Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Skema Stpm Pam Kertas2 Set1

25,718 views

Published on

STPM SKOR A JPN 2005

Published in: Education, Business
  • l
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • thankss
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • da download xdpt bc lak.grm tolll..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • adoi..
    mcm mna lar mw dwnload ni.
    tekan dwnload 10x pun xpat jg..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Skema Stpm Pam Kertas2 Set1

  1. 1. Learning To Score 2005 KERTAS 2 SET 1 Skema Jawapan Bahagian A Soalan 1 Kegiatan samseng di sekolah kini semakin serius dan membimbangkan pelbagai pihak. Pengaruh media bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada wujudnya kegiatan samseng di sekolah. Oleh yang demikian tindakan buang sekolah terhadap pelajar- pelajar yang terbabit dalam kegiatan ini bukanlah merupakan satu jalan penyelesaian yang utama. Jelaskan pernyataan di atas. Intro Pelbagai gejala sosial telah berlaku di sekolah dan amat membimbangkan semua pihak. Pelajar yang samseng akan melakukan aktiviti seperti memeras ugut, mencederakan pelajar dan guru malah mereka juga berani merosakkan kenderaan guru. A Faktor wujud kegiatan samseng di sekolah 1. Pengaruh media • program televisyen mempunyai pengaruh kuat membentuk peribadi pelajar/ keganasan rancangan televisyen/pengaruh filem • pengaruh majalah luar negara/ penampilan gaya dan pelakuan • peralatan elektronik bergambar (MP3) 2. Persekitaran dan kaedah pendidikan di rumah • suasana dan persekitaran yang kurang bermoral • keluarga yang porak peranda/ pincang/ bermasalah 3. Pengaruh rakan/masyarakat • pelajar berkawan dengan remaja dan kumpulan masyarakat yang tidak bermoral • kehidupan yang bebas/terbiar merangsang peribadi negatif 4. Persekitaran di sekolah • dasar kerajaan memperkenalkan sistem belajar 11 tahun kepada rakyat/ mengatasi keciciran / kelulusan minimum PMR • pelajar yang lemah kurang berminat untuk belajar • kawalan disiplin di sekolah kurang / kekurangan guru berwibawa mengendalikan masalah disiplin / guru bimbingan kaun seling kurang masa mengendalikan kaunseling individu/ kelompok B Langkah mengatasi amalan samseng dalam kalangan pelajar 5. Tindakan buang sekolah • tindakan disiplin yang ketat/berterusan • pengajaran kepada pelajar terbabit dan pelajar-pelajar lain • mengurangkan penularan pengaruh pelajar yang bermasalah kepada pelajar-pelajar lain 1
  2. 2. Learning To Score 2005 6 Program kaunseling/ Bimbingan dan Pemulihan akhlak • pihak sekolah menubuhkan Jawatankuasa Khas memantau kegiatan samseng • program bersepadu antara Unit Bimbingan Kaunseling dengan Badan Disiplin sekolah • badan disiplin diberi kuasa merotan pelajar terbabit di hadapan semua pelajar • Permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat 7 Sukatan Pelajaran Sivik dan Kenegaraan • mendedahkan kepada pelajar amalan kehidupan yang bermoral • membentuk peribadi pelajar yang berakhlak dan cintakan diri,keluarga,masyarakat dan negara / bina sahsiah terpuji • mencapai hasrat dan wawasan negara/memenuhi keperluan guna tenaga membangun negara 8. Bimbingan agama dan kawalan ibu bapa • ibu bapa berperanan mendidik pelajar dengan cara berhemah • perhatian daripada ibu bapa / kawal pergerakan anak-anak • asuhan dan didikan agama untuk menghindar perlakuan tidak berakhlak Kesimpulan Kemelut gejala sosial dalam kalangan pelajar berpunca daripada pelbagai