Successfully reported this slideshow.

Bab3.etika perguruan

23,629 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Bab3.etika perguruan

  1. 1. 1 Chapter 3: Etika Perguruan Bab 3: Bab 3: ETIIKA PERGURUAN ET KA PERGURUAN Hasil Pembelajaran: Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:  Menerangkan konsep etika dan etika profesion  Mengenal pasti ciri-ciri etika profesion perguruan  Menganalsis tatasusila Kementerian Pelajaran Malaysia  Menjelaskan peranan etika kerja  Membincangkan beberapa isu-isu etikaRINGKASAN BAB Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Peranan & Tugas Guru2.1 Apakah etika? Bab 3: Etika Perguruan2.2 Kod etika profesional Bab 4: Standard Guru Malaysia2.3 Fungsi kod etika profesional Bab 5: Pengembangan Staf2.4 Kod etika perguruan Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti2.5 Tatasusila Bab 7: Kepimpinan Guru2.6 Perintah-Perintah Am Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan2.7 Etika kerja2.8 Isu-isu etika Ringkasan Kata Kunci Rujukan Bab ini membincang isu etika profesion dengan tumpuan kepada definisi etika dan kod etika profesional. Juga disentuh ialah berapa fungsi kod etika profesional dan diikuti dengan memperkenalkan kod etika perguruan. Tatasusila yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dibincangkan termasuk perintah-perintah am kerajaan yang menyenaraikan perkara yang dilarang, boleh dilakukan dengan izin dan hukuman. Juga diberi perhatian ialah beberapa isu-isu etika yang berkaitan dengan profesion perguruan.
  2. 2. 2Chapter 3: Etika Perguruan3.1 PengenalanAPAKAH ETIKA?Ahli sosiologi terkenal, Raymond Baumhart (1968) bertanya beberapa ahliperniagaan, “Apakah makna etika bagi anda?” Antara jawapan yang diberi ialah: Ditentuka undang- Ditentukan undang oleh agama Diterima Apa yang masyarakat diajar oleh ibu bapa Ditentukan Apa yang oleh tradisi diajar oleh guruEtika berasal daripada perkataan Greek „ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam.Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkandengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertaklukkepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Memang sukarmenentukan maksud „etika‟. Berikut ialah beberapa definisi etika:  Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan.  Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.  Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.  Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan.  Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai standard salah dan betul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan keadilan.  Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.
  3. 3. 3Chapter 3: Etika Perguruan  Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith,Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang „betul‟ dan „salah‟dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana ia menentukantindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika, segala usahamanusia akan gagal. 3.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan 6 jawapan yang diberi oleh ahli perniagaan tentang apa itu etika? b) Dengan merujuk kepada definisi etika yang disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama atau hampir sama dalam setiap penyataan.3.2 Kod Etika Profesional Perkhidmatan yang diberikan oleh golonganprofesional seperti jurutera, doktor, arkitek,peguam, akauntan dan lain-lain amat penting dalammembangun dan mempertingkatkan kesejahteraanhidup sesuatu masyarakat. Dalam Bab 1 dinyatakanbahawa setiap profesion mempunyai kod etikayang tersendiri. Adalah penting ahli-ahli sesuatu profesionmemberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi,jujur dan amanah. Tidak dapat dinafikan bahawaahli sesuatu profesion sentiasa berhadapan denganberbagai-bagai dilema etika yang kalau tidak ditangani dengan baik akanmenjejaskan imej dan profesion berkenaan. Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akanmudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) seperti perbuatanmengambil rasuah, melakukan penipuan, pecah amanah, mementingkan diri sendiridan lain-lain. Contohnya, peguam yang melarikan duit klien atau akuantanmendedahkan maklumat perbadi kliennya. Kalau perbuatan ini berterusan danberleluasa sudah pastilah masyarakat akan menanggung akibatnya. Oleh itu,pengetahuan dan penghayatan etika harus disemaikan dikalangan semua ahli sesuatuprofesion. Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahapkualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanankepada aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan nilai, sertatingkahlaku profesion.
