SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM KALANGAN MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS
DI MALAYSIA
BAB 1
1.1 PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan satu kebolehan atau keupayaan yang perlu dikuasai pada
peringkat permulaan pembelajaran. Brunni (2006) menyatakan bahawa kemahiran menulis
menjadi asas kepada beberapa perkara seperti menentukan corak genggaman sewaktu
memegang pensel dan juga asas pergerakan yang melibatkan otot halus pada bahagian tangan
yang melibatkan penulisan atau kemahiran motor halus.
Satu kajian telah dilaksanakan bagi melihat permasalahan yang dihadapi oleh murid-
murid pendidikan khas dalam aspek kemahiran menulis huruf kecil dan huruf besar dengan
betul. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan intervensi bagi membantu murid-murid
pendidikan khas menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul. Pada masa kini, murid-
murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran didapati menulis tetapi mereka tidak dapat
menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul samada di awal, pertengahan atau akhir ayat
dengan betul. Hal ini sependapat dengan Nursyazwani (2011), kanak-kanak dengan usia yang
lebih muda sebenarnya memerlukan pendekatan pengajaran membentuk huruf dengan cara
yang berbeza berbanding dengan mereka yang lebih dewasa. Kanak-kanak yang diajar
membentuk huruf dengan cara yang betul akan merasa selesa dan seronok untuk menulis.
Oleh hal yang demikian, kemahiran pratulisan adalah salah satu kemahiran yang dapat
membantu kanak-kanak sekolah rendah membentuk huruf kecil dan besar dengan betul.
Pratulisan merupakan salah satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok masyarakat.
Menurut Sassoon (1989) dalam kajian Norain et.al (2005), tujuan dan keutamaan
mengajar kanak-kanak menulis supaya kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang cantik,
kemas, dan mudah dibaca. Mereka sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul
pada peringkat awal lagi kerana tulisan adalah satu bentuk komunikasi. Melalui penulisan
yang dihasilkan oleh kanak-kanak, mereka sebenarnya diberi peluang untuk menyalurkan
sesuatu idea yang terkandung di dalam pemikiran mereka dengan kemampuan yang ada pada
peringkat usia tersebut. Sesungguhnya kaedah pengajaran yang tidak betul akan
membantutkan kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan memberikan ruang kepada mereka
untuk mengembangkan tabiat buruk ketika menulis.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Pengkaji diberi tanggungjawab mengajar kelas Pendidikan Khas Harapan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Setelah mengajar dan memeriksa hasil kerja bertulis murid-murid
pendidikan khas, pengkaji mendapati sebilangan besar murid-murid mempunyai masalah
mencampur adukkan huruf kecil dan huruf besar dalam ayat. Setelah melakukan pemerhatian,
pengkaji mendapati banyak dalam kalangan murid ini mengalami masalah menulis huruf-
huruf. Pengkaji menghadapi isu tulisan ini sehingga minggu kedua mengajar walaupun
setelah kerap kali menegur murid-murid berkenaan untuk memperbaiki tulisan mereka.
Setelah beberapa kali diuji, murid-murid terbukti tidak berupaya membezakan dan
menyatakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
Akhirnya, pengkaji membuat kesimpulan bahawa isu memcampuradukkan huruf besar
dan huruf kecil ini berlaku kerana aspek teknikal tulisan murid-murid itu sendiri. Oleh itu,
pengkaji membuat keputusan untuk membetulkan masalah mencampuradukkan huruf kecil
dan huruf besar sebilangan murid pendidikan khas dalam kajian ini. Masalah ini turut
berlaku di beberapa buah sekolah di daerah ini. Oleh itu, pengkaji telah mengambil
keputusan membantu murid menambah baik kemahiran menulis perkataan dan ayat tanpa
mencampuradukkan huruf kecil dan huruf besar selain menambah baik amalan kendiri
sebagai seorang guru pada.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Realitinya, ramai kanak-kanak masih tidak dapat menulis dengan betul walaupun pada
hakikatnya Falsafah pendidikan Negara menekankan penguasaan 3M ( membaca, menulis dan
mengira) dalam pendidikan di sekolah dan masa sekarang penekanan diberikan kepada
penguasaan kemahiran 4M ( membaca, menulis, dan mengira dan menaakul ) pula. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang digubal pada tahun 1987 menyatakan bahawa:-
“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”.
Jika dilihat pada FPK, ternyata kemahiran intelek dan kemahiran jasmani juga
sebenarnya ditekankan dalam kemahiran menulis. Pada peringkat awal menulis (pratulisan),
kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran jasmani yang baik supaya dapat memegang pensel
dengan cara yang betul. Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan oleh seseorang. Dari segi kognitif pula, peringkat awal menulis
memerlukan kanak-kanak mengingati cara membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul
di samping mengingati bentuk-bentuk kesemua abjad ( huruf kecil dan huruf besar ) dengan
baik.
Untuk menguasai tulisan cantik dan kemas juga seseorang itu haruslah bermula
daripada perkara yang asas terlebih dahulu. Tiada orang yang lahir di dunia ini sempurna dan
terus hebat. Mempelajari perkara senang terlebih dahulu dan kemudian mempelajari perkara
susah dikenali sebagai ansur maju. Kaedah ansur maju turut digunakan oleh Wan Afandy
(2010), Nor Ilyana (2010), dan Ariza (2009) dalam kajian mereka. Mereka berpendapat
bahawa kaedah ansur maju merupakan satu kaedah untuk murid mempelajari sesuatu
kemahiran itu bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih
sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya.
1.4 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan teknik ansur maju
dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umum, kajian ini adalah bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan huruf kecil dan
huruf besar dalam kalangan murid-murid pendidikan khas melalui pengaplikasian kaedah
ansur maju berbantukan aktiviti alternatif bagi meningkatkan kemahiran menulis murid-murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
b) Objektif khusus kajian ini ialah:
(i) mengenalpasti kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah
pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
(ii) meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah
pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ansur
maju berbantukan aktiviti alternatif
(iii) keberkesanana kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternative dalam
meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah
pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
1.6 PERSOALAN KAJIAN
Yang berikut adalah soalan kajian dalam penyelidikan ini:
(i) Apakah masalah yang dihadapi murid-murid pendidikan khas masalah
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
(ii) Adakah kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternatif yang diaplikasikan
berkesan dalam meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas
masalah pembelajaran dalam pengajaran guru sebagai intervensi awal.
(iii) Bagaimanakah kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternatif dapat
meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah
pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran guru
1.7 HIPOTESIS Nol
(i) Murid menghadapi masalah dalam kemahiran menulis iaitu mencapur adukkan
huruf kecil dan huruf besar dalam perkataan
(ii) Kaedah ansur maju yang diaplikasikan berkesan dalam meningkatkan kemahiran
menulis murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran
(iii) Kaedah ansur maju dapat meningkatkan kemahiran menulis murid-murid
pendidikan khas masalah pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran guru
dengan berbantukan aktiviti alternatif
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting untuk mengetahui keberkesanan kaedah ansur maju berbantukan aktiviti
alternatif dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil dan huruf besar dalam
perkataan semasa sesi pengajaran murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran.
Kemahiran menulis penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi memastikan murid
boleh menulis dengan baik dan cemerlang. Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas
Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah terutamanya murid-murid pendidikan khas
masalah pembelajaran lebih lagi diberi penekanan. Hal ini amat penting untuk mereka
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa
1.9 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya melibatkan murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran di beberapa
buah sekolah di seluruh Malaysia. Kebenaran daripada pihak yang terlibat untuk melakukan
kajian adalah perlu sebelum kajian dijalankan. Kajian ini juga hanya melibatkan murid-murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran daripada pelbagai kategori murid yang berdaftar di
bawah program pendidikan khas integrasi sekolah rendah.
1.10 DEFINISI OPERASIONAL
Aktiviti : kegiatan yang dilaksanakan
Ansur maju : melakukan secara sedikit demi sedikit
Menulis : mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena
Campur aduk : campur baur, sudah bergaul dengan yang lain lain-lain

