SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
APAKAH YANG ANDA FAHAM MENGENAI PSIKOLINGUISTIK DAN
PENGAJARAN BAHASA?
Secara amnya, perkataan psikolinguistik terbentuk dari dua perkataan iaitu psikologi
dan linguistik, iaitu dua bidang ilmu yang berbeza. Namun kedua-duanya sama meneliti
bahasa sebagai objek formal. Perkataan psikologi berasal dari bahasa Yunani
Kuno psyche dan logos. Perkataan psyche bererti jiwa, atau roh manakala perkataan
logos bererti ilmu. Psikologi biasanya diertikan sebagai satu bidang ilmu yang mempelajari
perilaku manusia. Caranya adalah dengan mengkaji rangsangan, reaksi terhadap rangsangan
itu dan mengkaji proses – proses akal yang berlaku sebelum reaksi itu terjadi. Secara umum,
linguistik pula bermaksud ilmu bahasa atau ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek
kajiannya. Seseorang mempelajari bahasa bukan dengan tujuan utama untuk mahir
menggunakan bahasa itu, melainkan untuk mengetahui secara mendalam mengenai kaedah,
struktur bahasa, serta berbagai aspek dan segi berkaitan bahasa itu.
Psikolinguistik merupakan bidang ilmu yang dapat mengetahui hal yang berlaku
dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa. Teori psikolinguistik adalah
sesuatu pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang psikolinguistik. Justeru,
teori psikolinguistik dianggap sebagai teori moden yang berdasarkan hasil kajian terbaharu
mengenai hakikat kognitif manusia. Menurut George A. Miller (1965), ilmu psikolinguistik
bertujuan untuk menghuraikan proses psikologi yang berlaku ketika sesesorang itu
menggunakan ayat. Slobin (1974) pula berpendapat bidang psikolinguistik dapat
menghuraikan proses- proses psikologi yang belangsung jika seseorang mengucapkan
perkataan yang didengarnya ketika berkomunikasi dan bagaimana kemampuan berbahasa itu
diperoleh manusia. Psikolinguistik ialah ilmu yang mempelajari perilaku berbahasa, baik
perilaku yang tampak mahupun perilaku yang tidak tampak. Perilaku yang tampak dalam
berbahasa adalah perilaku manusia ketika bertutur dan menulis atau ketika manusia
menuturkan bahasa. Maka secara teorinya, psikolinguistik adalah mencari satu teori bahasa
yang linguistik boleh diterima dan secara psikologi dapat menerangkan bahasa dan
pemerolehannya.
Menurut Mangantar Simanjuntak (1980), psikolinguistik merupakan cabang linguistik
yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan, iaitu
proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang
didengarnya. Psikolinguistik juga merupakan sebahagian daripada bidang linguistik yang
menyelidik aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi
manusia. Psikolinguistik merupakan disiplin ilmu yang meneliti perkara-perkara yang dikaji
dalam ilmu linguistik dan psikologi. Disiplin ilmu ini secara saintifik menganalisis perkara-
perkara yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa.
Menurut Nikelas (1988), psikolinguistik ialah ilmu tentang bahasa yang menelaah
misalnya tentang struktur bahasa, pemerolehan bahasa dan tentang hubungannya dalam
bentuk lain daripada komunikasi. Kridalaksana (1982) pula mendefinisikan linguistik sebagai
ilmu yang mempelajari bahasa secara ilmiah. Merujuk pendapat di atas dapat dirumuskan
bahawa ilmu linguistik ialah ilmu tentang bahasa iaitu bahasa sendiri yang digunakan oleh
manusia, baik ketika berkomunikasi mahupun ketika menulis dan membaca.
Psikologi dalam pengajaran bahasa sangat penting kerana dengan memahami
psikolinguistik, seorang guru dapat memahami proses yang terjadi dalam diri pelajar
terutamanya ketika aktiviti membaca, berbicara mahupun menulis sehingga mampu melihat
masalah berbahasa dari sudut pandangan psikologi sebagai jalan penyelesaiannya. Kajian
bidang psikolinguistik memberi tumpuan dalam aspek yang berkaitan dengan perilaku
manusia yang melibatkan bahasa. Bidang ini juga berusaha untuk mengenal pasti struktur dan
proses kebolehan manusia untuk bercakap dan memahami bahasa .
Pengajaran adalah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan oleh guru bersama