  4. 4. 4Chapter 3: Etika Perguruan3.3 Fungsi Kod Etika ProfesionalKod etika professional adalah salah satu alat kawalan sosial yang digunakan sebagaipanduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion. Kod etika profesionalmempunyai EMPAT fungsi utama: (Lihat Rajah 3.1). 1. Pedoman:  Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.  Kod etika professional mengelaskan pelbagai perkara yang boleh dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan.  Kod etika mengingatkan ahli-ahli mengenai tingkahlaku yang patut dipamerkan apabila berada di dalam sesuatu keadaan.  Secara tidak langsung, kod etika menentukan kerja ahli-ahli dijalankan dengan lebih baik dan teratur. Pedoman Pencegahan & Disiplin Memelihara Maruah Profesion Mengelakkan Berlakunya Konflik Rajah 3.1 Fungsi Etika Profesional 2. Pencegahan Dan Disiplin:  Kod etika digunakan badan-badan professional atau pihak tertentu (seperti Kerajaan) sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya  Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan dilakukan untuk menentukan sejauh manakah seorang ahli telah melanggar kod etika.  Secara tidak langsung, kod etika mendisiplin ahli-ahli supaya berpegang kepada prinsip yang dipersetujui oleh semua yang terlibat.
  5. 5. 5Chapter 3: Etika Perguruan 3. Memelihara Maruah Profesion:  Kod etika memelihara maruah profesion dengan memberi imej positif kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.  Masyarakat lebih yakin tentang sesuatu profesion jika terdapat kod etika yang menjelaskan tingkah laku yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.  Kod etika merupakan satu panduan kepada ahlinya mempertahankan integriti profesion masing-masing yang menjelaskan bahawa setiap ahli perlu menggunakan pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia dengan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai. 4. Mengelakkan Berklakunya Konflik:  Kod etika dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli sesuatu profesion atau pihak lain yang berkaitan. Jika seseorang ahli didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya. Iaitu, meyakinkan yang terlibat bahawa perkara yang telah dia lakukan tidak salah disisi kod etika.Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongankepada ahlinya. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yangpositif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan olehseseorang profesional. Semua etika profesional yang diguna pakai diseluruh duniadalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dankejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan kod etikadibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya. 3.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Mengapakah sesuatu profesion mesti mempunyai kod etika? b) Sejauh manakah kod etika berjaya mencegah penyelewengan?3.4 Kod Etika Perguruan Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demimemartabatkan profesion. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh guru.Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana adanya kod etika para gurudapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru,
  6. 6. 6Chapter 3: Etika PerguruanPengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankantanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih melanggartatasusila perguruan yang harus dielakkan. Di halaman depan Buku PersediaanMengajar dipaparkan ikrar agar semua guru mamatuhi dan menjaga imej profesion. IKRAR Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya. [sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.edu.my] 3.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN Dengan merujuk kepada Ikrar di atas terangkan maksud frasa-frasa berikut dengan memberi contoh: a) „menuju ke arah kebenaran‟ b) „percaya kepada demokrasi‟ c) „menghadapi cabaran pada masa hadapan‟ d) „percaya kepada Rukun Negara‟
  7. 7. 7Chapter 3: Etika Perguruan3.5 Tatasusila Kod Etika Profesion Guru MalayisaI. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi- tingginya. 3.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Sejauh manakah pelajar-pelajar dalam kelas lemah diabaikan dan tidak diberi layanan yang sama? b) Pada pendapat anda, adakah pelung mempertingkatkan kecekapan ikhtisas mencukupi? Jelaskan.II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
