SlideShare a Scribd company logo
1
ļ‚· SINOPSIS
Tajuk 8 menjelaskan analisis kesalahan umum tatabahasa yang merangkumi
aspek morfologi, frasa, klausa dan ayat. Turut dijelaskan aktiviti perbincangan
dan latihan tatabahasa.
ļ‚· HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pemelajaran pelajar dapat menjelaskan aspek kesalahan ejaan,
perkataan, frasa dan klausa dalam sesuatu ayat yang yang diberikan secara
tepat.
ļ‚· KERANGKA TAJUK
8.1 Analisis Kesalahan Bahasa
ļ‚· Kesalahan ejaan
ļ‚· Kesalahan kata
ļ‚· Kesalahan frasa
ļ‚· Kesalahan klausa
ļ‚· Kesalahan ayat
ļ‚· ISI KANDUNGAN
Definisi /Konsep
Coder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk peraturan
yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Hal ini
merangkumi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan
istilah atau perkataan yang kurang tepat.
ā€¢ KESALAHAN UMUM TATABAHASATAJUK 8
2
Kesalahan Ejaan
Sejarah Ringkas Sistem Ejaan
Rancangan pembakuan sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904
dan disempurnakan pada tahun 1972.
Sistem ejaan rumi yang pernah wujud:
a. Sistem Ejaan Wilkinson (19040
b. Ejaan Zaā€™ba (1949 ā€“ 1972)
c. Sistem Ejaan Fajar Asia ā€“ ejaan majalah Fajar Asia (1945 ā€“ 1954)
d. Ejaan Rumi Kongres 1956 ā€“ ejaan Asas ā€˜50ā€™ (Angkatan Sasterawan ā€™50)
e. Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) ā€“ ejaan
majalah Bahasa
Penyelarasan dan Pelaksanaan
Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia
bermula pada tahun 1959. Walau bagaimanapun, ejaan bersama yang dipersetujui
(Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dillaksanakan. Persetujuan tentang
Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah
diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos
1972. Di Malaysia, sistem ini dikenali dengan nama sistem Ejaan Baharu Bahasa
Melayu.
Sistem keselarasan huruf vokal
Sistem keselarasan huruf vokal ialah keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal
yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal
pada suku kata awal dan suku kata akhir tertutup.
Contohnya, lantik; boleh, lelong
Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih , hanya dua suku kata
terakhir sahaja yang diambil kira.
Contohnya: semenanjung; seluruh; kerisik.
Terdapat 18 pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu yang perlu
diketahui dan dikuasai bagi menghasilkan penulisan yang menepati sistem ejaan.
Namun, terdapat beberapa kekecualian sistem keselarasan huruf vokal, iaitu:
i. Kata pinjaman daripada bahasa Indonesia.
3
Contohnya:
aneh bukan anih
lapor ā€œ lapur
tulen ā€œ tulin
ii. Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris.
Contohnya:
panel bukan panil
tiket ā€œ tikit
kupon ā€œ kupun
hipokrit ā€œ hipokret
kontraktor ā€œ kontraktur
Ejaan memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat. Kesalahan
ejaan menyebabkan penerima maklumat tersalah tafsir, seterusnya mesej yang cuba
disampaikan gagal diutus dengan berkesan. Yang berikut ialah kesalahan ejaan
yang sering kali ditemukan.
salah betul
ko-kurikulum
ibu-bapa/ibubapa
nilai kasih-sayang
perlaksanaan
samaada
urusetia
aturcara
kokurikulum
ibu bapa
nilai kasih sayang
pelaksanaaan
sama ada
urus setia
atur cara
Ejaan mengikut sebutan
Masalah tersebut berlaku kerana sebutan tidak baku dan terpengaruh oleh ejaan
berdasarkan bahasa bahasan. Yang berikut ialah beberapa contoh perkataan yang
dieja mengikut sebutan bahasan dan baku.
sebutan bahasan / salah sebutan baku / betul
tulin
trajedi
atlit
stesyen
tulen
tragedi
atlet
stesen
4
mekanisma
sinario
distinasi
talipon
teknologi
profesyen
tuboh
ajenda
mekanisme
senario
destinasi
telefon
teknologi
profesion
tubuh
agenda
Ejaan Kata Majmuk
Kata majmuk dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu kata majmuk
mantap, iaitu dieja dengan merapatkan kedua-dua kata, dan kata majmuk tak
mantap , iaitu yang dieja secara terpisah. Ada 15 kata majmuk mantap yang
disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, iaitu antarabangsa, beritahu,
bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari,
pesuruhjaya, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan,
tanggungjawab dan warganegara.
Selain itu, terdapat juga beberapa golongan kata yang dieja secara bercantum.
Golongan Contoh
Kata nama peribadi, peribahasa, dinihari, perikemanusiaan
Kata adjektif sukacita, dukacita
Kata sendi nama kepada, daripada
Kata hubung apabila, manakala, padahal, walhal, meskipun,
kendatipun, walaupun
Kata tanya bagaimana
Yang berikut ialah kesalahan yang kerap dilakukan oleh penguna bahasa Melayu
ketika menulis kata majmuk.
salah betul
jalanraya
lebuhraya
bandaraya
keretapi
urusetia
ibubapa
kaki tangan
mata hari
jalan raya
lebuh raya
bandar raya
kereta api
urus setia
ibu bapa
kakitangan
matahari
5
tanda tangan
jawatan kuasa
tandatangan
jawatankuasa
Terdapat kekecualian pada kata nama tempat yang telah didaftarkan mengikut ejaan
asalnya. Contohnya:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Keretapi Tanah Melayu.
Penggunaan Tanda Sempang
Tanda sempang digunakan dalam beberapa keadaan
Kata Ganda
Kata ganda memang menggunakan tanda sempang bagi mewujudkan proses
penggandaan. Contoh tanda sempang dapat dilihat dalam kata ganda seperti kupu-
kupu, tuduh-menuduh dan senang-lenang.
Merangkaikan kata imbuhan dan morfem terikat dengan kata nama khas
Bagi merangkaikan kata imbuhan awalan, seperti pro-, anti-, dan se-, yang diikuti
oleh kata nama khas, tanda sempang perlu diletakkan. Walaupun begitu, bagi kata
nama am, tanda sempang tidak perlu digunakan.
salah betul
proIslam
antiAmerika
seMalaysia
pro-kerajaan
anti-barat
se-pembangkang
pro-Islam
anti-Amerika
se-Malaysia
prokerajaan
anti barat
sepembangkang
Penggunaan di dan ke
Kata di- boleh mendukung dua fungsi. Yang pertama sebagai imbuhan awalan.
Dalam hal tersebut, penggunaan Penggunaan di- merupakan penanda pasif diri
6
ketiga. Oleh itu, kata kerja yang diletakkan awalan di- perlu dieja sebagai satu
perkataan.
Fungsi kedua pula membolehkan di- sebagai kata sendi nama yang menyertai kata
nama yang menunjukkan tempat dan arah. Ejaan antara kata di- dengan kata arah
perlu dijarakkan.
Antara bentuk kesalahan penggunaan di- yang acap kali ditemukan adalah seperti
yang berikut
salah betul
dikuala lumpur
dimenara gading
diatas
di simpan
di syorkan
di kenal pasti
di kuala lumpur
di menara gading
di atas
disimpan
disyorkan
dikenal pasti
Penggunaan ke- juga mengandungi dua fungsi yang berbeza. Dalam fungsi yang
pertama, ke- dieja terpisah daripada perkataan yang berikutnya mendukung fungsi
sebagai kata sendi nama. Oleh itu, ke- menunjukkan arat atau tempat yang dituju,
selain digunakan untuk menunjukkan waktu atau masa.
ā€¢ Mereka akan ke Kuala Lumpur
ā€¢ Mesyuarat akan berlangsung dari pukul 9.00 pagi ke pukul 11.00 pagi.
Bagi fungsi yang kedua pula, kata ke- yang dieja secara rapat dengan sesuatu
perkataan membawa fungsi awalan. Awalan ke- dapat mendukung tiga makna, iaitu
membentuk kata nama, untuk membentuk bilangan tingkat dan untuk membentuk
bilangan himpunan.
ā€¢ Sejak ditinggalkan oleh kekasih hati, Ahmad tidak banyak bercakap.
ā€¢ Halimah mendapat tempat ketiga dalam acara lumba lari.
ā€¢ Kelima-lima perompak itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.
salah betul
Ke tiga
Ke-empat
Kekuala lumpur
Dari masa kemasa
Ketiga
Keempat
Ke kuala lumpur
Dari masa ke masa
7
Penulisan partikel ā€˜punā€™
Penulisan partikel pun juga menjadi masalah kepada pengguna bahasa Melayu.
Secara umumnya cara penulisannya perlu dieja secara terpisah daripada kata
sebelumnya seperti;
rumah pun tidur pun
anak pun sudah pun
dia pun merah pun
apa-apa pun besar pun
Kecuali untuk kata tugas yang berikut:
adapun kalaupun
andaipun kendatipun (walaupun, meskipun, biarpun)
biarpun mahupun
bagaimanapun meskipun
sekalipun lagipun
walaupun sungguhpun
Kesalahan kata
Kesalahan ini merujuk kepada kesilapan memahami konsep yang didukung oleh
sesuatu perkataan. Situasi ini berlaku kerana, terdapat banyak perkataan yang
membawa maksud yang hampir sama serta gagal memilih perkataan yang sesuai
mengikut konteks.
Kesalahan kata melibatkan penggunaan kata yang tidak tepat untuk menyatakan
sesuatu perkara. Contoh perbuatan memotong boleh diistilahkan dengan perkataan
lain seperti membelah, menghiris, mengupas, mencantas dan mencencang mengikut
kesesuaian konteks ayat. Sesuaikah emak membelah kain dan memotong
bawang sedangkan istilah yang tepat dalam konteks ayat ialah emak mengunting
kain dan menghiris bawang.
Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan kata dan
kesalahan bahasa.
8
ā€¢ Jika selalu melancung ke luar negara, kita hanya menggalakkan ke luar
negara pengaliran wang kita.
Kesalahan kata Kesalahan bahasa
salah betul salah betul
melancung melancong Ke luar negara
pengaliran wang
kita
pengaliran
wang kita ke
luar negara
ā€¢ Pemaju perumahan itu masih tidak mengindahkan teguran yang dibuat oleh
pembeli, sedangkan mereka telah berjanji untuk mengatasi masalah itu sejak
dari tahun lepas lagi.
Kesalahan kata Kesalahan bahasa
salah betul salah betul
mengindahkan mengendahkan sejak dari sejak
ā€¢ Adik suka menculik makanan yang telah ibu hidangkan dengan
menggunakan tangan, lalu menjilatnya.
Kesalahan kata Kesalahan bahasa
salah betul salah betul
menculik mencolek Ibu hidangkan dihidangkan
oleh ibu
ā€¢ Mana-mana individu atau syarikat yang tidak mengembalikan borang tafsiran
pendapatan cukai dalam masa yang ditetapkan akan dikenakan denda
berganda
Kesalahan kata Kesalahan bahasa
salah betul salah betul
tafsiran taksiran pendapatan cukai cukai
pendapatan
ā€¢ Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat membeli belah itu di atas
sebab keselamatan.
Kesalahan kata Kesalahan bahasa
salah betul salah betul
di atas atas pusat membeli
belah
pusat beli
belah
Kesalahan frasa
9
Kesalahan bahasa melibatkan penggunaan frasa yang tidak tepat, seperti frasa yang
tidak mematuhi hukum D-M.
salah betul
lain-lain faktor
Aminah Kedai Jahit
plastik beg
polis inspektor
mini maraton
contoh jawapan
faktor-faktor lain
Kedai Jahit Aminah
beg plastik
inspektor polis
maraton mini
jawapan contoh
Kesalahan frasa berlaku kerana terdapat unsur lewah dalam ayat. Kamus Dewan
mendefinisikan lewah sebagai ā€œberlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan
sebagainya serta tidak perluā€. Kelewahan dalam bahasa dianggap sebagai suatu
