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation
Civile (BEA), menawarkan bantuan dengan mana-mana operasi pencarian dan
pemulihan bawah air.Suruhanjaya Persediaan Pertubuhan Perjanjian Larangan Ujian
Nuklear Menyeluruh telah mencuba, tetapi gagal, untuk menggunakan rangkai stesen
pengesanan infrabunyinya untuk mencari mana-mana bunyi dibuat oleh penerbangan
ini.Pelbagai aset penting telah dihulurkan oleh negara di persada antarabangsa kepada
Malaysia
Jika kita tengok usaha kerajaan Malaysia dalam menangani masalah ini,memang
tidak dapat dinafikan bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia adalah
sangat bijaksana.Antara aset penting yang disumbang oleh kerajaan Malaysia ialah
Malaysia menghantar Pengangkut CASA/IPTN CN-235, sebuah pesawat Beechcraft
B200T King Air, empat buah pengangkut ketenteraan Lockheed C-130 Hercules, dua
buah Bombardier Global Express, dua buah helikopter Agusta A109, dan empat buah
helikopter pengangkutan taktik julat panjang Eurocopter EC725.Enam buah kapal
Tentera Laut Diraja Malaysia dan tiga buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia.Pelbagai upacara penyembahan dan doa telah dijalankan oleh semua rakyat
Malaysia tanpa mengira perbezaan bahasa , warna kulit , agama dan bangsa serta
keturunan.
Seterusnya,kita akan mendapati banyak negara luar termasuk Amerika Syarikat
telah tidak kedekut dalam membantu Malaysia.Amerka Syarikat telah menghantar
sebuah pesawat P-3C Orion dan sebuah kapal pembinasa peluru berpandu, USS
Pinckney, membawa dua buah helikopter Sikorsky MH-60R Seahawk.kapal logistik
Templat.Amerika Syarikat juga menghantar sepasukan Lembaga Keselamatan
Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) awal-awal lagi, bersedia untuk memulakan kerja
serta-merta sekiranya sisa bangkai pesawat ditemui. FBI yang merupakan pegawai
keselamatan terunggul di dunia telah terlibat dalam penyiasatan dengan cara
menghantar beberapa orang ejen FBI ke kawasan tersebut untuk menyertai penyiasat.
Negara jiran kita , iaitu China telah menghantar lima buah kapal perang China, dok
pengangkutan amfibia Jenis 071 LPD-999 Jinggang Shan, dengan dua buah helikopter,
30 orang kakitangan perubatan, sepuluh orang penyelam, dan 52 orang askar marin,
serta kelengkapan penyelamatan dan pengesanan bawah air di atasnya.China juga
menghantar Frigat Jenis 053H3 FFG-528 Mianyang dengan sebuah helikopter dan
kapal pengisian AOR-886 Qiandaohu. Tiga buah kapal ronda besar Pentadbiran
Keselamatan Maritim China: Hai Xun 31 sebuah kapal ronda besar dengan sebuah
helikopter dan kelengkapan pengimbasan bawah air, kapal pencarian dan
penyelamatan besar penyelamat Laut Selatan No. 101 dan No. 115. telah dihantar
oleh China bagi menjayakan lagi siasatan pencarian MH370.Dengan menggunakan
kemajuan dalam bidang astronomi China juga telah menugasi sepuluh buah satelit
pertahanan mengorbit semula di kawasan itu.
Akhirnya,dasar luar Malaysia yang selama diamalkan telah menyebabkan Filipina
menghantar sebuah Fokker F-27 Tentera Udara dan sebuah kapal terbang Navy
Islander. Sebuah kapal pemotong kelas Hamilton hak milik kerajaan Filipina dan
sebuah kapal terbang ketenteraan C130 telah ditempatkan dalam keadaan sedia untuk
menyediakan sandaran untuk pesawat yang bersayap kaku dua, jika diperlukan.
Kesimpulannya, memang tidak dinafikan bahawa dasar luar yang diamalkan oleh
kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Bin Tun
Abdul Razak adalah terbaik dan membawa faedah yang banyak kepada negara
kita.Hal ini dapat dibuktikan melalui tindakan ramai negara yang membantu negara
kita tanpa meminta sebarang keuntungan.Semasa berlakunya peristiwa ini,semua parti
politik telah berganding bahu dan bekerjasama tanpa mengira perbezaan ideologi
politik.Sikap ini lah yang kita perlukan untuk memajukan negara kita.
6. Apakah yang anda faham tentang TPPA ? / Berikan definisi bagi TPPA
Berikan keistimewaan bagi TPPA
Dunia semakin berubah dan kita tidak boleh menghalang perubahan dari terus
berlaku. Perubahan juga tidak menanti kita mempersiapkan diri untuk berdepan
dengannya. Kerajaan yang bertangungjawab perlu sentiasa memperlengkapkan rakyat
dan negara untuk menghadapi perubahan yang berterusan. Ini boleh dilihat menerusi
usaha pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan sebelum ini. Pembinaan Lebuh Raya
Utara Selatan, Putrajaya dan KLIA adalah antara usaha ke arah mendepani perubahan.
Negara Malaysia terus maju dan makmur kerana Kerajaan peka kepada keperluan
mempersiapkan diri untuk perubahan. Jika kita gagal menyediakan negara untuk
keperluan masa depan, dan sebaliknya mengambil pendirian menghadapi perubahan
itu hanya sesudah ia datang, kita berkemungkinan tidak bersedia, akan ketinggalan
dan menjadi mundur. Pada era pra-perjanjian perdagangan bebas (FTA), terutamanya
pada pertengahan 1980-an hingga 1997, Malaysia telah menikmati pertumbuhan
ekonomi pesat sehingga digelar sebagai salah satu ‘Harimau Asia’. Bagaimanapun
selepas tahun 2000 rejim pelaburan dan perdagangan dunia sudah berubah.
Negaranegara dunia berlumba-lumba untuk menjalin FTA sama ada secara
berkelompok atau bilateral. Malaysia sendiri telah menjalin 13 FTA, enam menerusi
ASEAN dan tujuh secara bilateral. Pembukaan pasaran menerusi FTA adalah cara
perdagangan masa kini.
Hari ini, Kerajaan melihat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah
satu bentuk FTA yang baru dan mempunyai potensi untuk membawa negara
melangkah ke masa depan. TPPA melibatkan 12 buah negara dengan jumlah
gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak $27.5 trilion. Malaysia
membuat keputusan untuk menyertai rundingan TPPA pada tahun 2010 selepas
mengambil kira manfaat ekonomi yang ditawarkan. FTA yang telah dilaksanakan
oleh Malaysia lebih tertumpu kepada pengurangan atau penghapusan tarif, liberalisasi
sektor perkhidmatan, peraturan tempasal dan halangan teknikal terhadap perdagangan
produk dan perkhidmatan. TPPA berbeza kerana ia lebih komprehensif dengan
merangkumi pelbagai skop seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar dan
Syarikat Hak Milik Kerajaan. Skop-skop ini adalah skop baru yang pertama kalinya
dirundingkan dalam FTA yang disertai Malaysia. Adalah dijangka skop baru ini akan
menjadi elemen penting dalam rundingan FTA pada masa akan datang. Sepanjang
tempoh rundingan TPPA berlangsung, pihak MITI telah mengadakan perbincangan
dengan pelbagai pihak di Malaysia, antaranya termasuklah pihak-pihak
berkepentingan.
Tanpa bercakap panjang,marilah kita mengetahui maksud TPPA terlebih
dahulu.Apakah itu TPPA ? TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas, terbuka
kepada kesemua 21 negara-negara ahli APEC. TPPA ini adalah berbeza dengan FTA
biasa kerana ia lebih menyeluruh dengan skop-skop yang tidak terkandung dalam
FTA yang disertai Malaysia sebelum ini. Skop-skop itu, antaranya ialah perolehan
kerajaan , buruh , alam sekitar, syarikat-syarikat milik kerajaan dan hak harta intelek.
Inilah yang menjadikan TPPA kontroversi. Namun, disebalik cabaran itu, Malaysia
melihat ia berfaedah dalam meningkatkan daya saing negara di peringkat global.
Skop-skop ini dijangka dimasukkan dalam rundingan FTA pada masa akan datang.
Sebagai contoh, beberapa negara yang terlibat telah mencadangkan agar skop-skop ini
terkandung dalam RCEP. TPPA adalah model FTA masa hadapan, sebab itu ia diberi
jolokan Perjanjian Perdagangan Bebas Alaf Baru. TPPA ini juga merupakan
perjanjian perdagangan bebas yang menyeluruh yang merangkumi pelbagai skop
seperti ,pengurangan atau penghapusan Tarif.,liberalisasi sektor perkhidmatan.
Peraturan Tempasal ,halangan teknikal terhadap perdagangan produk dan
perkhidmatan,perolehan kerajaan, buruh , alam sekitar, syarikat hak milik kerajaan.
FTA yang sedia ada ini telah dimuktamadkan oleh Malaysia lebih tertumpu kepada
skop-skop ini sahaja. Skop-skop ini adalah skop baru yang pertama kalinya
dirundingkan dalam FTA yang disertai oleh Malaysia. Dijangka skop-skop baru ini
akan menjadi elemen penting dalam rundingan-rundingan FTA pada masa akan
datang
Yang pertama , kita kena tengok dari segi teks perjanjian TPPA. Tekss TPPA ini
mengandungi 6350 muka surat dan terbahagi kepada 3 bahagian.Bahagian pertama
iaitu bab Utama adalah sebanyak 30 bab yang mengandungi bab-bab perundangan,
bab-bab tradisional dalam FTA dan bab-bab baharu serta mempunyai sebanyak 595
muka surat. Bahagian yang kedua pula ialah Lampiran.Lampiran ini mengandungi
jadual akses pasaran bagi 12 negara-negara ahli TPPA, jadual berkaitan Syarikat Hak
Milik Kerajaan dan peraturan-peraturan tempasal serta mempunyai 5,755 muka surat.
Bahagian yang terakhir ialah side letters. Perjanjian ini mengandungi beberapa side
letters yang dipersetujui secara dua hala mengenai isu spesifik antara negara-negara
ahli.
Di sini , kita kena faham bahawa TPPA bukan sekadar akses pasaran , tetapi ia
melibatkan piawaian (standard) yang tinggi iaitu bertujuan memastikan suasana
pelaburan yang kondusif, persaingan sihat dan kesejahteraan penduduk serta alam
sekitar terpelihara.TPPA ini terbahagi kepada 5 piawaian.Piawaian yang pertama
ialah ketelusan & anti korupsi .Dalam piawaian ini,komitmen diperlukan untuk
menggalakkan ketelusan yang lebih tinggi, penyertaan, dan kebertanggungjawaban
dalam tindakan Kerajaan. Peruntukan ini termasuk ketelusan dalam undang-undang,
peraturan-peraturan, prosedur, syarat-syarat atau amalan yang berkaitan dengan
perdagangan.Piawaian yang kedua pula ialah Hak Asasi Manusia. Komitmen juga
diperlukan dalam memerangi aktiviti pemerdagangan manusia.Piawaian ketiga ialah
buruh.Dalam piawaian ini , ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang membela
kebajikan pekerja, termasuk penghapusan buruh paksa dan buruh kanak-
kanak.Piawaian yang keempat pula ialah melindungi dan memulihara flora dan fauna,
termasuk tindakan memerangi pemerdagangan haram hidupan liar, pembalakan haram
dan penangkapan ikan secara tidak terkawal. Piawaian yang terakhir ialah Kerjasama.
Ini melibatkan kerjasama Kastam, PKS dan akses pasaran. Piawaian yang dipersetujui
antaranya bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi melibatkan komitmen dari sudut
penguatkuasaan.
Seterusnya ,marilah kita boleh melihat kerjasama yang dicadangkan dalam TPPA.
Pelbagai bentuk kerjasama telah dicadangkan dalam TPPA , yang pertama ialah
bentuk yang terjalin dalam Kastam.Kerjasama Kastam telah memberi peluang kepada
ahli TPPA untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain berhubung dengan
pengimportan atau pengeksportan dagangan, dan larangan ke atas pengimportan atau
pengeksportan. TPPA juga menetapkan pemakaian prosedur Kastam yang mudah
untuk pelepasan barangan bagi tujuan fasilitasi perdagangan seperti pelepasan
barangan dalam tempoh tidak lebih dari yang ditetapkan, penghantaran maklumat
secara elektronik yang lebih awal sebelum ketibaan barangan serta barangan boleh
dilepaskan semasa ketibaan tanpa pemindahan ke gudang.
Di samping itu, bentuk kerjasama yang kedua ialah dalam Tekstil.Bab Tekstil ini
menggariskan bentuk kerjasama di antara negara-negara ahli TPPA bagi tujuan
penguatkuasaan atau membantu dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan
berkenaan kesalahan Kastam bagi perdagangan produk tekstil dan pakaian. Kerjasama
ini melibatkan perkongsian maklumat mengenai kesalahan Kastam dan juga
pengesahan mengenai tuntutan kelayakan keutamaan di bawah TPPA.Bentuk
kerjasama yang juga boleh kita lihat ialah dalam PKS . Syarikat-syarikat PKS
Malaysia berpeluang menjalinkan kerjasama serta berkongsi pangkalan data
(database) dengan PKS dari negara-negara ahli TPPA yang lain. Maklumat-maklumat
ini boleh digunakan untuk meluaskan peluang untuk memasar, menjual serta
menjalankan penyelidikan pasaran sebelum PKS menceburi pasaran TPPA.
Bentuk kerjasama yang terakhir ialah dalam Akses pasaran. Negara-negara ahli
TPPA telah bersetuju membentuk kumpulan kerja bagi produk bioteknologi moden di
bawah Jawatankuasa Perdagangan Pertanian untuk pertukaran maklumat dan
kerjasama. Ini akan menjadi platform bagi pertukaran maklumat undang-undang
tempatan sedia ada dan yang dicadangkan, serta peraturan dan polisi berkaitan
perdagangan produk bioteknologi moden. Kumpulan kerja ini juga akan
meningkatkan kerjasama bagi perkara-perkara kepentingan bersama dalam
perdagangan produk bioteknologi.
Akhirnya, dalam TPPA mengandungi Bab Bina Upaya yang sangat istimewa.
TPPA ini mempunyai satu bab yang khusus , iaitu dalam Bab 21, mengenai kerjasama
dan bina upaya. Objektif Bab ini adalah supaya negara-negara TPPA boleh
menjalankan aktiviti kerjasama dan pembinaan keupayaan. Antara lainnya adalah
untuk membantu dalam meningkatkan keupayaan setiap negara ahli TPPA di dalam
mengambil kesempatan daripada peluang-peluang ekonomi yang diwujudkan oleh
Perjanjian ini. Aktiviti kerjasama dan pembinaan keupayaan meliputi, tetapi tidak
terhad, kepada sektor pertanian, industri dan perkhidmatan , Pendidikan, kebudayaan
dan pengurusan risiko bencana.
7. Kepentingan penyertaan Malaysia dalam TPPA
Dunia semakin berubah dan kita tidak boleh menghalang perubahan dari terus
berlaku. Perubahan juga tidak menanti kita mempersiapkan diri untuk berdepan
dengannya. Kerajaan yang bertangungjawab perlu sentiasa memperlengkapkan rakyat
dan negara untuk menghadapi perubahan yang berterusan. Ini boleh dilihat menerusi
usaha pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan sebelum ini. Pembinaan Lebuh Raya
Utara Selatan, Putrajaya dan KLIA adalah antara usaha ke arah mendepani perubahan.
Negara Malaysia terus maju dan makmur kerana Kerajaan peka kepada keperluan
mempersiapkan diri untuk perubahan. Jika kita gagal menyediakan negara untuk
keperluan masa depan, dan sebaliknya mengambil pendirian menghadapi perubahan
itu hanya sesudah ia datang, kita berkemungkinan tidak bersedia, akan ketinggalan
dan menjadi mundur. Pada era pra-perjanjian perdagangan bebas (FTA), terutamanya
pada pertengahan 1980-an hingga 1997, Malaysia telah menikmati pertumbuhan
ekonomi pesat sehingga digelar sebagai salah satu ‘Harimau Asia’. Bagaimanapun
selepas tahun 2000 rejim pelaburan dan perdagangan dunia sudah berubah. Negara-
negara dunia berlumba-lumba untuk menjalin FTA sama ada secara berkelompok atau
bilateral. Malaysia sendiri telah menjalin 13 FTA, enam menerusi ASEAN dan tujuh
secara bilateral. Pembukaan pasaran menerusi FTA adalah cara perdagangan masa
kini. Hari ini, Kerajaan melihat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah
satu bentuk FTA yang baru dan mempunyai potensi untuk membawa negara
melangkah ke masa depan. TPPA melibatkan 12 buah negara dengan jumlah
gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak $27.5 trilion. Malaysia
telah membuat keputusan untuk menyertai rundingan TPPA pada tahun 2010 selepas
mengambil kira manfaat ekonomi yang ditawarkan.
Malaysia merupakan sebuah ekonomi terbuka, dengan pasaran domestik yang
kecil, perlu melihat di luar sempadan kita untuk perdagangan, pelaburan dan
pertumbuhan ekonomi. Memandangkan pasaran tempatan yang kecil ini,adalah sangat
penting mengembangkan industri tempatan dan menambah peluang pekerjaan kepada
rakyat, negara perlu perbanyakkan eksport dan menarik lebih banyak pelaburan
asing.Oleh hal yang demikian , TPPA adalah sangat penting kepada negara
kita.Persoalannya , mengapakah TPPA ini dikatakan sangat penting kepada negara
kita. Kerajaan Malaysia telah sedar TPPA yang sedia ada mempunyai kelebihan dan
kekurangannya. Bagaimanapun berdasarkan penilaian, Kerajaan melihat negara akan
memperoleh lebih banyak faedah jika menyertai TPPA. Antaranya,ialah akses pasaran
ke negara-negara ahli TPPA yang malaysia belum ada FTA iaitu Amerika Syarikat,
Kanada, Mexico dan Peru.TPPA ini juga mempunyai integrasi yang lebih
menyeluruh dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global bagi perusahaan
kecil dan sederhana (PKS).Apabila negara kita menyertai TPPA,akan berlakunya
peningkatan pelaburan yang menyumbang kepada pewujudan peluang
pekerjaan.Bukan sahaja ini yang berkaitan dengan faedah TPPA , TPPA juga mampu
menyebabkan berlakunya peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan serta
pemantapan tadbir urus berlandaskan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik. Ia
juga akan meningkatkan KDNK Malaysia.
Seterusnya, TPPA akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna serta
input yang lebih murah untuk kegunaan industri.Dalam menandatangi TPPA,
Kerajaan sentiasa memastikan TPPA mengambil kira model pembangunan Malaysia
iaitu menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan seimbang, dasar-dasar seperti
agenda Bumiputera dan pembangunan luar bandar. Ramai orang telah
mempertikaikan sebab Malaysia mahu sangat menyertai TPPA sekarang juga.Di sini,
saya ingin menjelaskan sebab Kerajaan Malaysia perlu menyertai TPPA sekarang.
Yang pertama , Malaysia telah terlibat dalam rundingan TPPA selama lima tahun. Ia