  8. 8. 8Chapter 3: Etika Perguruan 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
  9. 9. 9Chapter 3: Etika Perguruan 3.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Adakah sekolah anda berjaya mengadakan hubungan mesra dengan kaum ibu bapa? b) Berikan peristiwa dimana persefahaman di antara guru dan masyarakat setempat terjejas. Bagaimana isu itu timbul dan diselesaikan.IV TANGGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.CATATAN:Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkanilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi,termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaanpendidikan. [sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.edu.my]
  10. 10. 10Chapter 3: Etika Perguruan KUALA LUMPUR: “Selagi tidak melanggar etika perguruan dan mengabaikan pekerjaannya, dia boleh melakukan apa saja kerana itu haknya. “Bagi saya, tindakannya tidak salah kerana dia tidak mengganggu individu lain, sebaliknya hanya mencari hiburan sendiri,” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan ketika diminta mengulas penghasilan klip video miming Cikgu Shida. Menurutnya, dia tidak melihat apa dilakukan guru itu boleh merosakkan profesyen guru, sebaliknya ia adalah perkembangan sihat. Katanya, jika dilihat daripada sudut positif, ia menunjukkan daya kreativiti guru berkenaan kerana mampu melakonkan pelbagai aksi di depan kamera mengikut kesesuaian lagu. “Meraih populariti sejuta pengunjung adalah luar biasa bagi individu biasa dan secara tidak langsung membuktikan guru zaman kini serba boleh. “Walaupun buat masa kini dia lebih terarah menghasilkan klip video berbentuk hiburan, mungkin satu hari nanti dia mampu merakam video yang mempunyai unsur ‘edutainment’,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad. Katanya, melihat populariti diterimanya, dia percaya guru berkenaan ada peminat sendiri dan ia mungkin boleh dijadikan ruang untuk menerapkan elemen positif melalui penghasilan klip videonya. Hashim berkata, laman Youtube mampu dilayari sesiapa saja dari seluruh dunia dan ini bererti video itu boleh ditonton pelbagai golongan, sekali gus menaikkan institusi perguruan. “Walaupun ada pihak berpendapat tindakan itu (penghasilan klip video) memburukkan nama guru, NUTP tidak melihat ia sebagai sesuatu yang salah dan tidak ada rasionalnya mengenakan tindakan terhadap Cikgu Shida. “Sebaliknya, ia lebih kepada kebebasan individu untuk mencari hiburan sendiri dan pada masa sama berkongsi minat itu bersama orang luar,” katanya. Sumber : Harian Metro, 2011 3.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN Baca petikan akhbar Harian Metro di atas. Apakah pendapat anda? Bincangan bersama pelajar lain.
  11. 11. 11Chapter 3: Etika Perguruan3.6 Perintah-Perintah Am KerajaanGuru sebagai pegawai perhidmatan awam tertakluk kepada Perintah-Perintah AmKerajaan (Government General Orders) (Lihat Rajah 3.4). Perintah-Perintah Amterdiri daripada bab-bab berikut: Bab A: Lantikan dan Kenaikan Pangkat Bab B: Elaun-elaun dan Kemudahan dalam Perhidmatan Bab C: Cuti Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Bab E: Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan Bab F: Perubatan Bab G: Waktu Bekerja dan Lebih MasaTumpuan ialah kepada Bab D yangmembincangkan perkara-perkara yangberkaitan kelakuan, tugas kawalan danpengawasan tatatertib, prosedur tatatertib,hukuman, penahanan kerja danpenggantungan kerja, penamatan demikepentingan awam dan pelbagai perkarayang lain.Tatakelakuam (Peraturan 4)Seorang pegawai TIDAK BOLEH: a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya b) Berkelakuan sedemikian cara mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya c) Berkelakuan yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah: i. Membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengantugas tugas awamnya hinggamenjejaskan kegunaannya sebagai pegawai awam; atau ii. menggunakan kedudukan awamnya untuk faedahnya sendiri d) Berkelakuan sedemikian hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam e) Kurang cekap atau kurang berusaha f) tidak jujur atau amanah g) tidak bertanggungjawab
