Akronim

BML 3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Akronim

SYAMSURIA BINTI AHMAD RUSLI (D20111048211)
KUMPULAN F
AT20: PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
SEM 1, SESI 2013/2014

PENSYARAH
PUAN HUSNA FAREDZA BINTI MOHAMED REDZWAN
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

1
ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

3

2.0

KONSEP / DEFINISI

4

3.0

JENIS / BENTUK

5-8

4.0

PERBANDINGAN

9-10

5.0

KESIMPULAN

11

6.0

RUJUKAN

12

2
1.0 PENGENALAN

Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu struktur gramatikal
perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata
akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri
Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai
bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Struktur kata
bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa
yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan
kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau
bentuk dan fungsinya. (Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul
Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.) Selain itu, proses
morfologi ialah proses yang dilakukan pada kata dasar untuk menghasilkan bentuk
terbitan. Terdapat empat proses morfologi dalam bahasa Melayu, iaitu pengimbuhan,
penggandaan, pemajmukan, dan pengakroniman. Tambahan lagi, proses morfologi ini
akan menghasilkan bentuk kata terbitan (imbuhan), kata ganda, kata majmuk, dan kata
akronim. Di samping itu, kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan.
Menyebut

mengenai

proses

pengakroniman

yang

terkandung

dalam

pembentukan kata, akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa
Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku
kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan
kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan. Oleh hal yang demikian, untuk
menyiapkan kerja kursus saya yang bertajuk Akronim, saya menggunakan buku
Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu Edisi Baharu (2012) yang ditulis oleh Ahmad Khair
Mohd Nor dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang ditulis oleh Nik Safiah Karim, Farid
M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood sebagai sumber rujukan bagi
menyiapkan kerja kursus ini yang melihat dengan lebih jelas kepada proses pengakroniman.

3
2.0 KONSEP / DEFINISI

Secara umumnya, dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke dalam kata
tunggal walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah
perkataan

atau

percantuman

bahagian-bahagian

daripada

beberapa

patah

perkataan. Walau bagaimanapun, pembentukan akronim tidaklah seperti pembentukan
kata-kata tunggal yang lain. Di samping itu, akronim berasal daripada beberapa perkataan
tetapi telah menjadi satu suku kata yang utuh dan mantap yang mempunyai makna serta
dapat berdiri sendiri. Tambahan lagi, akronim melibatkan percantuman bahagianbahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baru. Menurut
Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan
daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut
Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses
morfologi sebagaimana kata selapis.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, akronim ditakrifkan sebagai
perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan
dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan terdiri daripada suku
kata atau huruf-huruf tertentu. Tambahan lagi, akronim juga tergolong dalam kata
tunggal. Di samping itu, menurut Tatabahasa Dewan juga menyatakan terdapat hanya
satu kata kerja akronim dalam bahasa Melayu, iaitu berdikari yang diwujudkan daripada
singkatan berdiri atas kaki sendiri. Manakala dalam buku Pembentukan Kata Dalam
Bahasa Melayu Edisi Baharu mendefinisikan akronim merupakan satu proses membentuk
perkataan dengan cara mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan
sehingga menjadi satu perkataan baharu, dan mempunyai makna baharu. Selain itu,
akronim ditulis dan dilafazkan sebagai satu perkataan yang utuh dan akronim turut
tergolong ke dalam kata tunggal.

4
3.0 JENIS / BENTUK AKRONIM

Dalam buku Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu Edisi Baharu terdapat
tiga cara bagi membentuk akronim, iaitu :
i)

Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata
nama khas

ii)

Gabungan suku kata dengan huruf atau gabungan suku kata dengan
suku kata

iii)

Gabungan suku kata dengan suku kata

1) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama khas.
Contohnya:
Akronim

Perkataan Asal

ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia

KAFA

Kursus Agama Fardu Ain

IPTAR

Institut Penyiaran Tun Abdul Razak

JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor

UPSI

Nota

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kata

jenis

ini

ditulis

dengan huruf besar secara
keseluruhannya.

2) Gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata.
Contohnya:
Akronim

Perkataan Asal

Mara

Majlis Amanah Rakyat

Perkim

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Bernama

Berita Nasional Malaysia

Petronas

Petroleum Nasional

Proton

Nota

Perusahaan Otomobil Nasional

Lazimnya kata yang terbentuk
ialah kata nama khas. Dalam
penulisan, huruf pertama setiap
kata ditulis dengan huruf besar

5
3) Gabungan suku kata dengan suku kata
Contohnya:
Akronim

Perkataan Asal

Nota

asbut

asap dan kabut

Kata

cerpen

cerita pendek

merupakan kata nama am,

pulihara

pulih dan pelihara

dan ditulis dengan huruf

hakis

habis kikis

yang

terbentuk

kecil keseluruhannya

Manakala dalam Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan akronim
dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu dengan berdasarkan percantuman bahagian
perkataan bagi membentuk akronim.
i)

Kata akronim cantuman huruf awal perkataan

ii)

Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap
sebutan

iii)

Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan

iv)

Kata akronim bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain
dalam perkataan yang mengikutinya.

1) Kata akronim cantuman huruf awal perkataan.
Contohnya:
Akronim

Perkataan Asal

ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia

LUTH

Lembaga Urusan Tabung Haji

IKIM

Institut Kefahaman Islam Malaysia

ADUN

Ahli Dewan Undangan Negeri

BAKAT

Badan Kebajikan Angkatan Tentera

UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia

IPTAA

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

PKNK

Nota

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

Kata akronim dibentuk
melalui percantuman
huruf awal beberapa
perkataan
kebanyakannya terdiri
daripada nama-nama
khas tertentu.

6
2) Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan.
Contohnya:
Akronim

Perkataan Asal

Intan

Institut Tadbir Awam

Bernama

Berita Nasional Malaysia

Mara

Majlis Amanah Rakyat

Proton

Perusahaan Automobil Nasional

Perhilitan

Perlindungan Liar Taman Negara

Perkeso

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Mabbim

Nota
Kata akronim jenis ini
terhasil daripada
cantuman huruf dan
suku kata jumlah
perkataan berdasarkan
sebutan sedap tanpa

Majlis Bahasa Brunei Darulssalam Indonesian,

urutan tertentu.

Malaysia

3) Kata nama akronim cantuman suku awal perkataan.
Contohnya:
Akronim

Perkataan Asal

cerpen

cerita pendek

kugiran

kumpulan gitar rancak

pawagam

panggung wayang gambar

purata

pukul rata

tadika

taman didikan kanak-kanak

tabika

taman bimbingan kanak-kanak

halaju

Nota

had laju

Kata akronim jenis ini
dibentuk melalui
percantuman suku kata
awal sejumlah perkataan.

7
4) Kata akronim bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam
perkataan yang mengikutinya.
Contohnya:
Akronim

Perkataan Asal

Nota

angkubah

angka ubah

Kata akronim jenis ini

asbut

Asap dan kabut

dibentuk melalui huruf

debunga

debu bunga

atau suku kata perkataan

hakis

habis kikis

pertama dengan bahagian

jaluran

jalan lurah

bukan awal perkataan

jenama

jenis nama

yang lain.

8
4.0 PERBANDINGAN
PEMBENTUKAN KATA

TATABAHASA DEWAN

CATATAN

Akronim merupakan satu

Akronim ditakrifkan sebagai

Walaupun terdapat

proses membentuk perkataan

perkataan yang diterbitkan

sedikit perbezaan

dengan cara mencantumkan

melalui proses penggabungan

daripada segi

bahagian-bahagian daripada

singkatan beberapa perkataan

pendefinisian

beberapa perkataan sehingga

dan membentuk satu perkataan

akronim ini,

menjadi satu perkataan baharu,

yang utuh. Bentuk-bentuk

terdapat juga

singkatan terdiri daripada suku

persamaan iaitu

kata atau huruf-huruf tertentu.

kedua-dua buku ini

Dalam tatabahasa dewan juga

menyatakan

menyatakan terdapat hanya satu

akronim juga

kata kerja akronim dalam bahasa

tergolong dalam

Melayu, iaitu berdikari yang

kata tunggal.

KONSEP dan mempunyai makna baharu.
/
DEFINISI

diwujudkan daripada singkatan
berdiri atas kaki sendiri

Terdapat tiga cara bagi

Akronim dapat dibahagikan

membentuk akronim, iaitu :

kepada empat jenis, iaitu dengan

i)

Gabungan beberapa

berdasarkan percantuman

huruf awal rangkai kata

bahagian perkataan bagi

yang terdiri daripada

membentuk akronim.

kata nama khas

i)

JENIS
/
BENTUK

Kata akronim cantuman

Contoh: MARDI

huruf awal perkataan.