merupakan satu proses yang sukar, terutamanya dalam mempertahankan isu-isu serta
dasar-dasar penting.Kedua, Kita telah berjaya mendapat pengecualian dan
kelonggaran untuk mempertahankan kepentingan negara seperti dasar Bumiputera dan
syarat halal, termasuk kelonggaran untuk had nilai perolehan (threshold) yang tinggi
dan tempoh peralihan yang panjang. Ketiga, pada masa yang akan datang, keahlian
TPPA turut dibuka kepada negara-negara ahli APEC yang lain. Indonesia, Korea
Selatan, Thailand dan Filipina, umpamanya telah menyatakan hasrat untuk menyertai
TPPA setelah mengambil kira manfaat yang ditawarkan.Yang terakhir, Sekiranya kita
memilih untuk tidak menyertai TPPA sekarang, kita akan ketinggalan berbanding
negara-negara lain, contohnya Vietnam. Kita juga akan terlepas peluang untuk meraih
manfaat awal ataupun first-mover advantage berbanding negara-negara yang belum
menyertai TPPA.
Sebaliknya , jika negara kita memilih tidak menyertai TPPA,tidak bermaknanya
Malaysia akan gagal dan mundur, tetapi negara akan hilang keupayaan untuk bersaing
pada tahap sama rata dengan negara-negara ahli TPPA. Antara kesannya ialah
Malaysia akan kurang daya tarikan sebagai destinasi pelaburan bagi pelabur-pelabur
yang mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran TPPA. Kedua, syarikat-
syarikat tempatan dan asing yang kini beroperasi di Malaysia mungkin akan
mengecilkan skala operasinya. malaysia juga akan berdepan dengan persaingan yang
lebih sengit dari Vietnam dan Singapura dalam menarik pelaburan asing. Dan
sekiranya Indonesia, Thailand dan Filipina memilih untuk menyertai TPPA kemudian
hari, Malaysia akan ketinggalan lebih jauh.Yang terakhir, syarikat-syarikat dari
Malaysia tidak dapat menikmati keutamaan layanan dan penyertaan dalam merebut
perolehan kerajaan di negara-negara ahli TPPA.
Ada juga pihak yang mengatakan bahawa jika kerajaan Malaysia menandatangi
TPPA , Malaysia tidak ada peluang lagi untuk menarik diri daripada TPPA.Ini
merupakan satu tuduhan yang berniat jahat terhadap Kerajaan Malaysia.Dalam TPPA ,
sekiranya Kerajaan memilih untuk menyertai TPPA dan kemudiannya merasakan ia
tidak menguntungkan kita, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat boleh memilih
untuk keluar daripada perjanjian tersebut. Perkara ini sudah diperuntukkan dalam teks
akhir TPPA di bawah Bab Peruntukan Akhir - Artikel 30.6 Penarikan Balik
(Withdrawal). Artikel ini membenarkan negara-negara ahli TPPA menarik diri dari
Perjanjian ini melalui notis bertulis kepada Pemegang Simpanan Perjanjian dan
kepada negara-negara TPPA lain. Penarikan diri ini akan berkuat kuasa selepas enam
bulan negara berkenaan mengemukakan notis bertulisnya.
Banyak manfaat yang kita akan dapat dari pembukaan pasaran baru menerusi
TPPA. TPPA memberi akses pasaran negara-negara yang kita belum mempunyai FTA
iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Peru. Bagi pasaran ini, hampir
4,000 tarif akan dimansuhkan termasuk produk yang mempunyai kepentingan eksport
bagi Malaysia seperti tekstil dan pakaian , produk elektrikal & elektronik (e&e), kimia
& petrokimia , produk berasaskan kayu-kayan, sektor makanan dan produk
berasaskan getah.Pertama , marilah kita melihat manfaat yang akan diterima dari
TPPA dalam bidang produk elektrikal dan elektronik. Jumlah eksport semasa ke
pasaran TPP adalah sebanyak RM 103.29 bilion.Pelbagai pemansuhan tarif yang akan
dibuat sebaik TPPA dilaksanakan. Kanada 100% serta merta. Sekarang 2% - 9.5%.
Amerika Syarikat 99.8% serta merta. Bakinya dalam tempoh 10 tahun. Sekarang
0.4% - 15%. Mexico 82.1% serta merta. Bakinya dalam tempoh 10 tahun. Sekarang
15% - 20%. Peru 92.8% serta merta. Bakinya dalam tempoh 10 tahun. Sekarang 0% -
9%. Kerajaan Malaysia yakin bahawa penghapusan tarif dijangka akan menyaksikan
peningkatan eksport peranti telekomunikasi dan produk pengguna keluaran Malaysia.
Sektor pengeluaran produk elektrikal dan elektronik juga akan semakin rancak dalam
menjana pekerjaan berpendapatan dan berkemahiran tinggi sejajar dengan Wawasan
2020.
Akhirnya , TPPA juga membawa manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana.
Sebenarnya liberalisasi tarif dan pasaran telah pun bermula sebelum kita menyertai
rundingan TPPA lagi. Syarikat-syarikat tempatan telah pun bersaing melalui
liberalisasi tarif di bawah Kerjasama Ekonomi ASEAN dan 13 FTA yang telah
berkuat kuasa. PKS tempatan seperti Oldtown White Coffee, Hup Seng, Mamee,
Marrybrown, Julie’s, Brahim, Bangi Kopitiam dan Ramly telah lama mengambil
peluang dari pembukaan pasaran melalui FTA untuk meluaskan perniagaan mereka ke
luar negara. Kira-kira 65 peratus daripada lebih 10,000 kod tarif bagi barangan yang
terkandung di dalam Daftar Cukai Kastam (Customs Duties Order) tidak lagi
tertakluk kepada sebarang cukai import. Melalui perjanjian di bawah Kerjasama
Ekonomi ASEAN serta 13 FTA tersebut, sebahagian besar cukai import telah
dimansuhkan dan syarikat-syarikat Malaysia termasuk PKS telah pun bersaing dengan
syarikat-syarikat luar negara di pasaran tempatan, serantau dan global.
Pasaran yang terbuka ini telah memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Malaysia
untuk meningkatkan nilai eksport di pasaran tradisional, menerokai pasaran baru dan
menyediakan pekerjaan baru untuk rakyat tempatan. Pada masa ini, Malaysia
mempunyai sejumlah 645,000 PKS dan kira-kira 18 peratus daripada jumlah ini telah
pun mengeksport serta menyertai rantaian bekalan global (global supply chain)
antaranya dalam bidang elektrikal & elektronik (termasuk LED), pemprosesan
makanan dan minuman serta peralatan perubatan. Walau bagaimanapun, Kerajaan
sedar cabaran yang dihadapi oleh PKS. Oleh yang demikian pelbagai insentif dan
bantuan diberikan bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing PKS supaya dapat
bersaing di pasaran global.Kesimpulannya, TPPA adalah sangat penting kepada
negara kita.Marilah kita berganding bahu dalam menyokong TPPA agar negara kita
akan mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara yang terunggul di persada
antarabangsa.
8. Isu global mengikut acuan Malaysia
Agak memberangsangkan juga apabila ucapan sulung Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Perbahasan Umum Sesi Ke-71 Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) beberapa hari lepas menarik
perhatian rakyat Malaysia. Lazimnya, segelintir memandang remeh kehadiran
Malaysia sebagai sebuah negara kecil di pentas antarabangsa kerana pada pendapat
mereka begitu sukar sekali untuk negara seperti Malaysia layak dan mampu menjadi
ejen perubahan isu global.
Banyak perkara disentuh dalam ucapan Ahmad Zahid yang membabitkan isu
global seperti kemelut pelarian, perubahan iklim dan konflik Palestin, tapi satu isu
yang merangkumi hampir satu perempat kandungan ucapan beliau adalah mengenai
ancaman keganasan yang dipelopori oleh kumpulan militan seperti Daesh, Boko
Haram dan Al-Shabaab.
Masyarakat global seolah-olah terpaku dan hilang arah tujuan kerana propaganda
kumpulan militan menjadi begitu efektif sehinggakan begitu sukar untuk menyekat
mereka yang bersimpati dengan perjuangan kumpulan tersebut dari melakukan
aktiviti keganasan.Begitu hebatnya propaganda kumpulan militan ini kerana ia
membabitkan bukan sahaja rakyat dari negara yang berhampiran dengan kawasan
bergolak Asia Barat, tetapi terpalit juga negara seperti Malaysia dan Indonesia. Malah
negara Barat seperti AS dan Perancis juga tidak sunyi dari peristiwa rakyat mereka
yang bersimpati dengan kumpulan militan tersebut terbabit dalam aktiviti keganasan.
Sebab itu juga apabila ucapan Ahmad Zahid menyebut secara terperinci kejayaan
program deradikalisasi iaitu membentuk semula mereka yang terjebak dalam aktiviti
militan, kenyataan itu sebenarnya adalah isyarat kepada dunia bahawa apa yang di-
amalkan oleh Malaysia sepatutnya menjadi teladan bagaimana untuk menghadapi
ancaman militan era ketika ini.Seperti yang ditekankan dalam ucapan beliau, strategi
Malaysia dianggap begitu berjaya kerana lebih dari 97 peratus yang melalui program
tersebut telah kembali kepada kehidupan lazim dan dari statistik ini sahaja
mempamerkan ada sesuatu yang betul telah diamalkan dalam program tersebut.
Apabila tercetusnya peristiwa keganasan seperti yang melanda Nice, Perancis atau
Orlando, AS yang didalangi sendiri oleh rakyat negara tersebut, banyak pihak yang
menuding jari tidak serasinya cara hidup pelaku dengan masyarakat tempatan sebagai
faktor penyebab utama. Tetapi apabila Ahmad Zahid menggunakan ungkapan andaian
masyarakat antarabangsa terhadap punca keganasan seperti kemiskinan, peminggiran,
pengasingan dan penindasan, maka ini sebenarnya adalah isyarat dari Malaysia
bahawa pemahaman sedemikian adalah silap dan jika diamalkan sudah pasti tidak
mampu menewaskan propaganda kumpulan militan.
Strategi Malaysia dalam menongkah propaganda militan adalah melalui interaksi
secara bersemuka dengan kumpulan sasaran sebab dengan kaedah ini akan menjadi
lebih mudah untuk memenangi hati dan pemikiran kumpulan tersebut. Rangkaian
hubungan dalam kalangan pemimpin agama, masyarakat dan belia menjadi
keutamaan kerana mereka inilah rantaian kritikal dalam menyampaikan maklumat
yang betul.
Walaupun Malaysia terdedah dengan ancaman militan, tetapi setakat hari ini telah
berjaya mematahkan beberapa perancangan keganasan kecuali yang berlaku di kelab
malam Movida, Puchong beberapa bulan lepas. Apabila Malaysia mencadangkan
supaya masyarakat antarabangsa menilai kembali kerangka perundangan domestik
masing-masing dalam menghadapi ancaman keganasan dan ekstremisme, negara ini
yang mempunyai beberapa kerangka perundangan seperti SOSMA, POTA dan juga
POCA sebenarnya adalah bukti sahih teladan yang patut dicontohi oleh negara lain.
Dasar luar Malaysia tidak pernah menjurus kepada strategi ketenteraan dalam
menyelesaikan masalah global dan ini termasuk isu keganasan dan ekstremisme.
Keberkesanan strategi berbentuk punitif ada hadnya dan sebab itu Malaysia
mengambil jalan yang agak berbeza dalam menghadapi fenomena global tersebut.
Perundangan domestik yang agak ketat adalah strategi kekangan sementara program
deradikalisasi adalah kaedah pemulihan bagi mereka yang telah terlanjur dan kedua-
dua kaedah ini terbukti dengan kejayaan masing-masing.
Sebab itu juga rakyat Malaysia perlu meneliti sejenak saranan Malaysia di UNGA
kerana apa yang diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri bukan retorik semata-
mata tetapi boleh dibuktikan dengan statistik kejayaan yang sahih. Langkah susulan
perlu diteruskan terutama sekali oleh Wisma Putra supaya cadangan di UNGA tidak
tinggal hanya sebagai ucapan yang lazim.
Paling tidak bagi rakyat Malaysia pula sepatutnya memberi ruang supaya saranan
tersebut diperbincangkan di khalayak umum. Adalah tidak adil jika cadangan yang
dianggap menongkah arus dengan amalan lazim masyarakat antarabangsa
menghadapi keganasan, tidak mendapat sokongan rakyat sendiri kerana wujud pihak
yang bermotifkan manfaat politik masing-masing cuba memperkecilkan kewibawaan
individu seteru politik mereka.
9) Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ? /
Pada pandangan anda , mengapakah dasar luar Malaysia bersifat dinamik dan
statik ?
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepada kepimpinan negara. Pada
masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi
kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak
dan Tun Hussein Onn. Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu
dasar berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan
pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan
China.
Dasar luar Malaysia berubah kerana keselamatan negara tergugat. Terdapat
ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui
Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia melaksanakan dasar pro Barat bagi
mendapatkan bantuan pertahanan daripada Negara-negara Komanwel terutama
Britain, Australia dan New Zealand.
Dasar luar Malaysia berubah untuk memelihara hubungan dengan negara jiran.
Sehubungan itu beberapa perjanjian ditandatangani untuk menangani krisis dengan
negara jiran. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia, terputus hubungan dengan
Filipina dan keluarnya Singapura dari Malaysia. Kesannya ASA, MAPHILINDO dan
ASEAN ditubuhkan.
Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali bertujuan untuk mewujudkan
hubungan baik dengan semua negara. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN) telah diisytiharkan bersama-sama ASEAN untuk mengekalkan keamanan
dan kestabilan politik di Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok
Barat atau blok Timur.
Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi negara seperti
perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara
membangun. Malaysia telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara
ASEAN seperti Singapura dan Thailand. Keadaan ini telah meningkatkan nilai
dagangan negara kita.
Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi negara
seperti perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara
membangun. Malaysia telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara
ASEAN seperti Singapura dan Thailand. Keadaan ini telah meningkatkan nilai
dagangan negara kita. Hal ini kerana,Malaysia mengamalkan pasaran bebas dengan
membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amarika
Syarikat,Jepun dan Singapura bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan
mencari pasaran baru.
Semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr Mahathir Dasar Pandang ke Timur telah
diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai
model bagi membangunkan Malaysia. Perubahan ini menarik para pelabur dari negara
berkenaan yang membawa kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Kesannya telah
memberi budaya kerja yang beretika dan efisien.
Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala
dengan negara lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik
Selatan. Melalui misi perdagangan ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian
perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
10. Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap
Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ialah hubungan diplomatik akan
terjejas. Hal ini menyebabkan Malaysia gagal mencari jalan penyelesaian dalam isu-
isu yang melibatkan Malaysia dengan negara lain. Misalnya, isu jerebu yang melanda
negara-negara Asia Tenggara tidak dapat diselesaikan tanpa kerjasama antara
Indonesia dengan negara Asia Tenggara yang lain. Selain itu, isu pencerobohan
militan Sulu ke atas Lahad Datu, Sabah berlaku kerana kurangnya kerjasama daripada
kerajaan Filipina dalam menangani masalah tersebut. Oleh yang demikian, isu yang
merentas sempadan harus diselesaikan melalui hubungan diplomatik yang erat.
Selain itu, ekonomi negara akan terjejas sekiranya hubungan luar tidak mantap.
Eksport negara berkurangan kerana negara lain enggan mengimport hasil keluaran
Malaysia. Pelabur asing juga tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan
luar yang tidak mantap. Kesannya, pendapatan negara merosot akibat Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menurun. Akibatnya taraf hidup rakyat juga akan
merosot dan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun
2020 akan terbantut.
Dasar luar yang tidak mantap juga akan menjejaskan keselamatan negara.
Jenayah antarabangsa seperti penyeludupan dadah, senjata api, pemerdagangan
manusia telah mengancam keselamatan negara. Sekiranya hubungan luar Malaysia
tidak mantap, maka isu ini akan berlarutan. Selain itu, isu keganasan antarabangsa
yang mengancam dunia sekarang hanya dapat diselesaikan sekiranya semua negara
memainkan peranan masing-masing. Oleh itu, kedaulatan sesebuah negara akan
terjamin jika wujudnya hubungan luar yang erat.
Jika dasar luar negara tidak mantap ia akan mempengaruhi ekonomi negara kita.
Misalnya, eksport negara akan berkurangan. Ini adalah kerana secara hubungan
dengan negara lain akan terbatas atau terhad. Ekonomi negara juga merosot dan ini
menyebabkan pendapatan negara merosot. Kita juga akan menghadapi masalah
kemasukan pelabur asing ke negara kita. Kemasukan pelabur luar yang terhad akan
menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat merosot.
Secara tidak langsung, ekonomi negara akan terjejas dan mempengaruhi
pembangunan negara Malaysia. Imej negara juga akan terjejas di mata dunia..
Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar
luar yang tidak mantap akan mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik
dari negara lain. Imej negara juga akan tergugat kerana kegiatan jenayah merentas
sempadan akan meningkat tanpa dapat dikawal seperti yang kita amalkan sekarang.
Akhirnya , dasar luar yang tidak mantap juga akan membataskan kerjasama antara
negara dalam semua aspek terutamanya keselamatan. Usaha menangani keganasan
