SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
PPG PJJ SEMESTER 5 SESI 2013/2014
KERJA KURSUS
BMK 3043 SENI MENGARANG
TUGASAN 2
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON
ROSLAILY BINTI MOHAMED RASHID D20112054188 012-9220210
NO. KUMPULAN : UPSI01 (A132PJJ)
NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR ANI BINTI OMAR
TARIKH SERAH : 28 April 2014
KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN
DAN PAPAN TANDA DI PREMIS PERNIAGAAN
BMK3043 SENI MENGARANG
2
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 3
2.0 Lokasi kajian 4
3.0 Analisis kajian 9
4.0 Perbincangan 12
5.0 Implikasi kajian 13
6.0 Cadangan dan kajian selanjutnya 15
7.0 Kesimpulan 16
Rujukan 17
BMK3043 SENI MENGARANG
3
1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan satu sistem bunyi ucapan arbitrari dan melalui inilah manusia boleh
berkomunikasi. Bahasa juga merangkumi semua yang diucapkan dan kemampuan
menggambarkan dalam pemikiran yang berbentuk simbolik iaitu dalam bentuk perkataan
ataupun mewakili perkataan. Dengan menggunakan bahasa, komunikasi dapat berlaku dengan
lancar di mana pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di
antara seseorang atau lebih dengan tujuan tertentu. Ketika ini kedudukan bahasa Melayu telah
mengalami pembangunan pesat dari segi perubahan bahasanya. Perubahan bahasa dari satu
peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya sekaligus akan memberi kesan
kepada sistem tulisan atau ujaran, sistem tatabahasa dan juga perbendaharaan kata (Abdullah
Hassan: 1996).
Bahasa Melayu mempunyai peranan sebagai bahasa yang dapat mengeratkan perpaduan
kaum dan keturunan, menjadikanya amat penting dan wajar digunakan secara menyeluruh dan
meluas. Selain itu bahasa Melayu juga digunakan dalam semua bidang penulisan untuk
menyalurkan pemikiran dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Penerbitan buku-buku, majalah-
majalah, akhbar-akhbar dan pelbagai jenis media cetak secara tidak langsung telah membantu
memperkembangkan penggunaan bahasa tersebut di kalangan rakyat negara ini.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan telah
diberikan penekanan utama oleh kerajaan terutamanya selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam Perlembagaan Malaysia (perkara 152) ada menyatakan
bahawa:
Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan parlimen.
Oleh kerana itu, bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua konteks untuk
tujuan-tujuan tertentu berdasarkan peruntukan undang-undang dan parlimen yang telah
ditetapkan. Akta bahasa 1963/1967, dengan jelas memperuntukan bahasa kebangsaan
hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.
BMK3043 SENI MENGARANG
4
2.0 LOKASI KAJIAN
Berikut merupakan gambar papan tanda premis perniagaan yang masih menggunakan ejaan
lama. Semua gambar dalam kajian ini diambil di bandar Teluk Intan. Pemilik premis
perniagaan ini patut sedar tentang kesalahan ejaan dan tidak memandang ringan tentang perkara
ini. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pemilik ini semestinya perlu melakukan
tindakan segera serta sanggup berkorban wang untuk membetulkan papan tanda berkenaan.
Penggunaan bahasa Melayu dengan betul perlulah dipertingkatkan. Berdasarkan 10 contoh
yang saya dapati di sekitar bandar tempat saya tinggal, menunjukkan kesalahan penggunaan
bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis perniagaan masih lagi kelihatan. Contoh-
contoh tersebut ditunjukkan di bawah ini:
Premis perniagaan di atas, lebih menonjolkan penggunaan bahasa Inggeris daripada bahasa
Melayu. First Choice Shop lebih besar tulisannya berbanding dengan Kedai Piihan Satu.
Sementara di bawah papan tanda itu, tertulis perkataan yang sama tetapi dibezakan dengan
ejaan. Contohnya, Kedai Pilihan Satu ditulis dengan Kedai Pelihan Satu. Terdapat 2 kesalahan
pada perkataan ini iaitu dalam penggunaan bahasa dan ejaan. Adalah lebih baik, Kedai Pilihan
Satu diubah kepada Kedai Pilihan Pertama/Utama.
Rajah 1
BMK3043 SENI MENGARANG
5
Restoran Mak Tok Delights pula menampilkan kesalahan pencampuran bahasa Inggeris dan
Melayu. Ejaan Restoran adalah dalam bahasa Melayu yang sepatutnya dieja dengan Restaurant
dan Restoran Mak Tok Delights perlu diubah kepada Mak Tok Delights Restaurant.
Berdasarkan kepada gambar di atas, terdapat kesalahan penggunaan pengimbuhan awalan beR-
dan ejaan pada papan tanda perniagaan yang menawarkan perkhidmatan talian internet. Kedai
Berintenet rasa ganjil bila menyebutnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang
betul ialah internet yang memberi maksud rangkaian komputer antarabangsa yang
Rajah 2
Rajah 3
BMK3043 SENI MENGARANG
6
membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan
mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.
Kedua-dua gambar di atas menggunakan lebih banyak bahasa dalam satu papan tanda.
Perkataan Salun Rambut dalam bahasa Melayu dan Beauty Creatif Saloon ditulis terlalu kecil
pada rajah 4, hanya perkataan May sahaja yang dibesarkan. Sementara dalam rajah 5, Kawan
Kusyen Enterprise menunjukkan pencampuran penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu di
mana ejaan kusyen perlu diganti dengan cushion. Secara tidak langsung membuktikan premis
