SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
LEGASI TAPAI UBI (GHAZALI LATEH)
Sinopsis
Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’
semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah
menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan menjual dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar,
warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan. Pada mulanya dia berasa malu, namun alah bisa tegal
biasa. Proses membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak boleh
memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising
kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.
Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat
belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar
telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu
mengurangkan serangan kanser. Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang semakin merebak di
dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan
akhirnya dia mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu
dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti
dan dibawa ke peringkat antarabangsa.
Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai
Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu ialah hasil inspirasi
emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di
kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi pensyarah perubatan dan
meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan
tumpuan terhadap penyakit kanser.
Tema
Kesungguhan anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut
mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser.
Watak dan Perwatakan
Parjo - anak sulung kepada Wak Salikon. / penerima Ijazah Kedoktoran. / pensyarah universiti. / taat akan emak
dan bapanya - sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa
membantah. / bersungguh-sungguh melakukan sesuat - Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa
tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. / mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak
dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading / membantu membesarkan perusahaan tapai ubi
orang tuanya / Seorang yang teliti - proses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan
peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya.
Wak Salikon - bapa Parjo / gigih melakukan pekerjaan kerana - menanam pokok ubi dan seterusnya membuat
tapai ubi untuk dijual. / mementingkan pendidikan anak-anak - menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke
menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi. / bercita-cita tinggi - Wak Salikon berhasrat untuk
mengembangkan lagi perniagaan tapai ubinya./ teliti ketika melakukan pekerjaan - Wak Salikon mengamalkan
pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi.
Emak - Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon. / gigih membantu suami - membantu Wak Salikon
untuk membuat tapai ubi. / teliti melakukan kerja - sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai
ubi./ prihatin terhadap anak - mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai
ubi.
Profesor Haidar - pensyarah Parjo semasa di universiti. / mempunyai jambang yang lebat. / berpandangan jauh
- ingin meminta bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan
serangan kanser.
Latar
Latar Masa
(a) Waktu pagi. Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk
menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga.
(b) Selepas sembahyang isyak. Emak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak
pantang larangnya.
(c) Permulaan semester. Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan,
iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.
(d) Enam puluh hari. Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius
selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari.
Latar Tempat
(a) Kampung Wak Salikon. Tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedai
kampung.
(b) Kantin sekolah. Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar
‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya.
(c) Rumah Wak Salikon. Tempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan
yang teliti.
(d) Fakulti perubatan di universiti. Tempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar
mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser.
(e) Amerika Syarikat. Tempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah
berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih berbanding dengan
wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia.
(f) Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Emak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus
kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.
PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN
Persoalan Nilai Pengajaran Contoh
Kegigihan membawa
kejayaan
Kegigihan Kita hendaklah gigih
berusaha untuk
mencapai kejayaan
Wak Salikon dan isterinya
gigih mengusahakan
perniagaan tapai ubi
sehingga berkembang
membuka sebah kilang.
Amalan hidup saling
tolong-menolong
Tolong - menolong Kita hendahklah hidup
saling tolong- menolong
antara satu sama lain.
Parjo rajin membantu
ayah dan ibunya
membuat tapai ubi.
Anak yang mengenang
jasa ibu bapa
Mengenang jasa Kita hendaklah
menghargai jasa
pengorbanan ibu bapa
kita.
Parjo menjelaskan
bahawa kejayaannya
menggengam ijazah
berkat inspirasi ayah dan
ibunya.
Tanggungjawab
berkhidmat kepada
masyarakat
Tanggungjawab Kita hendaklah
bertanggungjawab
berkhidmat kepada nusa
dan bangsa.
Parjo ingin berkhidmat
kepada masyarakat
melalui kajiannya
terhadap tapai ubi yang
dapat mencegah dan
merawat penyakit kanser
Latihan Pemahaman
“Tapai! Tapai! Tapai!”
Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah tapai ubi
Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh
kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai seolah-olah sebati
dan sinonim. Ah, bencinya!
“Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat. Laungan
itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi
buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.
Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-lebih lagi sejak aku
sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo
Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpang bas sekolah. Aku malu
dan marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari
rezeki.
i. Berdasarkan petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, ke manakah Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon?
[3 markah]
__________________________________________________________________________________________

ii. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”.
Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [3 markah]
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
iii. Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh
dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka? [4 markah]
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