global seperti ancaman Daesh dan IS akan menjadi sukar kerana kurangnya kerjasama
antara negara.
11. Ramalkan dasar luar negara Malaysia pada masa hadapan
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar
berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi tujuannya untuk
mengekalkan keselamatan , keamanan dan kedaulatan negara.Malaysia perlu terus
mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya . Hal ini kerana , dapat
menjamin kedaulatan dan kestabilan negara.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira
kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan
pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan
membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita. Negara kita juga
meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan
sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga terus komited
menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN
agar dapat berdaya saing di peringkat global.
Malaysia juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran
seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik
serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan
Negara Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat.Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan
Komanwel, OIC,PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Semua ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin ke negara-negara tersebut secara
rasmi dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan
menghantar deligasi perdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka
panjang bagi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam memastikan
keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,
Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi
menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus
memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan
terus berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan bag Negara Dunia
Ketiga.Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara pula, Malaysia
akan meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam
ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra
melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar
berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur.
Malaysiajuga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya
untuk menjaminkedaulatan negara.Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya
dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk
menggalakkan kemasukan modal dan membukapeluang pekerjaan kepada masyarakat
di negara kita.
Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan
Jepundan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga
terus komited menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di
peringkat ASEAN agar dapat berdaya saing di peringkat global.Malaysia juga akan
meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran seperti Indonesia,
Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau. Begitu
juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika
Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC,
PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini
dilakukanmelalui misi lawatan pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan
berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan
menghantar deligasiperdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik(TPPA) yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka
panjang bagi mencapai misinegara maju menjelang tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan
harmoni,Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi
menyelesaikanpertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus
memperjuangkan nasibrakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus
berperanan dan bersuarauntuk menuntut keadilan bagi Negara Dunia
Ketiga.Akhirmya demi menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara ,
Malaysia akan meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui
dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan
mesra melalui persidanganKetua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap
negara
12. Sejauh manakah Dasar Luar Malaysia berjaya mengukuhkan perpaduan
masyarakat antarabangsa ?
Dengan adanya dasar luar Malaysia, ia dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat
antarabangsa. Hal ini berlaku kerana adanya semangat tolong menolong yang amat
kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia dengan negara luar tanpa mengira
kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.Pengukuhan perpaduan ini jelas
terbukti ketika malapetaka yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi di
Jepun negara kita telah menghantar bantuan perubatan,bantuan kewangan,bantuan
menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada semua mangsa.
Seterusnya,dengan adanya dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan,
Malaysia pernah menjadi perantaraan menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis
selatan Filipina dan sebagainya.Selain itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan
keamanan dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyokong
perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel
mengikut lunas lunas yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
Di samping itu,dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat
antarabangsa dapat dibuktikan dengan dasar luar kita yang mengutamakan keamanan
dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali
(NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah
mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.Keberkesanan dasar luar
kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita dibawah panji-panji
PBB dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan
tentera kita diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-negara
lain.
Akhirnya, dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan
masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling
menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk
dikalangan semua negara.Kesimpulannya , dasar luar Malaysia yang diamalkan
selama ini telah berjaya mengukuhkan perpaduan antarabangsa.
13. Dasar luar yang diamalkan sejak Malaysia merdeka hingga kini telah berjaya
meletakkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dasar luar negara telah berjaya
meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang dihormati apabila kerajaan
menghantar bantuan kemanusiaan kenegara miskin/bencana seperti Semangat
kesukarelawan yang tinggi.Selain itu tindakan kerajaan Malaysia menghantaran
pasukan pendamai ke negara yang berperang di bawah panji-panji PBB ke Namibia
telah menyebabkan Negara Malaysia dipandang tinggi oleh negara-negara luar yang
lain.Kerajaan Malaysia juga bertindak menentang Dasar Aparteid yang mengamalkan
diskriminasi kaum di Afrika Selatan secara tidak langsung telah membuka mata
Negara besar yang lain akan kemampuan Malaysia dalam mencegah keganasan
sesama Negara.
Malaysia juga telah dihormati kerana menentang keganasan Israel di Palestin
melalui pertubuhan OIC dan PBB disamping menjadi orang tengah dalam
menyelesaikan perjuangan bangsa Moro untuk mendapat kuasa autonomim Malaysia
juga sering memperjuangkan keamanan sejagat dengan menentang peperanganNegara
Islam yang sederhana serta menjadi contoh dalam hab halal.Negara Malaysia
mempunyai 116 pejabat kedutaan di luar negara telah membuktikan bahawa
membuktikan Malaysia sentiasa disenangi oleh semua negara dan dilantik sebagai
pengerusi pertubuhan antarabangsa seperti NAM.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen yang mementingkan hubungan baik antara negara-negara
luar.Situasi ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara
yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia
menjadi sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi
sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun.
Hasil daripada mengambil sikap berkecuali ini juga Malaysia telah dipanggil
untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang Saudara di Congo.Pada tahun 1989,
Malaysia terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi
membantu Namibia mencapai kemerdekaan.Pada tahun 1990-an, Malaysia telah
menghantar pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara
seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan
pengaman ke Bosnia.
Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan
etnik dan kaum menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam
hubungan sesama kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku
melalui amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan
dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara
tersebut.Malaysia juga mengutuk penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap
rakyat Bosnia.Situasi ini membantu mengukuhkan hubungan perpaduan kaum dalam
negara dan seterusnya merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.
Selain itu,Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat
berlangsung. Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan
yang membuahkan hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota
seperti Mesyuarat Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang
telah membuahkan keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini juga
berhubung kait dengan soal tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam
mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan
seperti keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik
dengan negara luar. Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil
daripada sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.
14. Bagaimanakah dasar luar negara dapat menyumbang kepada kegemilangan
negara Malaysia ?
Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia telah berjaya menyumbang kepada
kegemilangan Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan apabila kestabilan politik negara
kita dapat dikekalkan , dimana hubungan diplomatik dengan negara luar dapat
diperkukuhkan . Secara tidak langsung persefahaman dapat dipupuk.Contohnya
hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dengan kerajaan China sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini telah mengukuhkan hubungan baik
antara kedua-dua buah negara tersebut. Tegasnya, dasar luar negara mampu
memantapkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara lain.
Keadaan yang aman juga akan menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita
dan dapat menjamin keselamatan perairan negara. Keadaan aman dalam negara akan
menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, dengan pertambahan kemasukan
pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.Keadaan ini juga turut merangsang
kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepatkan pembinaan
projek-projek mega seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas. Selain itu,
syarikat-syarikat tempatan juga dapat membuat pelaburan di negara-negara Dunia
Ketiga, seperti yang dilakukan Petronas di Vietnam.
Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.
Hubungan yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi
moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam
pembinaan LRT/MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi
yang dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi
sehingga diberi peluang untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di
sana.Seterusnya , dasar luar negara juga adalah sangat penting untuk mengekalkan
kedaulatan negara dengan cara berbaik-baik dengan semua negara . Hal ini dapat
mengelakkan pertelingkahan yang berlaku dengan negara-negara jiran. Segala
konflik dengan negara jiran dapat diselesaikan melalui rundingan atau melalui
Mahkamah Antarabangsa contoh isu Pulau Batu Putih (konflik antara Malaysia dan
Singapura)
Malaysia telah mendapat banyak faedah atau manfaat daripada dasar luarnya.
Antaranya ialah Malaysia dapat mengekalkan perpaduan kaum sama ada di peringkat
serantau mahupun dunia. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan
rakyat dan negara. Contohnya, rakyat berbilang kaum dapat menyambut sesuatu
perayaan seperti Tahun Bharu Cina, Hari Natal dan Hari Raya Aidil Fitri dalam
suasana yang harmoni. Oleh itu, perpaduan kaum dapat menjamin kehidupan yang
sejahtera.Selain itu, peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk penduduk tempatan.
Contohnya melalui projek Taman Perindustrian Kuantan dengan Taman Perindustrian
Qinzhou China. Malah syarikat-syarikat tempatan juga membuat pelaburan di negara
China dan negara-negara dunia ketiga, seperti pelaburan syarikat Petronas Malaysia di
Vietnam.
Sekiranya kita melihat manfaat yang diperoleh dari segi pendidikan pula, negara
kita telah berjaya menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan di persada
antarabangsa seperti pertukaran pelajar melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran
ASEAN (SEAMEO). Malaysia juga mendapat faedah menerusi hubungan Malaysia -
China melalui penubuhan cawangan Universiti Xiamen di Selangor. Malah negara
kita juga berpeluang menjalin kerjasama dalam bidang kebudayaan dan keseniaan.
Selain itu, Malaysia juga dapat memelihara kepentingan nasional dan
kemerdekaan yang diperoleh terus dipertahankan melalui dasar berkecuali .Negara
kita tidak akan campur tangan dalam urusan politik negara luar .Ini terbukti ,
Malaysia hanya memerhati kekerapan pertukaran pemerintahan dari parti yang
berlainan di Thailand sebagai satu dasar menghormati kedaulatan negara
tersebut.Sehubungan dengan itu, persahabatan antara Malaysia dengan negara luar
terus kekal terjalin walaupun berlaku pertukaran pimpinan dan parti yang memerintah.
Manfaat yang terakhir / Kepentingan dasar luar negara yang terakhir ialah
Malaysia berjaya menggalakkan pelaburan asing bagi peningkatan ekonomi negara
yang cemerlang. Ia terbukti dengan kewujudan syarikat berteknologi tinggi dan
syarikat multinasional seperti kilang pemasangan Honda dan Kia di negara kita.Selain
itu, pasaran produk tempatan juga dapat menembusi pasaran antarabangsa dan
berdaya saing di peringkat antara bangsa.Rangkaian perdagangan berlandaskan
pengetahuan (knowledge-based) telah giat dijalankan hasil hubungan dasar luar yang
baik dengan negara luar.Jelaslah, dasar luar yang mantap akan membina ketamadunan
Malaysia mampu dibanggakan .Kesimpulannya , dasar luar negara yang sedia ada ini
adalah sangat penting dan bermanfaat kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira
perbezaan bangsa , bahasa dan budaya.
15. Malaysia telah melahirkan warganegara yang berjaya mengharumkan nama
negara di persada antarabangsa. Buktikan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan istimewa di mata dunia.Tiada
mana-mana negara di dunia yang mempunyai sejarah pembentukan Malaysia yang
terdiri daripada usaha semua kaum dan kebijaksanaan pemimpin pada masa
itu.Disebabkan kebijaksanaan dan jasa pemimpin kita , barulah kita sebagai rakyat
Malaysia sering dipandang tinggi dan boleh bergerak bebas di setiap sudut di dunia
ini.Oleh hal yang demikian , sebagai warganegara yang patriotik , kita seharusnya
sentiasa mempunyai semangat cinta akan negara dan mengenangi jasa pemimpin
negara kita , sama ada masih hidup ataupun sudah mati.Antara warganegara dan
pemimpin yang sangat berjasa kepada negara kita ialah Perdana Menteri yang
keempat dalam Sejarah Malaysia , iaitu Tun Doktor Mahathir Bin Mohamad.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup
dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau
banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times
Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom”.
Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau
berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang
diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke
pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara
sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah
ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau
telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan
memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika
itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam
walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan
pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu
antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem
Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian"
dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan
sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa
(contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York
Timesmenyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama
berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan
pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan
ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari
tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan
pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar
Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya
Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri
Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan
sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia
menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara
membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai
pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara
selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
Seterusnya , beliau telah melancarkan Wawasan 2020 yang menggariskan cabaran
mewujudkan negara maju mengikut acuan sendiri dan merealisasikan projek-projek
mega negara yang memodenkan negara , seperti pembinaan Menara berkembar
Petronas, Litar Sepang Formula One, KLIA, Pusat Pentadbiran Putrajaya. Beliau juga
membangunkan kemudahan infrastruktur yang moden dan canggih seperti LRT,
Monorel, terowong SMART.Dalam kata hikmah beliau , beliau telah menyatakan
“Kita belajar bukan sahaja daripada kejayaan orang lain , tetapi juga daripada
kesilapan mereka.”Kata hikmah ini telah menjadi pencetus semangat nasionalisme di
seluruh negara Malaysia.
Di samping itu , negara kita juga melahirkan negarawan yang terdiri daripada
kaum wanita , iaitu Tan Sri Zety Akhtar Aziz. Beliau merupakan anak kepada
Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, dan merupakan wanita yang
pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai
salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, Zeti
terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.
Akhirnya , negara kita juga mempunyai seorang warganegara yang terkenal dan
menyebabkan nama Malaysia sentiasa harum di persada antarabangsa , iaitu Datuk
Nicole David. Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita
berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1
dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British
pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005,
2006, 2008, 2009 dan 2010. Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan
Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan
2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13
bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di
Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan
tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-
turut, dari tahun 2005 hingga 2010.
Kesimpulannya, walaupun negara kita kecil sahaja , tetapi negara kita mampu
melahirkan negarawan yang bertaraf dunia.Oleh itu , marilah kita berganding bahu
dalam memajukan dan menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang terunggul di
persada antarabangsa.Janganlah kita bersikap evasif mahupun “Bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana hasrat ini hanya dapat
direalisasikan apabila semua waganegara mengamalkan slogan sehatisejiwa.
16. Malaysia telah berjaya memainkan peranan yang berkesan dalam persada
antarabangsa
Antara peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa ialah membantu
menyelesaikan konflik antarabangsa. Contohnya sejak tahun 1960, Malaysia telah
dipilih menyertai pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan
perang saudara di Congo dan pada tahun 1990 an, Malaysia juga telah menghantar
pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar
pengaman ke Bosnia. Selain itu, Malaysia juga lantang bersuara di PBB dalam
menentang dasar apartheid di Afrika Selatan dan menyarankan Benua Antartika
menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik bersama.
Seterusnya, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam memelihara
keamanan dan kedaulatan dunia melalui penganjuran persidangan menentang
pengganas dalam kalangan negara Islam melalui OIC pada tahun 2002. Malaysia juga
berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah
Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala
Lumpur.
Berikutnya, peranan Malaysia dalam bidang sosial dapat dilihat dari aspek
pendidikan. Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara Komanwel dengan
menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan melalui
Rancangan Colombo. Seterusnya, melalui PBB Malaysia telah mengadakan
kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO. Tawaran biasiswa juga
diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam
Antrabangsa Malaysia (UIAM). Kerjasama dalam bidang sukan telah dicapai melalui
penganjuran sukan Komanwel yang bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan
negara anggota misalnya Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.
Seterusnya peranan Malaysia membantu negara-negara lain misalnya, memberikan
bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar
pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. Bantuan dalam kewangan
juga diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria
dan Chad.
Di samping itu,Malaysia juga telah berkerjasama dan menyertai beberapa
agensi di bawah PBB.Contohnya kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di
bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). Malaysia juga telah
mengadakan kerjasama ekonomi dengan negara anggota Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM).Malah, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela
kepentingan negara-negara sedang membangun.
Melalui kerjasama Malaysia dengan Negara-Negara Selatan,dapat mengatasi
masalah hargaekspot bahan –bahan mentahserta meningkatkan kerjasama ekonomi
dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara-negara
maju.Contohnya penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan
Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur dan penubuhan Sistem
Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) serta penubuhan kemudahan kredit dan
mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.Sementara itu, peranan Malaysia
dalam OIC ialah Malaysia mengesyorkan penggunaan dinaremas di kalangan negara
Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
Dasar luar Malaysia juga meyumbang kepada Keselamatan dan keamanan
dunia dimana Pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN) agar dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara.. Melalui pengisytiharan ini Malaysia tidak akan bersekongkol
dengan mana-mana blok Barat. Usaha ini bertujuan mengelakkan campur tangan
kuasa-kuasa besar dan larangan kuasa besar mengangkut bahan atau senjata nuklear
melalui konsep SEANWFZ.Malaysia menyertai pasukan pendamai PBB di
Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara.Negara kita turut mewakili pasukan
pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai
kemerdekaan.
Malaysia menjadi perantara pihak bertelagah melalui penghantaran pasukan
pemerhati ke sempadan Iran –Iraq.. Malaysia juga pernah menghantar pasukan
pemerhati ke Kampuchea dan pasukan pengaman ke Bosnia.. Malaysia juga cuba
mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea dan Malaysia turut
serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui
mahkamah antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih. Malaysia mengusahakan
perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam
Moro( MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi bangsa Moro di selatan
Filipina.Malaysia menyokong perjuangan penubuhan negara berdaulat Palestin di
PBB.
Seterusnya, Malaysia telah menjadi mediator / orang tengah / perantara yang
berjaya menyelesaikan konflik di sesebuah negara contohnya Selatan Thailand dan
Selatan Filipina.Ini dapat dibuktikan melalui penubuhan Pergerakan Kesederhanaan
Global yang berperanan sebagai perantara. Penubuhan ESSCOM atau Kawasan
Keselamatan Pantai Timur Sabah juga membuktikan kesungguhan Malaysia untuk
menguatkan kawalan keselamatan mritim di bahagian Timur Sabah susulan krisis
pencerobohan Lahad Datu.
Di samping itu,, Malaysia membela dan menyokong hak asasi manusia.
Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan..
Malaysia juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang
menjadi hak milik atau kuasa semua negara.. Malaysia mewujudkan cawangan Al-
Quds Foundation Malaysia iaitu sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin.
UNICEF berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program keganasan dan
penyeludupan serta pendidikan mengenai konvensyen kanak-kanak. NGO Malaysia
terlibat menyokong usaha dengan menubuhkan Pusat Jana Jaya (IMPOWER ) dan
mendapat sokongan UNICEF bagi mengukuhkan sokongan psikososial yang
berasaskan komuniti kepada kanak-kanak dan keluarga. UNICEF bekerjasama dengan
Pertubuhan kanak-kanak Malaysia (MAPC) bagi mengukuhkan persekitaran yang
terjamin keselamtannya. Kolej Universiti HELP yang ditubuhkan di Malaysia telah
bekerjasama dengan UNICEF untuk membanteras gejala buli di sekolah.
Akhirnya, Malaysia bersama-sama membenteras jenayah antarabangsa .
Malaysia lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah dalam satu
persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) Jun 1987. Perdana Menteri
Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.Malaysia turut prihatin
dengan isu pemerdaganganmanusia . Hal ini dapat dibuktikan apabila negarakita telah
mewujudkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran
(MAPO) bagimemastikan hak asasi mangsa pemerdagangan dijamin dan melalui
proses pemulihan sehinggamereka diintergrasikan semula ke dalam masyarakat.
Bagi menyokong usaha memerangi keganasan,Malaysia juga telah mewujudkan Akta
Pencegahan Keganasan (SOSMA) dan Rang Undang-undangMajlis Keselamatan
Negara. Hal iini, membolehkan kerajaan dapat mengawal dan mengurus ancaman
serta bertindak awal mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara.
Sebagai contoh isu ISIS dan keganasan Daesh.
17. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah penggubalan dasar
luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik,
geografi dan demografi. Iktibar lain yang boleh diambil daripada dasar luar Malaysia
ialah pemimpin perlu bijak merancang strategi dalam hubungan luar negara dengan
menjalinkan hubungan baik dengan negara luar. Hal ini dapat mengekalkan kestabilan
politik negara, mengekalkan persefahaman dalam hubungan diplomatik dan dapat
mengelakkan krisis antara negara.Iktibar kepada diri pula, kita harus mempersiapkan
diri dengan pelbagai ilmu. Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan
inovatif untuk bersaing di peringkat antarabangsa .Kita hari ini telah mampu
mengeluarkan kereta nasional seperti kereta Proton.Oleh itu dasar luar berbaik dengan
semua negara dapat mengukuhkan ekonomi negara melalui pengeksportan barangan
siap kita ke negara lain. kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk
bersaing di peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin
negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan
antarabangsa.Iktibar kepada bangsa ialah kita perlu mengamalkan sikap toleransi
kaum supaya negara berada dalam keadaan aman.Kekacauan di negara lain perlu
dijadikan iktibar dengan mengukuhkan perpaduan kaum kerana ianya dapat menjamin
kemakmuran negara dan mempunyai politik yang stabil.Kita juga perlu bersatu padu
dan bertoleransi dalam bermasyarakat. Hal ini dapat meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara dan membina negara yang maju.
Iktibar/pengajaran yang diperoleh dari tajuk yang dikaji ialah perpaduan
dalam kalangan negara anggota wajar diamalkan. Malaysia perlu menghormati
kedaulatan negara lain serta mengekalkan kerjasama antara negara dalam pelbagai
bidang. Pemimpin pula perlu mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan
masalah . Kita juga wajar mengekalkan keamanan dan menjalankan pentadbiran
sistematik .Malaysia juga perlu mengelakkan peperangan dengan menjaga hubungan
yang baik dengan semua negara.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu
untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para
pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam
pertubuhan antarabangsa.Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia perlu diteruskan
oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang
aman dan makmur.Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan
ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi
menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.
Semua pihak harus bertanggungjawab menjalankan tugas demi kemakmuran
negara. Hal ini kerana melalui dasar luar, negara kita dapat menjalinkan hubungan
serantau dengan baik.Setiap negara hendaklah menggelakkan daripada mencampuri
urusan dalaman negara lain agar dasar-dasar yang digubal dapat dilaksanakan tanpa
halangan.Kita perlulah berfikiran terbuka dan sedia menerima perubahan yang
membawa kepada kebaikan kepada negara agar dapat mengambil manfaat daripada
hubungan diplomatik antara negara.Semua negara di dunia hendaklah menyokong
usaha untuk memelihara keamanan sejagat dan menentang keganasan global.
18. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
(a). Pengetahuan yang diperoleh
Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia mengambil langkah yang dinamik
dalam strategi dasar luarnya bagi memastikan negara dapat terus bersaing dengan
negara lain. Selain itu, Malaysia menjadi anggota pertubuhan serantau seperti ASA,
MAPHLINDO dan ASEAN. Malaysia juga banyak memberikan sumbangan dalam
pertubuhan serantau dan antarabangsa.Berdasarkan tajuk yang dibincangkan juga,
Malaysia telah bekerjasama dan berperanan penting dalam mewujudkan keamanan
sejagat. Dasar luar negara yang menghormati kedaulatan negara lain menyebabkan
negara kita dipandang tinggi di mata dunia.
Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang peranan
Malaysia dalam mewujudkan keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara
kita menyebabkan negara kita dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia. Selain
itu, kita juga dapat mengetahui sebab yang mendorong Malaysia mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
kemajuan ekonomi negara.
Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kerjasama agar dapat mewujudkan
kesejahteraan dunia. Kesejahteraan dunia dapat menjamin kedaulatan negara kita.
Seterusnya, kita perlu memupuk perpaduan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa
dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia dapat hidup dengan sejahtera.
Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa,
bangsa Malaysia dapat menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Hal ini akan
menjadikan negara kita dihormati di mata dunia. Selain itu, melalui hubungan luar
yang berasaskan kepentingan ekonomi kita berharap bangsa Malaysia akan menjadi
bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi. Hal ini menyebabkan negara kita akan
mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.
(b). Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme:
Nilai yang diperoleh ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia Nilai-nilai
murni yang saya peroleh ialah kita harus mencontohi para pemimpin Malaysia yang
memberi sumbangan besar dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa. Melalui
dasar luar kita dapat memupuk perpaduan dan toleransi antara negara-negara anggota.
Rakyat Malaysia haruslah mengambil iktibar daripada kekacauan dan situasi politik
negara lain yang sedang bergolak supaya semua rakyat mengetahui pentingnya
memelihara keamanan sejagat.
Unsur patriotisme yang dapat dipupuk pula ialah kita perlu berbangga dengan
kepimpinan negara yang mendapat pengiktirafan dunia. Buktinya sumbangan Tun Dr.
Mahathir bin Mohamed dihargai oleh pemimpin dalam dan luar negara melalui
penganugerahan Hadiah Keamanan NOBEL 2007. Semangat jati diri bangsa Malaysia
juga sangat penting ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia.
Nilai patriotik yang boleh diamalkan ialah semangat cinta kepada negara.
Seperti Sheikh Muzaffar diiktiraf sebagai angkasawan pertama negara. Seterusnya ,
adalah dari segi nilai semangat juang untuk menaikkan nama negara di mata dunia.
Seperti kemenangan atlet paralimpik di Sukan Paralimpik di Rio de Jenerio, Brazil
2016. Semangat jati diri seperti Jimmy Choo pereka kasut antarabangsa bangga
menjadi rakyat Malaysia juga perlu kita amalkan.Akhirnya,kita mestilah mempunyai
nilai sanggup berkorban untuk negara Seperti Dr.Fauziah Zaytouna Olivia yang di
tawan tentera Israel ketika membawa misi keamanan ke Gaza (Women Boat To Gaza)
(c). Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang
Harapan untuk masa depan negara ialah saya berharap pemimpin negara akan
terus menyumbangkan idea dan kepakaran untuk memajukan negara. Saya juga
berharap Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua negara agar politik dan
ekonomi negara terus kukuh. Taraf hidup rakyat yang terus meningkat serta
pembangunan negara terus berkembang maju.
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016