ini lebih memberi keutamaan penggunaan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.
Rajah 5
Rajah 4
BMK3043 SENI MENGARANG
7
Di dalam rajah 6, didapati tuan punya milik premis ini merupakan mereka yang pakar dalam
bidang perubatan dan telah lama menjalankan aktiviti. Tetapi sayang, pemiliknya tidak begitu
prihatin dalam penggunaan bahasa dan ejaan yang betul di premis mereka. Perkataan Kelinik
Lai & Tan, didapati berlaku kesalahan ejaan pada perkataan kelinik. Ejaan yang betul menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat ialah klinik. Begitu juga pada Somu Kelinik, bila disebut seperti
bahasa Inggeris tetapi ejaan pula seperti bahasa Melayu. Somu Kelinik perlu diubah kepada
Klinik Somu atau Somu Clinic.
Sekarang cuba kita perhatikan pada rajah 7 yang mempamerkan dua restoran. Restoran
Makanan Laut Poh Loong menggunakan ayat yang betul dalam bahasa Melayu, sementara
Restoran Seafood Village berlaku pencampuran bahasa Inggeris dan Melayu dalam perkataan
restoran . Premis perniagaan ini lebih menonjolkan bahasa lain daripada bahasa Melayu untuk
Rajah 6
Rajah 7
BMK3043 SENI MENGARANG
8
menarik minat pelanggannya. Restoran Seafood Village perlu ditukarkan kepada Seafood
Village Restaurant atau Restoran Makanan Laut Village atau Restoran Makanan Laut
Desa.
Rajah 9
Rajah 10
Rajah 8
Rajah 8
Pencampuran penggunaan bahasa
Melayu dan Inggeris serta
kesalahan ejaan. Klinik &
Surgeri Lee perlu diubah kepada
Klinik Pembedahan Lee. Dalam
bahasa Inggeris Surgeri dieja
dengan Surgery.
Rajah 10
Pencampuran penggunaan bahasa
Melayu dan Inggeris serta
kesalahan ejaan. Butik Leena
Collections dijadikan Butik
Koleksi Leena. Dalam bahasa
Inggeris, butik dieja dengan
boutique.
Rajah 9
Pencampuran penggunaan bahasa
Melayu dan Inggeris serta
kesalahan ejaan. Lean Soon
Klinikar perlu diubah kepada
Lean Soon Clinical atau Klinikal
Lean Soon.
BMK3043 SENI MENGARANG
9
3.0 ANALISIS KAJIAN
Analisis kajian berdasarkan dapatan data lebih merupakan satu kaedah untuk mengawal dan
mempersembahkan data serta prosedur statistik. Tujuan analisis dapat mempersembahan data
kepada bentuk yang lebih bermakna, penyelidik haruslah dapat berbuat sesuatu pada data
berkenaan. Berdasarkan contoh-contoh di atas terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat
dikenal pasti dari segi kesalahan ejaan, kesalahan imbuhan, penggunaan bahasa campuran
Melayu dan Inggeris, penggunaan banyak bahasa, kecil dan mengutamakan bahasa Inggeris.
3.1 Kesalahan Ejaan
Bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan-kesalahan
penggunaa bahasa Melayu dari segi ejaan (Awang Sariyan:1989). Antara faktor-faktornya
adalah seperti berikut:
3.1.1 Tidak mematuhi peratusan keselarasan vokal.
3.1.2 Kekecualian keselarasan vokal.
3.1.3 Ejaan kata daripada bahasa pinjaman.
3.1.4 Kata ganti singkat.
3.1.5 Kata sendi awalan ‘di’ dan ‘ke’.
3.1.6 Kata berakhiran ‘i’, ‘an’ dan ‘kan’.
3.1.7 Ejaan beberapa kata yang mengelirukan dan tidak sesuai.
Berdasarkan jadual 1 dan 2, secara keseluruhan terdapat 9 daripada 10 kesalahan ejaan
berdasarkan 10 contoh. Ini merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh peniaga.
3.2 Kesalahan Imbuhan
Imbuhan dimaksudkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk
lain yang menyebabkan perubahan makna nahu. Bentuk-bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu
ialah awalan, akhiran, sisipan dan apitan (Awang Mohd. Amin:1982). Kesalahan imbuhan
BMK3043 SENI MENGARANG
10
hanya satu sahaja dan jarang berlaku berdasarkan contoh yang didapati. Hanya melibatkan 1.67%
sahaja.
3.3 Penggunaan Bahasa Campuran Melayu dan Inggeris
Jadual 2 menunjukkan bilangan peratusan kesalahan bahasa daripada penggunaan gabungan
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu adalah merupakan kesalahan ketiga tertinggi berbanding
kesalahan dari segi ejaan, penggunaan banyak bahasa dan mengutamakan bahasa Inggeris.
Berdasarkan contoh yang didapati, terdapat 6 kesalahan yang mewakili 10% daripada semua
kesalahan bahasa tersebut.
3.4 Penggunaan Banyak Bahasa
Terdapat premis perniagaan yang menggunakan lebih dua atau tiga bahasa dalam satu papan
tanda. Bahasa-bahasa yang terlibat seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan
bahasa Tamil. Penggunaan bahasa Melayu, Inggeris dan Cina lebih banyak iaitu 3 daripada 7
contoh berbanding pengunaan bahasa Inggeris dan Cina (2) atau bahasa Inggeris, Melayu, Cina
dan Tamil (2).
3.5 Terlalu Kecil
Hanya terdapat 1 contoh yang terlibat dalam melakukan kesalahan ini, di mana peratusannya
sangat kecil iaitu sekitar 1.67% sahaja. Penulisan perkataan dalam bahasa Melayu dan Inggeris
dilihat terlalu kecil berbanding dengan bahasa Cina. Perkataan bahasa Melayu diletakkan
disudut kiri paling atas telah memberikan kesukaran untuk mereka yang lalu lalang untuk
membacanya.
3.6 Mengutamakan Bahasa Inggeris
Kesalahan ini merupakan yang kedua banyak melibatkan 7 daripada 10 contoh. Bahasa Melayu
tidak diutamakan berbanding dengan bahasa Inggeris. Ada pemilik perniagaan menggunakan
iklan dalam bahasa Melayu sekadar memenuhi syarat sahaja hingga membawa kepada
kesukaran untuk orang ramai membacanya. Kesalahan ini tidak wajar dilakukan oleh rakyat