  12. 12. 12Chapter 3: Etika Perguruan h) Membawa atau cuba membawa apa-apa pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama ada tuntutan sendiriatau tuntutan anggota - anggota perkhidmatan awam yang lain. i) Ingkar Perintah atau berkelakuandengan apa - apa cara yang bolehditafsirkan sebagai engkar perintah j) Cuai dalam melaksanakan tugasnyaPerkara (a) hingga (j) di atas dengan jelas menghuraikan tinkah laku yang tidakseharusnya ditunjukkan oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab dan berwiba.Perkara-Perkara yang Dibolehkan denga Izin (bersyarat): Peraturan 5 - Membuat Pekerjaan Luar Peraturan 8 - Menerima hadiah Peraturan 9 - Memberi atau menerima keraian Peraturan 10 - Pemunyaan Harta Dengan Peraturan 12 - Meminjam Wang/ menjadi penjamin SYARAT DILARANG Perbautan yang Dilarang Sama Sekali Peraturan 7 – Penyalahgunaan Dadah Peraturan 11 - Menyelenggara kehidupanmelebihi emolumen dan pendapatan sendiri yang sah Peraturan 13 - Keterhutangan kewanganyang serius Peraturan 23 – Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlibih atau tanpa sebab yang munasabah Hukuman Tatatertib a) memberi amaran b) mengenakan denda c) melucutkan hak emolumen d) menangguh pergerakan gaji e) menurun gaji f) menurun pangkat g) buang kerja
  13. 13. 13Chapter 3: Etika Perguruan 3.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Menurut Perintah-Perintah Am, senaraikan perkara- perkara yang dilarang sama sekali dan yang dibolehkan dengan izin. b) Nyatakan perkara-perkara lain yang dilarang sama sekali.3.7 Etika KerjaKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan “Etika Kerja” sebagaipanduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di tempatkerja massing-masing. Kementerian. Guru yang berkhidmat di bawah naunganKementerian Pelajaran Malaysia tertakluk kepada etika kerja KPM. PembentukanEtika Kerja KPM terbahagi kepada dua komponen utama:  Prinsip Etika Kerja  Nilai-nilai Etika KerjaA) PRINSIP ETIKA KERJAEtika Kerja yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan LIMAprinsip yang utama (Lihat Rajah 3.4). Niat yang betul Berdisiplin dan beradab Perlakuan yang baik PRINSIP ETIKA KERJA Memperkotakan Penggerak ke apa yang dijanji arah kebaikan Rajah 3.4 Prinsip Etika Kerja Guru
  14. 14. 14Chapter 3: Etika Perguruan 1. Niat Yang Betul (Right Intentions)Prinsip pertama, guru yang menjalankan kerjanya dengan „niat yang betul‟ akanmemenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi, matlamat danobjektif institusi serta agama dan negara. Amalan prinsip ini menyumbangkankepada mutu pendidikan serta semua pihak berkepentingan. 2. Perlakuan yang baik (Good Behaviour)Prinsip kedua, guru mesti melakukan tugas dengan sempurna ke arah mencapaihasil berkualiti samping memperbaiki imej profesion. Ia juga mestilah menunjukkanpenampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. sambilmemberi layanan yang baik kepada pelanggan. 3. Penggerak ke arah kebaikan (Driving force towards Goodness)Prinsip ketiga, guru hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Dia hendaklahmenampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapatmendorong orang lain melakukan kebaikan dan kemuliaan. Dia harus boleh menjadisumber inspirasi kepada rakan sejawat dan berusaha ke arah menjadi pekerja yangterbaik dan cemerlang. 4. Memperkotakan apa yang dikata (Delivers what is Promised)Prinsip keempat, guru hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikata.Justeru itu, ia hendaklah sentiasa menunjukkan ketekalan dalam pengucapan dantindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Ia itu, menepati apa yangdinyatakan dalam piagam pelanggan. 5. Berdisiplin dan Beradab (Disciplined and Civil)Prinsip kelima, guru hendaklah mengamalkan budaya berperaturan (mengikutperaturan), berdisiplin dan beradab (seperti terdapat dalam ajaran agama). Ertikatalain, guru sentiasa mematuhi peraturan dan arahan-arahan perkhidmatan danmengamalkan tatacara kehidupan yang berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuaidan betul selari dengan peraturan masyarakat. 3.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Bezakan di antara lima prinsip-prinsip etika kerja b) Berikan contoh prinsip “memperkotakan apa yang dikata” c) Berikan contoh prinsip “niat yang baik”. .