More Related Content

What's hot

Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Mak Winson
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainssazaser
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMNurZahidah22
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIAsmawi Abdullah
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMM D
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan firo HAR
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Keymah Colonial
 
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Nurul Atikah
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING NurZahidah22
 

What's hot (20)

Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sains
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Soalan Bahasa Melayu Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Kertas 1Soalan Bahasa Melayu Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Kertas 1
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPM
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
 
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 

Similar to SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016

Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPMisharsmiaa
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaAn Hawa
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016isharsmiaa
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perakisharsmiaa
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynnIPDA
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016isharsmiaa
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negaramursyidee
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7DORAEMONLINA
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016isharsmiaa
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkaparidahrashid
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPMT5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPMAzya Ree
 
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)isharsmiaa
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Thanushah Soniyasee
 
Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)Sobbah Ahmad
 

Similar to SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 (20)

Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPM
 
Muaz
MuazMuaz
Muaz
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
 
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negara
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPMT5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
 
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
 
Pengetahuan Am
Pengetahuan Am Pengetahuan Am
Pengetahuan Am
 
Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)
 

Recently uploaded

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (11)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016

  • 1. 1.Langkah untuk mengekalkan hubungan baik di persada antarabangsa Antara langkah yang perlu dilakukan oleh negara kita bagi mengekalkan hubungan baik di peringkat antarabangsa adalah dengan cara mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara di dunia ini.Dalam hal ini, Malaysia juga boleh mengadakan pertukaran teknologi dan kepakaran dengan negara lain,seperti negara Jepun dan Korea yang maju.Contoh dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya. Pada masa kini,negara kita telah melakukan kerjasama ekonomi dengan negara lain dalam semua bentuk ,sama ada dalam bentuk kerjasama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan ataupun pihak kerajaan kita dengan pihak kerajaan bagi negara lain.Hal ini dapat dibuktikan melalui kewujudan projek industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia.Implikasinya, negara kita telah Berjaya menjadi sebuah negara yang maju dan unggul di persada anatarabangsa. Seterusnya,negara kita tidak haruslah mencampuri urusan hal ehwal dalam negara lain, sebaliknya kita perlu menghormati kepelbagaian agama dan pengamalan demokrasi di negara-negara tersebut seperti membantu menyelesaikan konflik secara rundingan krisis di selatan Thailand dan selatan Filipina.Apabila langkah ini diambil oleh pemimpin negara kita, negara kita akan menjadi negara yang sentiasa dihormati dan dipandang tinggi oleh semua negara di persada antarabangsa.Negara kita juga mestilah sentiasa memelihara hubungan politik dan meningkatkan lagi hubungan diplomatik dengan cara pemimpin tertinggi negara kita mengadakan lawatan rasmi ke negara lain bagi membincangkan isu hangat di antarabangsa dan bersama-sama memcari jalan penyelesaian.Dalam konteks ini,Malaysia merupakan negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.Sebagai buktinya, pada 6/9/2013, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengadakan lawatan 4 hari ke Vietnam sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur-Hanoi yang terjalin pada 30 Mac 1973. Kedatangan baginda telah disambut oleh Presiden Truong Tan Sang dan Wanita Pertama Vietnam Tran Mai Hanh dalam Istiadat Sambutan Rasmi di Istana Presiden. Di samping itu,negara kita hendaklah sentiasa mengadakan mesyuarat / perbincangan sekiranya negara kita berlaku krisis dengan negara lain dan saling mengekalkan persefahaman antara negara serta mengadakan kerjasama pertahanan di persada antarabangsa.Sebagai contohnya penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang- undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. . Negara kita juga perlu sering bertukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Dalam hal ini negara kita telah sentiasa berusaha mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN serta hubungan degan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC dan NAM serta Komanwel. Seterusnya,Malaysia hendaklah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara kita juga telah
  • 2. mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik atau hubungan perdagangan dua hala.Demi mengeratkan lagi hubungan luar,Malaysia hendaklah mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar .Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dll.Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan persidangan / sukan bertaraf antarabangsa iaitu Sukan Komanwel.Apabila wajudnya usaha tersebut,rakyat negara kita akan mengetahui budaya bagi negara lain dan sentiasa menghormati adat istiadat serta menjalinkan hubungan yang baik dengan rakyat di negara tersebut.Justeru,negara kita akan menjadi sahabat yang baik bagi negara tersebut dan akan diberikan bantuan apabila negara kita dilanda bencana alam seperti banjir , kemarua dan gempa bumi. Negara kita juga hendaklah menganjurkan persidangan untuk menentang pengganas dan mengelakkan persaingan senjata kerana kita menyedari bahawa peperangan hanya membawa kemusnahan dan penderitaan semata-mata , bukannya membawa keharmonian dan kebahagiaan.Untuk mendukung hasrat PBB yang menyarankan semua negara hidup secara damai,negara kita tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu,kita sebagai rakyat negara Malaysia hendaklah sentiasa manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak membakar dan memijak bendera bagi negara lain serta tidak melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain.Akhirnya,Malaysia juga haruslah bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.Sebagai contohnya Malaysia telah menganjurkan Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia. 2 Cabaran dalam mengekalkan hubungan baik di peringkat antarabangsa Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar antaranya adalah pengaruh kuasa barat dalam beberapa buah negara jiran Malaysia.Sebagai contoh, Singapura lebih memihak kepada Amerika Syarikat dan Israel sedangkan Malaysia menentang sekeras-kerasnya kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin. Pertikaian tentang beberapa perkara misalnya antara Malaysia dan Singapura dalam isu bayaran bekalan air dan menambak pantainya sehingga menjejaskan kawasan perikanan Malaysia.Isu-isu ini sentiasa mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara. Cabaran kedua adalah ancaman ekstremis Islam contohnya Thailand pula sering menuduh Malaysia melindungi kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand iaitu POLO.Penglibatan warga Malaysia di Syria dan di Filipina menyebabkan Malaysia sering dilabelkan sebagai pusat latihan pelampau Islam oleh Amerika Syarikat.Faktor ini turut menyumbang ke arah hubungan yang kurang mesra antara Malaysia dengan negara-negara berkenaan. Cabaran berikutnya adalah adalah dalam bidang penguatkuasaan misalnya nelayan Thailand sering menceroboh kawasan perairan Malaysia.Tindakan Imigresen terhadap mereka yang ditangkap dan pelupusan kapal secara “bakar” sering menimbulkan kemelut antara kedua-dua negara. Masalah tindakan undang-undang terhadap pendatang haram dari Indonesia dan kes penganiayaan pembantu rumah warga
  • 3. Indonesia oleh majikan Malaysia hampir-hampir memusnahkan hubungan baik yang telah lama terjalin .Isu perebutan wilayah yang masih belum selesai misalnya Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput dengan Filipina turut menjadi faktor pengancam kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. Isu terbesar yang menjadi cabaran pengekalan hubungan baik dengan negara-negara luar adalah kehilangan pesawat MH370 sejurus berlepas ke Beijing telah mengeruhkan hubungan dengan beberapa negara luar.Ketidak puasan hati masyarakat antarabangsa atas tuduhan ketelusan Malaysia dalam merungkai rahsia kehilangan pesawat tersebut telah mengurangkan keakraban Malaysia dengan negara terbabit.Sebagai contoh, China yang merupakan penumpang paling ramai dalam pesawat tersebut sering mempersoalkan tindakan Malaysia dalam menangani isu tersebut.Hal yang demikian turut menjejaskan kemasukan pelancong China ke Malaysia iaitu sebagai protes mereka terhadap kerajaan Malaysia.Secara tidak langsung, Malaysia akan kehilangan peluang pelaburan dari negara-berkenaan serta mengurangkan keupayaan daya saing ekonomi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. 3. Langkah untuk mengatasi cabaran tersebut Antara langkah mengatasinya adalah Malaysia perlu sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.Prinsip rundingan dan dasar keterbukaan yang diamalkan bermula pada masa Pakatan Murni sehingga kini telah telah banyak mewujudkan keamanan serta kesejahteraan negara kita.Rundingan positif misalnya isu perebutan wilayah sehingga ke mahkamah antarabangsa telah mengekalkan hubungan baik antara negara tanpa melibatkan krisis persenjataan. Malaysia tetap mengutamakan semangat setiakawan dalam sebarang tragedi yang menimpa negara sahabat misalnya menyumbang bantuan kemanusiaan dalam peristiwa Tsunami di Acheh. Langkah seterusnya adalah Malaysia menambah baik kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik antara negara.Kerjasama perdagangan Malaysia dengan China yang tidak terhenti telah mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara disebalik beberapa krisis yang agak besar.Dari sudut sejarah,keberanian Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik ketika negara itu dipinggirkan dunia kerana ideologi komunisnya. Tindakan Tun Abdul Razak ternyata membuka lembaran baru dalam hubungan diplomatik China dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) turut mengambil langkah serupa.Ini membuktukan dasar keterbukaan Malaysia dengan semua negara. Kerjasama pasukan keselamatan contohnya rondaan bersama antara pasukan maritim Malaysia dengan Indonesia telah banyak mengurangkan kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara ini.Begitu juga bantuan ketenteraan Filipina dalam peristiwa pengganas Sulu di Lahad Datu beberapa tahun yang lalu turut mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.Jelaslah, kerjasama dan penyelesaian krisis antara
  • 4. negara melalui rundingan telah dapat mengekalkan keamanan global tanpa perselisihan faham semua negara 4. Kejayaan / Keberkesanan Dasar Luar Negara Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Sistem ini mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar di mana ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun. Pembentukan dasar luar negara secaradinamis telah memastikan negara terus berjaya dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,politik dan sosial. Melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran dapat menangani krisis dengannegara – negara jiran seperti konfrontasi Malaysia dengan Indonesia daripada tahun 1963 –1965 selepas pembentukkan Malaysia. Negara berjaya menangani krisis tersebut melaluiperjanjian menubuhkan pertubuhan seperti MAHPHILINDO pada tahun 1962 yangmelibatkan Malaysia, Philipina dan Indonesia.Seterusnya, melalui sikap dasar berkecuali Malaysia berjaya menyertai pasukanpendamai di bawah panji- panji PBB untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Hal inimembuktikan kejayaan negara dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Dengan ini dapat mengharumkan nama baik mengeratkan hubungan dengan negara – negara lain seperti hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia. Seterusnya, melalui dasar berbaik-baik dengan semua, Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Negara berjaya menarik ramai pelabur asing denganmenjadi ahli Bank Dunia iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun1945. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan FELDA dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Kerjasama dalam bidang pendidikan dapat dilihat melalui pembinaan RECSAM iaitu Pusat Serantau Sains dan Matematik. Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan etnik dan kaum juga menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam hubungan sesama kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara tersebut.Malaysia juga mengutuk penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.Situasi ini membantu mengukuhkan hubungan perpaduan kaum dalam negara dan seterusnya merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.
  • 5. Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat berlangsung. Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang membuahkan hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti Mesyuarat Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang telah membuahkan keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini juga berhubung kait dengan soal tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar. Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa. 5. Kekuatan Dasar Luar Negara Malaysia Semasa MH370 Malaysia merupakan sebuah negara yang sentiasa dihormati dan disanjung tinggi oleh semua negara di persada antarabangsa.Apabila Malaysia mempunyai / mengalami peristiwa / bencana / kemalangan , negara lain akan menghulurkan bantuan kepada negara kita.Perkara ini dapat dibuktikan apabila wujudnya peristiwa kehilangan MH370, ramai pihak telah membantu Malaysia dalam menangani peritiwa ini.Sebagai gerak balas kepada insiden ini, kerajaan Malaysia sendiri telah menggerakkan Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara, Tentera Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim, dan meminta bantuan antarabangsa daripada Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) dan negeri jiran. Berbilang negara mengusahakan misi pencarian dan penyelamatan di perairan rantau itu.Negara-negara telah menghantar sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal ke kawasan berkenaan.Qatar menawarkan bantuan, dan Agensi Perancis untuk penyiasatan kemalangan pesawat, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA), menawarkan bantuan dengan mana-mana operasi pencarian dan pemulihan bawah air.Suruhanjaya Persediaan Pertubuhan Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Menyeluruh telah mencuba, tetapi gagal, untuk menggunakan rangkai stesen pengesanan infrabunyinya untuk mencari mana-mana bunyi dibuat oleh penerbangan ini.Pelbagai aset penting telah dihulurkan oleh negara di persada antarabangsa kepada Malaysia Jika kita tengok usaha kerajaan Malaysia dalam menangani masalah ini,memang tidak dapat dinafikan bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia adalah sangat bijaksana.Antara aset penting yang disumbang oleh kerajaan Malaysia ialah Malaysia menghantar Pengangkut CASA/IPTN CN-235, sebuah pesawat Beechcraft B200T King Air, empat buah pengangkut ketenteraan Lockheed C-130 Hercules, dua buah Bombardier Global Express, dua buah helikopter Agusta A109, dan empat buah helikopter pengangkutan taktik julat panjang Eurocopter EC725.Enam buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia dan tiga buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.Pelbagai upacara penyembahan dan doa telah dijalankan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bahasa , warna kulit , agama dan bangsa serta keturunan.
  • 6. Seterusnya,kita akan mendapati banyak negara luar termasuk Amerika Syarikat telah tidak kedekut dalam membantu Malaysia.Amerka Syarikat telah menghantar sebuah pesawat P-3C Orion dan sebuah kapal pembinasa peluru berpandu, USS Pinckney, membawa dua buah helikopter Sikorsky MH-60R Seahawk.kapal logistik Templat.Amerika Syarikat juga menghantar sepasukan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) awal-awal lagi, bersedia untuk memulakan kerja serta-merta sekiranya sisa bangkai pesawat ditemui. FBI yang merupakan pegawai keselamatan terunggul di dunia telah terlibat dalam penyiasatan dengan cara menghantar beberapa orang ejen FBI ke kawasan tersebut untuk menyertai penyiasat. Negara jiran kita , iaitu China telah menghantar lima buah kapal perang China, dok pengangkutan amfibia Jenis 071 LPD-999 Jinggang Shan, dengan dua buah helikopter, 30 orang kakitangan perubatan, sepuluh orang penyelam, dan 52 orang askar marin, serta kelengkapan penyelamatan dan pengesanan bawah air di atasnya.China juga menghantar Frigat Jenis 053H3 FFG-528 Mianyang dengan sebuah helikopter dan kapal pengisian AOR-886 Qiandaohu. Tiga buah kapal ronda besar Pentadbiran Keselamatan Maritim China: Hai Xun 31 sebuah kapal ronda besar dengan sebuah helikopter dan kelengkapan pengimbasan bawah air, kapal pencarian dan penyelamatan besar penyelamat Laut Selatan No. 101 dan No. 115. telah dihantar oleh China bagi menjayakan lagi siasatan pencarian MH370.Dengan menggunakan kemajuan dalam bidang astronomi China juga telah menugasi sepuluh buah satelit pertahanan mengorbit semula di kawasan itu. Akhirnya,dasar luar Malaysia yang selama diamalkan telah menyebabkan Filipina menghantar sebuah Fokker F-27 Tentera Udara dan sebuah kapal terbang Navy Islander. Sebuah kapal pemotong kelas Hamilton hak milik kerajaan Filipina dan sebuah kapal terbang ketenteraan C130 telah ditempatkan dalam keadaan sedia untuk menyediakan sandaran untuk pesawat yang bersayap kaku dua, jika diperlukan. Kesimpulannya, memang tidak dinafikan bahawa dasar luar yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak adalah terbaik dan membawa faedah yang banyak kepada negara kita.Hal ini dapat dibuktikan melalui tindakan ramai negara yang membantu negara kita tanpa meminta sebarang keuntungan.Semasa berlakunya peristiwa ini,semua parti politik telah berganding bahu dan bekerjasama tanpa mengira perbezaan ideologi politik.Sikap ini lah yang kita perlukan untuk memajukan negara kita. 6. Apakah yang anda faham tentang TPPA ? / Berikan definisi bagi TPPA Berikan keistimewaan bagi TPPA Dunia semakin berubah dan kita tidak boleh menghalang perubahan dari terus berlaku. Perubahan juga tidak menanti kita mempersiapkan diri untuk berdepan dengannya. Kerajaan yang bertangungjawab perlu sentiasa memperlengkapkan rakyat dan negara untuk menghadapi perubahan yang berterusan. Ini boleh dilihat menerusi usaha pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan sebelum ini. Pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan, Putrajaya dan KLIA adalah antara usaha ke arah mendepani perubahan. Negara Malaysia terus maju dan makmur kerana Kerajaan peka kepada keperluan