Malaysia kerana tindakan tersebut akan menyebabkan langkah-langkah memartabatkan bahasa
Melayu tidak berjaya.
BMK3043 SENI MENGARANG
11
Jadual 1
Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Iklan dan Papan Tanda di Premis Perniagaan
Rajah
Kesalahan
Ejaan
Kesalahan
Imbuhan
Bahasa
campuran
Melayu dan
Inggeris
Penggunaan
banyak
bahasa
Terlalu
kecil
Mengutamakan
bahasa Inggeris
1
Pelihan
(Pilihan)
Melayu,
Inggeris dan
Cina
First Choise
Shop
2
Restoran
(Restaurant)
Restoran Mak
Tok Delights
Mak Tok
Delights
Restaurant
3
Berintenet
(internet)
beR-
4
Melayu,
Inggeris dan
Cina
Salun
Rambut
5
Kusyen
(Cushion)
Kawan
Kusyen
Enterprise
Inggeris dan
Cina
Kawan
Cushion
Enterprise
6
Kelinik
(Klinik)
Melayu, Cina
dan Tamil
Somu Clinic
7
Restoran
(Restaurant)
Restoran
Seafood
Village
Melayu,
Inggeris dan
Cina
Seafood
Village
Restaurant
8
Surgery (BI)
(Pembedahan)
Klinik &
Surgeri Lee
Melayu,
Inggeris, Cina
dan Tamil
9
Klinikar
(Klinikal)
Lean Soon
Klinikar
Inggeris dan
Cina
Lean Soon
Clinical
10
Butik
(Boutique)
Butik Leena
Collections
Leena
Collections
Boutique
BMK3043 SENI MENGARANG
12
Jadual 2
Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Iklan dan Papan Tanda di Premis Perniagaan
Berdasarkan Peratusan
Bil Jenis Kesalahan
Rajah/Gambar
Jumlah Peratus
(%)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1. Kesalahan Ejaan √ √ √ √ √ √ √ √ √ 9 15
2. Kesalahan Imbuhan √ 1 1.67
3.
Bahasa campuran
Melayu dan
Inggeris
√ √ √ √ √ √ 6 10
4.
Penggunaan
banyak bahasa √ √ √ √ √ √ √ 7 11.67
5.
Terlalu kecil
(bahasa Melayu) √ 1 1.67
6.
Mengutamakan
bahasa Inggeris √ √ √ √ √ √ √ 7 11.67
JUMLAH 31 51.67
4.0 PERBINCANGAN
Bahasa boleh ditakrifkan daripada beberapa segi, antara contoh takrifan berkaitan dengan
bahasa seperti :
i. Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.
ii. Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti
penutur kepada fikiran pendengar.
iii. Satu sistem maksud yang dikongsikan antara manusia.
iv. Satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk emmbezakan antara bentuk
BMK3043 SENI MENGARANG
13
dan maksud.
Safir (1921) mendefinisikan bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri (noninstinct)
manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol-simbol yang
lahir secara sedar. Sementara Chomsky (1957), mendefinisikan bahasa ialah suatu set ayat yang
mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad.
Menurut Asmah Haji Omar (1988), tokoh linguistik Melayu menyatakan bahasa merupakan
firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Lebih ringkas lagi bahasa mencerminkan
kebudayaan penuturnya.
Menurut Nik Safiah Karim (1986), pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang
melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan,
pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.
Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga merupakan penyebab pihak
pemilik premis perniagaan melakukan kesalahan bahasa. Perkara ini terjadi kerana penggunaan
istilah yang tidak tepat. Oleh kerana terlalu ramai yang berminat untuk menggunakan bahasa
Inggeris menyebabkan banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan seperti butik, diambil
dari perkataan boutique, kusyen diambil dari perkataan cushion dan restoran diambil dari
perkataan restaurant.
5.0 IMPLIKASI KAJIAN
Langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu yang dilaksanakan sejak zaman
sebelum merdeka hingga selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, telah
menyedarkan masyarakat supaya menggunakan bahasa Melayu dengan penuh berperaturan dan
bertanggungjawab. Namun begitu terdapat juga halangan di kalangan orang Melayu sendiri
yang tidak melihat kepada kepentingan bahasa Melayu sebagai jati diri dan kedudukannya
dalam Perlembagaan negara untuk mendaulat dan memastikan kelangsungannya untuk negara
dan generasi akan datang.
Berdasarkan contoh-contoh didapati, diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan
manfaat kepada semua terutamanya pembaca dan individu yang terlibat dalam penghasilan
iklan dan pembuatan papan tanda supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan bahasa Melayu.
BMK3043 SENI MENGARANG
14
Kesalahan ejaan dan pengaruh bahasa Inggeris semestinya dapat dielakkan dan tidak berulang
lagi selepas ini. Mereka perlu lebih prihatin dengan bahasa yang digunakan dalam penghasilan
iklan mahupun papan tanda serta memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat.
Hasil daripada kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan, di sini jelas menunjukkan
bahawa pihak premis perniagaan itu sendiri tidak peka dan prihatin terhadap penggunaan
bahasa Melayu yang betul. Mereka tidak pernah membuat semakan, rujukan atau tinjauan
semula terhadap bahasa yang digunakan di dalam iklan-iklan mereka. Penggunaan bahasa
Melayu mungkin lebih menyerlah jika setiap warga negara memahami dan mengambil
perhatian mengenai tanggungjawab asasnya terhadap negara dengan memberi perhatian yang
tidak berbelah bahagi terhadap penggunaan bahasa kebangsaan.
Proses penulisan berlaku secara berulang. Apabila proses penciptaan berlaku dalam
keadaan biasa, seseorang itu akan terus menerus menulis, adakalanya pantas dan adakalanya
