Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PKP 3113 1
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG
PROPOSAL
KAJIAN TINDAKAN
ADAM SHAH BIN...
PKP 3113 2
Halaman Pengakuan
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-...
PKP 3113 3
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat serta nikmat
masa dan tenaga un...
PKP 3113 4
A. PENGENALAN
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), kemahiran membaca merupakan salah satu
daripada empat kemahir...
PKP 3113 5
B. FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada murid pemulihan tahun dua yang mempunyai
masalah dalam membaca pe...
PKP 3113 6
Hasil kajian yang dijalankan oleh Nur Nadiyah bt Andra Gunawan (2010) iaitu
Meningkatkan Kelancaran Kemahiran M...
PKP 3113 7
Untuk melaksanakan kajian tersebut, pengkaji memperdengarkan lagu ‘Kitaran Air’
kepada responden, kemudian resp...
PKP 3113 8
D. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Objektif kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV denga...
PKP 3113 9
E. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan ke atas dua orang murid LINUS Literasi Tahun Dua Intelek di
Sekolah K...
PKP 3113 10
Kedua-dua responden merupakan murid Linus Tegar. Responden-responden ini
berada dalam Kemahiran 4 dalam Sukata...
PKP 3113 11
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian penggunaan ‘Teknik Tepukan Dan Nyanyian Dapat Meningkatkan Kemahiran
Membaca Perkata...
PKP 3113 12
F. CADANGAN TINDAKAN
i. PELAN TINDAKAN
Saya akan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap murid sebelum saya...
PKP 3113 13
Langkah 2:
Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan
betul dan lancar, langka...
PKP 3113 14
ii. KAEDAH PENGUTIPAN DATA.
Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji akan menggunakan empat
jeni...
PKP 3113 15
Bagi Ujian Pra, saya akan mengarahkan responden untuk membaca perkataan yang
terdapat dalam Ujian Pra tersebut...
PKP 3113 16
Pemerhatian direkodkan di borang nota lapangan. Bentuk pemerhatian yang
dijalankan adalah pemerhatian tidak be...
PKP 3113 17
Aspek yang ingin ditemu bual kepada responden berfokus kepada minat murid
terhadap sesi pengajaran dan pembela...
PKP 3113 18
Kaedah Penganalisisan
Data yang di peroleh perlulah di analisis. Untuk menganalisis data yang dikutip saya
men...
PKP 3113 19
G. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil Aktiviti
OGOS-
SEPT
OKTOB
ER
NOV-
D...
PKP 3113 20
H. ANGGARAN PERBELANJAAN
ITEM / PERKARA KUANTITI
HARGA
SEUNIT JUMLAH
1. Kertas Putih / Berwarna 1 RM 10.00 RM ...
PKP 3113 21
I. SENARAI RUJUKAN
SENARAI RUJUKAN
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Dalam Pe...
PKP 3113 22
Lampiran
Borang pemerhatian
Fokus Aspek
Pemerhatian
Sebelum Selepas
1. Minat
Memberikan
sepenuh tumpuan
semasa...
PKP 3113 23
Transkrip temu bual sebelum penggunaan teknik tepukan
Soalan temu bual Jawapan responden
Adakah awak minat mem...
PKP 3113 24
Transkrip temu bual selepas penggunaan teknik tepukan dan nyanyian.