(Malaysian Agricultural

Contoh: LUTH

Research Development

(Lembaga Urusan

Institute)

Tabung Haji)

Jenis atau bentuk
akronim dalam
kedua-dua buku ini
secara
keseluruhannya
terdapat banyak
persamaan. Walau
bagaimanapun,
terdapat sedikit
perbezaan di mana
dalam buku

ii)

Gabungan suku kata
dengan huruf atau

ii)

Kata akronim cantuman
huruf dan suku kata

pembentukan kata
terdapat tiga cara
dalam
9
gabungan suku kata

pembentukan

dengan suku kata.

sebutan.

akronim manakala,

Contoh: Petronas

Contoh : Bernama

tatabahasa dewan

(Petroleum Nasional)

(Berita Nasional

terdapat empat

Malaysia)
iii)

perkataan sesedap

jenis atau cara

Gabungan suku kata
dengan suku kata.

dalam
iii)

Kata nama akronim

pembentukan

Contoh: cerpen

cantuman suku kata awal

akronim.

(cerita pendek)

perkataan.
Contoh : kugiran
(kumpulan gitar rancak)

iv)

Kata akronim bahagian
awal perkataan pertama
dengan bahagian lain
dalam perkataan yang
mengikutinya.
Contoh: debunga
(debu bunga)

10
5.0 KESIMPULAN

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa
pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap
perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat,
terutamanya dalam bidang kosa kata atau perbendaharaan kata yang melibatkan perubahan
bentuk-bentuk kata. Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud
melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal
rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang
terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataanperkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim,
analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata,
penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan. Oleh hal
yang demikian, daripada penerangan dan contoh-contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara
pembentukan kata akronim, sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk
membentuk kata, mempunyai potensi dalam bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun,

pembentukannya agak longgar, iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Selain itu, menurut
Prof. Emiretus Dr. Abdullah Hassan mengatakan bahawa akronim ini tidak digalakkan. Oleh
itu , proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk
membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

11
6.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad Khair Mohd Nor.(2012). Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd
Nik Sapiah Karim., et.al (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Selangor: Dawama
Sdn. Bhd

12

Recommended

Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitanAidar-heedaryah hala
161.4K views19 slides
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kataAsri Mohad
19.4K views8 slides
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
49.2K views25 slides
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk firo HAR
45.4K views15 slides

More Related Content

What's hot

BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISZakira Hafizah
69.7K views28 slides
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
105.3K views78 slides
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan firo HAR
49.9K views32 slides

What's hot(20)

BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
Zakira Hafizah69.7K views
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
firo HAR105.3K views
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
firo HAR49.9K views
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa
Kaizen Kohana40K views
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
@f!Q@H @F!N@39.4K views
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
Nasyiba Sahari305.4K views
AkronimAkronim
Akronim
SYAFIQ ABDULLAH18K views
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
Tuty Erahayu65.4K views
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
Jessyca Ungat54.4K views
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
aina_athirah17.5K views
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
marzieta72.2K views
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Zakira Hafizah159.3K views
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
AFIFAH ABIDIN63.7K views
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
firo HAR124.1K views
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
Jessyca Ungat71.5K views
HomonimHomonim
Homonim
azimahmb47.7K views
SyairSyair
Syair
Hema Lattha20.8K views
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
NURFITRAH ZAINAL38.6K views

Similar to Akronim

SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5WANNORAZLINAMS
4.1K views32 slides
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1FakhaiMD
2.5K views79 slides
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
469 views24 slides

Similar to Akronim(20)

Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
Jalinang Abd Kadir Chen22K views
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
Norashikin Ihsan5K views
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
WANNORAZLINAMS4.1K views
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
murni mohamat28.5K views
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
FakhaiMD2.5K views
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
amryee469 views
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
amryee147 views
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
noorabib4.6K views
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110
nissahana923.2K views
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juara
Azyda Aziz1.7K views
Morfologi bahasa melayuMorfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayu
AnuaBinHarisIPGKSM66 views
09 bahan-bacaan09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
Park Long5.1K views
09 bahan-bacaan09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
Mariana Wong1.1K views
09 bahan-bacaan09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
Ahmad Afnan672 views
Konsep morfologi bahasa melayuKonsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayu
Rekha Mariappan69 views
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
Shila Daly10K views
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
Ewei Voon11 views
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
Lina Abu Bakar5.7K views