  15. 15. 15Chapter 3: Etika PerguruanB) NILAI-NILAI ETIKA KERJACheryl Peppers dan Alan Briskin (2000) dalam buku mereka “Bringing your Soul toWork: An Everyday Practice” menyatakan bahawa telah satu gelombangpembaharuan yang mendesak unsur-unsur kerohanian di bawa ke tempat kerja. Kitatelah bincang dalam Bab 2, bahawa ahli-ahli falsafah seperti Al-Farabi, Confucius,Vivekananda, Plato dan Dewey telah menyebut pentingnya nilai-nilai murnidiamalkan oleh pendidik di institusi-institusi pendidikan. Namun KementerianPelajaran Malaysia telah mengenal pasti TUJUH nilai utama yang menjadi teras danfokus Etika Kerja (Lihat Rajah 3.5). Amanah Penyayang Benar NILAI- NILAI Ikhlas Bijaksana Dedikasi Bersyukur Rajah 3.5 Nilai-Nilai Etika Kerja Guru1. Amanah (Trust)Seorang warga pendidik hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab dalammelaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya. Justeru itu, iamestilah menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpapenyelewengan dan cuai. Seorang pendidik mempunyai sikap jujur dan setia kepadaorganisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Ia menggunakanmasa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkanserta tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. Seorang guru jugahendaklah berdisiplin serta mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu kerja yangmembolehkan ia hilang kepercayaan orang lain terhadap dirinya. Bertanggungjawabmelaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan satu sifatamanah yang amat dituntut.2. Benar (Truth)Seseorang guru mestilah mempunyai niat dan perbuatan yang ikhlas serta benar. Iamempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat
  16. 16. 16Chapter 3: Etika Perguruanyang tersembunyi atau pun mengharapkan balasan. Guru mestilah bercakapbenar dan menepati janji. Ia seharusnya bersedia untuk mempelajari ataumenerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh. Seorangguru juga mesti memberi dan menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidakmengelirukan. Ia boleh berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaanbersama.3. Bijaksana (Thoughtful)Guru hendaklah menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuatkeputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan. Ia haruslah menggunakanseluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengancemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Guru mestilah berusahamenghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti serta sentiasamempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalismenya. Ia juga mestilahmempunyai fikiran yang rasional serta pertimbangan yang saksama dalammenyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi.4. Bersyukur (Thankful)Guru hendaklah mempunyai perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat danpemberian yang diterimanya tanpa menganggap kejayaan sebagai hak dirinya. Iamestilah bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpasebarang prasangka, dendam atau menabur fitnah. Seorang guru mempunyai sifatyang tenang dalam menghadapi masalah serta rela menerima kegagalan dan tidakmudah berputus asa. Ia seharusnya berpuas hati dengan nikmat yangdiperolehinya seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.5. Dedikasi (Dedication)Seorang guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secaraberterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Maka, ia seharusnya bekerjatanpa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencarihelah. Dia sanggup berkorban demi kepentingan perkhidmatan, tekun, rajin danbersikap positif dalam melaksanakan tugas dengan mendapat hasil yang berkualiti. Iamestilah seorang yang sabar, bertanggungjawab, teliti, ceria, tidak cuai ataumerungut dalam menjalankan tugas..6. Ikhlas (Sincere)Seseorang guru mestilah berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untukmenghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. Dia menjalankantugas semata-mata untuk mencapai matlamat sekolah, bukan kerana pangkat,kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. Seorang guru dapat memberilayanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidakbersikap pilih kasih dalam menjalankan tugas. Ia haruslah bersedia menerimateguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Seorang guru jugaseharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarangkepentingan diri.