yang biasa dalam penggunaan bahasa kerana pengguna bahasa suka berlebih-lebih
dalam penggunaan bahasa. Antara contoh kelewahan bahasa adalah seperti yang
berikut:
salah betul
kos perbelanjaan
saling bantu membantu
semua pegawai-pegawai
paling penting sekali
khalayak ramai
ramai murid-murid
barisan para petugas
destinasi yang dituju
kos/Perbelanjaan
saling membantu/bantu membantu
semua pegawai/pegawai-pegawai
paling penting/penting sekali
khalayak/ramai
ramai murid/murid-murid
barisan petugas/para petugas
destinasi
Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan frasa nama,
frasa kerja dan frasa adjektif.
ā€¢ Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di
Iraq sedang berarak di jalan raya-jalan raya.
Kesalahan frasa nama
salah betul salah betul
Petunjuk-
petunjuk
Penunjuk-
penunjuk
jalan raya-jalan
raya
jalan-jalan
raya
10
ā€¢ Sebagai permulaan, kerajaan perlu menfokuskan kepada pembangunan
pesawat penumpang murah yang dapat mempercepatkan kemajuan
industri pelancongan di dalam negara.
Kesalahan frasa kerja
salah betul salah betul
Menfokuskan
kepada
Memfokuskan
pembangunan
mempercepatkan mempercepat
ā€¢ Rumah yang besar itu paling cantik sekali.
Kesalahan frasa adjektif
salah betul
paling cantik sekali paling cantik/cantik sekali
ā€¢ Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian
pelancong.
Kesalahan frasa nama Kesalahan frasa sendi
salah betul salah betul
Kelawar-
kelawar
kelawar di pada
Kesalahan klausa
KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis,
iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri
sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang
sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.
i. Awak pandai kerana awak rajin belajar.
ii. Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.
iii. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.
klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas
iv. Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok
11
klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama
Aspek kesalahan bahasa dalam klausa ialah aspek kelewahan bahasa yang terdapat
dalam binaan frasa, klausa tak bebas dan klausa bebas. Antara ayat contoh adalah
seperti yang berikut:
salah betul
Salah satu daripada punca murid
ponteng sekolah ialah mereka malas belajar
atau bosan berada di sekolah.
Satu daripada punca murid ponteng
sekolah ialah mereka malas belajar atau
bosan berada di sekolah.
Salah seorang daripada murid sekolah
ini telah berjaya melangkah ke peringkat
akhir pertandingan itu.
Seorang daripada murid sekolah ini
telah berjaya melangkah ke peringkat akhir
pertandingan itu.
Salah sebuah daripada kereta yang
terbabit dalam kemalangan itu telah
terbakar.
Sebuah daripada kereta yang terbabit
dalam kemalangan itu telah terbakar.
Dalam klausa setara, pemindahan kausa tidak dapat dilakukan kerana pemindahan
tempat klausa akan menyebabkan ayat yang terhasil tidak gramatis. Contohnya:
salah betul
Manakala abang membuat latihan,
kakak membaca buku.
Kakak membaca buku manakala abang
membuat latihan.
Dan tidak sombong, kita harus menjadi
orang baik
Kita harus menjadi orang baik dan tidak
sombong.
Tetapi abang berbuat bising, adik sedang
membaca buku,
Adik sedang membaca buku, tetapi abang
berbuat bising.
Kesalahan ayat.
Kesilapan dalam penggunaan bahasa Melayu juga dapat dilihat dari sudut sintaksis.
Kesilapan ayat berlaku apabila pengguna tidak mematuhi peraturan-peraturan yang
tersedia ada dalam bahasa itu. Kesalahan ayat dalam bahasa Melayu kerap berlaku
pada ayat inti, ayat tanya, ayat pasif dan kesalahan semantik.
Subjek dan predikat
Setiap pengguna mestilah menguasai bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat.
Apabila mereka menguasai bahagian tersebut, mereka akan dapat mengenali
kedudukan subjek dan predikat sesuatu ayat, sama ada ayat itu dalam susunan biasa
atau susunan songsang. Jika mereka tidak menguasai binaan, ayat yang dibina
12
kemungkinan akan menjadi ayat yang tergantung. Ayat yang tergantung ialah ayat
yang tidak mempunyai binaan subjek atau binaan predikat.
1. *Untuk menyiapkan kerja itu memerlukan perbelanjaan yang besar.
Ayat ini tidak mempunyai subjek. Klausa untuk menyiapkan kerja itu merupakan
keterangan predikat, manakala frasa memerlukan perbelanjaan yang besar
ialah frasa kerja yang menjadi binaan predikat. Ayat tersebut menjadi gramatis
sekiranya subjek yang terdiri daripada frasa nama dimasukkan, seperti ayat 1a.
1a. Untuk menyiapkan kerja itu, kita memerlukan perbelanjaan yang
besar.
Dalam ayat 1a, kita ialah subjek yang terdiri daripada frasa nama.
Ragam ayat
Apakah yang dimaksudkan ragam ayat? Ragam ayat sebenarnya dapat dilihat dan
dikenal pasti dari segi aktif dan pasif. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam
ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (Tatabahasa Dewan Edisi ketiga : 2011),
mentakrifkan ayat aktif sebagai ayat yang mengandungi kata kerja yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ada dua jenis ayat aktif berdasarkan kehadiran kata kerja dalam predikat ayat, iaitu:
ā€¢ Ayat aktif transitif
ā€¢ Ayat aktif tak transitif
Menurut Arbak Othman dalam bukunya, Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), ayat
aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang
memerlukan objek selepasnya. Ayat aktif tak transitif pula mengandungi kata kerja
tak transitif. Nik Safiah et al. (2011) menyatakan bahawa ayat aktif tak transitif
mempunyai kata kerja tak transitif yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Ayat yang berikut mengandungi kesalahan bahasa dari segi frasa kerja transitif dan
frasa kerja tak transitif yang lazimnya dilakukan oleh pengguna bahasa dan juga
pelajar.
ā€¢ Abu belum pernah menghadiahkan emak saudaranya jam tangan.
salah betul
menghadiahkan menghadaihi
13
ā€¢ Penceramah sedang memperkatakan tentang masalah inflasi.
salah betul
Memperkatakan tentang Memperkatakan masalah
ā€¢ Kuang Shie amat suka dengan Fei Wei yang tampan itu.
salah betul
suka dengan suka akan/menyukai
ā€¢ Mereka berdua bersepakat ingin mempermain-mainkan Raja Gopal yang
dikatakan dungu itu.
salah betul
bersepakat ingin bersepakat untuk
Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja dalam ragam pasif, iaitu objek
mendahului kata kerja dan subjek. Ayat pasif meliputi pasif jati, pasif semu,
imbuhan pasif dan kata kena.
Pasif jati ialah pasif yang melibatkan kata ganti diri orang ketiga atau pihak yang
diperkatakan oleh seseorang. Antara kesalahan yang sering ditemukan dalam ragam
pasif ini adalah seperti yang berikut:
ā€¢ Tindakan yang mereka ambil akan merugikan bangsa dan negara.
salah betul
mereka ambil diambil oleh mereka
ā€¢ Penerapan nilai murni yang telah kerajaan uar-uarkan sewajarnya
disokong.
salah betul
kerajaan uar-uarkan diuar-uarkan kerajaan
Pasif semu, ialah ayat pasif yang melibatkan kata ganti diri orang pertama dan
orang kedua. Bagi ayat pasif ini, hukum aneksi persona hendaklah dikenakan,
iaitu subjek atau pesona harus dirapatkan dengan kata kerja pasif. Sebagai
contohnya, buku itu saya baca. Kata ganti diri orang pertama saya dirapatkan
dengan kata kerja pasif baca. Jika terdapat sebarang kata yang memisahkan kedua-
14
dua unsur tersebut, kesempurnaan binaan ayat terjejas. Sila lihat kesalahan ayat
contoh yang berikut:
ā€¢ Pokok itu ditebang oleh awak.
salah betul
ditebang oleh awak awak tebang
ā€¢ Kemudahan tersebut kami telah gunakan sejak beberapa tahun yang
dahulu.
salah betul
kami telah gunakan telah kami gunakan
ā€¢ Perkara yang diperkatakan oleh saya ini seharusnya diberikan perhatian.
salah betul
diperkatakan oleh saya saya perkatakan
Ayat pasif yang berimbuhan mencakup imbuhan teR, ke-...-an, dan beR-. Bagi
kata kerja pasif dengan imbuhan teR-, kehadiran sendi nama oleh diwajibkan. Sila
lihat ayat contoh yang berikut:
1. Batu itu terangkat oleh Ali.
2. Batu itu terangkat Ali.
Ayat 2 tidak logik kerana seolah-olah membawa maksud batu itu berupaya
mengangkat Ali. Maka, kehadiran oleh dapat membezakan ayat aktif daripada ayat
pasif. Sila lihat contoh ayat yang berikut:
3. Ahmad terlanggar Abu.
4. Ahmad terlanggar oleh Abu.
Ayat 3 merupakan ayat aktif yang bermaksud ā€œAhmad melanggar Abu dengan tidak
sengajaā€. Sebaliknya, ayat 4 ialah ayat pasif yang membawa makna ā€œAhmad
dilanggar oleh Abu secara tidak sengajaā€.
KESALAHAN UMUM DALAM STRUKTURAYAT
Kata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam
bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi
15
salah atau tidak baku, seperti:
(a) Ini hari Azizah tidak datang.
(b) Yang melukis gambar ini Zainallah.
(c) Itu pen dakwat sudah habis.
(d) Majalah itu saya tidak menyimpannya.
(e) Buku ini saya tidak mahu membaca.
(f) Yang memukul awak siapakah?
(g) Nora dan Nani baik berkawan.
Ayat Gabungan
Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang
dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal
yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Sebagai contoh:
salah betul
1. Mereka akan melancong ke Pulau
Tioman atau Pulau Langkawi?
2. Saya tidak pasti sama ada Nani
tinggal di Relang atau Jelai.
3. Baik yang kaya atau miskin datang
ke rumahnya.
4. Hadiah ini untuk Izzat bukan
Hazwan.
1a) Mereka akan melancong ke Pulau
Tioman atau ke Pulau Langkawi?
2a) Saya tidak pasti sama ada Nani
tinggal di Relang atau di Jelai.
3a) Baik yang kaya atau yang miskin
datang ke rumahnya.
4a) Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk
Hazwan.
5a) Jangankan membeli kereta, membeli
16
5. Jangankan membeli kereta,
motosikal pun saya tak mampu.
motosikal pun saya tak mampu.
Ayat Pancangan
Ayat pancangan ialah ayat yang asalanya ialah dua ayat tunggal yang salah
satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi. Sebagai contoh:
a) Kereta Pak Leh itu terbabas.
b) Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur
penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Sebagai Contohnya:
salah betul
1. Rumah itu di atas bukit tidak ada
penghuninya.
1a) Rumah di atas bukit itu tidak ada
penghuninya.
17
2. Bangunan itu yang tinggi Menara
Kembar Petronas.
2a) Bangunan yang tinggi itu Menara
Kembar Petronas.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata
hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.
Sebagai contoh:
salah betul
1. Kami berdoa kamu berjaya.
2. Semua orang tahu dia anak Pak
Hamid.
1a) Kami berdoa agar kamu berjaya.
2a) Semua orang tahu bahawa dia anak Pak
Hamid.
Ayat Tergantung
Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa,
kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di belakang.
Contoh: Budak itu / menangis.
Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan kedudukan
predikat di hadapan.
Contoh: Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ā€œayat
tergantungā€. Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata
18
sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan
sebagainya. Teliti contoh-contoh ayat di bawah.
1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S)
1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B)
2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S)
2a. Hal itu akan dibincangkan. (B)
3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S)
3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B)
4. Banyak pelajar lulus dengan baik. (S)
4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. (B)
5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S)
5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B)
6. Dia yang datang kelmarin. (S)
6a. Dia datang kelmarin. (B)
7. Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (S)
7a. Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (B)
8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S)
8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B)
19
9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S)
9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B)
10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S)
10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B)
11. Siapa kata saya berbohong? (S)
11a. Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? (B)
12. Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. (S)
12a. Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih. (B)
13. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan dia bersalah. (S)
13a. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. (B)
14. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu
tumpas. (S)
14a. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas. (B)
15. Yang manakah betul? (S)
15a. Yang manakah yang betul? (B)
Oleh hal yang demikian, penguasaan ayat dalam bahasa Melayu amat penting jika
seseorang ingin menguasai bahasa itu dengan baiknya, terutamanya aspek
penulisan. Sebagai pengguna bahasa Melayu, seseorang itu perlu menguasai aspek
bahasa Melayu yang berkaitan dengan ayat sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu
bahagian subjek dan predikat, jenis ayat, ragam ayat, dan susunan ayat. Namun
demikian sebelum empat perkara itu dikuasai, mereka mestilah menguasai kata,
20
frasa, dan klausa. Apabila semua perkara tersebut dikuasai, pengguna bahasa
Melayu akan dapat menghasilkan penulisan yang baik dan menggunakan bahasa
Melayu secara persis.
ļ‚· TUTORIAL
Tutorial (Perbincangan)
Kesan kesilapan yang berlaku dalam situasi yang berikut:
Situasi 1
Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai
pengacara majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain, Cikgu
Z telah dapat mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya, tidak betul.
ā€œMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan
beliau tadiā€¦ā€
Situasi 2
Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang baru
diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut:
ā€œMesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma ikhlas
masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak mereka.ā€
Situasi 3
Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari, sewaktu
menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang pembentang
kertas kerja melafazkan ayat berikut:
ā€œKita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada
dilanda arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan ini.ā€
21
Latihan 1
1. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.
kecantikkan kecantikan
pembiakan pembiakkan
kebanyakkan kebanyakan
pertunjukan pertunjukkan
mencantikan mencantikkan
membiakkan membiakan
membanyakan membanyakkan
menunjukan menunjukkan
2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan imbuhan diper-, di-...-
kan atau diper-...-kan.
a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesarā€¦
b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkanā€¦
c) Ilmu dipergunakan/digunakan/dipergunaā€¦
d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan...
e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh...
3. Cuba kenal pasti dan betulkan kesalahan ejaan yang terdapat dalam ayat
yang berikut. Setiap ayat mengandungi dua kesalahan ejaan.
a. Kebanyakkan masyarakat pada era ke21 ini sudah pandai menggunakan
komputer sebagai medium komunikasi dan perhubungan.
22
b. Pada pendapat anda, sejauhmanakah lirik lagu yang berunsurkan moral
mampu memberi kesan kepada perobahan diri sesorang remaja?
c. Basikal Pak Andeh yang telah mengalami kerosakkan itu telah di jual oleh Mak
Andeh semasa ketiadaannya di rumah.
d. Usaha mengintergrasikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia bukan satu
tugas yang mudah memandangkan setiap kaum mempunyai agama, budaya
dan bahasa yang berbeza.
e. Kerajaan telah memperuntukan kos sebanyak RM 17 juta bagi menyediakan
perkhidmatan yang komprehensip untuk golongan orang kurang upaya.
Latihan 2
LATIHAN MENGENAL PASTI AYAT YANG PERSIS
Tandakan (āˆš) pada ayat yang betul.
1. Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam
Sukma yang akan datang.
2. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu.
3. Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan
negara.
4. Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah
berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.
5. Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.
6. Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa.
7. Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh
seluruh rakyat.
8. Kenyataan itu ialah benar.
9. Dunia ini ialah fana.
23
10. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
11. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama
seminggu.
12. Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan
pada minggu hadapan.
13. Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi
dengan kadar yang segera.
14. Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani
proses pengauditan selama seminggu.
15. Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar.
16. Kita melihat pertentangan di antara pihak di seberang dengan
pihak kita berhubung dengan isu kemasukan pekerja asing.
17. Kini banyak di antara mereka telah mempelajari ilmu bantu.
18. Perkara ini di antara persoalan penting yang harus diketahui
umum.
19. Di antara penerbitan yang berkualiti dengan penerbitan yang
sebaliknya perlu kita bezakan.
20. Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.
21. Di antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.
22. Lif itu terhenti antara tingkat dua dengan tingkat tiga.
23. Di antara tingkat dua dengan tingkat tiga, tingkat tiga lebih
teratur pejabatnya.
24
24. Amelia duduk antara Halijah dengan Hasnah.
25. Banyak persamaan di antara Ab. Rahim dengan Mohamad.
26. Kedai baharu itu terletak antara pasar raya A dengan pasar raya B.
27. Yang manakah lebih awal dibina di antara pangsapuri A dengan
pangsapuri B.
28. Perdebatan itu berlangsung di antara pihak kerajaan dengan pihak
pembangkang.
29. Di antara pihak penyokong kerajaan dengan pihak penyokong
pembangkang, banyak perbezaannya.
30. Hubungan politik, ekonomi, dan kebudayaan wujud di antara
wilayah-wilayah ini.
31. Di antara lagu persembahan artis baharu itu ialah lagu Separuh
Jiwaku Pergi.
32. Di antara jurnal yang diterbitkan oleh universiti itu ialah Jurnal
Psikologi dan Jurnal Kemanusiaan.
33. Antara nama yang disebut dalam pertuduhan itu ialah nama
seorang tokoh korporat.
34. Blog adalah di antara sumber tidak rasmi yang perlu diteliti
kebenarannya.
G. LATIHAN LANJUTAN
Betulkan unsur bahasa yang salah dalam ayat yang berikut.
25
1. Pengarah menghadiahkan staf sokongan sijil kepujian.
1a.
2. Bangunan yang tersergam itu terbina pekerja yang mahir.
2a.
3. Seluruh peserta kem motivasi berkehujanan sepanjang malam.
3a.
4. Tugasan itu saya telah sempurnakan sejak seminggu yang lalu.
4a.
5. Tindakannya menolong kami amat kami menyanjung tinggi.
5a.
6. Pegawai itu pecat majikannya kerana salah laku yang serius.
6a.
7. Bila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh.
7a.
26
8. Calon itu menang dengan cemerlang dia begitu berpuas hati.
8a.
9. Pemerhati asing itu merumuskan perjalanan pilihan raya telus.
9a.
10. Krisis menjadi bertambah rumit kerana kedegilan kedua pihak.
10a.
11. Jejaka itu kecewa kerana disebabkan lamarannya ditolak.
11a.
12. Keterangan saksi itu berbelit-belit hingga mengelirukan hadirin.
12a.
13. Hasrat anak-anak kita pasti tercapai bila mereka disokong.
13a.
14. Bidang industri ditumpukan, dan pertanian terus mendapat perhatian
27
pemerintah.
14a.
15. Kita kena ubah agar hasilnya kelak untungkan generasi kita.
15a.
16. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa demi untuk kesejahteraan
rakyat.
16a.
17. Sungguh lama dia meninggal kampung, alih-alih dia muncul sebagai
jutawan.
17a.
18. Kata orang, bagaimanakah acuan begitulah kuih yang akan terhasil.
18a.
19. Sedang bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang!
19a.
20. Meskipun persembahan orkestra itu dikatakan hebat, saya merasakan
demikian.
20a.
28
BIBLIOGRAFI (Mengikut Format APA)
Abdullah Hassan .(2004). Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.
Abdullah Hassan .(2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.
Abdullah Hassan .(2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2002). Tuntunan Bahasa. Petaling Jaya: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2003). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2001). Citra Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Dahaman (1997). Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
dan Pustaka.
Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005). Petunjuk Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku Bahasa: Ke Arah Penggunaan Bahasa
yang Baik, Betul, dan Indah. Shah Alam: K Publications Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia (1992).
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu: Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
IKON
29
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir

More Related Content

What's hot

kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
Alaireena Hms
Ā 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifrohani1964
Ā 
Kata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,KhasKata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,Khashanifazis
Ā 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
Ā 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatAhliBM
Ā 
Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman firo HAR
Ā 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISZakira Hafizah
Ā 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
aina_athirah
Ā 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
michelle karim
Ā 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruanbmerni
Ā 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Jessyca Ungat
Ā 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
Nasyiba Sahari
Ā 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal firo HAR
Ā 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
Ā 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
Asri Mohad
Ā 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektifJessyca Ungat
Ā 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
kuliahpismp09
Ā 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata KerjaRyzal Asyraff Harith
Ā 

What's hot (20)

Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
Ā 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
Ā 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
Ā 
Kata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,KhasKata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,Khas
Ā 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Ā 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis Ayat
Ā 
Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman
Ā 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
Ā 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
Ā 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
Ā 
Ayat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & SeruanAyat Perintah & Seruan
Ayat Perintah & Seruan
Ā 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
Ā 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
Ā 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
Ā 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal
Ā 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
Ā 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
Ā 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
Ā 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
Ā 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
Ā 

Viewers also liked

Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasazeknasir
Ā 
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepatAnalisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Juwita Junie
Ā 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Kementerian Pelajaran Malaysia
Ā 
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Roslaily Mohamed Rashid
Ā 
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
Kavitha Moorthi
Ā 
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa MelayuKesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Golden Fish
Ā 
Kesalahan ejaan dan imbuhan
Kesalahan ejaan dan imbuhanKesalahan ejaan dan imbuhan
Kesalahan ejaan dan imbuhan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Ā 
Soalan bulanan 2 pt3
Soalan bulanan 2 pt3Soalan bulanan 2 pt3
Soalan bulanan 2 pt3
Balkis Naneng
Ā 
Latihan kesalahan ejaan 1
Latihan kesalahan ejaan 1Latihan kesalahan ejaan 1
Latihan kesalahan ejaan 1
kevinyok01
Ā 
Latihan tatabahasa
Latihan tatabahasaLatihan tatabahasa
Latihan tatabahasaBaharin Abas
Ā 
2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayu2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayuSarvess Peace
Ā 
Latihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasaLatihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasa
kevinyok01
Ā 
Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2
kevinyok01
Ā 
Latihan 1 soalan 2 jawapan (1)
Latihan 1 soalan 2 jawapan (1)Latihan 1 soalan 2 jawapan (1)
Latihan 1 soalan 2 jawapan (1)
Muhammad Salahuddin
Ā 
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
Soalan percubaan bahasa melayu   pt3Soalan percubaan bahasa melayu   pt3
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
Aynora Nur
Ā 
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasaBeberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasaFadzli Osman
Ā 
BM TATABAHASA
BM TATABAHASABM TATABAHASA
BM TATABAHASANsha Shari
Ā 
Tatabahasa Bahasa Melayu
Tatabahasa Bahasa MelayuTatabahasa Bahasa Melayu
Tatabahasa Bahasa MelayuHayati Ismail
Ā 

Viewers also liked (20)

Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
Ā 
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepatAnalisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Ā 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Ā 
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Ā 
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
Ā 
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaLatihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Ā 
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa MelayuKesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Ā 
Kesalahan ejaan dan imbuhan
Kesalahan ejaan dan imbuhanKesalahan ejaan dan imbuhan
Kesalahan ejaan dan imbuhan
Ā 
Soalan bulanan 2 pt3
Soalan bulanan 2 pt3Soalan bulanan 2 pt3
Soalan bulanan 2 pt3
Ā 
Latihan kesalahan ejaan 1
Latihan kesalahan ejaan 1Latihan kesalahan ejaan 1
Latihan kesalahan ejaan 1
Ā 
Latihan tatabahasa
Latihan tatabahasaLatihan tatabahasa
Latihan tatabahasa
Ā 
2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayu2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayu
Ā 
Latihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasaLatihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasa
Ā 
Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2
Ā 
Latihan 1 soalan 2 jawapan (1)
Latihan 1 soalan 2 jawapan (1)Latihan 1 soalan 2 jawapan (1)
Latihan 1 soalan 2 jawapan (1)
Ā 
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
Soalan percubaan bahasa melayu   pt3Soalan percubaan bahasa melayu   pt3
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
Ā 
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasaBeberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Ā 
Nota Bahasa Melayu #1
Nota Bahasa Melayu #1Nota Bahasa Melayu #1
Nota Bahasa Melayu #1
Ā 
BM TATABAHASA
BM TATABAHASABM TATABAHASA
BM TATABAHASA
Ā 
Tatabahasa Bahasa Melayu
Tatabahasa Bahasa MelayuTatabahasa Bahasa Melayu
Tatabahasa Bahasa Melayu
Ā 