perlahan (Perl:1979). Menurut Mohd. Jonit Mohd. Johari (1994), penulis juga perlu meninjau
semula apa yang telah ditulisnya. Berdasarkan kepada pendapat tersebut, menunjukkan bahawa
penggunaan bahasa dalam iklan dan papan tanda adalah masih lemah dan rendah. Pihak peniaga
tidak boleh hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan seharusnya sedar bahawa mereka
turut memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pihak berkuasa tempatan
serta agensi pengiklanan dalam projek Pengesahan Bahasa dalam Iklan untuk menentukan
Prosedur Kendalian Standard adalah perlu dijalankan secara berterusan. Usaha yang mereka
jalankan akan membantu mengelakkan kesalahan penggunaan bahasa Melayu terjadi lagi di
dalam iklan-iklan dan papan tanda di negara ini.
Para peniaga digalakkan mengikuti kursus penataran bahasa Melayu dari semasa ke
semasa supaya dapat mengetahui, memahami dan mengamalkan penggunaan bahasa Melayu
yang baik dan betul. Garis panduan yang jelas tentang penggunaan bahasa Melayu perlu
disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk dipatuhi oleh mereka yang terlibat dalam
penghasilan iklan dan papan tanda ini.
BMK3043 SENI MENGARANG
15
6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Dalam kajian ini, fokus utama hanya kepada kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan
dan papan tanda di premis perniagaan di kawasan bandar yang berhampiran dengan tempat
tinggal pengkaji sahaja. Oleh kerana itu, dicadangkan agar kajian kesalahan bahasa Melayu ini
diperluaskan lagi hingga ke media-media cetak dan juga pejabat kerajaan. Menurut Abdul
Hamid Mahmood (1989) banyak faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan
penggunaan bahasa Melayu dalam media-media cetak. Antaranya ialah:
i. Ramai pegawai dan kakitangan kerajaan yang masih belum menguasai bahasa
Melayu dengan sempurna.
ii. Tidak ada pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi dan memberikan
bimbingan dalam penggunaan bahasa Melayu; dan
iii. Tidak dapat dinafikan adanya sikap tidak mengambil berat terhadap bahasa
Melayu di kalangan pegawai-pegawai mereka, tidak mengambil berat terhadap
penggunaan bahasa yang betul serta tidak merasa malu dan memberi berbagai-
bagai alasan.
Berdasarkan kepada pendapat di atas, dicadangkan supaya diadakan kursus intensif
bahasa dari masa ke semasa kepada semua kakitangan kerajaan, penulis, pengarang dan mereka
yang terlibat dengan pengiklanan supaya kesalahan penggunaan bahasa Melayu ini dapat
dielakkan. Semua kumpulan yang terlibat dengan proses penghasilan akhbar dan majalah
mestilah didedahkan dengan kemahiran bahasa dan tatabahasa yang terkini.
Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak yang terlibat
adalah perlu untuk memastikan supaya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dihormati terutamanya dalam penggunaannya pada papan iklan di premis perniagaan. Selain
dari itu, untuk menegur dan mengambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan
bahasa, cadangan memberikan kuasa undang-undang kepada pihak DBP perlu difikirkan
kewajarannya.
BMK3043 SENI MENGARANG
16
7.0 KESIMPULAN
Kajian terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis
perniagaan merupakan satu tindakan yang sangat berguna, berfaedah dan bernilai kepada setiap
individu dan masyarakat, terutamanya pada mereka yang terlibat dalam bidang pembinaan
bahan iklan ini. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diperolehi dari kajian yang dijalankan,
diharapkan memberi perubahan dan kesedaran kepada semua pihak berhawa betapa pentingnya
penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam semua aspek pertuturan atau penulisan. Oleh
kerana itu, menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia mempraktikkan dan mengamalkan
penggunaan bahasa kebangsaan dengan cara betul dalam kehidupan seharian mereka.
Kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis
perniagaan ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan perhatian serta pembacaan
umum. Tanpa kita sedari bentuk bahasa yang dipamerkan itu boleh menjadi ikutan kepada
mereka yang membacanya. Kesan dari kesilapan akan memberi gangguan bahasa dan tahap
pengusaan bahasa di kalangan rakyat di negara ini.
BMK3043 SENI MENGARANG
17
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. (2010). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abu Hassan Abdul & Abd. Rashid Md. Idris. (2012). Modul BMK 3043 Seni Mengarang.
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman & Ton
Ibrahim. (2012). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur: Pencetakan Salam Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noresah bt. Baharom, Md. Nor bin Hj. Ab. Ghani, Ibrahim bin Hj. Ahmad, Azizah bt. Supardi,
Saidah bt. Kamin, Aziah bt. Tajudin, Salmah bt. Jabbar, Hairani bt. Mohd Khalid &
Rodziah bt. Abdullah. (2010) . Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Oo Yu Hock. (2007). Longman Kamus Dwibahasa. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Namafiro HAR
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGANKATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGANMohamed Naim Daipi
 
Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan FaunaMESHALINEE
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan firo HAR
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantunAzy Shazela
 

What's hot (20)

Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Kata nama am
Kata nama amKata nama am
Kata nama am
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGANKATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan Fauna
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 

Viewers also liked

Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasazeknasir
 
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8Faridah Abdullah
 
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasaKavitha Moorthi
 
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepatAnalisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepatJuwita Junie
 
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa MelayuKesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa MelayuGolden Fish
 
Latihan tatabahasa
Latihan tatabahasaLatihan tatabahasa
Latihan tatabahasaBaharin Abas
 
2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayu2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayuSarvess Peace
 
Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2kevinyok01
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaAnalisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaNorma Talib
 
Latihan kesalahan ejaan 1
Latihan kesalahan ejaan 1Latihan kesalahan ejaan 1
Latihan kesalahan ejaan 1kevinyok01
 
Latihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasaLatihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasakevinyok01
 
Masalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaMasalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaBlizz Blizzmito
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasakevinyok01
 
Buku gaya penulisan ums
Buku gaya penulisan umsBuku gaya penulisan ums
Buku gaya penulisan umsZatun Najahah
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Kesalahan ejaan
Kesalahan ejaanKesalahan ejaan
Kesalahan ejaankevinyok01
 
Imbuhan kata pinjaman
Imbuhan kata pinjamanImbuhan kata pinjaman
Imbuhan kata pinjamanMohd Arif
 
Latihan ulasan PT3
Latihan ulasan PT3Latihan ulasan PT3
Latihan ulasan PT3reen32
 

Viewers also liked (20)

Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
 
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8
 
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
24984861 kesalahan-umum-tatabahasa
 
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepatAnalisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
Analisis kesalahan tatabahasa berikut dengan memberikan jawapan yang tepat
 
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa MelayuKesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
 
Latihan tatabahasa
Latihan tatabahasaLatihan tatabahasa
Latihan tatabahasa
 
2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayu2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayu
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
 
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasaAnalisis kesalahan penggunaan tatabahasa
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa
 
Latihan kesalahan ejaan 1
Latihan kesalahan ejaan 1Latihan kesalahan ejaan 1
Latihan kesalahan ejaan 1
 
Latihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasaLatihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasa
 
Masalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaMasalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasa
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
 
Buku gaya penulisan ums
Buku gaya penulisan umsBuku gaya penulisan ums
Buku gaya penulisan ums
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Kesalahan ejaan
Kesalahan ejaanKesalahan ejaan
Kesalahan ejaan
 
Imbuhan kata pinjaman
Imbuhan kata pinjamanImbuhan kata pinjaman
Imbuhan kata pinjaman
 
Latihan ulasan PT3
Latihan ulasan PT3Latihan ulasan PT3
Latihan ulasan PT3
 

Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)