  17. 17. 17Chapter 3: Etika Perguruan7. Penyayang (Caring)Seorang guru mestilah menghargai dan mengambil berat terhadap pelanggan. Diamempunyai sifat pemaaf dan penyayang, tidak sombong dan suka meninggi diri.Guru seharusnya menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perludihormati tanpa sebarang prasangka buruk. Ia bersifat bertimbang rasa dan sukamengambil berat dalam melaksanakan tugas. Menjadikan sekolah sebagai sebuahkeluarga besar yang penuh kemesraan serta bersifat simpati dan empati dalammenjalankan tugas seharian. 3.9 AKTIVITI PEMBELAJARAN Berikan contoh-contoh bagaimana anda telah mengamalkan nilai-nilai seperti penyayang, dedikasi, amanah dan sebagainya dalam bilik darjah. MMC: Nama Doktor Salah Laku Disiarkan KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council atau MMC) akan menyiarkan nama doktor yang didapati bersalah melakukan perbuatan salah laku. Presiden MMC, berkata majlis itu juga sedang dalam proses mengkaji semula kod etika dan garis panduan bagi penyesuaian masa kini serta amalan masa depan. Majlis sedang mengkaji semula kod etika dalam sembilan bidang khusus iaitu teleperubatan, reproduktif bantuan, kematian otak, ujian klinikal dan penyelidikan bioperubatan. Bidang lain ialah penyebaran maklumat dalam profesion perubatan, rekod perubatan, implikasi etika doktor dalam situasi konflik, perkhidmatan dan perubatan genetik, pemindahan organ dan hubungan antara doktor dan industri farmaseutikal. Diantara 2004 hingga 2006, MMC telahpun mengambil tindakan disiplin terhadap 45 doktor di seluruh negara kerana pelbagai salah laku. Kod Perilaku Profesional menyenaraikan beberapa jenis salah laku yang boleh dikenakan tindakan iaitu mengabai atau tidak mempedulikan tanggungjawab profesional, menyalahgunakan hak istimewa profesional dan kemahiran, mencemar reputasi profesion perubatan dan mengiklan, dan kesalahan profesion berkaitan. Bentuk tindakan termasuk penggantungan, amaran dan pembatalan keahlian majlis. BERNAMA 10 October, 2006
  18. 18. 18Chapter 3: Etika Perguruan 3.10 AKTIVITI PEMBELAJARAN Baca laporan mengenai tindakan yang diambil oleh Persatuan Perubatan Malaysia terhadap ahlinya yang melanggar kod etika. Adakah tindakan seumpama ini dilakukan untuk profesion perguruan? Jelaskan3.8 Isu-Isu Etika Guru tak masuk kelas Guru mendisiplin pelajar murid yang lemah dengan merendam mereka dalam kolam Guru memperkosa murid Guru masuk ke kelas lambat Guru tak mengajar mengikut sukatan pelajaran Guru menumbuk guru besar Guru terlibat dengan pengedaran dadah Guru berkelahi dengan pelajar Ra ja h 3 . 6 B eb er ap a j en i s sa l ah l ak u gu ru Baca petikan akhbar di atas tentang salah laku di kalangan profesionperubatan. Beberapa jenis salah laku dikenal pasti oleh Majlis Perubatan Malaysi(Malaysian Medical Council); iaitu mengabai atau tidak mempedulikantanggungjawab profesional, menyalahgunaan hak istimewa profesional dankemahiran, mencemar reputasi profesion perubatan dan mengiklan, kesalahanprofesion berkaitan. Tahukah anda doktor di Malaysia tidak boleh mengiklanperkhidmatan yang ditawarkan? Bagaimana pula dengan profesion perguruan? Sering kali kita membaca danmendengar di media tulis dan elektronik berkenaan salah laku guru (Lihat Rajah 3.6).Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius tentang tingkah laku gurukerana sedikit sebanyak menjejaskan profesion perguruan. Perlu ditegaskan bahawaperistiwa-peristiwa sedemikian hanya melibatkan segelintir daripada 450,000 guru diMalaysia.
  19. 19. 19Chapter 3: Etika Perguruana) Berniaga Di Sekolah Terdapat kes-kes dimana bilik guru mnnjadikawasan pernigaan. Ada antara guru yang ghairahberniaga sampai lupa dan mengabaikantanggungjawab mereka. Ada pula guru yangmenjalankan perniagaan dari boot kereta! Tindakanguru sedemikian menjejaskan imej profesion yangbegitu mulia. Guru sepatutnya melaksanakantangggungjawab sebagai pendidik di dalam bilikdarjah dan bukan menjalankan perniagaan disekolah. Amalan ini melanggar kod etika perguruandan Perintah Am.b) Kerja Sambilan Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru disekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku. Oleh itu, guru perlumemohon kelulusan untuk membuat kerja sambilan. Kelulusan hanya akan diberikanjika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan dengan peraturan yang ditetapkan.Contohnya, kerja sambilan tidak itu tidak dilakukan pada waktu bekerja dan tidakmenjejaskan tugas hakiki mereka. Kerja sambilan yang kerap dilakukan guru ialahmengadakan kelas tuisyen. Guru mengadakan kelas tambahan untuk menambahkan pendapatan. Mengikutpekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (Surat Pekeliling PerkhidmatanKementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Berikut ialah garis panduan serta syaratmeluluskan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan :-  pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan;  permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Meluluskan sekurang- kurangnya 2 bulan sebelum khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan bermula;  pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan hendaklah tidak melebihi 4 jam seminggu;  pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu bersamaan atau melebihi 80% bagi tahun yang sebelumnya;  pemohon adalah dilarang sama sekali melakukan khidmat tuisyen di dalam syarikat atau pusat tuisyen yang dimiliki oleh mana-mana ahli keluarga termasuk yang mana dikhuatiri mempunyai kepentingan peribadi;  pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat tuisyen atau seumpama dengannya, dengan sebarang bentuk cara termasuklah melalui risalah atau secara lisan kepada pelajar;  pemohon yang diluluskan dengan kebenaran hendaklah memberi khidmat tuisyen di pusat-pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing;  khidmat mengajar yang diberikan tidak mengganggu tugas rasmi pegawai sebagai guru dan dijalankan di luar waktu pejabat;  pemohon tidak dibenar menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan
  20. 20. 20Chapter 3: Etika Perguruan[sumber: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. BIL. 1TAHUN 2006]Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, “ada kalangan guruyang menganggap kerjaya mereka sebagai sambilan dan mereka mengutmakankegiatan mencati pendapatan teambahan dengan mengadakan kelas tuisyen di rumahmereka. Mereka menitikberatkan kelas tuisyen berbanding dengan tanggungjawabmereka di sekolah” ( 2010, h:43).c) Gangguan Seksual dan Rogol Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsurseksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulanmaruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya (Kod Amalan Pencegahandan Peinbasinian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999. Kementerian SumberManusia Malaysia). Gangguan seksual terdiri daripada gangguan secara lisan (sepertiusikan atau gurauan berunsur seks), gangguan bukan lisan (seperti isyarat tangan yangmembayangkan perlakuan seks) gangguan visual (menunjukkan bahan lucah),gangguan psikologi (seperti mengulangi jemputan yang tidak dilayani) dan gangguanfizikal (seperti sentuhan yang tidak diingini). Hubungan guru dan pelajar adalah suci dan seperti dibincangkan dalam Bab 2,guru berperanan sebagai “Pengganti Ibu Bapa”. Malangnya segelinter guru telahmengambil kesempatan dan melakukan jenayah yang sungguh kejam, iaitu merogolpelajar, termasuk murid sekolah rendah. Seperti kata pepatah “Harapkan pagar,pagar makan padi”. Bayangkan masa depan mangsa yang dirogol. Kemungkinantrauma yang dialami akan kekal sepanjang hayat hingga dewasa. Kanun Keseksaan Malaysia menjadikan sebarang hubungan seksual denganindividu di bawah umur 16 tahun sebagai rogol, sama ada dilakukan dengan kerelaanmangsa atau tidak. Ini juga disebut sebagai rogol statutori (statutory rape). Inibermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan, jika didapati mangsa itu di bawahumur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahandengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu: "Barangsiapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahundan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."d) Diskriminasi dan Layanan Tidak Adil Diskriminasi secara ringkasnya berlaku apabila seorang pelajar itu dilayandengan cara yang kurang menyenangkan oleh guru atau pihak pentadbiran sekolah.Kod etika perguruan menekankan bahawa; “Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal-usul keluarga, intelak, akademk dan status-status lain”
  21. 21. 21Chapter 3: Etika Perguruan Prinsip ini jelas bahawa guru yang beretika akan mengamalkan keadilan danmewujudkan peluang pengajaran-pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yangamat penting dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan selaras dengan FalsafahPendidikan Negara (Foo Say Fooi 2005; Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheon, Zulkufli& Zakiah Noordin, 2012).e) Mengabaikan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah dimana pelajarditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka. Adasekolah yang mengamalkan sistem pengaliran dengan menagihkan pelajarberdasarkan pencapaian akademik. Contohnya, jika terdapat 7 kelas dalam TahunEnam, pelajar ditempatkan dari kelas 1 hingg 7 berdasarkan pencapaian akademikmereka. Pelajar pencapaian tinggi akan ditempatkan di Kelas 1 manakala pelajarpencapaian akademik paling rendah ditempatkan di Kelas 7. Kadang kala, kelas-kelasini diberikan nama-nama seperti „Anggerik‟, „Mawar‟, „Jujur‟, „Amanah‟ dansebagainya. Apa nama yang berikan pun, warga sekolah mengetahui manakah kelasyang terdiri daripada pelajar pencapaian akademik rendah. Mungkin pelajar-pelajarini tidak boleh membaca dan mengira pada tahap yang kehendaki walau pun sudahberada di Tahun Enam. Rasional kebanyakan sekolah mengamalkan sistem sedemikian adalah untukmemudahkan guru mengajar dan menangani masalah disiplin pelajar di dalam sesuatukelas (Foo Say Fooi, 2005). Soalan yang timbul, ialah sama ada amalan ini berfaedahkepada pelajar. Kemungkinan pelajar yang ditempatkan dalam kelas yang pencapaianakademik rendah di sekolah rendah akan berada di kelas yang sama di sekolahmenengah hingga Tingkatan 5. Bayangkan sikap, perasaan dan personaliti seorangindividu yang ditempatkan bersama dengan pelajar-pelajar pencapaian akademikrendah selama 11 tahun! Apakah sikap guru yang mengajar pelajar-pelajar ini? 3.11 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah pandangan anda tentang menempatkan pelajar pencapaian rendah dalam satu kelas? b) Adakah diamalkan disekolah anda? c) Bincangkan tingkah laku pelajar dalam kelas-kelas ini?