More Related Content

What's hot

Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Shankal Kashan
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanDorisca
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Saadiah Smk.Kampar
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaAbu Uzair
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar慈心 Chan
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriasiyah97
 
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iTopik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iBotol Budu
 
ayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasifayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasifcsriuma
 
What's hot (20)

Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapan
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Contoh karangan
Contoh  karanganContoh  karangan
Contoh karangan
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 
Ayat Tanya
Ayat TanyaAyat Tanya
Ayat Tanya
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitri
 
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iTopik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Bandingan semacam
Bandingan semacamBandingan semacam
Bandingan semacam
 
ayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasifayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasif
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Membina 5 ayat
Membina 5 ayatMembina 5 ayat
Membina 5 ayat
 
Kata Bantu
Kata BantuKata Bantu
Kata Bantu
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
Kata Sendi Nama
Kata Sendi NamaKata Sendi Nama
Kata Sendi Nama
 
More from Beela Sensei

Nota math f1 bab 13 theorem phytagoras
Nota math f1 bab 13 theorem phytagorasNota math f1 bab 13 theorem phytagoras
Nota math f1 bab 13 theorem phytagorasBeela Sensei
 
Nota math f1 bab 12 pengendalian data
Nota math f1 bab 12 pengendalian dataNota math f1 bab 12 pengendalian data
Nota math f1 bab 12 pengendalian dataBeela Sensei
 
Tolak dalam lingkungan 1000000
Tolak dalam lingkungan 1000000Tolak dalam lingkungan 1000000
Tolak dalam lingkungan 1000000Beela Sensei
 
Tolak dalam lingkungan 100000
Tolak dalam lingkungan 100000Tolak dalam lingkungan 100000
Tolak dalam lingkungan 100000Beela Sensei
 
Tambah dalam lingkungan 1000000
Tambah dalam lingkungan 1000000Tambah dalam lingkungan 1000000
Tambah dalam lingkungan 1000000Beela Sensei
 
Tambah dalam lingkungan 100000
Tambah dalam lingkungan 100000Tambah dalam lingkungan 100000
Tambah dalam lingkungan 100000Beela Sensei
 
Latihan ungkapan algebra
Latihan ungkapan algebraLatihan ungkapan algebra
Latihan ungkapan algebraBeela Sensei
 
Ancaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaAncaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaBeela Sensei
 
Pelanduk memijak anak memerang
Pelanduk memijak anak memerangPelanduk memijak anak memerang
Pelanduk memijak anak memerangBeela Sensei
 
Formula geometri koordinat
Formula geometri koordinatFormula geometri koordinat
Formula geometri koordinatBeela Sensei
 
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)Beela Sensei
 
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1Beela Sensei
 
Quiz rbt tingktan 2
Quiz rbt tingktan 2Quiz rbt tingktan 2
Quiz rbt tingktan 2Beela Sensei
 
Percanggahan fizikal
Percanggahan fizikal Percanggahan fizikal
Percanggahan fizikal Beela Sensei
 
Latihan model fungsi
Latihan model fungsiLatihan model fungsi
Latihan model fungsiBeela Sensei
 
More from Beela Sensei (20)

Nota math f1 bab 13 theorem phytagoras
Nota math f1 bab 13 theorem phytagorasNota math f1 bab 13 theorem phytagoras
Nota math f1 bab 13 theorem phytagoras
 
Nota math f1 bab 12 pengendalian data
Nota math f1 bab 12 pengendalian dataNota math f1 bab 12 pengendalian data
Nota math f1 bab 12 pengendalian data
 
Tolak dalam lingkungan 1000000
Tolak dalam lingkungan 1000000Tolak dalam lingkungan 1000000
Tolak dalam lingkungan 1000000
 
Tolak dalam lingkungan 100000
Tolak dalam lingkungan 100000Tolak dalam lingkungan 100000
Tolak dalam lingkungan 100000
 
Tambah dalam lingkungan 1000000
Tambah dalam lingkungan 1000000Tambah dalam lingkungan 1000000
Tambah dalam lingkungan 1000000
 
Tambah dalam lingkungan 100000
Tambah dalam lingkungan 100000Tambah dalam lingkungan 100000
Tambah dalam lingkungan 100000
 
Latihan ungkapan algebra
Latihan ungkapan algebraLatihan ungkapan algebra
Latihan ungkapan algebra
 
Zaman penjajahan
Zaman penjajahanZaman penjajahan
Zaman penjajahan
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Rukun iman
Rukun imanRukun iman
Rukun iman
 