Soalan temu bual Jawapan responden
Adakah ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Proposal kajian tindakan adam

7,127 views

Published on

ppg proposal kajian tindakan

Published in: Education
  • Hello! I can recommend a site that has helped me. It's called ⇒ www.HelpWriting.net ⇐ They helped me for writing my quality research paper.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating direct: ❤❤❤ http://bit.ly/2F4cEJi ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating for everyone is here: ❤❤❤ http://bit.ly/2F4cEJi ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Proposal kajian tindakan adam

  1. 1. PKP 3113 1 INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN ADAM SHAH BIN KAMALUDIN 841118-06-5755 TAJUK : TEKNIK TEPUKAN DAN NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA KV+KV MURID TAHUN 2
  2. 2. PKP 3113 2 Halaman Pengakuan “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ……………………………………………. Nama Penulis : ADAMSHAH BIN KAMALUDIN Tarikh :
  3. 3. PKP 3113 3 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat serta nikmat masa dan tenaga untuk menyempurnakan kajian ini. Dengan penuh keikhlasan, jutaan terima kasih saya berikan kepada pensyarah penyelia, Encik Fazli yang tidak pernah letih memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pelaksanaan proposal kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 2 kerana telah memberikan kerjasama dalam menjalankan penyelidikan ini. Buat sahabat-sahabat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampaun Afzan terutamanya Kelas Pemulihan PPG ambilan Januari 2011, terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi maklumat. Akhir madah, saya juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa , Isteri dan anak anak saya serta adik-beradik yang tidak pernah lupa untuk memberikan sokongan dan dorongan sepanjang tempoh pengajian ini. Juga kepada semua yang secara langsung atau tidak langsung membantu dan mendoakan kejayaan saya. Terima kasih diucapkan. Sekian Terima Kasih.
  4. 4. PKP 3113 4 A. PENGENALAN Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Keupayaan membaca merupakan jambatan ke arah pemerolehan dan penerokaan ilmu pengetahuan. Kemahiran membaca ini mencerminkan perkembangan kognitif kanak-kanak dan seterusnya berkait rapat dengan pembentukan personaliti seseorang kanak-kanak. Tiga kemahiran penting yang perlu diajar oleh guru dan harus dikuasai oleh murid ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, kegagalan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada peringkat awal terutamanya di tahap satu telah mengakibatkan berlakunya ‘Academic Deficit’ dalam kalangan murid sekolah rendah dan berterusan hingga di sekolah menengah. Menurut Zamri (2008) dan Yahya (2008), keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca. Guru sewajarnya menyediakan satu teknik yang betul dan berkesan bagi pengajaran kemahiran membaca. Murid-murid pada era globalisasi masa kini tidak boleh hanya dididik dengan teknik pengajaran ‘chalk and talk’ sahaja. Mereka perlu dididik dengan teknik pengajaran yang menjurus kepada penglibatan secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas. Oleh itu, teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru perlu sesuai mencapai matlamat yang hendak dicapai.
  5. 5. PKP 3113 5 B. FOKUS KAJIAN Kajian ini memfokuskan kepada murid pemulihan tahun dua yang mempunyai masalah dalam membaca perkataan suku kata Kv + Kv huruf abjad. Berdasarkan pemerhatian saya, murid ini mempunyai masalahyang amat kritikal. Murid keliru dalam membaca perkataan suku kata KV + KV. Bagi saya, masalah ini merupakan faktor penyebab utama murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat walaupun telah mencecah umur 8 tahun dan seharusnya mampu membaca dengan baik dan betul C. TINJAUAN LITERATUR Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011) dalam Modul Pengantar Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan berkaitan dengan Didik Hibur dalam pengajaran dan pembelajaran menyatakan bahawa Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara keseluruhan dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Manakala Kamarudin Husin (1998), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.