  • 7. mempersiapkan diri untuk perubahan. Jika kita gagal menyediakan negara untuk keperluan masa depan, dan sebaliknya mengambil pendirian menghadapi perubahan itu hanya sesudah ia datang, kita berkemungkinan tidak bersedia, akan ketinggalan dan menjadi mundur. Pada era pra-perjanjian perdagangan bebas (FTA), terutamanya pada pertengahan 1980-an hingga 1997, Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi pesat sehingga digelar sebagai salah satu ‘Harimau Asia’. Bagaimanapun selepas tahun 2000 rejim pelaburan dan perdagangan dunia sudah berubah. Negaranegara dunia berlumba-lumba untuk menjalin FTA sama ada secara berkelompok atau bilateral. Malaysia sendiri telah menjalin 13 FTA, enam menerusi ASEAN dan tujuh secara bilateral. Pembukaan pasaran menerusi FTA adalah cara perdagangan masa kini. Hari ini, Kerajaan melihat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah satu bentuk FTA yang baru dan mempunyai potensi untuk membawa negara melangkah ke masa depan. TPPA melibatkan 12 buah negara dengan jumlah gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak $27.5 trilion. Malaysia membuat keputusan untuk menyertai rundingan TPPA pada tahun 2010 selepas mengambil kira manfaat ekonomi yang ditawarkan. FTA yang telah dilaksanakan oleh Malaysia lebih tertumpu kepada pengurangan atau penghapusan tarif, liberalisasi sektor perkhidmatan, peraturan tempasal dan halangan teknikal terhadap perdagangan produk dan perkhidmatan. TPPA berbeza kerana ia lebih komprehensif dengan merangkumi pelbagai skop seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar dan Syarikat Hak Milik Kerajaan. Skop-skop ini adalah skop baru yang pertama kalinya dirundingkan dalam FTA yang disertai Malaysia. Adalah dijangka skop baru ini akan menjadi elemen penting dalam rundingan FTA pada masa akan datang. Sepanjang tempoh rundingan TPPA berlangsung, pihak MITI telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di Malaysia, antaranya termasuklah pihak-pihak berkepentingan. Tanpa bercakap panjang,marilah kita mengetahui maksud TPPA terlebih dahulu.Apakah itu TPPA ? TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas, terbuka kepada kesemua 21 negara-negara ahli APEC. TPPA ini adalah berbeza dengan FTA biasa kerana ia lebih menyeluruh dengan skop-skop yang tidak terkandung dalam FTA yang disertai Malaysia sebelum ini. Skop-skop itu, antaranya ialah perolehan kerajaan , buruh , alam sekitar, syarikat-syarikat milik kerajaan dan hak harta intelek. Inilah yang menjadikan TPPA kontroversi. Namun, disebalik cabaran itu, Malaysia melihat ia berfaedah dalam meningkatkan daya saing negara di peringkat global. Skop-skop ini dijangka dimasukkan dalam rundingan FTA pada masa akan datang. Sebagai contoh, beberapa negara yang terlibat telah mencadangkan agar skop-skop ini terkandung dalam RCEP. TPPA adalah model FTA masa hadapan, sebab itu ia diberi jolokan Perjanjian Perdagangan Bebas Alaf Baru. TPPA ini juga merupakan perjanjian perdagangan bebas yang menyeluruh yang merangkumi pelbagai skop seperti ,pengurangan atau penghapusan Tarif.,liberalisasi sektor perkhidmatan. Peraturan Tempasal ,halangan teknikal terhadap perdagangan produk dan perkhidmatan,perolehan kerajaan, buruh , alam sekitar, syarikat hak milik kerajaan. FTA yang sedia ada ini telah dimuktamadkan oleh Malaysia lebih tertumpu kepada
  • 8. skop-skop ini sahaja. Skop-skop ini adalah skop baru yang pertama kalinya dirundingkan dalam FTA yang disertai oleh Malaysia. Dijangka skop-skop baru ini akan menjadi elemen penting dalam rundingan-rundingan FTA pada masa akan datang Yang pertama , kita kena tengok dari segi teks perjanjian TPPA. Tekss TPPA ini mengandungi 6350 muka surat dan terbahagi kepada 3 bahagian.Bahagian pertama iaitu bab Utama adalah sebanyak 30 bab yang mengandungi bab-bab perundangan, bab-bab tradisional dalam FTA dan bab-bab baharu serta mempunyai sebanyak 595 muka surat. Bahagian yang kedua pula ialah Lampiran.Lampiran ini mengandungi jadual akses pasaran bagi 12 negara-negara ahli TPPA, jadual berkaitan Syarikat Hak Milik Kerajaan dan peraturan-peraturan tempasal serta mempunyai 5,755 muka surat. Bahagian yang terakhir ialah side letters. Perjanjian ini mengandungi beberapa side letters yang dipersetujui secara dua hala mengenai isu spesifik antara negara-negara ahli. Di sini , kita kena faham bahawa TPPA bukan sekadar akses pasaran , tetapi ia melibatkan piawaian (standard) yang tinggi iaitu bertujuan memastikan suasana pelaburan yang kondusif, persaingan sihat dan kesejahteraan penduduk serta alam sekitar terpelihara.TPPA ini terbahagi kepada 5 piawaian.Piawaian yang pertama ialah ketelusan & anti korupsi .Dalam piawaian ini,komitmen diperlukan untuk menggalakkan ketelusan yang lebih tinggi, penyertaan, dan kebertanggungjawaban dalam tindakan Kerajaan. Peruntukan ini termasuk ketelusan dalam undang-undang, peraturan-peraturan, prosedur, syarat-syarat atau amalan yang berkaitan dengan perdagangan.Piawaian yang kedua pula ialah Hak Asasi Manusia. Komitmen juga diperlukan dalam memerangi aktiviti pemerdagangan manusia.Piawaian ketiga ialah buruh.Dalam piawaian ini , ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang membela kebajikan pekerja, termasuk penghapusan buruh paksa dan buruh kanak- kanak.Piawaian yang keempat pula ialah melindungi dan memulihara flora dan fauna, termasuk tindakan memerangi pemerdagangan haram hidupan liar, pembalakan haram dan penangkapan ikan secara tidak terkawal. Piawaian yang terakhir ialah Kerjasama. Ini melibatkan kerjasama Kastam, PKS dan akses pasaran. Piawaian yang dipersetujui antaranya bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi melibatkan komitmen dari sudut penguatkuasaan. Seterusnya ,marilah kita boleh melihat kerjasama yang dicadangkan dalam TPPA. Pelbagai bentuk kerjasama telah dicadangkan dalam TPPA , yang pertama ialah bentuk yang terjalin dalam Kastam.Kerjasama Kastam telah memberi peluang kepada ahli TPPA untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain berhubung dengan pengimportan atau pengeksportan dagangan, dan larangan ke atas pengimportan atau pengeksportan. TPPA juga menetapkan pemakaian prosedur Kastam yang mudah untuk pelepasan barangan bagi tujuan fasilitasi perdagangan seperti pelepasan barangan dalam tempoh tidak lebih dari yang ditetapkan, penghantaran maklumat secara elektronik yang lebih awal sebelum ketibaan barangan serta barangan boleh dilepaskan semasa ketibaan tanpa pemindahan ke gudang.
  • 9. Di samping itu, bentuk kerjasama yang kedua ialah dalam Tekstil.Bab Tekstil ini menggariskan bentuk kerjasama di antara negara-negara ahli TPPA bagi tujuan penguatkuasaan atau membantu dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan berkenaan kesalahan Kastam bagi perdagangan produk tekstil dan pakaian. Kerjasama ini melibatkan perkongsian maklumat mengenai kesalahan Kastam dan juga pengesahan mengenai tuntutan kelayakan keutamaan di bawah TPPA.Bentuk kerjasama yang juga boleh kita lihat ialah dalam PKS . Syarikat-syarikat PKS Malaysia berpeluang menjalinkan kerjasama serta berkongsi pangkalan data (database) dengan PKS dari negara-negara ahli TPPA yang lain. Maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk meluaskan peluang untuk memasar, menjual serta menjalankan penyelidikan pasaran sebelum PKS menceburi pasaran TPPA. Bentuk kerjasama yang terakhir ialah dalam Akses pasaran. Negara-negara ahli TPPA telah bersetuju membentuk kumpulan kerja bagi produk bioteknologi moden di bawah Jawatankuasa Perdagangan Pertanian untuk pertukaran maklumat dan kerjasama. Ini akan menjadi platform bagi pertukaran maklumat undang-undang tempatan sedia ada dan yang dicadangkan, serta peraturan dan polisi berkaitan perdagangan produk bioteknologi moden. Kumpulan kerja ini juga akan meningkatkan kerjasama bagi perkara-perkara kepentingan bersama dalam perdagangan produk bioteknologi. Akhirnya, dalam TPPA mengandungi Bab Bina Upaya yang sangat istimewa. TPPA ini mempunyai satu bab yang khusus , iaitu dalam Bab 21, mengenai kerjasama dan bina upaya. Objektif Bab ini adalah supaya negara-negara TPPA boleh menjalankan aktiviti kerjasama dan pembinaan keupayaan. Antara lainnya adalah untuk membantu dalam meningkatkan keupayaan setiap negara ahli TPPA di dalam mengambil kesempatan daripada peluang-peluang ekonomi yang diwujudkan oleh Perjanjian ini. Aktiviti kerjasama dan pembinaan keupayaan meliputi, tetapi tidak terhad, kepada sektor pertanian, industri dan perkhidmatan , Pendidikan, kebudayaan dan pengurusan risiko bencana. 7. Kepentingan penyertaan Malaysia dalam TPPA Dunia semakin berubah dan kita tidak boleh menghalang perubahan dari terus berlaku. Perubahan juga tidak menanti kita mempersiapkan diri untuk berdepan dengannya. Kerajaan yang bertangungjawab perlu sentiasa memperlengkapkan rakyat dan negara untuk menghadapi perubahan yang berterusan. Ini boleh dilihat menerusi usaha pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan sebelum ini. Pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan, Putrajaya dan KLIA adalah antara usaha ke arah mendepani perubahan. Negara Malaysia terus maju dan makmur kerana Kerajaan peka kepada keperluan mempersiapkan diri untuk perubahan. Jika kita gagal menyediakan negara untuk keperluan masa depan, dan sebaliknya mengambil pendirian menghadapi perubahan itu hanya sesudah ia datang, kita berkemungkinan tidak bersedia, akan ketinggalan dan menjadi mundur. Pada era pra-perjanjian perdagangan bebas (FTA), terutamanya pada pertengahan 1980-an hingga 1997, Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi pesat sehingga digelar sebagai salah satu ‘Harimau Asia’. Bagaimanapun selepas tahun 2000 rejim pelaburan dan perdagangan dunia sudah berubah. Negara-
  • 10. negara dunia berlumba-lumba untuk menjalin FTA sama ada secara berkelompok atau bilateral. Malaysia sendiri telah menjalin 13 FTA, enam menerusi ASEAN dan tujuh secara bilateral. Pembukaan pasaran menerusi FTA adalah cara perdagangan masa kini. Hari ini, Kerajaan melihat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah satu bentuk FTA yang baru dan mempunyai potensi untuk membawa negara melangkah ke masa depan. TPPA melibatkan 12 buah negara dengan jumlah gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak $27.5 trilion. Malaysia telah membuat keputusan untuk menyertai rundingan TPPA pada tahun 2010 selepas mengambil kira manfaat ekonomi yang ditawarkan. Malaysia merupakan sebuah ekonomi terbuka, dengan pasaran domestik yang kecil, perlu melihat di luar sempadan kita untuk perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Memandangkan pasaran tempatan yang kecil ini,adalah sangat penting mengembangkan industri tempatan dan menambah peluang pekerjaan kepada rakyat, negara perlu perbanyakkan eksport dan menarik lebih banyak pelaburan asing.Oleh hal yang demikian , TPPA adalah sangat penting kepada negara kita.Persoalannya , mengapakah TPPA ini dikatakan sangat penting kepada negara kita. Kerajaan Malaysia telah sedar TPPA yang sedia ada mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Bagaimanapun berdasarkan penilaian, Kerajaan melihat negara akan memperoleh lebih banyak faedah jika menyertai TPPA. Antaranya,ialah akses pasaran ke negara-negara ahli TPPA yang malaysia belum ada FTA iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.TPPA ini juga mempunyai integrasi yang lebih menyeluruh dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Apabila negara kita menyertai TPPA,akan berlakunya peningkatan pelaburan yang menyumbang kepada pewujudan peluang pekerjaan.Bukan sahaja ini yang berkaitan dengan faedah TPPA , TPPA juga mampu menyebabkan berlakunya peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan serta pemantapan tadbir urus berlandaskan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik. Ia juga akan meningkatkan KDNK Malaysia. Seterusnya, TPPA akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna serta input yang lebih murah untuk kegunaan industri.Dalam menandatangi TPPA, Kerajaan sentiasa memastikan TPPA mengambil kira model pembangunan Malaysia iaitu menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan seimbang, dasar-dasar seperti agenda Bumiputera dan pembangunan luar bandar. Ramai orang telah mempertikaikan sebab Malaysia mahu sangat menyertai TPPA sekarang juga.Di sini, saya ingin menjelaskan sebab Kerajaan Malaysia perlu menyertai TPPA sekarang. Yang pertama , Malaysia telah terlibat dalam rundingan TPPA selama lima tahun. Ia merupakan satu proses yang sukar, terutamanya dalam mempertahankan isu-isu serta dasar-dasar penting.Kedua, Kita telah berjaya mendapat pengecualian dan kelonggaran untuk mempertahankan kepentingan negara seperti dasar Bumiputera dan syarat halal, termasuk kelonggaran untuk had nilai perolehan (threshold) yang tinggi dan tempoh peralihan yang panjang. Ketiga, pada masa yang akan datang, keahlian TPPA turut dibuka kepada negara-negara ahli APEC yang lain. Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Filipina, umpamanya telah menyatakan hasrat untuk menyertai TPPA setelah mengambil kira manfaat yang ditawarkan.Yang terakhir, Sekiranya kita
  • 11. memilih untuk tidak menyertai TPPA sekarang, kita akan ketinggalan berbanding negara-negara lain, contohnya Vietnam. Kita juga akan terlepas peluang untuk meraih manfaat awal ataupun first-mover advantage berbanding negara-negara yang belum menyertai TPPA. Sebaliknya , jika negara kita memilih tidak menyertai TPPA,tidak bermaknanya Malaysia akan gagal dan mundur, tetapi negara akan hilang keupayaan untuk bersaing pada tahap sama rata dengan negara-negara ahli TPPA. Antara kesannya ialah Malaysia akan kurang daya tarikan sebagai destinasi pelaburan bagi pelabur-pelabur yang mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran TPPA. Kedua, syarikat- syarikat tempatan dan asing yang kini beroperasi di Malaysia mungkin akan mengecilkan skala operasinya. malaysia juga akan berdepan dengan persaingan yang lebih sengit dari Vietnam dan Singapura dalam menarik pelaburan asing. Dan sekiranya Indonesia, Thailand dan Filipina memilih untuk menyertai TPPA kemudian hari, Malaysia akan ketinggalan lebih jauh.Yang terakhir, syarikat-syarikat dari Malaysia tidak dapat menikmati keutamaan layanan dan penyertaan dalam merebut perolehan kerajaan di negara-negara ahli TPPA. Ada juga pihak yang mengatakan bahawa jika kerajaan Malaysia menandatangi TPPA , Malaysia tidak ada peluang lagi untuk menarik diri daripada TPPA.Ini merupakan satu tuduhan yang berniat jahat terhadap Kerajaan Malaysia.Dalam TPPA , sekiranya Kerajaan memilih untuk menyertai TPPA dan kemudiannya merasakan ia tidak menguntungkan kita, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat boleh memilih untuk keluar daripada perjanjian tersebut. Perkara ini sudah diperuntukkan dalam teks akhir TPPA di bawah Bab Peruntukan Akhir - Artikel 30.6 Penarikan Balik (Withdrawal). Artikel ini membenarkan negara-negara ahli TPPA menarik diri dari Perjanjian ini melalui notis bertulis kepada Pemegang Simpanan Perjanjian dan kepada negara-negara TPPA lain. Penarikan diri ini akan berkuat kuasa selepas enam bulan negara berkenaan mengemukakan notis bertulisnya. Banyak manfaat yang kita akan dapat dari pembukaan pasaran baru menerusi TPPA. TPPA memberi akses pasaran negara-negara yang kita belum mempunyai FTA iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Peru. Bagi pasaran ini, hampir 4,000 tarif akan dimansuhkan termasuk produk yang mempunyai kepentingan eksport bagi Malaysia seperti tekstil dan pakaian , produk elektrikal & elektronik (e&e), kimia & petrokimia , produk berasaskan kayu-kayan, sektor makanan dan produk berasaskan getah.Pertama , marilah kita melihat manfaat yang akan diterima dari TPPA dalam bidang produk elektrikal dan elektronik. Jumlah eksport semasa ke pasaran TPP adalah sebanyak RM 103.29 bilion.Pelbagai pemansuhan tarif yang akan dibuat sebaik TPPA dilaksanakan. Kanada 100% serta merta. Sekarang 2% - 9.5%. Amerika Syarikat 99.8% serta merta. Bakinya dalam tempoh 10 tahun. Sekarang 0.4% - 15%. Mexico 82.1% serta merta. Bakinya dalam tempoh 10 tahun. Sekarang 15% - 20%. Peru 92.8% serta merta. Bakinya dalam tempoh 10 tahun. Sekarang 0% - 9%. Kerajaan Malaysia yakin bahawa penghapusan tarif dijangka akan menyaksikan peningkatan eksport peranti telekomunikasi dan produk pengguna keluaran Malaysia. Sektor pengeluaran produk elektrikal dan elektronik juga akan semakin rancak dalam
