SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
BINTANGOR, SARAWAK
Nama Pelajar :
No. Kad Pengenalan :
Kursus :
Kumpulan / Unit :
Kod Mata Pelajaran :
Nama Institut :
Nama Pensyarah :
Tarikh Serahan :
HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : …………………………
Nama :
Tarikh :
“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
Seikhlasnya,
………………………….
( )
PENGHARGAAN
HALAMAN PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
SENARAI KANDUNGAN iii
ABSTRAK 1
1.0 PENDAHULUAN 2
1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 2
1.2 REFLEKSI SOROTAN LITERATUR 4
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 5
2.1 TINJAUAN MASALAH 5
2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 7
3.1 OBJEKTIF KAJIAN 7
3.2 SOALAN KAJIAN 7
4.0 KUMPULAN SASARAN 8
5.0 TINDAKAN 9
5.1 PROSEDUR TINDAKAN 9
5.2 CARA MENGUMPUL DATA 13
5.3 PENILAIAN 15
6.0 TINJAUAN LITERATUR 17
7.0 PENUTUP 20
REFLEKSI 21
RUJUKAN 22
KOLABORASI
LAMPIRAN
KAEDAH SALIN, JALIN DAN ULANG BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN
MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6
Oleh:
…………………………………..
IPG Kampus Rajang, Bintangor
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan dengan menggunakan
Kaedah Salin, Jalin dan Ulang dalam kalangan murid Tahun 6 Alamanda Sekolah Kebangsaan
St. Francis Xavier yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan menjalani
Kaedah Salin, Jalin dan Ulang manakala kumpulan kawalan mengikuti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti biasa.. Tinjauan masalah mendapati bahawa semasa Peperiksaan
Pertengahan Semester 1 Tahun 2012, terdapat 10 orang murid telah gagal dalam Kertas
Penulisan Bahasa Melayu terutama Bahagian B kerana kurang kemahiran mengolah dan
menghuraikan isi karangan tersebut. Beberapa prosedur tindakan telah dirancang dengan
melaksanakan tiga jenis aktiviti berpandukan Kaedah Salin, Jalin dan Ulang yang akan
dijalankan dan hendaklah bersesuaian dengan objektif kajian pengkaji. Data akan dikumpulkan
melalui pemerhatian, temubual,, Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2012, Ujian Pra,
dan Ujian Pasca.
1.0 PENDAHULUAN
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid.
Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis, murid-murid akan
dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan
maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin
Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997).
Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSR,
bagaimanapun tidak menjamin murid-murid benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa
Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir
(Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang
memuaskan dalam kalangan murid perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti dan berminda kelas pertama
demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020.
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Murid-murid kelas 6 Alamanda terdiri daripada 30 orang yang merupakan target Panitia Bahasa
Melayu Sekolah Kebangsaan St. Francis untuk lulus dalam Kertas Penulisan pada Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012.
Semasa pengkaji menyemak karangan Peperiksaan Pertengahan Semester 1 pada 22 Mac 2012
yang lalu, seramai 10 orang murid Tahun 6 Alamanda telah gagal dalam Kertas Penulisan
Bahasa Melayu. Hal ini kerana, murid-murid hanya mendapat 10 hingga 15 markah sahaja
daripada 30 markah dalam Bahagian B, Kertas Penulisan Bahasa Melayu. Markah mereka masih
belum cukup kuat untuk mendapat gred yang baik.
Rajah 1.1: Hasil Karangan Bahagian B
Bagi mengetahui punca kegagalan murid ini, pengkaji telah membuat kajian dengan meminta
murid-murid membuat pembetulan ujian lepas, dengan membuat draf karangan yang lengkap
Bahagian B, kertas penulisan Bahasa Melayu Peperiksaan Pertengahan Semester 1.
Pengkaji telah mengambil beberapa inisiatif agar pengajarannya dapat memberi kesan yang
positif terhadap pembelajaran dan pencapaian anak didiknya. Pengkaji yakin dan percaya
bahawa prestasi murid-murid ini masih boleh dipertingkatkan dan diperbaiki lagi dengan adanya
usahasama serta motivasi yang tinggi yang diberikan oleh guru.
1.2 Refleksi Sorotan Literatur
Teori Psikologi Leo S.Vygotsky, telah menyatakan bahawa dalam proses penulisan
mempengaruhi pengajaran kemahiran literasi amnya, dan penulisan khususnya, seperti perspektif
pemprosesan maklumat, perspektif naturalis, dan perspektif Vygotskian (McCathey & Raphael,
1992 dalam Roselan Baki, 2003). Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling
sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan
kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair
Mohd. Nor, 2005).
Memandangkan dominasi murid kelas ini berbangsa Iban, iaitu seramai 27 orang dan 3 orang
murid berbangsa Melayu, jadi penguasaan mereka dalam penulisan karangan bahasa Melayu
agak lemah. Walaupun mereka telah diajar membina pelbagai jenis ayat dan pengunaan struktur
ayat yang betul sejak Tahun 2 lagi tetapi masih ada yang ketinggalan dalam pembelajaran
mereka.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa meminta murid membuat draf karangan soalan
Bahagian B, mereka kurang mahir dalam menghasilkan karangan yang baik. Hal ini kerana,
mereka tiada kemahiran dalam mengolah dan menghuraikan isi karangan terutama 10 orang
murid yang telah gagal dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu tersebut.
Kajian ini membincangkan aspek yang berkaitan sorotan literatur iaitu menggunakan Kaedah
Salin, Jalin dan Ulang yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan, kesan
kaedah yang digunakan dalam meningkatkan keupayaan menulis karangan, mengetahui
perbezaan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan setelah Kaedah Salin, Hafal dan Ulang
diaplikasikan oleh kumpulan rawatan manakala kumpulan kawalan menjalankan pengajaran dan
pembelajaran seperti biasa dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan keupayaan
meningkatkan menulis karangan dalam kalangan murid-murid.
Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan untuk menghubungkan orang yang lebih
berkebolehan, iaitu guru dan murid-murid yang lebih pintar dengan murid yang sedang
menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003). Interaksi antara guru
dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai merupakan kebolehan memberi idea atau
pendapat dalam penulisan karangan.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
2.1 Tinjauan Masalah
Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang murid-murid ialah
bagaimana mengolah dan menghuraikan isi-isi karangan mereka. Pengkaji telah mengesan
kelemahan menulis karangan dalam kalangan murid apabila memeriksa kertas penulisan
Peperiksaan Pertengahan Semester 1 yang lalu.
Bagi memastikan kesahihan masalah ini, pengkaji meminta murid-murid membuat pembetulan
ujian karangan Bahagian B. Isi-isi penting karangan telah diberikan dan diminta untuk membuat
draf karangan yang lengkap bagi menjawap karangan Bahagian B, kertas penulisan Bahasa
Melayu. Pengkaji mendapati bahawa draf karangan tidak dapat dijawab dengan baik. Penulisan
mereka tidak mengikut struktur binaan ayat yang betul. Mereka begitu susah untuk
menyampaikan maklumat, idea, pandangan, dan perasaan dalam penulisan mereka.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat ini, pengkaji membuat rumusan bahawa sesuatu
perlu dilakukan terhadap murid-murid Tahun 6 Alamanda ini untuk membantu mereka
menghadapi UPSR tahun 2012 ini.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Bagi mengukuhkan lagi tinjauan masalah yang dikemukakan di atas, pengkaji telah membuat
analisis markah Peperiksaan Pertengahan Semester 1, iaitu Kertas Penulisan Bahasa Melayu
murid Tahun 6 Alamanda.
Jadual di bawah menunjukkan markah Ujian Bahasa Melayu Kertas 2 pada Peperiksaan
Pertengahan Semester 1, kelas Tahun 6 Alamanda pada bulan Mac yang lalu. Terdapat 20 orang
murid mendapat markah lebih daripada 50% ke atas manakala 10 orang telah mendapat markah
kurang daripada 50% pada Peperiksaan Pertengahan Semester 1 yang lalu kerana lemah
menjawab soalan Bahagian B, Bahasa Melayu Kertas 2. (Rujuk Lampiran 1). Berikut adalah
hasil analisis tersebut:
Jadual 2.1
Markah Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2012
MARKAH (%) BILANGAN MURID
80 - 89 6 orang
70 – 79 6 orang
60 – 69 5 orang
50 – 59 3 orang
40 – 49 2 orang
30 – 39 8 orang
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Objektif Kajian bagi meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6
Alamanda ialah:
1. Mengenal pasti punca masalah murid dalam meningkatkan keupayaan menulis karangan
dalam kalangan murid Tahun 6.
2. Pengaplikasian penggunaan Kaedah Salin, Hafal dan ulang bagi meningkatkan
keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6.
3. Mengenal pasti kesan pengaplikasian penggunaan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang bagi
meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6.
4. Mengetahui perbezaan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan setelah Kaedah Salin,
Hafal dan Ulang diaplikasikan.
3.2 Soalan Kajian
Pengkaji telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-
persoalan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6
Alamanda ialah:
1. Apakah punca masalah murid dalam meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam
kalangan murid Tahun 6?
2. Adakah Kaedah Salin, Hafal dan Ulang bagi meningkatkan keupayaan menulis karangan
dalam kalangan murid 6?
3. Apakah kesan pengaplikasian penggunaan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang bagi
meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid 6?
4. Apakah perbezaan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan setelah Kaedah Salin, Hafal
dan Ulang diaplikasikan?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ialah murid-murid Tahun 6 Alamanda Sekolah Kebangsaan St. Francis
Xavier sesi 2012 yang telah gagal dalam Bahasa Melayu Kertas Penulisan. Seramai 10 orang
murid yang lemah dalam menulis karangan, di mana terdiri daripada 6 orang lelaki dan 4 orang
perempuan. 10 orang murid tersebut tergolong dalam kumpulan rawatan manakala 20 orang
murid lagi termsuk dalam kumpulan kawalan.
5.0 TINDAKAN
5.1 Prosedur Tindakan
Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji merangka beberapa strategi bagi membantu
meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan 10 orang murid Tahun 6 yang
diketagorikan sebagai kumpulan rawatan dan seterusnya membantu mereka meningkatkan
pencapaian dalam latihan, ujian dan peperiksaan UPSR manakala 20 orang murid dalam
kumpulan kawalan akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
Pelaksanaan kajian ini mengambil masa selama 8 minggu termasuklah tindakan mengenal pasti
masalah murid-murid. Pengkaji merancang untuk menggunapakai tiga jenis aktiviti yang
bersesuaian dan dapat mencapai objektif kajian pengkaji. Tiga aktiviti yang telah dirancang
untuk membantu murid meningkatkan keupayaan menulis karangan Bahasa Melayu dengan