fakto r. Semua pihak mesti be kerjasama membanteras dan membendung masalah ini daripada terus merosakkan masa depan pelajar dan masyarakat. Skema: 2+2 ( Isi 1 dan isi 5 mesti ditulis) Soalan 2 Antara matlamat Malaysia adalah untuk menjadi sebuah negara perindustrian. Bidang perindustrian biasanya memerlukan modal yang besar, teknologi yang canggih, dan tenaga kerja, profesional dan bukan profesional yang banyak. Jelaskan strategi-strategi yang dapat menjayakan matlamat tersebut. Intro • Sejajar dengan matlamat membentuk ekonomi yang lebih kukuh dalam jangka panjang, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Perindustrian Berat dan Pelan Induk Perindustrian. • Pelbagai strategi digubal untuk menjayakannya. Isi 1. Penubuhan agensi-agensi kerajaan dan swasta. • Menerusi agensi kerajaan, usahawan-usahawan digalakkan menceburkan diri dalam bidang industri yang memerlukan modal yang besar. • HICOM / Perbadanan Industri Berat Malaysia ditubuhkan bagi mengendalikan industri yang melibatkan pelaburan besar, misalnya industri automobil, besi, petrol- pipe dan kejuruteraan kompleks. • MIDA / Malaysia Industrial Development Authority ditubuhkan ke arah meningkatkan peluang-peluang perindustrian kepada pengusaha-pengusaha tempatan dan luar negeri. 2
  3. 3. Learning To Score 2005 2. Meningkatkan kemahiran dan kepakaran rakyat tempatan. • Pendidikan kemahiran dan keusahawanan, sains dan teknologi ditekankan. • Institut Penyelidikan Teknologi Pengurusan (HITEC) dan pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor ditubuhkan untuk melengkapkan rakyat tempatan dengan kepakaran dalam bidang teknologi tinggi. • Telekom, Petronas dan Tenaga Nasional menubuhkan pusat latihannya sendiri untuk memberi latihan kepada penduduk tempatan. 3. Pengimportan teknologi • Pakatan strategik dengan syarikat multinasional perlu dilakukan untuk mendapatkan teknologi terkini bagi memesatkan lagi perindustrian negara. • Melalui pelaburan, syarikat asing memindahkan teknologi mereka. • Negara juga membeli teknologi daripada negara maju. Misalnya syarikat Mitsubishi, Jepun telah membekalkan teknologi untuk industri automobil, Hughes Space and Communication Company, Amerika Syarikat yang membuat satelit MEASAT 1 telah memajukan bidang teknologi maklumat di negara ini. 4. Penyelidikan dan Pembangunan • Pihak swasta dan awam perlu berganding bahu dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan. • Akan mampu menghasilkan rekaan yang inovatif dan kreatif. • Pembinaan Taman -taman Teknologi digalakkan bagi merangsang P&P. • Aktiviti P&P di universiti-universiti tempatan, SIRIM, PORIM, RRI dan FRIM perlu digiatkan. 5. Menyusun semula sistem gala kan industri. • Pemberian insentif dan galakan lain perlu. • Memperuntukkan kemudahan kredit dan subsidi untuk projek-projek perindustrian. • Pemberian taraf perintis kepada syarikat yang terlibat dengan perindustrian. • Menggalakkan penubuhan kawasan perdagangan bebas, pembinaan kilang -kilang. Penutup • Bidang perindustrian sememangnya penting dan perlu diberi perhatian sewajarnya. • Kerjasama sektor awam dan swasta perlu bagi menjayakan matlamat ini. Skema : 4+0 Bahagian B Soalan 3 Hujan lebat telah menyebabkan tanah runtuh. Kejadian ini akan menyebabkan kerosakan dan tragedi yang menyayat hati. Bincangkan faktor-faktor semulajadi tanah runtuh dan langkah -langkah mengatasi masalah ini. Intro Kejadian tanah runtuh yang kerap berlaku di negara ini adalah disebabkan oleh hujan yang lebat. Kejadian ini telah meragut nyawa penghuni di Kondominium Highland Towers. 3