Similar to Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Penggunaan dan Tata Tulis Ejaan dalam bahasa Indonesia
Penggunaan dan Tata Tulis Ejaan dalam bahasa IndonesiaPenggunaan dan Tata Tulis Ejaan dalam bahasa Indonesia
Penggunaan dan Tata Tulis Ejaan dalam bahasa Indonesia
ArdiBasri5
Ā 
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaAnalisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaNorma Talib
Ā 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
Dg Suhaili
Ā 
Makalah_Tentang_Ejaan_Bahasa_Indonesia.docx
Makalah_Tentang_Ejaan_Bahasa_Indonesia.docxMakalah_Tentang_Ejaan_Bahasa_Indonesia.docx
Makalah_Tentang_Ejaan_Bahasa_Indonesia.docx
Ippang4
Ā 
Ejaan, Diksi, Kalimat, dan Paragraf Bahasa Indonesia
Ejaan, Diksi, Kalimat, dan Paragraf Bahasa IndonesiaEjaan, Diksi, Kalimat, dan Paragraf Bahasa Indonesia
Ejaan, Diksi, Kalimat, dan Paragraf Bahasa Indonesia
UNIB
Ā 
EJAAN BAHASA INDONESIA.doc
EJAAN BAHASA INDONESIA.docEJAAN BAHASA INDONESIA.doc
EJAAN BAHASA INDONESIA.doc
Sarif Hidayat
Ā 
Ejaan
EjaanEjaan
Ejaan
bimoagustinus
Ā 
materi tanda baca Bahasa Indonesia .pptx
materi tanda baca Bahasa Indonesia .pptxmateri tanda baca Bahasa Indonesia .pptx
materi tanda baca Bahasa Indonesia .pptx
benedictiokorompis5
Ā 
Bahasa indonesia makalaah
Bahasa indonesia makalaahBahasa indonesia makalaah
Bahasa indonesia makalaah
Sri Fauzia Smrt
Ā 
BAHASA INDONESIA_PERSENTASI_UTS_202.pptx
BAHASA INDONESIA_PERSENTASI_UTS_202.pptxBAHASA INDONESIA_PERSENTASI_UTS_202.pptx
BAHASA INDONESIA_PERSENTASI_UTS_202.pptx
yedifauzi
Ā 
KALIMAT EFEKTIF
KALIMAT EFEKTIFKALIMAT EFEKTIF
KALIMAT EFEKTIF
Phaphy Wahyudhi
Ā 
Morfologi
MorfologiMorfologi
MorfologiSandy Chin
Ā 
Bahasa indonesia untuk penulisan karya tulis ilmiah
Bahasa indonesia untuk penulisan karya tulis ilmiahBahasa indonesia untuk penulisan karya tulis ilmiah
Bahasa indonesia untuk penulisan karya tulis ilmiah
Abdullah Beu
Ā 

Similar to Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8 (20)

Penggunaan dan Tata Tulis Ejaan dalam bahasa Indonesia
Penggunaan dan Tata Tulis Ejaan dalam bahasa IndonesiaPenggunaan dan Tata Tulis Ejaan dalam bahasa Indonesia
Penggunaan dan Tata Tulis Ejaan dalam bahasa Indonesia
Ā 
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaAnalisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Ā 
WACANA.pptx
WACANA.pptxWACANA.pptx
WACANA.pptx
Ā 
Bhs.indo
Bhs.indoBhs.indo
Bhs.indo
Ā 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
Ā 
Makalah_Tentang_Ejaan_Bahasa_Indonesia.docx
Makalah_Tentang_Ejaan_Bahasa_Indonesia.docxMakalah_Tentang_Ejaan_Bahasa_Indonesia.docx
Makalah_Tentang_Ejaan_Bahasa_Indonesia.docx
Ā 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
Ā 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
Ā 
Ejaan, Diksi, Kalimat, dan Paragraf Bahasa Indonesia
Ejaan, Diksi, Kalimat, dan Paragraf Bahasa IndonesiaEjaan, Diksi, Kalimat, dan Paragraf Bahasa Indonesia
Ejaan, Diksi, Kalimat, dan Paragraf Bahasa Indonesia
Ā 
Metlit tatabahasa
Metlit tatabahasaMetlit tatabahasa
Metlit tatabahasa
Ā 
EJAAN BAHASA INDONESIA.doc
EJAAN BAHASA INDONESIA.docEJAAN BAHASA INDONESIA.doc
EJAAN BAHASA INDONESIA.doc
Ā 
Ejaan
EjaanEjaan
Ejaan
Ā 
materi tanda baca Bahasa Indonesia .pptx
materi tanda baca Bahasa Indonesia .pptxmateri tanda baca Bahasa Indonesia .pptx
materi tanda baca Bahasa Indonesia .pptx
Ā 
Bahasa indonesia makalaah
Bahasa indonesia makalaahBahasa indonesia makalaah
Bahasa indonesia makalaah
Ā 
BAHASA INDONESIA_PERSENTASI_UTS_202.pptx
BAHASA INDONESIA_PERSENTASI_UTS_202.pptxBAHASA INDONESIA_PERSENTASI_UTS_202.pptx
BAHASA INDONESIA_PERSENTASI_UTS_202.pptx
Ā 
1
11
1
Ā 
KALIMAT EFEKTIF
KALIMAT EFEKTIFKALIMAT EFEKTIF
KALIMAT EFEKTIF
Ā 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
Ā 
Nota morfologi
Nota morfologiNota morfologi
Nota morfologi
Ā 
Bahasa indonesia untuk penulisan karya tulis ilmiah
Bahasa indonesia untuk penulisan karya tulis ilmiahBahasa indonesia untuk penulisan karya tulis ilmiah
Bahasa indonesia untuk penulisan karya tulis ilmiah
Ā 

More from Faridah Abdullah

Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)
Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)
Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)
Faridah Abdullah
Ā 
Inkuiri asal
Inkuiri asalInkuiri asal
Inkuiri asal
Faridah Abdullah
Ā 
Kertas kerja google classroom part 2
Kertas kerja google classroom part 2Kertas kerja google classroom part 2
Kertas kerja google classroom part 2
Faridah Abdullah
Ā 
Penulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apaPenulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apa
Faridah Abdullah
Ā 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
Faridah Abdullah
Ā 
Kisah anak tupai
Kisah anak tupaiKisah anak tupai
Kisah anak tupai
Faridah Abdullah
Ā 
Learn 1
Learn 1Learn 1
Learn 1
Faridah Abdullah
Ā 
Kuih siput rangup
Kuih siput rangupKuih siput rangup
Kuih siput rangup
Faridah Abdullah
Ā 
bahasa
bahasa bahasa
bahasa
Faridah Abdullah
Ā 
Penyelidikan maktab
Penyelidikan maktabPenyelidikan maktab
Penyelidikan maktab
Faridah Abdullah
Ā 
My inspiring teacher nur syafiqah mohd paris
My inspiring teacher nur syafiqah mohd parisMy inspiring teacher nur syafiqah mohd paris
My inspiring teacher nur syafiqah mohd paris
Faridah Abdullah
Ā 
694
694694
Wau seri bulan merupakan sejenis jenis layang
Wau seri bulan merupakan sejenis jenis layangWau seri bulan merupakan sejenis jenis layang
Wau seri bulan merupakan sejenis jenis layangFaridah Abdullah
Ā 

More from Faridah Abdullah (16)

Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)
Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)
Teks ucapan yab tpm utk flourishes ssp (2)
Ā 
Inkuiri asal
Inkuiri asalInkuiri asal
Inkuiri asal
Ā 
Kertas kerja google classroom part 2
Kertas kerja google classroom part 2Kertas kerja google classroom part 2
Kertas kerja google classroom part 2
Ā 
Penulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apaPenulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apa
Ā 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
Ā 
Kisah anak tupai
Kisah anak tupaiKisah anak tupai
Kisah anak tupai
Ā 
Learn 1
Learn 1Learn 1
Learn 1
Ā 
Kuih siput rangup
Kuih siput rangupKuih siput rangup
Kuih siput rangup
Ā 
bahasa
bahasa bahasa
bahasa
Ā 
Aktiviti slt ppg
Aktiviti slt ppgAktiviti slt ppg
Aktiviti slt ppg
Ā 
Komunikasi
KomunikasiKomunikasi
Komunikasi
Ā 
Penyelidikan maktab
Penyelidikan maktabPenyelidikan maktab
Penyelidikan maktab
Ā 
My inspiring teacher nur syafiqah mohd paris
My inspiring teacher nur syafiqah mohd parisMy inspiring teacher nur syafiqah mohd paris
My inspiring teacher nur syafiqah mohd paris
Ā 
694
694694
694
Ā 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
Ā 
Wau seri bulan merupakan sejenis jenis layang
Wau seri bulan merupakan sejenis jenis layangWau seri bulan merupakan sejenis jenis layang
Wau seri bulan merupakan sejenis jenis layang
Ā 

Recently uploaded

tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
Ā 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
Ā 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
Ā 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
Ā 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
Ā 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
RinawatiRinawati10
Ā 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
Ā 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
Ā 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
Ā 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
Ā 
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdfLaporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
heridawesty4
Ā 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
Ā 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
Ā 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
Ā 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
Ā 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
Ā 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
Ā 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
Ā 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
Ā 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
Ā 

Recently uploaded (20)

tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
Ā 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
Ā 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Ā 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Ā 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
Ā 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
Ā 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
Ā 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Ā 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
Ā 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
Ā 
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdfLaporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Ā 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
Ā 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Ā 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Ā 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Ā 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
Ā 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
Ā 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Ā 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Ā 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
Ā 

Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

  • 1. 1 ļ‚· SINOPSIS Tajuk 8 menjelaskan analisis kesalahan umum tatabahasa yang merangkumi aspek morfologi, frasa, klausa dan ayat. Turut dijelaskan aktiviti perbincangan dan latihan tatabahasa. ļ‚· HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pemelajaran pelajar dapat menjelaskan aspek kesalahan ejaan, perkataan, frasa dan klausa dalam sesuatu ayat yang yang diberikan secara tepat. ļ‚· KERANGKA TAJUK 8.1 Analisis Kesalahan Bahasa ļ‚· Kesalahan ejaan ļ‚· Kesalahan kata ļ‚· Kesalahan frasa ļ‚· Kesalahan klausa ļ‚· Kesalahan ayat ļ‚· ISI KANDUNGAN Definisi /Konsep Coder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk peraturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Hal ini merangkumi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan istilah atau perkataan yang kurang tepat. ā€¢ KESALAHAN UMUM TATABAHASATAJUK 8
  • 2. 2 Kesalahan Ejaan Sejarah Ringkas Sistem Ejaan Rancangan pembakuan sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972. Sistem ejaan rumi yang pernah wujud: a. Sistem Ejaan Wilkinson (19040 b. Ejaan Zaā€™ba (1949 ā€“ 1972) c. Sistem Ejaan Fajar Asia ā€“ ejaan majalah Fajar Asia (1945 ā€“ 1954) d. Ejaan Rumi Kongres 1956 ā€“ ejaan Asas ā€˜50ā€™ (Angkatan Sasterawan ā€™50) e. Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) ā€“ ejaan majalah Bahasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959. Walau bagaimanapun, ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dillaksanakan. Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia, sistem ini dikenali dengan nama sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Sistem keselarasan huruf vokal Sistem keselarasan huruf vokal ialah keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata awal dan suku kata akhir tertutup. Contohnya, lantik; boleh, lelong Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih , hanya dua suku kata terakhir sahaja yang diambil kira. Contohnya: semenanjung; seluruh; kerisik. Terdapat 18 pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu yang perlu diketahui dan dikuasai bagi menghasilkan penulisan yang menepati sistem ejaan. Namun, terdapat beberapa kekecualian sistem keselarasan huruf vokal, iaitu: i. Kata pinjaman daripada bahasa Indonesia.
  • 3. 3 Contohnya: aneh bukan anih lapor ā€œ lapur tulen ā€œ tulin ii. Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Contohnya: panel bukan panil tiket ā€œ tikit kupon ā€œ kupun hipokrit ā€œ hipokret kontraktor ā€œ kontraktur Ejaan memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat. Kesalahan ejaan menyebabkan penerima maklumat tersalah tafsir, seterusnya mesej yang cuba disampaikan gagal diutus dengan berkesan. Yang berikut ialah kesalahan ejaan yang sering kali ditemukan. salah betul ko-kurikulum ibu-bapa/ibubapa nilai kasih-sayang perlaksanaan samaada urusetia aturcara kokurikulum ibu bapa nilai kasih sayang pelaksanaaan sama ada urus setia atur cara Ejaan mengikut sebutan Masalah tersebut berlaku kerana sebutan tidak baku dan terpengaruh oleh ejaan berdasarkan bahasa bahasan. Yang berikut ialah beberapa contoh perkataan yang dieja mengikut sebutan bahasan dan baku. sebutan bahasan / salah sebutan baku / betul tulin trajedi atlit stesyen tulen tragedi atlet stesen
  • 4. 4 mekanisma sinario distinasi talipon teknologi profesyen tuboh ajenda mekanisme senario destinasi telefon teknologi profesion tubuh agenda Ejaan Kata Majmuk Kata majmuk dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu kata majmuk mantap, iaitu dieja dengan merapatkan kedua-dua kata, dan kata majmuk tak mantap , iaitu yang dieja secara terpisah. Ada 15 kata majmuk mantap yang disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, iaitu antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, pesuruhjaya, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab dan warganegara. Selain itu, terdapat juga beberapa golongan kata yang dieja secara bercantum. Golongan Contoh Kata nama peribadi, peribahasa, dinihari, perikemanusiaan Kata adjektif sukacita, dukacita Kata sendi nama kepada, daripada Kata hubung apabila, manakala, padahal, walhal, meskipun, kendatipun, walaupun Kata tanya bagaimana Yang berikut ialah kesalahan yang kerap dilakukan oleh penguna bahasa Melayu ketika menulis kata majmuk. salah betul jalanraya lebuhraya bandaraya keretapi urusetia ibubapa kaki tangan mata hari jalan raya lebuh raya bandar raya kereta api urus setia ibu bapa kakitangan matahari
  • 5. 5 tanda tangan jawatan kuasa tandatangan jawatankuasa Terdapat kekecualian pada kata nama tempat yang telah didaftarkan mengikut ejaan asalnya. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Keretapi Tanah Melayu. Penggunaan Tanda Sempang Tanda sempang digunakan dalam beberapa keadaan Kata Ganda Kata ganda memang menggunakan tanda sempang bagi mewujudkan proses penggandaan. Contoh tanda sempang dapat dilihat dalam kata ganda seperti kupu- kupu, tuduh-menuduh dan senang-lenang. Merangkaikan kata imbuhan dan morfem terikat dengan kata nama khas Bagi merangkaikan kata imbuhan awalan, seperti pro-, anti-, dan se-, yang diikuti oleh kata nama khas, tanda sempang perlu diletakkan. Walaupun begitu, bagi kata nama am, tanda sempang tidak perlu digunakan. salah betul proIslam antiAmerika seMalaysia pro-kerajaan anti-barat se-pembangkang pro-Islam anti-Amerika se-Malaysia prokerajaan anti barat sepembangkang Penggunaan di dan ke Kata di- boleh mendukung dua fungsi. Yang pertama sebagai imbuhan awalan. Dalam hal tersebut, penggunaan Penggunaan di- merupakan penanda pasif diri
  • 6. 6 ketiga. Oleh itu, kata kerja yang diletakkan awalan di- perlu dieja sebagai satu perkataan. Fungsi kedua pula membolehkan di- sebagai kata sendi nama yang menyertai kata nama yang menunjukkan tempat dan arah. Ejaan antara kata di- dengan kata arah perlu dijarakkan. Antara bentuk kesalahan penggunaan di- yang acap kali ditemukan adalah seperti yang berikut salah betul dikuala lumpur dimenara gading diatas di simpan di syorkan di kenal pasti di kuala lumpur di menara gading di atas disimpan disyorkan dikenal pasti Penggunaan ke- juga mengandungi dua fungsi yang berbeza. Dalam fungsi yang pertama, ke- dieja terpisah daripada perkataan yang berikutnya mendukung fungsi sebagai kata sendi nama. Oleh itu, ke- menunjukkan arat atau tempat yang dituju, selain digunakan untuk menunjukkan waktu atau masa. ā€¢ Mereka akan ke Kuala Lumpur ā€¢ Mesyuarat akan berlangsung dari pukul 9.00 pagi ke pukul 11.00 pagi. Bagi fungsi yang kedua pula, kata ke- yang dieja secara rapat dengan sesuatu perkataan membawa fungsi awalan. Awalan ke- dapat mendukung tiga makna, iaitu membentuk kata nama, untuk membentuk bilangan tingkat dan untuk membentuk bilangan himpunan. ā€¢ Sejak ditinggalkan oleh kekasih hati, Ahmad tidak banyak bercakap. ā€¢ Halimah mendapat tempat ketiga dalam acara lumba lari. ā€¢ Kelima-lima perompak itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis. salah betul Ke tiga Ke-empat Kekuala lumpur Dari masa kemasa Ketiga Keempat Ke kuala lumpur Dari masa ke masa
  • 7. 7 Penulisan partikel ā€˜punā€™ Penulisan partikel pun juga menjadi masalah kepada pengguna bahasa Melayu. Secara umumnya cara penulisannya perlu dieja secara terpisah daripada kata sebelumnya seperti; rumah pun tidur pun anak pun sudah pun dia pun merah pun apa-apa pun besar pun Kecuali untuk kata tugas yang berikut: adapun kalaupun andaipun kendatipun (walaupun, meskipun, biarpun) biarpun mahupun bagaimanapun meskipun sekalipun lagipun walaupun sungguhpun Kesalahan kata Kesalahan ini merujuk kepada kesilapan memahami konsep yang didukung oleh sesuatu perkataan. Situasi ini berlaku kerana, terdapat banyak perkataan yang membawa maksud yang hampir sama serta gagal memilih perkataan yang sesuai mengikut konteks. Kesalahan kata melibatkan penggunaan kata yang tidak tepat untuk menyatakan sesuatu perkara. Contoh perbuatan memotong boleh diistilahkan dengan perkataan lain seperti membelah, menghiris, mengupas, mencantas dan mencencang mengikut kesesuaian konteks ayat. Sesuaikah emak membelah kain dan memotong bawang sedangkan istilah yang tepat dalam konteks ayat ialah emak mengunting kain dan menghiris bawang. Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan kata dan kesalahan bahasa.
  • 8. 8 ā€¢ Jika selalu melancung ke luar negara, kita hanya menggalakkan ke luar negara pengaliran wang kita. Kesalahan kata Kesalahan bahasa salah betul salah betul melancung melancong Ke luar negara pengaliran wang kita pengaliran wang kita ke luar negara ā€¢ Pemaju perumahan itu masih tidak mengindahkan teguran yang dibuat oleh pembeli, sedangkan mereka telah berjanji untuk mengatasi masalah itu sejak dari tahun lepas lagi. Kesalahan kata Kesalahan bahasa salah betul salah betul mengindahkan mengendahkan sejak dari sejak ā€¢ Adik suka menculik makanan yang telah ibu hidangkan dengan menggunakan tangan, lalu menjilatnya. Kesalahan kata Kesalahan bahasa salah betul salah betul menculik mencolek Ibu hidangkan dihidangkan oleh ibu ā€¢ Mana-mana individu atau syarikat yang tidak mengembalikan borang tafsiran pendapatan cukai dalam masa yang ditetapkan akan dikenakan denda berganda Kesalahan kata Kesalahan bahasa salah betul salah betul tafsiran taksiran pendapatan cukai cukai pendapatan ā€¢ Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat membeli belah itu di atas sebab keselamatan. Kesalahan kata Kesalahan bahasa salah betul salah betul di atas atas pusat membeli belah pusat beli belah Kesalahan frasa
  • 9. 9 Kesalahan bahasa melibatkan penggunaan frasa yang tidak tepat, seperti frasa yang tidak mematuhi hukum D-M. salah betul lain-lain faktor Aminah Kedai Jahit plastik beg polis inspektor mini maraton contoh jawapan faktor-faktor lain Kedai Jahit Aminah beg plastik inspektor polis maraton mini jawapan contoh Kesalahan frasa berlaku kerana terdapat unsur lewah dalam ayat. Kamus Dewan mendefinisikan lewah sebagai ā€œberlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya serta tidak perluā€. Kelewahan dalam bahasa dianggap sebagai suatu yang biasa dalam penggunaan bahasa kerana pengguna bahasa suka berlebih-lebih dalam penggunaan bahasa. Antara contoh kelewahan bahasa adalah seperti yang berikut: salah betul kos perbelanjaan saling bantu membantu semua pegawai-pegawai paling penting sekali khalayak ramai ramai murid-murid barisan para petugas destinasi yang dituju kos/Perbelanjaan saling membantu/bantu membantu semua pegawai/pegawai-pegawai paling penting/penting sekali khalayak/ramai ramai murid/murid-murid barisan petugas/para petugas destinasi Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. ā€¢ Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di Iraq sedang berarak di jalan raya-jalan raya. Kesalahan frasa nama salah betul salah betul Petunjuk- petunjuk Penunjuk- penunjuk jalan raya-jalan raya jalan-jalan raya
