1. TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2303)
ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)
KESIMPULAN
Perkembangan dunia teknologi dan komunikasi serta projek Multimedia Super
Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara Negara-
negara maju didunia. Untuk memaksimakan penggunaan atau integrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, pelbagai usaha telah dijalankan terutamanya dalam bidang
pendidikan dalam mentransformasi masyarakat Malaysia kepada masyarakat
bermaklumat.
Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh
kesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi
yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan
sistem pendidikan yang bertaraf dunia.
Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan
‘stakeholder’ kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, serta kekurangan
bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak pihak pendidikan untuk
melihat semula peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Peranan guru juga telah berubah dari instruktor kepada
fasilitator.
Untuk memantapkan lagi integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pendidikan, sekolah juga harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak
swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Teknik
perkongsian pintar antara sekolah dengan pihak swasta adalah merupakan strategi
untuk meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi guru dan semua
warga sekolah.
2. TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2303)
ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)
Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan adalah penting
dan ia memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara
pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain
melainkan menerima perubahan dan fenomena ini serta guru-guru perlu cepat
menguasai ilmu dan ketrampilan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk diterapkan
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, penglibatan pemimpin
sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap
program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan
pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.