menggunakan Kaedah Salin, Jalin dan Ulang ialah:
i. Aktiviti Menyalin Karangan
Murid-murid akan diberikan contoh karangan yang baik dan dikehendaki menyalin
semula karangan tersebut dan dinilai dari segi penggunaan perkataan dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan (dilaksanakan selama 2 minggu, aktiviti menyalin karangan selama
40 minit). Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan diri murid-murid dengan olahan
karangan yang baik dan dapat menjana idea dalam penulisan. Murid-murid juga telah
terlebih dahulu diberi penerangan berkenaan kaedah, teknik dan strategi penulisan
karangan. Kaedah pelaksanaan yang dirancang adalah:
 Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan secara berpasangan
 Murid berbincang tentang peranan dan tugas masing-masing merangkumi
pencatat dan pelapor
 Guru memberi penerangan ringkas melalui slide yang dipaparkan di hadapan
kelas
 Murid dikehendaki menyalin karangan yang telah dipilih oleh guru
 Murid berbincang tentang isi karangan dan kaedah olahan karangan yang disalin
dan seterusnya membuat perbentangan
ii. Aktiviti Menjalin Isi Karangan
Kaedah ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan penulisan karangan berdasarkan
rangka karangan ringkas yang disediakan. Bentuk penulisan perlu berdasarkan karangan
yang telah disalin dalam kaedah (i) di mana murid akan merangka isi penting dan olahan
karangan. Kaedah ini juga bertujuan untuk membiasakan murid cara untuk mencari
maklumat dan mendapatkan idea serta dapat menyampaikan maklumat dengan ayat yang
tepat dan gramatis. Latihan menjalin isi karangan akan dibuat dalam masa yang
ditetapkan selama 40 minit dan dilaksanakan selama 2 minggu. Bentuk soalan dan rangka
isi ditunjukkan dalam Lampiran 2. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:
 Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
 Guru menayangkan gambar di skrin dan menerangkan tentang cara untuk mencari
maklumat atau idea untuk menulis
 Murid-murid diberi soalan untuk setiap tugasan seperti berikut:
Kumpulan A – Mencari maklumat penting berdasarkan puisi iaitu syair
Kumpulan B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah
Kumpulan C – Mencari maklumat berdasarkan lagu
Kumpulan D – Mencari maklumat berdasarkan gambar
Kumpulan E – Mencari maklumat berdasarkan rencana
 Murid membina dan menulis karangan berdasarkan karangan yang telah dipelajari
dan kerangka isi yang dibina.
iii. Aktiviti Mengulang Menulis Karangan
Apabila murid-murid sudah memahami kaedah (i) dan Kaedah (ii), secara individu
murid-murid akan mempraktikkan kaedah ini secara berulang kali. Aktiviti ini bertujuan
membiasakan diri murid-murid menulis karangan yang lengkap dan dapat menyampaikan
maklumat, idea, pandangan dan perasaan dengan baik dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Aktiviti ini dijalankan dalam tempoh masa 45 minit selama 2 minggu. Kaedah
yang dicadangkan seperti berikut:
 Murid-murid dikehendaki menyediakan satu karangan yang lengkap berdasarkan
kaedah yang telah dipelajari iaitu salin dan jalin sepanjang sekurang-kurangnya
80 patah perkataan dalam tempoh masa 45 minit berdasarkan tajuk karangan
yang lain yang telah disediakan.
 Selepas siap, karangan akan disemak oleh guru dan sekiranya terdapat kesalahan,
perbincangan serta-merta antara guru dengan murid hendaklah dilakukan supaya
murid-murid mengetahui kesilapan mereka dan memperbetulkan dengan kadar
segera.
 Selepas itu, murid-murid hendaklah mengulangi penulisan karangan yang sama
selepas dibuat pembetulan tanpa melihat teks karangan yang ditulis itu atau
dengan erti kata lain menulis sambil menghafal isi karangan tersebut.
Selepas 6 minggu melaksanakan aktiviti ini, bagi mengetahui akan keberkesanan kaedah yang
akan digunakan ini, pengkaji akan memberikan beberapa latihan kepada Kumpulan Rawatan
sebelum mereka menjalani Ujian Pasca dan latihan ini akan dijalankan dalam tempoh 2 minggu.
Bagi Latihan Pertama dan Latihan Kedua, rangka karangan akan diberi supaya mereka senang
mengolah isi karangan tersebut tetapi untuk Latihan Ketiga dan Latihan Keempat, mereka sendiri
yang akan mengolah isi karangan tersebut tanpa bantuan daripada guru mereka. Berikut
merupakan jadual latihan yang akan dijalankan oleh murid Kumpulan Rawatan ini bagi melihat
perkembangan mereka selepas menlaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang selama 6 minggu
itu dan contoh soalan latihan seperti di Lampiran 3.
Jadual 2
Jadual Perkembangan Penulisan Karangan Murid Kumpulan Rawatan
No Latihan Kekemasan Pengolahan Isi Sistem Bahasa
1 Latihan pertama
2 Latihan kedua
3 Latihan ketiga
4 Latihan keempat
5.2 Cara Mengumpul Data
Pengkaji akan mengumpul data melalui lima cara iaitu:
i. Pemerhatian
Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dan guru
bertindak sebagai pemerhati tanpa penglibatan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian dibuat berdasarkan peringkat penulisan karangan, iaitu sebelum menulis
karangan, semasa menulis karangan, dan selepas menulis karangan. Ini bertujuan untuk
mengenal pasti sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap mengolah dan
menghuraikan isi karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Pengkaji juga akan meninjau cara murid menyampaikan idea dan
pendapat mereka melalui soalan yang diberikan.
ii. Temu bual
Satu lagi instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah temubual.
Temubual melibatkan pertemuan pengkaji dengan Puan Qistina iaitu bekas guru mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 dan Tahun 5 mereka. Untuk mendapatkan maklumat
tersebut, alat kajian telah disediakan. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan
yang disediakan oleh pengkaji dan diajukan kepada Puan Qistina serta dijawab secara
lisan.
Temubual terbahagi kepada tiga jenis iaitu temubual berstruktur (Structured Interviews),
tidak berstruktur (Unstructured Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured
Interviews). Temubual berstruktur merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang
menjurus kepada topik yang spesifik. Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada
penerokaan idea dan soalan-soalan terbuka dikemukakan kepada guru tersebut. Temubual
semi berstruktur merupakan gabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak
berstruktur.
Berikut merupakan kandungan dalam temu bual tersebut. Terdapat empat soalan yang
dikemukakan kepada guru terbabit, yang mana soalan-soalan yang menjurus kepada
temubual semi berstruktur iaitu
1) Soalan pertama adalah masalah yang dihadapi pelajar semasa menulis karangan.
2) Soalan kedua ialah cara untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan
karangan.
3) Soalan ketiga ialah teknik-teknik yang boleh digunakan dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu.
4) Soalan empat dikemukakan adalah strategi pemilihan tajuk dan mengenal pasti
kata kunci soalan bagi memastikan soalan yang dijawab bertepatan dengan
pengetahuan dan idea murid-murid.
iii. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester 1
Keputusan murid ini merupakan instrumen utama dalam mendapatkan data bagi
mengenal pasti pemasalahan murid. Sasaran kajian adalah kepada murid-murid kumpulan
rawatan yang mendapat markah kurang daripada 50% untuk Bahasa Melayu Penulisan
Tahun 6.
iv. Ujian PRA
Ujian pra merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap
murid-murid tersebut. Ujian pra akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaiaan
murid-murid Tahun 6 Alamanda dalam penguasaan mereka mengolah dan menghuraikan
isi-isi karangan. Ujian ini akan melibatkan 30 orang murid iaitu murid kumpulan kawalan
dan murid kumpulan rawatan. Format ujian ini adalah seperti yang berada di Lampiran 4.
v. Ujian PASCA
Ujian Pos bertujuan mengetahui keberkesanan pelaksanaan kajian. Ujian pos juga
dijalankan untuk membandingkan nilai skor pelajar sebelum dan selepas diberikan
rawatan ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Dalam ujian pos murid-
murid juga diberi satu set soalan mengikut format Bahasa Melayu Penulisan. Contoh
soalan Ujian Pasca seperti yang berada di dalam Lampiran 5.
5.3 Penilaian
Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca bagi Kumpulan Rawatan
dan Kumpulan Kawalan akan menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Kedua-
dua ujian akan dijalankan dalam masa 45 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini
bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang terdapat di sekolah ini.
Markah ujian pasca yang lebih tinggi daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang
dilaksanakan iaitu Kaedah Salin, Jalin dan Ulang berkesan sehingga meningkatkan markah
murid Kumpulan Rawatan berbanding sebelum tindakan dijalankan. Penilaian ujian pra dan ujian
pasca juga akan diambil ke atas kumpulan kawalan yang hanya mengikuti pengajaran dan
pembelajaran seperti biasa.
Sekiranya ujian pasca ke atas Kumpulan Rawatan lebih tinggi berbanding dengan Kumpulan
Kawalan ini, bermaksud tindakan yang dijalankan atau kaedah yang digunakan berkesan. Jadual
Skor Markah ujian pra dan ujian pasca yang akan diperolehi oleh murid (Rujuk Lampiran 6).
6.0 TINJAUAN LITERATUR
Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas,
tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk
tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan
huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan.
Maka, dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan
kandungan, pengatahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran
agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994).
Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di
bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan
penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan
karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai
kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk
tulisan.
Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa
dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang
demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis
karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan
dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006).
Selain itu, Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang
dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan
tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid
penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu
proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005).
Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan
dengan berkesan (Roselan Baki, 2003). Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung
kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan
berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran
kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf,
perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya
Othman, 2005).
Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan kemahiran
menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis
melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat.
Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian
kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-
rakan, 2001). Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian
bagi menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid. Manakala
Yahya Othman (2005) dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005) menyatakan penguasaan kemahiran
menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh
pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran
menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan
akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca.
Penguasaan penulisan sebenarnya banyak dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha
Jamidin, 1995). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam
kalangan pelajar perlu ditangani segera dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang
tahun 2020.
7.0 PENUTUP
Kesimpulannya, laporan kertas cadangan yang pengkaji buat ini akan dapat membantu murid-
murid yang mempunyai masalah dalam mengolah isi karangan dan dapat meningkatkan
penulisan mereka. Sekiranya, kajian ini dilakukan dengan penuh kesungguhan, nescaya murid-
murid dapat memperbaiki mutu penulisan mereka serta dapat memperkembangkan idea dengan
lebih bernas lagi.
Melalui Kaedah Salin, Jalin dan Ulang ini, murid-murid tidak terasa terbeban kerana kaedah ini
menggunakan teknik ansur maju iaitu dari yang senang ke susah. Proses pembelajaran kaedah ini
juga senang diikuti oleh murid dengan bimbingan padu daripada guru mereka. Oleh hal yang
demikian, pengkaji berharap agar kertas cadangan ini dapat diteruskan penyelidikan bagi
meningkatkan penulisan dalam kalangan murid-murid.
REFLEKSI
Semasa menjalankan tugasan ini, saya menyediakan satu portfolio yang merangkumi
penyelidikan tindakan di mana menyediakan satu laporan kertas cadangan tentang permasalahan
murid-murid dalam pelajaran di sekolah terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini.
Pelbagai aspek yang diperhatikan dalam permasalahan murid-murid dalam pelajaran mereka dan
satu masalah yang sering dihadapi murid ialah membuat karangan.
Oleh hal yang demikian, saya telah membuat satu kertas cadangan cara-cara meningkatan mutu
penulisan dalam kalangan murid yang menghadapi masalah ini. Justeru itu, satu kaedah yang
saya cipta untuk mengahapi masalah ini iaitu Kaedah Salin, Jalin dan Ulang.
Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya menghadapi masalah dalam mencari aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan dengan menggunakan kaedah ini. Akhirnya semua itu dapat diatasi dengan
bimbingan daripada kawan-kawan serta hasil daripada bahan-bahan sumber rujukan.
Sehubungan dengan itu, melalui pengalaman yang sedia ada juga, saya dapat menjalankan kerja
kursus ini dengan berjaya dan lancar terutama dalam mengumpul data penyelidikan ini.
Pengalaman semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah ini juga banyak membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini kerana lebih dekat lagi dengan masalah murid-murid ini.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini memberi banyak manfaat dan pengalaman saya dalam
menyediakan kajian tindakan pada masa akan datang. Ini merupakan satu bonus besar bagi saya
dalam menghadapi alam perkerjaan yang sebenar nanti dan lebih memudahkan saya menjalankan
kerja saya nanti.
RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Edisi
Keempat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan
Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abd.Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar Tingkatan
Empat: Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
Hartini Husin. (2005). Meningkatkan kemahiran merumus karangan Bahasa Melayu dalam
kalangan murid Tahun 6 melalui permainan padanan kad. Prosiding Seminar
Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.
Majid Konting. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Mohd.Nashuha Jamidin. (1996). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Nadzeri Isa. (2001). Kesan penggunaan bahan rangsangan terhadap prestasi penulisan
karangan pelajar peringkat menengah rendah. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti PutraMalaysia, Serdang.
Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kursus Bahasa Fajar
Bakti
Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publicatins Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freeminda Horizons Sdn. Bhd.
Rozaimah Binti Abd. Hamid. (2000). Pengajaran di dalam bilik darjah: Kaedah dan teknik
pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Publications.
Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan
murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia, Serdang.
Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan.
http://karanganbagus.blogspot.com. Akses pada 16 Julai 2012.
1
Nama:____________________________
Kelas :____________________________
Peperiksaan Pertengahan Semester 1 2012
BAHASA MELAYU — PENULISAN 012
MAC
1¼ jam Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
2. Anda dukehendaki menjawab ketiga-tiga
bahagian.
3. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada
menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang
yang disediakan dalam kertas soalan ini.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Kod Pemeriksa:
Bahagian No. Soalan Markah
A
B
C
JUMLAH
60
2
Tajuk perbincangan kumpulan
Mencari maklumatpenting
berdasarkanbahanKOMSAS
iaitusyair
Mencari maklumatpenting
berdasarkan
petikandari majalah
Mencari maklumatberdasarkan
lagu
Mencari maklumatberdasarkan
gambar
Mencari maklumatberdasarkan
rencanan
2
KUMPULAN A – Mencari maklumat penting berdasarkan puisi syair
Syair Cintai Alam Sekitar
Aduhai adikku kakak berpesan,
Kelak dirimu jadikan panduan,
Cintailah keindahan jaga kebersihan,
Persekitaran indah tiada pencemaran.
Kempen kebersihan bersama dihayati,
Udara nyaman pasti dinikmati,
Sihat badan wajah berseri,
Negara aman hidup harmoni.
Jadilah warga bertimbang rasa,
Kepada alam membuat jasa,
Tanah dan tumbuhan dipelihara,
Kerosakan tiada bumi sejahtera.
Air sungai mengalir damai,
Ombak berlagu memukul pantai,
Unggas bernyanyi suasana permai,
Di hari minggu kita bersantai.
Jerebu berleluasa melanda negara,
Kebakaran dan kilang punca angkara,
Lapisan ozon semakin derita,
Tanamkan kesedaran atasi segera.
Amalan meludah membuang sampah,
Mengotorkan sekitar mesti ditegah,
Menghisap rokok menagih dadah,
Perbuatan yang buruk perlu ditegah.
2
KUMPULAN B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah.
2
KUMPULAN C – Mencari maklumat berdasarkan lagu
Keranamu Malaysia
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
lahir generasi bijak pandai
Pakar I.T. pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kekayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Keranamu negara Malaysia
Malaysia …
Terima kasih Malaysia !!!
2
KUMPULAN D – Mencari maklumat berdasarkan gambar
KUMPULAN E – BERITA
GUA MUSANG, 14 November – Seorang ibu tunggal merayu bantuan orang ramai untuk
meringankan beban yang ditanggung selepas anak perempuan bongsunya yang berusia 18 bulan
menghadapi masalah penglihatan akibat selaput mata kanannya rosak sehingga hampir
menyebabkan buta.
Rosmah Yahya berkata bahawa anak bongsunya itu menghadapi masalah mata kiri dan
kanan yang diselaputi putih. Ujian imbasan mata mengesahkan kanak-kanak malang itu
menghidapi glukoma.
“Kini, saya terpaksa berulang alik dari Gua Musang ke Hospital
Kuala Lumpur sebanyak tiga kali sebulan. Saya tidak mampu menanggung kos kerana baru
kematian suami yang terlibat dalam kemalangan jalanraya tiga bulan yang lalu, manakala dua
orang anak berusia lima dan empat tahun perlu ditanggung,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Rosmah Yahya di
talian 0135999066.
3
CONTOH SOALAN LATIHAN
1. LATIHAN PERTAMA
Pada suatu hari, kamu ternampak seorang budak dilanggar kereta. Budak itu terjatuh
ditepi jalan. Ceritakan tindakan kamu untuk membantu budak itu.
Pendahuluan
 Bersiar-siardi taman – ternampakseorangbudakdilanggarkereta
Isi-isi
 Berlari ke arah budakitu – menolongbudakbangun – memapahnyake bangku –penunggang
motosikal jugamembantu
 Lutut budakituberdarah – mengambil saputangan - membalutlukanya
 Penunggangmotosikalhendakmembawabudakituke klinik –saya turutsama – mengekori
merekadenganbasikal
 Budakitu dirawatdi klinik –menolongbudakitumenelefonanggotakeluarganya
Penutup
 Ibubapa budakitu tiba– berterimakasihkepadasayakeranamembantuanakmereka
2. LATIHAN KEDUA
Masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah kamu semakin serius sejak akhir-akhir
ini. Sebagai ketua murid, kamu diminta menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk
mengadukan masalah itu. Tulis surat tersebut selengkapnya.
Pendahuluan
memperkenalkandiri - menyatakantujuanmenulissurat- membuataduantentangmasalahdisiplin
dalamkalanganmurid
3
Isi-isi
- Masalah disiplindalamkalanganmuridsemakinberleluasa –banyakkessalahlaku berlaku -
datang lewat,pontengsekolah,buli
- Bilanganmuridnakal bertambah - telahdiberi nasihattetapi masihberdegil - perbuatanmereka
mungkinmenjadi ikutanmuridlain
- Palingmembimbangkan - adayangberani melawanpengawasyangbertugas - mengugut
mereka- keselamatanterancam.
- Menjejaskannamabaiksekolah - hasratuntukmengekalkankejayaansebagai SekolahContoh
tidakakan tercapai.
Penutup
Berharapagar tindakansewajarnyadapatdiambil- mengatasi masalahyangtimbul - mengucapkan
terimakasih.
3. LATIHAN KETIGA
Kamu telah lewat datang ke sekolah. Ceritakan tindakan yang kamu akan lakukan pada
hari tersebut.
4. LATIHAN KEEMPAT
Kelas kamu akan mengadakan majlis perpisahan sempena guru kelas kamu yang akan
bertukar sekolah. Selaku wakil kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan pada
majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.
4
CONTOH UJIAN PRA
1. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut
sesuatu hari perayaan. Baru-baru ini anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka
seorang pemimpin negara. Gambarkan keadaan dan suasana rumah terbuka tersebut.
5
CONTOH UJIAN PASCA
1. Ibu bapa tidak harus membeli makanan ringan untuk anak-anak kerana makanan ringan
tidak baik untuk kesihatan. Tulis karangan tentang kesan buruk makanan ringan terhadap
kesihatan kita.
6
NO NAMA PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN
UJIAN PRA UJIAN PASCA
1 KUMPULAN RAWATAN 45
2 KUMPULAN RAWATAN 43
3 KUMPULAN RAWATAN 39
4 KUMPULAN RAWATAN 37
5 KUMPULAN RAWATAN 37
6 KUMPULAN RAWATAN 36
7 KUMPULAN RAWATAN 35
8 KUMPULAN RAWATAN 34
9 KUMPULAN RAWATAN 32
10 KUMPULAN RAWATAN 30
11 KUMPULAN KAWALAN 88
12 KUMPULAN KAWALAN 88
13 KUMPULAN KAWALAN 86
14 KUMPULAN KAWALAN 84
15 KUMPULAN KAWALAN 83
16 KUMPULAN KAWALAN 80
17 KUMPULAN KAWALAN 78
18 KUMPULAN KAWALAN 77
19 KUMPULAN KAWALAN 77
20 KUMPULAN KAWALAN 74
21 KUMPULAN KAWALAN 72
22 KUMPULAN KAWALAN 72
23 KUMPULAN KAWALAN 69
24 KUMPULAN KAWALAN 69
25 KUMPULAN KAWALAN 65
26 KUMPULAN KAWALAN 65
27 KUMPULAN KAWALAN 63
28 KUMPULAN KAWALAN 57
29 KUMPULAN KAWALAN 56
30 KUMPULAN KAWALAN 55