dengan murid. Keadaan ini berlaku secara dua hala iaitu melibatkan guru dan murid. Guru
bertindak sebagai penyampai manakala murid berperanan sebagai penerima. Pengajaran
dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakan aktiviti yang sesuai
menggunakan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan. Bahasa pula didefinisikan sebagai alat
sistematik untuk menyampaikan perasaan atau gagasan dengan memakai tanda atau bunyi
yang mengandungi makna yang difahami. Bahasa juga merupakan sistem komunikasi yang
menggunakan simbol volak (bunyi ujaran) yang bersifat arbitrer.
Menurut Walija (1990), bahasa adalah komunikasi yang paling lengkap dan efektif
untuk menyampaikan idea, pesanan, maksud dan pendapat kepada orang lain. Melalui
bahasa, manusia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk menyampaikan kehendak,
perasaan, pendapat, buah fikiran untuk mendapatkan maklumat atau informasi, menambah
ilmu pengetahuan dan sebagainya. Bahasa merupakan alat yang di dalamnya terdapat konsep,
nilai dan idea yang diwarisi oleh sesuatu bangsa. Pandangan Chomsky juga telah dijelaskan
oleh Lyons (1987), “Pada pandangan Chomsky, bahasa berfungsi sebagai alat pemeri
pemikiran, dan manusia secara nurani atau secara genetik telah dianugerahkan dengan
kemampuan untuk membentuk konsep-konsep tertentu dan bukannya yang lain”. Menurut
Abdullah Hassan (2002) pula, bahasa menentukan pemikiran sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa
merupakan alat yang memindahkan sesuatu kebudayaan daripada satu generasi kepada satu
generasi akan datang
Berdasarkan pemerhatian, penggunaan dialek dan bahasa ibunda merupakan satu
masalah pembelajaran dan pengajaran bahasa di sekolah. Murid akan melakukan beberapa
kesalahan bahasa seperti kesalahan tatabahasa mahupun kosa kata. Hal ini kerana murid
sudah sekian lama menggunakan bahasa tersebut sehinggakan murid menggunakan bahasa
ibunda mahupun dialek dalam penulisan karangan dan pembinaan ayat. Jadi guru perlu
memahami budaya dan latar belakang murid serta mengaplikasikannya dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran. Teknik, kaedah mahupun strategi guru perlu mengatasi segala
masalah psikologi murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini.
Pengajaran bahasa merupakan suatu bidang tugas amali yang kompleks dan pelbagai
disiplin di dalammya. Bidang ini bertujuan mengajar bahasa kepada murid bagi
membolehkan mereka menguasai bahasa dan membolehkan mereka berkomunikasi dengan
orang lain dengan menggunakan bahasa yang telah dipelajarinya. Penyelesaian pelbagai
masalah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sebenarnya berkait rapat dengan
pengetahuan tentang disiplin ilmu seperti limu linguistik dan psikologi. Teori, kaedah,
strategi atau teknik merupakan elemen-elemen penting dalam pengajaran bahasa. Konsep-
konsep tersebut saling berkait rapat antara satu sama lain dengan menjamin penyampaian
berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa oleh guru.
Dalam konteks pengajaran bahasa, pelbagai strategi, kaedah, teknik dan pendekatan
yang akan digunakan oleh guru bagi mencapai objektif dan hasil pembelajaran tersebut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan . Menurut Burden dan Byrd (1994, 2003), strategi adalah
cara bagaimana isi pengajaran disampaikan oleh guru kepada muridnya bagi mencapai
sesuatu objektif pengajaran. Strategi yang digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran
dan pengajaran (PdP) boleh dijalankan secara berpusatkan guru dan berpusatkan murid.
Dalam strategi berpusatkan guru, peranan guru lebih eksplisit kerana guru berperanan
untuk merancang dan menyampaikan isi pelajaran serta mengawal aktiviti pembelajaran.
Dalam strategi berpusatkan murid pula, guru hanya merancang persekitaran pembelajaran
yang dapat mendorong murid berfikir serta melibatkan diri secara aktif bagi melaksanakan
sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam strategi berpusatkan murid juga, kebebasan diberikan