  • 1. PPG PJJ SEMESTER 5 SESI 2013/2014 KERJA KURSUS BMK 3043 SENI MENGARANG TUGASAN 2 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON ROSLAILY BINTI MOHAMED RASHID D20112054188 012-9220210 NO. KUMPULAN : UPSI01 (A132PJJ) NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR ANI BINTI OMAR TARIKH SERAH : 28 April 2014 KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN DAN PAPAN TANDA DI PREMIS PERNIAGAAN
  • 2. BMK3043 SENI MENGARANG 2 KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 3 2.0 Lokasi kajian 4 3.0 Analisis kajian 9 4.0 Perbincangan 12 5.0 Implikasi kajian 13 6.0 Cadangan dan kajian selanjutnya 15 7.0 Kesimpulan 16 Rujukan 17
  • 3. BMK3043 SENI MENGARANG 3 1.0 PENGENALAN Bahasa merupakan satu sistem bunyi ucapan arbitrari dan melalui inilah manusia boleh berkomunikasi. Bahasa juga merangkumi semua yang diucapkan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran yang berbentuk simbolik iaitu dalam bentuk perkataan ataupun mewakili perkataan. Dengan menggunakan bahasa, komunikasi dapat berlaku dengan lancar di mana pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di antara seseorang atau lebih dengan tujuan tertentu. Ketika ini kedudukan bahasa Melayu telah mengalami pembangunan pesat dari segi perubahan bahasanya. Perubahan bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya sekaligus akan memberi kesan kepada sistem tulisan atau ujaran, sistem tatabahasa dan juga perbendaharaan kata (Abdullah Hassan: 1996). Bahasa Melayu mempunyai peranan sebagai bahasa yang dapat mengeratkan perpaduan kaum dan keturunan, menjadikanya amat penting dan wajar digunakan secara menyeluruh dan meluas. Selain itu bahasa Melayu juga digunakan dalam semua bidang penulisan untuk menyalurkan pemikiran dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Penerbitan buku-buku, majalah- majalah, akhbar-akhbar dan pelbagai jenis media cetak secara tidak langsung telah membantu memperkembangkan penggunaan bahasa tersebut di kalangan rakyat negara ini. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan telah diberikan penekanan utama oleh kerajaan terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam Perlembagaan Malaysia (perkara 152) ada menyatakan bahawa: Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan parlimen. Oleh kerana itu, bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua konteks untuk tujuan-tujuan tertentu berdasarkan peruntukan undang-undang dan parlimen yang telah ditetapkan. Akta bahasa 1963/1967, dengan jelas memperuntukan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.
  • 4. BMK3043 SENI MENGARANG 4 2.0 LOKASI KAJIAN Berikut merupakan gambar papan tanda premis perniagaan yang masih menggunakan ejaan lama. Semua gambar dalam kajian ini diambil di bandar Teluk Intan. Pemilik premis perniagaan ini patut sedar tentang kesalahan ejaan dan tidak memandang ringan tentang perkara ini. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pemilik ini semestinya perlu melakukan tindakan segera serta sanggup berkorban wang untuk membetulkan papan tanda berkenaan. Penggunaan bahasa Melayu dengan betul perlulah dipertingkatkan. Berdasarkan 10 contoh yang saya dapati di sekitar bandar tempat saya tinggal, menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis perniagaan masih lagi kelihatan. Contoh- contoh tersebut ditunjukkan di bawah ini: Premis perniagaan di atas, lebih menonjolkan penggunaan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. First Choice Shop lebih besar tulisannya berbanding dengan Kedai Piihan Satu. Sementara di bawah papan tanda itu, tertulis perkataan yang sama tetapi dibezakan dengan ejaan. Contohnya, Kedai Pilihan Satu ditulis dengan Kedai Pelihan Satu. Terdapat 2 kesalahan pada perkataan ini iaitu dalam penggunaan bahasa dan ejaan. Adalah lebih baik, Kedai Pilihan Satu diubah kepada Kedai Pilihan Pertama/Utama. Rajah 1
  • 5. BMK3043 SENI MENGARANG 5 Restoran Mak Tok Delights pula menampilkan kesalahan pencampuran bahasa Inggeris dan Melayu. Ejaan Restoran adalah dalam bahasa Melayu yang sepatutnya dieja dengan Restaurant dan Restoran Mak Tok Delights perlu diubah kepada Mak Tok Delights Restaurant. Berdasarkan kepada gambar di atas, terdapat kesalahan penggunaan pengimbuhan awalan beR- dan ejaan pada papan tanda perniagaan yang menawarkan perkhidmatan talian internet. Kedai Berintenet rasa ganjil bila menyebutnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah internet yang memberi maksud rangkaian komputer antarabangsa yang Rajah 2 Rajah 3
  • 6. BMK3043 SENI MENGARANG 6 membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Kedua-dua gambar di atas menggunakan lebih banyak bahasa dalam satu papan tanda. Perkataan Salun Rambut dalam bahasa Melayu dan Beauty Creatif Saloon ditulis terlalu kecil pada rajah 4, hanya perkataan May sahaja yang dibesarkan. Sementara dalam rajah 5, Kawan Kusyen Enterprise menunjukkan pencampuran penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu di mana ejaan kusyen perlu diganti dengan cushion. Secara tidak langsung membuktikan premis ini lebih memberi keutamaan penggunaan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Rajah 5 Rajah 4
  • 7. BMK3043 SENI MENGARANG 7 Di dalam rajah 6, didapati tuan punya milik premis ini merupakan mereka yang pakar dalam bidang perubatan dan telah lama menjalankan aktiviti. Tetapi sayang, pemiliknya tidak begitu prihatin dalam penggunaan bahasa dan ejaan yang betul di premis mereka. Perkataan Kelinik Lai & Tan, didapati berlaku kesalahan ejaan pada perkataan kelinik. Ejaan yang betul menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah klinik. Begitu juga pada Somu Kelinik, bila disebut seperti bahasa Inggeris tetapi ejaan pula seperti bahasa Melayu. Somu Kelinik perlu diubah kepada Klinik Somu atau Somu Clinic. Sekarang cuba kita perhatikan pada rajah 7 yang mempamerkan dua restoran. Restoran Makanan Laut Poh Loong menggunakan ayat yang betul dalam bahasa Melayu, sementara Restoran Seafood Village berlaku pencampuran bahasa Inggeris dan Melayu dalam perkataan restoran . Premis perniagaan ini lebih menonjolkan bahasa lain daripada bahasa Melayu untuk Rajah 6 Rajah 7
  • 8. BMK3043 SENI MENGARANG 8 menarik minat pelanggannya. Restoran Seafood Village perlu ditukarkan kepada Seafood Village Restaurant atau Restoran Makanan Laut Village atau Restoran Makanan Laut Desa. Rajah 9 Rajah 10 Rajah 8 Rajah 8 Pencampuran penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris serta kesalahan ejaan. Klinik & Surgeri Lee perlu diubah kepada Klinik Pembedahan Lee. Dalam bahasa Inggeris Surgeri dieja dengan Surgery. Rajah 10 Pencampuran penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris serta kesalahan ejaan. Butik Leena Collections dijadikan Butik Koleksi Leena. Dalam bahasa Inggeris, butik dieja dengan boutique. Rajah 9 Pencampuran penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris serta kesalahan ejaan. Lean Soon Klinikar perlu diubah kepada Lean Soon Clinical atau Klinikal Lean Soon.