More Related Content

What's hot

01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadanganChon Seong Hoo
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanFariz Salim
 
Proposal ptk mgmp 2013
Proposal ptk mgmp 2013Proposal ptk mgmp 2013
Proposal ptk mgmp 2013Hamzah Yuddin
 
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Mohd Suwardi
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamAdam Kamaludin
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Irma Nurmayanti
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisandri wahyudi
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sariCjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata saridindavishaka
 
Ptk m ts n mhs bahasa inggris kelas vii kelompok belajar
Ptk m ts n mhs bahasa inggris kelas vii kelompok belajarPtk m ts n mhs bahasa inggris kelas vii kelompok belajar
Ptk m ts n mhs bahasa inggris kelas vii kelompok belajarfulan85
 
Kb ing upayameningkatkankemampuanberbicrabhsinggris
Kb ing upayameningkatkankemampuanberbicrabhsinggrisKb ing upayameningkatkankemampuanberbicrabhsinggris
Kb ing upayameningkatkankemampuanberbicrabhsinggrisBahrul Ulum
 
Ptk meningkatkan kemampuan menulis siswa
Ptk meningkatkan kemampuan menulis siswaPtk meningkatkan kemampuan menulis siswa
Ptk meningkatkan kemampuan menulis siswaEika Matari
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaanNorbaizura Md Isa
 
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasusStrategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasusberbagikarya
 
Meningkatkan kemampuan menulis dalam bahasa inggris melalui metode mind mapping
Meningkatkan kemampuan menulis dalam bahasa inggris melalui metode mind mapping Meningkatkan kemampuan menulis dalam bahasa inggris melalui metode mind mapping
Meningkatkan kemampuan menulis dalam bahasa inggris melalui metode mind mapping Erika Marta Lestari
 
Proposal ptk bahasa indonesia
Proposal ptk bahasa indonesiaProposal ptk bahasa indonesia
Proposal ptk bahasa indonesiaLaila Amru
 

What's hot (20)

01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Proposal ptk mgmp 2013
Proposal ptk mgmp 2013Proposal ptk mgmp 2013
Proposal ptk mgmp 2013
 
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adam
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sariCjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sari
 
Ptk m ts n mhs bahasa inggris kelas vii kelompok belajar
Ptk m ts n mhs bahasa inggris kelas vii kelompok belajarPtk m ts n mhs bahasa inggris kelas vii kelompok belajar
Ptk m ts n mhs bahasa inggris kelas vii kelompok belajar
 
Kb ing upayameningkatkankemampuanberbicrabhsinggris
Kb ing upayameningkatkankemampuanberbicrabhsinggrisKb ing upayameningkatkankemampuanberbicrabhsinggris
Kb ing upayameningkatkankemampuanberbicrabhsinggris
 
Ptk proposal ing1
Ptk proposal ing1Ptk proposal ing1
Ptk proposal ing1
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Ptk meningkatkan kemampuan menulis siswa
Ptk meningkatkan kemampuan menulis siswaPtk meningkatkan kemampuan menulis siswa
Ptk meningkatkan kemampuan menulis siswa
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
 