  4. 4. Learning To Score 2005 Faktor semulajadi. 1. Kebolehan hujan. • kadar penyerapan air yang tinggi, aliran air bawah tanah wujud. • pergerakan tanah berlaku di kawasan tidak kuat menampung pengumpulan air pada kuantiti yang besar di bahagian bawah tanah. • kawasan menerima keamatan hujan lebat 50 ml per jam. 2. Kepanjangan cerun. • memungkinkan berlakunya peningkatan kadar penyerapan pada sesuatu bahagian cerun berkenaan (keluasan permukaan) • ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan Langkah mengatasi 3. Pelaksanaan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA). • mensyaratkan kepada setiap pemaju projek pembangunan di kawasan tanah tinggi supaya mengemukakan laporan EIA. • memastikan setiap projek pembangunan yang bakal dilakukan memenuhi syarat- syarat penjagaan alam sekitar. dari segi kecerunan, kawasan tadahan hujan, pengekalan pokok. 4. Kaedah penanaman tanaman tutup bumi. • akar-akar pokok bertindak mencengkam tanah untuk mengelakkan tanah di sesuatu kawasan menggelongsor akibat hujan lebat. • dapat mengurangkan kesan langsung titisan hujan ke atas tanah khususnya di kawasan bercerun. Penutup Kejadian tanah runtuh ini sudah tentu dapat diminimumkan sekiranya langkah -langkah asas dapat dilaksanakan dengan tegas dan bersungguh-sungguh. Skema : 2+2 Soalan 4 Pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia akibat peningkatan kepekatan gas-gas rumah kaca. Pemusnahan hutan bukanlah satu -satunya punca yang mencetuskan pemanasan global. Pada pendapat anda, apakah punca -punca yang telah menyebabkan berlakunya pemanasan global ini dan kesannya kepada manusia. Intro Pemanasan global merupakan masalah yang dihadapi oleh dunia . Pemanasan ini berpunca daripada aktiviti-aktivi manusia yang telah mempengaruhi alam sekitar. Punca -punca 1. Pemusnahan hutan • pokok yang ditebang tidak dapat menyerap karbon dioksida yang berlebihan. memenuhi ruangan atmosfera bumi – hanya sebahagian sahaja diser dan ap selebihnya akan dipantulkan semula ke atmosfera. • karbon dioksida memerangkap bahangan haba daripada keluar dari ruangan bumi. 4
  5. 5. Learning To Score 2005 2. Perkembangan industri. • industri menghasilkan pepejal terampai di atmosfera – nitrogen oksida, sulfur dioksida, hidrokarbon • bahan pepejal terampai / sebatian akan meningkatkan kadar karbon dioksida di atmosfera dan seterusnya meningkatkan suhu. 3. Penambahan bilangan kenderaan. • Penggunaan kenderaan bermotor telah membebaskan karbon monoksida dan karbon dioksida ke udara. • Hal ini sekaligus akan meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera. Kesan -kesan 4. Perubahan iklim sejagat • gas-gas ozon bertindak balas dengan CFC dan cahaya ultra-lembayung akan meningkatkan kuantiti haba. • kenaikan suhu bumi mewujudkan tekanan angin `stratospharic’ – membawa perubahan iklim dunia. • menyebabkan bencana alam – banjir, kemarau, ribut 5. Kenaikan aras laut • lautan menjadi panas dan mengembang – glasier menjadi cair. – kepulauan yang berpantai dan negara yang bertanah rendah akan ditenggelami air. • kawasan pantai mengalami hakisan yang serius – mengancam habitat di tepi pantai. Penutup Masalah pemanasan bumi adalah masalah sejagat.Tindakan satu pihak saja tidak mampu membendung masalah ini.Kesepakatan tanpa usaha yang bersungguh -sungguh tidak akan menyelesaikan masalah ini. Pilih mana-mana 2 dari Bahagian A & B. Skema : 2+2 Bahagian C Soalan 5 5ai) Malaysia terdedah kepada ancaman tsunami kerana kedudukannya yang terletak di atas pentas benua di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. aii) 1. Menjejaskan sektor pelancongan khususnya bidang perhotelan. Pelancong bimbang untuk datang ke negara kita. 2. Pendapatan nelayan terjejas - kerosakan peralatan menangkap ikan. – Bimbang turun ke laut kerana masalah keselamatan. 