Ancaman komunis
Ancaman komunisAncaman komunis
Ancaman komunis
 
Ancaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaAncaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysia
 
Pelanduk memijak anak memerang
Pelanduk memijak anak memerangPelanduk memijak anak memerang
Pelanduk memijak anak memerang
 
Nota Peribahasa
Nota PeribahasaNota Peribahasa
Nota Peribahasa
 
Formula geometri koordinat
Formula geometri koordinatFormula geometri koordinat
Formula geometri koordinat
 
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
Nota pengamiran (Matematik Tambahan T5)
 
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
Rbt tingkatan 2 reka bentuk mekanikal 2.2.1
 
Quiz rbt tingktan 2
Quiz rbt tingktan 2Quiz rbt tingktan 2
Quiz rbt tingktan 2
 
Percanggahan fizikal
Percanggahan fizikal Percanggahan fizikal
Percanggahan fizikal
 
Latihan model fungsi
Latihan model fungsiLatihan model fungsi
Latihan model fungsi
 
Recently uploaded

aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Recently uploaded (20)

aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
i. Berdasarkan petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.ii. Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut ialah kampung, sekolah dan rumah keluarga Parjo. iii. Langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka ialah

  • 1. LEGASI TAPAI UBI (GHAZALI LATEH) Sinopsis Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan menjual dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar, warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan. Pada mulanya dia berasa malu, namun alah bisa tegal biasa. Proses membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi. Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang semakin merebak di dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa. Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser. Tema Kesungguhan anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser. Watak dan Perwatakan Parjo - anak sulung kepada Wak Salikon. / penerima Ijazah Kedoktoran. / pensyarah universiti. / taat akan emak dan bapanya - sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah. / bersungguh-sungguh melakukan sesuat - Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. / mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading / membantu membesarkan perusahaan tapai ubi orang tuanya / Seorang yang teliti - proses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya. Wak Salikon - bapa Parjo / gigih melakukan pekerjaan kerana - menanam pokok ubi dan seterusnya membuat tapai ubi untuk dijual. / mementingkan pendidikan anak-anak - menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi. / bercita-cita tinggi - Wak Salikon berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan tapai ubinya./ teliti ketika melakukan pekerjaan - Wak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi.
  • 2. Emak - Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon. / gigih membantu suami - membantu Wak Salikon untuk membuat tapai ubi. / teliti melakukan kerja - sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi./ prihatin terhadap anak - mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai ubi. Profesor Haidar - pensyarah Parjo semasa di universiti. / mempunyai jambang yang lebat. / berpandangan jauh - ingin meminta bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Latar Latar Masa (a) Waktu pagi. Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga. (b) Selepas sembahyang isyak. Emak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya. (c) Permulaan semester. Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser. (d) Enam puluh hari. Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari. Latar Tempat (a) Kampung Wak Salikon. Tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedai kampung. (b) Kantin sekolah. Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya. (c) Rumah Wak Salikon. Tempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan yang teliti. (d) Fakulti perubatan di universiti. Tempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser. (e) Amerika Syarikat. Tempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih berbanding dengan wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia. (f) Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Emak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.
  • 3. PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN Persoalan Nilai Pengajaran Contoh Kegigihan membawa kejayaan Kegigihan Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Wak Salikon dan isterinya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga berkembang membuka sebah kilang. Amalan hidup saling tolong-menolong Tolong - menolong Kita hendahklah hidup saling tolong- menolong antara satu sama lain. Parjo rajin membantu ayah dan ibunya membuat tapai ubi. Anak yang mengenang jasa ibu bapa Mengenang jasa Kita hendaklah menghargai jasa pengorbanan ibu bapa kita. Parjo menjelaskan bahawa kejayaannya menggengam ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya. Tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat Tanggungjawab Kita hendaklah bertanggungjawab berkhidmat kepada nusa dan bangsa. Parjo ingin berkhidmat kepada masyarakat melalui kajiannya terhadap tapai ubi yang dapat mencegah dan merawat penyakit kanser
  • 4. Latihan Pemahaman “Tapai! Tapai! Tapai!” Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim. Ah, bencinya! “Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-lebih lagi sejak aku sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpang bas sekolah. Aku malu dan marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki. i. Berdasarkan petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, ke manakah Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon? [3 markah] __________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________ ii. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”. Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [3 markah] __________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ iii. Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka? [4 markah] __________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________