kepada murid bagi menjana idea dan pendapat mereka tentang isi pembelajaran.
Konsep strategi yang diutarakan oleh Edward M.Anthony (1963) menjelaskan
bahawa strategi merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan
pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik menjagar secara logikal dan
sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran yang optimum. Secara keseluruhannya,
psikolinguistik dan pengajaran bahasa merupakan sebahagian cabang ilmu dalam bidang
linguitik yang digunakan dalam konteks pendidikan di sekolah.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang
berbeza-beza. Guru perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk
mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, murid dalam bilik darjah
yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdehana serta kumpulan
cemerlang. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai
kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, keadaan
setiap bilik darjah juga mempunyai halangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal,
kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu,
seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi kaedah pengajaran tetapi bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran
yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Menurut pandangan ahli-ahli psikolinguistik, pengetahuan bahasa boleh dikuasai
melalui dua cara, iaitu menerusi proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa. Dua cara
penguasaan pengetahuan bahasa inilah yang menyebabkan wujudnya perbezaan antara murid
natif dan murid bukan natif. Pelbagai cara perlu digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Cara yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dianuti.
Psikolinguistik dan pengajaran bahasa amat penting dalam konteks pendidikan di
sekolah. Psikolinguistik dan pengajaran bahasa sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana
tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa, pembelajaran bahasa dan
pengajaran bahasa. Oleh itu, sumbangan bidang ini dapat memberikan manfaat terutama
dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bahasa. Psikolinguistik ialah ilmu yang
mempelajari perilaku berbahasa, baik perilaku yang tampak mahupun perilaku yang tidak
tampak seperti persepsi, pemerolehan bahasa, dan penggunaan bahasa serta proses yang
terjadi di dalamnya.
Secara keseluruhannya, guru perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencapai objektif-
objektif dalam dasar pelajaran Bahasa Melayu. Dalam pembelajaran terancang Bahasa
Melayu juga, rumus nahu perlu dipaparkan bagi memudahkan pelajar memahami ,
menghayati dan menerapkan rumus yang telah mereka pelajari itu. Penggunaan bahan bantu
mengajar bertujuan untuk membantu melicinkan proses pengajaran dan melaksanakan
matlamat guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pakar-pakar dalam bidang pengajaran
bahasa berpendapat kejayaan dalam setiap pengajaran bahasa itu memerlukan satu kaedah
atau method pengajaran yang tersusun berdasarkan teori-teori linguistic. Oller (1973) telah
mengemukakan pendapat bahawa tujuan utama adalah untuk memberikan huraian dalam
deskripsi bahasa sebagai suatu sistem dan juga penjelasan tentang bagaimana penutur bahasa
berkomunikasi menggunakan bahasa.
Kesimpulannya, bidang ilmu psikolinguistik amat penting bagi guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Pengetahuan
tentang kedua-dua bidang ilmu ini dapat membantu guru memahami keperluan pelajar
terutamanya dalam menguasai Bahasa Melayu. Pengaplikasian ilmu psikolinguistik dalam
pengajaran bahasa sangat penting untuk murid-murid. Guru perlu kreatif dan melakukan
kepelbagaian dalam usaha menarik minat dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses
pembelajaran dan pengajaran bahasa. Peranan guru yang kreatif dan inovatif juga penting
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Teknik,
pendekatan, strategi dan kaedah yang sesuai juga akan menarik minat murid iaitu memberi
kesan kepada suasana pembelajaran yang aktif.