Akronim

  • 1. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Akronim SYAMSURIA BINTI AHMAD RUSLI (D20111048211) KUMPULAN F AT20: PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEM 1, SESI 2013/2014 PENSYARAH PUAN HUSNA FAREDZA BINTI MOHAMED REDZWAN FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI 1
  • 2. ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 3 2.0 KONSEP / DEFINISI 4 3.0 JENIS / BENTUK 5-8 4.0 PERBANDINGAN 9-10 5.0 KESIMPULAN 11 6.0 RUJUKAN 12 2
  • 3. 1.0 PENGENALAN Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu struktur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. (Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.) Selain itu, proses morfologi ialah proses yang dilakukan pada kata dasar untuk menghasilkan bentuk terbitan. Terdapat empat proses morfologi dalam bahasa Melayu, iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan pengakroniman. Tambahan lagi, proses morfologi ini akan menghasilkan bentuk kata terbitan (imbuhan), kata ganda, kata majmuk, dan kata akronim. Di samping itu, kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan. Menyebut mengenai proses pengakroniman yang terkandung dalam pembentukan kata, akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan. Oleh hal yang demikian, untuk menyiapkan kerja kursus saya yang bertajuk Akronim, saya menggunakan buku Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu Edisi Baharu (2012) yang ditulis oleh Ahmad Khair Mohd Nor dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang ditulis oleh Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood sebagai sumber rujukan bagi menyiapkan kerja kursus ini yang melihat dengan lebih jelas kepada proses pengakroniman. 3
  • 4. 2.0 KONSEP / DEFINISI Secara umumnya, dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke dalam kata tunggal walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa patah perkataan. Walau bagaimanapun, pembentukan akronim tidaklah seperti pembentukan kata-kata tunggal yang lain. Di samping itu, akronim berasal daripada beberapa perkataan tetapi telah menjadi satu suku kata yang utuh dan mantap yang mempunyai makna serta dapat berdiri sendiri. Tambahan lagi, akronim melibatkan percantuman bahagianbahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baru. Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, akronim ditakrifkan sebagai perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Tambahan lagi, akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Di samping itu, menurut Tatabahasa Dewan juga menyatakan terdapat hanya satu kata kerja akronim dalam bahasa Melayu, iaitu berdikari yang diwujudkan daripada singkatan berdiri atas kaki sendiri. Manakala dalam buku Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu mendefinisikan akronim merupakan satu proses membentuk perkataan dengan cara mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan sehingga menjadi satu perkataan baharu, dan mempunyai makna baharu. Selain itu, akronim ditulis dan dilafazkan sebagai satu perkataan yang utuh dan akronim turut tergolong ke dalam kata tunggal. 4
  • 5. 3.0 JENIS / BENTUK AKRONIM Dalam buku Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu Edisi Baharu terdapat tiga cara bagi membentuk akronim, iaitu : i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama khas ii) Gabungan suku kata dengan huruf atau gabungan suku kata dengan suku kata iii) Gabungan suku kata dengan suku kata 1) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama khas. Contohnya: Akronim Perkataan Asal ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia KAFA Kursus Agama Fardu Ain IPTAR Institut Penyiaran Tun Abdul Razak JAIS Jabatan Agama Islam Selangor UPSI Nota Universiti Pendidikan Sultan Idris Kata jenis ini ditulis dengan huruf besar secara keseluruhannya. 2) Gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Contohnya: Akronim Perkataan Asal Mara Majlis Amanah Rakyat Perkim Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama Berita Nasional Malaysia Petronas Petroleum Nasional Proton Nota Perusahaan Otomobil Nasional Lazimnya kata yang terbentuk ialah kata nama khas. Dalam penulisan, huruf pertama setiap kata ditulis dengan huruf besar 5
  • 6. 3) Gabungan suku kata dengan suku kata Contohnya: Akronim Perkataan Asal Nota asbut asap dan kabut Kata cerpen cerita pendek merupakan kata nama am, pulihara pulih dan pelihara dan ditulis dengan huruf hakis habis kikis yang terbentuk kecil keseluruhannya Manakala dalam Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan akronim dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu dengan berdasarkan percantuman bahagian perkataan bagi membentuk akronim. i) Kata akronim cantuman huruf awal perkataan ii) Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan iii) Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan iv) Kata akronim bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya. 1) Kata akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya: Akronim Perkataan Asal ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia LUTH Lembaga Urusan Tabung Haji IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri BAKAT Badan Kebajikan Angkatan Tentera UKM Universiti Kebangsaan Malaysia IPTAA Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan PKNK Nota Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kata akronim dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakannya terdiri daripada nama-nama khas tertentu. 6