  22. 22. 22Chapter 3: Etika Perguruan KEDAH — Seorang guru didenda RM2,000 selepas didapati bersalah mencederakan guru besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat tahun lalu. Guru itu akan dipenjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda itu. Mengikut laporan media memetik Bernama, GURU kemudian membayar denda itu. Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap GURU selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. GURU, 41, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak paha GURU BESAR, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan, di sini kira-kira pukul 8.35 pagi, 20 Disember 2006. Dalam rayuannya GURU meminta mahkamah meringankan hukuman kerana menurutnya dia digantung kerja sejak Mac 2008 manakala dua anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi belajar di sekolah menengah. [nama dan tempat telah ditukar] UTUSAN MALAYSIA ONLINE 27 April, 2011 3.12 AKTIVITI PEMBELAJARAN Baca petikan akhbar Harian Metro di atas. Apakah pendapat anda? Bincangan bersama pelajar lain dalam kelas serta dalam forum atas talian.Walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etikaprofesional, masih ramai di antara mereka melakukan amalan yang tidak sihat.Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika jika tidak dibendung akan berleluasa hinggamenjejaskan profesion perguruan dan persepsi masyarakat. Selain perlaksanaanundang-undang, amalan kepercayaan agamanya adalah sangat penting kerana ianyadianggap sebagai benteng utama dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika.
  23. 23. 23Chapter 3: Etika Perguruan KATA KUNCI Etika Perintah Am Gangguan seksual Etika profesion Prinsip etika kerja Keikhlasan Ikrar Nilai etika kerja Bersyukur Tatasusila Niat yang betul Kerja sambilan Etika kerja Amanah TanggungjawabRINGKASAN  Etika berasal daripada perkataan Greek „ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam.  Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang „betul‟ dan „salah‟ dalam kehidupan seharian manusia.  Kod etika professional adalah salah satu alat kawalan sosial yang digunakan sebagai panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion.  Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika)  Kod etika memberi satu gambaran positif tentang imej sesuatu profesion kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.  Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara.  Guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti.  Empat fungsi kod etika profesional ialah sebagai pedoman, memelihara profesion, mencegah & mendisiplin dan mengelakkan konflik.  Tatasusila kod etika perguruan terdiri daripada tanggungjawab terhadap pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan ibu bapa.  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan “Etika Kerja” sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di tempat kerja massing-masing.
  24. 24. 24Chapter 3: Etika Perguruan  Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku.  Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah dimana pelajar ditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka.  Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinyaRUJUKAN Baumhart, R. (1968). Ethics in Business. Boston: Holt, Rinehart & Winston. Boston Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. Keinenterbn Suinber Manusia. (1 999). Kod arnnlcin Lintzik mencegnh dan membasnfii gcinggiicrri seksircil cli ternpnt kerja. Kuala Lumpur, Laporan Seminar Etika Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut Latihan Pengurusan Petronas, Bangi, Selangor. Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Peppers, C. & Briskin, A. (2000). Berrett-Koehler Publishers (August 30, 2000) Mohd. Janib Johari (2001). Etika Profesional. Johor Baru: Penerbit UTM Press. Mackie, J (1977). Ethics: Inventing Right and Wrong., Viking Press, Velasquez, M. & Andre. C., Shanks. T, & Meyer.M. (1987). Issues in Ethics IIE Vol.1 (1).

×