More Related Content

What's hot

Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuIPG Kampus Kota Bharu
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAShamimi Jamudin
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikEliza Ramlee
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatifNadwah Khalid
 
Kumpulan 3 (minggu 13) PERATURAN PARADIGMATIK
Kumpulan 3 (minggu 13) PERATURAN PARADIGMATIKKumpulan 3 (minggu 13) PERATURAN PARADIGMATIK
Kumpulan 3 (minggu 13) PERATURAN PARADIGMATIKShamimi Jamudin
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 

What's hot (20)

Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
 
Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatif
 
Kumpulan 3 (minggu 13) PERATURAN PARADIGMATIK
Kumpulan 3 (minggu 13) PERATURAN PARADIGMATIKKumpulan 3 (minggu 13) PERATURAN PARADIGMATIK
Kumpulan 3 (minggu 13) PERATURAN PARADIGMATIK
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Sejarah perkembangan linguistik
Sejarah perkembangan linguistikSejarah perkembangan linguistik
Sejarah perkembangan linguistik
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 

Similar to PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA

Metodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaMetodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaAi Rahayu
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piagetuniku
 
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docxTeori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docxZukét Printing
 
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdfTeori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdfZukét Printing
 
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.pptMetodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.pptMohammadSiddiq26
 
Kuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.ppt
Kuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.pptKuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.ppt
Kuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.pptthevaranjani
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuElyn Eveline
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Pragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasaPragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasaKen Arok
 
Metodologi pengajaran umat slamet
Metodologi pengajaran umat slametMetodologi pengajaran umat slamet
Metodologi pengajaran umat slametFaldzata Ruhiy
 
Konsep dasar psikolinguistik
Konsep dasar psikolinguistikKonsep dasar psikolinguistik
Konsep dasar psikolinguistiksashiera armhie
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaVince Here
 
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa ArabLinguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arabhibatullah92
 
Aplikasi Linguistik
Aplikasi LinguistikAplikasi Linguistik
Aplikasi LinguistikNor Idayu
 
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.pptCMVISSNU17VISSNU
 
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdfnabilazakiya1
 

Similar to PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA (20)

Metodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaMetodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasa
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
 
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docxTeori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
 
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdfTeori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
 
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.pptMetodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
 
Bmm sem4 kk
Bmm sem4 kkBmm sem4 kk
Bmm sem4 kk
 
Kuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.ppt
Kuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.pptKuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.ppt
Kuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.ppt
 
Bbm 4
Bbm 4Bbm 4
Bbm 4
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayu
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Pragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasaPragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasa
 
Pertemuan 1
Pertemuan 1Pertemuan 1
Pertemuan 1
 
Pertemuan 1
Pertemuan 1Pertemuan 1
Pertemuan 1
 
Metodologi pengajaran umat slamet
Metodologi pengajaran umat slametMetodologi pengajaran umat slamet
Metodologi pengajaran umat slamet
 
Konsep dasar psikolinguistik
Konsep dasar psikolinguistikKonsep dasar psikolinguistik
Konsep dasar psikolinguistik
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
 
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa ArabLinguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
 
Aplikasi Linguistik
Aplikasi LinguistikAplikasi Linguistik
Aplikasi Linguistik
 
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
 
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
 

More from xue er tui

Isu ratifikasi icerd
Isu ratifikasi icerdIsu ratifikasi icerd
Isu ratifikasi icerdxue er tui
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
Sesi 1 taklimat format upsr mulai 2016 dan operasi (updated on...
Sesi 1 taklimat  format upsr mulai  2016 dan operasi              (updated on...Sesi 1 taklimat  format upsr mulai  2016 dan operasi              (updated on...
Sesi 1 taklimat format upsr mulai 2016 dan operasi (updated on...xue er tui
 
Jadual 7 insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
Jadual 7   insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...Jadual 7   insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
Jadual 7 insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...xue er tui
 
BM Tahun 2 (semakan 2018)_Unit 5
BM Tahun 2 (semakan 2018)_Unit 5BM Tahun 2 (semakan 2018)_Unit 5
BM Tahun 2 (semakan 2018)_Unit 5xue er tui
 
Jadual 7 insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
Jadual 7   insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...Jadual 7   insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
Jadual 7 insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...xue er tui
 
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranMurid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranxue er tui
 
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_xue er tui
 
Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan xue er tui
 
PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRIPENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRIxue er tui
 

More from xue er tui (10)

Isu ratifikasi icerd
Isu ratifikasi icerdIsu ratifikasi icerd
Isu ratifikasi icerd
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Sesi 1 taklimat format upsr mulai 2016 dan operasi (updated on...
Sesi 1 taklimat  format upsr mulai  2016 dan operasi              (updated on...Sesi 1 taklimat  format upsr mulai  2016 dan operasi              (updated on...
Sesi 1 taklimat format upsr mulai 2016 dan operasi (updated on...
 