  • 7. 2) Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan. Contohnya: Akronim Perkataan Asal Intan Institut Tadbir Awam Bernama Berita Nasional Malaysia Mara Majlis Amanah Rakyat Proton Perusahaan Automobil Nasional Perhilitan Perlindungan Liar Taman Negara Perkeso Pertubuhan Keselamatan Sosial Mabbim Nota Kata akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata jumlah perkataan berdasarkan sebutan sedap tanpa Majlis Bahasa Brunei Darulssalam Indonesian, urutan tertentu. Malaysia 3) Kata nama akronim cantuman suku awal perkataan. Contohnya: Akronim Perkataan Asal cerpen cerita pendek kugiran kumpulan gitar rancak pawagam panggung wayang gambar purata pukul rata tadika taman didikan kanak-kanak tabika taman bimbingan kanak-kanak halaju Nota had laju Kata akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. 7
  • 8. 4) Kata akronim bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya. Contohnya: Akronim Perkataan Asal Nota angkubah angka ubah Kata akronim jenis ini asbut Asap dan kabut dibentuk melalui huruf debunga debu bunga atau suku kata perkataan hakis habis kikis pertama dengan bahagian jaluran jalan lurah bukan awal perkataan jenama jenis nama yang lain. 8
  • 9. 4.0 PERBANDINGAN PEMBENTUKAN KATA TATABAHASA DEWAN CATATAN Akronim merupakan satu Akronim ditakrifkan sebagai Walaupun terdapat proses membentuk perkataan perkataan yang diterbitkan sedikit perbezaan dengan cara mencantumkan melalui proses penggabungan daripada segi bahagian-bahagian daripada singkatan beberapa perkataan pendefinisian beberapa perkataan sehingga dan membentuk satu perkataan akronim ini, menjadi satu perkataan baharu, yang utuh. Bentuk-bentuk terdapat juga singkatan terdiri daripada suku persamaan iaitu kata atau huruf-huruf tertentu. kedua-dua buku ini Dalam tatabahasa dewan juga menyatakan menyatakan terdapat hanya satu akronim juga kata kerja akronim dalam bahasa tergolong dalam Melayu, iaitu berdikari yang kata tunggal. KONSEP dan mempunyai makna baharu. / DEFINISI diwujudkan daripada singkatan berdiri atas kaki sendiri Terdapat tiga cara bagi Akronim dapat dibahagikan membentuk akronim, iaitu : kepada empat jenis, iaitu dengan i) Gabungan beberapa berdasarkan percantuman huruf awal rangkai kata bahagian perkataan bagi yang terdiri daripada membentuk akronim. kata nama khas i) JENIS / BENTUK Kata akronim cantuman Contoh: MARDI huruf awal perkataan. (Malaysian Agricultural Contoh: LUTH Research Development (Lembaga Urusan Institute) Tabung Haji) Jenis atau bentuk akronim dalam kedua-dua buku ini secara keseluruhannya terdapat banyak persamaan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan di mana dalam buku ii) Gabungan suku kata dengan huruf atau ii) Kata akronim cantuman huruf dan suku kata pembentukan kata terdapat tiga cara dalam 9
  • 10. gabungan suku kata pembentukan dengan suku kata. sebutan. akronim manakala, Contoh: Petronas Contoh : Bernama tatabahasa dewan (Petroleum Nasional) (Berita Nasional terdapat empat Malaysia) iii) perkataan sesedap jenis atau cara Gabungan suku kata dengan suku kata. dalam iii) Kata nama akronim pembentukan Contoh: cerpen cantuman suku kata awal akronim. (cerita pendek) perkataan. Contoh : kugiran (kumpulan gitar rancak) iv) Kata akronim bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya. Contoh: debunga (debu bunga) 10
  • 11. 5.0 KESIMPULAN Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kata atau perbendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataanperkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan. Oleh hal yang demikian, daripada penerangan dan contoh-contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim, sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata, mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, pembentukannya agak longgar, iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Selain itu, menurut Prof. Emiretus Dr. Abdullah Hassan mengatakan bahawa akronim ini tidak digalakkan. Oleh itu , proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. 11
  • 12. 6.0 BIBLIOGRAFI Ahmad Khair Mohd Nor.(2012). Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd Nik Sapiah Karim., et.al (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Selangor: Dawama Sdn. Bhd 12