  6. 6. PKP 3113 6 Hasil kajian yang dijalankan oleh Nur Nadiyah bt Andra Gunawan (2010) iaitu Meningkatkan Kelancaran Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Kata Bagi Murid Tahun 2 mendapati bahawa tujuh orang muridnya masih tidak dapat membaca dengan lancar. Mereka bermasalah apabila membaca perkataan yang melibatkan suku kata tertutup. Mereka akan membunyikan perkataan sesuka hati mereka berdasarkan bunyi yang paling hampir. Sebagai contoh, perkataan ‘sambung’ dibunyikan sebagai ‘lombong’. Oleh itu, beliau menggunakan kaedah ‘Nyanyian Suku Kata’, ‘Cantumkan Saya’ dan ‘Latih Tubi Penyebutan Suku Kata’. Kaedah “Nyanyian Suku Kata’ merupakan satu kaedah yang menarik kerana murid akan menyanyikan bunyi suku kata pertama dengan menggunakan melodi lagu yang telah dipilih. Setelah itu, murid akan menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata yang kedua. Kaedah ini akan menyebabkan murid-murid mengingat cara mencantumkan perkataan. Kaedah ‘Cantumkan Saya’ pula berkisar kepada aktiviti membentuk dan menyebut perkataan. Kaedah ‘Latih Tubi Penyebutan Suku Kata’ pula merupakan latihan pengukuhan untuk kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pengkaji telah mengarahkan murid membaca dan menyebut perkataan yang terdapat dalam kad suku kata. Melalui ketiga-tiga kaedah yang telah dilaksanakan, kesemua tujuh orang murid telah menunjukkan perubahan yang amat ketara dalam membaca perkataan dua suku kata. Nur Nadiyah bt Andra Gunawan dapat melihat peningkatan pencapaian murid dalam Ujian Pos berbanding dengan Ujian Pra. Kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam membaca perkataan dua suku kata. Menurut Nur Nadiyah bt Andra Gunawan (2010), teknik nyanyian ini akan dapat meningkatkan minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah memberi idea kepada pengkaji untuk menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran kemahiran membaca perkataan bagi suku kata KV+KV. Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’ telah membuat perbandingan antara penggunaan kaedah nyanyian dan kaedah konvensional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Seramai 10 orang murid dipilih sebagi responden dalam kajian penggunaan kaedah nyanyian dan 10 orang responden untuk kaedah konvensional. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengubahsuai lagu ‘Tanya Sama Pokok’ dan menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu ‘Kitaran Air’.
  7. 7. PKP 3113 7 Untuk melaksanakan kajian tersebut, pengkaji memperdengarkan lagu ‘Kitaran Air’ kepada responden, kemudian responden akan menyanyikan lagu ‘Kitaran Air’ bersama- sama berpandukan kepada lirik yang dipaparkan. Nyanyian diulangi beberapa kali dan seterusnya responden akan menyalin lirik lagu di dalam buku tulis. Pengkaji juga mengadakan sesi soal jawab di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan, Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011) mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam gred murid. Semasa Ujian Pra dilaksanakan iaitu sebelum penggunaan kaedah nyanyian, tiada responden yang memperoleh gred A. Sembilan daripada sepuluh responden memperoleh gred D. Namun setelah kaedah tersebut diperkenalkan, tiada murid yang memperoleh gred D dalam Ujian Pos. Empat orang responden memperoleh gred A, empat orang responden memperoleh gred B dan dua orang responden memperoleh gred C. Hasil keputusan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P Sains berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk ‘Kitaran Air’. Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Penggunaan kaedah nyanyian ini juga dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid. Kesimpulannya, kajian ini memberi input berguna dalam cara pengajaran dengan menggunakan teknik nyanyian.
  8. 8. PKP 3113 8 D. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Objektif kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. Objektif Khusus Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut : 1 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata KV + KV bagi murid Tahun 2 menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. 2 Meningkatkan minat murid mempelajari kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KV bagi murid Tahun 2 menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. SOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif kajian, maka persoalan kajian dibina seperti berikut : 1. Adakah penggunaan teknik tepukan dan nyanyian dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV murid Tahun 2? 2 . Adakah teknik tepukan dan nyanyian dapat meningkatkan minat murid Tahun 2 mempelajari kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV?