  • 12. menjana pekerjaan berpendapatan dan berkemahiran tinggi sejajar dengan Wawasan 2020. Akhirnya , TPPA juga membawa manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana. Sebenarnya liberalisasi tarif dan pasaran telah pun bermula sebelum kita menyertai rundingan TPPA lagi. Syarikat-syarikat tempatan telah pun bersaing melalui liberalisasi tarif di bawah Kerjasama Ekonomi ASEAN dan 13 FTA yang telah berkuat kuasa. PKS tempatan seperti Oldtown White Coffee, Hup Seng, Mamee, Marrybrown, Julie’s, Brahim, Bangi Kopitiam dan Ramly telah lama mengambil peluang dari pembukaan pasaran melalui FTA untuk meluaskan perniagaan mereka ke luar negara. Kira-kira 65 peratus daripada lebih 10,000 kod tarif bagi barangan yang terkandung di dalam Daftar Cukai Kastam (Customs Duties Order) tidak lagi tertakluk kepada sebarang cukai import. Melalui perjanjian di bawah Kerjasama Ekonomi ASEAN serta 13 FTA tersebut, sebahagian besar cukai import telah dimansuhkan dan syarikat-syarikat Malaysia termasuk PKS telah pun bersaing dengan syarikat-syarikat luar negara di pasaran tempatan, serantau dan global. Pasaran yang terbuka ini telah memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk meningkatkan nilai eksport di pasaran tradisional, menerokai pasaran baru dan menyediakan pekerjaan baru untuk rakyat tempatan. Pada masa ini, Malaysia mempunyai sejumlah 645,000 PKS dan kira-kira 18 peratus daripada jumlah ini telah pun mengeksport serta menyertai rantaian bekalan global (global supply chain) antaranya dalam bidang elektrikal & elektronik (termasuk LED), pemprosesan makanan dan minuman serta peralatan perubatan. Walau bagaimanapun, Kerajaan sedar cabaran yang dihadapi oleh PKS. Oleh yang demikian pelbagai insentif dan bantuan diberikan bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing PKS supaya dapat bersaing di pasaran global.Kesimpulannya, TPPA adalah sangat penting kepada negara kita.Marilah kita berganding bahu dalam menyokong TPPA agar negara kita akan mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara yang terunggul di persada antarabangsa. 8. Isu global mengikut acuan Malaysia Agak memberangsangkan juga apabila ucapan sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Perbahasan Umum Sesi Ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) beberapa hari lepas menarik perhatian rakyat Malaysia. Lazimnya, segelintir memandang remeh kehadiran Malaysia sebagai sebuah negara kecil di pentas antarabangsa kerana pada pendapat mereka begitu sukar sekali untuk negara seperti Malaysia layak dan mampu menjadi ejen perubahan isu global. Banyak perkara disentuh dalam ucapan Ahmad Zahid yang membabitkan isu global seperti kemelut pelarian, perubahan iklim dan konflik Palestin, tapi satu isu yang merangkumi hampir satu perempat kandungan ucapan beliau adalah mengenai ancaman keganasan yang dipelopori oleh kumpulan militan seperti Daesh, Boko Haram dan Al-Shabaab.
  • 13. Masyarakat global seolah-olah terpaku dan hilang arah tujuan kerana propaganda kumpulan militan menjadi begitu efektif sehinggakan begitu sukar untuk menyekat mereka yang bersimpati dengan perjuangan kumpulan tersebut dari melakukan aktiviti keganasan.Begitu hebatnya propaganda kumpulan militan ini kerana ia membabitkan bukan sahaja rakyat dari negara yang berhampiran dengan kawasan bergolak Asia Barat, tetapi terpalit juga negara seperti Malaysia dan Indonesia. Malah negara Barat seperti AS dan Perancis juga tidak sunyi dari peristiwa rakyat mereka yang bersimpati dengan kumpulan militan tersebut terbabit dalam aktiviti keganasan. Sebab itu juga apabila ucapan Ahmad Zahid menyebut secara terperinci kejayaan program deradikalisasi iaitu membentuk semula mereka yang terjebak dalam aktiviti militan, kenyataan itu sebenarnya adalah isyarat kepada dunia bahawa apa yang di- amalkan oleh Malaysia sepatutnya menjadi teladan bagaimana untuk menghadapi ancaman militan era ketika ini.Seperti yang ditekankan dalam ucapan beliau, strategi Malaysia dianggap begitu berjaya kerana lebih dari 97 peratus yang melalui program tersebut telah kembali kepada kehidupan lazim dan dari statistik ini sahaja mempamerkan ada sesuatu yang betul telah diamalkan dalam program tersebut. Apabila tercetusnya peristiwa keganasan seperti yang melanda Nice, Perancis atau Orlando, AS yang didalangi sendiri oleh rakyat negara tersebut, banyak pihak yang menuding jari tidak serasinya cara hidup pelaku dengan masyarakat tempatan sebagai faktor penyebab utama. Tetapi apabila Ahmad Zahid menggunakan ungkapan andaian masyarakat antarabangsa terhadap punca keganasan seperti kemiskinan, peminggiran, pengasingan dan penindasan, maka ini sebenarnya adalah isyarat dari Malaysia bahawa pemahaman sedemikian adalah silap dan jika diamalkan sudah pasti tidak mampu menewaskan propaganda kumpulan militan. Strategi Malaysia dalam menongkah propaganda militan adalah melalui interaksi secara bersemuka dengan kumpulan sasaran sebab dengan kaedah ini akan menjadi lebih mudah untuk memenangi hati dan pemikiran kumpulan tersebut. Rangkaian hubungan dalam kalangan pemimpin agama, masyarakat dan belia menjadi keutamaan kerana mereka inilah rantaian kritikal dalam menyampaikan maklumat yang betul. Walaupun Malaysia terdedah dengan ancaman militan, tetapi setakat hari ini telah berjaya mematahkan beberapa perancangan keganasan kecuali yang berlaku di kelab malam Movida, Puchong beberapa bulan lepas. Apabila Malaysia mencadangkan supaya masyarakat antarabangsa menilai kembali kerangka perundangan domestik masing-masing dalam menghadapi ancaman keganasan dan ekstremisme, negara ini yang mempunyai beberapa kerangka perundangan seperti SOSMA, POTA dan juga POCA sebenarnya adalah bukti sahih teladan yang patut dicontohi oleh negara lain. Dasar luar Malaysia tidak pernah menjurus kepada strategi ketenteraan dalam menyelesaikan masalah global dan ini termasuk isu keganasan dan ekstremisme. Keberkesanan strategi berbentuk punitif ada hadnya dan sebab itu Malaysia mengambil jalan yang agak berbeza dalam menghadapi fenomena global tersebut. Perundangan domestik yang agak ketat adalah strategi kekangan sementara program
  • 14. deradikalisasi adalah kaedah pemulihan bagi mereka yang telah terlanjur dan kedua- dua kaedah ini terbukti dengan kejayaan masing-masing. Sebab itu juga rakyat Malaysia perlu meneliti sejenak saranan Malaysia di UNGA kerana apa yang diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri bukan retorik semata- mata tetapi boleh dibuktikan dengan statistik kejayaan yang sahih. Langkah susulan perlu diteruskan terutama sekali oleh Wisma Putra supaya cadangan di UNGA tidak tinggal hanya sebagai ucapan yang lazim. Paling tidak bagi rakyat Malaysia pula sepatutnya memberi ruang supaya saranan tersebut diperbincangkan di khalayak umum. Adalah tidak adil jika cadangan yang dianggap menongkah arus dengan amalan lazim masyarakat antarabangsa menghadapi keganasan, tidak mendapat sokongan rakyat sendiri kerana wujud pihak yang bermotifkan manfaat politik masing-masing cuba memperkecilkan kewibawaan individu seteru politik mereka. 9) Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ? / Pada pandangan anda , mengapakah dasar luar Malaysia bersifat dinamik dan statik ? Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepada kepimpinan negara. Pada masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Dasar luar Malaysia berubah kerana keselamatan negara tergugat. Terdapat ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia melaksanakan dasar pro Barat bagi mendapatkan bantuan pertahanan daripada Negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Dasar luar Malaysia berubah untuk memelihara hubungan dengan negara jiran. Sehubungan itu beberapa perjanjian ditandatangani untuk menangani krisis dengan negara jiran. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia, terputus hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura dari Malaysia. Kesannya ASA, MAPHILINDO dan ASEAN ditubuhkan. Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik dengan semua negara. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah diisytiharkan bersama-sama ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur. Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi negara seperti perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Malaysia telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara
  • 15. ASEAN seperti Singapura dan Thailand. Keadaan ini telah meningkatkan nilai dagangan negara kita. Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi negara seperti perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Malaysia telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara ASEAN seperti Singapura dan Thailand. Keadaan ini telah meningkatkan nilai dagangan negara kita. Hal ini kerana,Malaysia mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amarika Syarikat,Jepun dan Singapura bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan mencari pasaran baru. Semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr Mahathir Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Perubahan ini menarik para pelabur dari negara berkenaan yang membawa kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Kesannya telah memberi budaya kerja yang beretika dan efisien. Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. 10. Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ialah hubungan diplomatik akan terjejas. Hal ini menyebabkan Malaysia gagal mencari jalan penyelesaian dalam isu- isu yang melibatkan Malaysia dengan negara lain. Misalnya, isu jerebu yang melanda negara-negara Asia Tenggara tidak dapat diselesaikan tanpa kerjasama antara Indonesia dengan negara Asia Tenggara yang lain. Selain itu, isu pencerobohan militan Sulu ke atas Lahad Datu, Sabah berlaku kerana kurangnya kerjasama daripada kerajaan Filipina dalam menangani masalah tersebut. Oleh yang demikian, isu yang merentas sempadan harus diselesaikan melalui hubungan diplomatik yang erat. Selain itu, ekonomi negara akan terjejas sekiranya hubungan luar tidak mantap. Eksport negara berkurangan kerana negara lain enggan mengimport hasil keluaran Malaysia. Pelabur asing juga tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan luar yang tidak mantap. Kesannya, pendapatan negara merosot akibat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menurun. Akibatnya taraf hidup rakyat juga akan merosot dan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 akan terbantut. Dasar luar yang tidak mantap juga akan menjejaskan keselamatan negara. Jenayah antarabangsa seperti penyeludupan dadah, senjata api, pemerdagangan manusia telah mengancam keselamatan negara. Sekiranya hubungan luar Malaysia tidak mantap, maka isu ini akan berlarutan. Selain itu, isu keganasan antarabangsa yang mengancam dunia sekarang hanya dapat diselesaikan sekiranya semua negara
  • 16. memainkan peranan masing-masing. Oleh itu, kedaulatan sesebuah negara akan terjamin jika wujudnya hubungan luar yang erat. Jika dasar luar negara tidak mantap ia akan mempengaruhi ekonomi negara kita. Misalnya, eksport negara akan berkurangan. Ini adalah kerana secara hubungan dengan negara lain akan terbatas atau terhad. Ekonomi negara juga merosot dan ini menyebabkan pendapatan negara merosot. Kita juga akan menghadapi masalah kemasukan pelabur asing ke negara kita. Kemasukan pelabur luar yang terhad akan menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat merosot. Secara tidak langsung, ekonomi negara akan terjejas dan mempengaruhi pembangunan negara Malaysia. Imej negara juga akan terjejas di mata dunia.. Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar luar yang tidak mantap akan mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik dari negara lain. Imej negara juga akan tergugat kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat tanpa dapat dikawal seperti yang kita amalkan sekarang. Akhirnya , dasar luar yang tidak mantap juga akan membataskan kerjasama antara negara dalam semua aspek terutamanya keselamatan. Usaha menangani keganasan global seperti ancaman Daesh dan IS akan menjadi sukar kerana kurangnya kerjasama antara negara. 11. Ramalkan dasar luar negara Malaysia pada masa hadapan Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi tujuannya untuk mengekalkan keselamatan , keamanan dan kedaulatan negara.Malaysia perlu terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya . Hal ini kerana , dapat menjamin kedaulatan dan kestabilan negara. Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita. Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga terus komited menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN agar dapat berdaya saing di peringkat global. Malaysia juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan Negara Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC,PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar deligasi perdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka
  • 17. panjang bagi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni, Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan bag Negara Dunia Ketiga.Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara pula, Malaysia akan meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara. Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur. Malaysiajuga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya untuk menjaminkedaulatan negara.Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membukapeluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita. Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepundan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga terus komited menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN agar dapat berdaya saing di peringkat global.Malaysia juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukanmelalui misi lawatan pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar deligasiperdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPPA) yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misinegara maju menjelang tahun 2020. Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikanpertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasibrakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan bersuarauntuk menuntut keadilan bagi Negara Dunia Ketiga.Akhirmya demi menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia akan meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan
  • 18. mesra melalui persidanganKetua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara 12. Sejauh manakah Dasar Luar Malaysia berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa ? Dengan adanya dasar luar Malaysia, ia dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Hal ini berlaku kerana adanya semangat tolong menolong yang amat kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia dengan negara luar tanpa mengira kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.Pengukuhan perpaduan ini jelas terbukti ketika malapetaka yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Jepun negara kita telah menghantar bantuan perubatan,bantuan kewangan,bantuan menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada semua mangsa. Seterusnya,dengan adanya dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan, Malaysia pernah menjadi perantaraan menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.Selain itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut lunas lunas yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Di samping itu,dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat antarabangsa dapat dibuktikan dengan dasar luar kita yang mengutamakan keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera kita diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-negara lain. Akhirnya, dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk dikalangan semua negara.Kesimpulannya , dasar luar Malaysia yang diamalkan selama ini telah berjaya mengukuhkan perpaduan antarabangsa. 13. Dasar luar yang diamalkan sejak Malaysia merdeka hingga kini telah berjaya meletakkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dasar luar negara telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang dihormati apabila kerajaan menghantar bantuan kemanusiaan kenegara miskin/bencana seperti Semangat kesukarelawan yang tinggi.Selain itu tindakan kerajaan Malaysia menghantaran pasukan pendamai ke negara yang berperang di bawah panji-panji PBB ke Namibia telah menyebabkan Negara Malaysia dipandang tinggi oleh negara-negara luar yang lain.Kerajaan Malaysia juga bertindak menentang Dasar Aparteid yang mengamalkan
  • 19. diskriminasi kaum di Afrika Selatan secara tidak langsung telah membuka mata Negara besar yang lain akan kemampuan Malaysia dalam mencegah keganasan sesama Negara. Malaysia juga telah dihormati kerana menentang keganasan Israel di Palestin melalui pertubuhan OIC dan PBB disamping menjadi orang tengah dalam menyelesaikan perjuangan bangsa Moro untuk mendapat kuasa autonomim Malaysia juga sering memperjuangkan keamanan sejagat dengan menentang peperanganNegara Islam yang sederhana serta menjadi contoh dalam hab halal.Negara Malaysia mempunyai 116 pejabat kedutaan di luar negara telah membuktikan bahawa membuktikan Malaysia sentiasa disenangi oleh semua negara dan dilantik sebagai pengerusi pertubuhan antarabangsa seperti NAM. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar.Situasi ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun. Hasil daripada mengambil sikap berkecuali ini juga Malaysia telah dipanggil untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang Saudara di Congo.Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan.Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia. Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan etnik dan kaum menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam hubungan sesama kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara tersebut.Malaysia juga mengutuk penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.Situasi ini membantu mengukuhkan hubungan perpaduan kaum dalam negara dan seterusnya merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar. Selain itu,Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat berlangsung. Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang membuahkan hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti Mesyuarat Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang telah membuahkan keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini juga berhubung kait dengan soal tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar. Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.