3. Kegiatan perikanan merosot - Penawaran melebihi permintaan – Persepsi masyarakat bahawa ikan telah tercemar. Peralihan kepada sumber protein yang lain seperti daging dan telur. 5bi) Sikap masyarakat yang masih memerlukan karya cetak rompak dan mendapatkannya dengan harga yang lebih murah. Pemilik karya asal menyerahkan tanggungjawab membanteras cetak rompak sepenuhnya kepada pihak kerajaan. 5
  6. 6. Learning To Score 2005 bii) 1. Pemilik hak cipta tidak mahu mengeluarkan belanja yang tinggi. Tanggungjawab diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkaitan 2. Kurang peruntukan undang-undang untuk pemilik hak cipta asli mengambil tindakan sendiri. 3. Banyak pihak telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti pembanterasan cetak rompak seperti Jabatan Kastam dan Eksais di Raja, pihak- pihak berkuasa tempatan, FINAS, KDN dan Lembaga Penapisan Filem. Jadi pemilik hak cipta menganggap itu sudah memadai. Cadangan skema pemarkahan: 5ai dan 5bi : 2 atau 3 markah 5aii dan 5bii : 7 atau 8 markah Soalan 6 6ai) AIDS merupakan epidemik alaf baru kerana ia merupakan penyakit yang merebak dengan cepat dan meluas di merata tempat pada sesuatu tempoh masa tertentu yang boleh mengancam nyawa manusia. aii) 1. Amalan seks yang tidak terkawal. 2. Kadar kesuburan yang tinggi. 3. Amalan homo seks yang berleluasa. 4. Kurang rawatan dan perubatan yang berkesan. Cth: Peralatan, Kepakaran teknologi. 5. Tahap pendidikan yang rendah -Tiada pendedahan pendidikan seks. 6bi) 1. Kepercayaan karut 1. Kurang yakin dengan teknologi perubatan moden. 2. Petempatan di kawasan pedalaman. bii) 1. Meningkatkan prasarana untuk kemudahan penduduk pedalaman – sistem perhubungan , jalan raya, – mudah berhubung dengan dunia luar. 2. Pendedahan pendidikan – kepentingan menjaga alam sekitar(hutan, hidupan liar) 3. Kemudahan kesihatan ditingkatkan di kawasan pedalaman Cadangan skema pemarkahan 6ai dan 6bi : 2 atau 3 markah 6aii dan 6bii : 7 atau 8 markah 6
  7. 7. Learning To Score 2005 Bahagian D Soalan 7 MALAYSIA : JUMLAH WARGANEGARA MENGIKUT KAUM BAGI TAHUN 2000 HINGGA 2003 KAUM 2000 2001 2002 2003 (Juta (Juta (Juta (Juta orang) orang) orang) orang) Bumiputera 14349.2 14675.6 15009.3 15351.2 Cina 5761.8 5842.4 5920.2 5997.0 India 1681.6 1709.4 1736.7 1763.8 Lain-lain 289.2 297.0 304.7 312.4 JUMLAH 22081.8 22524.4 22970.9 23424.4 Bar komponen MALAYSIA : JUMLAH WARGANEGARA MENGIKUT KAUM BAGI TAHUN 2000 HINGGA 2003 25000 20000 BILANGAN (JUTA ORANG) 15000 10000 5000 0 2000 2001 2002 2003 Tahun Skala : 1cm = 2500 juta orang Petunjuk : Bumiputera Cina India Lain-lain kaum (Sumber: Dipetik dan ubahsuai daripada Jabatan Statistik,2000) 7
  8. 8. Learning To Score 2005 Soalan 8 Tahun Peratus(%) Kawasan 2001 2002 2003 2004 2005 OECD 0.8 1.8 1.9 3.0 2.5 ASEAN 2.9 4.3 4.1 4.4 5.0 American Latin dan Caribbean 0.3 0.8 1.8 3.7 3.8 Negara-negara Membangun di Eropah dan Asia 2.2 4.6 4.3 4.5 4.1 Sub-Sahara Afirika 3.5 3.0 3.1 4.9 4.9 Negara-negara Selatan 4.0 4.6 5.5 6.3 5.5 MALAYSIA : KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI DUNIA ANTARA TAHUN 2001 HINGGGA 2005 7.0 KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI (%) 6.0 5.0 4.0 3.0 2.0 1.0 0.0 2001 2002 2003 2004 2005 Skala : 1cm = 0.5% TAHUN Petunjuk : OECD ASEAN American Latin dan Caribbean Negara-negara Membangun di Eropah dan Asia Sub-Sahara Afirika Negar-negara Selatan (Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan 2001 – 2005) 8