Jadual 7 insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
Jadual 7   insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...Jadual 7   insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
Jadual 7 insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
 
BM Tahun 2 (semakan 2018)_Unit 5
BM Tahun 2 (semakan 2018)_Unit 5BM Tahun 2 (semakan 2018)_Unit 5
BM Tahun 2 (semakan 2018)_Unit 5
 
Jadual 7 insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
Jadual 7   insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...Jadual 7   insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
Jadual 7 insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri, mal...
 
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranMurid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
 
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
 
Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan
 
PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRIPENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
 

Recently uploaded

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 

Recently uploaded (20)

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 

PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA

  • 1. APAKAH YANG ANDA FAHAM MENGENAI PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA? Secara amnya, perkataan psikolinguistik terbentuk dari dua perkataan iaitu psikologi dan linguistik, iaitu dua bidang ilmu yang berbeza. Namun kedua-duanya sama meneliti bahasa sebagai objek formal. Perkataan psikologi berasal dari bahasa Yunani Kuno psyche dan logos. Perkataan psyche bererti jiwa, atau roh manakala perkataan logos bererti ilmu. Psikologi biasanya diertikan sebagai satu bidang ilmu yang mempelajari perilaku manusia. Caranya adalah dengan mengkaji rangsangan, reaksi terhadap rangsangan itu dan mengkaji proses – proses akal yang berlaku sebelum reaksi itu terjadi. Secara umum, linguistik pula bermaksud ilmu bahasa atau ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya. Seseorang mempelajari bahasa bukan dengan tujuan utama untuk mahir menggunakan bahasa itu, melainkan untuk mengetahui secara mendalam mengenai kaedah, struktur bahasa, serta berbagai aspek dan segi berkaitan bahasa itu. Psikolinguistik merupakan bidang ilmu yang dapat mengetahui hal yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa. Teori psikolinguistik adalah sesuatu pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang psikolinguistik. Justeru, teori psikolinguistik dianggap sebagai teori moden yang berdasarkan hasil kajian terbaharu mengenai hakikat kognitif manusia. Menurut George A. Miller (1965), ilmu psikolinguistik bertujuan untuk menghuraikan proses psikologi yang berlaku ketika sesesorang itu menggunakan ayat. Slobin (1974) pula berpendapat bidang psikolinguistik dapat menghuraikan proses- proses psikologi yang belangsung jika seseorang mengucapkan perkataan yang didengarnya ketika berkomunikasi dan bagaimana kemampuan berbahasa itu diperoleh manusia. Psikolinguistik ialah ilmu yang mempelajari perilaku berbahasa, baik perilaku yang tampak mahupun perilaku yang tidak tampak. Perilaku yang tampak dalam berbahasa adalah perilaku manusia ketika bertutur dan menulis atau ketika manusia menuturkan bahasa. Maka secara teorinya, psikolinguistik adalah mencari satu teori bahasa yang linguistik boleh diterima dan secara psikologi dapat menerangkan bahasa dan pemerolehannya. Menurut Mangantar Simanjuntak (1980), psikolinguistik merupakan cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan, iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang
  • 2. didengarnya. Psikolinguistik juga merupakan sebahagian daripada bidang linguistik yang menyelidik aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi manusia. Psikolinguistik merupakan disiplin ilmu yang meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam ilmu linguistik dan psikologi. Disiplin ilmu ini secara saintifik menganalisis perkara- perkara yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa. Menurut Nikelas (1988), psikolinguistik ialah ilmu tentang bahasa yang menelaah misalnya tentang struktur bahasa, pemerolehan bahasa dan tentang hubungannya dalam bentuk lain daripada komunikasi. Kridalaksana (1982) pula mendefinisikan linguistik sebagai ilmu yang mempelajari bahasa secara ilmiah. Merujuk pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa ilmu linguistik ialah ilmu tentang bahasa iaitu bahasa sendiri yang digunakan oleh manusia, baik ketika berkomunikasi mahupun ketika menulis dan membaca. Psikologi dalam pengajaran bahasa sangat penting kerana dengan memahami psikolinguistik, seorang guru dapat memahami proses yang terjadi dalam diri pelajar terutamanya ketika aktiviti membaca, berbicara mahupun menulis sehingga mampu melihat masalah berbahasa dari sudut pandangan psikologi sebagai jalan penyelesaiannya. Kajian bidang psikolinguistik memberi tumpuan dalam aspek yang berkaitan dengan perilaku manusia yang melibatkan bahasa. Bidang ini juga berusaha untuk mengenal pasti struktur dan proses kebolehan manusia untuk bercakap dan memahami bahasa . Pengajaran adalah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan oleh guru bersama dengan murid. Keadaan ini berlaku secara dua hala iaitu melibatkan guru dan murid. Guru bertindak sebagai penyampai manakala murid berperanan sebagai penerima. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakan aktiviti yang sesuai menggunakan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan. Bahasa pula didefinisikan sebagai alat sistematik untuk menyampaikan perasaan atau gagasan dengan memakai tanda atau bunyi yang mengandungi makna yang difahami. Bahasa juga merupakan sistem komunikasi yang menggunakan simbol volak (bunyi ujaran) yang bersifat arbitrer. Menurut Walija (1990), bahasa adalah komunikasi yang paling lengkap dan efektif untuk menyampaikan idea, pesanan, maksud dan pendapat kepada orang lain. Melalui bahasa, manusia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, buah fikiran untuk mendapatkan maklumat atau informasi, menambah
  • 3. ilmu pengetahuan dan sebagainya. Bahasa merupakan alat yang di dalamnya terdapat konsep, nilai dan idea yang diwarisi oleh sesuatu bangsa. Pandangan Chomsky juga telah dijelaskan oleh Lyons (1987), “Pada pandangan Chomsky, bahasa berfungsi sebagai alat pemeri pemikiran, dan manusia secara nurani atau secara genetik telah dianugerahkan dengan kemampuan untuk membentuk konsep-konsep tertentu dan bukannya yang lain”. Menurut Abdullah Hassan (2002) pula, bahasa menentukan pemikiran sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa merupakan alat yang memindahkan sesuatu kebudayaan daripada satu generasi kepada satu generasi akan datang Berdasarkan pemerhatian, penggunaan dialek dan bahasa ibunda merupakan satu masalah pembelajaran dan pengajaran bahasa di sekolah. Murid akan melakukan beberapa kesalahan bahasa seperti kesalahan tatabahasa mahupun kosa kata. Hal ini kerana murid sudah sekian lama menggunakan bahasa tersebut sehinggakan murid menggunakan bahasa ibunda mahupun dialek dalam penulisan karangan dan pembinaan ayat. Jadi guru perlu memahami budaya dan latar belakang murid serta mengaplikasikannya dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Teknik, kaedah mahupun strategi guru perlu mengatasi segala masalah psikologi murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini. Pengajaran bahasa merupakan suatu bidang tugas amali yang kompleks dan pelbagai disiplin di dalammya. Bidang ini bertujuan mengajar bahasa kepada murid bagi membolehkan mereka menguasai bahasa dan membolehkan mereka berkomunikasi dengan orang lain dengan menggunakan bahasa yang telah dipelajarinya. Penyelesaian pelbagai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sebenarnya berkait rapat dengan pengetahuan tentang disiplin ilmu seperti limu linguistik dan psikologi. Teori, kaedah, strategi atau teknik merupakan elemen-elemen penting dalam pengajaran bahasa. Konsep- konsep tersebut saling berkait rapat antara satu sama lain dengan menjamin penyampaian berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa oleh guru. Dalam konteks pengajaran bahasa, pelbagai strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang akan digunakan oleh guru bagi mencapai objektif dan hasil pembelajaran tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan . Menurut Burden dan Byrd (1994, 2003), strategi adalah cara bagaimana isi pengajaran disampaikan oleh guru kepada muridnya bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Strategi yang digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran
  • 4. dan pengajaran (PdP) boleh dijalankan secara berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Dalam strategi berpusatkan guru, peranan guru lebih eksplisit kerana guru berperanan untuk merancang dan menyampaikan isi pelajaran serta mengawal aktiviti pembelajaran. Dalam strategi berpusatkan murid pula, guru hanya merancang persekitaran pembelajaran yang dapat mendorong murid berfikir serta melibatkan diri secara aktif bagi melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam strategi berpusatkan murid juga, kebebasan diberikan kepada murid bagi menjana idea dan pendapat mereka tentang isi pembelajaran. Konsep strategi yang diutarakan oleh Edward M.Anthony (1963) menjelaskan bahawa strategi merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik menjagar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran yang optimum. Secara keseluruhannya, psikolinguistik dan pengajaran bahasa merupakan sebahagian cabang ilmu dalam bidang linguitik yang digunakan dalam konteks pendidikan di sekolah. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar- pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, murid dalam bilik darjah yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdehana serta kumpulan cemerlang. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, keadaan setiap bilik darjah juga mempunyai halangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi kaedah pengajaran tetapi bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Menurut pandangan ahli-ahli psikolinguistik, pengetahuan bahasa boleh dikuasai melalui dua cara, iaitu menerusi proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa. Dua cara penguasaan pengetahuan bahasa inilah yang menyebabkan wujudnya perbezaan antara murid natif dan murid bukan natif. Pelbagai cara perlu digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Cara yang
  • 5. dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Psikolinguistik dan pengajaran bahasa amat penting dalam konteks pendidikan di sekolah. Psikolinguistik dan pengajaran bahasa sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa, pembelajaran bahasa dan pengajaran bahasa. Oleh itu, sumbangan bidang ini dapat memberikan manfaat terutama dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bahasa. Psikolinguistik ialah ilmu yang mempelajari perilaku berbahasa, baik perilaku yang tampak mahupun perilaku yang tidak tampak seperti persepsi, pemerolehan bahasa, dan penggunaan bahasa serta proses yang terjadi di dalamnya. Secara keseluruhannya, guru perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencapai objektif- objektif dalam dasar pelajaran Bahasa Melayu. Dalam pembelajaran terancang Bahasa Melayu juga, rumus nahu perlu dipaparkan bagi memudahkan pelajar memahami , menghayati dan menerapkan rumus yang telah mereka pelajari itu. Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan untuk membantu melicinkan proses pengajaran dan melaksanakan matlamat guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pakar-pakar dalam bidang pengajaran bahasa berpendapat kejayaan dalam setiap pengajaran bahasa itu memerlukan satu kaedah atau method pengajaran yang tersusun berdasarkan teori-teori linguistic. Oller (1973) telah mengemukakan pendapat bahawa tujuan utama adalah untuk memberikan huraian dalam deskripsi bahasa sebagai suatu sistem dan juga penjelasan tentang bagaimana penutur bahasa berkomunikasi menggunakan bahasa. Kesimpulannya, bidang ilmu psikolinguistik amat penting bagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Pengetahuan tentang kedua-dua bidang ilmu ini dapat membantu guru memahami keperluan pelajar terutamanya dalam menguasai Bahasa Melayu. Pengaplikasian ilmu psikolinguistik dalam pengajaran bahasa sangat penting untuk murid-murid. Guru perlu kreatif dan melakukan kepelbagaian dalam usaha menarik minat dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Peranan guru yang kreatif dan inovatif juga penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Teknik, pendekatan, strategi dan kaedah yang sesuai juga akan menarik minat murid iaitu memberi kesan kepada suasana pembelajaran yang aktif.