  • 10. 10 ā€¢ Sebagai permulaan, kerajaan perlu menfokuskan kepada pembangunan pesawat penumpang murah yang dapat mempercepatkan kemajuan industri pelancongan di dalam negara. Kesalahan frasa kerja salah betul salah betul Menfokuskan kepada Memfokuskan pembangunan mempercepatkan mempercepat ā€¢ Rumah yang besar itu paling cantik sekali. Kesalahan frasa adjektif salah betul paling cantik sekali paling cantik/cantik sekali ā€¢ Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong. Kesalahan frasa nama Kesalahan frasa sendi salah betul salah betul Kelawar- kelawar kelawar di pada Kesalahan klausa KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas. i. Awak pandai kerana awak rajin belajar. ii. Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan. iii. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang. klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas iv. Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok
  • 11. 11 klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama Aspek kesalahan bahasa dalam klausa ialah aspek kelewahan bahasa yang terdapat dalam binaan frasa, klausa tak bebas dan klausa bebas. Antara ayat contoh adalah seperti yang berikut: salah betul Salah satu daripada punca murid ponteng sekolah ialah mereka malas belajar atau bosan berada di sekolah. Satu daripada punca murid ponteng sekolah ialah mereka malas belajar atau bosan berada di sekolah. Salah seorang daripada murid sekolah ini telah berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu. Seorang daripada murid sekolah ini telah berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu. Salah sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan itu telah terbakar. Sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan itu telah terbakar. Dalam klausa setara, pemindahan kausa tidak dapat dilakukan kerana pemindahan tempat klausa akan menyebabkan ayat yang terhasil tidak gramatis. Contohnya: salah betul Manakala abang membuat latihan, kakak membaca buku. Kakak membaca buku manakala abang membuat latihan. Dan tidak sombong, kita harus menjadi orang baik Kita harus menjadi orang baik dan tidak sombong. Tetapi abang berbuat bising, adik sedang membaca buku, Adik sedang membaca buku, tetapi abang berbuat bising. Kesalahan ayat. Kesilapan dalam penggunaan bahasa Melayu juga dapat dilihat dari sudut sintaksis. Kesilapan ayat berlaku apabila pengguna tidak mematuhi peraturan-peraturan yang tersedia ada dalam bahasa itu. Kesalahan ayat dalam bahasa Melayu kerap berlaku pada ayat inti, ayat tanya, ayat pasif dan kesalahan semantik. Subjek dan predikat Setiap pengguna mestilah menguasai bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Apabila mereka menguasai bahagian tersebut, mereka akan dapat mengenali kedudukan subjek dan predikat sesuatu ayat, sama ada ayat itu dalam susunan biasa atau susunan songsang. Jika mereka tidak menguasai binaan, ayat yang dibina
  • 12. 12 kemungkinan akan menjadi ayat yang tergantung. Ayat yang tergantung ialah ayat yang tidak mempunyai binaan subjek atau binaan predikat. 1. *Untuk menyiapkan kerja itu memerlukan perbelanjaan yang besar. Ayat ini tidak mempunyai subjek. Klausa untuk menyiapkan kerja itu merupakan keterangan predikat, manakala frasa memerlukan perbelanjaan yang besar ialah frasa kerja yang menjadi binaan predikat. Ayat tersebut menjadi gramatis sekiranya subjek yang terdiri daripada frasa nama dimasukkan, seperti ayat 1a. 1a. Untuk menyiapkan kerja itu, kita memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam ayat 1a, kita ialah subjek yang terdiri daripada frasa nama. Ragam ayat Apakah yang dimaksudkan ragam ayat? Ragam ayat sebenarnya dapat dilihat dan dikenal pasti dari segi aktif dan pasif. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Menurut Nik Safiah Karim et al. (Tatabahasa Dewan Edisi ketiga : 2011), mentakrifkan ayat aktif sebagai ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ada dua jenis ayat aktif berdasarkan kehadiran kata kerja dalam predikat ayat, iaitu: ā€¢ Ayat aktif transitif ā€¢ Ayat aktif tak transitif Menurut Arbak Othman dalam bukunya, Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek selepasnya. Ayat aktif tak transitif pula mengandungi kata kerja tak transitif. Nik Safiah et al. (2011) menyatakan bahawa ayat aktif tak transitif mempunyai kata kerja tak transitif yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ayat yang berikut mengandungi kesalahan bahasa dari segi frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif yang lazimnya dilakukan oleh pengguna bahasa dan juga pelajar. ā€¢ Abu belum pernah menghadiahkan emak saudaranya jam tangan. salah betul menghadiahkan menghadaihi
  • 13. 13 ā€¢ Penceramah sedang memperkatakan tentang masalah inflasi. salah betul Memperkatakan tentang Memperkatakan masalah ā€¢ Kuang Shie amat suka dengan Fei Wei yang tampan itu. salah betul suka dengan suka akan/menyukai ā€¢ Mereka berdua bersepakat ingin mempermain-mainkan Raja Gopal yang dikatakan dungu itu. salah betul bersepakat ingin bersepakat untuk Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja dalam ragam pasif, iaitu objek mendahului kata kerja dan subjek. Ayat pasif meliputi pasif jati, pasif semu, imbuhan pasif dan kata kena. Pasif jati ialah pasif yang melibatkan kata ganti diri orang ketiga atau pihak yang diperkatakan oleh seseorang. Antara kesalahan yang sering ditemukan dalam ragam pasif ini adalah seperti yang berikut: ā€¢ Tindakan yang mereka ambil akan merugikan bangsa dan negara. salah betul mereka ambil diambil oleh mereka ā€¢ Penerapan nilai murni yang telah kerajaan uar-uarkan sewajarnya disokong. salah betul kerajaan uar-uarkan diuar-uarkan kerajaan Pasif semu, ialah ayat pasif yang melibatkan kata ganti diri orang pertama dan orang kedua. Bagi ayat pasif ini, hukum aneksi persona hendaklah dikenakan, iaitu subjek atau pesona harus dirapatkan dengan kata kerja pasif. Sebagai contohnya, buku itu saya baca. Kata ganti diri orang pertama saya dirapatkan dengan kata kerja pasif baca. Jika terdapat sebarang kata yang memisahkan kedua-
  • 14. 14 dua unsur tersebut, kesempurnaan binaan ayat terjejas. Sila lihat kesalahan ayat contoh yang berikut: ā€¢ Pokok itu ditebang oleh awak. salah betul ditebang oleh awak awak tebang ā€¢ Kemudahan tersebut kami telah gunakan sejak beberapa tahun yang dahulu. salah betul kami telah gunakan telah kami gunakan ā€¢ Perkara yang diperkatakan oleh saya ini seharusnya diberikan perhatian. salah betul diperkatakan oleh saya saya perkatakan Ayat pasif yang berimbuhan mencakup imbuhan teR, ke-...-an, dan beR-. Bagi kata kerja pasif dengan imbuhan teR-, kehadiran sendi nama oleh diwajibkan. Sila lihat ayat contoh yang berikut: 1. Batu itu terangkat oleh Ali. 2. Batu itu terangkat Ali. Ayat 2 tidak logik kerana seolah-olah membawa maksud batu itu berupaya mengangkat Ali. Maka, kehadiran oleh dapat membezakan ayat aktif daripada ayat pasif. Sila lihat contoh ayat yang berikut: 3. Ahmad terlanggar Abu. 4. Ahmad terlanggar oleh Abu. Ayat 3 merupakan ayat aktif yang bermaksud ā€œAhmad melanggar Abu dengan tidak sengajaā€. Sebaliknya, ayat 4 ialah ayat pasif yang membawa makna ā€œAhmad dilanggar oleh Abu secara tidak sengajaā€. KESALAHAN UMUM DALAM STRUKTURAYAT Kata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi
  • 15. 15 salah atau tidak baku, seperti: (a) Ini hari Azizah tidak datang. (b) Yang melukis gambar ini Zainallah. (c) Itu pen dakwat sudah habis. (d) Majalah itu saya tidak menyimpannya. (e) Buku ini saya tidak mahu membaca. (f) Yang memukul awak siapakah? (g) Nora dan Nani baik berkawan. Ayat Gabungan Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh: Nani dan Nora ke perpustakaan. Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah. Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Sebagai contoh: salah betul 1. Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? 2. Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai. 3. Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. 4. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. 1a) Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi? 2a) Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai. 3a) Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. 4a) Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan. 5a) Jangankan membeli kereta, membeli
  • 16. 16 5. Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu. motosikal pun saya tak mampu. Ayat Pancangan Ayat pancangan ialah ayat yang asalanya ialah dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi. Sebagai contoh: a) Kereta Pak Leh itu terbabas. b) Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia. Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu: i. Kereta itu terbabas. ii. Kereta itu kereta Pak Leh. Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut: i. Keluarga Mak Piah miskin ii. Keluarga Mak Piah bahagia. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Sebagai Contohnya: salah betul 1. Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. 1a) Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.
  • 17. 17 2. Bangunan itu yang tinggi Menara Kembar Petronas. 2a) Bangunan yang tinggi itu Menara Kembar Petronas. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Sebagai contoh: salah betul 1. Kami berdoa kamu berjaya. 2. Semua orang tahu dia anak Pak Hamid. 1a) Kami berdoa agar kamu berjaya. 2a) Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid. Ayat Tergantung Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di belakang. Contoh: Budak itu / menangis. Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan kedudukan predikat di hadapan. Contoh: Siapakah / gadis itu. Itulah / teman saya. Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ā€œayat tergantungā€. Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata
  • 18. 18 sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya. Teliti contoh-contoh ayat di bawah. 1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S) 1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B) 2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S) 2a. Hal itu akan dibincangkan. (B) 3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S) 3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B) 4. Banyak pelajar lulus dengan baik. (S) 4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. (B) 5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S) 5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B) 6. Dia yang datang kelmarin. (S) 6a. Dia datang kelmarin. (B) 7. Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (S) 7a. Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (B) 8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S) 8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B)
  • 19. 19 9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S) 9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B) 10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S) 10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B) 11. Siapa kata saya berbohong? (S) 11a. Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? (B) 12. Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. (S) 12a. Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih. (B) 13. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan dia bersalah. (S) 13a. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. (B) 14. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas. (S) 14a. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas. (B) 15. Yang manakah betul? (S) 15a. Yang manakah yang betul? (B) Oleh hal yang demikian, penguasaan ayat dalam bahasa Melayu amat penting jika seseorang ingin menguasai bahasa itu dengan baiknya, terutamanya aspek penulisan. Sebagai pengguna bahasa Melayu, seseorang itu perlu menguasai aspek bahasa Melayu yang berkaitan dengan ayat sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu bahagian subjek dan predikat, jenis ayat, ragam ayat, dan susunan ayat. Namun demikian sebelum empat perkara itu dikuasai, mereka mestilah menguasai kata,
  • 20. 20 frasa, dan klausa. Apabila semua perkara tersebut dikuasai, pengguna bahasa Melayu akan dapat menghasilkan penulisan yang baik dan menggunakan bahasa Melayu secara persis. ļ‚· TUTORIAL Tutorial (Perbincangan) Kesan kesilapan yang berlaku dalam situasi yang berikut: Situasi 1 Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain, Cikgu Z telah dapat mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya, tidak betul. ā€œMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan beliau tadiā€¦ā€ Situasi 2 Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang baru diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut: ā€œMesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma ikhlas masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak mereka.ā€ Situasi 3 Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari, sewaktu menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang pembentang kertas kerja melafazkan ayat berikut: ā€œKita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada dilanda arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan ini.ā€
  • 21. 21 Latihan 1 1. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga. kecantikkan kecantikan pembiakan pembiakkan kebanyakkan kebanyakan pertunjukan pertunjukkan mencantikan mencantikkan membiakkan membiakan membanyakan membanyakkan menunjukan menunjukkan 2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan imbuhan diper-, di-...- kan atau diper-...-kan. a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesarā€¦ b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkanā€¦ c) Ilmu dipergunakan/digunakan/dipergunaā€¦ d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan... e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh... 3. Cuba kenal pasti dan betulkan kesalahan ejaan yang terdapat dalam ayat yang berikut. Setiap ayat mengandungi dua kesalahan ejaan. a. Kebanyakkan masyarakat pada era ke21 ini sudah pandai menggunakan komputer sebagai medium komunikasi dan perhubungan.
  • 22. 22 b. Pada pendapat anda, sejauhmanakah lirik lagu yang berunsurkan moral mampu memberi kesan kepada perobahan diri sesorang remaja? c. Basikal Pak Andeh yang telah mengalami kerosakkan itu telah di jual oleh Mak Andeh semasa ketiadaannya di rumah. d. Usaha mengintergrasikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia bukan satu tugas yang mudah memandangkan setiap kaum mempunyai agama, budaya dan bahasa yang berbeza. e. Kerajaan telah memperuntukan kos sebanyak RM 17 juta bagi menyediakan perkhidmatan yang komprehensip untuk golongan orang kurang upaya. Latihan 2 LATIHAN MENGENAL PASTI AYAT YANG PERSIS Tandakan (āˆš) pada ayat yang betul. 1. Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang akan datang. 2. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu. 3. Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan negara. 4. Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah. 5. Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan. 6. Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa. 7. Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat. 8. Kenyataan itu ialah benar. 9. Dunia ini ialah fana.
  • 23. 23 10. Keputusan panel hakim adalah muktamad. 11. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama seminggu. 12. Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan pada minggu hadapan. 13. Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi dengan kadar yang segera. 14. Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani proses pengauditan selama seminggu. 15. Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar. 16. Kita melihat pertentangan di antara pihak di seberang dengan pihak kita berhubung dengan isu kemasukan pekerja asing. 17. Kini banyak di antara mereka telah mempelajari ilmu bantu. 18. Perkara ini di antara persoalan penting yang harus diketahui umum. 19. Di antara penerbitan yang berkualiti dengan penerbitan yang sebaliknya perlu kita bezakan. 20. Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. 21. Di antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya. 22. Lif itu terhenti antara tingkat dua dengan tingkat tiga. 23. Di antara tingkat dua dengan tingkat tiga, tingkat tiga lebih teratur pejabatnya.
  • 24. 24 24. Amelia duduk antara Halijah dengan Hasnah. 25. Banyak persamaan di antara Ab. Rahim dengan Mohamad. 26. Kedai baharu itu terletak antara pasar raya A dengan pasar raya B. 27. Yang manakah lebih awal dibina di antara pangsapuri A dengan pangsapuri B. 28. Perdebatan itu berlangsung di antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang. 29. Di antara pihak penyokong kerajaan dengan pihak penyokong pembangkang, banyak perbezaannya. 30. Hubungan politik, ekonomi, dan kebudayaan wujud di antara wilayah-wilayah ini. 31. Di antara lagu persembahan artis baharu itu ialah lagu Separuh Jiwaku Pergi. 32. Di antara jurnal yang diterbitkan oleh universiti itu ialah Jurnal Psikologi dan Jurnal Kemanusiaan. 33. Antara nama yang disebut dalam pertuduhan itu ialah nama seorang tokoh korporat. 34. Blog adalah di antara sumber tidak rasmi yang perlu diteliti kebenarannya. G. LATIHAN LANJUTAN Betulkan unsur bahasa yang salah dalam ayat yang berikut.
  • 25. 25 1. Pengarah menghadiahkan staf sokongan sijil kepujian. 1a. 2. Bangunan yang tersergam itu terbina pekerja yang mahir. 2a. 3. Seluruh peserta kem motivasi berkehujanan sepanjang malam. 3a. 4. Tugasan itu saya telah sempurnakan sejak seminggu yang lalu. 4a. 5. Tindakannya menolong kami amat kami menyanjung tinggi. 5a. 6. Pegawai itu pecat majikannya kerana salah laku yang serius. 6a. 7. Bila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh. 7a.
  • 26. 26 8. Calon itu menang dengan cemerlang dia begitu berpuas hati. 8a. 9. Pemerhati asing itu merumuskan perjalanan pilihan raya telus. 9a. 10. Krisis menjadi bertambah rumit kerana kedegilan kedua pihak. 10a. 11. Jejaka itu kecewa kerana disebabkan lamarannya ditolak. 11a. 12. Keterangan saksi itu berbelit-belit hingga mengelirukan hadirin. 12a. 13. Hasrat anak-anak kita pasti tercapai bila mereka disokong. 13a. 14. Bidang industri ditumpukan, dan pertanian terus mendapat perhatian
  • 27. 27 pemerintah. 14a. 15. Kita kena ubah agar hasilnya kelak untungkan generasi kita. 15a. 16. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa demi untuk kesejahteraan rakyat. 16a. 17. Sungguh lama dia meninggal kampung, alih-alih dia muncul sebagai jutawan. 17a. 18. Kata orang, bagaimanakah acuan begitulah kuih yang akan terhasil. 18a. 19. Sedang bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang! 19a. 20. Meskipun persembahan orkestra itu dikatakan hebat, saya merasakan demikian. 20a.
  • 28. 28 BIBLIOGRAFI (Mengikut Format APA) Abdullah Hassan .(2004). Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS. Abdullah Hassan .(2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS. Abdullah Hassan .(2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd. Awang Sariyan (2002). Tuntunan Bahasa. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Awang Sariyan (2003). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Dewan Bahasa dan Pustaka (2001). Citra Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Dahaman (1997). Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan dan Pustaka. Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005). Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku Bahasa: Ke Arah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul, dan Indah. Shah Alam: K Publications Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia (1992). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. IKON
  • 29. 29 Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir