SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
Pengenalan tentang kursus
• Rujuk proforma
• Pembahagian tugasan
• Kaedah penilaian
Tugasan dalam i-folio
• TASK
• Perbincangan
• Penilaian berterusan atas talian
APA ITU PSIKOLINGUISTIK
• Psikolinguistik adalah gabungan 2 konsep berikut:-
a.Psikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan
akal budi atau jiwa dan juga tingkah laku manusia.
b.Ilmu linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa dan cara bahasa
berfungsi untuk membantu manusia mencapai matlamat atau hasrat dalam
kehidupan hariannya.
• Dengan ini bolehlah kita huraikan bahawa bidang psikolinguistik merupakan
gabungan dua bidang ilmu, iaitu bidang psikologi dan linguistik. Perlu
diingatkan bahawa kedua-dua bidang ini adalah berlainan dan dapat berdiri
sebagai disiplin yang tersendiri.Disiplin psikolinguistik meneliti perkara-
perkara yang dikaji dalam disiplin linguistik dan psikologi kerana kedua-dua
bidang ini adalah saling bekerjasama dalam menyelesaikan
persoalan bahasa.
MAKSUD PSIKOLINGUISTIK
• Menurut Garnham (1985), psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme
mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini
merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya adalah satu teori yang
sepadu tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami.
• Matthews (1997) berpendapat bahawa bidang psikolinguistik ialah kajian
bahasa daripada sudut psikologi.
• Aitchison (1998), pula mendefinisikan psikolinguistik sebagai kajian bahasa
dan akal budi. Beliau membahagikan bidang kajian psikolinguistik kepada
beberapa topik utama iaitu:-
i. Aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan bahasa
pertama atau bahasa ibunda.
ii. Aspek-aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input-input
bahasa.
iii. Aspek-aspek yang berkaitan dengan ingatan dan penyimpanan
maklumat-maklumat bahasa atau pengetahuan bahasa.
MAKSUD PSIKOLINGUISTIK
• Mangantar Simanjuntak (1980), mentakrifkan psikolinguistik sebagai
cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis
bahasa dan pertuturan, iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu
seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya.
• Oleh hal yang demikian, psikolinguistik adalah disiplin ilmu yang mengkaji
apa yang dikaji oleh disiplin linguistik dan psikologi. Psikolinguistik
merupakan sebahagian daripada bidang linguistik yang menyelidik aspek-
aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi
manusia. Psikolinguistik merupakan disiplin ilmu yang meneliti perkara-
perkara yang dikaji dalam ilmu linguistik dan psikologi. Dengan demikian,
disiplin ini kadangkala dikenali juga sebagai psikologi bahasa. Disiplin ilmu
ini secara saintifik menganalisis perkara-perkara yang berlaku dalam akal
budi manusia semasa seseorang itu berbahasa.
MAKSUD PSIKOLINGUISTIK
• Menurut George A. Miller (1965), ilmu psikolinguistik bertujuan untuk
menghuraikan proses psikologi yang berlaku ketika orang menggunakan
ayat. Beliau pernah menegaskan bahawa kelahiran disiplin ini merupakan
sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ahli psikologi sudah lama
mengakui bahawa otak manusia itu menerima simbol-simbol linguistik.
• Manakala ahli linguistik pula telah menerima hakikat bahawa sejenis motor
psikososial telah dikenal pasti untuk menggerakkan mesin tatabahasa .
Maka, tujuan utama psikolinguistik adalah untuk mencari satu teori bahasa
yang munasabah dan unggul dari segi linguistik dan psikologi, yakni teori
yang mampu menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya. Dengan
hal yang demikian, psikolinguistik merupakan bidang ilmu yang berminat
untuk mengetahui hal yang berlaku dalam akal budi manusia semasa
seseorang itu berbahasa.
• Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan
neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan
memahami bahasa. Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini pada
mula-mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian
besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak
manusia berfungsi. Penyelidikan moden mempergunakan biologi,
neurosains, sains kognitif, dan teori maklumat untuk mengkaji bagaimana
otak memperoses bahasa. Adanya beberapa subdisiplin; umpamanya,
teknik-teknik tak invasif untuk mengkaji pengerjaan neurologi otak semakin
digunakan, dengan neurolinguistik kini merupakan sebuah bidang baru
pada dirinya.
• Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan
penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi
perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa, serta proses-proses yang
membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya.
Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-
kanak untuk membelajari bahasa, biasanya melalui kaedah-kaedah uji kaji
atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan
naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya
terhadap perkembangan kanak-kanak).
MAKSUD PSIKOLINGUISTIK
MAKSUD PSIKOLINGUISTIK
• Kajian bidang psikolinguistik memberi tumpuan dalam aspek-aspek
yang berkaitan dengan perlakuan manusia yang melibatkan bahasa.
Bidang psikolinguistik berusaha untuk mengenal pasti struktur dan
proses yang mendasari kebolehan manusia untuk bercakap dan
memahami bahasa iaitu meneliti hal yang berlaku di dalam diri
individu. Selain itu, psikolinguistik juga mengkaji cara-cara kanak-
kanak menguasai bahasa dengan memberi tumpuan psikolinguistik
adalah terhadap pemerolehan bahasa serta pembelajaran dan
pengajaran bahasa. Persoalan tentang bagaimana kanak-kanak
menguasai bahasa memang merupakan satu persoalan yang
sentiasa menjadi bahan perbincangan dalam kalangan mereka yang
berkecimpung dalam bidang psikolinguistik dan pengajaran bahasa.
Justeru, sumbangan psikolinguistik dalam pengajaran bahasa amat
bernilai tinggi.
• Kronologi istilah Psikolinguistik
• 1936: An Objective Psychology of
Grammar
• 1951: Seminar di Universiti Cornell
• 1953: John Carroll, Charles Osgood dan
Thomas Sebeok
• 1954: Psycholinguistics: A Survey of
Theory and Research Problems.
SUBBIDANG PSIKOLINGUISTIK
• Psikolinguistik teoretis – membicara teori-teori bahasa
• Psikolinguistik Perkembangan - membicara tentang pemerolehan
bahasa
• Psikolinguistik Sosial – membicara aspek-aspek sosial bahasa
• Psikolinguistik Pendidikan – peranan bahasa dalam pengajaran
• Psikolinguistik Eksperimen – melibatkan bahasa dan perangai
bahasa
• Psikolinguistik Terapan – penerapan subbidang psikolinguistik ke
dalam bidang lain
• Neuropsikolinguistik – membicara hubungan bahasa dengan otak
BIDANG KAJIAN PSIKOLINGUISTIK
• Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh pengkaji-pengkaji
daripada berbagai-bagai bidang, seperti psikologi, sains kognitif, dan
linguistik. Adanya banyak subbahagian dalam bidang psikolinguistik yang
mendasari komponen-komponen bahasa manusia.
a. Fonetik dan fonologi adalah berkenaan dengan kajian bunyi pertuturan.
Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada
bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-bunyi itu.
b. Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara
perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan), dan
pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya,
pembentukan kata berimbuhan).
c.Sintaksis ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataan-
perkataan digabungkan untuk membentuk ayat.
d.Semantik adalah berkenaan dengan makna perkataan-perkataan dan
ayat-ayat. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat,
semantik mengolahkan maksud ayat-ayat yang sebenar.
e.Pragmatik adalah berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran
makna.
f.Kajian tentang pengecaman kata dan pembacaan memeriksa proses-
proses yang terlibat dalam pemerolehan maklumat ortografi, morfologi,
fonologi, dan semantik daripada pola-pola dalam teks tercetak.
TEORI- TEORI PSIKOLINGUISTIK
• Teori-teori mengenai bagaimana bahasa bertindak dalam akal manusia
mencuba menjelaskan, antara lain, bagaimana kita mengaitkan bunyi-bunyi
(atau isyarat-isyarat) bahasa, dan bagaimana kita menggunakan sintaksis
— iaitu, bagaimana kita dapat menyusun perkataan-perkataan untuk
menghasilkan dan memahami urutan-urutan kata yang kita panggil "ayat".
Yang pertama antara perkara ini — mengaitkan bunyi dengan maksud —
tidak menimbulkan begitu banyak perbalahan dan secara amnya dianggap
sebagai bidang yang komunikasi haiwan dan manusia mempunyai
sekurang-kurangnya sesetengah persamaan. Sebaliknya, sintaksis adalah
penuh dengan perbalahan, dan merupakan tumpuan perbincangan yang
berikut.
• Pada dasarnya, terdapat dua buah aliran fikiran tentang bagaimana kita
dapat mencipta ayat-ayat sintaksis:
a.Sintaksis ialah hasil evolusi kecerdasan manusia yang semakin
meningkat dengan berlalunya masa, dan faktor-faktor sosial yang
menggalakan perkembangan bahasa pertuturan;
b.Bahasa wujud kerana manusia mempunyai keupayaan semula jadi untuk
memperoleh apa yang telah dipanggil "tatabahasa sejagat".
• 2 Bidang disiplin linguistik
i. Psikolinguistik
ii. Pendidikan bahasa
• Tahap dalam proses pendidikan bahasa
i. Tahap perancangan
ii. Tahap pelaksanaan
Pengenalan Pengajaran bahasa
• Pendidikan bahasa melibatkan
a. Proses pengkayaan bahasa dalam kalangan penutur bahasa pertama
b. Penguasaan biasaan berbahasa yang baharu dalam kalangan penutur
bahasa kedua.
• Proses pengkayaan bahasa - proses penambahbaikan kepada kemahiran
dan pengetahuan bahasa yang sedia ada, iaitu satu proses
mengeksplisitkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan bahasa yang
dikuasai secara tasit di peringkat awal kehidupan.
• Kemahiran tasit – kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur
PERINGKAT PEMEROLEHAN B1
1.Vokalisasi
2.Pertuturan satu kata
3.Pertuturan dua dan tiga kata
4.Kata-kata fungsi dan infleksi
5.Perkembangan ayat-ayat kompleks
TEORI PEMBELAJARAN B2
• Faktor Psikologi
• Eksplisasi – guna bahasa ibunda untuk
menjelaskan peraturan B2
• Induksi – belajar B2 melalui penemuan
kendiri (self-discovery).
• Daya ingatan – mempelajari struktur B2
dengan ingatan.
• Kemahiran motor – keupayaan mengawal
alat-alat pertuturan.
TEORI PEMBELAJARAN B2
• Faktor sosial
• Situasi semulajadi – pembelajaran yang
berlaku dalam komunikasi seharian dan
bebas dari tunjuk ajar guru.
• Situasi bilik darjah – pelajari B2 dengan
bahan dan latihan yang dirancang oleh
guru.
• Menurut disiplin psikolinguistik pemboleh ubah bangsa
atau aspek kenatifan merupakan pemboleh ubah yang
penting harus dikenal pasti kesannya ke atas sesuatu
program pendidikan bahasa
• Para pelajar Melayu dan bukan Melayu melalui proses
penguasaan pengetahuan bahasa Melayu dengan cara
berbeza
• Para pelajar Melayu akan menguasai kemahiran
berbahasa Melayu secara lisan dengan agak sempurna
apabila mereka mencecah umur lima tahun, iaitu
sebelum mereka memulakan proses pendidikn formal.
• Bagi pelajar bukan Melayu pula, sebahagian daripada
mereka hanya akan mula diperkenalkan dengan sistem
bahasa Melayu apabila mereka mencecah umur lima
tahum atau mungkin lambat iaitu, selepas mereka
memasuki tadika atau darjah satu
• Manakala para pelajar Melayu akan menguasai
pengetahuan bahasa Melayu secara tidak formal,
manakala para pelajar bukan Melayu sebahagian
besarnya terpaksa menguasai pengetahuan bahasa
Melayu menerusi sistem pendidikan formal.
- Menurut pandangan yang dikemukakan dalam
Hipotesisi Nurani, proses penguasaan pengetahuan
bahasa pertama adalah dibantu oleh alat pemerolehan
bahasa semula jadi yang wujud dalam minda kanak-
kanak sejak mereka lahir ke dunia.
• Alat pemerolehan bahasa semula jadi ini wujud dalam
minda kanak-kanak dalam bentuk nahu Universal
Peranan Ilmu Psikolinguistik dalam pengajaran
bahasa
• Peranan Psikolinguistik dalam pembelajaran bahasa sangat penting kerana
dengan memahami psikolinguistik seorang guru memahami proses yang
terjadi dalam diri murid ketika murid menyemak, berbicara, membaca,
ataupun menulis dan berkemampuan dalam keterampilan berbahasa
a. Dalam penerapan teori-tiori linguistik pembelajaran bahasa,
bermungkinan teori berasal dari linguistik teoritis dengan aliran
pembelajaran bahasa struktural atau tranformasi, mungkin pula dari
psikolinguistik mahupun sosiolinguistik.
– Apa yang penting ialah teori ini dapat dimanfaatkan untuk pelaksanaan
pembelajaran bahasa. Ilmu bahasa teoritis dengan aliran Ilmu Bahasa ( IBS)
misalnya menekankan sifat bahasa yang diucapkan. Buktinya, semua manusia
itu berbicara walaupun tidak mengenal tulisan dan anak belajar berbicara dulu
dan kemudian belajar membaca dan menulis.
– kesimpulannya, Pembelajaran Bahasa ( PB ) menekankan penguasaan bahasa
lisan dalam bahasa asing. Tulisan bahasa tidak diajarkan pada tingkat
permulaan dan akan diajar setelah murid menguasai bahasa lisan dengan baik.
– Ilmu Bahasa Struktural ( IBS) juga menekankan sifat bahasa yang unik dan
mengandungi pengertian bahawa bahasa itu berbeza satu dari yang lain.
Implikasinya ialah bahawa orang yang belajar bahasa asing akan menjumpai
kesukaran yang terutama disebabkan adanya unsur yang berbeza antara bahasa
ibu murid dengan bahasa sasaran.
– Oleh kerana itu, dalam pembelajaran bahasa ( PB) perlu dilakukan analisis
kontrastif antara kedua bahasa untuk mengasingkan unsur yang berbeza.
Bahasa terdiri dari dua aspek iaitu aspek pengetahuan dan aspek keterampilan
dan keduanya harus diperhatikan dan dikembangkan dalam Pembelajaran
Bahasa (PB). Murid yang telah memahami kaedah melalui penjelasan atau
bimbingan guru agar murid menemukan sendiri mengunakan bahasa sebagai
alat komunikasi.
b. Pembelajaran Bahasa (PB) lebih ditekankan pada penggunaan bahasa
dalam pergaulan antara manusia dan diingatkan bahawa bahasa
adalah juga suatu gejala sosial. Hal ini merupakan suatu prinsip yang
ditekankan dalam Ilmu Psikolinguistik mahupun Sosiolinguistik.
c. Ilmu psikolinguistik menyatakan bahawa bahasa merupakan alat komunikasi
untuk menyampaikan maksud fikiran atau perasaan. Dalam hal ini
pembelajaran bahasa bukan dimaksudkan agar murid hanya menguasai
bahasa itu sebagai suatu sistem yang berdiri sendiri, hingga disebut sebagai
taraf penguasaan keterampilan memanipulasi bahasa saja.
– guru dituntut untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menciptakan situasi yang
serasi dengan kemampuan murid, agar murid terdorong melatih menggunakan
bahasa sasaran sebagai media komunikasi. Seseorang belajar bahasa dan
dikatakan mampu berbahasa apabila pertama mempunyai pemilikan tentang
bahasa tersebut yang oleh Noam Chamsky dikatakan “ a speaker’s competence,
his knowledge of the language”
MASALAH DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DAN
KESANNYA KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA
• Bahasa Melayu tidak dapat berfungsi sebagai Bahasa
Kebangsaan yang berkesan dalam pelbagai bidang
kehidupan seperti dalam bidang pendidikan, kehakiman,
perundangan dan sebagainya
• Tidak dapat berfungsi untuk bidang ilmu tinggi atau
sebagai bahasa pengantar pendidikan peringkat
universiti
• Fungsinya sebagai bahasa pengantar pendidikan dan
bahasa untuk bidang pentadbiran telah terjejas
• Apabila bahasa Melayu tidak dapat berfungsi sebagai
alat komunikasi antara etnik dengan berkesan ,
hubungan antara kaum menjadi agak hambar dan ikatan
muhibah menjadi kurang kukuh
• Pendidikan bahasa Melayu harus disasarkan kepada
proses memperkukuhkan dan memperkayakan lagi
pengetahuan bahasa Melayu, dan juga ke arah
membentuk dan memperkukuhkan tabiat berbahasa
Melayu
• Program pendidikan bahasa Melayu seharusnya
dirancang agar kedua-dua kelompok pelajar mendapat
manfaat yang maksimum daripada program pendidikan
bahasa Melayu yang mereka ikuti
• Aspek kecekapan berbahasa Melayu merupakan aspek
yang memperlihatkan dengan lebih jelas perbezaan di
antara pelajar natif dan bukan natif
• Pengajaran dan pembelajaran pengetahuan nahu harus
diseimbangkan dengan aspek kecekapan berbahasa
• Pengetahuan nahu dan kecekapan berbahasa ialah dua
komponen pengetahuan bahasa yang saling
melengkapi, iaitubagi membolehkan seseorang
pengguna bahasa menghasilkan output bahasa yang
gramatis dan pada masa yang sama dapat diterima
secara baik oleh pendengar sasaran
• Bahasa Melayu memainkan peranan secara efektif
sebagai alat penyatu, pengetahuan bahasa Melayu
harus dikuasai oleh seluruh rakyat Malaysia secara utuh
dan berpada
• Keutuhan pengetahuan bahasa bermaksud kedua-dua
komponen pengetahuan bahasa, iaitu nahu dan
kecekapan berbahasa dikuasai secara seimbang
• Keseimbangan dalam penguasaan pengetahuan bahasa
Melayu akan menghasilkan penutur bahasa Melayu
yang berwibawa dan bahasa Melayu akan dapat
berfungsi sebagai alat komunikasi dan mekanisme
perpaduan antara kaum secara berkesan.
KESIMPULAN
• Pelbagai pandangan yang telah dikemukakan untuk menjamin
kejayaan sesuatu program pendidikan bahasa. Program tersebut
mestilah dirancang dan dilaksana dengan teliti. Dalam proses
perancangan dan pelaksanaan,daripada bidang psikolinguistik
dapat memberikan sumbangan yang besar dan bermakna bagi
menjamin kejayaan sesuatu program pendidikan bahasa,
khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia. Pelbagai
masalah kebahasaan yang menghantui kita sekarang dapat
dielakkan atau diselesaikan. Beberapa perkara utama harus kita
pertimbangkan semasa kita merancang dan melaksana sesuatu
program pendidikan bahasa. Kita harus membezakan pelajar natif
dan bukan natif kerana latar belakang kebahasaan mereka yang
berbeza. Di samping aspek nahu, aspek kecekapan berbahasa juga
harus diberikan penekanan yang sama penting dalam sesuatu
program pendidikan bahasa. Pendekatan pengkayaan bahasa dan
pembinaan berbahasa harus diterapkan mengikut kesesuaian
kelas. Kita juga harus sedar bahawa bahasa Melayu bukan setakat
berperanan sebagai bahasa pengantar atau medium komunikasi,
tetapi lebih daripada itu. Bahasa Melayu ialah bahasa perpaduan
yang dapat menyatukan pelbagai etnik di Malaysia, dan merupakan
aset utama dalam membina dan memperkukuh gagasan satu
Malaysia yang sedang rancak dikonsepsikan dan dimasyarakatkan.

More Related Content

Similar to Kuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.ppt

Berbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikBerbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikUchy Fahrel
 
Linguitik kontekstual (iankaka')
Linguitik kontekstual (iankaka')Linguitik kontekstual (iankaka')
Linguitik kontekstual (iankaka')SJK (C) Yuk Choy
 
DASAR-DASAR PSIKOLINGUISTIK -- KHOLID A. HARRAS & ANDIKA DUTHA BACHARI
DASAR-DASAR PSIKOLINGUISTIK -- KHOLID A. HARRAS & ANDIKA DUTHA BACHARIDASAR-DASAR PSIKOLINGUISTIK -- KHOLID A. HARRAS & ANDIKA DUTHA BACHARI
DASAR-DASAR PSIKOLINGUISTIK -- KHOLID A. HARRAS & ANDIKA DUTHA BACHARIprimagraphology consulting
 
Pengertian dan ruang lingkup kajian psikolinguistik
Pengertian dan ruang lingkup kajian psikolinguistikPengertian dan ruang lingkup kajian psikolinguistik
Pengertian dan ruang lingkup kajian psikolinguistikkholid harras
 
Ruang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptx
Ruang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptxRuang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptx
Ruang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptxSDKristenMakale1
 
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdfnabilazakiya1
 
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptxBAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptxKuswoyoGumilang
 
Pengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arab
Pengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arabPengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arab
Pengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arabUniversiti Kebangsaan Malaysia
 
Pengantar perkuliahan PSIKOLOGI
Pengantar perkuliahan PSIKOLOGIPengantar perkuliahan PSIKOLOGI
Pengantar perkuliahan PSIKOLOGIHASANNURLAILA
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa ArabLinguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arabhibatullah92
 
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori PsikolinguistikKelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori PsikolinguistikRicky Subagya
 
Ilmu bahasa, antropologi, dan kognitif
Ilmu bahasa, antropologi, dan kognitifIlmu bahasa, antropologi, dan kognitif
Ilmu bahasa, antropologi, dan kognitifHeidy Kaeni
 
1. konsep dasar n riset
1. konsep dasar n riset1. konsep dasar n riset
1. konsep dasar n risetMuhammad Umam
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAShamimi Jamudin
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piagetuniku
 
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikanSejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikanمحمد خيرى
 

Similar to Kuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.ppt (20)

Berbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikBerbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistik
 
Latihan11
Latihan11Latihan11
Latihan11
 
Linguitik kontekstual (iankaka')
Linguitik kontekstual (iankaka')Linguitik kontekstual (iankaka')
Linguitik kontekstual (iankaka')
 
DASAR-DASAR PSIKOLINGUISTIK -- KHOLID A. HARRAS & ANDIKA DUTHA BACHARI
DASAR-DASAR PSIKOLINGUISTIK -- KHOLID A. HARRAS & ANDIKA DUTHA BACHARIDASAR-DASAR PSIKOLINGUISTIK -- KHOLID A. HARRAS & ANDIKA DUTHA BACHARI
DASAR-DASAR PSIKOLINGUISTIK -- KHOLID A. HARRAS & ANDIKA DUTHA BACHARI
 
Pengertian dan ruang lingkup kajian psikolinguistik
Pengertian dan ruang lingkup kajian psikolinguistikPengertian dan ruang lingkup kajian psikolinguistik
Pengertian dan ruang lingkup kajian psikolinguistik
 
Ruang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptx
Ruang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptxRuang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptx
Ruang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptx
 
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
4. SARANA BERPIKIR ILMIAH_TUGAS INDIVIDU FILSAFAT_NABILA ZAKIYA (22147005).pdf
 
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptxBAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
BAHASA DAN PENELITIAN ILMIAH.pptx
 
Pengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arab
Pengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arabPengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arab
Pengaruh psikolinguistik terhadap suprasegmental dalam pertuturan bahasa arab
 
makalah Transformasi generatif
makalah Transformasi generatif makalah Transformasi generatif
makalah Transformasi generatif
 
Pengantar perkuliahan PSIKOLOGI
Pengantar perkuliahan PSIKOLOGIPengantar perkuliahan PSIKOLOGI
Pengantar perkuliahan PSIKOLOGI
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa ArabLinguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
 
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori PsikolinguistikKelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
Kelompok 1 Psikolinguistik - Teori Psikolinguistik
 
teori-behaviour
teori-behaviourteori-behaviour
teori-behaviour
 
Ilmu bahasa, antropologi, dan kognitif
Ilmu bahasa, antropologi, dan kognitifIlmu bahasa, antropologi, dan kognitif
Ilmu bahasa, antropologi, dan kognitif
 
1. konsep dasar n riset
1. konsep dasar n riset1. konsep dasar n riset
1. konsep dasar n riset
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
 
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikanSejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
 

Recently uploaded

MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptxM5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptxAndrewKen3
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025Fikriawan Hasli
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramTitaniaUtami
 
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Fathan Emran
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxMateri E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxAmmar Ahmad
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurDoddiKELAS7A
 
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwuPenjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwuKhiyaroh1
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxrani414352
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkungPenyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkungSemediGiri2
 
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptxAvivThea
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfAndiCoc
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarAureliaAflahAzZahra
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptxM5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
 
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
PPDB SMAN 1 SURADE - PROV JABAR 2024 / 2025
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
 
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxMateri E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsur
 
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwuPenjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
Penjelasan Asmaul Khomsah bahasa arab nahwu
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkungPenyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
 
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptxMateri Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran  IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Kuliah 1 - Psikolingusitik dan PdP BM.pptx.ppt