  • 20. 14. Bagaimanakah dasar luar negara dapat menyumbang kepada kegemilangan negara Malaysia ? Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia telah berjaya menyumbang kepada kegemilangan Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan apabila kestabilan politik negara kita dapat dikekalkan , dimana hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuhkan . Secara tidak langsung persefahaman dapat dipupuk.Contohnya hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dengan kerajaan China sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini telah mengukuhkan hubungan baik antara kedua-dua buah negara tersebut. Tegasnya, dasar luar negara mampu memantapkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara lain. Keadaan yang aman juga akan menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita dan dapat menjamin keselamatan perairan negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.Keadaan ini juga turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepatkan pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas. Selain itu, syarikat-syarikat tempatan juga dapat membuat pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga, seperti yang dilakukan Petronas di Vietnam. Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT/MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi sehingga diberi peluang untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.Seterusnya , dasar luar negara juga adalah sangat penting untuk mengekalkan kedaulatan negara dengan cara berbaik-baik dengan semua negara . Hal ini dapat mengelakkan pertelingkahan yang berlaku dengan negara-negara jiran. Segala konflik dengan negara jiran dapat diselesaikan melalui rundingan atau melalui Mahkamah Antarabangsa contoh isu Pulau Batu Putih (konflik antara Malaysia dan Singapura) Malaysia telah mendapat banyak faedah atau manfaat daripada dasar luarnya. Antaranya ialah Malaysia dapat mengekalkan perpaduan kaum sama ada di peringkat serantau mahupun dunia. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, rakyat berbilang kaum dapat menyambut sesuatu perayaan seperti Tahun Bharu Cina, Hari Natal dan Hari Raya Aidil Fitri dalam suasana yang harmoni. Oleh itu, perpaduan kaum dapat menjamin kehidupan yang sejahtera.Selain itu, peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk penduduk tempatan. Contohnya melalui projek Taman Perindustrian Kuantan dengan Taman Perindustrian Qinzhou China. Malah syarikat-syarikat tempatan juga membuat pelaburan di negara China dan negara-negara dunia ketiga, seperti pelaburan syarikat Petronas Malaysia di Vietnam. Sekiranya kita melihat manfaat yang diperoleh dari segi pendidikan pula, negara kita telah berjaya menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan di persada antarabangsa seperti pertukaran pelajar melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran
  • 21. ASEAN (SEAMEO). Malaysia juga mendapat faedah menerusi hubungan Malaysia - China melalui penubuhan cawangan Universiti Xiamen di Selangor. Malah negara kita juga berpeluang menjalin kerjasama dalam bidang kebudayaan dan keseniaan. Selain itu, Malaysia juga dapat memelihara kepentingan nasional dan kemerdekaan yang diperoleh terus dipertahankan melalui dasar berkecuali .Negara kita tidak akan campur tangan dalam urusan politik negara luar .Ini terbukti , Malaysia hanya memerhati kekerapan pertukaran pemerintahan dari parti yang berlainan di Thailand sebagai satu dasar menghormati kedaulatan negara tersebut.Sehubungan dengan itu, persahabatan antara Malaysia dengan negara luar terus kekal terjalin walaupun berlaku pertukaran pimpinan dan parti yang memerintah. Manfaat yang terakhir / Kepentingan dasar luar negara yang terakhir ialah Malaysia berjaya menggalakkan pelaburan asing bagi peningkatan ekonomi negara yang cemerlang. Ia terbukti dengan kewujudan syarikat berteknologi tinggi dan syarikat multinasional seperti kilang pemasangan Honda dan Kia di negara kita.Selain itu, pasaran produk tempatan juga dapat menembusi pasaran antarabangsa dan berdaya saing di peringkat antara bangsa.Rangkaian perdagangan berlandaskan pengetahuan (knowledge-based) telah giat dijalankan hasil hubungan dasar luar yang baik dengan negara luar.Jelaslah, dasar luar yang mantap akan membina ketamadunan Malaysia mampu dibanggakan .Kesimpulannya , dasar luar negara yang sedia ada ini adalah sangat penting dan bermanfaat kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bangsa , bahasa dan budaya. 15. Malaysia telah melahirkan warganegara yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Buktikan. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan istimewa di mata dunia.Tiada mana-mana negara di dunia yang mempunyai sejarah pembentukan Malaysia yang terdiri daripada usaha semua kaum dan kebijaksanaan pemimpin pada masa itu.Disebabkan kebijaksanaan dan jasa pemimpin kita , barulah kita sebagai rakyat Malaysia sering dipandang tinggi dan boleh bergerak bebas di setiap sudut di dunia ini.Oleh hal yang demikian , sebagai warganegara yang patriotik , kita seharusnya sentiasa mempunyai semangat cinta akan negara dan mengenangi jasa pemimpin negara kita , sama ada masih hidup ataupun sudah mati.Antara warganegara dan pemimpin yang sangat berjasa kepada negara kita ialah Perdana Menteri yang keempat dalam Sejarah Malaysia , iaitu Tun Doktor Mahathir Bin Mohamad. Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom”. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.
  • 22. Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire). Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Timesmenyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia. Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang. Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia. Seterusnya , beliau telah melancarkan Wawasan 2020 yang menggariskan cabaran mewujudkan negara maju mengikut acuan sendiri dan merealisasikan projek-projek mega negara yang memodenkan negara , seperti pembinaan Menara berkembar Petronas, Litar Sepang Formula One, KLIA, Pusat Pentadbiran Putrajaya. Beliau juga membangunkan kemudahan infrastruktur yang moden dan canggih seperti LRT, Monorel, terowong SMART.Dalam kata hikmah beliau , beliau telah menyatakan “Kita belajar bukan sahaja daripada kejayaan orang lain , tetapi juga daripada kesilapan mereka.”Kata hikmah ini telah menjadi pencetus semangat nasionalisme di seluruh negara Malaysia. Di samping itu , negara kita juga melahirkan negarawan yang terdiri daripada kaum wanita , iaitu Tan Sri Zety Akhtar Aziz. Beliau merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, dan merupakan wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.
  • 23. Akhirnya , negara kita juga mempunyai seorang warganegara yang terkenal dan menyebabkan nama Malaysia sentiasa harum di persada antarabangsa , iaitu Datuk Nicole David. Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010. Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut- turut, dari tahun 2005 hingga 2010. Kesimpulannya, walaupun negara kita kecil sahaja , tetapi negara kita mampu melahirkan negarawan yang bertaraf dunia.Oleh itu , marilah kita berganding bahu dalam memajukan dan menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang terunggul di persada antarabangsa.Janganlah kita bersikap evasif mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana hasrat ini hanya dapat direalisasikan apabila semua waganegara mengamalkan slogan sehatisejiwa. 16. Malaysia telah berjaya memainkan peranan yang berkesan dalam persada antarabangsa Antara peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa ialah membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Contohnya sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih menyertai pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo dan pada tahun 1990 an, Malaysia juga telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pengaman ke Bosnia. Selain itu, Malaysia juga lantang bersuara di PBB dalam menentang dasar apartheid di Afrika Selatan dan menyarankan Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik bersama. Seterusnya, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dan kedaulatan dunia melalui penganjuran persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam melalui OIC pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. Berikutnya, peranan Malaysia dalam bidang sosial dapat dilihat dari aspek pendidikan. Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara Komanwel dengan menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan melalui Rancangan Colombo. Seterusnya, melalui PBB Malaysia telah mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Kerjasama dalam bidang sukan telah dicapai melalui penganjuran sukan Komanwel yang bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan negara anggota misalnya Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.
  • 24. Seterusnya peranan Malaysia membantu negara-negara lain misalnya, memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. Bantuan dalam kewangan juga diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. Di samping itu,Malaysia juga telah berkerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB.Contohnya kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). Malaysia juga telah mengadakan kerjasama ekonomi dengan negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).Malah, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara sedang membangun. Melalui kerjasama Malaysia dengan Negara-Negara Selatan,dapat mengatasi masalah hargaekspot bahan –bahan mentahserta meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara-negara maju.Contohnya penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur dan penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) serta penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.Sementara itu, peranan Malaysia dalam OIC ialah Malaysia mengesyorkan penggunaan dinaremas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain. Dasar luar Malaysia juga meyumbang kepada Keselamatan dan keamanan dunia dimana Pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) agar dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.. Melalui pengisytiharan ini Malaysia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana blok Barat. Usaha ini bertujuan mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dan larangan kuasa besar mengangkut bahan atau senjata nuklear melalui konsep SEANWFZ.Malaysia menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara.Negara kita turut mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan. Malaysia menjadi perantara pihak bertelagah melalui penghantaran pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq.. Malaysia juga pernah menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea dan pasukan pengaman ke Bosnia.. Malaysia juga cuba mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea dan Malaysia turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea. Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih. Malaysia mengusahakan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro( MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi bangsa Moro di selatan Filipina.Malaysia menyokong perjuangan penubuhan negara berdaulat Palestin di PBB. Seterusnya, Malaysia telah menjadi mediator / orang tengah / perantara yang berjaya menyelesaikan konflik di sesebuah negara contohnya Selatan Thailand dan Selatan Filipina.Ini dapat dibuktikan melalui penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global yang berperanan sebagai perantara. Penubuhan ESSCOM atau Kawasan
  • 25. Keselamatan Pantai Timur Sabah juga membuktikan kesungguhan Malaysia untuk menguatkan kawalan keselamatan mritim di bahagian Timur Sabah susulan krisis pencerobohan Lahad Datu. Di samping itu,, Malaysia membela dan menyokong hak asasi manusia. Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.. Malaysia juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara.. Malaysia mewujudkan cawangan Al- Quds Foundation Malaysia iaitu sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin. UNICEF berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program keganasan dan penyeludupan serta pendidikan mengenai konvensyen kanak-kanak. NGO Malaysia terlibat menyokong usaha dengan menubuhkan Pusat Jana Jaya (IMPOWER ) dan mendapat sokongan UNICEF bagi mengukuhkan sokongan psikososial yang berasaskan komuniti kepada kanak-kanak dan keluarga. UNICEF bekerjasama dengan Pertubuhan kanak-kanak Malaysia (MAPC) bagi mengukuhkan persekitaran yang terjamin keselamtannya. Kolej Universiti HELP yang ditubuhkan di Malaysia telah bekerjasama dengan UNICEF untuk membanteras gejala buli di sekolah. Akhirnya, Malaysia bersama-sama membenteras jenayah antarabangsa . Malaysia lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah dalam satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.Malaysia turut prihatin dengan isu pemerdaganganmanusia . Hal ini dapat dibuktikan apabila negarakita telah mewujudkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) bagimemastikan hak asasi mangsa pemerdagangan dijamin dan melalui proses pemulihan sehinggamereka diintergrasikan semula ke dalam masyarakat. Bagi menyokong usaha memerangi keganasan,Malaysia juga telah mewujudkan Akta Pencegahan Keganasan (SOSMA) dan Rang Undang-undangMajlis Keselamatan Negara. Hal iini, membolehkan kerajaan dapat mengawal dan mengurus ancaman serta bertindak awal mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Sebagai contoh isu ISIS dan keganasan Daesh. 17. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. Iktibar lain yang boleh diambil daripada dasar luar Malaysia ialah pemimpin perlu bijak merancang strategi dalam hubungan luar negara dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara luar. Hal ini dapat mengekalkan kestabilan politik negara, mengekalkan persefahaman dalam hubungan diplomatik dan dapat mengelakkan krisis antara negara.Iktibar kepada diri pula, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif untuk bersaing di peringkat antarabangsa .Kita hari ini telah mampu mengeluarkan kereta nasional seperti kereta Proton.Oleh itu dasar luar berbaik dengan semua negara dapat mengukuhkan ekonomi negara melalui pengeksportan barangan siap kita ke negara lain. kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.Iktibar kepada bangsa ialah kita perlu mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara berada dalam keadaan aman.Kekacauan di negara lain perlu
  • 26. dijadikan iktibar dengan mengukuhkan perpaduan kaum kerana ianya dapat menjamin kemakmuran negara dan mempunyai politik yang stabil.Kita juga perlu bersatu padu dan bertoleransi dalam bermasyarakat. Hal ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membina negara yang maju. Iktibar/pengajaran yang diperoleh dari tajuk yang dikaji ialah perpaduan dalam kalangan negara anggota wajar diamalkan. Malaysia perlu menghormati kedaulatan negara lain serta mengekalkan kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang. Pemimpin pula perlu mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah . Kita juga wajar mengekalkan keamanan dan menjalankan pentadbiran sistematik .Malaysia juga perlu mengelakkan peperangan dengan menjaga hubungan yang baik dengan semua negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia perlu diteruskan oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Semua pihak harus bertanggungjawab menjalankan tugas demi kemakmuran negara. Hal ini kerana melalui dasar luar, negara kita dapat menjalinkan hubungan serantau dengan baik.Setiap negara hendaklah menggelakkan daripada mencampuri urusan dalaman negara lain agar dasar-dasar yang digubal dapat dilaksanakan tanpa halangan.Kita perlulah berfikiran terbuka dan sedia menerima perubahan yang membawa kepada kebaikan kepada negara agar dapat mengambil manfaat daripada hubungan diplomatik antara negara.Semua negara di dunia hendaklah menyokong usaha untuk memelihara keamanan sejagat dan menentang keganasan global. 18. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan (a). Pengetahuan yang diperoleh Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia mengambil langkah yang dinamik dalam strategi dasar luarnya bagi memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara lain. Selain itu, Malaysia menjadi anggota pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHLINDO dan ASEAN. Malaysia juga banyak memberikan sumbangan dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa.Berdasarkan tajuk yang dibincangkan juga, Malaysia telah bekerjasama dan berperanan penting dalam mewujudkan keamanan sejagat. Dasar luar negara yang menghormati kedaulatan negara lain menyebabkan negara kita dipandang tinggi di mata dunia. Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang peranan Malaysia dalam mewujudkan keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara kita menyebabkan negara kita dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia. Selain itu, kita juga dapat mengetahui sebab yang mendorong Malaysia mengamalkan dasar
  • 27. berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara. Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kerjasama agar dapat mewujudkan kesejahteraan dunia. Kesejahteraan dunia dapat menjamin kedaulatan negara kita. Seterusnya, kita perlu memupuk perpaduan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia dapat hidup dengan sejahtera. Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa, bangsa Malaysia dapat menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Hal ini akan menjadikan negara kita dihormati di mata dunia. Selain itu, melalui hubungan luar yang berasaskan kepentingan ekonomi kita berharap bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi. Hal ini menyebabkan negara kita akan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. (b). Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme: Nilai yang diperoleh ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia Nilai-nilai murni yang saya peroleh ialah kita harus mencontohi para pemimpin Malaysia yang memberi sumbangan besar dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa. Melalui dasar luar kita dapat memupuk perpaduan dan toleransi antara negara-negara anggota. Rakyat Malaysia haruslah mengambil iktibar daripada kekacauan dan situasi politik negara lain yang sedang bergolak supaya semua rakyat mengetahui pentingnya memelihara keamanan sejagat. Unsur patriotisme yang dapat dipupuk pula ialah kita perlu berbangga dengan kepimpinan negara yang mendapat pengiktirafan dunia. Buktinya sumbangan Tun Dr. Mahathir bin Mohamed dihargai oleh pemimpin dalam dan luar negara melalui penganugerahan Hadiah Keamanan NOBEL 2007. Semangat jati diri bangsa Malaysia juga sangat penting ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia. Nilai patriotik yang boleh diamalkan ialah semangat cinta kepada negara. Seperti Sheikh Muzaffar diiktiraf sebagai angkasawan pertama negara. Seterusnya , adalah dari segi nilai semangat juang untuk menaikkan nama negara di mata dunia. Seperti kemenangan atlet paralimpik di Sukan Paralimpik di Rio de Jenerio, Brazil 2016. Semangat jati diri seperti Jimmy Choo pereka kasut antarabangsa bangga menjadi rakyat Malaysia juga perlu kita amalkan.Akhirnya,kita mestilah mempunyai nilai sanggup berkorban untuk negara Seperti Dr.Fauziah Zaytouna Olivia yang di tawan tentera Israel ketika membawa misi keamanan ke Gaza (Women Boat To Gaza) (c). Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang Harapan untuk masa depan negara ialah saya berharap pemimpin negara akan terus menyumbangkan idea dan kepakaran untuk memajukan negara. Saya juga berharap Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua negara agar politik dan ekonomi negara terus kukuh. Taraf hidup rakyat yang terus meningkat serta pembangunan negara terus berkembang maju.