Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Kesalahan ejaan petikan
1. Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Petikan 1
Graduan perlu bersedia agar lebih berdaya saing untuk mendepani dunia pekerjaan
dan karenah sesetengah organisasi. Harga serelong kesabaran hasil daripada minat
yang mendalam ketika mengharungi alam pengajian perlu dimantapkan lagi apabila
memasuki alam pekerjaan. Minda yang positive perlu dipupuk sebelum menyusuri
alam kerjaya agar mereka lebih bersedia menerima cabaran dunia kerjaya yang
lebih mencabar.
karenah - kerenah
serelong - serelung
positive - positif
Petikan 2
Amira ialah pelajar yang datang dari keluarga susah kerana ayahnya hanya
seorang penorih getah. Ayahnya terpaksa bekerja siang dan malam demi
mencari pedapatan lebih semata-mata untuk menyediakan keperluan pelajaran
anak-anak. Tidak suka melakukan perkara yang sia-sia, Amira memanfaatkan masa
lapangnya dengan membuat kerja rumah danmengulangkaji pelajaran.
penorih - penoreh
pedapatan - pendapatan
mengulangkaji - mengulang kaji
Petikan 3
Atau sindiran dan keiklasan telah bergumpal menjadi satu, Cikgu Harun tidak tahu.
Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun
terkesima, membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi
pendidik di sebuah kampung pendalaman. Lebih tiga dekad yang lalu, ketika
kedaifan masih menjadi sinonim dengan kehidupan marhain di luar bandar.
keiklasan - keikhlasan
pendalaman - pedalaman
marhain - marhaen
Petikan 4
Mendengar basikal tua datuk berkeriyut di halaman, embah cepat-cepat berlari ke
dapur dan membuka pintu. Tidak lama, datuk sampai di hadapan tangga yang
curam dan embah turun hingga ke pertengahhan tangga.
Datuk menyurung basikal ke atas dan segera disambut oleh embah.
berkeriyut - berkeriut
pertengahhan - pertengahan
menyurung - menyorong
Petikan 5
Sikap sesetengah pengguna jalan raya di bandar raya memburukan keadaan. Ada
pemandu yang tidak mematuhi peraturan seperti meletak kenderaan sesuka-
hati dan juga memotong di sebelah kiri. Sikap negative ini perlu dikikis kerana
boleh membawa padah dan menyusahkan pihak lain.
memburukan - memburukkan
sesuka-hati - sesuka hati
negative - negatif