  • 9. BMK3043 SENI MENGARANG 9 3.0 ANALISIS KAJIAN Analisis kajian berdasarkan dapatan data lebih merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik. Tujuan analisis dapat mempersembahan data kepada bentuk yang lebih bermakna, penyelidik haruslah dapat berbuat sesuatu pada data berkenaan. Berdasarkan contoh-contoh di atas terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dikenal pasti dari segi kesalahan ejaan, kesalahan imbuhan, penggunaan bahasa campuran Melayu dan Inggeris, penggunaan banyak bahasa, kecil dan mengutamakan bahasa Inggeris. 3.1 Kesalahan Ejaan Bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan-kesalahan penggunaa bahasa Melayu dari segi ejaan (Awang Sariyan:1989). Antara faktor-faktornya adalah seperti berikut: 3.1.1 Tidak mematuhi peratusan keselarasan vokal. 3.1.2 Kekecualian keselarasan vokal. 3.1.3 Ejaan kata daripada bahasa pinjaman. 3.1.4 Kata ganti singkat. 3.1.5 Kata sendi awalan ‘di’ dan ‘ke’. 3.1.6 Kata berakhiran ‘i’, ‘an’ dan ‘kan’. 3.1.7 Ejaan beberapa kata yang mengelirukan dan tidak sesuai. Berdasarkan jadual 1 dan 2, secara keseluruhan terdapat 9 daripada 10 kesalahan ejaan berdasarkan 10 contoh. Ini merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh peniaga. 3.2 Kesalahan Imbuhan Imbuhan dimaksudkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahu. Bentuk-bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu ialah awalan, akhiran, sisipan dan apitan (Awang Mohd. Amin:1982). Kesalahan imbuhan
  • 10. BMK3043 SENI MENGARANG 10 hanya satu sahaja dan jarang berlaku berdasarkan contoh yang didapati. Hanya melibatkan 1.67% sahaja. 3.3 Penggunaan Bahasa Campuran Melayu dan Inggeris Jadual 2 menunjukkan bilangan peratusan kesalahan bahasa daripada penggunaan gabungan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu adalah merupakan kesalahan ketiga tertinggi berbanding kesalahan dari segi ejaan, penggunaan banyak bahasa dan mengutamakan bahasa Inggeris. Berdasarkan contoh yang didapati, terdapat 6 kesalahan yang mewakili 10% daripada semua kesalahan bahasa tersebut. 3.4 Penggunaan Banyak Bahasa Terdapat premis perniagaan yang menggunakan lebih dua atau tiga bahasa dalam satu papan tanda. Bahasa-bahasa yang terlibat seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Penggunaan bahasa Melayu, Inggeris dan Cina lebih banyak iaitu 3 daripada 7 contoh berbanding pengunaan bahasa Inggeris dan Cina (2) atau bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil (2). 3.5 Terlalu Kecil Hanya terdapat 1 contoh yang terlibat dalam melakukan kesalahan ini, di mana peratusannya sangat kecil iaitu sekitar 1.67% sahaja. Penulisan perkataan dalam bahasa Melayu dan Inggeris dilihat terlalu kecil berbanding dengan bahasa Cina. Perkataan bahasa Melayu diletakkan disudut kiri paling atas telah memberikan kesukaran untuk mereka yang lalu lalang untuk membacanya. 3.6 Mengutamakan Bahasa Inggeris Kesalahan ini merupakan yang kedua banyak melibatkan 7 daripada 10 contoh. Bahasa Melayu tidak diutamakan berbanding dengan bahasa Inggeris. Ada pemilik perniagaan menggunakan iklan dalam bahasa Melayu sekadar memenuhi syarat sahaja hingga membawa kepada kesukaran untuk orang ramai membacanya. Kesalahan ini tidak wajar dilakukan oleh rakyat Malaysia kerana tindakan tersebut akan menyebabkan langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu tidak berjaya.
  • 11. BMK3043 SENI MENGARANG 11 Jadual 1 Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Iklan dan Papan Tanda di Premis Perniagaan Rajah Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan Bahasa campuran Melayu dan Inggeris Penggunaan banyak bahasa Terlalu kecil Mengutamakan bahasa Inggeris 1 Pelihan (Pilihan) Melayu, Inggeris dan Cina First Choise Shop 2 Restoran (Restaurant) Restoran Mak Tok Delights Mak Tok Delights Restaurant 3 Berintenet (internet) beR- 4 Melayu, Inggeris dan Cina Salun Rambut 5 Kusyen (Cushion) Kawan Kusyen Enterprise Inggeris dan Cina Kawan Cushion Enterprise 6 Kelinik (Klinik) Melayu, Cina dan Tamil Somu Clinic 7 Restoran (Restaurant) Restoran Seafood Village Melayu, Inggeris dan Cina Seafood Village Restaurant 8 Surgery (BI) (Pembedahan) Klinik & Surgeri Lee Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil 9 Klinikar (Klinikal) Lean Soon Klinikar Inggeris dan Cina Lean Soon Clinical 10 Butik (Boutique) Butik Leena Collections Leena Collections Boutique
  • 12. BMK3043 SENI MENGARANG 12 Jadual 2 Kesalahan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Iklan dan Papan Tanda di Premis Perniagaan Berdasarkan Peratusan Bil Jenis Kesalahan Rajah/Gambar Jumlah Peratus (%) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1. Kesalahan Ejaan √ √ √ √ √ √ √ √ √ 9 15 2. Kesalahan Imbuhan √ 1 1.67 3. Bahasa campuran Melayu dan Inggeris √ √ √ √ √ √ 6 10 4. Penggunaan banyak bahasa √ √ √ √ √ √ √ 7 11.67 5. Terlalu kecil (bahasa Melayu) √ 1 1.67 6. Mengutamakan bahasa Inggeris √ √ √ √ √ √ √ 7 11.67 JUMLAH 31 51.67 4.0 PERBINCANGAN Bahasa boleh ditakrifkan daripada beberapa segi, antara contoh takrifan berkaitan dengan bahasa seperti : i. Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan. ii. Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti penutur kepada fikiran pendengar. iii. Satu sistem maksud yang dikongsikan antara manusia. iv. Satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk emmbezakan antara bentuk
  • 13. BMK3043 SENI MENGARANG 13 dan maksud. Safir (1921) mendefinisikan bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri (noninstinct) manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol-simbol yang lahir secara sedar. Sementara Chomsky (1957), mendefinisikan bahasa ialah suatu set ayat yang mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad. Menurut Asmah Haji Omar (1988), tokoh linguistik Melayu menyatakan bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Lebih ringkas lagi bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya. Menurut Nik Safiah Karim (1986), pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga merupakan penyebab pihak pemilik premis perniagaan melakukan kesalahan bahasa. Perkara ini terjadi kerana penggunaan istilah yang tidak tepat. Oleh kerana terlalu ramai yang berminat untuk menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan seperti butik, diambil dari perkataan boutique, kusyen diambil dari perkataan cushion dan restoran diambil dari perkataan restaurant. 5.0 IMPLIKASI KAJIAN Langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu yang dilaksanakan sejak zaman sebelum merdeka hingga selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, telah menyedarkan masyarakat supaya menggunakan bahasa Melayu dengan penuh berperaturan dan bertanggungjawab. Namun begitu terdapat juga halangan di kalangan orang Melayu sendiri yang tidak melihat kepada kepentingan bahasa Melayu sebagai jati diri dan kedudukannya dalam Perlembagaan negara untuk mendaulat dan memastikan kelangsungannya untuk negara dan generasi akan datang. Berdasarkan contoh-contoh didapati, diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada semua terutamanya pembaca dan individu yang terlibat dalam penghasilan iklan dan pembuatan papan tanda supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan bahasa Melayu.
