Laporan mengenai aktiviti dan program di SK Kampong Bandar seperti Bantuan Awal Persekolahan, Program Susu Sekolah, Rancangan Makanan Percuma, ziarah cakna, pembersihan data murid, dan perjumpaan pertama pengawas sekolah dan pengawas Program Susu Sekolah 2021. Laporan ini menunjukkan kerjasama dan komitmen seluruh warga sekolah dalam melaksanakan program-program untuk kebajikan murid.
2. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
berjaya dilaksanakan seperti yang
dirancangkan.
Program ini adalah untuk waris yang
berpendapatan RM3000 ke bawah.
Waris yang hadir amat mengambil berat
SOP yang telah ditetapkan.
3. 01-03-2021 (Isnin) seperti arahan yang
diwartakan semua murid pra sekolah,
Tahun 1 dan Tahun 2 akan hadir ke
sekolah untuk PdPc bersemuka.
Pemandangan ini adalah ketika murid
masuk pintu pagar sekolah. Berbaris
mengimbas suhu dan suasana dalam
kelas.
Murid Pra dan Tahun 1 akan berkumpul di
dewan sekolah terlebih dahulu. Guru
bertugas akan mengiringi mereka ke kelas.
Murid Tahun 2 terus ke kelas.
4. Pemandangan masa pulang
ke rumah.
Murid kelihatan amat faham tentang
bahayanya COVID jika mengabaikan
SOP
5. Program Susu Sekolah (PSS) dirasmikan
oleh Tuan Guru Besar,En Manaf Md Daud.
Setiap hari murid terlibat akan
berkumpul di dewan sekolah untuk
PSS dengan SOP yang ketat.
Rancangan Makanan Percuma (RMT),
dilaksanakan dalam kelas. Pihak
pembekal akan menghantar makanan
dan minuman pada waktu rehat.
Peserta terlibat untuk PSS dan RMT
117 murid.
6. Ziarah cakna ini memberi fokus
kepada motivasi murid - famili dan
menyampaikan sedikit sumbangan
hasil derma kilat warga
SK Kampong Bandar.
Semoga arwah bersama mereka
Yang beriman dan beramal soleh.
7. Pasukan Bomba Baling hadir
memberi khidmat bantu sanitasi
kelas dan bilik-bilik khas di sekolah.
Sekolah ini bebas covid namun atas
Inisiatif rakan-rakan guru program ini
diharap dapat memberi keyakinan
yang lebih kepada waris dan warga
SK kampong bandar.
Terima kasih Team Bomba Baling.
8. Ziarah Cakna adalah program rutin SK
Kampong Bandar jika terdapat murid
atau waris menghadapi sesuatu dugaan.
Ziarah Kali ini menyantuni murid dan
waris yang difahami menghadapai
masalah kesihatan (masalah jantung
berlubang).
JK Ziarah juga diberitahu, murid ini
tinggal bersama datuk yang telah uzur.
Pihak sekolah menyerahkan Bantuan
Awal Persekolahan(BAP) kepada waris.
9. Pemurnian data APDM dilaksanakan bagi
memastikan tidak ada murid yang layak
untuk sesuatu bantuan tercicir.
Sasaran taklimat ini kepada semua guru
kelas.
Alhamdullilah, semua rakan guru
memberikan komitmen tinggi dalam
merealisasikan keciciran sifar ini.
10. Program pertama bersama Pengawas
Sekolah & Pengawas PSS 2021.
Agenda utama adalah motivasi kepada
semua peserta yang hadir agar
memahami peranan mereka setelah
menerima tanggunjawab ini.
Mejoriti peserta amat berminat dengan
pemilihan ini.
Perjumpaan ini diakhiri dengan edaran
Borang Kebenaran Waris.
11.
12. Terima kasih, warga SK Kampong Bandar.
Tanpa sokongan kalian, program-program ini tidak mampu direalisasikan.
Semoga kita terus padu berganding dalam mengilhamkan kepada anak
didik kita tentang “ilmu dan kesepakatan” membina kemenjadian.