  • 1. Pengenalan tentang kursus • Rujuk proforma • Pembahagian tugasan • Kaedah penilaian
  • 2. Tugasan dalam i-folio • TASK • Perbincangan • Penilaian berterusan atas talian
  • 3. APA ITU PSIKOLINGUISTIK • Psikolinguistik adalah gabungan 2 konsep berikut:- a.Psikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan akal budi atau jiwa dan juga tingkah laku manusia. b.Ilmu linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan hariannya. • Dengan ini bolehlah kita huraikan bahawa bidang psikolinguistik merupakan gabungan dua bidang ilmu, iaitu bidang psikologi dan linguistik. Perlu diingatkan bahawa kedua-dua bidang ini adalah berlainan dan dapat berdiri sebagai disiplin yang tersendiri.Disiplin psikolinguistik meneliti perkara- perkara yang dikaji dalam disiplin linguistik dan psikologi kerana kedua-dua bidang ini adalah saling bekerjasama dalam menyelesaikan persoalan bahasa.
  • 4. MAKSUD PSIKOLINGUISTIK • Menurut Garnham (1985), psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya adalah satu teori yang sepadu tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami. • Matthews (1997) berpendapat bahawa bidang psikolinguistik ialah kajian bahasa daripada sudut psikologi. • Aitchison (1998), pula mendefinisikan psikolinguistik sebagai kajian bahasa dan akal budi. Beliau membahagikan bidang kajian psikolinguistik kepada beberapa topik utama iaitu:- i. Aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan bahasa pertama atau bahasa ibunda. ii. Aspek-aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input-input bahasa. iii. Aspek-aspek yang berkaitan dengan ingatan dan penyimpanan maklumat-maklumat bahasa atau pengetahuan bahasa.
  • 5. MAKSUD PSIKOLINGUISTIK • Mangantar Simanjuntak (1980), mentakrifkan psikolinguistik sebagai cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan, iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya. • Oleh hal yang demikian, psikolinguistik adalah disiplin ilmu yang mengkaji apa yang dikaji oleh disiplin linguistik dan psikologi. Psikolinguistik merupakan sebahagian daripada bidang linguistik yang menyelidik aspek- aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi manusia. Psikolinguistik merupakan disiplin ilmu yang meneliti perkara- perkara yang dikaji dalam ilmu linguistik dan psikologi. Dengan demikian, disiplin ini kadangkala dikenali juga sebagai psikologi bahasa. Disiplin ilmu ini secara saintifik menganalisis perkara-perkara yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa.
  • 6. MAKSUD PSIKOLINGUISTIK • Menurut George A. Miller (1965), ilmu psikolinguistik bertujuan untuk menghuraikan proses psikologi yang berlaku ketika orang menggunakan ayat. Beliau pernah menegaskan bahawa kelahiran disiplin ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ahli psikologi sudah lama mengakui bahawa otak manusia itu menerima simbol-simbol linguistik. • Manakala ahli linguistik pula telah menerima hakikat bahawa sejenis motor psikososial telah dikenal pasti untuk menggerakkan mesin tatabahasa . Maka, tujuan utama psikolinguistik adalah untuk mencari satu teori bahasa yang munasabah dan unggul dari segi linguistik dan psikologi, yakni teori yang mampu menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya. Dengan hal yang demikian, psikolinguistik merupakan bidang ilmu yang berminat untuk mengetahui hal yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa.
  • 7. • Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa. Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini pada mula-mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi. Penyelidikan moden mempergunakan biologi, neurosains, sains kognitif, dan teori maklumat untuk mengkaji bagaimana otak memperoses bahasa. Adanya beberapa subdisiplin; umpamanya, teknik-teknik tak invasif untuk mengkaji pengerjaan neurologi otak semakin digunakan, dengan neurolinguistik kini merupakan sebuah bidang baru pada dirinya. • Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa, serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya. Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak- kanak untuk membelajari bahasa, biasanya melalui kaedah-kaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya terhadap perkembangan kanak-kanak). MAKSUD PSIKOLINGUISTIK
  • 8. MAKSUD PSIKOLINGUISTIK • Kajian bidang psikolinguistik memberi tumpuan dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan perlakuan manusia yang melibatkan bahasa. Bidang psikolinguistik berusaha untuk mengenal pasti struktur dan proses yang mendasari kebolehan manusia untuk bercakap dan memahami bahasa iaitu meneliti hal yang berlaku di dalam diri individu. Selain itu, psikolinguistik juga mengkaji cara-cara kanak- kanak menguasai bahasa dengan memberi tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa serta pembelajaran dan pengajaran bahasa. Persoalan tentang bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa memang merupakan satu persoalan yang sentiasa menjadi bahan perbincangan dalam kalangan mereka yang berkecimpung dalam bidang psikolinguistik dan pengajaran bahasa. Justeru, sumbangan psikolinguistik dalam pengajaran bahasa amat bernilai tinggi.
  • 9. • Kronologi istilah Psikolinguistik • 1936: An Objective Psychology of Grammar • 1951: Seminar di Universiti Cornell • 1953: John Carroll, Charles Osgood dan Thomas Sebeok • 1954: Psycholinguistics: A Survey of Theory and Research Problems.
  • 10. SUBBIDANG PSIKOLINGUISTIK • Psikolinguistik teoretis – membicara teori-teori bahasa • Psikolinguistik Perkembangan - membicara tentang pemerolehan bahasa • Psikolinguistik Sosial – membicara aspek-aspek sosial bahasa • Psikolinguistik Pendidikan – peranan bahasa dalam pengajaran • Psikolinguistik Eksperimen – melibatkan bahasa dan perangai bahasa • Psikolinguistik Terapan – penerapan subbidang psikolinguistik ke dalam bidang lain • Neuropsikolinguistik – membicara hubungan bahasa dengan otak
  • 11. BIDANG KAJIAN PSIKOLINGUISTIK • Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh pengkaji-pengkaji daripada berbagai-bagai bidang, seperti psikologi, sains kognitif, dan linguistik. Adanya banyak subbahagian dalam bidang psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia. a. Fonetik dan fonologi adalah berkenaan dengan kajian bunyi pertuturan. Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-bunyi itu. b. Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan). c.Sintaksis ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataan- perkataan digabungkan untuk membentuk ayat. d.Semantik adalah berkenaan dengan makna perkataan-perkataan dan ayat-ayat. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semantik mengolahkan maksud ayat-ayat yang sebenar. e.Pragmatik adalah berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna. f.Kajian tentang pengecaman kata dan pembacaan memeriksa proses- proses yang terlibat dalam pemerolehan maklumat ortografi, morfologi, fonologi, dan semantik daripada pola-pola dalam teks tercetak.
  • 12. TEORI- TEORI PSIKOLINGUISTIK • Teori-teori mengenai bagaimana bahasa bertindak dalam akal manusia mencuba menjelaskan, antara lain, bagaimana kita mengaitkan bunyi-bunyi (atau isyarat-isyarat) bahasa, dan bagaimana kita menggunakan sintaksis — iaitu, bagaimana kita dapat menyusun perkataan-perkataan untuk menghasilkan dan memahami urutan-urutan kata yang kita panggil "ayat". Yang pertama antara perkara ini — mengaitkan bunyi dengan maksud — tidak menimbulkan begitu banyak perbalahan dan secara amnya dianggap sebagai bidang yang komunikasi haiwan dan manusia mempunyai sekurang-kurangnya sesetengah persamaan. Sebaliknya, sintaksis adalah penuh dengan perbalahan, dan merupakan tumpuan perbincangan yang berikut. • Pada dasarnya, terdapat dua buah aliran fikiran tentang bagaimana kita dapat mencipta ayat-ayat sintaksis: a.Sintaksis ialah hasil evolusi kecerdasan manusia yang semakin meningkat dengan berlalunya masa, dan faktor-faktor sosial yang menggalakan perkembangan bahasa pertuturan; b.Bahasa wujud kerana manusia mempunyai keupayaan semula jadi untuk memperoleh apa yang telah dipanggil "tatabahasa sejagat".
  • 13. • 2 Bidang disiplin linguistik i. Psikolinguistik ii. Pendidikan bahasa • Tahap dalam proses pendidikan bahasa i. Tahap perancangan ii. Tahap pelaksanaan
  • 14. Pengenalan Pengajaran bahasa • Pendidikan bahasa melibatkan a. Proses pengkayaan bahasa dalam kalangan penutur bahasa pertama b. Penguasaan biasaan berbahasa yang baharu dalam kalangan penutur bahasa kedua. • Proses pengkayaan bahasa - proses penambahbaikan kepada kemahiran dan pengetahuan bahasa yang sedia ada, iaitu satu proses mengeksplisitkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan bahasa yang dikuasai secara tasit di peringkat awal kehidupan. • Kemahiran tasit – kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur
  • 15.
  • 16.
  • 17.
  • 18. PERINGKAT PEMEROLEHAN B1 1.Vokalisasi 2.Pertuturan satu kata 3.Pertuturan dua dan tiga kata 4.Kata-kata fungsi dan infleksi 5.Perkembangan ayat-ayat kompleks
  • 19. TEORI PEMBELAJARAN B2 • Faktor Psikologi • Eksplisasi – guna bahasa ibunda untuk menjelaskan peraturan B2 • Induksi – belajar B2 melalui penemuan kendiri (self-discovery). • Daya ingatan – mempelajari struktur B2 dengan ingatan. • Kemahiran motor – keupayaan mengawal alat-alat pertuturan.
  • 20. TEORI PEMBELAJARAN B2 • Faktor sosial • Situasi semulajadi – pembelajaran yang berlaku dalam komunikasi seharian dan bebas dari tunjuk ajar guru. • Situasi bilik darjah – pelajari B2 dengan bahan dan latihan yang dirancang oleh guru.
  • 21. • Menurut disiplin psikolinguistik pemboleh ubah bangsa atau aspek kenatifan merupakan pemboleh ubah yang penting harus dikenal pasti kesannya ke atas sesuatu program pendidikan bahasa • Para pelajar Melayu dan bukan Melayu melalui proses penguasaan pengetahuan bahasa Melayu dengan cara berbeza • Para pelajar Melayu akan menguasai kemahiran berbahasa Melayu secara lisan dengan agak sempurna apabila mereka mencecah umur lima tahun, iaitu sebelum mereka memulakan proses pendidikn formal. • Bagi pelajar bukan Melayu pula, sebahagian daripada mereka hanya akan mula diperkenalkan dengan sistem bahasa Melayu apabila mereka mencecah umur lima tahum atau mungkin lambat iaitu, selepas mereka memasuki tadika atau darjah satu
  • 22. • Manakala para pelajar Melayu akan menguasai pengetahuan bahasa Melayu secara tidak formal, manakala para pelajar bukan Melayu sebahagian besarnya terpaksa menguasai pengetahuan bahasa Melayu menerusi sistem pendidikan formal. - Menurut pandangan yang dikemukakan dalam Hipotesisi Nurani, proses penguasaan pengetahuan bahasa pertama adalah dibantu oleh alat pemerolehan bahasa semula jadi yang wujud dalam minda kanak- kanak sejak mereka lahir ke dunia. • Alat pemerolehan bahasa semula jadi ini wujud dalam minda kanak-kanak dalam bentuk nahu Universal
  • 23. Peranan Ilmu Psikolinguistik dalam pengajaran bahasa • Peranan Psikolinguistik dalam pembelajaran bahasa sangat penting kerana dengan memahami psikolinguistik seorang guru memahami proses yang terjadi dalam diri murid ketika murid menyemak, berbicara, membaca, ataupun menulis dan berkemampuan dalam keterampilan berbahasa a. Dalam penerapan teori-tiori linguistik pembelajaran bahasa, bermungkinan teori berasal dari linguistik teoritis dengan aliran pembelajaran bahasa struktural atau tranformasi, mungkin pula dari psikolinguistik mahupun sosiolinguistik. – Apa yang penting ialah teori ini dapat dimanfaatkan untuk pelaksanaan pembelajaran bahasa. Ilmu bahasa teoritis dengan aliran Ilmu Bahasa ( IBS) misalnya menekankan sifat bahasa yang diucapkan. Buktinya, semua manusia itu berbicara walaupun tidak mengenal tulisan dan anak belajar berbicara dulu dan kemudian belajar membaca dan menulis. – kesimpulannya, Pembelajaran Bahasa ( PB ) menekankan penguasaan bahasa lisan dalam bahasa asing. Tulisan bahasa tidak diajarkan pada tingkat permulaan dan akan diajar setelah murid menguasai bahasa lisan dengan baik.