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasusStrategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Meningkatkan kemampuan menulis dalam bahasa inggris melalui metode mind mapping
Meningkatkan kemampuan menulis dalam bahasa inggris melalui metode mind mapping Meningkatkan kemampuan menulis dalam bahasa inggris melalui metode mind mapping
Meningkatkan kemampuan menulis dalam bahasa inggris melalui metode mind mapping
 
Proposal ptk bahasa indonesia
Proposal ptk bahasa indonesiaProposal ptk bahasa indonesia
Proposal ptk bahasa indonesia
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 

Similar to proposal

Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)Kak Min Min
 
Strategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlangStrategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlangSuraya Hanis
 
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdfMeningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdfWahyu Rakhmanto
 
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upmR29
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baruAyieda Eryna
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
cth kajian tindakan 2.pdf
cth kajian tindakan 2.pdfcth kajian tindakan 2.pdf
cth kajian tindakan 2.pdfWawaWaheeda
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
Best Practic ERNI SUTIRA.pdf
Best Practic ERNI SUTIRA.pdfBest Practic ERNI SUTIRA.pdf
Best Practic ERNI SUTIRA.pdfERNIsutira
 
Modul Ajar teks Laporan Percobaan.pdf
Modul Ajar teks Laporan Percobaan.pdfModul Ajar teks Laporan Percobaan.pdf
Modul Ajar teks Laporan Percobaan.pdfHasniSaid2
 
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi Rev.pdf
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi Rev.pdfLK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi Rev.pdf
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi Rev.pdfUlfaKhoirunisa2
 
Unit 11 ( kita memberi , orang merasa )
Unit 11 ( kita memberi , orang merasa )Unit 11 ( kita memberi , orang merasa )
Unit 11 ( kita memberi , orang merasa )Peter Edward
 
Asesmen literasi
Asesmen literasiAsesmen literasi
Asesmen literasilositadewi
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmenLembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmenherman hidayat
 
contoh laporan ptk pba "optimalisasi metode jahriyah dalam pemahaman kitab ku...
contoh laporan ptk pba "optimalisasi metode jahriyah dalam pemahaman kitab ku...contoh laporan ptk pba "optimalisasi metode jahriyah dalam pemahaman kitab ku...
contoh laporan ptk pba "optimalisasi metode jahriyah dalam pemahaman kitab ku...Nur Agustin Mufarokhah
 

Similar to proposal (20)

Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
 
Strategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlangStrategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlang
 
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdfMeningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
 
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baru
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
cth kajian tindakan 2.pdf
cth kajian tindakan 2.pdfcth kajian tindakan 2.pdf
cth kajian tindakan 2.pdf
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
Best Practic ERNI SUTIRA.pdf
Best Practic ERNI SUTIRA.pdfBest Practic ERNI SUTIRA.pdf
Best Practic ERNI SUTIRA.pdf
 
Modul Ajar teks Laporan Percobaan.pdf
Modul Ajar teks Laporan Percobaan.pdfModul Ajar teks Laporan Percobaan.pdf
Modul Ajar teks Laporan Percobaan.pdf
 
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi Rev.pdf
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi Rev.pdfLK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi Rev.pdf
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi Rev.pdf
 
Unit 11 ( kita memberi , orang merasa )
Unit 11 ( kita memberi , orang merasa )Unit 11 ( kita memberi , orang merasa )
Unit 11 ( kita memberi , orang merasa )
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
Asesmen literasi
Asesmen literasiAsesmen literasi
Asesmen literasi
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmenLembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
Lembaran kerja-siswa-lks-format-asesmen
 
Lesson observe
Lesson observeLesson observe
Lesson observe
 
contoh laporan ptk pba "optimalisasi metode jahriyah dalam pemahaman kitab ku...
contoh laporan ptk pba "optimalisasi metode jahriyah dalam pemahaman kitab ku...contoh laporan ptk pba "optimalisasi metode jahriyah dalam pemahaman kitab ku...
contoh laporan ptk pba "optimalisasi metode jahriyah dalam pemahaman kitab ku...
 

More from Muhd ASRUL

More from Muhd ASRUL (11)

KAJIAN KES SEJARAH (AMIZZAN).pptx
KAJIAN KES SEJARAH (AMIZZAN).pptxKAJIAN KES SEJARAH (AMIZZAN).pptx
KAJIAN KES SEJARAH (AMIZZAN).pptx
 
Cover
CoverCover
Cover
 
Rekod
RekodRekod
Rekod
 
Lampiran 1
Lampiran 1Lampiran 1
Lampiran 1
 
Jumaat
JumaatJumaat
Jumaat
 
Rph observe dst t2
Rph observe dst t2Rph observe dst t2
Rph observe dst t2
 
Rpt bib t1
Rpt bib t1Rpt bib t1
Rpt bib t1
 
Cover rpt
Cover rptCover rpt
Cover rpt
 
Isnin
IsninIsnin
Isnin
 
Aktiviti 2
Aktiviti 2Aktiviti 2
Aktiviti 2
 
Psv1 130418051735-phpapp02
Psv1 130418051735-phpapp02Psv1 130418051735-phpapp02
Psv1 130418051735-phpapp02
 

Recently uploaded

Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 

Recently uploaded (20)

Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 

proposal

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK Nama Pelajar : No. Kad Pengenalan : Kursus : Kumpulan / Unit : Kod Mata Pelajaran : Nama Institut : Nama Pensyarah : Tarikh Serahan :
  • 2. HALAMAN PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : ………………………… Nama : Tarikh :
  • 3. “Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus" Seikhlasnya, …………………………. ( ) PENGHARGAAN
  • 4. HALAMAN PENGAKUAN i PENGHARGAAN ii SENARAI KANDUNGAN iii ABSTRAK 1 1.0 PENDAHULUAN 2 1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 2 1.2 REFLEKSI SOROTAN LITERATUR 4 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 5 2.1 TINJAUAN MASALAH 5 2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 6 3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 7 3.1 OBJEKTIF KAJIAN 7 3.2 SOALAN KAJIAN 7 4.0 KUMPULAN SASARAN 8 5.0 TINDAKAN 9 5.1 PROSEDUR TINDAKAN 9 5.2 CARA MENGUMPUL DATA 13 5.3 PENILAIAN 15 6.0 TINJAUAN LITERATUR 17 7.0 PENUTUP 20 REFLEKSI 21 RUJUKAN 22 KOLABORASI LAMPIRAN
  • 5. KAEDAH SALIN, JALIN DAN ULANG BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 Oleh: ………………………………….. IPG Kampus Rajang, Bintangor ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan dengan menggunakan Kaedah Salin, Jalin dan Ulang dalam kalangan murid Tahun 6 Alamanda Sekolah Kebangsaan St. Francis Xavier yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan menjalani Kaedah Salin, Jalin dan Ulang manakala kumpulan kawalan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.. Tinjauan masalah mendapati bahawa semasa Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2012, terdapat 10 orang murid telah gagal dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu terutama Bahagian B kerana kurang kemahiran mengolah dan menghuraikan isi karangan tersebut. Beberapa prosedur tindakan telah dirancang dengan melaksanakan tiga jenis aktiviti berpandukan Kaedah Salin, Jalin dan Ulang yang akan dijalankan dan hendaklah bersesuaian dengan objektif kajian pengkaji. Data akan dikumpulkan melalui pemerhatian, temubual,, Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2012, Ujian Pra, dan Ujian Pasca.
  • 6. 1.0 PENDAHULUAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis, murid-murid akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997). Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSR, bagaimanapun tidak menjamin murid-murid benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan murid perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti dan berminda kelas pertama demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020. 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Murid-murid kelas 6 Alamanda terdiri daripada 30 orang yang merupakan target Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan St. Francis untuk lulus dalam Kertas Penulisan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012. Semasa pengkaji menyemak karangan Peperiksaan Pertengahan Semester 1 pada 22 Mac 2012 yang lalu, seramai 10 orang murid Tahun 6 Alamanda telah gagal dalam Kertas Penulisan
  • 7. Bahasa Melayu. Hal ini kerana, murid-murid hanya mendapat 10 hingga 15 markah sahaja daripada 30 markah dalam Bahagian B, Kertas Penulisan Bahasa Melayu. Markah mereka masih belum cukup kuat untuk mendapat gred yang baik. Rajah 1.1: Hasil Karangan Bahagian B Bagi mengetahui punca kegagalan murid ini, pengkaji telah membuat kajian dengan meminta murid-murid membuat pembetulan ujian lepas, dengan membuat draf karangan yang lengkap Bahagian B, kertas penulisan Bahasa Melayu Peperiksaan Pertengahan Semester 1. Pengkaji telah mengambil beberapa inisiatif agar pengajarannya dapat memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran dan pencapaian anak didiknya. Pengkaji yakin dan percaya bahawa prestasi murid-murid ini masih boleh dipertingkatkan dan diperbaiki lagi dengan adanya usahasama serta motivasi yang tinggi yang diberikan oleh guru.
  • 8. 1.2 Refleksi Sorotan Literatur Teori Psikologi Leo S.Vygotsky, telah menyatakan bahawa dalam proses penulisan mempengaruhi pengajaran kemahiran literasi amnya, dan penulisan khususnya, seperti perspektif pemprosesan maklumat, perspektif naturalis, dan perspektif Vygotskian (McCathey & Raphael, 1992 dalam Roselan Baki, 2003). Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Memandangkan dominasi murid kelas ini berbangsa Iban, iaitu seramai 27 orang dan 3 orang murid berbangsa Melayu, jadi penguasaan mereka dalam penulisan karangan bahasa Melayu agak lemah. Walaupun mereka telah diajar membina pelbagai jenis ayat dan pengunaan struktur ayat yang betul sejak Tahun 2 lagi tetapi masih ada yang ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa meminta murid membuat draf karangan soalan Bahagian B, mereka kurang mahir dalam menghasilkan karangan yang baik. Hal ini kerana, mereka tiada kemahiran dalam mengolah dan menghuraikan isi karangan terutama 10 orang murid yang telah gagal dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu tersebut. Kajian ini membincangkan aspek yang berkaitan sorotan literatur iaitu menggunakan Kaedah Salin, Jalin dan Ulang yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan, kesan kaedah yang digunakan dalam meningkatkan keupayaan menulis karangan, mengetahui
  • 9. perbezaan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan setelah Kaedah Salin, Hafal dan Ulang diaplikasikan oleh kumpulan rawatan manakala kumpulan kawalan menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan keupayaan meningkatkan menulis karangan dalam kalangan murid-murid. Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan untuk menghubungkan orang yang lebih berkebolehan, iaitu guru dan murid-murid yang lebih pintar dengan murid yang sedang menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003). Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai merupakan kebolehan memberi idea atau pendapat dalam penulisan karangan. 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 2.1 Tinjauan Masalah Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang murid-murid ialah bagaimana mengolah dan menghuraikan isi-isi karangan mereka. Pengkaji telah mengesan kelemahan menulis karangan dalam kalangan murid apabila memeriksa kertas penulisan Peperiksaan Pertengahan Semester 1 yang lalu. Bagi memastikan kesahihan masalah ini, pengkaji meminta murid-murid membuat pembetulan ujian karangan Bahagian B. Isi-isi penting karangan telah diberikan dan diminta untuk membuat draf karangan yang lengkap bagi menjawap karangan Bahagian B, kertas penulisan Bahasa Melayu. Pengkaji mendapati bahawa draf karangan tidak dapat dijawab dengan baik. Penulisan
  • 10. mereka tidak mengikut struktur binaan ayat yang betul. Mereka begitu susah untuk menyampaikan maklumat, idea, pandangan, dan perasaan dalam penulisan mereka. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat ini, pengkaji membuat rumusan bahawa sesuatu perlu dilakukan terhadap murid-murid Tahun 6 Alamanda ini untuk membantu mereka menghadapi UPSR tahun 2012 ini. 2.2 Analisis Tinjauan Masalah Bagi mengukuhkan lagi tinjauan masalah yang dikemukakan di atas, pengkaji telah membuat analisis markah Peperiksaan Pertengahan Semester 1, iaitu Kertas Penulisan Bahasa Melayu murid Tahun 6 Alamanda. Jadual di bawah menunjukkan markah Ujian Bahasa Melayu Kertas 2 pada Peperiksaan Pertengahan Semester 1, kelas Tahun 6 Alamanda pada bulan Mac yang lalu. Terdapat 20 orang murid mendapat markah lebih daripada 50% ke atas manakala 10 orang telah mendapat markah kurang daripada 50% pada Peperiksaan Pertengahan Semester 1 yang lalu kerana lemah menjawab soalan Bahagian B, Bahasa Melayu Kertas 2. (Rujuk Lampiran 1). Berikut adalah hasil analisis tersebut:
  • 11. Jadual 2.1 Markah Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2012 MARKAH (%) BILANGAN MURID 80 - 89 6 orang 70 – 79 6 orang 60 – 69 5 orang 50 – 59 3 orang 40 – 49 2 orang 30 – 39 8 orang 3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 3.1 Objektif Kajian Objektif Kajian bagi meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6 Alamanda ialah: 1. Mengenal pasti punca masalah murid dalam meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6. 2. Pengaplikasian penggunaan Kaedah Salin, Hafal dan ulang bagi meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6. 3. Mengenal pasti kesan pengaplikasian penggunaan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang bagi meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6. 4. Mengetahui perbezaan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan setelah Kaedah Salin, Hafal dan Ulang diaplikasikan.
  • 12. 3.2 Soalan Kajian Pengkaji telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan- persoalan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6 Alamanda ialah: 1. Apakah punca masalah murid dalam meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 6? 2. Adakah Kaedah Salin, Hafal dan Ulang bagi meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid 6? 3. Apakah kesan pengaplikasian penggunaan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang bagi meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan murid 6? 4. Apakah perbezaan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan setelah Kaedah Salin, Hafal dan Ulang diaplikasikan? 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ialah murid-murid Tahun 6 Alamanda Sekolah Kebangsaan St. Francis Xavier sesi 2012 yang telah gagal dalam Bahasa Melayu Kertas Penulisan. Seramai 10 orang murid yang lemah dalam menulis karangan, di mana terdiri daripada 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan. 10 orang murid tersebut tergolong dalam kumpulan rawatan manakala 20 orang murid lagi termsuk dalam kumpulan kawalan.