More Related Content

What's hot

PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacafiro HAR
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PPengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PFadzliaton Zainudin
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 

What's hot (20)

Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Kajian masa depan
Kajian masa depanKajian masa depan
Kajian masa depan
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membaca
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&PPengurusan Sumber Digital Dalam P&P
Pengurusan Sumber Digital Dalam P&P
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa
 

Similar to Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran program integrasi pendidikan khas di malaysia phd

Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusAhmad NazRi
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburEda Muryanti
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upmCvem Cool
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Zuraini Mat Zin
 
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptxMODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptxNoviSusilawati8
 
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab iIsi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab iHeru Joe
 
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upmR29
 
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sariCjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata saridindavishaka
 

Similar to Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran program integrasi pendidikan khas di malaysia phd (20)

Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Gess
GessGess
Gess
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linus
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
1
11
1
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm
 
50749853 skripsi
50749853 skripsi50749853 skripsi
50749853 skripsi
 
prof rashid.pdf
prof rashid.pdfprof rashid.pdf
prof rashid.pdf
 
SLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptxSLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptx
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptxMODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
MODUL 9_PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA.pptx
 
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab iIsi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
 
Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117
 
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
 
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sariCjr psikologi pendidikan dinda permata sari
Cjr psikologi pendidikan dinda permata sari
 

Recently uploaded

Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 

Recently uploaded (20)

Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 

Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran program integrasi pendidikan khas di malaysia phd

  • 1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA BAB 1 1.1 PENGENALAN Kemahiran menulis merupakan satu kebolehan atau keupayaan yang perlu dikuasai pada peringkat permulaan pembelajaran. Brunni (2006) menyatakan bahawa kemahiran menulis menjadi asas kepada beberapa perkara seperti menentukan corak genggaman sewaktu memegang pensel dan juga asas pergerakan yang melibatkan otot halus pada bahagian tangan yang melibatkan penulisan atau kemahiran motor halus. Satu kajian telah dilaksanakan bagi melihat permasalahan yang dihadapi oleh murid- murid pendidikan khas dalam aspek kemahiran menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan intervensi bagi membantu murid-murid pendidikan khas menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul. Pada masa kini, murid- murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran didapati menulis tetapi mereka tidak dapat menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul samada di awal, pertengahan atau akhir ayat dengan betul. Hal ini sependapat dengan Nursyazwani (2011), kanak-kanak dengan usia yang lebih muda sebenarnya memerlukan pendekatan pengajaran membentuk huruf dengan cara yang berbeza berbanding dengan mereka yang lebih dewasa. Kanak-kanak yang diajar membentuk huruf dengan cara yang betul akan merasa selesa dan seronok untuk menulis. Oleh hal yang demikian, kemahiran pratulisan adalah salah satu kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak sekolah rendah membentuk huruf kecil dan besar dengan betul. Pratulisan merupakan salah satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Menurut Sassoon (1989) dalam kajian Norain et.al (2005), tujuan dan keutamaan mengajar kanak-kanak menulis supaya kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang cantik, kemas, dan mudah dibaca. Mereka sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi kerana tulisan adalah satu bentuk komunikasi. Melalui penulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, mereka sebenarnya diberi peluang untuk menyalurkan sesuatu idea yang terkandung di dalam pemikiran mereka dengan kemampuan yang ada pada
  • 2. peringkat usia tersebut. Sesungguhnya kaedah pengajaran yang tidak betul akan membantutkan kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan memberikan ruang kepada mereka untuk mengembangkan tabiat buruk ketika menulis. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Pengkaji diberi tanggungjawab mengajar kelas Pendidikan Khas Harapan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Setelah mengajar dan memeriksa hasil kerja bertulis murid-murid pendidikan khas, pengkaji mendapati sebilangan besar murid-murid mempunyai masalah mencampur adukkan huruf kecil dan huruf besar dalam ayat. Setelah melakukan pemerhatian, pengkaji mendapati banyak dalam kalangan murid ini mengalami masalah menulis huruf- huruf. Pengkaji menghadapi isu tulisan ini sehingga minggu kedua mengajar walaupun setelah kerap kali menegur murid-murid berkenaan untuk memperbaiki tulisan mereka. Setelah beberapa kali diuji, murid-murid terbukti tidak berupaya membezakan dan menyatakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Akhirnya, pengkaji membuat kesimpulan bahawa isu memcampuradukkan huruf besar dan huruf kecil ini berlaku kerana aspek teknikal tulisan murid-murid itu sendiri. Oleh itu, pengkaji membuat keputusan untuk membetulkan masalah mencampuradukkan huruf kecil dan huruf besar sebilangan murid pendidikan khas dalam kajian ini. Masalah ini turut berlaku di beberapa buah sekolah di daerah ini. Oleh itu, pengkaji telah mengambil keputusan membantu murid menambah baik kemahiran menulis perkataan dan ayat tanpa mencampuradukkan huruf kecil dan huruf besar selain menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru pada. 1.3 PENYATAAN MASALAH Realitinya, ramai kanak-kanak masih tidak dapat menulis dengan betul walaupun pada hakikatnya Falsafah pendidikan Negara menekankan penguasaan 3M ( membaca, menulis dan mengira) dalam pendidikan di sekolah dan masa sekarang penekanan diberikan kepada penguasaan kemahiran 4M ( membaca, menulis, dan mengira dan menaakul ) pula. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang digubal pada tahun 1987 menyatakan bahawa:-
  • 3. “ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Jika dilihat pada FPK, ternyata kemahiran intelek dan kemahiran jasmani juga sebenarnya ditekankan dalam kemahiran menulis. Pada peringkat awal menulis (pratulisan), kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran jasmani yang baik supaya dapat memegang pensel dengan cara yang betul. Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh seseorang. Dari segi kognitif pula, peringkat awal menulis memerlukan kanak-kanak mengingati cara membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul di samping mengingati bentuk-bentuk kesemua abjad ( huruf kecil dan huruf besar ) dengan baik. Untuk menguasai tulisan cantik dan kemas juga seseorang itu haruslah bermula daripada perkara yang asas terlebih dahulu. Tiada orang yang lahir di dunia ini sempurna dan terus hebat. Mempelajari perkara senang terlebih dahulu dan kemudian mempelajari perkara susah dikenali sebagai ansur maju. Kaedah ansur maju turut digunakan oleh Wan Afandy (2010), Nor Ilyana (2010), dan Ariza (2009) dalam kajian mereka. Mereka berpendapat bahawa kaedah ansur maju merupakan satu kaedah untuk murid mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya. 1.4 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan teknik ansur maju dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran 1.5 OBJEKTIF KAJIAN Secara umum, kajian ini adalah bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan huruf kecil dan huruf besar dalam kalangan murid-murid pendidikan khas melalui pengaplikasian kaedah
  • 4. ansur maju berbantukan aktiviti alternatif bagi meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. b) Objektif khusus kajian ini ialah: (i) mengenalpasti kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (ii) meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternatif (iii) keberkesanana kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternative dalam meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran 1.6 PERSOALAN KAJIAN Yang berikut adalah soalan kajian dalam penyelidikan ini: (i) Apakah masalah yang dihadapi murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. (ii) Adakah kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternatif yang diaplikasikan berkesan dalam meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam pengajaran guru sebagai intervensi awal. (iii) Bagaimanakah kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternatif dapat meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran guru 1.7 HIPOTESIS Nol
  • 5. (i) Murid menghadapi masalah dalam kemahiran menulis iaitu mencapur adukkan huruf kecil dan huruf besar dalam perkataan (ii) Kaedah ansur maju yang diaplikasikan berkesan dalam meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran (iii) Kaedah ansur maju dapat meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran guru dengan berbantukan aktiviti alternatif 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini penting untuk mengetahui keberkesanan kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternatif dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil dan huruf besar dalam perkataan semasa sesi pengajaran murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Kemahiran menulis penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi memastikan murid boleh menulis dengan baik dan cemerlang. Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah terutamanya murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran lebih lagi diberi penekanan. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa 1.9 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya melibatkan murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia. Kebenaran daripada pihak yang terlibat untuk melakukan kajian adalah perlu sebelum kajian dijalankan. Kajian ini juga hanya melibatkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran daripada pelbagai kategori murid yang berdaftar di bawah program pendidikan khas integrasi sekolah rendah. 1.10 DEFINISI OPERASIONAL Aktiviti : kegiatan yang dilaksanakan Ansur maju : melakukan secara sedikit demi sedikit Menulis : mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena
  • 6. Campur aduk : campur baur, sudah bergaul dengan yang lain lain-lain