  • 24. – Ilmu Bahasa Struktural ( IBS) juga menekankan sifat bahasa yang unik dan mengandungi pengertian bahawa bahasa itu berbeza satu dari yang lain. Implikasinya ialah bahawa orang yang belajar bahasa asing akan menjumpai kesukaran yang terutama disebabkan adanya unsur yang berbeza antara bahasa ibu murid dengan bahasa sasaran. – Oleh kerana itu, dalam pembelajaran bahasa ( PB) perlu dilakukan analisis kontrastif antara kedua bahasa untuk mengasingkan unsur yang berbeza. Bahasa terdiri dari dua aspek iaitu aspek pengetahuan dan aspek keterampilan dan keduanya harus diperhatikan dan dikembangkan dalam Pembelajaran Bahasa (PB). Murid yang telah memahami kaedah melalui penjelasan atau bimbingan guru agar murid menemukan sendiri mengunakan bahasa sebagai alat komunikasi. b. Pembelajaran Bahasa (PB) lebih ditekankan pada penggunaan bahasa dalam pergaulan antara manusia dan diingatkan bahawa bahasa adalah juga suatu gejala sosial. Hal ini merupakan suatu prinsip yang ditekankan dalam Ilmu Psikolinguistik mahupun Sosiolinguistik.
  • 25. c. Ilmu psikolinguistik menyatakan bahawa bahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan maksud fikiran atau perasaan. Dalam hal ini pembelajaran bahasa bukan dimaksudkan agar murid hanya menguasai bahasa itu sebagai suatu sistem yang berdiri sendiri, hingga disebut sebagai taraf penguasaan keterampilan memanipulasi bahasa saja. – guru dituntut untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menciptakan situasi yang serasi dengan kemampuan murid, agar murid terdorong melatih menggunakan bahasa sasaran sebagai media komunikasi. Seseorang belajar bahasa dan dikatakan mampu berbahasa apabila pertama mempunyai pemilikan tentang bahasa tersebut yang oleh Noam Chamsky dikatakan “ a speaker’s competence, his knowledge of the language”
  • 26. MASALAH DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA • Bahasa Melayu tidak dapat berfungsi sebagai Bahasa Kebangsaan yang berkesan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti dalam bidang pendidikan, kehakiman, perundangan dan sebagainya • Tidak dapat berfungsi untuk bidang ilmu tinggi atau sebagai bahasa pengantar pendidikan peringkat universiti • Fungsinya sebagai bahasa pengantar pendidikan dan bahasa untuk bidang pentadbiran telah terjejas • Apabila bahasa Melayu tidak dapat berfungsi sebagai alat komunikasi antara etnik dengan berkesan , hubungan antara kaum menjadi agak hambar dan ikatan muhibah menjadi kurang kukuh
  • 27. • Pendidikan bahasa Melayu harus disasarkan kepada proses memperkukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan bahasa Melayu, dan juga ke arah membentuk dan memperkukuhkan tabiat berbahasa Melayu • Program pendidikan bahasa Melayu seharusnya dirancang agar kedua-dua kelompok pelajar mendapat manfaat yang maksimum daripada program pendidikan bahasa Melayu yang mereka ikuti
  • 28.
  • 29. • Aspek kecekapan berbahasa Melayu merupakan aspek yang memperlihatkan dengan lebih jelas perbezaan di antara pelajar natif dan bukan natif • Pengajaran dan pembelajaran pengetahuan nahu harus diseimbangkan dengan aspek kecekapan berbahasa • Pengetahuan nahu dan kecekapan berbahasa ialah dua komponen pengetahuan bahasa yang saling melengkapi, iaitubagi membolehkan seseorang pengguna bahasa menghasilkan output bahasa yang gramatis dan pada masa yang sama dapat diterima secara baik oleh pendengar sasaran
  • 30. • Bahasa Melayu memainkan peranan secara efektif sebagai alat penyatu, pengetahuan bahasa Melayu harus dikuasai oleh seluruh rakyat Malaysia secara utuh dan berpada • Keutuhan pengetahuan bahasa bermaksud kedua-dua komponen pengetahuan bahasa, iaitu nahu dan kecekapan berbahasa dikuasai secara seimbang • Keseimbangan dalam penguasaan pengetahuan bahasa Melayu akan menghasilkan penutur bahasa Melayu yang berwibawa dan bahasa Melayu akan dapat berfungsi sebagai alat komunikasi dan mekanisme perpaduan antara kaum secara berkesan.
  • 31. KESIMPULAN • Pelbagai pandangan yang telah dikemukakan untuk menjamin kejayaan sesuatu program pendidikan bahasa. Program tersebut mestilah dirancang dan dilaksana dengan teliti. Dalam proses perancangan dan pelaksanaan,daripada bidang psikolinguistik dapat memberikan sumbangan yang besar dan bermakna bagi menjamin kejayaan sesuatu program pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia. Pelbagai masalah kebahasaan yang menghantui kita sekarang dapat dielakkan atau diselesaikan. Beberapa perkara utama harus kita pertimbangkan semasa kita merancang dan melaksana sesuatu program pendidikan bahasa. Kita harus membezakan pelajar natif dan bukan natif kerana latar belakang kebahasaan mereka yang berbeza. Di samping aspek nahu, aspek kecekapan berbahasa juga harus diberikan penekanan yang sama penting dalam sesuatu program pendidikan bahasa. Pendekatan pengkayaan bahasa dan pembinaan berbahasa harus diterapkan mengikut kesesuaian kelas. Kita juga harus sedar bahawa bahasa Melayu bukan setakat berperanan sebagai bahasa pengantar atau medium komunikasi, tetapi lebih daripada itu. Bahasa Melayu ialah bahasa perpaduan yang dapat menyatukan pelbagai etnik di Malaysia, dan merupakan aset utama dalam membina dan memperkukuh gagasan satu Malaysia yang sedang rancak dikonsepsikan dan dimasyarakatkan.