  • 13. 5.0 TINDAKAN 5.1 Prosedur Tindakan Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji merangka beberapa strategi bagi membantu meningkatkan keupayaan menulis karangan dalam kalangan 10 orang murid Tahun 6 yang diketagorikan sebagai kumpulan rawatan dan seterusnya membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam latihan, ujian dan peperiksaan UPSR manakala 20 orang murid dalam kumpulan kawalan akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Pelaksanaan kajian ini mengambil masa selama 8 minggu termasuklah tindakan mengenal pasti masalah murid-murid. Pengkaji merancang untuk menggunapakai tiga jenis aktiviti yang bersesuaian dan dapat mencapai objektif kajian pengkaji. Tiga aktiviti yang telah dirancang untuk membantu murid meningkatkan keupayaan menulis karangan Bahasa Melayu dengan menggunakan Kaedah Salin, Jalin dan Ulang ialah: i. Aktiviti Menyalin Karangan Murid-murid akan diberikan contoh karangan yang baik dan dikehendaki menyalin semula karangan tersebut dan dinilai dari segi penggunaan perkataan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan (dilaksanakan selama 2 minggu, aktiviti menyalin karangan selama 40 minit). Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan diri murid-murid dengan olahan karangan yang baik dan dapat menjana idea dalam penulisan. Murid-murid juga telah terlebih dahulu diberi penerangan berkenaan kaedah, teknik dan strategi penulisan karangan. Kaedah pelaksanaan yang dirancang adalah:
  • 14.  Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan secara berpasangan  Murid berbincang tentang peranan dan tugas masing-masing merangkumi pencatat dan pelapor  Guru memberi penerangan ringkas melalui slide yang dipaparkan di hadapan kelas  Murid dikehendaki menyalin karangan yang telah dipilih oleh guru  Murid berbincang tentang isi karangan dan kaedah olahan karangan yang disalin dan seterusnya membuat perbentangan ii. Aktiviti Menjalin Isi Karangan Kaedah ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan penulisan karangan berdasarkan rangka karangan ringkas yang disediakan. Bentuk penulisan perlu berdasarkan karangan yang telah disalin dalam kaedah (i) di mana murid akan merangka isi penting dan olahan karangan. Kaedah ini juga bertujuan untuk membiasakan murid cara untuk mencari maklumat dan mendapatkan idea serta dapat menyampaikan maklumat dengan ayat yang tepat dan gramatis. Latihan menjalin isi karangan akan dibuat dalam masa yang ditetapkan selama 40 minit dan dilaksanakan selama 2 minggu. Bentuk soalan dan rangka isi ditunjukkan dalam Lampiran 2. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:  Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan  Guru menayangkan gambar di skrin dan menerangkan tentang cara untuk mencari maklumat atau idea untuk menulis
  • 15.  Murid-murid diberi soalan untuk setiap tugasan seperti berikut: Kumpulan A – Mencari maklumat penting berdasarkan puisi iaitu syair Kumpulan B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah Kumpulan C – Mencari maklumat berdasarkan lagu Kumpulan D – Mencari maklumat berdasarkan gambar Kumpulan E – Mencari maklumat berdasarkan rencana  Murid membina dan menulis karangan berdasarkan karangan yang telah dipelajari dan kerangka isi yang dibina. iii. Aktiviti Mengulang Menulis Karangan Apabila murid-murid sudah memahami kaedah (i) dan Kaedah (ii), secara individu murid-murid akan mempraktikkan kaedah ini secara berulang kali. Aktiviti ini bertujuan membiasakan diri murid-murid menulis karangan yang lengkap dan dapat menyampaikan maklumat, idea, pandangan dan perasaan dengan baik dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dijalankan dalam tempoh masa 45 minit selama 2 minggu. Kaedah yang dicadangkan seperti berikut:  Murid-murid dikehendaki menyediakan satu karangan yang lengkap berdasarkan kaedah yang telah dipelajari iaitu salin dan jalin sepanjang sekurang-kurangnya 80 patah perkataan dalam tempoh masa 45 minit berdasarkan tajuk karangan yang lain yang telah disediakan.
  • 16.  Selepas siap, karangan akan disemak oleh guru dan sekiranya terdapat kesalahan, perbincangan serta-merta antara guru dengan murid hendaklah dilakukan supaya murid-murid mengetahui kesilapan mereka dan memperbetulkan dengan kadar segera.  Selepas itu, murid-murid hendaklah mengulangi penulisan karangan yang sama selepas dibuat pembetulan tanpa melihat teks karangan yang ditulis itu atau dengan erti kata lain menulis sambil menghafal isi karangan tersebut. Selepas 6 minggu melaksanakan aktiviti ini, bagi mengetahui akan keberkesanan kaedah yang akan digunakan ini, pengkaji akan memberikan beberapa latihan kepada Kumpulan Rawatan sebelum mereka menjalani Ujian Pasca dan latihan ini akan dijalankan dalam tempoh 2 minggu. Bagi Latihan Pertama dan Latihan Kedua, rangka karangan akan diberi supaya mereka senang mengolah isi karangan tersebut tetapi untuk Latihan Ketiga dan Latihan Keempat, mereka sendiri yang akan mengolah isi karangan tersebut tanpa bantuan daripada guru mereka. Berikut merupakan jadual latihan yang akan dijalankan oleh murid Kumpulan Rawatan ini bagi melihat perkembangan mereka selepas menlaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang selama 6 minggu itu dan contoh soalan latihan seperti di Lampiran 3.
  • 17. Jadual 2 Jadual Perkembangan Penulisan Karangan Murid Kumpulan Rawatan No Latihan Kekemasan Pengolahan Isi Sistem Bahasa 1 Latihan pertama 2 Latihan kedua 3 Latihan ketiga 4 Latihan keempat 5.2 Cara Mengumpul Data Pengkaji akan mengumpul data melalui lima cara iaitu: i. Pemerhatian Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dan guru bertindak sebagai pemerhati tanpa penglibatan diri dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian dibuat berdasarkan peringkat penulisan karangan, iaitu sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan selepas menulis karangan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap mengolah dan menghuraikan isi karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Pengkaji juga akan meninjau cara murid menyampaikan idea dan pendapat mereka melalui soalan yang diberikan.
  • 18. ii. Temu bual Satu lagi instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah temubual. Temubual melibatkan pertemuan pengkaji dengan Puan Qistina iaitu bekas guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 dan Tahun 5 mereka. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, alat kajian telah disediakan. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diajukan kepada Puan Qistina serta dijawab secara lisan. Temubual terbahagi kepada tiga jenis iaitu temubual berstruktur (Structured Interviews), tidak berstruktur (Unstructured Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured Interviews). Temubual berstruktur merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang menjurus kepada topik yang spesifik. Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan soalan-soalan terbuka dikemukakan kepada guru tersebut. Temubual semi berstruktur merupakan gabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur. Berikut merupakan kandungan dalam temu bual tersebut. Terdapat empat soalan yang dikemukakan kepada guru terbabit, yang mana soalan-soalan yang menjurus kepada temubual semi berstruktur iaitu 1) Soalan pertama adalah masalah yang dihadapi pelajar semasa menulis karangan. 2) Soalan kedua ialah cara untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan karangan.
  • 19. 3) Soalan ketiga ialah teknik-teknik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. 4) Soalan empat dikemukakan adalah strategi pemilihan tajuk dan mengenal pasti kata kunci soalan bagi memastikan soalan yang dijawab bertepatan dengan pengetahuan dan idea murid-murid. iii. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Keputusan murid ini merupakan instrumen utama dalam mendapatkan data bagi mengenal pasti pemasalahan murid. Sasaran kajian adalah kepada murid-murid kumpulan rawatan yang mendapat markah kurang daripada 50% untuk Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6. iv. Ujian PRA Ujian pra merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap murid-murid tersebut. Ujian pra akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaiaan murid-murid Tahun 6 Alamanda dalam penguasaan mereka mengolah dan menghuraikan isi-isi karangan. Ujian ini akan melibatkan 30 orang murid iaitu murid kumpulan kawalan dan murid kumpulan rawatan. Format ujian ini adalah seperti yang berada di Lampiran 4. v. Ujian PASCA Ujian Pos bertujuan mengetahui keberkesanan pelaksanaan kajian. Ujian pos juga dijalankan untuk membandingkan nilai skor pelajar sebelum dan selepas diberikan rawatan ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Dalam ujian pos murid-
  • 20. murid juga diberi satu set soalan mengikut format Bahasa Melayu Penulisan. Contoh soalan Ujian Pasca seperti yang berada di dalam Lampiran 5. 5.3 Penilaian Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan akan menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Kedua- dua ujian akan dijalankan dalam masa 45 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang terdapat di sekolah ini. Markah ujian pasca yang lebih tinggi daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan iaitu Kaedah Salin, Jalin dan Ulang berkesan sehingga meningkatkan markah murid Kumpulan Rawatan berbanding sebelum tindakan dijalankan. Penilaian ujian pra dan ujian pasca juga akan diambil ke atas kumpulan kawalan yang hanya mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Sekiranya ujian pasca ke atas Kumpulan Rawatan lebih tinggi berbanding dengan Kumpulan Kawalan ini, bermaksud tindakan yang dijalankan atau kaedah yang digunakan berkesan. Jadual Skor Markah ujian pra dan ujian pasca yang akan diperolehi oleh murid (Rujuk Lampiran 6). 6.0 TINJAUAN LITERATUR Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk
  • 21. tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Maka, dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan kandungan, pengatahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994). Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan. Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Selain itu, Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid
  • 22. penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan berkesan (Roselan Baki, 2003). Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005). Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan- rakan, 2001). Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian bagi menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid. Manakala Yahya Othman (2005) dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005) menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca.
  • 23. Penguasaan penulisan sebenarnya banyak dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020. 7.0 PENUTUP Kesimpulannya, laporan kertas cadangan yang pengkaji buat ini akan dapat membantu murid- murid yang mempunyai masalah dalam mengolah isi karangan dan dapat meningkatkan penulisan mereka. Sekiranya, kajian ini dilakukan dengan penuh kesungguhan, nescaya murid- murid dapat memperbaiki mutu penulisan mereka serta dapat memperkembangkan idea dengan lebih bernas lagi. Melalui Kaedah Salin, Jalin dan Ulang ini, murid-murid tidak terasa terbeban kerana kaedah ini menggunakan teknik ansur maju iaitu dari yang senang ke susah. Proses pembelajaran kaedah ini juga senang diikuti oleh murid dengan bimbingan padu daripada guru mereka. Oleh hal yang demikian, pengkaji berharap agar kertas cadangan ini dapat diteruskan penyelidikan bagi meningkatkan penulisan dalam kalangan murid-murid.
  • 24. REFLEKSI Semasa menjalankan tugasan ini, saya menyediakan satu portfolio yang merangkumi penyelidikan tindakan di mana menyediakan satu laporan kertas cadangan tentang permasalahan murid-murid dalam pelajaran di sekolah terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini. Pelbagai aspek yang diperhatikan dalam permasalahan murid-murid dalam pelajaran mereka dan satu masalah yang sering dihadapi murid ialah membuat karangan. Oleh hal yang demikian, saya telah membuat satu kertas cadangan cara-cara meningkatan mutu penulisan dalam kalangan murid yang menghadapi masalah ini. Justeru itu, satu kaedah yang saya cipta untuk mengahapi masalah ini iaitu Kaedah Salin, Jalin dan Ulang. Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya menghadapi masalah dalam mencari aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dengan menggunakan kaedah ini. Akhirnya semua itu dapat diatasi dengan bimbingan daripada kawan-kawan serta hasil daripada bahan-bahan sumber rujukan. Sehubungan dengan itu, melalui pengalaman yang sedia ada juga, saya dapat menjalankan kerja kursus ini dengan berjaya dan lancar terutama dalam mengumpul data penyelidikan ini. Pengalaman semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah ini juga banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini kerana lebih dekat lagi dengan masalah murid-murid ini. Sebagai kesimpulan, tugasan ini memberi banyak manfaat dan pengalaman saya dalam menyediakan kajian tindakan pada masa akan datang. Ini merupakan satu bonus besar bagi saya
  • 25. dalam menghadapi alam perkerjaan yang sebenar nanti dan lebih memudahkan saya menjalankan kerja saya nanti.
  • 26. RUJUKAN Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abd.Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar Tingkatan Empat: Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hartini Husin. (2005). Meningkatkan kemahiran merumus karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 6 melalui permainan padanan kad. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Majid Konting. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Mohd.Nashuha Jamidin. (1996). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd. Nadzeri Isa. (2001). Kesan penggunaan bahan rangsangan terhadap prestasi penulisan karangan pelajar peringkat menengah rendah. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti PutraMalaysia, Serdang. Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kursus Bahasa Fajar Bakti Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd. Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freeminda Horizons Sdn. Bhd. Rozaimah Binti Abd. Hamid. (2000). Pengajaran di dalam bilik darjah: Kaedah dan teknik pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Publications. Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
  • 27. Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan. http://karanganbagus.blogspot.com. Akses pada 16 Julai 2012.
  • 28. 1 Nama:____________________________ Kelas :____________________________ Peperiksaan Pertengahan Semester 1 2012 BAHASA MELAYU — PENULISAN 012 MAC 1¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Anda dukehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Kod Pemeriksa: Bahagian No. Soalan Markah A B C JUMLAH 60
  • 29. 2 Tajuk perbincangan kumpulan Mencari maklumatpenting berdasarkanbahanKOMSAS iaitusyair Mencari maklumatpenting berdasarkan petikandari majalah Mencari maklumatberdasarkan lagu Mencari maklumatberdasarkan gambar Mencari maklumatberdasarkan rencanan
  • 30. 2 KUMPULAN A – Mencari maklumat penting berdasarkan puisi syair Syair Cintai Alam Sekitar Aduhai adikku kakak berpesan, Kelak dirimu jadikan panduan, Cintailah keindahan jaga kebersihan, Persekitaran indah tiada pencemaran. Kempen kebersihan bersama dihayati, Udara nyaman pasti dinikmati, Sihat badan wajah berseri, Negara aman hidup harmoni. Jadilah warga bertimbang rasa, Kepada alam membuat jasa, Tanah dan tumbuhan dipelihara, Kerosakan tiada bumi sejahtera. Air sungai mengalir damai, Ombak berlagu memukul pantai, Unggas bernyanyi suasana permai, Di hari minggu kita bersantai. Jerebu berleluasa melanda negara, Kebakaran dan kilang punca angkara, Lapisan ozon semakin derita, Tanamkan kesedaran atasi segera. Amalan meludah membuang sampah, Mengotorkan sekitar mesti ditegah, Menghisap rokok menagih dadah, Perbuatan yang buruk perlu ditegah.
  • 31. 2 KUMPULAN B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah.
  • 32. 2 KUMPULAN C – Mencari maklumat berdasarkan lagu Keranamu Malaysia Buruh nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya lahir generasi bijak pandai Pakar I.T. pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam siber teknologi terkini Kekayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara Keranamu kami bebas merdeka Keranamu nyawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara Keranamu negara Malaysia Malaysia … Terima kasih Malaysia !!!
  • 33. 2 KUMPULAN D – Mencari maklumat berdasarkan gambar KUMPULAN E – BERITA GUA MUSANG, 14 November – Seorang ibu tunggal merayu bantuan orang ramai untuk meringankan beban yang ditanggung selepas anak perempuan bongsunya yang berusia 18 bulan menghadapi masalah penglihatan akibat selaput mata kanannya rosak sehingga hampir menyebabkan buta. Rosmah Yahya berkata bahawa anak bongsunya itu menghadapi masalah mata kiri dan kanan yang diselaputi putih. Ujian imbasan mata mengesahkan kanak-kanak malang itu menghidapi glukoma. “Kini, saya terpaksa berulang alik dari Gua Musang ke Hospital Kuala Lumpur sebanyak tiga kali sebulan. Saya tidak mampu menanggung kos kerana baru kematian suami yang terlibat dalam kemalangan jalanraya tiga bulan yang lalu, manakala dua orang anak berusia lima dan empat tahun perlu ditanggung,” katanya. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Rosmah Yahya di talian 0135999066.
  • 34. 3 CONTOH SOALAN LATIHAN 1. LATIHAN PERTAMA Pada suatu hari, kamu ternampak seorang budak dilanggar kereta. Budak itu terjatuh ditepi jalan. Ceritakan tindakan kamu untuk membantu budak itu. Pendahuluan  Bersiar-siardi taman – ternampakseorangbudakdilanggarkereta Isi-isi  Berlari ke arah budakitu – menolongbudakbangun – memapahnyake bangku –penunggang motosikal jugamembantu  Lutut budakituberdarah – mengambil saputangan - membalutlukanya  Penunggangmotosikalhendakmembawabudakituke klinik –saya turutsama – mengekori merekadenganbasikal  Budakitu dirawatdi klinik –menolongbudakitumenelefonanggotakeluarganya Penutup  Ibubapa budakitu tiba– berterimakasihkepadasayakeranamembantuanakmereka 2. LATIHAN KEDUA Masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah kamu semakin serius sejak akhir-akhir ini. Sebagai ketua murid, kamu diminta menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk mengadukan masalah itu. Tulis surat tersebut selengkapnya. Pendahuluan memperkenalkandiri - menyatakantujuanmenulissurat- membuataduantentangmasalahdisiplin dalamkalanganmurid
  • 35. 3 Isi-isi - Masalah disiplindalamkalanganmuridsemakinberleluasa –banyakkessalahlaku berlaku - datang lewat,pontengsekolah,buli - Bilanganmuridnakal bertambah - telahdiberi nasihattetapi masihberdegil - perbuatanmereka mungkinmenjadi ikutanmuridlain - Palingmembimbangkan - adayangberani melawanpengawasyangbertugas - mengugut mereka- keselamatanterancam. - Menjejaskannamabaiksekolah - hasratuntukmengekalkankejayaansebagai SekolahContoh tidakakan tercapai. Penutup Berharapagar tindakansewajarnyadapatdiambil- mengatasi masalahyangtimbul - mengucapkan terimakasih. 3. LATIHAN KETIGA Kamu telah lewat datang ke sekolah. Ceritakan tindakan yang kamu akan lakukan pada hari tersebut. 4. LATIHAN KEEMPAT Kelas kamu akan mengadakan majlis perpisahan sempena guru kelas kamu yang akan bertukar sekolah. Selaku wakil kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.
  • 36. 4 CONTOH UJIAN PRA 1. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu hari perayaan. Baru-baru ini anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka seorang pemimpin negara. Gambarkan keadaan dan suasana rumah terbuka tersebut.
  • 37. 5 CONTOH UJIAN PASCA 1. Ibu bapa tidak harus membeli makanan ringan untuk anak-anak kerana makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Tulis karangan tentang kesan buruk makanan ringan terhadap kesihatan kita. 6
  • 38. NO NAMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN UJIAN PRA UJIAN PASCA 1 KUMPULAN RAWATAN 45 2 KUMPULAN RAWATAN 43 3 KUMPULAN RAWATAN 39 4 KUMPULAN RAWATAN 37 5 KUMPULAN RAWATAN 37 6 KUMPULAN RAWATAN 36 7 KUMPULAN RAWATAN 35 8 KUMPULAN RAWATAN 34 9 KUMPULAN RAWATAN 32 10 KUMPULAN RAWATAN 30 11 KUMPULAN KAWALAN 88 12 KUMPULAN KAWALAN 88 13 KUMPULAN KAWALAN 86 14 KUMPULAN KAWALAN 84 15 KUMPULAN KAWALAN 83 16 KUMPULAN KAWALAN 80 17 KUMPULAN KAWALAN 78 18 KUMPULAN KAWALAN 77 19 KUMPULAN KAWALAN 77 20 KUMPULAN KAWALAN 74 21 KUMPULAN KAWALAN 72 22 KUMPULAN KAWALAN 72 23 KUMPULAN KAWALAN 69 24 KUMPULAN KAWALAN 69 25 KUMPULAN KAWALAN 65 26 KUMPULAN KAWALAN 65 27 KUMPULAN KAWALAN 63 28 KUMPULAN KAWALAN 57 29 KUMPULAN KAWALAN 56 30 KUMPULAN KAWALAN 55