Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Disediakan oleh:
Wendy
Maslina
Faktor-faktor tercetus kemunculan
Perang Dunia Kedua
PENGENALAN
 Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan
sehingga tahun 1945.
 PD2 bukan hanya melibatkan n...
1.Rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles
Perjanjian ini ditandatangani bagi menamatkan Perang Dunia Pertama.
...
2.Kemunculan Adolf Hitler
Selepas Perang Dunia Pertama,keadaan politik di Jerman menjadi tidak stabil.
Jerman tidak puas h...
3.Kepentingan Imperialis
Jerman,Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguasai
tanah-tanah jajahan.
M...
4.Masalah Wilayah Saar
Selepas tamat perang,Wilayah Saar (kawasan Jerman yang kaya dengan arang batu)
telah diserahkan kep...
5.Kemunculan Ideologi Baru.
a)Ideologi Fasisme di Itali
Selepas tamat P.D 1,muncul pelbagai masalah di Itali.Antaranya:
I....
Antara tindakan Benito Mussolini adalah:
I. Membubarkan parti2 politik yg bukan fasis
II. Menyingkirkan org2 yg menentang ...
Hitler melancarkan pemberontakan utk menawan Munich tetapi gagal(1923) dan
beliau dipenjarakan.
Ketika di penjara,beliau m...
6.Kemelesetan Ekonomi
Kedudukan ekonomi di Jerman dan Itali bertambah buruk ekoran kemelesetan
ekonomi dunia(1929).
Berlak...
7.Penolakan Perjanjian
Langkah2 telah diambil dalam Persidangan Damai Paris untuk mengurangkan
kekuatan tentera bagi menge...
8.Kebangkitan Golongan Tentera di Jepun
Mulai tahun 1932,golongan tentera mula menguasai politik dan
mempengaruhi dasar ne...
9.Kegagalan Liga Bangsa
Persetujuan untuk menubuhkan Liga Bangsa dicapai dalam Perjanjian
Versailles(1919).
Matlamat utama...
PENUTUP
 Kesimpulannya,berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak
negara dan kesan yang lebih dahsyat.
 Sikap salin...
SEKIAN TERIMA KASIH !!
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua

13,016 views

Published on

sejarah pra-u penggal 1 *smklabuan

Published in: Education
  • Be the first to comment

Faktor faktor tercetus kemunculan perang dunia kedua

  1. 1. Disediakan oleh: Wendy Maslina Faktor-faktor tercetus kemunculan Perang Dunia Kedua
  2. 2. PENGENALAN  Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945.  PD2 bukan hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan Kepulauan Pasifik.  Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun 1914-1918.  Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada tercetusnya PD2.
  3. 3. 1.Rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles Perjanjian ini ditandatangani bagi menamatkan Perang Dunia Pertama. Syarat-syarat perjanjian ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin dan rakyat Jerman. Sebahagian besar wilayah dan semua jajahan takluk Jerman telah diserahkan kepada pihak yang menang. Juga dikehendaki membayar pampasan berjumlah US$33 bilion kepada Pihak Berikat. Turut mengehadkan jumlah dan kuasa angkatan tentera laut dan darat Jerman. Pasukan tentera Jerman dihadkan kepada 100 000 orang tentera dan dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara. Jerman juga dilarang menempatkan pasukan tentera mereka di Rhineland. Perjanjian ini dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan negara Jerman. Itali juga tidak berpuas hati terhadap perjanjian ini kerana tidak diberikan tanah jajahan seperti yang diterima oleh Perancis dan British.
  4. 4. 2.Kemunculan Adolf Hitler Selepas Perang Dunia Pertama,keadaan politik di Jerman menjadi tidak stabil. Jerman tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak yang memenangi peperangan tersebut. Keadaan politik Jerman tidak menentu ekoran perebutan kuasa oleh pergerakan pelampau nasionalis. Situasi ini memberi peluang kepada Adolf Hitler untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa di Jerman. Parti Sosialis Kebangsaan pimpinan Adolf Hitler membentuk kerajaan baru di Jerman (1933). Parti ini berjaya mengatasi masalah pengangguran dan memulihkan keadaan ekonomi di Jerman dan semangat kebangsaan rakyat Jerman dengan menghapuskan syarat-syarat Perjanjian Versailles. Beliau bertindak membangunkan Jerman sebagai kuasa besar dan menubuhkan angkatan tentera darat,laut dan udara yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih.
  5. 5. 3.Kepentingan Imperialis Jerman,Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguasai tanah-tanah jajahan. Mereka ingin bersaing dengan Amerika Syarikat,Britain dan Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas. Kebangkitan imperialisme mendorong Jerman.Itali dan Jepun melancarkan peperangan. Tentera Jerman bertindak mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki Rhineland(1936). Jerman telah menguasai Austria dan menawan Czechoslovakia(1939). Pada bulan Oktober 1935,Itali menyerang Habsyah dan berjaya menguasainya(1936). Itali berjaya menguasai Albania(1939). Tentera Jepun telah menyerang Manchuria dan berjaya menawannya(1932). Jepun menyerang China(1937).
  6. 6. 4.Masalah Wilayah Saar Selepas tamat perang,Wilayah Saar (kawasan Jerman yang kaya dengan arang batu) telah diserahkan kepada Perancis. Wilayah Saar diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa bagi tempoh 15 tahun. Perancis dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan di daerah berkenaan bagi tempoh tersebut. Selepas tamat tempoh,kedudukan Wilayah Saar akan ditentukan menerusi pungutan suara. Isu penyerahan Wilayah Saar telah menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman.
  7. 7. 5.Kemunculan Ideologi Baru. a)Ideologi Fasisme di Itali Selepas tamat P.D 1,muncul pelbagai masalah di Itali.Antaranya: I. Pengangguran II. Harga barang naik(inflasi) III. Mogok dan tunjuk perasaan IV. Peladang2 enggan membayar sewa kpd tuan tanah Telah mencetus kemunculan gerakan politik radikal iaitu Gerakan Fasis. Gerakan Fasis ini dipimpin oleh Benito Mussolini yang menubuhkan Parti Fasis(1919). Menjelang tahun 1921,parti tersebut mempunyai 300 000 org ahli. Pada 28 Oktober 1922,Benito Mussolini tlh membentuk kerajaan Fasis di Itali. Mussolini mula menjalankan pemerintahan diktator.
  8. 8. Antara tindakan Benito Mussolini adalah: I. Membubarkan parti2 politik yg bukan fasis II. Menyingkirkan org2 yg menentang pemerintahannya III. Menindas akhbar2 yg menentang pemerintahannya IV. Menjalankan pemerintahan secara mutlak V. Menghapuskan kuasa parlimen VI. Membubarkan kerajaan2 tempatan Mussolini menawan Habsyah di Afrika Utara(1936) Beliau juga menjalankan hubungan rapat dgn Hitler sejk tahun 1936. Beliau menandatangani perjanjian persahabatan yang dikenali sebagai Axis Berlin- Rom dengan Jerman (1936). Tentera Itali menyerang dan menguasai Albania(1939) b)Ideologi Nazisme di Jerman Hitler menubuhkan Parti Sosialis Kebangsaan(Parti Nazi) pada bulan September 1919 di Munich. Matlamat parti tersebut ialah ingin membebaskan Jerman drpd Perjanjian Versailles.
  9. 9. Hitler melancarkan pemberontakan utk menawan Munich tetapi gagal(1923) dan beliau dipenjarakan. Ketika di penjara,beliau menulis buku “Mein Kampf”. Slps dibebaskan ,beliau menyusun Parti Nazi dan mengadakan rapat umum utk mendapatkan sokongan drpd org ramai. Parti Sosialis Rakyat menang dalam pilihan raya umum yang diadakan pada bulan November 1932. Parti Sosialis Kebangsaan tlh membentuk kerajaan baru di Jerman (1933). Adolf Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman. Hitler bertindak menghapuskan pembangkang dan mengasaskan pemerintahan diktator. Beliau mengharamkan semua parti politik kecuali Parti Nazi utk mencapai hasratnya,mewujudkan “satu bangsa,satu parti dan satu pemimpin”. Parti Nazi berjaya menguasai segala aspek kehidupan dan pemikiran rakyat Jerman. Hitler melanggar syarat2 Perjanjian Versailles dengan membesarkan angkatan tentera Jerman(1935).
  10. 10. 6.Kemelesetan Ekonomi Kedudukan ekonomi di Jerman dan Itali bertambah buruk ekoran kemelesetan ekonomi dunia(1929). Berlaku masalah pengangguran di negara2 tersebut. Berlaku masalah inflasi ekoran harga barangan dan makanan yang melambung tinggi. Ini menyebabkan pemimpin2 di Jerman dan Itali menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengatasi masalah ekonomi. Melalui dasar tersebut mereka mendapat pasaran,bahan mentah dan makanan bagi keperluan penduduk tempatan. Kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan pihak tentera yg memperjuangkan dasar perluasan kuasa mendapat sokongan daripada rakyat Jepun. Kabangkitan pemerintahan diktator di Jerman, Itali serta fahamna ketenteraan di Jepun telah menyebabkan negara-negara tersebut terlibat dalam kancah peperangan.
  11. 11. 7.Penolakan Perjanjian Langkah2 telah diambil dalam Persidangan Damai Paris untuk mengurangkan kekuatan tentera bagi mengelakkan peperangan. Persidangan tersebut telah menetap dan mengehadkan kekuatan tentera bagi sesebuah negara. Negara2 yang terlibat tidak dibenarkan menambah kekuatan tentera mereka. Selepas kebangkitan fahaman Nazi di Jerman,perkara ini tidak dipatuhi. Hitler telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan menerima syarat2 dalam Perjanjian Versailles dan Persidangan Damai Paris. Jerman menarik diri daripada Liga Bangsa dan melancarkan serangan terhadap Czechoslovakia dan Austria.
  12. 12. 8.Kebangkitan Golongan Tentera di Jepun Mulai tahun 1932,golongan tentera mula menguasai politik dan mempengaruhi dasar negara Jepun. Golongan ini menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mendapatkan tanah2 jajahan. Jepun melancarkan serangan terhadap Manchuria(1932) dan menawan negara tersebut. Jepun melancarkan serangan terhadap China(1937). Jepun juga ingin menguasai Asia Tenggara yg kaya dengan bahan mentah serta bahan makanan seperti beras. Jepun merancang untuk menubuhkan Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang meliputi Asia Tenggara,Jepun dan China(1940). Amerika Syarikat mula bimbang dan menetang dasar perluasan kuasa Jepun.
  13. 13. 9.Kegagalan Liga Bangsa Persetujuan untuk menubuhkan Liga Bangsa dicapai dalam Perjanjian Versailles(1919). Matlamat utama Liga Bangsa adalah mengekalkan keamanan dunia dan memastikan syarat2 perjanjian damai dipatuhi. Namu,Liga Bangsa gagal menyekat peperangan apabila Jerman,Jepun dan Itali bertindak meluaskan kuasa serta menakluk negara2 lain.
  14. 14. PENUTUP  Kesimpulannya,berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat.  Sikap saling curiga, nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi merupakan antara pencetus PD2.  Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi sebarang peperangan.  Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang besar dunia dicatatkan.
  15. 15. SEKIAN TERIMA KASIH !!

×