  9. 9. Learning To Score 2005 Bahagian E Soalan 9 Pengenalan: Carta pai diberi menunjukkan perubahan pelajar. 1. Keseluruhan meningkat 1999 – 10145 o rang 2000 – 10897 orang 2001 – 11429 orang Peratus peningkatan – 13.28% Jumlah meningkat – 1347 orang. 2. Peratus meningkat • UiTM 1999 – 3299 orang (32.52%) 2000 – 3604 orang (33.07%) 2001 – 3959 orang (34.45%) • Universiti Utara Malaysia 1999 – 662 orang (6.53%) 2000 – 900 orang (8.26%) 2001 – 995 orang (8.66%) 3. Peratus menurun • Universiti Teknologi Malaysia 1999 – 1499 orang (14.77%) 2000 – 1521 orang (13.96%) 2001 – 1598 orang (13.91%) • Universiti Malaya 1999 – 1573 orang (15.51%) 2000 – 1623 orang (14.89%) 2001 – 1674 orang (14.57%) • Universiti Kebangsaan Malaysia 1999 – 1695 orang (16.71%) 2000 – 1721 orang (15.79%) 2001 – 1722 orang (14.98%) 4. Peratus tidak konsisten • Universiti Pertanian Malaysia 1999 – 1417 orang (13.97%) 2000 – 1529 orang (14.02 %) 2001 – 1545 orang (13.44%) Alasan 1. Kerajaan telah menambah pengambilan pelajar di IPTA bagi menyediakan tenaga mahir. Keadaan ini akan mengurangkan pengimportan buruh asing. 2. Pendidikan si Malaysia hari ini lebih menumpukan kepada bidang sains dan kursus- kursus lain berkaitan dengan bidang sains ditawarkan. Sebagai contoh, aeroangkasa, bioteknologi dan lain-lain. 3. Kerajaan juga telah menawarkan kursus-kursus b aru yang lain seperti bidang ICT sebagai persediaan menghadapi era globalisasi. 9
  10. 10. Learning To Score 2005 Penutup: Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada pencapaian cemerlang sesebuah Institusi Pendidikan. Skema - 3+1 Isi - 4 Huraian - 8 Bahasa - 1 Impak - 2 Nota: Perenggan pola dan alasan diasingkan. Soalan 10 Pengenalan Dokumen merupakan keperluan utama dala m proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan. A Pembelian 1. Pembekal memerlukan bahan mentah untuk memproses sesuatu produk. Semasa membuat pembelian pembekal boleh berurusniaga sama ada secara tunai ( bil tunai) atas invois pembekal. Jualan / Khidmat 2. Apabila pembekal menjual produk / perkhidmatan kepada pelanggan , pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai atau hutang. Sekiranya secara tunai pembekal akan mengeluarkan Bil Tunai, tetapi jika memilih secara hutang, pembekal ( pemiutang ) akan mengeluarkan invois ( butiran yang dibeli, jumlah dan tempoh bayaran ) kepada pelanggan ( penghutang ). Penerimaan dan Pembayaran 3. Usahawan juga terlibat dalam urusan penerimaan dan pembayaran wang dalam bentuk tunai / cek. Contoh : penerimaan ialah hasil jualan tunai, pembayaran hutang oleh pelanggan, model perniagaan ( resit rasmi ). Pembayaran seperti hutang, pembelian aset (Baucer Bayaran) B 1. Dokumen penting sebagai transaksi dalam pengurusan fail. 2. Memudahkan pengurusan pengauditan sesebuah organisasi. Kesimpulan: Sesebuah organisasi perlu menggunakan dokumen bagi meningkatkan keuntungan. 10
  11. 11. Learning To Score 2005 Cadangan Skema : Calon perlu menjawab mengikut urutan 1, 2 dan 3. (sekiranya calon menjawab 1, 3 – markah 1/15) Nota: Skema - 3+1 Isi - 4 Huraian - 8 Bahasa - 1 Impak - 2 11

×