Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Isu ratifikasi icerd
1. Tolak ratifikasi ICERD kerana Perlembagaan
RATIFIKASI Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala
Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) perlu ditentang kerana bertentangan
Perlembagaan Persekutuan.
ICERD menentang diskriminasi kaum, kenapa bantah?
Ini hujah dangkal, kita menyokong Perlembagaan Persekutuan yang menyebut
kesamarataan setiap rakyat tetapi pada masa sama Perkara 8 (2)
membenarkan diskriminasi positif atau tindakan afirmatif jika dinyatakan. Ini
yang dipertahankan, jangan baca Perlembagaan sekerat-kerat.
Bukankah Artikel 1 (4) ICERD juga benarkan tindakan afirmatif seperti
Perkara 153?
Artikel ini digunakan pro-ICERD termasuk Majlis Peguam dan pemimpin parti
tertentu yang memperjuangkan hak sama rata mengikut konteks mereka. Awas
jarum halus, mereka tidak ceritakan sepenuhnya peruntukan Artikel 1 (4) ICERD
yang di hujungnya ada menyebut tempoh masa.
Bagaimana pula Perkara 153?
Peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera tidak pernah
menetapkan tempoh. Isu had masa ada sejarahnya kenapa tidak dimasukkan
dalam Perkara 153 oleh pengasas negara. Jadi, selepas 62 tahun mengapa
mahu buka ruang yang telah ditutup?
Pro-ICERD mendakwa, kuasa raja-raja Melayu tidak terjejas dengan
ratifikasi?
Memang Malaysia akan kekal dengan sistem monarki kalau ICERD diratifikasi
sekalipun tetapi baca Perlembagaan bagi habis. Kalau ICERD menyentuh
Perkara 153, ini melibatkan kuasa raja-raja sebagai pelindung peruntukan itu
yang termaktub dalam Perlembagaan.
Bukankah puluhan negara Islam meratifikasi ICERD?
Ini dibangkitkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Untuk jawab ini baca kenyataan
Mufti Wilayah Persekutuan pada 24 November lalu. Kata Datuk Seri Dr. Zulkifli
Mohamad Al-Bakri: “Adalah tidak sesuai untuk diterima (ICERD) kerana sejarah,
adat dan uruf setempat yang berbeza.” Ini kenyataan ulama, bukan ahli politik.
2. Kenapa Malaysia berbeza?
Perlembagaan digubal berdasar sejarah negara masing-masing. Perlembagaan
Persekutuan berteraskan kontrak sosial. Jadi setiap negara tidak sama. Arab
Saudi laksana hudud, tetapi di Malaysia tidak. Bolehkah Kelantan guna hujah itu
balik kepada Kit Siang untuk jalankan hudud hanya kerana peratusan penduduk
Islam yang tinggi?
Tidak meratifikasi ICERD meletakkan Malaysia seperti Korea Utara dan
Myanmar?
Kenapa tidak bagi contoh Israel yang telah ratifikasi ICERD? Tanpa ICERD,
Malaysia lebih awal lantang menentang dasar apartheid, kezaliman Israel dan
layanan buruk kuasa besar. Yang penting, kita tolak diskriminasi kaum seperti
termaktub Perlembagaan.
Indonesia sudah ratifikasi ICERD, jika diambil negara itu sebagai contoh?
Laporan CERD mengalu-alukan pengguguran istilah pribumi dan bukan pribumi
di Indonesia. Namun melihat republik itu, mereka juga ada isu, daripada bekas
Gabenor Jakarta sehingga terbaharu himpunan 2 Disember lalu. Baca
perkembangan Indonesia apabila kekayaan dimonopoli satu golongan. Walau
sudah 20 tahun ratifikasi ICERD, namun konvensyen itu bukan penyelesaian
mutlak. Yang penting keseimbangan masyarakat dan ini tujuan Perkara 153.
Apa pun, itu hak setiap negara mahu ratifikasi atau tidak.
Kenapa konsep kesamarataan Malaysia perlu dalam acuan tersendiri?
Buka Perlembagaan, ada lebih 50 perkataan Melayu serta anak negeri Sabah
dan Sarawak. Paling penting dalam konteks ICERD ,kedudukan istimewa
Melayu, tanah rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Perun-
tukan ini bukan menindas kaum lain, tetapi satu bentuk diskriminasi positif untuk
keseimbangan. ICERD tidak tolak tujuan ini, cuma sekali lagi Perlembagaan
tidak menyatakan had masa berbanding ICERD.
Penolakan ICERD akibat kekeliruan, politik perkauman dan agama?
Siapa paling banyak bercakap hak sama rata tanpa merujuk kesamarataan
yang dinyatakan dalam Perkara 8 (1), (2) dan peruntukan lain dalam
Perlembagaan? Kalau ICERD terang-terangan bertentangan Perkara 153 dari
sudut tempoh masa pelaksanaan, maka siapa sebenarnya yang keliru?