  • 14. BMK3043 SENI MENGARANG 14 Kesalahan ejaan dan pengaruh bahasa Inggeris semestinya dapat dielakkan dan tidak berulang lagi selepas ini. Mereka perlu lebih prihatin dengan bahasa yang digunakan dalam penghasilan iklan mahupun papan tanda serta memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Hasil daripada kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan, di sini jelas menunjukkan bahawa pihak premis perniagaan itu sendiri tidak peka dan prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul. Mereka tidak pernah membuat semakan, rujukan atau tinjauan semula terhadap bahasa yang digunakan di dalam iklan-iklan mereka. Penggunaan bahasa Melayu mungkin lebih menyerlah jika setiap warga negara memahami dan mengambil perhatian mengenai tanggungjawab asasnya terhadap negara dengan memberi perhatian yang tidak berbelah bahagi terhadap penggunaan bahasa kebangsaan. Proses penulisan berlaku secara berulang. Apabila proses penciptaan berlaku dalam keadaan biasa, seseorang itu akan terus menerus menulis, adakalanya pantas dan adakalanya perlahan (Perl:1979). Menurut Mohd. Jonit Mohd. Johari (1994), penulis juga perlu meninjau semula apa yang telah ditulisnya. Berdasarkan kepada pendapat tersebut, menunjukkan bahawa penggunaan bahasa dalam iklan dan papan tanda adalah masih lemah dan rendah. Pihak peniaga tidak boleh hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan seharusnya sedar bahawa mereka turut memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu. Kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi pengiklanan dalam projek Pengesahan Bahasa dalam Iklan untuk menentukan Prosedur Kendalian Standard adalah perlu dijalankan secara berterusan. Usaha yang mereka jalankan akan membantu mengelakkan kesalahan penggunaan bahasa Melayu terjadi lagi di dalam iklan-iklan dan papan tanda di negara ini. Para peniaga digalakkan mengikuti kursus penataran bahasa Melayu dari semasa ke semasa supaya dapat mengetahui, memahami dan mengamalkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Garis panduan yang jelas tentang penggunaan bahasa Melayu perlu disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk dipatuhi oleh mereka yang terlibat dalam penghasilan iklan dan papan tanda ini.
  • 15. BMK3043 SENI MENGARANG 15 6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Dalam kajian ini, fokus utama hanya kepada kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis perniagaan di kawasan bandar yang berhampiran dengan tempat tinggal pengkaji sahaja. Oleh kerana itu, dicadangkan agar kajian kesalahan bahasa Melayu ini diperluaskan lagi hingga ke media-media cetak dan juga pejabat kerajaan. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1989) banyak faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam media-media cetak. Antaranya ialah: i. Ramai pegawai dan kakitangan kerajaan yang masih belum menguasai bahasa Melayu dengan sempurna. ii. Tidak ada pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi dan memberikan bimbingan dalam penggunaan bahasa Melayu; dan iii. Tidak dapat dinafikan adanya sikap tidak mengambil berat terhadap bahasa Melayu di kalangan pegawai-pegawai mereka, tidak mengambil berat terhadap penggunaan bahasa yang betul serta tidak merasa malu dan memberi berbagai- bagai alasan. Berdasarkan kepada pendapat di atas, dicadangkan supaya diadakan kursus intensif bahasa dari masa ke semasa kepada semua kakitangan kerajaan, penulis, pengarang dan mereka yang terlibat dengan pengiklanan supaya kesalahan penggunaan bahasa Melayu ini dapat dielakkan. Semua kumpulan yang terlibat dengan proses penghasilan akhbar dan majalah mestilah didedahkan dengan kemahiran bahasa dan tatabahasa yang terkini. Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak yang terlibat adalah perlu untuk memastikan supaya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati terutamanya dalam penggunaannya pada papan iklan di premis perniagaan. Selain dari itu, untuk menegur dan mengambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan bahasa, cadangan memberikan kuasa undang-undang kepada pihak DBP perlu difikirkan kewajarannya.
  • 16. BMK3043 SENI MENGARANG 16 7.0 KESIMPULAN Kajian terhadap kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis perniagaan merupakan satu tindakan yang sangat berguna, berfaedah dan bernilai kepada setiap individu dan masyarakat, terutamanya pada mereka yang terlibat dalam bidang pembinaan bahan iklan ini. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diperolehi dari kajian yang dijalankan, diharapkan memberi perubahan dan kesedaran kepada semua pihak berhawa betapa pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam semua aspek pertuturan atau penulisan. Oleh kerana itu, menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia mempraktikkan dan mengamalkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan cara betul dalam kehidupan seharian mereka. Kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis perniagaan ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan perhatian serta pembacaan umum. Tanpa kita sedari bentuk bahasa yang dipamerkan itu boleh menjadi ikutan kepada mereka yang membacanya. Kesan dari kesilapan akan memberi gangguan bahasa dan tahap pengusaan bahasa di kalangan rakyat di negara ini.
  • 17. BMK3043 SENI MENGARANG 17 RUJUKAN Abdul Hamid Mahmood. (2010). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Abu Hassan Abdul & Abd. Rashid Md. Idris. (2012). Modul BMK 3043 Seni Mengarang. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman & Ton Ibrahim. (2012). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur: Pencetakan Salam Sdn. Bhd. Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah bt. Baharom, Md. Nor bin Hj. Ab. Ghani, Ibrahim bin Hj. Ahmad, Azizah bt. Supardi, Saidah bt. Kamin, Aziah bt. Tajudin, Salmah bt. Jabbar, Hairani bt. Mohd Khalid & Rodziah bt. Abdullah. (2010) . Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Oo Yu Hock. (2007). Longman Kamus Dwibahasa. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.