  9. 9. PKP 3113 9 E. KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan ke atas dua orang murid LINUS Literasi Tahun Dua Intelek di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2. Seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan tahap 1 kelas 2 Intelek telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Dua orang murid tersebut ialah Responden 1 dan Responden 2. Responden 1 merupakan murid yang telah dikenal pasti mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca perkataan bagi suku kata KV+KV. Responden ini merupakan anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik. Murid ini merupakan seorang murid yang aktif, ceria dan sentiasa berpakaian kemas. Responden tergolong dalam keluarga yang berpendapatan sederhana. Saya mendapati bahawa responden mempunyai kelengkapan yang sempurna untuk belajar seperti kelengkapan alat tulis, buku-buku bacaan dan komputer. Namun, responden tidak mendapat sebarang bimbingan untuk belajar ketika berada di rumah. Perkara ini berlaku kerana ibu dan bapa responden sibuk menguruskan perniagaan. Walaupun kemudahan untuk belajar mencukupi, responden tidak mempunyai inisiatif untuk belajar sendirian ketika berada di rumah. Oleh itu, responden hanya akan belajar ketika berada di sekolah sahaja. Faktor kurang latih tubi dan bimbingan ini berkemungkinan merupakan faktor penyebab responden tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Selain itu, responden akan bertindak tidak mengendahkan arahan yang diberi guru jika sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak menarik minatnya. Murid juga akan mengganggu rakan dan menjerit di dalam kelas tanpa menghiraukan kehadiran guru. Seorang lagi responden saya, Responden 2 yang juga merupakan murid yang ceria. Responden 2 tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Responden 2 tidak mempunyai kemudahan yang cukup terutamanya kemudahan untuk pembelajaran terutamanya bahan-bahan bacaan. Oleh itu, responden tidak mendapat pendedahan kepada bahan-bahan bacaan yang pelbagai dan hanya bergantung pada bahan bacaan yang terdapat di sekolah. Hal ini pastinya menjadi punca kepada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh Responden 2. Selain itu, kakaknya juga mempunyai sejarah belajar di kelas pemulihan. Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, responden gemar berbual-bual dengan rakan semasa guru sedang mengajar. Responden juga sering melakukan kerja lain seperti melukis apabila guru mengarahkannya untuk membuat latihan di dalam kelas.
  10. 10. PKP 3113 10 Kedua-dua responden merupakan murid Linus Tegar. Responden-responden ini berada dalam Kemahiran 4 dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Pemulihan iaitu Kemahiran KV. Murid telah menguasai Kemahiran KV dengan baik, namun belum boleh menguasai kemahiran suku kata KV+KV dengan baik. Selain itu, kedua-duanya responden ini sering mengalami masalah kesihatan seperti selesema. Perkara ini menyebabkan mereka kerap tidak hadir ke sekolah. Keadaan ini juga kadangkala mengganggu keselesaan mereka semasa mengikuti proses pembelajaran. Tinjauan awal telah mengenal pasti bahawa kedua-dua responden mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata terbuka. Tahap pencapaian responden ini adalah lemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca perkataan yang diadakan pada 23 Ogos 2014 . Oleh itu kajian dilakukan terhadap dua orang responden ini.
  11. 11. PKP 3113 11 REKA BENTUK KAJIAN Kajian penggunaan ‘Teknik Tepukan Dan Nyanyian Dapat Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Suku Kata KV+KV Murid Tahun 2 ” ini adalah berasaskan gelung Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah kajian bagi setiap kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) menjadi pilihan pengkaji bagi melaksanakan kajian ini kerana model ini mudah dilaksanakan. Di samping itu, asas pemeringkatan 4 fasa yang dicadangkan dalam model sesuai dengan konteks amalan reflektif yang sering diamalkan oleh guru pemulihan Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) Model Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) menyatakan bahawa selepas diagnostik, pengkaji perlu merancang tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan. Pengkaji perlu merancang kaedah yang bersesuaian untuk menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina haruslah bersifat fleksibel. Hal ini bertujuan untuk membolehkan kajian disesuaikan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat ketika kajian dijalankan. Merancang BertindakMemerhati Mereflek Merancang Semula
  12. 12. PKP 3113 12 F. CADANGAN TINDAKAN i. PELAN TINDAKAN Saya akan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap murid sebelum saya menggunakan telnik tepukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini penting bagi melihat keberkesanan penggunaan teknik tepukan yang akan digunakan. Saya akan menjalankan empat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KV. Oleh itu, saya akan menjalankan beberapa langkah dalam memperkenalkan teknik ini. Langkah-langkah yang akan saya jalankan adalah seperti berikut: Langkah 1: Saya akan mengajar murid membaca perkataan suku kata terbuka KV + KV dengan teknik latih tubi menggunakan kad perkataan ‘Angry Bird’ seperti Rajah 2 melalui aktiviti tepukan. Rajah 2: Kad Angry Bird perkataan KV+KV Sebagai contohnya, responden akan menepuk paha dua kali untuk mengeja b dan o seterusnya memetik jari kanan dan kiri secara berasingan untuk mengeja huruf l dan a. Seterusnya responden akan menepuk paha sekali sambil menyebut suku kata bo dan memetik jari kiri dan kanan secara serentak untuk menyebut suku kata la. Pengkaji boleh mempelbagaikan gerakan dan tepukan dengan menggunakan meja atau secara berpasangan seperti tepuk kera. Responden digalakkan membuat gerakan dan tepukan yang digemari.
  13. 13. PKP 3113 13 Langkah 2: Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan betul dan lancar, langkah seterusnya yang akan pengkaji jalankan adalah menjalankan aktiviti nyanyian sebagai pengukuhan dengan iringan muzik. Saya memilih lagu ‘Chicken Dance’. Saya telah memilih melodi lagu tersebut kerana lagu tersebut diketahui umum dan biasa didengari oleh kanak-kanak. Pada peringkat awal, saya akan menyanyikan lagu ejaan perkataan suku kata KV+KV kepada responden. Contoh lirik lagu bagi nyanyian perkataan bagi suku kata KV+KV adalah seperti di bawah Jadual 1: Lirik Lagu Bacaan Perkataan KV+KV Responden akan menyanyikan lagu ‘Perkataan KV+KV’. Nyanyian diulangi beberapa kali dengan menggunakan melodi yang sama, tetapi menggunakan perkataan yang berbeza. Langkah 3: Setelah menjalankan kesemua empat sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua orang murid dilaksanakan, saya menjalankan Ujian Pos. Ujian Pos adalah setara dengan Ujian Pra. Ia bertujuan untuk melihat kemampuan responden mengingat cara membaca perkataan KV+KV. ‘bo’ ‘la’, ‘bo’ ‘la’, ‘bo’ ‘la’ bola bola
  14. 14. PKP 3113 14 ii. KAEDAH PENGUTIPAN DATA. Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji akan menggunakan empat jenis instrumen iaitu: i. Analisis Dokumen a. Rekod diri responden b. Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos) ii. Pemerhatian dan Borang nota lapangan iii. Temu bual Analisis Dokumen Rekod diri responden Sebelum melaksanakan teknik tepukan dan nyanyian bagi pengajaran kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KV, saya akan menjalankan analisis dokumen. Pengkaji menganalisis rekod diri kedua-dua orang responden yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Murid SK Taman Tun dr. Ismail 2. Maklumat ini berguna untuk bagi mengetahui latar belakang responden. Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos) Saya menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pos yang berfokus kepada kemahiran membaca bagi perkataan KV+KV. Ujian Pra dijalankan ke atas responden sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian dimulakan. Ujian Pra dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada responden berkaitan dengan kemahiran yang ingin dikaji. Ujian Pos pula dijalankan bertujuan untuk melihat peningkatan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata KV + KV. Ujian Pos dilaksanakan setelah keempat-empat sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
  15. 15. PKP 3113 15 Bagi Ujian Pra, saya akan mengarahkan responden untuk membaca perkataan yang terdapat dalam Ujian Pra tersebut. Ujian Pos diberikan kepada kedua-dua orang responden setelah kesemua empat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian diajar. Soalan yang digunakan dalam ujian Pra dan Ujian Pos adalah setara untuk menilai sejauh mana keberkesanan teknik tepukan dan nyanyian yang telah diajar. Kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos dibina dengan merujuk kepada Buku Panduan Program Pemulihan Khas Tahap Satu. Ujian Pra ditadbir secara lisan ke atas kedua-dua orang responden menggunakan perkataan bagi suku kata KV+KV. Enam perkataan terdapat dalam Ujian Pra. Ketika Ujian Pra ditadbir, pengkaji akan memberikan arahan secara jelas, tepat dan ringkas berkaitan dengan pelaksanaan Ujian Pra ini. Responden diarahkan untuk membaca perkataan bagi suku kata KV+KV yang terdapat dalam kertas Ujian Pra. Semasa responden membaca perkataan, pengkaji akan menandakan pada kertas yang mengandungi perkataan bagi suku kata KV+KV sama ada responden membaca dengan betul atau tidak. Sepuluh perkataan terdapat dalam Ujian Pos. Seperti Ujian Pra, Ujian Pos juga ditadbir secara lisan. Pengkaji akan memberikan arahan secara jelas, tepat dan ringkas berkaitan dengan pelaksanaan Ujian Pos ini. Responden diarahkan untuk membaca perkataan bagi suku kata KV+KV yang terdapat dalam kertas Ujian Pos. Semasa responden membaca perkataan, saya akan menandakan pada kertas yang mengandungi perkataan bagi suku kata KV+KV sama ada responden membaca dengan betul atau tidak. Saya perlu membuat perbandingan peningkatan markah di antara Ujian Pos dan Ujian Pra kedua-dua orang responden. Pemerhatian Pemerhatian dilakukan ke atas kedua-dua orang responden bertujuan untuk melihat gambaran jelas mengenai minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji ke atas kedua-dua orang responden sebanyak dua kali iaitu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum penggunaan teknik tepukan dan nyanyian dan pada sesi keempat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik yang sama.
  16. 16. PKP 3113 16 Pemerhatian direkodkan di borang nota lapangan. Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian tidak berstruktur. Saya akan merekodkan pemerhatian berdasarkan tiga fokus yang telah ditetapkan iaitu minat semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku pasif dan penglibatan responden. Pemerhatian dijalankan mengikut fokus minat, tingkah laku pasif dan penglibatan murid. Fokus dan aspek yang diperhatikan diambil dan diadaptasi daripada Nur Farhanah bt Mohd Amin (2011) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air. Menurut kajian yang dijalankan oleh Nur Farhanah bt Mohd Amin (2011), kesemua fokus yang diperhatikan berkait rapat dengan minat responden terhadap sesi P&P yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. Fokus minat dibahagikan kepada 2 aspek iaitu memberikan sepenuh tumpuan semasa proses P&P berlangsung dan seronok belajar menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. Fokus tingkah laku pasif pula diperhatikan melalui 3 aspek iaitu membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan kemahiran yang di ajar, mengganggu rakan lain, bercakap atau bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Fokus terakhir yang akan diperhatikan ialah penglibatan murid. Saya akan memerhati penglibatan murid di dalam kelas melalui dua aspek iaitu menjawab soalan secara sukarela dan menggalakkan orang lain untuk belajar. Temu bual Sayai akan menggunakan temu bual bagi mendapatkan maklum balas dari murid berkaitan dengan teknik tepukan dan nyanyian yang dijalankan. Seperti instrumen pemerhatian, instrumen temu bual ini bertujuan untuk melihat adakah responden berminat terhadap sesi P&P yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran membaca. Temu bual akan dilakukan oleh saya ke atas kedua-dua orang responden sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas penggunaan teknik tepukan dan nyanyian diajarkan. Soalan yang digunakan diambil dan diadaptasi daripada Nur Farhanah bt Mohd Amin (2010) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air yang turut mengkaji aspek minat murid untuk kajiannya.
  17. 17. PKP 3113 17 Aspek yang ingin ditemu bual kepada responden berfokus kepada minat murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. Pengkaji menggunakan temu bual semi berstruktur dan jawapan boleh diberikan secara terbuka. Temu bual dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran membaca perkataan untuk suku kata KV+KV. Saya akan melaksanakan temu bual ini secara individu bagi memudahkan berlakunya hubungan yang ‘rapport’ antara pengkaji dengan responden. Semasa mengadakan sesi temu bual bersama dengan responden, saya akan membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan responden. Perkara ini adalah untuk menjadi bahan sokongan kajian temu bual yang telah dijalankan. Keputusan daripada temu bual ini akan membantu saya membuat kesimpulan sama ada penggunaan teknik tepukan dan nyanyian bagi pengajaran kemahiran membaca perkataan KV+KV dapat meningkatkan minat responden atau tidak.
  18. 18. PKP 3113 18 Kaedah Penganalisisan Data yang di peroleh perlulah di analisis. Untuk menganalisis data yang dikutip saya menggunakan beberapa kaedah. Kaedah penganalisisan itu adalah 1) Perisian MS Excel Saya menggunakan perisian ini untuk membina jadual, membuat graf dan perkiraan min dan peratus Contoh graf 2) Peratus Responden Ujian Markah Peratus (%) Responden 1 Ujian Pra 1/6 17 Ujian Pos 10/10 100 Responden 2 Ujian Pra 2/6 33 Ujian Pos 9/10 90 0 20 40 60 80 100 Ujian Pra Ujian Pos 17 100 PERATUSANMARKAH(%) UJIAN Contoh Graf
  19. 19. PKP 3113 19 G. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan Bil Aktiviti OGOS- SEPT OKTOB ER NOV- DIS JAN- FEB MAC- APRIL 1 Menjalankan ujian bertulis bagi mendapatkan gambaran awal 2 Menjalankan pemerhatian dengan lebih terperinci semasa sesi pdp berlangsung. 3 Menemu bual dan membuat perbincangan bersama guru Pemulihan tahun 2 Intelek. 4 Menentukan fokus kajian. 5 Membuat tinjauan awal masalah 6 Membina instrumen mengutip data. 7 Merancang tindakan. 8 Menyediakan bahan tindakan 9 Mengutip data 10 Menganalisa data 11 Interpretasi dan kesimpulan 12 Refleksi & menilai tindakan 13 Menulis laporan 14 Menghantar laporan
  20. 20. PKP 3113 20 H. ANGGARAN PERBELANJAAN ITEM / PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH 1. Kertas Putih / Berwarna 1 RM 10.00 RM 10.00 2. Dakwat Printer 1 RM 70.00 RM 70.00 3. Buku Rujukan 2 RM 20.00 RM 40.00 4. Cetakan Bahan - RM 20.00 RM 20.00 5. Alat Tulis - RM 20.00 RM 10.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 120.00
  21. 21. PKP 3113 21 I. SENARAI RUJUKAN SENARAI RUJUKAN Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 1 & Asas 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). “Aspek Seni Bahasa”. Halaman 21. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). (2003). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kemmis & McTaggart. (1988). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM. Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011). Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’. Kajian Tindakan tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. Nur Nadiyah Bt Indra Gunawan (2010). Meningkatkan Kelancaran Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Bagi Murid Tahun 2. Jurnal Penyelidikan IPGKKB. Samsiah (2008). Penguasaan bacaan mekanis di kalangan murid darjah 3: Satu kajian kes di Sekolah Umar Ali Saifuddin, Brunei Muara. Jabatan Pendidikan Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 107 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam. Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Zamri Mahamod. (2008). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Penerbitan Karisma.
  22. 22. PKP 3113 22 Lampiran Borang pemerhatian Fokus Aspek Pemerhatian Sebelum Selepas 1. Minat Memberikan sepenuh tumpuan semasa proses P&P berlangsung Seronok belajar 2. Tingkah laku pasif Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan kemahiran yang di ajar Mengganggu rakan lain Bercakap atau bermain 3. Penglibatan Menjawab soalan secara sukarela Menggalakkan orang lain untuk belajar
  23. 23. PKP 3113 23 Transkrip temu bual sebelum penggunaan teknik tepukan Soalan temu bual Jawapan responden Adakah awak minat membaca? Adakah pengajaran guru membosankan? Apakah teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi P&P? Menarik teknik yang guru gunakan? Awak bersemangat semasa guru mengajar? Kalau bosan awak buat apa? Adakah awak boleh membaca perkataan KV+KV? Kalau selalu salah baca, kenapa awak tak mahu belajar semasa guru mengajar?
  24. 24. PKP 3113 24 Transkrip temu bual selepas penggunaan teknik tepukan dan nyanyian. Soalan temu bual Jawapan responden Adakah awak minat membaca? Adakah pengajaran guru membosankan? Apakah teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi P&P? Menarik teknik tepukan dan nyanyian yang guru gunakan? Awak bersemangat semasa guru mengajar? Kenapa semangat? Adakah awak boleh membaca perkataan KV+KV? Bolehkah awak menggunakan teknik tepukan dan nyanyian yang guru perkenalkan untuk kemahiran yang lain?

×